The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by safea sabri, 2024-02-25 08:04:13

Sang Rimba dengan Rusa

Sang Rimba dengan Rusa

Sang Rimba dan Rusa Cerita kanak-kanak


Pada suatu hari, seekor anak harimau bersiar-siar di sekitar rimba. Tiba-tiba anak harimau terjumpa seekor rusa yang besar. Dia tidak pernah melihat haiwan seperti itu sepanjang hidupnya. Dia sangat teruja dan gembira melihat tanduk rusa yang sangat besar. “Wah,sungguh besar dan tinggi tanduk haiwan itu !” kata anak harimau di dalam hatinya.


Anak harimau pun meneruskan perjalanan pulang ke rumah. Setibanya di rumah, anak harimau memberitahu bapanya, “ Ayah, semasa dalam perjalanan pulang, saya terjumpa dengan seekor haiwan yang tanduknya besar dan tinggi seperti raja.” Sang Rimba berfikir dan tidak percaya dengan kata-kata anaknya . Sang Rimau yakin bahawa hanya dia haiwan yang berkuasa dan gagah di dalam rimba tersebut.


Sang Rimba bersiar-siar di sekitar rimba untuk melihat haiwan tersebut. Tiba-tiba, Sang Rimba ternampak satu keluarga yang sedang sibuk mencari makanan di kawasan rimba. Rupa-rupanya haiwan yang diberitahu anaknya itu ialah rusa yang baru sahaja berpindah ke rimba tersebut.


Rusa memandang ke arah Sang Rimba dan senyum kepadanya. Tetapi kerana rasa angkuh dan sombong, Sang Rimba teruskan berjalan tanpa menghiraukan rusa sambil berkata dalam hatinya “Aku akan pastikan hanya aku yang berkuasa dalam rimba ini”. Semasa Sang Rimba berjalan, tiba-tiba sebatang ranting yang tajam tercucuk pada kaki Sang Rimba lalu menjerit kesakitan. Rusa bergegas datang ke arah Sang Rimba.


Dia bertanya kepada Sang Rimba, “Bolehkah aku bantu merawat lukamu itu.” Rusa meminta anaknya untuk mengambil ubat. Sang Rimba terpaksa menerima bantuan daripada rusa kerana sudah banyak darah yang keluar daripada kakinya. Rusa mencuci dan membalut luka di kaki Sang Rimba dengan perlahan-lahan lalu menemani Sang Rimba supaya selamat pulang ke rumah.


Setibanya di rumah, Sang Rimba mengucapkan terima kasih kepada rusa kerana membantu. Sang Rimba juga memohon maaf kepada rusa atas sikapnya yang sombong dan riak. Dia sedar dan menyesal atas perbuatannya salah.


Nilai Murni Kita janganlah bersikap sombong dan angkuh dengan orang. Perbuatan ini merupakan akhlak yang tidak baik. 1. Kita mestilah tolong-menolong orang yang berada di dalam kesusahan. 2.


Kesusasteraan kanak-kanak merangkumi semua jenis penulisan secara kreatif dan imaginatif yang dikhususkan untuk bacaan, hiburan dan penilaian kanak-kanak. Md. Sidin Ahmad Ishak (2005) menyatakan bahawa sastera kanak-kanak mempunyai tafsiran yang agak luas dan umum. Karya puisi, novel, drama, segala bentuk penerbitan dan penulisan yang memberikan manfaat kepada kanak-kanak adalah merupakan sastera kanak-kanak. Antara ciri yang perlu ada di dalam sastera kanak-kanak ialah mempengaruhi personaliti kanak-kanak, sarat dengan nilai dan teladan. Kesusasteraan kanak-kanak


Tema : Cerita Sang Rimba dan rusa ini bertemakan cerita pegajaran yang perlu dicontohi oleh pembaca di samping dapat pengetahuan baharu dan mempertingkatkan kefahaman kanak-kanak terhadap pengetahuan sedia ada di samping menggalakkan mereka untuk mencari maklumat sendiri. Usaha mencari maklumat secara individu menyebabkan mereka mampu menjana pemikiran ke arah yang lebih baik. Hal sebegini mampu juga meningkatkan kreativiti kanak-kanak. Watak dan Perwatakan : Terdapat dua watak di dalam cerita ini iaitu Sang Rimba dan rusa. Sang Rimba ialah seekor haiwan yang gagah dan perkasa. Watak kedua ialah rusa. Rusa merupakan seekor haiwan yang baik hati dan suka menolong orang


Teknik plot Teknik yang digunakan dalam cerita ini ialah teknik dialog. Teknik dialog ialah teknik percakapan antara dua watak. Antara dialong dalam cerita ini ialah “Wah,sungguh besar dan tinggi tanduk haiwan itu !” iaitu dialog antara Sang Rimba dan rusa.


Click to View FlipBook Version