Home
About
MPD telah ditubuhkan pada 1 Januari 1981 di bawah Akta Kerajaan Tempatan 1976 (Akta 171) melalui Warta Kerajaan Negeri Terengganu No. 860 bertarikh 18 Disember 1980. Merupakan salah sebuah daripada tujuh (7) buah Pihak Berkuasa Tempatan yang terdapat di Negeri Terengganu Darul Iman. MPD lahir daripada penggabungan Jemaah Bandaran Dungun dan Majlis Mesyuarat Tempatan Paka.

Di awal penubuhan, keluasan asal MPD adalah 72.59 kilometer persegi sahaja.Mulai tahun 1996 Pihak Berkuasa Negeri Terengganu telah mewartakan keseluruhan kawasan Daerah Dungun seluas 2735.04 kilometer persegi sebagai kawasan MPD melalui Warta Kerajaan Negeri Terengganu No. 911, Pelan Warta 550.SUK.TR.572/442/Bhg 2 yang bertarikh 3 Jun 1996. Ianya merupakan 21.11% daripada keluasan Negeri Terengganu dan merupakan daerah kedua (2) terbesar di Negeri Terengganu.