Unit Bimbingan Dan Kaunseling SMK Engku Husain
SMK SENAI
Tentukan matlamat yang
mampu dicapai.
Berkawan dengan orang
yang berfikiran positif.
Kerap mengamalkan senaman
relaksasi
Amalkan jenaka dalam kehidupan
harian-ketawa boleh membantu
Selalu berada di tempat-tempat
pembinaan kerohanian.
SMK SENAI
BERSABAR SENTIASA
BERSYUKUR
MEMAAFKAN CAKAP YANG
DIRI DAN ORANG BAIK-BAIK
LAIN
BERSABAR
Sabar adalah kesanggupan dan
kemahuan untuk menunda
kepuasan. Kerana kita meyakini,
dunia ini dan seisinya bersifat
sementara. Akhiratlah tempat abadi
dan diperhitungkan segala amal
perbuatan kita. Kita semua untuk
sentiasa bersabar dalam apa jua
keadaan kerana sabar itu adalah
melambangkan kekuatan jiwa kita.
Setiap perkara yang berlaku di dalam
hidup kita pasti ada hikmah yang
tidak terjangkau oleh akal kita, dan
sentiasa bersangka baiklah dengan
tuhan.
SMK SENAI
SENTIASA BERSYUKUR
Bermula dengan mensyukuri apa sahaja
yang ada dalam genggaman kita. Harta,
keluarga, kejayaan, kehidupan dan
segalanya. Di kala kita mampu
bersyukur, bermakna kita sedang
berterima kasih kepada diri sendiri,
kepada orang yang memberi dan yang
lebih penting adalah kepada Tuhan yang
memberi segala nikmat tanpa kita sedar.
Ada ketika, saat melihat orang lain lebih
dari kita dari pelbagai aspek membuat
kita jadi cemburu, dengki atau apa
sahaja perasaan negatif. Namun, kita
harus kembali ingat, saat kita bersyukur
atas apa yang kita punya, Allah SWT
akan tambah dan tambah lagi.
SMK SENAI
MEMAAFKAN
DIRI DAN ORANG LAIN
Sebelum belajar memaafkan orang lain, kita
harus belajar memaafkan diri kita sendiri.
Menerima kesilapan diri dengan hati terbuka
merupakan langkah awal bagi mengosongkan
fikiran dan hati kita dari perkara-perkara
negatif. Pejam mata, tarik nafas dalam-dalam,
bayangkan orang yang berbuat kesilapan
pada kita, dan bisiklah dengan perlahan
“Demi Allah, atas kasih sayangNya yang luas,
aku memaafkanmu sahabatku”.
Cuba kita buat setiap hari sebelum tidur, atau
saat kita terlihat atau teringat tentang
orang-orang yang kita tidak suka. Percayalah
saat kita memaafkan orang lain, kita akan
jadi lebih tenang dan gembira. Sebagaimana
kita ingin dimaafkan dan diberi peluang
kedua, begitu juga orang lain.
#KITAJAGAKITA
#JOMSEBARKANAURAPOSITIF
SMK SENAI
Cakap yang baik-baik
Cakaplah yang baik- baik. Pilih perkataan
yang tidak akan menyinggung hati sesiapa.
Percakapan yang baik menggambarkan
ketinggian kita dalam berbudi bahasa dan
kepada nilai diri kita. Perkataan yang
negatif bukan sahaja merosakkan emosi
kita, tetapi semua orang di sekitar kita.
Antara kata positif yang boleh kita amalkan.
1. Saya sudah buat yang terbaik.
1. Saya bangga dengan diri saya.
2. Saya yakin dengan diri saya.
3. Saya sangat berharga.
4. Saya pilih untuk positif.
5. Saya sayang diri saya.
SMK SENAI
Berupaya menangani Disenangi dan
stres dihormati
Mudah mendapat
Merasa lebih kawan
bahagia
Dapat jalin hubungan Cenderung melihat
sosial yang baik kebaikan orang lain