DENDAM
FRANKCO LUIS FELIX
SITTI BINTI MOHD HASAN
NUR QURRATU AIN BINTI HERMI
SINOPSIS
Mengisahkan sekumpulan remaja yang nakal dan
mempunyai sifat ingin tahu.Mereka terjumpa sebuah
bangunan yang pernah digunakan sebagai ‘Escape
Room’ suatu ketika dahulu.
Mereka telah mengambil keputusan untuk
memasuki bangunan terbiar itu.Tanpa mereka
sedari, bangunan yang menyimpan seribu satu rahsia
itu akan mengejutkan mereka semua.
Adakah mereka berjaya keluar dari Room itu ?
WATAK
LOUIS – Remaja lelaki yang pendiam dan merupakan
seorang anak yatim piatu
BADRUL – Remaja lelaki yang berbadan besar dan gagah
perkasa
IVAN – Kawan baik Louis dan merupakan seorang pelajar
yang cemerlang
WANIE – Remaja perempuan yang kuat bercakap,
bersemangat dan mudah berasa takut
MINA – Kawan baik Wanie dan Alisya
ALISYA – Seorang remaja perempuan yang berasal dari
keluarga yang kaya dan seorang yang murah hati.
BAHAGIAN I
( 10, 9 , 8 , 7 , 6 , 5 , 4 , 3, 2 , 1… Happy New Year !!
Terdengar bunyi bising sekumpulan remaja di sebuah rumah.
Mereka mengadakan parti untuk menyambut Tahun Baru.
Bunyi mercun juga terdengar di awan yang gelap.)
BADRUL : Selamat Tahun Baru kawan-kawanku !!!
WANIE : YEAH !! Berakhir la tahun 2020 yang sangat
mencabar dan memenatkan .
MINA : Betul. Tak sangka tahun ni kita semua dah habis
belajar.
ALISYA : Kamu semua lepas ni nak buat apa. Sambung belajar
atau kerja ?
IVAN : Saya rasa saya nak sambung belajar. Sebab, saya nak
jadi seorang ahli Fizik sama macam ayah saya .
ALISYA : Wow.. Hebatnya
WANIE : Bagaimana dengan awak pula Louis ?
LOUIS : Hmmm..Tak tau la. Saya rasa saya nak kerja terus
sebab nak tolong adik-adik saya yang masih belajar dan saya
nak jaga nenek saya.
(Suasana di ruang tamu senyap seketika. Mereka berasa
simpati akan kejadian yang menimpa ibubapa Louis lima
tahun yang lalu.Ibu bapanya telah mati dibunuh dan sehingga
hari ini pelaku kejam ini masih belum ditangkap)
ALISYA : Jangan risau Louis. Saya sedia tolong awak sekiranya
awak perlukannya.
IVAN : Saya juga
BADRUL : Kamu semua tak rasa bosan ke ??
MINA : Apa yang bosannya ?
BADRUL : Yelah duduk dalam rumah je sambut Tahun Baru
bosan la.. Apa kata kita keluar jalan-jalan.
LOUIS : Nak !!
WANIE : Wah ! Bukan main semangat lagi awak ni .
Hahahaha !!
ALISYA : Jom la , aku pun bosan ni.
IVAN : Nak naik kereta siapa ?
ALISYA : Naik kereta akulah. Louis you drive ok ?
LOUIS : Okay
(Mereka telah mengambil keputusan untuk keluar
mengambil angin bersama-sama dengan menaiki kereta SUV
Alisya. Di usia 17 tahun, Alisya dapat memiliki kereta
berjenama itu bukan kerana hasil titik peluhnya tapi hasil titik
peluh ayahnya sebagai seorang CEO Syarikat Sains.)
LOUIS : Bad, nak pergi mana ?
BADRUL : Hmm.. Aku pun tak tau. Hehehe
WANIE : Ishhh. Dia yang ajak keluar tapi tak tau nak gi mana.
( Louis terus memandu ke suatu tempat tanpa mengetahui
tempat yang ingin ditujui . Sementara itu, suasana di dalam
kereta menjadi senyap seketika. Hanya kedengaran bunyi
kereta yang menembusi udara sejuk pada waktu malam)
WANIE : Hei berhenti !! Apa tu ??
MINA : Apa dia ? Mana ?
WANIE : Itu la , bangunan lama tu .
IVAN : Ohh. Itu bangunan lama yang pernah digunakan
sebagi ‘Escape Room’ tapi dah ditutup sebab ada orang mati
ketikan main permainan ini.
ALISYA : Escape room tu apa ?
BADRUL : Escape room tu bilik melepaskan diri. Sebaik sahaja
ada orang memasukinya penjaga bilik akan mengunci pintu.
Kemudian, orang yang di dalam bilik tu perlu melepaskan diri
dengan mencari petunjuk dalam bilik tu.
MINA : Macam best je.
IVAN : Tapi kalau gagal keluar dari bilik itu dalam masa yang
ditetapkan , kita akan terkurung dalam bilik itu selama 24 jam
ALISYA : Serius la !!
( Keadaan menjadi sunyi selama beberapa saat )
LOUIS : Nak cuba lah !
ALISYA : NO !! Bahaya la , kalau terperangkap kena tunggu 24
jam baru boleh keluar.
LOUIS : Alah. Kita kan sini semua hebat-hebat. Badrul tu kuat,
Ivan pandai. Mesti kita boleh keluar dari bilik tu.
MINA : Saya setuju dengan Louis.
WANIE : Me too
BADRUL : Saya pun setuju. Lagipun ni boleh jadi kenangan
untuk kita semua sebab lepas ni mesti kita semua akan
terpisah sebab ada yang sambung belajar, ada yang kerja ,
ada yang kahwin. So apa kata kita cipta memori indah ini
bersama .
( Mereka tergelak selepas mendengar kata-kata dari Badrul.
Mereka mengambil keputusan untuk bermain Escape Room
ini.
Tanpa mereka sedari, bangunan dua tingkat itu akan
mengejutkan mereka semua.)
WANIE : Hello ? Anyone there ?
BADRUL : Ish bagi la salam betul betul.
WANIE : Yelah
WANIE : Assalamualaikum. Ada sesiapa tak ?
( Tiba-tiba sahaja mereka didatangi seorang lelaki tua.
Mukanya kelihatan bengis dan bajunya kelihatan lusuh.)
PENJAGA BANGUNAN : Apa kamu semua buat disini ?
Bangunan ini dah ditutup.
BADRUL : Kami dengar ini bangunan Escape Room yang
terkenal itu kan ?
PENJAGA BANGUNAN : Itu dulu. Sekarang kami dah tak
beroperasi.
MINA : Boleh.. err..kami cuba main Escape Room ini ?
___
BAHAGIAN II
PENJAGA BANGUNAN : TAK BOLEH !!
ALISYA : Kami sanggup bayar berapa banyak yang awak nak.
Kami cuma nak merasa permainan ini sekali je. Please..
LOUIS : Ya. Kami cuma nak main sekali je.
( Muka bengis Penjaga Bangunan itu memandang tepat ke
arah Louis selama beberapa saat. )
PENJAGA BANGUNAN : Baiklah. Tapi kamu semua tahu
peraturannya kan. Sekiranya kamu gagal keluar dari
bangunan ini dalam masa dua jam, kamu akan mati disini.
IVAN : HAHAHAHA. Bukan terperangkap selama 24 jam ke?
(Pertanyaan Ivan tidak dijawab oleh Penjaga Bangunan itu.
Mereka mengikuti Penjaga Bangunan itu ke pintu permulaan
‘Escape Room’ )
PENJAGA BANGUNAN : Baiklah , tinggalkan barang anda
semua disini.
( Mereka mengeluarkan dan meletakkan semua barang-
barang seperti beg, telefon bimbit dan barang kemas yang
dipakai oleh Alisya di sebuah bakul yang berwarna hitam)
WANIE : Louis , saya takut .
LOUIS : Jangan risau, kita akan berjaya selesaikan masalah ini
sebelum masa tamat.
PENJAGA BANGUNAN : Baiklah. Anda semua wajib pakai jam
tangan ini.
( Jam Tangan tersebut terpapar masa yang ditetapkan)
PENJAGA BANGUNAN : Baiklah . Masa akan berjalan sebaik
sahaja saya tutup pintu ini.
( Mereka sekadar mengangguk dan tidak mengeluarkan
sebarang bunyi.
BUMM !! Pintu besar itu ditutup dan serta-merta masa pada
jam tangan mereka mula berdetik. )
IVAN : Okay. Ayuh mulakan
ALISYA : Guys look what I found !
BADRUL : Ini surat arahan permainan. Mari kita baca sama-
sama.
( ARAHAN
BACA DENGAN TELITI
ANDA DIKEHENDAKI UNTUK MENYELESAIKAN BEBERAPA MISI
UNTUK MENDAPATKAN PETUNJUK DAN KOD UNTUK KELUAR
DARIPADA BANGUNAN INI. TEMPOH MASA ANDA IALAH DUA
JAM. SEKIRANYA GAGAL ANDA …. )
( Mereka tidak dapat membaca ayat terakhir kerana terdapat
tompokan merah padanya.)
WANIE : Macam mana sekarang ?
LOUIS : Kita kena selesaikan misi bagi mendapat kod untuk
keluar dari rumah ini .
BADRUL : Jadi nak berpecah ke ?
ALISYA : YES. Kita berpecah.
IVAN : Baiklah. Kita bahagi tiga kumpulan Mina dengan aku.
Wanie dengan Badrul. Louis dengan Alisya. Setuju.
(SETUJU !! Mereka bepecah dan mencari misi yang perlu
diselesaikan bagi mendapatkan kod )
..
MINA : Cepat Ivan !!
IVAN : Tunggu la , awak ni lari laju sangat
MINA : Awak nak ke terperangkap sini 24 jam ?
IVAN : Tak nak. Tapi tunggu la saya lain kali. Penat tau naik
tangga ni.
( Mereka menjumpai sebuah bilik dengan pintunya yang
terbuka lalu mereka memasuki bilik itu.Dalam bilik itu hanya
terdapat sebuah almari pakaian dan sebuah meja berwarna
coklat.)
IVAN : Bilik apa ni ?
MINA : Entah la
( DUMM!! Pintu bilik itu tertutup secara tiba-tiba..)
MINA : Eh !!
( IVAN cuba membuka pintu itu tapi gagal kerana pintu itu
telah terkunci )
MINA : Macam mana ni Ivan ?
IVAN : Itu ..
( Mereka terjumpa sepucuk surat yang diletakkan di atas
sebuah meja berwarna coklat. Di dalamnya tertulis
SELESAIKAN MISI ANDA UNTUK KELUAR DARI BILIK INI.ANDA
JUGA AKAN MENDAPAT KOD UNTUK KELUAR DARI
BANGUNAN INI.
Di atas meja juga kelihatan sebilah pisau dan kotak kecil
berwarna merah . Ivan membuka kotak itu dan menjumpai
sepucuk surat lagi. Tertulis :
MISI - POTONG LIDAH ANDA DAN LETAKKAN DALAM KOTAK
INI )
MINA : Hah ? Takkan ni misinya ? Ivan macam mana ni ?
IVAN : Saya pun tak tahu nak buat macam mana ni? Rasanya
ni prank je kot
MINA : Alamak . Macam mana ni ?
..
LOUIS : Kotornya bilik ni.
( Louis dan Alisya berada di tingkat 2. Mereka menjumpai
sebuah bilik seakan-akan bilik tidur. Tetapi keadaannya amat
kotor dan bersepah.Terdapat sisa makanan di atas katil dan
kedengaran juga bunyi tikus. )
ALISYA : Serius aku nak termuntah tengok bilik ni.
LOUIS : Hahahah !!
ALISYA : Awak ni jahat la . Saya serius tau !
LOUIS : Okaylah. Maaf maaf.
ALISYA : Jadi mana misinya ni ?
LOUIS : Entah la. Tapi mesti somewhere kat dalam bilik ni .
(Mereka mencari bersama-sama . Namun, hampa kerana
tidak menjumpai sebarang kertas arahan misi.)
ALISYA : Macam mana ni Louis ?
( Alisya agak risau selepas melihat masa hanya berbaki 1 jam
45 minit lagi. Mereka tidak menjumpai apa-apa melainkan
pakaian-pakaian lama di almari dan duit syiling di laci meja . )
..
BADRUL : Aduh sakit !
WANIE : Tahan la .
( Badrul dan Wanie berada di tingkat 1. Mereka menjumpai
sebuah bilik . Bilik itu kelihatan seperti bilik seksaan. Di
tengah bilik itu terdapat sebuah meja seksaan. Manakala,
disebelahnya terdapat troli yang penuh dengan alatan-alatan
perubatan dan botol-botol yang tidak diketahui
kandungannya. Mereka menjumpai kertas misi di atas meja
seksaan dan tertulis :
Suntik ini ke dalam badan anda .
Kelihatan jarum yang sudah berisi cecair jernih di
dalamnya.Badrul mengambil keputusan untuk disuntik.
Setelah selesai disuntik..)
WANIE : Awak ada rasa apa-apa ?
BADRUL : Tak
( Tiba-tiba Badrul berasa sesak nafas dan sukar bernafas )
WANIE : Kenapa ni ?
BADRUL : Saya tak boleh bernafas… Tolong saya
WANIE : Macam mana ?
( Badrul akhirnya tidak sedarkan diri dan meninggalkan
Wanie keseorangan yang berasa takut dalam bilik itu.
Pintu terbuka secara tiba-tiba , dan Wanie berlari keluar
mencari rakan-rakannya yang lain. )
..
LOUIS : Alisya ! Tengok ni .
ALISYA : Eh ! Mana awak jumpa ni.
LOUIS : Saya terjumpa di bawah katil.
ALISYA : Tapi tadi saya cari tak jumpa pun ?
LOUIS : Awak tak cari betul-betul tadi.
( Mereka membuka surat yang terlipat dan tertulis :
Salah seorang daripada anda harus tinggal di sini dan dan
salah seorang daripada anda harus keluar dari bilik ini untuk
mencari kod.
Kod tertera di hujung kertas
_ _ _ _ A_
Pintu bilik terbuka secara tiba-tiba sebaik sahaja mereka
selesai membaca )
ALISYA : Jadi siapa nak tunggu disini ?
LOUIS : Saya tunggu di bilik , awak keluar dan selesaikan
misi . Cari yang lain. Bila dah siap jangan lupa keluarkan saya
dari bilik ini.
ALISYA : Baiklah. Jaga diri, nanti saya datang balik.
( Sebaik sahaja keluar dari bilik itu, Alicia terus berlari
mencari rakan-rakannya yang lain.
Sementara itu, Ivan dan Mina masih buntu untuk
menyelesaikan misi. )
MINA : Aduh ! Macam mana ni ? Masa tinggal 1 jam 20 minit
lagi .
( Secara tiba-tiba , bunyi yang sangat bising kedengaran
dalam bilik mereka. Bunyi itu amat menyakitkan telinga
mereka. Suara seorang lelaki kedengaran dan berkata :
SELESAIKAN MISI ANDA !!
Bunyi yang menyakitkan telinga itu hilang Selepas seketika. )
IVAN : Rasanya salah seorang dari kita kena buat misi ni.
MINA : Awak gila ke apa !!
IVAN : Takkan nak tunggu ! Telinga saya dah sakit gara-gara
bunyi tadi !!
MINA : TAK NAK !! INI SEMUA GILA !!
IVAN : Maaf Mina saya terpaksa lakukannya.
MINA : Jangan awak berani dekat saya !!
( Mina menyambar pisau di meja dan menghalakannya ke
arah Ivan.)
IVAN : Apa awak nak buat ? Salah seorang dari kita kena
selesaikan misi ni .
MINA : Awak memang gila !!
( Ivan meluru ke arah Mina ketika dia leka dan berlaku
pergelutan antara mereka berdua. Ivan cuba merampas pisau
dari Mina . Ketika pergelutan, Mina gagal mengawal
keseimbangan badannya dan terjatuh ke arah Ivan dan pisau
yang dipegangnya tercucuk tepat ke dada Ivan. )
IVAN : AH!!!
( Mina tak mampu mengeluarkan sebarang kata-kata . Dia
terkejut akan apa yang telah berlaku. Ivan mati akibat
kejadian itu.Darah Ivan memenuhi lantai bilik . Kemudian dia
terfikir berkenaan misi itu.)
MINA : Saya kena selesai misi ini
( Dia dengan teragak-agak membuka mulut Ivan dan
mengambil lidahnya lalu memotongnya. Dia mengambil
kotak yang terletak di atas meja lalu meletakkan lidah Ivan di
dalamnya. Setelah selesai, Mina menangis teresek- esek
kerana rakannya Ivan telah mati. Pintu bilik terbuka sebaik
sahaja dia selesaikan misinya. Sebelum dia melangkah
keluar , sekeping sampul surat jatuh di atasnya. Dia
membukanya lalu tertulis :
___D__ )
__
BAHAGIAN III
WANIE : Alisya !!
ALISYA : Wani ! Kenapa menangis ni ?
WANIE : Badrul .. Dia dah mati.
ALISYA : Hah ? Biar betul !
WANIE : Ya . Misi kami ialah salah seorang kena suntik ubat
ni , aku pun tak tau apa ubat tu. Lepas tu , Badrul tawarkan
diri nya kena suntik. Lepas kena suntik , dia tak sedarkan
diri.Saya dah check nadi dia , tapi takde denyutan.
( Wanie menangis dan Alisya memeluknya. )
WANIE : Mana Louis ?
ALISYA : Dia kena tinggal dalam bilik.Sampai kita jumpa
semua kod baru dia dapat keluar dari bilik tu.
WANIE : Mina dan Ivan ?
ALISYA : Saya belum jumpa mereka lagi. Wanie, awak dah
dapat kod ke belum ?
WANIE : Dah. Ini dia.
( Wanie menujukkan surat yang mengandungi kod keluar.
Tertulis :
D_ _ _ _ _ )
MINA : Mana yang lain ni ?
( Satu susuk tubuh memerhatikan Mina dari jauh. Tanpa
disedarinya, susuk tubuh itu mendekati Mina. Mendekati dan
semakin mendekati. Kemudian ....
Dunia Mina menjadi gelap lalu dia hanyut di dalam kegelapan
hitam itu. )
MINA : Sakitnya, di mana saya ni ?
( Dia tersedar setelah pengsan akibat dipukul oleh susuk
tubuh yang misteri itu. Dia berada di bilik yang kelihatan
seperti bilik mandi. )
..
( Alisya dan Wanie berdiri di depan sebuah bilik yang
dijumpai mereka. Mereka teragak- agak untuk masuk kerana
takut dengan misi yang perlu diselesaikan mereka. )
WANIE : Alisya, saya takut .
ALISYA : Saya pun takut. Tapi jangan risau , saya yakin kita
dapat selesaikan misi ni.
( Mereka membuka pintu bilik itu lalu memasukinya.
Keadaan di dalamnya amat gelap. Mereka terlihat susuk
tubuh misteri di hujung penjuru bilik. DUM !! Pintu bilik
tertutup secara tiba-tiba. Keadaan bilik menjadi begitu
gelap. )
WANIE : Aduh !! ALISYA TOLONG !
ALISYA : Mana ? Saya tak Nampak !!
( Alisya cuba mencari arah bunyi jeritan Wanie. Tiba-tiba, dia
dipukul dengan kuat di kepala oleh susuk tubuh misteri itu.
Akibat daripada pukulan itu , Alisya pengsan. )
LELAKI MISTERI : Hehehehe , semua berjalan seperti yang
dirancang. Akan kubalas dendam kesumat ini.
( Alisya membuka mata dan dia melihat samar-samar susuk
tubuh lelaki misteri itu . Dia amat mengenali susuk tubuh itu,
penglihatan nya semakin jelas dan dia tidak menyangka itu
ialah.. Tak lain tak bukan LOUIS !! Dia cuba bergerak tetapi
tidak dapat. Tangannya diikat ke belakang manakala kedua
kakinya diikat pada kerusi. )
LOUIS : Dah bangun ?
ALISYA : Apa awak buat ni Louis? Mana Wanie ?
LOUIS : Jangan risau. Dia selamat kat suatu tempat.
ALISYA : Kenapa awak ikat saya ? Lepaskan Saya !!
LOUIS : Lepaskan ? Awak tahu tak awak tu ada hutang
dengan saya?
ALISYA : Hutang apa ? Saya tak pernah pinjam duit awak !
LOUIS : Bukan hutang duit tapi HUTANG DARAH !!
( Alisya terkejut melihat reaksi wajah Louis yang begitu
berlainan seperti sebelum ini. Dia kelihatan begitu
menakutkan. )
ALISYA : Saya tak faham apa yang awak cakap ! Lepaskan saya
Louis !! Tolonglah !
LOUIS : No Way !
ALISYA : Awak nak apa ? Saya boleh bagi apa-apa je ..
LOUIS : Look , kau ingat duit boleh selesaikan masalah ke ?
KAU INGAT DUIT BOLEH TUTUP KESALAHAN BAPA KAU YANG
BUNUH AKU MAK BAPA AKU !!
ALISYA : Apa yang kau cakap ni ?
LOUIS : Huh. Kau tak tahu kisah sebenar.
( Louis mula menceritakan kisah sebenar di sebalik kematian
ibu bapanya 5 tahun yang lalu)
LOUIS : Lima tahun yang lalu , mak dan bapa saya bekerja di
syarikat bapa awak. Mereka berdua bekerja sebagai
penyelidik dalam bidang fizik bersama-sama ayah Ivan. Pada
suatu hari, mereka bertiga berjaya merungkai formula fizik
kuantum yang tidak pernah berjaya dirungkaikan oleh
sesiapa. Tetapi, disebabkan perasaan cemburu dan iri , bapa
awak dan bapa Ivan telah mengupah pembunuh upahan
untuk membunuh ibu dan ayah saya semata-mata untuk
mendapat nama daripada hasil usaha ibu dan ayah saya.
Di malam kejadian pembunuhan ibu bapa saya , saya
nampak segala-galanya. Dia membunuh mereka tanpa belas
kasihan. 17 das tembakan !! Saya kira setiap tembakan maut
itu. Sejak kejadian itu, saya bersumpah akan membalas
dendam kepada jahanam-jahanam yang telah membunuh
ibubapa saya !
ALISYA : Jadi semua ni ? Rancangan kau ?
LOUIS : HAHAHAHAH ! Pandai kan aku. Saya sengaja pandu
ke sini sebab saya tahu awak semua mesti nak main Escape
Room. Hahahahahah !
ALISYA : Kenapa awak nak bunuh kami ? Kami tak pernah
terlibat dengan semua ni !
LOUIS : MEMANG KAMU SEMUA TAK PERNAH TERLIBAT !
SAYA CUMA NAK AMBIL NYAWA KAMU SEMUA SUPAYA
BAPA AWAK DAN JAHANAM-JAHANAM INI DAPAT TAHU APA
RASANYA KEHILANGAN ORANG YANG TERSAYANG !!
ALISYA : Tolanglah Louis , jangan bunuh saya . Saya merayu.
( Alisya mula menangis dan mengigil ketakutan. Sementara
itu , Louis mengeluarkan sepucuk pistol dari belakang
seluarnya.)
ALISYA : Apa awak nak buat ni ?
LOUIS : Bunuh awak la.
ALISYA : Louis .. Tolong lepaskan saya ..
( Alisya cuba merayu dengan nada yang lembut tetapi tidak
diendahkan oleh Louis )
LOUIS : Baiklah. Ada kata-kata terakhir ?
ALISYA : Louis please ..
( Tangisan Alisya semakin kuat kedengaran )
LOUIS : Ouh saya terlupa ! Saya lupa nak cerita kenapa saya
bunuh Badrul. Macam ni ceritanya, ketika dalam siasatan
bukti dah ada menunjukkan bapa awak bersalah sebab
mengarahkan orang membunuh kedua ibubapa saya. Tapi
bapa awak telah menyogok ketua polis yang terlibat dalam
siasatan ini. Cuba teka siapa ? BAPA BADRUL! Dia terima
sogokan tersebut dan dia hapuskan bukti yang mengaitkan
bapa awak !
( Alisya tidak mampu berkata apa-apa.Dia kaku dan tidak
menyangka ayahnya adalah dalang disebalik kejadian kejam 5
tahun lalu.)
LOUIS: Baik la. Masa borak dah habis.It time for you to die.
( Louis menghalakan pistol ke arah Alisya. Bang ! Bang ! Dua
das tembakan dilepaskan. Dengan serta-merta, Alisya tidak
sedarkan diri. Satu das mengena tepat di dada kanannya dan
satu lagi terkena di perutnya.
KRING ! KRING ! Bunyi telefon kedengaran. )
LOUIS : Hello
PENJAGA BANGUNAN : Awak dah selesai ?
LOUIS : Ouh sudah. Tiga-tiga dah mati , yang dua orang yang
tak terlibat itu akan saya lepaskan
PENJAGA BANGUNAN : Lepaskan ? Terbongkar la rancangan
awak nanti !
LOUIS : Jangan risau . Saya boleh uruskan.
PENJAGA BANGUNAN : Baiklah . Jaga Diri
LOUIS : Terima kasih pak cik.
( Louis tersenyum kerana tanpa bantuan pak cik penjaga
bangunan rancangan ini takkan dapat dilaksanakan )
WANIE : Hello ada sesiapa tak ?
MINA : Wanie !! Awak ke tu !
WANIE : MINA !! YA SAYA !!
( Mereka berdua telah tersedar Selepas dipukul oleh Louis.
Mereka berdua diletakkan di dua bilik bersebelahan.)
LOUIS : Ada sesiapa tak ?
WANIE : Louis !! KAMI DI SINI !!
( Louis menendang pintu bilik itu )
LOUIS : Jumpa pun. Puas saya cari satu bangunan.
WANIE : Cepat ! Mina kat sebelah !
( Masa pada jam tangan mereka berbaki 9 minit lagi. Setelah
selesai megeluarkan Mina dari bilik. Mereka berlari ke arah
pintu keluar yang terletak di hujun bangunan tingkat satu.)
MINA : Mana Alisya ?
LOUIS : Saya tak tahu. Saya keluar sebaik sahaja pintu bilik
saya terbuka .
WANIE : Takde masa dah. Kita kena keluar dari sini. Kita kena
laporkan kejadian ini kepada polis.
BAHAGIAN IV
( Akhirnya mereka tiba juga di pintu keluar. Mereka perlu
memasukkan kod untuk keluar dari bangunan ini. )
WANIE : Cepat masukkan kod !!
( Wanie dan Mina menunjukkan kod yang mereka dapat.
Manakala Louis memasukkan kod tersebut di pintu keluar
bangunan tersebut )
LOUIS : D…E…N…D…A…M
( TET!! Pintu terbuka dan mereka berlari keluar dari
bangunan itu .)
WANIE : Cepat telefon polis !!
( Mereka berlari ke arah kereta SUV Alisya untuk mengambil
telefon Wanie yang ditinggalkan di dalam kereta. Sebaik
sahaja menjumpai telefon itu mereka menelefon pihak polis
dan ambulans. Setelah selesai menelefon mereka duduk dan
tunggu di dalam kereta dalam keadaan yang ketakutan.Tapi
mereka perasan sesuatu. )
MINA : Mana Louis ?
WANIE : Tak tau. Tadi dia bukan kat belakang kita ke ?
MINA : Betul. Tadi saya nampak dia ikut kita kat belakang.
( Mereka menjerit dan memanggil Louis. Tetapi panggilan itu
tidak dijawab.)
3 BULAN KEMUDIAN
WANIE : Apa khabar Alisya ?
ALISYA : Baik. Kamu berdua ?
MINA dan WANIE: Baik
( Kejadian tiga bulan lalu telah menggemparkan seluruh
negara. Dua orang remaja telah terkorban ketika bermain
Escape Room itu. Hanya empat orang yang terselamat iaitu
Mina, Wani , Alisya dan Louis. Alisya berjaya diselamatkan
walaupun cedera parah akibat ditembak oleh Louis. Louis
pula telah menghilangkan diri dan masih gagal ditemui.
Sepanjang proses pemulihan, Alisya tidak pernah
memberitahu siapa yang menembaknya. Dia juga tidak
pernah memberitahu sesiapa akan kebenaran yang dia
ketahui daripada cerita Louis. Dia berjanji suatu hari nanti dia
akan mencari Louis. )
DISEBUAH TEMPAT YANG TIDAK DIKETAHUI LOKASINYA
( Louis memegang sekeping gambar dalam menatap wajah-
wajah yang berada dalam gambar itu.)
ADIK LOUIS : Siapa yang kat dalam gambar tu ?
LOUIS : Kawan abang .
TAMAT