The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by 北干那那育民一校 SJKC Yu Ming 1, Pekan Nanas, 2021-04-13 10:30:06

Tun Hussein bin Dato' Onn

Tun Hussein bin Dato' Onn

= BAPA PERPADUAN =
Tun Hussein bin dato Onn

Butiran Peserta

❖Nama peserta : Lai Lok Jia

❖ Kelas : 6K

❖Alamat e-mel : [email protected]

❖Nama Sekolah : SJK(C) Yu Ming 1 (JBC6024)
❖Alamat Sekolah: SJK(C) Yu Ming 1,

81500 Pekan Nanas,

Pontian, Johor.

PENDAHULUAN

Tun Hussein bin Dato' Onn merupakan Perdana Menteri Malaysia ke-3 yang berkhidmat dari tahun 1976 sehingga
1981. Beliau dilihat sebagai seorang yang amat ikhlas dalam perjuangan untuk mencapai perpaduan kaum dan mempunyai
reputasi untuk bertindak keras kepada sesiapa yang mencuba membangkitkan kekacauan perkauman di dalam negara. Oleh
sebab usahanya dalam pemupukan perpaduan di kalangan masyarakat Malaysia, Tun Hussein Onn telah dikenang sebagai "Bapa
Perpaduan".

BIODATA

➢ Dilahirkan pada 12 Februari 1922, di Johor Bahru
➢ Kembali kerahmatullah pada 29 Mei 1990 (berumur 68 tahun) di Kuala Lumpur
➢ Cahaya mata kepada Dato' Onn bin Jaafar (Pengasas dan Presiden UMNO) dan Datin Halimah Hussein
➢ Anak sulung daripada 8 orang adik beradik
➢ Berkahwin dengan Toh Puan Suhaila binti Tan Sri Haji Mohd Noah
➢ Dikurniakan 6 orang anak, iaitu 2 anak lelaki dan 4 anak perempuan
➢ Salah seorang anak lelakinya ialah Dato' Seri Hishammuddin bin Tun Hussein (kini Menteri Luar Negeri)

PENDIDIKAN

❑ Menerima pendidikan awal di Singapura dan di English College (kini digelar “Maktab Sultan Abu Bakar”),
Johor Bahru hingga lulus Senior Cambridge.

❑ 1940 - berkhidmat sebagai kadet dalam Pasukan Timbalan Setia Negeri Johor.
❑ 1941 - dihantar ke Indian Military Academy di Dehra Dunn, India.
❑ 1958 - Lulus Ijazah Undang-undang dari Lincoln’s Inn, London.

KERJAYA

❖1942 - Menyertai Regimen Hyderabad (Tentera India) dan berkhidmat di Timur Tengah (Mesir) semasa meletusnya
Perang Dunia Ke-2

- Selepas peperangan, British telah mengambil beliau sebagai jurulatih di Pusat Rekrut dan Latihan Polis Malaya
di Rawalpindi

❖1945 - Komandan Depot Polis Johor Bahru
- Selepas 6 bulan perkhidmatan dalam tentera di Malaya, beliau memasuki Perkhidmatan Pentadbiran Melayu sebagai
Penolong Pegawai Pentadbir di Segamat, Johor - kemudian ditugaskan sebagai pegawai daerah di Kelang dan
Kuala Selangor

KERJAYA POLITIK

❖1946 - Masuk Pertubuhan Kebangsaan Melayu Bersatu (UMNO) bersama ayahnya
❖1949 - Menjadi Ketua Pemuda (UMNO) yang pertama
❖1950 - Setiausaha Agung UMNO

- Menjadi Ahli Majlis Undangan Negeri Johor dan Majlis Undangan Persekutuan
❖1951 - keluar dari UMNO dan menubuhkan Independent of Malaya Party (IMP) bersama bapanya
❖1968 - kembali menyertai UMNO
❖1969 - Ahli Jawatankuasa Kerja UMNO (kini Majlis Kerja Tertinggi UMNO) 22 September
❖1970 - Menteri Pelajaran
❖1972 - Timbalan Presiden UMNO 13 Ogos
❖1973 - Timbalan Perdana Menteri 15 Januari
❖1976 - Perdana Menteri Malaysia Ketiga (berkhidmat dari tahun 1976 sehingga 1981)
❖1981 - bersara menarik diri dari politik serentak meletakkan jawatan sebagai Perdana Menteri
Malaysia.

SUMBANGAN

• 1970 - Memajukan Kementerian Pelajaran (semasa menjadi Menteri Pelajaran)
• 1974 - Menekankan konsep Rukun Tetangga
• 1975 - Mempermodenkan dan memperbesarkan Angkatan bersenjata Malaysia
• 1976 - Menubuhkan PEMADAM
• 1978 - Meneruskan agenda pembangunan Tun Abdul Razak (Dasar Ekonomi Baru)
• 1981 - Melancarkan Rancangan Malaysia Keempat

- Melancarkan Skim Amanah Saham Nasional (ASN)
• 1983 - Menjadi Pengerusi Institut Kajian Strategik dan Antarabangsa (ISIS) dan Penasihat Petronas
• 1986 - Menubuhkan Hospital Mata Tun Hussein Onn

Peristiwa penting serta sumbangan yang boleh dikaitkan dengan era Tun Hussein Onn, suatu kejayaan
dari segi sejarah politik UMNO dan Barisan Nasional ialah kejayaan merampas Kelantan dari tangan
PAS. Sekaligus kejayaan ini mengakhiri monopoli kerajaan PAS ke atas Kelantan.

Kedua, Tun Hussein Onn muncul sebagai seorang Perdana Menteri yang amat tegas dalam menangani
sesuatu masalah. Beliau percaya kepada undang-undang dan mahkamah untuk memberi keadilan dan
menjauhkan gangguan politik terhadap proses undang-undang. Hal ini amat jelas dalam tindak
tanduknya memerangi rasuah, pecah amanah dan penyalahgunaan kuasa.

Ketiga ialah keyakinan sepenuhnya Hussein Onn terhadap beberapa dasar yang telah diasaskan oleh Tun
Razak sebelumnya. Kecuali skim Amanah Saham Nasional, Tun Hussein Onn tidak memperkenalkan
dasar-dasar baru tetapi secara tegas melaksanakan segala dasar yang telah diperkenalkan olelr Tun Razak
terutama sekali Dasar Ekononi Baru. Begitu juga dengan dasar luar Malaysia, Tun Hussein Onn
meneruskan dasar berkecuali yang diasaskan oleh Tun Razak.

Keempat ialah kebijaksanaan Tun Hussein Onn memilih golongan pelapis untuk mengisi jawatan-
jawatan penting dalam kerajaan dan politik. Kebijaksanaan Tun Hussein Onn yang paling menyerlah
ialah pemilihan Dr.Mahathir untuk memegang jawatan Timbalan Perdana Menteri, seorang yang pada
waktu itu merupakan golongan tokoh muda. Ternyata Dr. Mahathir dan beberapa pemimpin lain yang
ditonjolkan oleh Hussein, seperti Rafidah, Mohd Najib, Sanusi Junid, Lro Moggie serta ketiga-tiga
Menteri Besar Pahang, Melaka dan Negeri Sembitan tidak menghampakan kepercayaan Hussein Onn
terhadap mereka.



NILAI KEPIMPINAN YANG BOLEH DICONTOHI OLEH
GENERASI SEKARANG

1. Tegas dan Berani
Beliau telah membersihkan UMNO dan kerajaan daripada pengaruh ideologi sosialiskomunis yang dikatakan telah
berjaya menjauhkan puak nasionalis daripada Tun Razak. Mereka ini yang merupakan penasihat-pernasihat penting
kepada Tun Razak, telah ditangkap dan dipenjarakan dan dengan itu sekaligus membersihkan UMNO daripada
fahaman kiri-sosialis.

2. Amanah dan Jujur
Tun Hussein selaku Perdana Menteri dan presiden UMNO menjauhkan dirinya daripada campur tangan dalam kes
masalah kewangan yang dihadapi oleh Pergerakan Pemuda UMNO kerana pinjaman dari Bank Rakyat Malaysia yang
berjuta Ringgit banyaknya kerana membiayai kedatangan jaguh tinju dunia Muhammad Ali membawa kepada
tuduhan rasuah dan pecah amanah.

3. Iklas
Beliau tidak mengharapkan apa-apa ganjaran sampingan demi kepentingan sendiri. Tujuan pentadbiran dan
kepimpinan beliau hanyalah untuk kebaikan negara Malaysia.

4. Bertanggugjawab
Beliau bertanggujungjawab ke atas tindak-tanduk serta arahan yang dikeluarkan terhadap yang dipimpin. Baik buruk
setiap akhiran daripada kepimpinan beliau telah diterima dengan terbuka.

5. Bekerjasama
Sebagai seorang pemimpin, beliau bekerjasama dengan orang bawahan tanpa mengira peringkat. Dengan ini, beliau
telah disegani dan mudah untuk melaksanakan tugas sebagai pemimpin.

6. Dedikasi
Beliau dedikasi dengan tugas kepimpinan tanpa mengira penat atau lelah. Nilai ini membolehkan beliau memimpin
negara Malaysia ke arah kecemerlangan.

7. Sederhana
Beliau mengamalkan nilai kesederhanaan dalam melaksanakan tugas harian, percakapan, arahan, pergaulan dan
pakaian.

KESIMPULAN

Ketegasan dan sifat kepimpinan semulajadi yang dimiliki, membuka ruang kepada Tun Hussein menerajui
pucuk pimpinan negara dengan menerapkan nilai murni yang diperlukan untuk membina sebuah negara yang
teguh dan tidak terdedah kepada sebarang anasir yang boleh menggugat kedudukannya. Pada pandangan
beliau, setiap individu yang mengiktiraf diri mereka sebagai warganegara Malaysia perlu memelihara
kesejahteraan dan kedamaian bagi memastikan keharmonian hidup bernegara dapat dipertahankan. Jesteru
antara pendekatan penting yang dilaksanakan oleh Tun Hussein ialah mewujudkan konsep Rukun Tetangga
yang menuntut rasa tanggungjawab dan prihatin komuniti terhadap kawasan kejiranan. Sebagai agenda
serampang dua mata, aktiviti Rukun Tetangga telah menyemarakkan hubungan mesra antara penduduk di
kawasan yang terlibat di samping mengawal keselamatan kawasan kejiranan. Atas usaha dan kesungguhan
beliau menjayakan agenda perpaduan di kalangan masyarakat Malaysia, Tun Hussein Onn diberi gelaran
"Bapa Perpaduan Malaysia".



SUMBER RUJUKAN

1. https://ms.wikipedia.org/wiki/Hussein_Onn
2. http://penatokoh.blogspot.com/2014/01/tokoh-tun-hussein-onn.html
3. https://www.slideshare.net/Dhass97/sejarah-dan-sumbangan-yabhg-tun-hussein-bin-dato-onn
4. https://umno-online.my/presiden/tunhussein/
5. https://core.ac.uk/download/pdf/12007551.pdf
6. http://pelajarpolitekniknilai.blogspot.com/2014/09/tun-hussein-bin-dato-onn.html
7. https://www.wikiwand.com/ms/Hussein_Onn
8. https://www.coursehero.com/file/23620477/Jelaskan-sumbangan-Tun-Hussein-Onn-dalam-pembangunan-ekonomi-negara/
9. http://noorkhaery-citarasasantai.blogspot.com/2009/11/tokoh-tun-hussein-onn.html
10. http://1011f1p1.blogspot.com/2010/09/dipetik-dari-tulisan-mohamed-yosri.html


Click to View FlipBook Version