The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by ubksemuhsin, 2023-10-19 06:31:01

Modul Asas Info TVET (1)

Modul Asas Info TVET (1)

UNIT BIMBINGAN DAN KAUNSELING SMK ENGKU HUSAIN PENDIDIKAN TVET WADAH GENERASI MADANI


UNIT BIMBINGAN DAN KAUNSELING SMK ENGKU HUSAIN Pendidikan Teknikal dan Latihan Vokasional atau Technical Vocational Education and Training (TVET) ialah suatu istilah yang menerangkan program-program pendidikan dan latihan berasaskan kompetensi yang memberatkan penekanan kepada aspek praktikal atau amali. Pendidikan Teknikal dan Latihan Vokasional atau Technical Vocational Education and Training (TVET) bertujuan agar graduan atau lepasan program-program berkenaan akan dapat melaksanakan fungsi atau tugas pekerjaan yang diceburi dengan lebih cekap dan berkesan tanpa memerlukan fasa latihan atau penyesuaian pra-perlantikan yang lama oleh pihak majikan. Kursus atau bidang yang dapat dikatagorikan sebagai mempunyai ciri-ciri TVET termasuklah; a.kursus profesional dan b.sub profesional serta bidang-bidang kemahiran. Program TVET juga merangkumi; i. Program Sarjana Muda Teknologi, ii. Diploma Teknologi dan iii.Sijil Teknologi


1. Lepasan SPM (lulus) berpeluang untuk melanjutkan pelajaran sama ada dalam bidang Sijil ataupun Diploma dalam program TVET yang berkemahiran tinggi. Institusi TVET Malaysia yang menawarkan aliran TVET ini adalah seperti Politeknik, Kolej Komuniti dan Kolej Vokasional. 2. Bagi pelajar yang kurang kecenderungan dalam akademik tetapi lebih suka hands-on, lepasan PT3 ataupun tanpa SPM pun boleh belajar kursus kemahiran di pusat latihan kemahiran (PLK) awam ataupun swasta yang menawarkan persijilan Sijil Kemahiran Malaysia. Selain itu, mereka yang di luar sistem pendidikan juga boleh menyertai program TVET melalui Sistem Latihan Dual Nasional (SLDN). UNIT BIMBINGAN DAN KAUNSELING SMK ENGKU HUSAIN


UNIT BIMBINGAN DAN KAUNSELING SMK ENGKU HUSAIN


❖ Adalah Warganegara Malaysia. Jika bukan, boleh juga berdaftar di Pusat Bertauliah Antarabangsa (program dan pusat yang ditauliahkan amat terhad) ❖ Mestilah sihat tubuh badan, tiada sebarang kecacatan atau kecederaan atau sejarah penyakit atau penyakit-penyakit yang mengehadkan, membataskan dan menyukarkan pelaksanaan kerja praktikal dan amali sepanjang kursus. ❖ Mestilah TIDAK RABUN WARNA/BUTA WARNA. ❖ Ada kemahiran asas membaca, mengira dan menulis. ❖ Bebas daripada masalah mental. ❖ Berminat dengan program dipohon (AMAT PENTING untuk anda berjaya) UNIT BIMBINGAN DAN KAUNSELING SMK ENGKU HUSAIN


Memenuhi keperluan komuniti seperti kehendak majikan serta mengurangkan jurang pengangguran Membantu mereka yang memang bekerja dalam bidang TVET sebagai sokongan untuk jangka masa panjang Memenuhi kehendak industri dengan menghasilkan tenaga kerja yang berkemahiran tinggi Membantu generasi muda memperoleh pekerjaan UNIT BIMBINGAN DAN KAUNSELING SMK ENGKU HUSAIN


Sekolah Rendah •Tahun 1-6 Menengah Rendah •Tingkatan 1-3 Menengah Atas •Tingkatan 4-5 •Akademik (SPM) •Vokasional •(SKM) •(DKM) Lepasan Menengah & Tertiari SKM DKM/DLKM/DIP STPM/STAM Matrikulasi/Asasi/Tah midi Persediaan Luar Negara ISM Pekerjaan Bidang/Sektor Tidak Mahir Separa Mahir Mahir Profesional UNIT BIMBINGAN DAN KAUNSELING SMK ENGKU HUSAIN


Pengurusan & Keusahawanan Pengetahuan Gunaan Kemahiran Pekerjaan Peringkat Pengurusan Penyeliaan Operasi Sijil Diploma Ijazah *DLKM Tahap 5 *DLKM Tahap 4 *SKM Tahap 3 SKM Tahap 2 SKM Tahap 1 *SKM: Sijil Kemahiran Malaysia: DKM: Diploma Kemahiran Malaysia: DLKM: Diploma Lanjutan Kemahiran Malaysia (Persijilan oleh Jabatan Pembangunan Kemahiran (JPK) UNIT BIMBINGAN DAN KAUNSELING SMK ENGKU HUSAIN


Sehingga kini, terdapat 1,295 penyedia TVET awam dan swasta yang merentas 11 kementerian termasuk 22 institusi TVET kerajaan negeri di seluruh negara yang menyediakan pengajian di peringkat sijil dan diploma (Utusan Malaysia. 4 Febuari 2022). Institusi Pengajian Tinggi Awam (IPTA) dan Institusi Pengajian Tinggi Swasta (IPTS) juga ada menawarkan higher TVET. Istilah TVET Peringkat Tinggi (Higher TVET) digunakan untuk mewakili program TVET atau bercirikan TVET yang menganugerahkan Ijazah Sarjana Muda. Ini akan membezakannya daripada program pendidikan teknikal dan latihan vokasional pada aras sub profesional. Rangkaian Universiti Teknikal Malaysia (Malaysian Technical University Network (MTUN); 1. Universiti Tun Hussein Onn (UTHM) 2. Universiti Teknologi Melaka (UTeM) 3. Universiti Malaysia Pahang (UMP) 4. Universiti Malaysia Perlis (UniMAP) 5. Universiti Kuala Lumpur (UniKL) dan beberapa buah politeknik UNIT BIMBINGAN DAN KAUNSELING SMK ENGKU HUSAIN


Politeknik dan Kolej Komuniti juga menawarkan program TVET. Kolej Komuniti menawarkan program di peringkat Sijil Kolej Komuniti. Lepasan Sijil Kolej Komuniti boleh melajutkan pengajian di peringkat diploma di politeknik. Politeknik pula menawarkan program di peringkat Diploma Kejuruteraan dan Diploma Teknologi Kejuruteraan. Institusi Latihan Kemahiran Awam (ILKA) di bawah beberapa kementerian seperti Institut Latihan Perindustrian (ILP), Kementerian Sumber Manusia (KSM), Institut Kemahiran Belia Negara (IKBN) / Institut Kemahiran Tinggi Belia Negara (IKTBN) turut menawarkan program latihan di peringkat Sijil Kemahiran Malaysia (SKM) dan Diploma Kemahiran Malaysia UNIT BIMBINGAN DAN KAUNSELING SMK ENGKU HUSAIN


KEMENTERIAN AGENSI/INSTITUSI KEMENTERIAN BELIA DAN SUKAN (KBS) Institut Kemahiran Belia Negara (IKBN) Institut Kemahiran Tinggi Belia Negara (IKTBN) KEMENTERIAN SUMBER MANUSIA (KSM) Institut Latihan Jabatan Tenaga Manusia (ILJTM) ILP ADTEC CIAST KEMENTERIAN PERTANIAN DAN INDUSTRI MAKANAN Bahagian Latihan Kemahiran Pertanian (BLKP) KEMENTERIAN PEMBANGUNAN LUAR BANDAR Proram Latihan Kemahiran Dan Kerjaya (PLKK) - FELCRA, JAKOA, KEDA, KEJORA, KESEDAR DAN KETENGAH, Giat MARA KEMENTERIAN KESENIAN DAN PELANCONGAN Institut Kraf Negara (IKN) CIDB Akademi Binaan Malaysia (ABM) Wilayah selatan UNIT BIMBINGAN DAN KAUNSELING SMK ENGKU HUSAIN


UNIT BIMBINGAN DAN KAUNSELING SMK ENGKU HUSAIN


01 German Malaysian Institute 270 13 Universiti Kuala Lumpur 01 MARA- Japan Industrial Institute 14 Institut Kemahiran MARA 231 GIATMARA 10 Kolej Kemahiran Tinggi MARA UNIT BIMBINGAN DAN KAUNSELING SMK ENGKU HUSAIN


Jurutera Profesional (Ir.) Teknologis Profesional (Ts.) KEJURUTERAAN/TEKNOLOGI KEJURUTERAAN/PROFESION IJAZAH SARJANA MUDA TEKNOLOGI DIPLOMA TEKNOLOGI KEJURUTERAAN/ TEKNOLOGI/PROFEISON DIPLOMA DKM/DLKM SPM atau yang setara Tiada SPM atau apa-apa sijil yang setara (17 tahun ke atas) PENSIJILA N MARA SIJIL APEL KEMASUKAN LEPASAN SPM SKM T1-T3 BRIDING Tempoh 3 bulan untuk subjek: • Matematik • Bahasa Inggeris • Asas dalam bidang teknikal UNIT BIMBINGAN DAN KAUNSELING SMK ENGKU HUSAIN


UNIT BIMBINGAN DAN KAUNSELING SMK ENGKU HUSAIN


Pemasangan dan Penyelenggaraan Elektrik – Satu & Tiga Fasa Penyediaan dan pembuatan Makanan Kulinari Perkhidmatan pembaikan & servis diagnostik – kenderaan ringan Pembuatan roti/pastri Perkhidmatan terapi kecantikan / estetik Aplikasi rekabentuk grafik (digital) / rekaan grafik Pengasuhan dan Pendidikan Awal Kanak-Kanak Pentadbiran Sistem/Rangkaian Komputer Pembuatan Pakaian Wanita Pegawai Latihan Vokasional (VTO) UNIT BIMBINGAN DAN KAUNSELING SMK ENGKU HUSAIN


GIATMARA merupakan sebuah institusi latihan peringkat akar umbi yang ditubuhkan di bawah akta syarikat dan dikenali sebagai GIATMARA Sendirian Berhad. Pentadbiran GIATMARA diletak di bawah MARA, sebuah agensi di bawah Kementerian Pembangunan Luar Bandar (KPLB). Penubuhan GIATMARA bertujuan menyediakan latihan kemahiran teknikal dan vokasional kepada belia-belia di luar bandar dan di dalam bandar bagi membolehkan para belia mendapat kemahiran sebagai persediaan menjadi tenaga kerja mahir dan usahawan teknikal bagi memenuhi keperluan industri dan keperluan kegiatan ekonomi serta keusahawanan di daerah setempat dan dalam negara. Bajet menguruskan operasi GIATMARA dibiayai sepenuhnya oleh kerajaan Malaysia melalui peruntukan yang disalurkan menerusi MARA. GIATMARA memulakan operasi pada bulan Januari, 1986 di GIATMARA Jitra (sekarang dikenali sebagai GIATMARA Prima Kubang Pasu) dengan pengambilan pertama seramai 60 orang pelatih dalam bidang Elektrik Domestik, Menerap Bata & Kayu Tanggam dan Bengkuk Besi. Sambutan dan permintaan tinggi terhadap program GIATMARA menyebabkan GIATMARA berkembang pesat dari segi bilangan dan program yang ditawarkan. Pada masa ini GIATMARA menawarkan 39 jenis kursus di bawah 12 jenis kluster iaitu Mekanikal, Seni Bina, Pengangkutan, Pembuatan, Percetakan, Elektrikal, Komputer & IT, Fabrik, Elektronik/ Mekatronik, Kulinari, Hairdressing & Cosmetology dan Hospitaliti. •Bumiputera. •Sihat tubuh badan. •Boleh membaca, menulis dan minat (3M). •Berumur dari 15 tahun dan ke atas. •Berminat dengan bidang yang dipohon. •Tamat Tingkatan 5 dan berumur 18 tahun ke atas adalah syarat tambahan untuk menduduki peperiksaan kompetenan Suruhanjaya Tenaga (ST) bagi kursus Pendawai Elektrik & Penjaga Jentera Elektrik. Maklumat lanjut kursus yang ditawarkan, sila layari: https://giatmara.edu.my/senarai-kursus/ •.Kluster Elektrikal • Kluster Elektronik dan Mekatronik • Kluster Fabrik • Kluster Hairdressing and Cosmetology • Kluster Hospitaliti • Kluster Kulinar • Kluster Mekanikal • Kluster Pembuatan • Kluster Pengangkutan • Kluster Senibina • Kluster Creative Media UNIT BIMBINGAN DAN KAUNSELING SMK ENGKU HUSAIN


Penubuhan IKM adalah untuk melahirkan modal insan yang seiring berasaskan industri serta teknousahawan yang berjaya sejajar dengan keperluan negara. Sejak tertubuhnya institusi pertama di Melaka pada tahun 1968, IKM telah berkembang dan kini mempunyai 14 buah kampus di seluruh negara, manakala program yang berfokus kepada teknologi tinggi yang dipacu oleh Kolej Kemahiran Tinggi MARA yang kini berjumlah 10 buah kampus dan sebuah kampus iaitu MARA Japan Industrial Institute (MJII). Daripada asalnya dikenali sebagai "sekolah tukang" ketika zaman RIDA iaitu pusat latihan yang melahirkan pekerja yang mahir dalam sesuatu bidang, pendidikan kemahiran MARA terus berevolusi dengan menawarkan latihan sejajar dengan tuntutan industri dan keperluan pembangunan ekonomi negara. Penglibatan MARA dalam bidang Pendidikan Teknikal dan Vokasional (TVET) adalah kesinambungan dari zaman RIDA di mana usaha MARA menubuhkan IKM pada penghujung era 60-an dan enam buah lagi dekad 70-an boleh disifatkan sebagai pencetus kepada wujudnya pendidikan teknikal berteraskan keperluan industri. Walau bagaimanapun, cabaran utama MARA pada ketika itu bukanlah sekadar kesukaran untuk membangunkan institusi pendidikan berteraskan kemahiran yang terawal semata-mata, tetapi lebih jauh dari itu adalah untuk mengubah paradigma belia Bumiputera pada dekad awal kemerdekaan. PROGRAM-PROGRAM YANG DITAWARKAN DIIKTIRAF MQA/JPK/BADAN PROFESIONAL • Diploma : Kejuruteraan/Teknologi Kejuruteraan/Teknologi/Kompeten si/ Industri/ Teknousahawan (Tempoh Pengajian: 3 tahun) • Sijil:Kejuruteraan/ Teknologi Kejuruteraan/ Teknologi (Tempoh Pengajian: 2 Tahun) Bertaraf Bumiputera • Lulus SPM ATAU Sijil Kemahiran Malaysia (SKM) Tahap 2 Bidang Berkaitan\ • Syarat Kelayakan Khusus: Mengikut Program Yang Dimohon Maklumat lanjut syarat kelayakan, sila layari: https://tvetmara.edu.my/index.php/ kemasukan/programsepenuhmasa UNIT BIMBINGAN DAN KAUNSELING SMK ENGKU HUSAIN


Kolej Kemahiran Tinggi MARA (KKTM), MARA Japan Industrial Institute (MJII) dan Institusi Kemahiran MARA (IKM) merupakan sebuah institusi TVET di bawah MARA yang terunggul di Malaysia. Entiti institusi TVET MARA ini terletak di bawah pemantauan dan seliaan Bahagian Kemahiran dan Teknikal (BKT) MARA Sebagai sebuah institusi pendidikan TVET yang berpengalaman melebihi 5 dekad, KKTM, MJII dan IKM telah memberi sumbangan yang besar kepada negara di dalam melahirkan modal insan berkompetensi berasaskan industri dan teknousahawan yang berjaya sejajar dengan keperluan industri negara. Ini sekaligus menjadikan institusi TVET ini sebagai identiti global yang amat disegani dan dikagumi. Bertaraf Bumiputera • Lulus SPM ATAU Sijil Kemahiran Malaysia (SKM) Tahap 2 Bidang Berkaitan\ • Syarat Kelayakan Khusus: Mengikut Program Yang Dimohon Maklumat lanjut syarat kelayakan, sila layari: https://tvetmara.edu.my/index.php/ke masukan/programsepenuhmasa PROGRAM-PROGRAM YANG DITAWARKAN DIIKTIRAF MQA/JPK/BADAN PROFESIONAL • Diploma : Kejuruteraan/Teknologi Kejuruteraan/Teknologi/Kompet ensi/ Industri/ Teknousahawan (Tempoh Pengajian: 3 tahun) • Sijil:Kejuruteraan/ Teknologi Kejuruteraan/ Teknologi (Tempoh Pengajian: 2 Tahun) KKTM MALAYSIA ZON UTARA – PULAU PINANG ZON TIMUR – PAHANG, KELANTAN, TERENGGANU ZON TENGAH – SELANGOR, PERAK, NEGERI SEMBILAN ZON SELATAN – JOHOR, MELAKA UNIT BIMBINGAN DAN KAUNSELING SMK ENGKU HUSAIN


Institut Kemahiran Belia Negara (IKBN) dan Institut Kemahiran Tinggi Belia Negara (IKTBN) merupakan sejenis institusi berteraskan kemahiran yang bernaung di bawah Kementerian Belia dan Sukan Malaysia. Antara kursus yang diajar adalah seperti elektronik industri, audio video dan teknologi komputer. Kursus latihan ini biasanya mengambil masa di antara 18 bulan hingga 36 bulan mengikut bidang kemahiran. Pelatih yang berjaya akan mendapat sijil dari Majlis Latihan Vokasional Kebangsaan. Bertaraf Bumiputera • Lulus SPM ATAU Sijil Kemahiran Malaysia (SKM) Tahap 2 Bidang Berkaitan\ • Syarat Kelayakan Khusus: Mengikut Program Yang Dimohon Maklumat lanjut syarat kelayakan, sila layari: https://tvetmara.edu.my/index.php/ kemasukan/programsepenuhmasa PROGRAM-PROGRAM YANG DITAWARKAN DIIKTIRAF MQA/JPK/BADAN PROFESIONAL • Diploma : Kejuruteraan/Teknologi Kejuruteraan/Teknologi/Kompet ensi/ Industri/ Teknousahawan (Tempoh Pengajian: 3 tahun) • Sijil:Kejuruteraan/ Teknologi Kejuruteraan/ Teknologi (Tempoh Pengajian: 2 Tahun) UNIT BIMBINGAN DAN KAUNSELING SMK ENGKU HUSAIN


*SYARAT KELAYAKAN* 1. TAMAT TINGKATAN 5 2. BERUMUR 18-30 TAHUN 3. SIHAT MENTAL DAN FIZIKAL 4. BEBAS NAJIS DADAH DAN JENAYAH 5. BELUM PERNAH BERKAHWIN Institut Latihan Perindustrian (ILP) merupakan sejenis institut latihan untuk melahirkan tenaga mahir untuk memenuhi permintaan sektor perindustrian di Malaysia. Sejarah penubuhan ILP telah bermula semenjak tahun 1964 lagi dengan penubuhan ILP Kuala Lumpur. Seterusnya pada tahun 1973, ILP Prai telah dibina diikuti dengan CIAST Shah Alam dan lainlain di Kuala Terengganu, Pasir Gudang, Labuan, Kuantan, Kota Bahru, Jitra, Ipoh, Bandar Melaka, dan JMTI Seberang Perai. ILP adalah di bawah Jabatan Tenaga Manusia (JTM). Manakala JTM adalah di bawah Kementerian Sumber Manusia Malaysia. Selepas itu, 9 buah lagi institut dibina dalam Rancangan Malaysia Ketujuh. Program atau kursus pengajian yang ada di tawarkan di ILP seluruh Malaysia adalah seperti berikut :- 1. Sijil Teknologi (Lepasan SPM) 2. Sijil Lanjutan (Lepasan Sijil Suruhajaya Tenaga (ST)) 3. Diploma Teknologi Kejuruteraan (Lepasan SPM) 4. Diploma Teknologi (Lepasan SKM) 5. Program Kolej Vokasional (KV) – Diploma Vokasional Malaysia (DVM) – Lepasan PMR (Dengan Kerjasama BPTV, KPM) UNIT BIMBINGAN DAN KAUNSELING SMK ENGKU HUSAIN


Pendidikan di Politeknik mula diperkenal di Malaysia melalui penubuhan politeknik pertamanya, Politeknik Ungku Omar di Ipoh di bawah United Nations Development Plan pada tahun 1969. Pendidikan ini diperkukuhkan dengan perakuan Jawatankuasa Kabinet mengenai pendidikan pada tahun 1979 dan Pelan Induk Perindustrian Kebangsaan pertama (1985- 1995). Kesemua perancangan termasuk perakuan Jawatankuasa Kabinet mengenai latihan (1991), telah membolehkan penubuhan lebih banyak politeknik serta penambahan program pengajian bagi memenuhi keperluan pekerja separa professional dalam bidang kejuruteraan, perdagangan dan perkhidmatan. Jemaah Menteri pada 26 Mac 2010 telah menimbang Memorandum Menteri Pengajian Tinggi (No. 198/2685/2010) dan bersetuju supaya ditubuhkan empat buah Politeknik Metro dalam RMKe-9 dan enam buah dalam RMKe-10. Sehingga kini terdapat 33 politeknik merentasi kesemua 14 negeri di Malaysia, dengan menggunakan kepakaran kira-kira 7,800 tenaga pengajar yang mendepani 92,000 orang pelajar melalui kirakira 87 program pengajian yang ditawarkan. Objektif penubuhan Politeknik adalah untuk menjadi salah satu institusi TVET yang diiktiraf bukan hanya di peringkat Malaysia tetapi juga di peringkat global. Selaras dengan pembangunan ekonomi dan industri negara, program pengajian di Politeknik juga telah dikukuhkan mengikut keperluan industri pada masa kini. 1) Politeknik Primer 2) Politeknik Konvesional 3) Politeknik Metro UNIT BIMBINGAN DAN KAUNSELING SMK ENGKU HUSAIN


1.Politeknik Ungku Omar, Perak (PUO) 2.Politeknik Sultan Salahudin Abdul Aziz Shah, Selangor (PSA) 3.Politeknik Ibrahim Sultan, Johor (PIS) Politeknik Premier adalah politeknik yang setanding dengan taraf di universiti-universiti awam. Dengan jumlah peningkatan pelajar yang cemerlang dalam SPM, sudah tentu memberi saingan yang hebat kepada para pelajar. Oleh itu, Politeknik Premier diwujudkan khas untuk pelajar-pelajar yang cemerlang dalam SPM tetapi tidak bernasib baik untuk menempatkan diri dalam universiti awam. Jenis program pengajian yang ditawarkan juga adalah sama seperti di universiti awam. Terdapat 3 jenis program pengajian iaitu di peringkat Diploma, Diploma Lanjutan dan juga Ijazah Sarjana. Politeknik ini juga turut terbuka untuk pengajian sepenuh masa dan juga separuh masa. UNIT BIMBINGAN DAN KAUNSELING SMK ENGKU HUSAIN


UNIT BIMBINGAN DAN KAUNSELING SMK ENGKU HUSAIN


Tempoh pengajian diperingkat diploma adalah selama 6 semester/ 3 tahun UNIT BIMBINGAN DAN KAUNSELING SMK ENGKU HUSAIN


Tempoh pengajian diperingkat diploma adalah selama 4 semester / 2 tahun UNIT BIMBINGAN DAN KAUNSELING SMK ENGKU HUSAIN


Terkini, Majlis Amanah Rakyat MARA memberi peluang kepada para tahfiz yang ingin menceburi bidang TVET. Program TVET Tahfiz ialah program kemahiran yang ditawarkan kepada para hufaz di institusi di bawah MARA iaitu Kolej Kemahiran Tinggi MARA (KKTM) dan Institusi Kemahiran MARA (IKM). Program ini diwujudkan untuk membuka peluang kepada pelajar tahfiz mempelbagaikan kemahiran dengan melanjutkan pelajaran dalam pelbagai bidang diploma kemahiran dan pada masa sama meneruskan pengajian hafazan sepanjang pengajian. UNIT BIMBINGAN DAN KAUNSELING SMK ENGKU HUSAIN


Click to View FlipBook Version