FORMAT PENULISAN
TUGASAN
Disediakan oleh:
Pn. Fazurah binti Mustaffa
Pensyarah
Jabatan Komunikasi
Fakulti Sains Sosial
Kolej Universiti Islam Melaka
MUKA DEPAN (COVER)
Boleh dibeli
di Koperasi
KUIM
3 HELAI =
RM1.00
Keratan di
bawah
hendaklah
simpan sebagai
bukti
penghantaran
MUKA HADAPAN TUGASAN
• cth format tugasan sesi 1 2019-2020.doc
HALAMAN PERTAMA &
SETERUSNYA (ESEI)
• Disusun mengikut perenggan yang teratur &
justify
• Ayat pertama bagi perenggan pertama bermula
daripada tepi (tidak perlu ditolak ke dalam /
tab).
• Begitu juga dengan setiap tajuk / sub-topik.
• Ayat pertama bagi perenggan kedua &
seterusnya perlu di’tab’kan.
• Bagi perkataan bahasa Inggeris atau bahasa Arab,
perlulah disendengkan (italic).
• Setiap ayat dalam perenggan perlulah ada
kesinambungan dengan ayat / isi dalam
perenggan seterusnya.
• Pastikan anda menggunakan penanda wacana,
kata hubung, kata ganti nama dan lain-lain
tatabahasa dengan tepat.
• Pastikan anda menggunakan ayat yang ILMIAH
(gaya bahasa yang betul), bukan ayat pasar
atau ayat berbual.
• Selepas noktah / koma, mestilah dijarakkan
sekali (space) dan baru diletakkan perkataan
seterusnya.
• Pastikan juga setiap perbincangan yang ditulis
dalam esei tersebut disertai dengan
pengenalan dan kesimpulan.
• Setiap sub-topik perlulah ditebalkan (bold)
tanpa perlu digariskan (underline) atau
disendengkan (italic).
• Bagi isi-isi yang diletakkan dalam bentuk point,
letakkan nombor (tidak boleh letak bullet).
• Hanya sekali enter sahaja diperlukan untuk
menjarakkan tajuk / sub-topik dengan isi.
Begitu juga antara perenggan dengan
perenggan seterusnya.
• Contoh sub-topik:
– 1.0 PENGENALAN
– 2.0 PERBINCANGAN
2.1 Definisi
2.2 Sejarah / Latar Belakang Tajuk
2.3 Faktor-faktor / Punca
2.4 Kesan-kesan / Impak (Positif dan Negatif)
2.4.1 Individu
2.4.2 Keluarga
2.4.3 Masyarakat
2.4.4 Agama
2.4.5 Negara
2.5 Cara Mengatasi / Kaedah Penyelesaian
– 3.0 KESIMPULAN
– RUJUKAN
PLAGIARISMA
• Plagiat merupakan amalan membuat petikan
sesuatu bahan daripada sumber-sumber
tertentu tanpa memberikan penghargaan
(acknowledgement) kepada penulis asalnya.
• Apabila dibuat petikan sepenuhnya atau
terjemahan secara langsung, petikan tersebut
mestilah dinyatakan dalam quotation marks,
diikuti dengan nama penulis, tahun dan muka
surat yang diletakkan dalam kurungan.
• Contoh 1:
Pelbagai masalah yang kita hadapi dalam hidup
ini dapat disederhanakan pengertiannya dan
diwakili oleh dua kata: kehilangan atau
kekurangan (Syed Alwi Alatas, 2011).
• Contoh 2:
Menurut Chamil Wiraya (1989), polisi luar dapat
ditakrifkan sebagai satu alat yang diperlukan oleh
sesebuah negara untuk berinteraksi dengan
sesebuah negara lain, baik yang berjiran
dengannya atau yang berada jauh darinya.
• Contoh 3:
Psikologi moden menekankan kepentingan sains
empirikal dalam pendekatannya memahami
tingkah laku manusia (Mahmood Nazar, 1998).
• Contoh 4:
Menurut Noraini (dalam Farrah Wahidah, 2012),
kepimpinan melibatkan kemahiran untuk
memerhati, memahami dan mempelajari sesuatu
/ latihan yang bersesuaian untuk semua individu
dalam sesebuah organisasi.
• Contoh untuk petikan yang tidak melebihi 40
patah perkataan:
Kajian Aminuddin dan Mohd Ali mendapati sifat
mesra-dingin yang dianggap mereka sebagai
“…ciri-ciri peribadi yang membawa kandungan
sosial dan bukannya ideologikal” (1988), muncul
sebagai dimensi terpenting dalam imej pemimpin
Pemuda UMNO.
• Contoh untuk petikan yang melebihi 40 patah
perkataan:
Aminuddin (1990, 253) mencadangkan:
Insiden-insiden kritis yang mengandungi unsur-unsur
kepimpinan yang berlaku dalam masa pemimpin
karismatik ini menguruskan umatnya secara jarak
jauh dalam hubungan dengan khalayak ramai,
dengan kelompok kecil atau dengan umatnya secara
individu perlu digali daripada perbendaharaan
sejarah Islam untuk membolehkan kita menarik
kesimpulan tentang proposisi-proposisi Islam.
Sumber rujukan
• Sumber rujukan bagi jurnal dan buku adalah
dari tahun 2010 hingga 2018
• Sumber rujukan boleh diperolehi daripada
perpustakaan, google scholar atau
penggunaan kata kunci.pdf
• Sebagai contoh :
Contoh dari google scholar
Menggunakan Kata kunci / keyword. pdf
HALAMAN TERAKHIR
• Halaman terakhir bagi setiap tugasan
merupakan bahagian RUJUKAN / BIBLIOGRAFI.
• Bahan rujukan hendaklah disusun mengikut
alphabet.
• Susunan senarai tersebut tidak perlu
dinomborkan atau bullet.
• Sumber rujukan yang dibenarkan hanyalah
buku, artikel ilmiah, surat khabar dan jurnal-
jurnal sahaja.
• Sumber rujukan dari internet yang dibenarkan
hanyalah maklumat dari laman sesawang
kementerian, institusi pengajian tinggi, jabatan-
jabatan kerajaan & bukan kerajaan.
• Sumber rujukan dari mana-mana blog,
wikipedia & wordpress adalah TIDAK
DIBENARKAN sama sekali.
• Panduannya:
Nama. Tahun. Tajuk buku (Italic). Tempat : Penerbit
Contoh:
Arena Wati. 1991. Memoir Arena Wati: enda
gulingku. Bangi: Penerbit Universiti Kebangsaan
Malaysia.
Contoh
FORMAT MENULIS (LAIN-LAIN)
• Jenis dan saiz kertas
- Penggunaan kertas simili 70 atau 80 gram
berwarna putih dan bersaiz A4 sahaja yang
dibenarkan penggunaannya
Jidar dan margin
• Saiz jidar adalah 2.54
cm di sebelah kiri,
manakala 2.54 cm
di sebelah atas, 2.54
cm di sebelah kanan
dan 2.54 cm di
bawah, bagi setiap
muka surat,
termasuk muka
depan
Nombor Muka Surat
• Nombor muka surat ditulis di sudut
bawah sebelah kanan, 1.5 cm dari tepi
bawah dan 2 cm tepi sebelah kanan
diukur dari digit terakhir nombor
Jenis huruf dan nombor
• Diwajibkan menggunakan Times New Roman
bersaiz 12
• Perkataan yang selain daripada bahasa Melayu
hendaklah diitalickan seperti :
Media Penetration and Cultural Consequences
on Adolescents in Malaysia
• Bagi teks Al-Quran, Hadith dan terjemahannya
juga perlu taip selang satu langkau
menggunakan traditional arabic dan font 14
Jarak dan Format
• Jarak di antara baris dalam teks ialah 2
langkau [1.5 X 2 enter]
Maklumat tambahan
• Bilangan Patah Perkataan :
• [IJAZAH SARJANA MUDA]
• 3500 hingga 5,000 patah perkataan [kumpulan]
• 2,000 hingga 3500 patah perkataan [individu]
• [DIPLOMA]
• 2,000 hingga 3500 patah perkataan [Kumpulan]
• 1,500 hingga 2,000 patah perkataan [individu]
Contoh
SEKIAN.
TERIMA KASIH ATAS
PERHATIAN YANG
DIBERIKAN.
SELAMAT MAJU JAYA!