1 MESYUARAT AGUNG PIBG KALI KE – 17 SMA AL-HASANAH DIRASMIKAN OLEH: TN HAJI MOHD YAZID BIN KAMARUDIN (PEGAWAI PENDIDIKAN DAERAH ROMPIN) HARI: JUMAAT TARIKH: 16 JUN 2023 MASA: 7.30 PAGI TEMPAT: DEWAN TERBUKA SMA AL-HASANAH
2 KANDUNGAN Bil. Perkara M/S 01. Aturcara Majlis 3 02. Sekapur Sireh daripada Penasihat PIBG 4 03. Kata Aluan Yang Dipertua PIBG 5 04. Senarai Ahli Jawatankuasa PIBG 2022/2023 6 05. Jawatankuasa Kerja Mesyuarat Agung SMA Al-Hasanah Kali Ke-17 7 06. Agenda Mesyuarat Agung PIBG SMA Al-Hasanah Kali Ke17 8 07. Minit Mesyuarat Agung PIBG Kali Ke-16 Sesi 2022/2023 9-19 08. Laporan Aktiviti PIBG Sesi 2022/2023 20-31 09. Laporan Kewangan Tahunan PIBG SMA Al-Hasanah tahun 2022 & Senarai Kutipan PIBG Tahun 2022 32-36 10. Ahli Jawatankuasa PIBG SMA Al-Hasanah 2023/2024 37 11. Penyataan Usul/Cadangan 38
3 TENTATIF MESYUARAT AGUNG PIBG SMA AL-HASANAH KALI KE-17 MASA ATUR CARA 7.30 pagi Pendaftaran. 8.00 pagi Bacaan Doa - Mesyuarat Agung PIBG bermula Ucapan Penasihat PIBG. Ucapan Yang DiPertua PIBG SMA Al-Hasanah Sesi 2022/2023 Membentang dan menerima Minit Mesyuarat Agung Kali Ke-16 Membentang dan menerima Laporan Tahunan aktiviti PIBG 2022/2023 Membentang, menerima dan meluluskan Penyata Kewangan bagi tahun 2022 yang berakhir pada 31 Disember 2022. Pembubaran AJK PIBG SMA Al-Hasanah Sesi 2022/2023. Pelantikan Pengerusi sementara. Pemilihan dan pembentukan Ahli Jawatankuasa PIBG sesi 2023/2024. Pemilihan Juru Audit Dalaman. Membentang dan Menerima Usul/Cadangan. Hal-hal lain. Ucapan Penangguhan. 10.00 Pagi - Perasmian Penutupan Mesyuarat Agung PIBG Kali Ke-17 - Ucapan Penutupan Pengetua SMA Al-Hasanah - Ucapan YDP PIBG 2023/2024 - Ucapan Perasmi 11.00 Pagi - Cabutan Bertuah - Penyampaian Sijil & Cenderahati AJK PIBG 12.00 Tengah hari - Majlis Bersurai
4 SEKAPUR SIREH DARIPADA PENASIHAT PIBG Bismillahirrahmannirrahim Assalamualaikum w.b.t dan selamat sejahtera Alhamdulillah bersyukur kita ke hadrat Allah swt kerana mengizinkan saya menguntaikan sepatah dua kata sempena Mesyuarat Agung PIBG SMA Al Hasanah kali ke-17 bagi tahun ini sesi 2022/2023. Sekalung tahniah, syabas dan terima kasih kepada Yang Dipertua PIBG dan semua ahli Jawatankuasa PIBG kerana memberikan komitmen yang tinggi dan berjaya melaksanakan tanggungjawab bersama iaitu Mesyuarat Agung PIBG bagi tahun 2022/2023 kali ke-17. Saya mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada semua ibu bapa, penjaga dan guru-guru yag menjadi ahli persatuan yang bertapak teguh dan menabur budi sejak sekian lamanya di sekolah ini. Tidak jemu dan berputus asa memberi sumbangan dalam membantu pihak sekolah ke arah kecemerlangan dan kegemilangan masa depan anak-anak kita semua. Saya amat berharap dengan wujudnya kerjasama erat antara pihak sekolah dan PIBG, kecemerlangan sekolah dapat ditingkatkan dan menjadi sebuah sekolah yang gemilang bukan sahaja dalam bidang akademik malah dapat membina modal insan yang mempunyai sahsiah murni dan berguna kepada agama, bangsa dan negara. Akhir kalam, semoga kita akan dapat menjayakan visi, misi dan hasrat sekolah berlandaskan Pelan Pembangunan Pendidikan melahirkan murid yang berpengetahuan, kemahiran berfikir, kemahiran memimpin, kemahiran dwibahasa, beretika dan kerohanian dan beridentiti nasional sejajar dengan Falsafah Pendidikan Kebangsaan. Sekian, terima kasih (ABU PZIZE BIN HASSIM) Penasihat PIBG/Pemangku Pengetua SMA Al Hasanah
5 KATA ALU-ALUAN DARIPADA YANG DIPERTUA PIBG Assalamualaikum dan salam sejahtera Alhamdulillah saya panjatkan setinggi-tinggi syukur ke hadrat Illahi kerana dengan izinNya dapat saya mengutuskan sepatah dua kata dalam ruangan ini sempena Mesyuarat Agung PIBG kali ke- 17 bagi tahun 2023. Sebagaimana yang kita sedia maklum, PIBG mempunyai objektif dalam membantu dan bekerjasama dalam mendokong misi dan visi sekolah. PIBG turut bermuafakat dengan pihak sekolah dalam melonjakkan pencapaian yang gemilang dalam bidang akademik, kokurikulum dan sebagainya. Di samping itu, PIBG juga sebagai medium untuk sama-sama berganding bahu mengatasi sebarang masalah yang timbul secara dalaman atau luaran. Saya selaku Yang Dipertua PIBG sekolah ini bagi sesi 2022/2023 amat berterima kasih atas segala Kerjasama, sumbangan idea dan tenaga yang telah diberikan oleh pihak pengurusan sekolah, guru-guru serta kakitangan sekolah dalam menjayakan programprogram anjuran PIBG. Setinggi-tinggi penghargaan juga kepada ibu bapa dan penjaga yang menyumbangkan tenaga, memberi Kerjasama dan komitmen bagi memastikan kejayaan anak-anak di sekolah ini. Sebelum mengakhiri ucapan, sekali lagi saya ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepada semua yang terlibat secara langsung atau tidak langsung dalam menjayakan Mesyuarat Agung PIBG kali ke-17 ini. Saya amat berharap ahli Jawatankuasa yang dilantik akan dapat membantu pihak sekolah dalam menjalankan aktiviti bagi meningkatkan prestasi anak-anak kita di SMA Al-Hasanah ini. Mudah-mudahan pengorbanan serta niat murni kita dapat memangkin kejayaan anak-anak kita agar gemilang dan terbilang. Akhir kata, saya memohon kemaafan sekiranya ada salah silap dan kelemahan saya semasa menerajui PIBG SMA Al-Hasanah. Semoga kerjasama erat PIBG dan pihak sekolah akan terus berkekalan demi kejayaan anak-anak kita. InsyaAllah. Sekian, terima kasih. (DR.ABD JALIL BIN AHMAD) Yang Dipertua PIBG SMA Al Hasanah SESI 2022/2023
6 SENARAI AHLI JAWATAN KUASA PIBG SESI 2022/2023 Nama Persatuan Persatuan Ibu Bapa dan Guru Alamat Sekolah Menengah Agama Al Hasanah, 26900 Bandar Tun Abdul Razak, Pahang. No. Pendaftaran JPNP/04/05/0835 Pengelola Sekolah En. Abu Khir bin Walid Penasihat En. Abu Pzize bin Hassim (Pemangku Pengetua SMA Al Hasanah) Yang DiPertua Dr.Abd Jalil bin Ahmad Naib Yang DiPertua Dr. Khairulnizam bin Mat Karim Setiausaha Pn. Siti Nur Aisyah binti Mahd Nayai Naib Setiausaha Cik Siti Jaslina binti Jaafar Bendahari Pn. Siti Salwa Binti Abu Bakar Ahli Jawatankuasa (Ibu Bapa) 1. En. Ahmad bin Isa 2. En. Muhammad Hatta bin Abdul Hamid 3. En. Mohamad Fauzi bin Mohd Yusof 4. Pn. Junita binti Abi 5. Pn. Rostiah binti Muhamad Taher Ahli Jawatankuasa (Guru) 1. Pn. Amirah Hakimah binti Abdul Rahman 2. Cik Mariatun Qibtiah binti Khalil Safri Pemeriksa Kira-Kira YM Tengku Hakimah binti Tengku Musa En. Aszeli bin Mohammad Supian
7 JAWATANKUASA KERJA MESYUARAT AGUNG PIBG SMA AL HASANAH KALI KE – 17 SESI 2023/2024 Penasihat Tuan Jalaluddin bin Tajuddin Pengerusi Dr. Abd Jalil bin Ahmad Naib Pengerusi Dr. Khairulnizam Bin Mat Karim Penyelaras Pn. Siti Nur Aisyah binti Mahd Nayai Bendahari Pn. Siti Salwa binti Abu Bakar AJK Sambutan & Protokol Semua Penolong Kanan Penyediaan Tempat/ Hiasan Pentas & Banner En. Ahmad Shahi Bin Mohammad Shah En. Zulkhairil bin Zakaria Pn. Norkhamisa binti Musa@Ahmad Pn. Aida Azura binti Ali Buku Mesyuarat, Pamplet, Surat Jemputan dan Dokumentasi Pn. Siti Aisyah binti Mahd Nayai Pn. Amirah Hakimah Cik. Siti Jaslina binti Jaafar Pencatat Minit Pn. Fatanah bin Md Jazi Pn.Nurul Iza Idani bin Ismail Juruacara & Penyediaan Teks Ucapan Pemangku Pengetua & YDP Pn. Nurulsuhaida binti Ramli Pn. Siti Hajar binti Abdul Rahim Cenderahati, Cabutan Bertuah & Sijil AJK 2021/2022 Pn. Siti Salwa binti Abu Bakar Pn. Nur Ain binti Abd Hamid Pn. Siti Zakirah binti Mohd Salleh Bacaan Doa En. Mohamad Shahir Ashraf bin Abdul Razak Pendaftaran Ibubapa&Penjaga/AJK PIBG/ Guru Pn. Masdalina binti Abdullah Zawawi Pn.Nur Atiqah binti Harun AJK Penyediaan Makanan Cik Mariatun Qibtiah binti Khalil Safri Cik Rubiatul Adawiyah binti Mohd Yusof Pn. Saidatul Nur Ain binti Mohamad Taib AJK Kawalan Pelajar En. Mohd Rizalmi bin Hasan En. Faizlan bin Ibrahim Pn. Azizah binti Jaafar AJK Keselamatan & Lalu lintas En. Mohd Azizol bin Ghazali En. Muhamad Fakro Razi bin Abllah Muhamad Pengawal Keselamatan Pengawas AJK Fotografi Muhammad Izzat bin Mohd Nawi AJK Teknikal En. Muhammad Alif bin Muhammad Pengawas
8 AGENDA MESYUARAT AGUNG PIBG SMA AL HASANAH KALI KE- 17 SESI 2023/2024 1. Ucapan Penasihat PIBG. 2. Ucapan Yang DiPertua PIBG SMA Al-Hasanah Sesi 2022/2023. 3. Membentang dan menerima Minit Mesyuarat Agung Kali Ke-16. 4. Membentang dan menerima Laporan Tahunan aktiviti PIBG 2022/2023. 5. Membentang, menerima dan meluluskan Penyata Kewangan bagi tahun 2022 yang berakhir pada 31 Disember 2022. 6. Pembubaran AJK PIBG SMA Al-Hasanah Sesi 2022/2023. 7. Pelantikan Pengerusi sementara. 8. Pemilihan dan pembentukan Ahli Jawatankuasa PIBG sesi 2023/2024. 9. Pemilihan Juru Audit Dalaman. 10. Membentang dan Menerima Usul/Cadangan. 11. Hal-hal lain. 12. Ucapan Penangguhan.
9 MINIT MESYUARAT AGUNG PERSATUAN IBU BAPA GURU (PIBG) SMA AL HASANAH KALI KE 16 SESI 2022/2023 TARIKH 03 JUN 2022 HARI JUMAAT TEMPAT DEWAN TERBUKA SMA AL-HASANAH PERASMI EN. BADRUL SHAHIDI BIN IBRAHIM (PENOLONG PEGAWAI PENDIDIKAN DAERAH ROMPIN- PENDIDIKAN ISLAM) SEKOLAH MENENGAH AGAMA AL-HASANAH 26900 BANDAR TUN ABDUL RAZAK PAHANG DARUL MAKMUR
10 MINIT MESYUARAT AGUNG PIBG BIL. 16, SESI 2022/2023 Tarikh : 03 Jun 2022 Masa : 9.30 Pagi Tempat : Dewan Terbuka SMA Al-Hasanah Kehadiran : 109 Orang Perasmi : En. Badrul Shahidi Bin Ibrahim (Penolong Pegawai Pendidikan Daerah RompinPendidikan Islam) Agenda : 1. Ucapan Penasihat PIBG. 2. Ucapan Yang DiPertua PIBG SMA Al-Hasanah Sesi 2021/2022. 3. Membentang dan menerima Minit Mesyuarat Agung Bil 16, Sesi 2021/2022. 4. Membentang dan mengesahkan Laporan Aktiviti tahunan PIBG 2021/2022. 5. Membentang dan Meluluskan Penyata Kewangan PIBG Sesi 2021/2022 yang berakhir pada 31 Disember 2021. 6. Pembubaran AJK PIBG SMA Al-Hasanah Sesi 2021/2022. 7. Perlantikan pengerusi sementara. 8. Pemilihan dan pembentukan Ahli Jawatankuasa PIBG sesi 2022/2023. 9. Pemilihan juru audit dalaman. 10.Membentang dan membahaskan usul/cadangan. 11.Hal- hal lain. 12.Ucapan Penangguhan Mesyuarat Agung Kali ke -16 sesi 2022/2023 1.0 UCAPAN PENASIHAT PIBG. 1.1 Majlis mesyuarat dimulai dengan bacaan Ummul Kitab Al-Fatihah. 1.2 Penasihat mengalu-alukan kehadiran semua JK PIBG, para guru dan ibu bapa yang dapat menghadiri mesyuarat agung pada tahun ini secara bersemuka. 1.3 Penasihat mengucapkan kesyukuran ke atas Ilahi kerana dapat menjalankan mesyuarat PIBG dan ucapan syabas serta tahniah kepada JK Pengelola atas kerjasama yang diberikan. 1.4 Penasihat memaklumkan kepada ibu bapa bahawa SABK berbeza dengan sekolah kerajaan yang lain kerana adanya LPS yang mengelola sekolah. 1.5 Penasihat menyatakan bahawa sekolah telah menerima sumbangan dari UNITEN baru-baru ini, iaitu 70 buah meja dan 140 buah kerusi di Makmal alQuran, satu set meja mesyuarat di bilik mesyuarat dan satu set sofa di pejabat sekolah. 1.6 Penasihat juga memaklumkan akan membuat perbincangan untuk memperkasakan Bahasa Inggeris dan program-program SPM sepanjang tahun 2022. 1.7 Penasihat berharap sekolah mendapat lonjakan saujana untuk tahun kedua, yang mana tahun 2020 telah mendapat lonjakan saujana 10 terbaik di negeri Pahang.
11 1.8 Penasihat menyatakan bahawa matlamat dan visi sekolah ialah persekitaran pembelajaran yang kondusif memacu SMA Al-Hasanah cemerlang tahun 2023. 1.9 Penasihat juga menyatakan bahawa pelantikan AJK PIBG diadakan setiap tahun, dan usul untuk diadakan setiap dua tahun ditolak oleh Pendaftar JPN. 2.0 UCAPAN YANG DIPERTUA PIBG SMA AL-HASANAH SESI 2021/2022. 2.1 YDP mengalu-alukan kehadiran semua JK PIBG, guru-guru serta ibu bapa yang dapat hadir mesyuarat agung yang diadakan pada tahun ini. 2.2 YDP berharap ibu bapa dapat bersama-sama membantu pihak sekolah dan berbincang dengan pihak sekolah dalam apa jua keadaan, khususnya isu buli. 2.3 YDP berharap agar para guru dan warden mengambil cakna dalam sebarang isu yang berlaku di sekolah. 2.4 YDP mengucapkan tahniah kepada pihak sekolah atas peningkatan pencapaian kurikulum yang telah dicapai. 2.5 YDP mengucapkan ucapan takziah di atas permergian YDP PIBG sekolah SMA Al-Hasanah bagi sesi 2020/2021, Allahyarham En. Khairiza Bin Alias dan PK Kokurikulum, Encik Mazlan bin Awang. 3.0 MEMBENTANG DAN MENERIMA MINIT MESYUARAT AGUNG PIBG BIL.15, SESI 2021/2022 3.1 Penasihat memaklumkan pembetulan perlu dibuat kepada nama perasmi Mesyuarat Agung Bil. 15, iaitu En Abdul Razak Timbalan PPD Rompin. 3.2 YDP PIBG memaklumkan bahawa usul daripada Tn Haji Yahaya bin Daros supaya RM10,000 daripada kewangan PIBG digunakan untuk aktiviti sekolah telah dipersetujui. 3.3 Penasihat memaklumkan bahawa isu limpahan air di padang sekolah telah diambil tindakan oleh pihak sekolah, dengan melaporkan kepada pemaju, PPD dan Majlis Daerah Rompin. Air telah surut, namun belum surut sepenuhnya. 3.4 Mesyuarat menerima dan mengesahkan Minit Mesyuarat Agung PIBG Bil. 15, sesi 2022/2023. Minit mesyuarat dicadangkan untuk disahkan oleh Encik Abu Pzize bin Hassim dan disokong oleh Puan Rostiah binti Muhamad Taher. 4.0 MEMBENTANG DAN MENERIMA LAPORAN AKTIVITI PIBG 2021/2022 4.1 Setiausaha membentangkan laporan aktiviti sekolah bermula Oktober 2021 sehingga Mei 2022. Setiausaha memaklumkan segala aktiviti adalah melibatkan aktiviti sekolah dan juga aktiviti yang memerlukan khidmat bantu daripada PIBG dari segi kewangan dan juga tenaga. 4.2 Penasihat memaklumkan bahawa SMA Al-Hasanah telah mewakili negeri Pahang ke Nadwah Kepemimpinan Sekolah-Sekolah peringkat Kebangsaan dan mendapat Anugerah Video Terbaik. 4.3 Cadang untuk disahkan oleh Encik Manap bin Mu’min dan disokong oleh Encik Azli bin Mohd Sofian.
12 5.0 MEMBENTANG, MENERIMA DAN MELULUSKAN PENYATA KEWANGAN PIBG SESI 2021/2022 YANG BERAKHIR PADA 31 DISEMBER 2020. 5.1 Pn Siti Salwa binti Abu Bakar selaku bendahari PIBG membentang Penyata Kewangan PIBG SMA Al-Hasanah 2021 yang berakhir pada Disember 2021 dan mohon untuk disahkan. 5.2 Laporan penyata dicadang untuk disahkan oleh Puan Habibah binti Mohd Zaini dan disokong oleh Puan Shahrulizan binti Safwan. 6.0 PEMBUBARAN AJK PIBG 2021/2022 6.1 YDP PIBG mengucapkan terima kasih atas kepercayaan yang diberikan kepada AJK PIBG untuk menerajui sesi 2021/2022. 6.2 Mesyuarat bersetuju atas pembubaran Ahli Jawatankuasa PIBG sesi 2021/2022 oleh YDP PIBG sesi 2021/2022 7.0 PERLANTIKAN PENGERUSI SEMENTARA Pn. Habibah binti Mohd Noor mencadang untuk melantik pengetua sebagai pengerusi sementara dan dipersetujui oleh ahli mensyuarat. 8.0 PEMILIHAN DAN PEMBENTUKAN AJK PIBG BARU SESI 2022/2023 & JURU AUDIT DALAMAN 8.1 Pengerusi mencadangkan agar mesyuarat menerima Dr. Abd Jalil bin Ahmad dan Pn.Rostiah binti Muhammad Taher menjadi anggota PIBG SMA Al-Hasanah memandangkan beliau tidak mempunyai anak yang bersekolah di sekolah ini. Cadangan ini dipersetujui sebulat suara oleh semua ahli mesyuarat. 8.2 Pengerusi mencadangkan agar mengekalkan Dr.Abd Jalil bin Ahmad sebagai YDP PIBG SMA Al-Hasanah Sesi 2022/2023 dan Pn. Rostiah binti Muhammad Taher sebagai AJK Biro Bina Insan & Sahsiah Murid. Cadangan ini dipersetujui oleh semua ahli mesyuarat. 8.3 Ahli Jawatankuasa PIBG sesi 2021/2022 dicadangkan untuk dikekalkan bagi sesi 2022/2023 oleh En. Aszeli bin Mohammad Supian dan disokong oleh Pn. Habibah binti Mohd Noor kecuali ahli jawatankuasa yang tidak hadir. Cadangan dipersetujui oleh semua ahli mesyuarat. 8.4 En. Manaf Bin Mukmin mencadangkan En. Aszeli bin Mohammad Supian untuk menggantikan Tn Haji Yahaya bin Daros sebagai Biro Pembangunan bagi Ahli Jawatankuasa PIBG sesi 2022/2023 dan disokong oleh Pn. Bidawani binti Mohammad Rosli memperolehi 9 sokongan ahli mesyuarat. 8.5 Pn. Siti Salwa mencadangkan En.Ahmad bin Isa untuk menggantikan Tn.Haji Yahaya bin Daros sebagai Biro Pembangunan bagi Ahli Jawatankuasa PIBG sesi 2022/2023 dan disokong oleh YM.Pn.Tengku Hakimah binti Tengku Musa memperolehi sokongan majoriti ahli mesyuarat.
13 8.6 Pengerusi mencadangkan untuk melantik En. Aszeli bin Mohammad Supian sebagai Pemeriksa Kira-Kira 2 bagi Ahli Jawatankuasa PIBG sesi 2022/2023 dan telah dipersetujui oleh ahli mesyuarat. 8.7 Semua ahli PIBG bersetuju dengan AJK yang telah dipilih. Ahli Jawatankuasa PIBG sesi 2022/2023 adalah seperti berikut : Pengelola sekolah : En. Abu Khir bin Walid Penasihat : En. Jalaluddin bin Tajuddin Yang Dipertua : Dr. Abd Jalil bin Ahmad Naib Yang Dipertua : Dr. Khairulnizam bin Mat Karim Setiausaha : Pn. Siti Nur Aisyah binti Mahd Nayai Penolong Setiausaha : Cik Siti Jaslina binti Jaafar Bendahari : Pn. Siti Salwa binti Abu Bakar AJK Ibu Bapa : En. Ahmad bin Isa (Biro Pembangunan) : Pn. Junita binti Abi (Biro Akademik) : Pn. Rostiah binti Muhamad Taher (Biro Bina Insan & Sahsiah Murid) : En. Muhamad Hatta bin Abdul Hamid (Biro Kokurikulum) : En. Mohamad Fauzi bin Mohd Yusoof (Biro Asrama & Kebajikan) AJK Guru Pemeriksa Kira-Kira : Pn. Amirah Hakimah binti Abdul Rahman (Biro Akademik) : Cik. Mariatun Qibtiah binti Khalil Safri (Biro Bina Insan & Sahsiah Murid) : Pn. Tengku Hakimah binti Tengku Musa : En. Aszeli bin Mohammad Supian 9.0 MEMBENTANG DAN MEMBAHASKAN USUL 9.1 Cadangan daripada Pn.Rosemayuzie Binti Ab Shatar agar semua pembayaran yuran termasuk bayaran koperasi dibuat secara pindahan atas talian (online transfer) selain daripada secara tunai bagi memudahkan ibu bapa yang jauh dan juga mengelakkan kehilangan atau keciciran wang jika diberi kepada anak. Pembayaran secara atas talian (online transfer) telah berjaya meningkatkan jumlah kutipan PIBG di sekolah saya sehingga 50% kerana pembayaran atas talian merupakan trend masa kini dan ia boleh dilakukan pada bila-bila masa. Untuk memudahkan rekod, sekolah boleh menyediakan google form untuk dilengkapkan setelah bayaran dibuat dan resit boleh disertakan secara atas talian telah dipersetujui di dalam mesyuarat dan disokong oleh Pn. Sharifah Binti Basirah.
14 9.2 Cadangan daripada Ahli Jawatankuasa PIBG sesi 2021/2022 agar membuka peluang kepada ibu bapa yang ingin membuat sumbangan wakaf untuk membeli 3 buah gazebo dengan anggaran RM4000 untuk setiap gazebo bagi kemudahan ibu bapa apabila bertemu dengan anak-anak semasa waktu melawat asrama. Gazebo tersebut boleh digunakan untuk para pelajar dan guru untuk melaksanakan Pdpc di luar kelas. Cadangan gazebo tersebut diletakkan di sebelah kawasan dewan terbuka telah dipersetujui di dalam mesyuarat dan disokong oleh Pn. Siti Zaleha Binti Said. 10.0 HAL-HAL LAIN 10.1 En. Manaf Bin Mukmin mengajukan soalan berkaitan perlantikan wakil sebagai kumpulan sarana tingkatan iaitu ibubapa yang akan terlibat dengan aktiviti membantu pihak sekolah untuk memastikan keselesaan pelajar. 10.2 Dr Abd Jalil bin Ahmad menyatakan bahawa kumpulan sarana tingkatan adalah melibatkan ibubapa bagi setiap tingkatan dan hanya melibatkan gerak kerja yang ringkas tanpa melibatkan PIBG sebagai contoh membaiki kipas di dalam kelas. 10.3 Pn. Baizura Binti Hasni mengajukan soalan berkaitan sidang akhbar yang disampaikan oleh Menteri Pendidikan tentang penilaian yang terbaru sama ada SABK terlibat dengan penilaian pertengahan tahun dan akhir tahun serta berapa bilangan jumlah kertas yang akan dinilai. 10.4 Pengetua menyatakan bahawa sekolah sememangnya telah pun membuat penilaian melibatkan PBS (Pentaksiran Berasaskan Sekolah), psikometrik dan PAJSK untuk kokurikulum. Pengetua menyatakan juga PT3 dimansuhkan untuk tahun ini dan digantikan dengan dua jenis pentaksiran iaitu formatif dan sumatif. PBD (Pentaksiran Bilik Darjah) melibatkan pentaksiran secara berterusan sepanjang tahun manakala pentaksiran sumatif adalah pentaksiran berpusat seperti Ujian Penilaian 1. Untuk peperiksaan akhir tahun pihak Kementerian Pendidikan akan menyediakan soalan berpusat selaras untuk semua sekolah untuk subjek teras iaitu Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris, Sejarah, Sains dan Matematik. Bagi SABK pihak sekolah akan menyediakan soalan bagi 3 subjek tambahan iaitu Usuluddin, Syariah dan LAM. Keputusan akhir tahun akan menentukan aliran yang akan diambil bagi setiap pelajar untuk tingkatan 4 kelak.
15 11.0 UCAPAN PENANGGUHAN 11.1 Yang Dipertua PIBG SMA Al-Hasanah Sesi 2022/2023, Dr Abd Jalil bin Ahmad mengucapkan terima kasih di atas kehadiran ibubapa dan guru-guru kerana menjayakan Mesyuarat Agung PIBG. Beliau melahirkan rasa kesyukuran kerana mesyuarat telah diadakan dengan jayanya. Mesyuarat ditangguhkan pada jam 10.15 pagi. Disediakan oleh, Disemak oleh, (SITI NUR AISYAH BINTI MAHD NAYAI) (DR. ABD JALIL BIN AHMAD) Setiausaha PIBG Yang Dipertua PIBG SMA Al-Hasanah SMA Al-Hasanah Sesi 2022/2023 Sesi 2022/2023
16
17 SENARAI KEHADIRAN MESYUARAT AGUNG PERSATUAN IBU BAPA & GURU SMA AL-HASANAH KALI KE-16 ,SESI 2022/2023 BIL NAMA 1. TN HJ. JALALUDDIN BIN TAJUDDIN 2. DR. ABD JALIL BIN AHMAD 3. DR. KHAIRULNIZAM BIN MAT KARIM 4. PN. SITI NUR AISYAH BINTI MAHD NAYAI 5. SITI JASLINA BINTI JAAFAR 6. SITI SALWA BINTI ABU BAKAR 7. JUNITA BINTI ABI 8. ROSTIAH BINTI MUHAMAD TAHER 9. MUHAMAD HATTA BIN ABDUL HAMID 10. MOHAMAD FAUZI BIN MOHD YUSOOF 11. AIN ATIFAH BINTI HAMDAN 12. SURAYA BINTI ABDUL HALIM 13. YM TENGKU HAKIMAH BINTI TENGKU MUSA 14. WAN HARUN BIN WAN ALI 15. ABU PZIZE BIN HASSIM 16. ABU KHIR BIN WALID 17. NOOR AMIRA SYAMILA BINTI AHMAD NASIR 18. NORKHAMISA BINTI MUSA@AHMAD 19. MOHD RIZALMI BIN HASAN 20. AHMAD SHAHI BIN MOHAMAD SHAH 21. AZIZAH BINTI JAAFAR 22. AIDA AZURA BINTI ALI 23. NUR AIN BINTI AB. HAMID 24. MUHAMMAD IZZAT BIN MOHD NAWI 25. ZULKHAIRIL BIN ZAKARIA 26. NURUL IZA IDANI BINTI ISMAIL 27. NURUL SUHAIDA BINTI RAMLI 28. SITI HAJAR BINTI ABDUL RAHIM 29. FAIZLAN BIN IBRAHIM 30. MOHAMAD SHAHIR ASHRAF BIN ABDUL RAZAK 31. MUHAMMAD ALIF BIN MUHAMED 32. SITI ZAKIRAH BINTI MOHD SALLEH 33. MARIATUN QIBTIAH BINTI KHALIL SAFRI 34. MOHD AZIZOL BIN MOHD GHAZALI 35. FATANAH BINTI MD JAZI 36. NUR ATIQAH BINTI HARUN 37. RUBIYATUL ADAWIYAH BINTI MOHD YUSOF 38. MUHAMAD FAKRO RAZI BIN AB LLAH MUHAMAD 39. NORFARISHAM BIN NORHAN 40. SAIDATUL NUR AIN BINTI MOHAMAD TAIB 41. HARZIYANA HARUN
18 42. AZRUL AMIR 43. AHMAD BIN ISA 44. MOHAMAD FAUZI 45. KAMARULZAMAN 46. ABDUL MALEK 47. BAIZURA BINTI HASNI 48. MOHD. RAZI HUSSIN 49. ZUHAIFAH ISMAIL 50. SHAHRIZAL BIN ABU 51. SUHAILA AYOB 52. AZAZIA ISMAIL 53. KU ROSELIZA KU ISA 54. SHAHRULIZAN SAPUAN 55. NORASMAH MOHAMAD 56. SITI ZAKIAH ISMAIL 57. MUHAMMAD ALI 58. RUZITA 59. RAHIM JOHARI 60. ZALEHA KASSIM 61. NURUL FAREHAH 62. BIDAWANI ROSLI 63. NOOR AZA ALI 64. SITI SUHANA NORSANI 65. SITI JALEKHO SAID 66. SALMI NIZAM 67. SHAHRULIZAN SAPUAN 68. RABIATUL NABILAH BINTI KHAIRUL ANWAR 69. NORHAYATI MOHAMED 70. ZALINAN ZAILAN 71. MAWAR MUKMIN 72. NORHAIZAN BINTI MA’ON 73. JUNITA BINTI ABI 74. NOR ZIYAH BINTI ZAILAN 75. DEWI PERMATA SARI 76. HALMI BIN HAMID 77. RUZAINAH BINTI SAID 78. JUNAIDA 79. MOHD FAUZI 80. NORIAH 81. BIDAWIAH ROSLI 82. SARIMAH OTHMAN 83. NOOR ANIZEAH ISMAIL 84. NORHUDA BINTI ABD HAMID 85. AZRUL AMIR 86. ARANAIN BINTI ABDUL BINANG 87. SHARIFAH SALBIAH BINTI SHARIF MALIK 88. NOR FARAH BINTI MOHD SAAD 89. KAMARULZAMAN
19 90. SARIPAH BASIRAN 91. HUSSIN MOHAMAD 92. TENGKU HAKIMAH 93. NOR’AIN SHUIB 94. HARIANI BINTI SAPARNI 95. HAINA ATAN 96. SELAMAH ABDULLAH 97. HABIBAH BT MOHD ZAINI 98. BIDAWANI M.ROSLI 99. NORAINI IBRAHIM 100. ZALEHA BINTI ZAINI 101. YIVY BOTLIZA BINTI MOHD SUHAIR 102. JOHARI AHMAD 103. ZALAINI BT SA’AD 104. ASZELI BIN MOHD SUPIAN 105. SITI ASMAWATI 106. ABD AZIZ 107. MUHAMAD HATTA BIN ABD HAMID 108. MUHARDI 109. SITI HANIZAH BINTI MOHD SAAD
20 LAPORAN AKTIVITI TAHUNAN SEKOLAH & PERSATUAN IBU BAPA GURU (PIBG) SMA AL HASANAH KANDUNGAN 1. MAKLUMAT JAWATANKUASA PIBG 2. CARTA KEHADIRAN MESYUARAT JAWATANKUASA PIBG 3. AKTIVITI SMA AL HASANAH TAHUN 2022/2023 4. AKTIVITI PERSATUAN IBU BAPA & GURU TAHUN 2022/2023 5. PENYATA KEWANGAN PIBG SMA AL HASANAH BAGI TAHUN BERAKHIR 31 DISEMBER 2022 & SENARAI KUTIPAN PIBG TAHUN 2022.
21 MAKLUMAT JAWATANKUASA PIBG 2022/2023 SMA AL HASANAH BIL NAMA JAWATAN DIPEGANG STATUS / KATEGORI ALAMAT RUMAH ANAK DI SMA AL HASANAH 1. EN. ABU KHIR BIN WALID PENGELOLA PENGHULU FELDA KERATONG 1 - TIADA 2. EN. ABU PZIZE BIN HASSIM PENASIHAT PEMANGKU PENGETUA SMAAH SMA AL HASANAH TIADA 3. DR.ABD JALIL BIN AHMAD YANG DIPERTUA IBU BAPA - TIADA 4. DR. KHAIRULNIZAM BIN MAT KARIM NAIB YANG DIPERTUA IBU BAPA NO. 12, SARI ILMIA 2/1, ALAM SARI 43000 KAJANG, SELANGOR ADA (1) 5. PN. SITI NUR AISYAH BINTI MAHD NAYAI SETIAUSAHA GURU SMA AL HASANAH TIADA 6. CIK SITI JASLINA BINTI JAAFAR PENOLONG SETIAUSAHA GURU SMA AL HASANAH TIADA 7. PN. SITI SALWA BINTI ABU BAKAR BENDAHARI GURU SMA AL HASANAH TIADA 8. PN. AMIRAH HAKIMAH BINTI ABDUL RAHMAN BIRO AKADEMIK GURU SMA AL HASANAH TIADA 9. CIK MARIATUN QIBTIAH BINTI KHALIL SAFRI BIRO BINA INSAN & SAHSIAH MURID GURU SMA AL HASANAH TIADA 10. PN.JUNITA BINTI ABI BIRO AKADEMIK IBU BAPA NO.398 LRG 17 DESA KERATONG INDAH,26900 BTR, PAHANG ADA (1)
22 11. PN.ROSTIAH BINTI MUHAMAD TAHER BIRO BINA INSAN & SAHSIAH MURID IBU BAPA NO.67 LORONG KERATONG PERMAI 2, PERUMAHAN DESA PERMAI KERATONG 4 , 26900 BTR, PAHANG TIADA 12. EN.MUHAMAD HATTA BIN ABDUL HAMID BIRO KOKURIKULUM IBU BAPA 516, FELDA KERATONG 1, 26900 BTR, PAHANG. TIADA 13. EN. AHMAD BIN ISA BIRO PEMBANGUNAN IBU BAPA 24-087 LORONG CHENGAL KIRI 2, 26900 BANDAR TUN ABDUL RAZAK PAHANG. ADA (1) 14. EN.MOHAMAD FAUZI BIN MOHD YUSOOF BIRO ASRAMA & KEBAJIKAN IBU BAPA NO.32, LRG PERMATANG BADAK MAJU 3, TMN ANEKA JAYA 10, 25150 KUANTAN, PAHANG ADA (2) 15. YM TENGKU HAKIMAH BINTI TENGKU MUSA JURU AUDIT IBU BAPA NO 1277 p(G) Kuarters JPJ, 26900 BANDAR TUN ABDUL RAZAK PAHANG DARUL MAKMUR ADA (1) 16. EN.ASZELI BIN MOHAMMAD SUPIAN JURU AUDIT IBU BAPA F9, PERUMAHAN KILANG SAWIT, FELDA KERATONG 03 26900 BANDAR TUN ABDUL RAZAK PAHANG. ADA (1)
23 CARTA KEHADIRAN MESYUARAT JAWATANKUASA PIBG SESI 2022/2023 BIL. NAMA JAWATAN KEHADIRAN JUMLAH 1. EN. ABU PZIZE PENASIHAT TURUT HADIR TURUT HADIR 2/2 2. DR.ABD JALIL BIN AHMAD YANG DIPERTUA / / 2/2 3. DR. KHAIRULNIZAM BIN MAT KARIM NAIB YANG DIPERTUA / - 1/2 4. PN. SITI NUR AISYAH BINTI MAHD NAYAI SETIAUSAHA / / 2/2 5. CIK SITI JASLINA BINTI JAAFAR PENOLONG SETIAUSAHA / / 2/2 6. PN. SITI SALWA BINTI ABU BAKAR BENDAHARI / / 2/2 7. PN. AMIRAH HAKIMAH BINTI ABDUL RAHMAN BIRO AKADEMIK / / 2/2 8. CIK MARIATUN QIBTIAH BINTI KHALIL SAFRI BIRO BINA INSAN & SAHSIAH MURID / / 2/2 9. PN.JUNITA BINTI ABI BIRO AKADEMIK / / 2/2 10. PN.ROSTIAH BINTI MUHAMAD TAHER BIRO BINA INSAN & SAHSIAH MURID / - 1/2 11. EN.MUHAMAD HATTA BIN ABDUL HAMID BIRO KOKURIKULUM - / 1/2 12. EN. AHMAD BIN ISA BIRO PEMBANGUNAN / - 1/2 13. EN.MOHAMAD FAUZI BIN MOHD YUSOOF BIRO ASRAMA & KEBAJIKAN / / 2/2 14. YM TENGKU HAKIMAH BINTI TENGKU MUSA JURU AUDIT / / 2/2 15. EN.ASZELI BIN MOHAMMAD SUPIAN JURU AUDIT - - 0/2
24 PROGRAM /AKTIVITI SMA AL HASANAH 2022/2023 UNIT KURIKULUM PENGERUSI : EN. ABU PZIZE BIN HASSIM TIMB. PENGERUSI : EN.WAN HARUN BIN WAN ALI SETIAUSAHA : PN. AIN ATIFAH BINTI HAMDAN PROGRAM / AKTIVITI: PROGRAM KECEMERLANGAN KURIKULUM TAHUN 2022/2023 BIL AKTIVITI TARIKH PELAKSANAAN 1. 2Kem Daie Pena Muda Peringkat Negeri Pahang 1/6/2022 2. 3Sehari Bersama Program Nilam 3/6/2022 3. 4Majlis Penyerahan Keputusan SPM 2021 16/6/2022 4. 5Post Mortem Keputusan SPM 2021 20/6/2022 5. 6PLC- Learning Walk Fokus Set Induksi 21-22/6/2022 6. 7Kuiz Asean Peringkat Kebangsaan 2022 27/6/2022 7. 8Dialog Prestasi UP1 SPM 2022 (Guru) 7/7/2022 8. 9 Taklimat Kerja Kursus Perniagaan SPM 2022 19/7/2022 9. 0Taklimat MSU Virtual Infohunt Tahun 2022( Literasi Maklumat 22/7/2022 10.1Dialog Prestasi UP1 SPM 2022 (Pelajar) 29/7/2022 11.2Pertandingan Kemahiran Maklumat: MSU Virtual Info Hunt 2022 30/7/2022 12.3Dare To Spell (District Level) 3/8/2022 13.4Pelancaran STEMina 8/8/2022 ( Sebulan) 14.5Ceramah Motivasi 1.0 8/8/2022 15.1 6 Tinjauan & Bimbingan Serta Khidmat Bantu Penjaminan Kualiti Pentaksiran Bilik Darjah (PBD) Negeri Pahang Tahun 2022 10/8/2022 16.7Program Pemantapan Pedagogi Pembelajaran Terbeza (Guru Novis) 11/8/2022 17.8Sambutan Bulan Kebangsaan / Hari Kemerdekaan 16/9/2022 18.9Bengkel Menjawab Matematik SPM 2022 25/11/2022
25 19.0Pelaksanaan Rintis Pembelajaran Bahasa Melayu Berasaskan Projek (PBMBP) 2022 26/9/2022 20.1MSU National Virtual Info Hunt Challenge 2022 24/9/2022 21.2Taklimat Digital Competency Score 2022 5/10/2022 22.3Konsultasi Murid SPM Bil 2/2022 5/10/2022 23.4Hari Pelaporan Akademik & Pbd SMA Al Hasanah 2022 7/10/2022 24.5Millenial Inventor Outreach 14/10/2022 25.6Kuiz Online STEM Peringkat Kebangsaan 19/10/2022 26.7Pelancaran Bulan Bahasa Peringkat Sekolah 2/11/2022 27.8Seminar Teknik Menjawab SPM Perniagaan 2022 5/11/2022 28.9Seminar Teknik Menjawab SPM Bahasa Melayu Kertas 1 & 2 2022 4/11/2022 29.0Lawatan Bimbingan Modul TS25 7/11/2022 30.1Program Cakna Tingkatan 5 11/11/2022 31.2Pentaksiran Lisan KBD SPM 2022 15-17/11/2022 32.3Bengkel Teknik Menjawab SPM Al-Syariah 26/11/2022 33.4Showcase TS25 8/12/2022 34.5Bengkel Skor A+ Sejarah SPM 2022 7/1/2023 35.6Bengkel Sains SPM 2022 8/1/2023 36. Bengkel Cemerlang Sejarah SPM Bersama Modul Inspirasi Pendidikan Yapiem 9/1/2023 37. Program Skor A+ Sejarah Q&A Fakta Sepanjang Januari Hingga Peperiksaan SPM 38. PROGRAM 3R t-SCORE (Read Revise Repeate Till Score) 20-21/1/2023 39. Majlis Hi-Tea Tingkatan 5 27/1/2023 40. Solat Hajat & Bacaan Yassin SPM 2/2/2023 41. Minggu Murid Ceria 20-24/3/2023 42. Bengkel Pemantapan Pengurusan Panitia, Headcount & Intervensi Berfokus 27-28/3/2023 43. Plc Data Analisis HC SPM 2023 6/4/2023 44. Pengiraan GPI & Analisis Gaya Belajar SPM 2023 17/4/2023 45. Program Jom Membaca 10 Minit 18/5/2023
26 UNIT HAL EHWAL MURID (HEM) PENGERUSI : EN. ABU PZIZE BIN HASSIM TIMB. PENGERUSI : EN. WAN HARUN BIN WAN ALI SETIAUSAHA : PN. NORKHAMISA BINTI MUSA PROGRAM / AKTIVITI: PROGRAM KECEMERLANGAN UNIT HEM TAHUN 2022/2023 BIL AKTIVITI TARIKH PELAKSANAAN 1. Teknik Menjawab SPM Perhati 2022 28-29/09/2022 2. Sambutan Maulidur Rasul Peringkat Sekolah Dan Komuniti Felda Keratong 1 17/10/2022 3. Persembahan Majlis Maulidur Rasul Peringkat Sekolah Dan Komuniti Felda Keratong 1 19/10/2022 4. Penyerahan Bantuan Prihatin Pahang 7/11/2022 5. Program Zeroblind 10/11/2022 6. Pemeriksaan Kesihatan Asrama 22/11/2022 7. Program Ziarah Cakna Afif Haikal Dan Muizzuddin Nur Husaini (1M) 25/11/2022 8. Penyerahan Bantuan Yayasan UEM 8/12/20222 9. Penyerahan Wang BAP150 19/1/2023 10. Pemulangan Buku Teks 26/1/2023 11. Usrah Kubra (SUMUR) 27/1/2023 12. Majlis Penyerahan Sumbangan Alat Tulis Yb Adun Bukit Ibam 27/1/2023 13. Program Imunisasi ATT Tingkatan 3 2023 27/1/2023 14. Malam Kebudayaan Asrama Aspura Aspuri 1/1/2023 15. Jamuan Potluck Asrama 5/2/2023 16. Hari Smart Disiplin – Pertandingan Poster 7/2/2023 17. Night Walk Asrama 10/2/2023 18. Explorace Asrama 11/2/2023 19. Pengagihan Buku Teks Sesi 2023 14/2/2023 20. Jamuan Akhir Tahun Asrama 15/2/2023 21. Penyerahan Pas Kebenaran Keluar Kelas 16/3/2023 22. Pendaftaran Ting.1 Tahun 2023/2024 19/3/2023
27 23. Taklimat Disiplin Ting.1 21/3/2023 24. Ceramah Anti Buli Oleh Pps 21/3/2023 25. Program Orientasi Ting.1 20-21/3/2023 26. Penyerahan Bantuan Pahang Pride 31/3/2023 27. Majlis Pelancaran Program Sekolah Penyayang, Mentor Mentee Sumur Dan Siska 31/3/2023 28. Mesyuarat Lembaga Pengawas Sekolah 5/4/2023 29. Ceramah Thalasemia Pelajar Ting.4 5/4/2023 30. Pelancaran Program Ihya Ramadhan 2023 27/4/2023 31. Penyerahan Sumbangan Mangsa Banjir 6/4/2023 32. Ceramah Nuzul Al Quran 1444h 6/4/2023 33. Watikah Perlantikan Pemimipin Murid 2023 12/4/2023 34. Program World Quran Hour 13/4/2023 35. Taklimat Dan Penyerahan Sumbangan Yapeim Inspirasi Raya YAPIEM 14/4/2023 36. Qiamullail 16/4/2023 37. Tazkirah Ramadhan Sepanjang Bulan Ramadhan 38. Program Ihya Ramadhan :Iftar Jamaie 18/4/2023 39. Program Ihya Ramadhan : Solat Tarawikh Sepanjang Bulan Ramadhan 40. Pemeriksaan Kantin Oleh PKD Rompin 12/5/2023 41. Potluck Raya Aspura Dan Aspuri 14/5/2023
28 UNIT KOKURIKULUM PENGERUSI : EN. ABU PZIZE BIN HASSIM TIMB. PENGERUSI : EN MOHD NAZRI BIN MUKHTAR@AWANG SETIAUSAHA : PN. SITI SALWA BINTI ABU BAKAR PROGRAM / AKTIVITI: PROGRAM KECEMERLANGAN UNIT KOKURIKULUM TAHUN 2022/2023 BIL AKTIVITI TARIKH PELAKSANAAN 1. Kem Daie Pena Muda Peringkat Negeri Pahang Tahun 2022 1/6/2022 2. MSSP Bola Jaring Peringkat Negeri Pahang Tahun 2022 7-11/ 8/ 2022 3. Pertandingan 23rd Internasional High School Arts Festival (Ifac - Japan) Peringkat Negeri Pahang 5/6/2022 4. Program Kecergasan Lompat Tali 1 Murid 1 Sukan (1M1S) Secara Dalam Talian Peringkat Negeri Pahang Tahun 2022 Di Bawah Inisiatif #1: Pemerkasaan Potensi Dan Bakat Murid 9-12/7/2022 5. Pertandingan Kuiz Ilmu Wahyu Mahrajan Al-Quran Sekolah-Sekolah KPM Peringkat Negeri Pahang 2022 19-20/7/2022 6. Perkhemahan Pasukan Unit Berunifom 23-25/9/2022 7. Sukantara SMA AL-Hasanah 28-30/6/2022 8. Kuiz Asean Peringkt Kebangsaan 2022 27/6/2022 9. Pertandingan E-Hafazan (AQMA) 16/6/2022 10. Merentas Desa Peringkat Daerah Rompin 15/6/2022 11. Kejohanan Merentas Desa SMA Al-Hasanah 17/6/2022 12. Kejohanan Catur Peringkat Sekolah 17/6/2022 13. Kejohanan Catur MSSD Rompin 2022 23/6/2022 14. Latihan Kejohanan Catur MSSD SMA AL-Hasanah 2022 20/6/2022 15. Scrabble Competition 21/7/2022 16. Program KOKO Kualiti (Kompetensi, Konsisten, Kualiti) 03/8/2022 17. Kejohanan Bola Tampar MSSD 03/8/2022 18. Pertandingan Video Kreatif Peringkat Kebangsaan 19/8/2022 19. Pertandingan Melukis Poster Kemerdekaan Peringkat Kebangsaan 01/9/2022
29 20. Karnival Hari Koperasi & Hari Kantin Sekolah 01/9/2022 21. Perkhemahan Pasukan Beruniform 23-25/9/2022 22. Hari Sukan Negara Peringkat Sekolah 07/10/2022 23. Kursus Kenaikan Pangkat KRS 04-06/10/2022 24. Kuiz Online STEM Peringkat Kebangsaan 19/10/2022 25. Program Bulan Bahasa 02/11/2022 26. Majlis Anugerah Kokurikulum 07/11/2022 27. Taklimat Keselamatan JPAM 13/02/2023 28. Mesyuarat Agung Koperasi 04/04/2023 29. Pertandingan Melukis Poster Kebangsaan 05/04/2023 30. Larian Permai ( PRA) 14/04/2023 31. Pertandingan Video Pendek Masakan Cina 25/04/2023
30 LAPORAN PROGRAM/AKTIVITI MELIBATKAN SUMBANGAN & KHIDMAT BANTU PIBG SMA AL HASANAH 2022/2023 (JUN 2022 –JUN 2023) BIL AKTIVITI PELAKSANAAN 1. Kejohanan Merentas Desa SMAAH Jun 2022 2. Kejohanan Merentas Desa MSSD Rompin 3. Keceriaan Sekolah Fasa 1 4. Kejohanan Olahraga SMAAH Kali Ke-8 5. Kejohanan Bola Jaring MSSD Julai 2022 6. Kejohanan Ping Pong MSSD 7. Program Nadwah Kepimpinan Pelajar 8. Kejohanan Bola Sepak MSSD 9. Kejohanan Bola Tampar MSSD 10. Program Kecemerlangan Akademik 1.0 Ogos 2022 11. Ceramah Bahaya Vape & Rokok 12. Sambutan Bulan Kemerdekaan 13. Program STEMinA (STEM in August) PPD Rompin 14. Hadiah Pertukaran Pengetua 15. Perkhemahan Pasukan Unit Beruniform September 2022 16. Program Bulan Bahasa November 2022 17. Kecemerlangan Sains & Matematik 18. Bengkel Teknik Menjawab SPM Al-Syariah Kertas 1 Disember 2022
31 19. Show Case TS25 20. Program Kecemerlangan Sains 21. Majlis Hi-tea Pelajar SPM 2022 22. Majlis Restu Ilmu SPM 2022 Januari 2023 23. Seminar Teknik Menjawab LAM SPM 2022 24. Program Minggu Murid Ceria Guru Bahagia Mac 2023 25. Program Ihya’ Ramadan April 2023 26. Sumbangan Mangsa Banjir ( Pelajar) 27. Latihan & Kejohanan Badminton MSSD Rompin Jun 2023 28. Pembelian LCD Projektor 29. Projek Pondok Sukan 30. Mesyuarat Agung PIBG 2023
32 LAPORAN KEWANGAN PIBG TAHUN 2022 & SENARAI KUTIPAN PIBG TAHUN 2022/2023
33 PENYATA KEWANGAN P BAGI TAHUN 2022 YANG BER
3 PIBG SMA AL HASANAH RAKHIR 31 DISEMBER 2022
34
4
35
5
36 SENARAI KUTIPAN PIBG BAGI TAHUN 2022/2023 NOTA : * Anak pertama RM 160.00 * Anak kedua dan seterusnya RM90.00 BIL JENIS KUTIPAN JUMLAH 1 SUMBANGAN PIBG RM 70.00 SETIAP KELUARGA 2 KECEMERLANGAN AKADEMIK RM 80.00 SETIAP MURID 3 KECERIAAN RM10.00 SETIAP MURID JUMLAH RM 160.00*
37 AHLI JAWATANKUASA PIBG SMA AL HASANAH TAHUN 2023/2024 Pengelola Sekolah : En. Abu Khir bin Walid (Penghulu Felda Keratong 1) Penasihat : En. Abu Pzize bin Hassim Yang Dipertua : ............................................................................... Naib Yang Dipertua :.............................................................................. Setiausaha :……………………………………………………….. Penolong Setiausaha : Bendahari : AJK Ibu Bapa : 1……………………………………………………… 2............................................................................ ` 3........................................................................… 4.……………………………………………………. 5............................................................................ AJK Guru 1......................................................................... 2.......................................................................... 3.......................................................................... 4......................................................................... 5…………………………………………………….. Juru audit (GURU) :……………………………………………………… Juru audit (IBU BAPA) :……………………………………
38 PENYATAAN USUL MESYUARAT AGUNG PIBG KALI KE - 17 SESI 2023/2024 NAMA: Bidawani Mohammad Rosli K\P : 810625085804 NAMA ANAK DI SEKOLAH INI: Muhazzab Nur Hakimin (5 BUKHARI) USUL/CADANGAN: 1. Mohon pencerahan sumbangan penghawa dingin (aircond) untuk surau pada tahun lepas masih belum dipasang. NAMA: Faridah Dasuki K\P : 730730105432 NAMA ANAK DI SEKOLAH INI: Khairin Afifah bt Ahmad Zaher (3 BUKHARI) USUL/CADANGAN: 1. Melaksanakan kelas tambahan secara berkala terutama bagi subjek kritikal seperti Matematik dari peringkat menengah rendah supaya bilangan pelajar gagal dapat dikurangkan apabila mereka berada di peringkat menengah atas. ** TAMAT*