SEKOLAH KEBANGSAAN ASSUNTA (2)(M)
JALAN ASSUNTA
46050 PETALING JAYA.
SELANGOR
MESYUARAT
AGUNG TAHUNAN
PIBG
KALI KE-47
Sesi 2021/2022
9 OKTOBER 2021(SABTU)
9.00 PAGI
GOOGLE MEET
Kandungan
2
Atur Cara
MESYUARAT AGUNG TAHUNAN PERSATUAN IBU BAPA-GURU
KALI KE- 47 TAHUN 2021
MASA PERKARA
9.00 PAGI
KATA ALUAN PENGACARA MAJLIS
BACAAN DOA
UCAPAN KOL (DR) SITI SALMIAH BT AWANG
(YDP PIBG)
UCAPAN PN SITI NORHAFISYAH BT AZIB
(GURU BESAR)
UCAPAN PERASMIAN ENCIK KAMAL AZIZI
(TIMBALAN PEGAWAI SEKTOR PENGURUSAN
SEKOLAH PPD PETALING UTAMA)
MESYUARAT AGUNG PIBG KALI KE-47
TAHUN
2021, SK ASSUNTA (2)(M)
PENUTUP
3
Ruj. Kami :SK.ASS.(2)(M) 100-7/1/7( 37 )
Tarikh : 20 September 2021
Kepada :
Ibu bapa/ Penjaga murid SK Assunta (2)(M)
Melalui:
Guru Besar
Sekolah Kebangsaan Assunta (2)(M)
Tuan/ Puan,
NOTIS MESYUARAT AGUNG PIBG SK ASSUNTA (2) (M) KALI KE-47
Dengan segala hormatnya, tuan/puan dijemput untuk menghadiri Mesyuarat Agung Tahunan PIBG SK
Assunta (2)(M) kali ke-47 yang akan diadakan seperti berikut :
Tarikh : 9 Oktober 2021
Hari : Sabtu
Masa : 9.00 pagi
Medium : Atas talian
2. Tuan/Puan juga dialu-alukan untuk mencadangkan sebarang usul untuk diketengahkan supaya
dapat sama-sama kita bincangkan semasa mesyuarat tersebut demi kebaikan seluruh warga SK Assunta
(2)(M).
3. Diingatkan bahawa isu yang dibangkitkan adalah dalam batas pengurusan PIBG seperti mana yang
ditetapkan dalam Buku Panduan Sekolah-Sekolah Malaysia terbitan Kementerian Pelajaran Malaysia.
4. Sehubungan itu, tuan/puan diminta mengisi cadangan/usul dalam google form yang dilampirkan
melalui pautan berikut : https://forms.gle/Nr3ErQG7TBDSzwEUA dan kembalikan kepada pihak kami
sebelum atau pada 26 September 2021 (Ahad). Usul-usul tersebut akan dinilai dengan terperinci dan
sekiranya lulus akan dibawa sebagai agenda di dalam mesyuarat agung nanti.
Segala kerjasama baik tuan/puan amat dihargai dan didahului dengan ucapan terima kasih.
Sekian.
“PRIHATIN RAKYAT : DARURAT MEMERANGI COVID-19”
“BERKHIDMAT UNTUK NEGARA”
4
Agenda Mesyuarat
KALI KE-47 TAHUN 2021
BIL PERKARA
1. Ucapan Yang Dipertua PIBG SK Assunta (2)(M)
2. Ucapan Guru Besar SK Assunta (2)(M) (Penasihat PIBG)
3. Ucapan Perasmian (Pegawai PPD Petaling Utama)
4. Membentang dan Menerima Minit Mesyuarat Agung Kali Ke-46
Tahun 2020
5. Membentang dan Menerima Laporan / Aktiviti Tahun 2020
6. Membentang, Menerima dan Meluluskan Penyata
Kewangan PIBG (berakhir Mac 2021)
7. Pembubaran AJK 2020/2021
8. Pelantikan AJK 2021/2022
9. Membahaskan Usul-Usul/ Cadangan
10. Hal-hal Lain
11. Ucapan Penangguhan
5
Kata Alu-Aluan Guru Besar
SK ASSUNTA (2)(M)
Bismillahirrahmanirrahim.
Assalamualaikum, dan salam sejahtera.
Saya bersyukur ke hadrat Ilahi kerana atas limpah kurnia-Nya segala perancangan dan usaha
yang jitu, maka Mesyuarat Agung Tahunan PIBG kali ke-47 dapat diterjemahkan hari ini.
Terima kasih kepada semua ibu bapa yang dapat hadir pada hari ini ini. Kehadiran ibu bapa
menunjukkan komitmen yang tinggi bagi merealisasikan visi dan misi sekolah untuk mencapai
kecemerlangan dalam bidang akademik, kokurikulum dan sahsiah pelajar. Tidak dilupakan juga
sekalung penghargaan dan terima kasih kepada semua guru yang berhempas pulas dan
menunjukkan komitmen yang tinggi dalam menjayakan majlis kali ini.
Namun pada tahun 2020 dan 2021 menyaksikan negara telah dilanda penularan wabak Covid-
19. Persoalannya, adakah keadaan ini akan membantutkan hala tuju pelibatan ibubapa dan
sektor swasta terhenti begitu sahaja? Sudah tentulah jawapannya tidak. Malah 3 gelombang
yang telah digariskan itu perlu dilaksanakan dengan lebih pantas demi memastikan semua
murid berpeluang untuk mengecapi kejayaan. Tiada sebarang istilah halangan bagi kita dalam
menempuh perjalanan membina kemenjadian murid. Malah semua pihak termasuk sekolah, ibu
bapa dan komuniti perlu berinteraksi dalam memastikan kemenjadian murid dapat dicapai
melalui penyediaan persekitaran pembelajaran yang sesuai.
Oleh yang demikian, kemenjadian murid di atas boleh dipacu secara komunikasi dua hala
antara sekolah dengan kerjasama ibu bapa yang dapat diterjemahkan melalui rasa
tanggungjawab yang dikongsi bersama antara ibu bapa dan guru bagi memastikan
pembelajaran berkualiti untuk murid, meningkatkan kesedaran ibu bapa dalam membantu
pembelajaran murid dan memperluaskan peranan ibu bapa sebagai rakan sekolah dalam
meningkatkan keberhasilan anak-anak mereka.
Manakala kemenjadian murid juga boleh dicapai secara kerjasama sekolah dengan komuniti
melalui rasa sukarela daripada pertubuhan-pertubuhan dalam komuniti untuk menyediakan
pelbagai perkhidmatan dan memberi manfaat kepada sekolah setempat dan menggalakkan
pelibatan murid dalam pertubuhan dan aktiviti komuniti serta mendapat pengajaran penting
melalui proses tersebut.
Akhir sekali, saya bagi pihak sekolah merakamkan ucapan terima kasih kepada semua pihak
yang telah memberi kerjasama yang baik dalam melaksanakan pelbagai program sekolah.
Hanya dengan kerjasama semua pihak secara berterusan maka anak-anak didik sekolah ini
dapat terbina sebagai insan yang cemerlang dari segi sahsiah, akademik dan kokurikulum.
Sekian sahaja, saya sudahi dengan wabillahi taufik walhidayah, wassalamualaikum
warahmatullahi wabarakatuh.
Sekian, terima kasih.
6
Kata Alu-Aluan Yang Dipertua PIBG
SK Assunta (2)(M)
Bismillahirahmanirrahim.
Assalamualaikum dan salam sejahtera.
Alhamdulillah, dengan rasa syukur saya dahulukan kehadrat Ilahi kerana dengan keizinanNya
dapat saya menitipkan sepatah dua kata diruangan ini sebagai perkongsian bersama-sama
dalam mendokong misi dan visi Sekolah Kebangsaan Assunta (2)(M).
Syukur Alhamdulillah kerana nadi kita masih berdenyut dengan baik. Pendemik Covid-19
menuntut kita semua untuk sama-sama berkorban secara total dalam usaha menghapuskan
ancaman virus ini. Marilah kita dengan suci hati dan ikhlas dalam usaha murni ini, sekiranya ada
sebarang kekurangan atau kelemahan dari aspek,peralatan, komunikasi dan hebahan maklumat
perlu sama-sama kita cuba tangani secara berhemah.
Saya selaku YDP PIBG sekolah ini, sangat-sangat berterima kasih atas segala kerjasama,
sumbangan idea dan tenaga yang diberikan oleh pihak pengurusan sekolah, guru-guru dan
kakitangan serta ibu bapa, waris/penjaga yang sentiasa sama-sama senang,sama-sama susah
dalam menjayakan setiap aktiviti yang dianjurkan oleh PIBG. Saya tahu bukan mudah untuk guru-
guru mengorak langkah dalam melaksanakan PdPR yang berkesan pada setiap masa tetapi
saya percaya semuanya boleh diatasi jika kita bergerak sederap bersama seiring dengan slogan
sekolah ‘Striving Together Towards Excellence’
Akhir bicara, sekali lagi saya mengucapkan jutaan terima kasih kepada semua yang terlibat
secara langsung atau tidak langsung dalam menjayakan majlis ini. Mudah-mudahan
pengorbanan dan niat murni kita semua membuahkan kejayaan kepada anak-anak Assunta
(2)(M).
Sekian, terima kasih.
7
AJK PIBG SK ASSUNTA (2)(M)
SESI 2020/2021
BIL NAMA JAWATAN
1. KOL DR SITI SALMIAH BINTI AWANG YDP
2. ENCIK JEFRI BIN AHMAD @ SABTU NYDP
3. PUAN NURUL AIN BINTI MOHD AZMI SETIAUSAHA
4. PUAN NOOR AISYAH BINTI SARIF BENDAHARI
5. ENCIK MUDZAFFAR BIN ABDULLAH AJK
6. ENCIK KHANNADASAN A/L AJK
RENGGASAMY
7. KOPERAL MUHAMMAD AIDIL BIN AJK
SAZALI
8. PUAN SAGUNTHALA A/P KURUSAMY AJK
9. PUAN SHAHIDA BINTI SATAHIR AJK
10. PUAN SHARIFAH BINTI OTHMAN AJK GURU
11. PUAN SARINAH BINTI SURATMAN AJK GURU
12. PUAN NORNADIRA BINTI JALUDIN AJK GURU
13. CIK PUSPARANI A/P MUTTUSAMY AJK GURU
14. PUAN FAUZIAH BINTI ISMAIL JURUAUDIT DALAMAN
8
MINIT MESYUARAT AGUNG PIBG KALI KE-46
SEKOLAH KEBANGSAAN ASSUNTA (2)(M)
PETALING JAYA, SELANGOR
Tarikh : 22 Februari 2020
Hari : Sabtu
Masa : 8.00 pagi
Tempat : Dewan Sekolah SK Assunta 2 (M)
Penasihat : Puan Siti Norhafisyah binti Azib
Yang Di Pertua : Left. Kol. (Dr) Siti Salmiah binti Awang
Naib Yang Di Pertua : Encik Khannadasan a/l Rengasamy
Setiausaha : Puan Shandrabhannu a/p Uthaya Kumar
Bendahari : Cik Aizatul Shahirah binti Mat Nasir
AJK Ibu Bapa : Encik Premesh Pillai
Encik Jefri bin Ahmad @ Sabtu
Encik Sundram Govindasamy
Dr. Anbananthan Rathnam
Puan Fara Salinda Ayu binti Halim
AJK Guru : Puan Sapinah binti Abdullah
Puan Intan Juhana binti Abdul Aziz
Puan Elvinovia Anak Jonas
Puan Harvinder Kaur a/p Jeswan Singh
Cik Thishantini a/p Ravindaran
Juru Audit : Puan Fauziah binti Ismail (wakil ibu bapa)
Puan Ainul Barakah binti Eliyas
(wakil guru)
AGENDA
1.0 Ucapan Pihak Board of Management.
1.1 Mesyuarat didahului dengan ucapan oleh Sister Jane, wakil Board of Management
(BOM). Beliau mengucapkan terima kasih atas jemputan untuk menghadiri mesyuarat
pada kali ini.
1.2 Beliau mengambil kesempatan ini untuk berkongsi maklumat dengan semua tetamu
yang hadir mengenai fasiliti sekolah.
9
2.0 Ucapan Guru Besar.
2.1 Puan Siti Norhafisyah Binti Azib, selaku Guru Besar merangkap Penasihat PIBG
Sekolah Kebangsaan Assunta (2) (M) memulakan ucapan dengan memperkenalkan
barisan pentadbir serta BOM.
2.2 Beliau mengalu-alukan kehadiran semua pihak dan mengucapkan terima kasih
kepada semua tetamu yang hadir terutamanya ibu bapa. Komitmen serta sokongan
ibu bapa sangat penting dalam membantu sekolah untuk mencapai kecemerlangan
dalam semua aspek.
2.3 Beliau turut menerangkan kepada ibu bapa tentang anjakan ke-9 PPPM 2013-2025
iaitu bekerjasama dengan ibu bapa, komuniti dan sektor swasta secara meluas.
Sehubungan dengan itu, beliau mengharapkan kerjasama dan sokongan yang
berterusan daripada ibu bapa terhadap perlaksanaan program-program yang telah
dirancang untuk meningkatkan prestasi murid.
2.4 Guru Besar memaklumkan dengan adanya sokongan ibu bapa dan pihak BOM,
sekolah sedang berusaha ke arah meningkatkan kemenjadian murid sejajar dengan
hasrat untuk mencapai Program Transformasi Sekolah (TS25).
2.5 Beliau turut berharap agar ibu bapa juga peka dengan perkembangan pendidikan
yang berlaku termasuklah PAK-21 yang telah pon dilaksanakan di sekolah serta
Pentaksiran Bilik Darjah (PBD) yang merupakan amalan pentaksiran yang
berterusan dalam sesi pengajaran dan pembelajaran.
3.0 Ucapan Yang Dipertua.
3.1 YDP, Lt Kol (Dr) Siti Salmiah binti Awang, mengalu-alukan dan berterima kasih atas
kehadiran para ibu bapa.
3.2 Beliau memaklumkan bahawa Sekolah Kebangsaan Assunta (2)(M) merupakan
sekolah bantuan modal. Oleh itu, beliau mengharapkan ibu bapa dapat membayar
sumbangat PIBG mengikut kadar yang ditetapkan.
3.3 Beliau turut mengalu-alukan cadangan daripada ibu bapa dalam usaha
merencanakan aktiviti bagi tujuan mengumpul dana untuk membantu menjayakan
aktiviti yang telah dirancang oleh pihak sekolah serta penyelenggaraan bilik-bilik
khas.
10
3.4 Ucapan terima kasih kepada guru-guru di atas setiap usaha untuk mendidik dan
membimbing murid-murid untuk mencapai kejayaan bukan sahaja di dalam bidang
akademik tetapi di dalam bidak kokurikulum dan sahsiah.
3.5 Diharapkan setiap ibu bapa dapat memberi kerjasama dan membantu memantau
perkembangan akademik murid-murid supaya dapat melangkah ke sekolah
menengah dengan sekurang-kurangnya mencapai tahap minimum.
4.0 Ucapan Father Elvin Ho.
4.1 Father Elvin Ho berkongsi tentang sejarah penubuhan sekolah dan akta pendidikan
1961.
4.2 Beliau turut menerangkan tentang peranan dan tanggungjawab BOM terhadap
sekolah.
4.3 Ibu bapa dimaklumkan bahawa sebarang pengubahsuaian dan pembinaan sekolah
perlu mendapatkan kebenaran dari BOM.
5.0 Ucapan Perasmian oleh Encik Darnalis Bin Abu Bakar.
5.1 Encik Darnalis mengucapkan tahniah dan terima kasih kepada ibu bapa di atas
kehadiran pada hari ini.
5.2 Beliau memaklumkan bahawa pendidikan yang sempurna adalah menjadi
tanggungjawab ibu bapa. Ibu bapa tidak wajar meletakkan sepenuh tanggungjawab
kepada pihak sekolah kerana murid-murid mempunyai masa sekurang-kurangnya 17
jam bersama ibu bapa.
5.3 Beliau mengingatkan ibu bapa untuk peka dengan perubahan yang berlaku dalam
pendidikan di Malaysia dan berharap semua pihak dapat bekerjasama dalam
memastikan kemenjadian murid.
5.4 PIBG selaku wakil ibu bapa perlulah memainkan peranan dalam membantu pihak
sekolah. Sebarang masalah yang dihadapi perlulah dibincang dengan pihak sekolah
terlebih dahulu sebelum di bawa kepada PPD. Beliau turut mengingatkan bahawa
setiap masalah yang dihadapi boleh diselesaikan secara berhemah.
5.5 Bayaran sumbangan PIBG perlu dinyatakan dan dipersetujui di dalam mesyuarat.
Sebarang bentuk bantahan perlu diberi justifikasi.
11
AGENDA MESYUARAT
3.0 Membentang dan Mengesahkan Minit Mesyuarat Agung Kali ke 45.
Dibentang oleh : Left. Kol. (Dr) Siti Salmiah binti Awang
Dicadang oleh : Puan Sagunthala Kurusamy
Disokong oleh : Encik David
4.0 Perkara Berbangkit.
Tiada.
5.0 Pembentangan Laporan Tahunan PIBG.
5.1 Left. Kol. (Dr) Siti Salmiah binti Awang membentangkan aktiviti-aktiviti yang
telah dijalankan oleh PIBG sesi 2019/2020.
6.0 Membentangkan dan mengesahkan Penyata Pendapatan dan Perbelanjaan Bagi
Tahun Berakhir 31 Disember 2019.
Dibentang oleh : Cik Aizatul Shahirah binti Mat Nasir
Dicadang oleh : Encik Jefri bin Ahmad @ Sabtu
Disokong oleh : Encik Sundram Govindasamy
7.0 Membentangkan Usul.
Sebanyak 19 usul telah dibacakan seperti yang berikut:
7.1 Anjurkan aktiviti kesenian dan kebudayaan bagi murid tahap 1.
Penyusul:Sariruby Ly’dia
Penasihat merangkap Guru Besar memaklumkan bahawa aktiviti kesenian dan
kebudayaan pernah dilaksanakan oleh pihak sekolah. PIBG telah memberikan
dana bagi tujuan bayaran jurulatih luar untuk menjayakan aktiviti ini tetapi gagal
mendapat kerjasama ibu bapa.
12
7.2 Mengadakan program motivasi atau teknik pembelajaran untuk pelajar
mempunyai kebolehan dan kelebihan belajar
Penyusul: Krishnaveni a/p Valu
Program motivasi dijalankan khusus untuk murid-murid tahun 6, manakala murid-
murid lain akan mengikuti Program Transformasi Diri yang dijalankan kebiasaanya
di awal tahun persekolahan.
7.3 Meninggalkan buku teks di sekolah sahaja.
Penyusul: Mohd. Khirulezwan
Guru Besar menerangkan kemungkinan buku yang ditinggalkan di dalam kelas
akan hilang ekoran perkongsian bangunan oleh dua buah sekolah. Guru Besar
memaklumkan bahawa PIBG ada menyediakan almari berkunci untuk disewa oleh
ibu bapa.
7.4 Beg sekolah berat dipenuhi buku teks-jadual yng padat & buku teks yang
berat membebankan pelajar.
Penyusul: Mohd Hafiz bin Mohd Said
Guru Besar membuat saranan kepada ibu bapa agar membantu murid untuk
menyusun buku mengikut jadual waktu yang telah diberikan. Murid-murid tahap 1
membuat aduan bahawa ibu bapa tidak mengikut jadual.
7.5 Praktikkan lebih banyak penggunaan Bahasa Inggeris.
Penyusul: Noraiza binti Muhammad
Guru Besar memalumkan bahawa sekolah telah melaksanakan Highly Immersive
Programme (HIP). PIBG turut memberi sokongan modal dalam usaha menjayakan
program ini. Selain itu, bagi murid-murid yang kurang berkemampuan program
HVT dilaksanakan walaupun masih terdapat ibu bapa yang tidak menghantar
murid-murid.
7.6 Adakah pemilihan pengawas sekolah mempunyai kriteria yang telah
ditetapkan?
Penyusul: Karen Sharmini
Pemilihan pengawas sekolah adalah mengikut prosedur yang telah ditetapkan oleh
sekolah. Izinkan guru-guru dan pihak pentadbir untuk memilih pengawas dan ketua
pengawas mengikut instrumen yang telah disediakan. Pemilihan dan perlantikkan
pengawas sekolah tidak memerlukan campur tangan ibu bapa.
13
7.7 Cadangan saya tahun depan booklist hendaklah lengkap kerana tahun 2020
7.8 buku tak mencukupi seperti yang ada dalam list, kami kena beli lagi buku
7.9 yang tiada dalam list.
Penyusul: Mala Dewi a/p Rangganathan
7.10 Isu ini mungkin disebabkan murid tahun 4 perlu membeli buku semakan baharu
dan terkini. Hal ini akan dipanjangkan kepada pihak kedai buku agar persediaan
rapi dan penambahbaikkan dilakukan.
Adakah kelas tambahan bagi murid-murid tahun 6 yang menduduki UPSR
masih berjalan seperti biasa ketika cuti umum dan cuti sekolah?
Penyusul: Rozek bin Abdul Rashid
Pada hari cuti umum kelas tambahan tidak akan dijalankan manakala pada cuti
sekolah, kelas tambahan akan dijadualkan pada empat hari pertama cuti atas
inisiatif guru-guru.
Mengehadkan hanya pintu pagar kecil sahaja dibuka sewaktu hari
persekolahan terutama ketika waktu pulang dari sekolah. Ini adalah bagi
mengetatkan keselamatan murid keluar masuk sekolah. Apa yang berlaku
sekarang, waktu balik sekolah, gate utama dibuka luas dan murid meluru
keluar beramai-ramai sehingga sesak laluan hadapan sekolah apabila murid
tidak dijumpai ibu bapa dan lebih buruk lagi risiko kes jenayah penculikan
sangat tinggi boleh berlaku.
Penyusul: Norlaini binti Abd Rahim
Guru Besar memaklumkan bahawa bangunan di kongsi oleh dua buah sekolah
menyebabkan kesukaran untuk menghadkan pengunaan pintu pagar. Ibu bapa
diingatkan untuk membuat makluman kepada pemandu van sekolah agar dapat
mengambil murid-murid di hadapan pagar sekolah. Semua murid diwajibkan
untuk menunggu di foyer sehingga ibu bapa/penjaga/pemandu van serta bas
sekolah tiba.
Saya cadangkan agar semua murid wajib pakai helmet bagi yang naik
motor. Mohon ibubapa matikan enjin motor di kawasan sekolah semasa
mengambil anak-anak. Jangan bunyikan hon kereta atau motor semasa
ambil atau hantar anak-anak sekolah.
Penyusul: Hasmah binti Ibrahim
Guru Besar mengucapkan terima kasih atas cadangan tersebut. Beliau turut
mengingatkan ibu bapa yang menggunakan motosikal agar tidak mengikut
laluan yang salah. Mengharapkan semua ibu bapa dapat mengikut peraturan
jalan raya demi keselamatan semua pihak dan khusunya murid-murid. Terdapat
pengawal yang membantu menjaga lalu lintas serta kawasan motosikal yang
disediakan berasingan
14
7.11 .
7.12
7.13 Harga makanan seperti air kotak, RM 2.00 sedangkan sekolah-sekolah lain
7.14 RM1.00.
7.15 Penyusul: Norhayati binti Talib
Harga makanan di kantin sekolah adalah berpatutan dan lebih murah berbanding
sekolah yang lain. Air kotak Milo dan yoghurt sahaja dijual dengan harga RM 2.00.
Adakah sekolah mempunyai jawatan kuasa untuk menyediakan makanan
sihat di kantin sekolah?
Penyusul: Karen Sharmini
Guru Besar mencadangkan agar PIBG dapat melibatkan ibu bapa membentuk
satu jawatan kuasa kantin bagi membantu tujuan ini.
Pelan tindakan sekolah semasa wabak penyakit.
Penyusul: Mohamed Al-Gadhafee
Pihak sekolah akan bertindak selaras dengan maklumat dan kenyataan yang
dikeluarkan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia. PIBG telah memberi
sumbangan sanitizer yang disediakan di beberapa kawasan sekolah. Selain itu,
suhu murid akan diambil dan disemak menggunakan termometer sewaktu datang
ke sekolah.
Pihak sekolah atau kedai buku menyediakan bahan-bahan kesenian dan
subjek lain untuk memudahkan ibubapa, murid dan guru.
Penyusul: Walter Morais
Guru subjek akan memberi makluman awal sekiranya memerlukan bahan bagi
tujuan PdPc. Cadangan akan disampaikan kepada pihak kedai buku untuk
dipertimbangkan.
Mohon pihak pentadbiran sekolah menaiktaraf kedai buku dan pastikan
pekerjanya tidak merokok di dalam kedai.
Penyusul: Asmah binti Ibrahim
Pihak pentadbir telah memberi teguran kepada pemilik kedai buku. Perokok
merupakan kawan kepada pekerja juga telah diberi teguran bahawa sekolah
merupakan kawasan larangan merokok walapun sewaktu cuti sekolah.
15
7.16 Menguncikan bilik darjah atau meletakkan pengawas supaya tidak berlaku
7.17 kehilangan barang-barang murid.
7.18 Penyusul: Walter Morais
Guru Besar sekali lagi mengingatkan ibu bapa bahawa sekolah ini berkongsi
bangunan. Oleh hal yang demikian, kelas tidak boleh dikunci.
Pada waktu rehat, terdapat pengawas yang bertugas mengikut jadual.
Kehilangan barang juga boleh berlaku pada waktu pertukaran subjek atau
sewaktu pergerakkan ke bilik-bilik khas.
Mengapakah sekolah tidak mengambil inisiatif untuk menambahkan
bilangan kelab yang pelbagai dalam aktiviti kokurikulum?
Penyusul: Karen Shamini
Penubuhan kelab dan persatuan adalah mengikut prosedur yang telah
ditetapkan. Kelab dan persatuan yang ditubuhkan adalah mengikut bilangan
murid di sekolah. Terdapat 11 buah kelab dan persatuan di sekolah ini. Selain
itu, terdapat juga kelab yang dijalankan diluar waktu sekolah seperti karate do,
robotik dan lain-lain. Kelab yang dijalankan diluar waktu sekolah memerlukan
kerjasama ibu bapa untuk membuat bayaran tenaga pengajar.
Waktu kokurikulum pelajar perlu dikaji semula kerana program pelajar
bermula awal (11.30pagi) menyebabkan pelajar terkejar-kejar masa untuk
menghadiri aktiviti yang ditetapkan oleh pihak sekolah.
Penyusul: Muhammad Fadzil
Guru Besar memaklumkan bahawa aktiviti kokurikulum adalah mengikut
peruntukkan waktu yang telah ditetapkan oleh kementerian. Berdasarkan
pengalaman lepas aktiviti kokurikulum yang dijalankan pada hari Sabtu tidak
mendapat sambutan ibu bapa. Kehadiran pada hari Sabtu amat mengecewakan.
Aktiviti kokurikulum pada hari Rabu memudahkan semua pihak. Diharapkan ibu
bapa dapat berusaha untuk menghantar murid ke sekolah seawal yang mungkin
pada hari Rabu.
16
8.0 Perlantikan AJK PIBG 2020/2021.
8.1 Left. Kol. (Dr) Siti Salmiah binti Awang telah membubarkan AJK PIBG bagi
sesi 2019/2020
8.2 Pn. Sarinah binti Suratman telah menjadi pengerusi sementara bagi
perlantikan AJK baru PIBG sesi 2020/2021.
8.3 Berikut adalah senarai AJK PIBG 2020/2021:
Penasihat : Puan Siti Norhafisyah binti Azib
Yang Di Pertua : Left. Kol. (Dr) Siti Salmiah binti Awang
Naib Yang Di Pertua : Encik Jefri bin Ahmad @ Sabtu
Setiausaha : Cik Aisyatul Nur binti Zainol
Bendahari : Cik Noor Aisyah binti Mohd Sarif
AJK Ibu Bapa : Encik Khannadasan a/l Rengasamy
Encik Muhammad Aidill bin Sazali
Encik Muhammad Mudzaffar bin Abdullah
Puan Sagunthala Kurusamy
Puan Shahida binti Satahir
AJK Guru : Cik Pusparani a/p Muttusamy
Puan Nurul Ain Binti Mohd Azmi
Puan Nornadira Binti Jaludin
Puan Sarinah Binti Suratman
Puan Sharifah Bt Othman
Juru Audit : Puan Fauziah binti Ismail (wakil ibu bapa)
Puan Santhy a/p Kuppusamy (wakil guru)
9.0 Hal-hal Lain.
9.1 Kutipan sumbangan yuran PIBG bagi Tahun 2020 dikekalkan sebanyak
RM60.00 untuk setiap murid.
9.2 Bayaran pengawal keselamatan yang akan bertugas mengawal lalu lintas juga
dikekalkan sebanyak RM 12.00 bagi setiap keluarga.
9.3 Penasihat memohon supaya perbelanjaan program-program sekolah
diluluskan oleh PIBG.
9.4 Antara program yang telah dirancang ialah seperti yang berikut:
17
Program Anggaran Perbelanjaan
Kelas Tambahan Tahun 6 RM 280
2.2SBuIDkaAnNGTaKhUuRnaIKnUSLeUkMolah RM 6000
RM 5500
Majlis Apresiasi RM 3000
Sambutan Hari Lahir RM 4200
Sambutan Hari Kanak-kanak
10.0 Ucapan Penangguhan.
10.1 Left. Kol. (Dr) Siti Salmiah binti Awang YDP 2019/2020 mengucapkan terima kasih
atas kepercayaan yang diberikan untuk menerajui PIBG Sekolah Kebangsaan
Assunta (2)(M) bagi sesi 2020/2021. Diharapkan ibu bapa dapat melibatkan diri dan
hadir ke program yang dirancang oleh pihak sekolah pada masa akan datang
sebagai tanda sokongan terhadap kegiatan murid-murid di sekolah.
10.2 Mesyuarat ditangguhkan pada pukul 11.45 pagi.
Disediakan oleh, Disahkan oleh,
18
Laporan Aktiviti / Program Tahun 2020/2021
1. Memberi sumbangan cecair pembasmi kuman, hand sanitizer, pelitup
muka dan thermomoter kepada pihak sekolah
2. Membuat penyelenggaraan pendingin hawa di dalam bilik bilik khas
3. Membuat penyelenggaraan alat pemadam api dalam kawasan sekolah
4. Pemasangan projektor di dalam dewan
5. Libat urus dalam persediaan pembukaan sekolah Tahun 2020
mengikut SOP yang ditetapkan
6. Libat urus dalam proses penyuraian murid sekola semasa waktu balik
7. Membayar pengawal keselamatan sekolah
8. Pemasangan PA sistem di semua kelas dan PA sistem di foyer sekolah
9. Memberi sumbangan kepada penjaga yang terkesan akibat covid 19
19
Membahaskan Usul dan Cadangan 2021
BIL USUL/ CADANGAN JAWAPAN
1
2 Makanan terlalu mahal dengan portion yang Pihak sekolah telah mengambil tindakan. Walau
sedikit. Di minta sediakan makanan sarapan bagaimanapun harga dan portion makanan murid
3 yang lain seperti Mee hun, mee Goreng, nasi adalah berdasarkan piawaian dan mengikut
4 lemak telur/ayam ikut kemampuan pelajar. ketetapan KPM.
5 (Sumathi Manokaran)
Please consider for kids meal's order at school is Mr Sunny belum merancang untuk menerima
6 allowed to pay trough online payment. This is bayaran secara atas talian. Hal ini kerana Mr
7 safe for the teacher's and kid's too. Majority Sunny memerlukan aliran wang tunai untuk
school had practice this way and with current penyediaan makanan pada hari seterusnya. Pihak
8 situation, cashless is strong recommended and sekolah akan terus berbincang mengenai hal ini
9 this is also avoided the chance to get the virus dengan pihak kantin.
spread.
(Faulinah Binti Abd Raji) Menu yang ditetapkan adalah mengikut cadangan
Penambahbaikan menu 'school meal program' daripada pihak KPM. Pihak kantin masih bertegas
dan struktur bayaran kepada per semester/per untuk menerima bayaran makanan secara tunai.
year to participating students.
(Mohamed Al-Gadhafee Bin Abdul Rahim) Pihak sekolah mengikut SPI yang diberi dengan
The DLP students from 3 hebat need to be tidak menjalankan ‘streaming’ kepada murid. Oleh
rotated with 3 kaliber. It’s already 2 years they demikian, murid yang mengambil DLP akan berada
are in the same class . dalam 2 kelas ini dan bergerak semasa waktu Sains
(Shashethevi) dan Matematik.
Google Classroom merupakan medium utama yang
Prefer all homework submission thru Google digunakan oleh pihak sekolah untuk memberi
classroom because some teachers request to tugasan, arahan, latihan dan sebagainya. Justeru,
submit thru WhatsApp.. Eg. Tamil murid juga perlu menggunakan GC untuk
(Kasturi A/P Kusarajoo) menghantar tugasan mereka. Walau
bagaimanapun, sedikit kelonggaran diberikan
Pemberian vaksin di adakan disekolah utk kepada murid yang mengalami kesukaran, masalah
memudahkan ibu bapa data untuk menghantar tugasan melalui GC. Oleh
(Asmah Bt Ibrahim) itu, whatsapp, telegram, dan lain lain medium
Pusat vaccine anak minta di adakan di sekolah dibenarkan untuk murid menyerahkan tugaan
(Nordiana Zakaria) mereka.
Pemberian vaksin akan diadakan di sekolah. Walau
Bagaimana pelaksanaan PDPR sekiranya kedua bagaimana, sekolah mana dijadikan pusat PPV
Ibu bapa bekerja. belum lagi diputuskan oleh pihak PPD.
(Muhammad Hafizi Bin Kamis)
Pihak sekolah akan memaklumkan sekolah mana
1. Terima kasih kepada semua guru-guru kerana yang terlibat dijadikan pusat PPV bagi pemberian
menjayakan online class tanpa sebarang vaksin kepada murid.
masalah. Guru juga cepat respon pada sebarang Portal digital e-learning telah diwujudkan supaya
pertanyaan. Syabas murid dapat akses pembelajaran yang dijalankan
2. Tolong pastikan semua guru-guru dan mengikut kesesuaian masa murid dan ibu bapa.
kakitangan sekolah divaksin sebelum sekolah Semua murid juga diberi peluang belajar secara
bermula. bersemuka dan secara online dengan adil dan
(Sundram Govindasamy) saksama.
Semua pentadbir, guru, AKP dan pekerja sekolah
telah menerima vaksin. Hanya beberapa org guru
sahaja yang masih berada dalam 2 mgu tempoh
vaksin matang. Pihak sekolah juga telah
mengumpulkan sijil vaksin guru-guru, AKP dan
pekerja sekolah.
20
Pelantikan Ajk PIBG 2021/2022
PENGERUSI
PN SITI NORHAFISYAH BINTI AZIB
(GURU BESAR)
YANG DIPERTUA
KOLONEL (DR) SITI SALMIAH BINTI AWANG
NAIB YANG DIPERTUA
ENCIK JEFRI BIN AHMAD @ SABTU
SETIAUSAHA
PN NURUL AIN BINTI MOHD AZMI
BENDAHARI
PN NOOR AISYAH BINTI MOHD SARIFF
AJK (IBU BAPA)
ENCIK MUDZAFFAR BIN ABDULLAH
ENCIK KHANNADASAN A/L RENGGASAMY
KOPERAL MUHAMMAD AIDIL BIN SAZALI
PUAN SAGUNTHALA A/P KURUSAMY
PUAN SHAHIDA BINTI SATAHIR
AJK (GURU)
PUAN SHARIFAH BINTI OTHMAN
PUAN SARINAH BINTI SURATMAN
CIK PUSPARANI A/P MUTTUSAMY
PUAN NORNADIRA BINTI JALUDIN
JURUAUDIT
PUAN FAUZIAH BINTI ISMAIL
21
Laporan Guru Besar
1. ENROLMEN MURID SEHINGGA 30 SEPTEMBER 2021.
MAKLUMAT BILANGAN MURID TERKINI TAHUN 2021
SEKOLAH KEBANGSAAN ASSUNTA (2)(M)
TAHUN BIL. JUMLAH MURID
KELAS
85
13 86
100
23 90
119
33 92
44 572
54
63
JUMLAH
KESELURUHAN
22
2. SENARAI NAMA GURU
BIL NAMA BIL NAMA
1 SITI NORHAFISYAH BINTI AZIB 26 NURUL UBAIDAH BINTI MD SAMSUDIN
2 KUMUTHA YAHAMBARAM 27 PRIYAA A/P SUBRAMANIAM
3 FARIDAH BINTI ABDULLAH 28 PUSPARANI A/P MUTTUSAMY
4 SELLAMANY A/P ARASEN 29 RAJA NUR NAZIHAH BINTI RAJA ABDUL
ROHALIM
5 AISYAH BINTI AHMADI 30 ROZNILAH BINTI ABDUL RAHMAN
6 AIZATUL SHAIRAH BINTI MAT NASIR 31 SAPINAH BINTI ABDULLAH
7 ATIQAH AMIRAH BINTI MAKHTAR 32 SARINAH BINTI SURATMAN
8 CHENG LEH KING 33 SHANDRABHANNU A/P UTHAYA KUMAR
9 CHIN NYOK LAN 34 SHARIFAH BINTI OTHMAN
10 ELVINOVIA ANAK JONAS 35 SITI ALIZA BINTI ARIPIN
11 HARVINDER KAUR A/P JESWAN 36 SITI FATIMAH BINTI CHE HUSIN
SINGH
12 IMELDA PUSPA BINTI BAHRUN 37 SITI MARIAM BINTI MOHAMAD
13 INTAN JUHANA BINTI ABD AZIS 38 SUMATHY A/P ARUMUGAM
14 KALAI SELVI A/P 39 SYASYA FAKHIRA BINTI ROSDI
VENGGADASALLAM
15 KALAIVANI A/P SEGARAN 40 THEVIKA A/P AGILAN
16 KALISWARY A/P BALIAYAN 41 THISHANTINI A/P RAVIDARAN
17 LELAHRAANI A/P GANESON 42 VIVITHRAAH A/P PANNEIR SELVAM
18 NOOR AISYAH BINTI MOHD SARIF 43 WAN NOR FADHILAH HANI BT TUAN ISMAIL
19 NORNADIRA BINTI JALUDIN 44 WAN NORSHAHIRA FATIN BT WAN MAHMOOD
20 NORSYAZWANI BINTI MOHAMED ISA 45 ZAMALEAH BINTI MAT SOM
21 NURHIDAYU BINTI RAFIEE
22 NURUL AIN BINTI MOHD AZMI
23 NURULHUDA BINTI
MOHAMMAD
3. SENARAI NAMA STAFF NAMA
BIL
1 NORASYIKIN BINTI ABU BAKAR
2 AZMAN BINTI LASUAN
23
Laporan Kewangan
24
25
a
26
Mesyuarat Agung Tahunan PIBG Kali ke-47, 2021
Mesyuarat Agung Tahunan PIBG Kali ke-47, 2021
Mesyuarat Agung Tahunan PIBG Kali ke-47, 2021
Mesyuarat Agung Tahunan PIBG Kali ke-47, 2021
27
28
Jawatankuasa Induk
MESYUARAT AGUNG TAHUNAN PERSATUAN IBU BAPA
DAN GURU SEKOLAH KEBANGSAAN ASSUNTA (2)(M)
KALI KE-47 TAHUN 2021
Penasihat/Pengerusi
PN. SITI NORHAFISYAH BINTI AZIB
(Guru Besar)
Yang Dipertua PIBG
KOLONEL (DR) SITI SALMIAH BINTI AWANG
Naib Yang Dipertua PIBG
ENCIK JEFRI BIN AHMAD @ SABTU
Timbalan Pengerusi
PN KUMUTHA YAHAMBARAM
(Penolong Kanan Pentadbiran)
Naib Pengerusi I
PN. FARIDAH BINTI ABDULLAH
(Penolong Kanan Hal Ehwal Murid)
Naib Pengerusi II
PN SELLAMANY A/P ARASEN
(Penolong Kanan Kokurikulum)
Setiausaha
PN NURUL AIN BINTI MOHD AZMI
Bendahari
PN NOOR AISYAH BINTI MOHD SARIFF
29
Jawatankuasa Induk
Urus Setia ▪ Menguruskan semua surat menyurat dan sistem atas
• Pn Nurul Ain talian berkaitan MAT PIBG secara dalam talian.
• Pn Noor Aisyah
▪ Membuat hebahan dan menggalakkan ibu bapa dan
Moderator/Pengacara Majlis guru untuk hadir MAT PIBG secara dalam talian.
• Cik Wan Nor Fadhilah Hani
• Pn Sarinah ▪ Memastikan semua persediaan/persiapan dibuat
sebelum MAT PIBG dilaksanakan.
▪ Menyelesaikan sebarang masalah berkaitan
mesyuarat sebelum MAT PIBG dilaksanakan.
▪ Mengumpul data berkaitan usul, pencalonan JK
PIBG baharu, pengesahan kehadiran ibu
bapa/waris dan lain-lain berkaitan.
▪ Memastikan Laporan MAT secara dalam talian
bersama-sama Penyata Kira-Kira Kewangan PIBG
dihantar kepada JPN dan PPD dalam tempoh 30 hari
setelah MAT secara dalam talian dilaksanakan.
▪ Mengendalikan MAT PIBG secara dalam talian
mengikut atur cara majlis dan agenda MAT PIBG .
▪ Memastikan perjalanan MAT PIBG secara dalam
talian berjalan lancar.
Pendaftaran ▪ Memastikan ibu bapa dan guru membuat pengesahan
▪ Pn Sumathy kehadiran ke MAT PIBG selewat-lewatnya tiga(3)
▪ Cik Kaliswary hari sebelum MAT PIBG dilaksanakan.
▪ Pn Elvinovia
▪ Pn Sapinah ▪ Mengumpul data pengesahan kehadiran ke MAT
PIBG selewat-lewatnya tiga(3) hari sebelum MAT
Pencatat Minit Mesyuarat PIBG dilaksanakan.
• Pn Intan Juhana
• Pn Siti Fatimah ▪ Mengambil kehadiran ibu bapa dan guru dalam MAT
• Pn Sharifah PIBG secara dalam talian atau hadir di bilik/dewan.
• Pn Imelda
• Cik Atiqah Amirah ▪ Menyediakan Google form kehadiran ibu bapa.
▪ Memberi pautan link kepada AJK Multimedia.
▪ Mencatat minit sepanjang mesyuarat MAT PIBG
secara dalam talian.
▪ Menyerahkan catatan minit MAT PIBG kepada SU
PIBG selewat-lewatnya dalam tempoh dua (2)
minggu selepas MAT PIBG dilaksanakan.
30
Montaj Perasmian ▪ Menyediakan montaj perasmian MAT PIBG
• Cik Pusparani ▪ Memastikan montaj berjalan dengan lancar
• Cik Thevika
• Pn Wan Norshahira Fatin
• Cik Norsyazwani
• Pn Nurhidayu
Teknikal / Peralatan / Multimedia ▪ Menyediakan peralatan komputer dan kemudahan akses
internet sepanjang tempoh MAT PIBG berlangsung.
▪ Pn Vivithraah ▪ Memastikan guru dan ibu bapa mendapat akses kepada MAT
▪ Pn Nurulhuda PIBG secara dalam talian.
▪ Cik Aizatul Shairah
▪ Cik Thishantini ▪ Menyediakan aplikasi Google Meet/Microsoft
Teams/Zoom/WebEx
/Youtube atau yang setara.
▪ Memastikan akses panggilan mesyuarat MAT PIBG secara dalam
talian kepada ibu bapa dan guru diserahkan selewat- lewatnya
dua (2) hari sebelum MAT PIBG secara dalam talian
dilaksanakan.
▪ Memastikan talian internet pada pautan MAT PIBG adalah baik
serta mudah diakses oleh ibu bapa dan guru sekurang-
kurangnya satu (1) jam sebelum MAT PIBG secara dalam talian
bermula.
▪ Memastikan ibu bapa dan guru masuk pautan MAT PIBG
secara dalam talian sekurang-kurangnya 30 minit sebelum
MAT PIBG bermula.
▪ Memastikan peralatan komputer telah dibersihkan dan
selamat digunakan.
▪ Memastikan semua peralatan dan kemudahan dibersihkan
selepas digunakan.
Bacaan Doa ▪ Membaca doa sebelum majlis / MAT
▪ Pn Zamaleah
▪ Pn Siti Mariam ▪ Menyediakan poster hebahan yang mengandungi
▪ Pn Siti Aliza 1. Link pendaftaran ibu bapa
2. Link buku program
Multimedia 3. Link pautan google meet
▪ Membuat paparan dalam GM semasa ibu bapa
▪ Pn Syasya Fakhira
▪ Pn Nurul Ubaidah membuat pendaftaran.
▪ Cik Raja Nur Nazihah
31
E-Banner ▪ Menyediakan banner mengenai maklumat mesyuarat MAT
▪ Cik Priyaa PIBG
▪ Pn Nornadira
▪ Cik Lelahraani ▪ Membuat hebahan dan menggalakkan ibu bapa dan guru untuk
hadir MAT PIBG secara dalam talian.
Buku Program
▪ Pn Nurul Ain ▪ Menyediakan buku program MAT PIBG dalam bentuk yang
boleh diakses oleh ibu bapa dan guru.
▪ Memastikan buku program disertakan dalam talian pada
hari mesyuarat.
Power Point (agenda mesyuarat) ▪ Menyediakan slide power point mengikut agenda mesyuarat
▪ Pn Aisyah Ahmadi ▪ Menyediakan bahan pembentangan mengikut agenda
▪ Pn Nurul Ain
▪ Pn Noor Aisyah mesyuarat.
Fotografi ▪ Mengambil gambar sepanjang majlis berlangsung
▪ Pn Chin ▪ Memuatnaik gambar dalam Google Drive sekolah.
▪ Pn Roznilah
▪ Pn Harvinder
▪ Pn Kalai Selvi
32
Penghargaan
Yang Dipertua
dan Ahli Jawatankuasa PIBG
SK Assunta (2)(M) merakamkan setinggi-tinggi
penghargaan dan terima kasih kepada:
Guru Besar,
Penolong-penolong Kanan dan Guru-guru
serta Staf
SK Assunta (2)(M).
Semua waris yang telah memberi kerjasama dan
sumbangan dalam menjayakan majlis kita
serta
Semua pihak yang terlibat dalam membantu kami dari segi
kewangan,material dan sokongan moral dalam
melaksanakan mesyuarat ini dengan jayanya.
Semoga Tuhan
memberi
keberkatan atas
segala usaha kita.
33
Akhir Kalam
Mawar melati indah di taman,
Indah lagi kembang selasih,
Akhir kata kami ucapkan,
Cukup sekian dan terima kasih.
Kalau ada sumur di ladang,
Boleh la kita menumpang mandi,
Jika ada umur yang panjang,
Boleh kita bertemu lagi.
34