The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by safea sabri, 2024-02-25 08:30:57

Sajak Sastera

Sajak Sastera

MENYUSUR RINDU Ibu Betapa indah hidup ini keranamu Menerangi hariku seumpama Pelangi Warna warni di setiap sudut hidupku Kerana mu wanita terindah. Siapalah diriku Tanpa dirimu oh ibu Hidupkan pasti celaru Suaramu menjadi ingatkanku Rindu padamu pasti bertemu di negeri badi. Tanpa jemu Biarpun kecewa di dalam hatimu Kau memendam rasa di dada Cukup terhimpit Melayan pelbagai ragam Pelbagai ingah laku anakmu Terima kasih bidadariku penat Lelah berjuang berjuang membesar anakmu mendidik memberi tunjuk ajar sehingga anakmu mampu berdiri meneruskan perjuangan demi masa depan Ibu pastiku ingat akan jasa dan pengorbananmu dalam memastikan anakmu serba lengkap walaupun sukar bagimu akanku balas jasamu meskipun hanya mampu menatap potretmu namun cintaku infiniti untukmu


Penyajak menulis sajak ini untuk meluahkan rasa rindunya terhadap seorang ibu yang telah tiada di muka bumi. Rangkap 1 Penyajak memberitahu betapa indahnya hari - harinya dengan seorang wanita yang bergelar ibu. Rangkap 2 Penyajak yakin bahawa siapalah dirinya tanpa nasihat daripada ibu dan penyajak yakin suatu hari nanti pasti akan bertemu juga dengan ibunya. Rangkap 3 Penyajak menceritakan betapa besar pengorbanan seorang ibu dalam membesarkan seorang anak walaupun perlu menempuh pelbagai rintangan. Rangkap 4 Penyajak menzahirkan ucapan terima kasih sebagai penghargaan kepada ibu dalam memberi tunjuk ajar sehingga berjaya dalam kehidupannya. Rangkap 5 Penyajak akan sentiasa ingat segala jasa dan bakti ibunya yang sentiasa memastikan penyajak tidak pernah rasa kekurangan dalam hidup dan mengungkapkan rasa cinta kepada ibu tiada yang sangat besar walaupun hanya mampu melihat daripada gambar. Maksud Sajak


Click to View FlipBook Version