Follow
Following
Unfollow
0
PERPUSTAKAAN KOLEJ KOMUNITI PEKAN
Kolej Komuniti Pekan (KKP) di bawah Kementerian Pendidikan Tinggi adalah institusi yang menyediakan keperluan latihan dan kemahiran pada semua peringkat dan memberi peluang pendidikan kepada lepasan menengah sebelum ke pasaran tenaga kerja atau melanjutkan pendidikan ke peringkat lebih tinggi.
KKP menawarkan dua program Sijil Kolej Komuniti untuk lepasan SPM iaitu Sijil Servis Kenderaan Ringan (24 bulan) dan Sijil Pengembaraan Pelancongan (24 bulan). Kolej ini menawarkan 2 kali pengambilan pelajar setahun iaitu Sesi Julai dan Sesi Disember. Selain daripada program sepenuh masa, KKP juga menawarkan pelbagai bidang kursus pendek seperti bahasa, kejuruteraan, jahitan, masakan dan sebagainya.