Home
About
PMK Merintis Kepimpinan Mahasiswa Profesional

Persatuan Mahasiswa Kelantan Universiti Malaya (PMKUM) merupakan sebuah persatuan yang menghimpunkan mahasiswa daripada negeri Kelantan Darul Naim yang menuntut di Universiti Malaya. PMKUM sudah mula bertapak seawal tahun 1976 dan terus aktif menguruskan hal ehwal mahasiswa Kelantan.
Dengan sambutan dan sokongan yang tinggi, PMKUM terus menjadi persatuan anak negeri yang paling aktif dengan penganjuran program, aktiviti dan sebagainya. Lebih menarik apabila penglibatan dalam persatuan ini turut disertai oleh mahasiswa yang pelbagai latar belakang negeri, agama, bangsa dan fakulti pengajian.
Fokus utama PMKUM adalah memberi perhatian kepada hal kebajikan anak-anak Kelantan khasnya disamping mengetengahkan nilai kemahiran kepada mahasiswa amnya.
Jom sertai PMKUM !
Daftar di MyUM atau hubungi jawatankuasa persatuan.
“Pakat Cagho, Begheh Blako”