The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

TUGASAN 2 PENGHASILAN PRODUK BMMB 1114 NURIN FATIHAH BINTI ZULHADFI

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by nurinznurinz27, 2023-06-30 09:24:46

TUGASAN 2 PENGHASILAN PRODUK BMMB 1114

TUGASAN 2 PENGHASILAN PRODUK BMMB 1114 NURIN FATIHAH BINTI ZULHADFI

Keywords: 047812

Berbahasa NURIN FATIHAH BINTI ZULHADFI 3 PPISMP BM 1 KESANTUNAN TUGASAN 2 PENGHASILAN PRODUK BMMB 1114 PENSYARAH: Dr. ROSMAWATI BINTI MOHAMED


TUGASAN 2 SOALAN


KANDUNGAN ISI KONSEP KESANTUNAN BERBAHASA GAYA KESANTUNAN BERBAHASA KESANTUNAN BERBAHASA DALAM SISTEM BAHASA ISU KESANTUNAN BERBAHASA KESIMPULAN RUJUKAN 1. 3. 2. 6. 4. 5.


1.KONSEP KESANTUNAN BERBAHASA Kesantunan berbahasa merupakan kesopanan dan kehalusan dalam menggunakan bahasa ketika berkomunikasi dengan orang lain sama ada melalui lisan mahupun tulisan (Hassan & Zailani, 2019) Kesantunan berbahasa juga ditakrifkan sebagai penggunaan bahasa harian yang tidak menimbulkan perasaan tidak selesa dan rasa tersinggung kepada pendengar (Naimah, 2020).


2.GAYA KESANTUNAN BERBAHASA BAHASA TERBALIK BAHASA KIASAN PERIBAHASA PANTUN BAHASA SAPAAN PENGURUSAN AIR MUKA


1.BAHASA TERBALIK 1.Merupakan salah satu daripada jenis ragam bahasa. 2.Bahasa berlawanan daripada perkara yang ingin disampaikan oleh seseorang. 3.Bahasa terbalik mempunyai makna yang tersirat dan berantonim dengan situasi yang berlaku. Definisi


FUNGSI BAHASA TERBALIK Menyedarkan individu daripada bersifat negatif Menjaga air muka atau maruah individu dengan menggunakan bahasa yang baik yang mengandungi makna tersirat walaupun dalam keadaan marah.


CONTOH BAHASA TERBALIK SITUASI 1 "Kan dah boleh sakit, lain kali panjat lah pagar itu lagi" , kata ibu kepada adik. Maksud yang sebenar adalah: ibu melarang adik daripada melakukan kesilapan yang sama


2.BAHASA KIASAN Definisi Bahasa yang menghuraikan sesuatu dengan cara mengkhiaskan kepada perkara lain Bahasa kiasan juga mempunyai maksud yang tersurat (Let & Kamarudin, 2019)


FUNGSI BAHASA KIASAN 1.Menjadikan sesuatu maksud lebih terang. Ungkapan yang dinyatakan seperti sebuah gambar dan mengelakkan huraian panjang atau kurang kelas. contoh: diam diam ubi berisi 2.Mencantikkan bahasa. Menghasilkan menjadi indah dan menarik dan kebiasaannya menggambarkan kecantikan alam. Contoh: Angin bertiup seperti orang berbisikbisik. 3.Bahasa halus bagi perkataan yang kurang sopan. Mengelakkan bahasa yang tidak boleh disebut. Za'ba juga menyebut kiasan ini sebagai kiasan gayang atau pemanis. Contoh: menghembuskan nafas yang terakhir


1.Bahasa kiasan dibandingkan secara langsung. unsur perbandingan dapat dilihat melalui penggunaaan perkataan "seperti" dan "bagai". contoh: Hatinya hancur bagai kaca terhempas ke batu. CONTOH BAHASA KIASAN 2.Bahasa kiasan tidak dibandingkan secara langsung Tiada undur perbandingan dan tidak mempunyai "bagai" atau "seperti". Contoh: karam dalam lautan percintaan


3.PERIBAHASA Definisi Peribahasa merupakan sebuah khazanah bahasa yang mementingkan aspek pandangan hidup, nilai, sikap dan cara berfikir akal budi sesuatu masyarakat. Peribahasa mempunyai ciri-ciri komunikasi moden kepadatan keringkasan ketepatan Peribahasa merupakan kelompok besar dan mempunyai 4 jenis:


JENIS & CONTOH PERIBAHASA 2. Perumpamaan -Peribahasa berlapis yang mengandungi makna terusrat dan tersirat. -Mempunyai dua bentuk: 1. Simpulan Bahasa -kata ringkas yang mempunyai maksud tersirat -Kebiasaanya menggunakan perkataan mudah. Contoh: buah tangan 1.perbandingan secara terang-terangan -didahului dengan kata-kata perbandingan seperti. umpama, bagai, ibarat dan kaksana. Contoh: Umpama kaca dengan permata ibarat air di daun keladi 2.tidak menyatakan perbandingan secara terang-terangan. -tidak didahulukan dengan kata-kata bandingan. Contoh: Diberi betis hendak peha 3. Bidalan -Peribahasa yang berfungsi sebagai nasihat dan mepunyai maksud dua lapis -Kebiasaanya mempunyai pengajaran diseblik maksud peribahasa.: Contoh: Terlajak perahu boleh diundur, terlajak kata buruk padahnya 2. Pepatah atau Perbilangan -disusun berangkap-rangkap seperti ikatan puisi.. -berakit rapat dengan adat istiadat, undangundang atau peraturan masyarakat. Contoh: Bulat air kerana pembentung, bulat manusia kerana muafakat.


4.PANTUN Definisi Puisi lama yang kebiasaanya terdiri daripada empat baris iaitu dua baris di atas merupakan pembayang dan dua baris dia bawah merupakan penerang. Pada asasnya, pantun hanya terdiri dua baris sahaja yang mempunyai ikatan berirama dan sebutan yang sama dihujungnya. Keindahan dalam pantun terbahagi kepada dua: Keindahan luaran: intonasi suara, gaya dan penggunaan bahasa yang sesuai, berirama dserta berentak. Keindahan dalaman: mengandungi unsurunsur emotif


Contoh Pantun: Asal teratai air tempatnya, Hujan merintik di atas bumbung, Tanah melayu banyak adatnya, Budi pekerti resam dijunjung. CIRI-CIRI & JENIS PANTUN } Pembayang } Penerang JENISJENIS PANTUN Nasihat Patriotik Agama Jenaka Pendidikan Cinta mempunyai sebutan yang sama dihujungnya dan berirama. merah sama dengan merah, biru sama dengan biru


5.BAHASA SAPAAN DEFINISI Merupakan kaedah yang digunakan oleh masyarakat untuk menyapa seseorang sama ada secara formal mahu pun tidak formal. Digunakan dengan betul dan mengikut keadaan situasi supaya tidak menyinggung perasaan yang disapa.


Gelaran pergaulan formal -sekatan sosial yang tertentu sama ada pangkat atau kedudukan sosial Contoh: tuan, puan, encik, cik JENIS BAHASA SAPAAN 1.Berdasarkan Pangkat atau Status Seseorang dalam Masyarakat. Status atau pangkat seseorang merupakan peranan penting untuk kita membezakan cara percakapan dengan seseorang Gelaran Warisan Keturunan -gelaran yang diwarisi sejak lahir. -kebiasannya mengikut keturunan ibu bapa. Contoh: Tuanku, Tunku, Syed, Wan Gelaran Kurniaan Kerajaan -dianugerahkan kepada individu yang berjasa kepasa negara. Contoh: Datuk Lee Chong Wei Gelaran Kurniaan Ikhtisas -diperoleh daripada kejayaan dalam bidang akademik. -dikenali jugs sebagai gelaran profesional. Contoh: Doktor, Profesor, Cikgu, Inspektor Gelaran Keagamaan -Majoriti masyarakat melayu islam mempunyai gelaran bersesuian dengan kedudukan mereka dalam hal keagamaan. Contoh: Tuan Haji/ Hajjah


Ketua keluarga lelaki Contoh: Ayah, Papa, Abi JENIS BAHASA SAPAAN 2.Berdasarkan Kedudukan dalam Keluarga mencerminkan kedudukan seseorang itu dalam susunan kekeluargaan. Ahli lelaki yang tua dalam keluarga Contoh: Abang Ketua keluarga perempuan Contoh: Ibu, Bonda, Mama. Mak Ahli lelaki/perempuan yang muda dalam keluarga Contoh: Adik Ahli Perempuan yang tua dalam keluarga Contoh: Kakak


6.PENGURUSAN AIR MUKA Definisi Pengurusan air muka merupakan penjagaan mimik muka sewaktu berututur dan mendengar demi mengaja perasaan orang lain sekali gus menjaga maruah diri sendiri. mimik muka melambangkan perasaan dalaman seseorang yang diluahkan berdasarkan situasi yang berlaku dengan menunjukkan air muka sama ada gembira, sedih, keliru atau marah. Contoh air muka


3. KESANTUNAN BERBAHASA DALAM SISTEM BAHASA BINAAN KATA BINAAN AYAT SEBUTAN DAN INTONASI EJAAN DAN TANDA BACA Fonologi Semantik sintaksis Morfologi


Pengimbuhan Penggandaan Pemajmukan 1.Binaan Kata Binaan kata tegolong dalam kalangan morfologi yang mengkaji struktur, bentuk dan penggolongan kata. Binaan kata terbahagi kepada tiga jenis:


Jenis Binaan Kata Imbuhan Awalan Diletakkan pada bahagian depan kata dasar. Contoh imbuhan: me-, ber-, diContoh perkataan: membaca (baca) Diletakkan di antara undur-unsur kata dasar. Contoh imbuhan: -el,-em,-er Contoh perkataan: jemari (jari) Imbuhan Sisipan Imbuhan Akhiran Diletakkan pada bahagian belakang kata dasar. Contoh imbuhan: -kan, -an, -i Contoh perkataan: makanan (makan) Imbuhan Apitan Diletakkan serentak pada awalan dan akhiran kata dasar. Contoh imbuhan: ke-an, per-an Contoh perkataan: permainan (main) 1.Pengimbuhan Proses merangkaikan imbuhan kepada kada dasar untuk menerbitkan perkataan yang berlainan makna serta fungsi nahunya. Beriktut merupakan jenis-jenis pengimbuhan.


Jenis Binaan Kata 1.Penggandaan Kata ganda dihasilkan dengan proses mengulang atau menggandakan kata dasar. Beriktut merupakan jenis-jenis penggandaan. Kata dasar yang diulang dengan perkataan yang sama dan mempunyai tanda '-'' Contoh perkataan: Murid-murid Kata Ganda Penuh Kata yang mengalami pengulangan suku kata pertama pada kata asalnya dan menyingkirikan perkataan di hadapan serta gantikan vokel dengan huruf e. Contoh perkataan: Lelayang Kata Ganda Separa Kata dasar yang diulang dengan mengalami penyesuian bunyi atau rima yang hampir sama dihujung pangkal. Contoh perkataan: Kata dasar yang cerai-berai menerima imbuhan sama ada awalan, apitan, sisipan atau akhiran. Contoh perkataan: tumbuh-tumbuhan Kata Ganda Berirama Kata Ganda Berimbuhan


Jenis Binaan Kata 1.Pemajmukan Proses yang merangkaikan dua kata dasar atau lenih dan membawa maksud yang khusus. Kata Majmuk Bebas Contoh: bakul sampah Kata Majmuk yang telah mantap Contoh: antarabangsa Kata Majmuk istilah khusus Contoh: reka bentuk Kata Majmuk Kiasan Contoh: Jenis-jenis ringan tulang kata majmuk


Ayat Tunggal Ayat Majmuk 2.Binaan Ayat Binaan ayat tegolong dalam kalangan sintaksis yang mengkaji tentang pembinaan ayat dan gabungan perkataan. Binaan ayat terbahagi kepada dua jenis:


Jenis Binaan Ayat 1.Ayat Tunggal -Terdiri daripada satu subjek dan satu prediket. -Dikenali sebagai ayat mudah. Contoh ayat tunggal: Adik Prediket makan nasi Subjek


Formula Ayat Majmuk: Ayat tunggal + Kata hubung + Ayat tunggal = Ayat Majmuk Ayat tunggal 1: Adik suka sawi . Ayat tunggal 2: Adik tidak suka tomato. Kata hubung: tetapi Ayat majmuk: Adik suka sawi tetapi tidak suka tomato. Jenis Binaan Ayat 2.Ayat Majmuk -Ayat majmuk ialah ayat yang mengandungi dua atau lebih ayat tunggal dan disambungkan dengan kata hubung. contohnya: seperti, dan, atau, kecuali, sambil, lalu, supaya dan lain-lain. Contoh situasi ayat majmuk:


contoh: bercakap dengan ibu bapa dalam intonasi yang rendah. 3.Sebutan dan Intonasi Sebutan dan intonasi tergolong dalam kalangan fonologi. a)Sebutan bermaksud sesuatu ujaran yang disebut melalui sistem pernafasan dan lidah. b)Intonasi pula bermaksud turun naik nada suara apabila kita bertutur. Kepentingan Sebutan: sebutan perlulah jelas dan tepat ketika bertutur supaya mesej dapat disampaikan dengan baik. dapat mengelakkan berlaku salah faham. Kepentingan Intonasi: Nada suara mencerminkan maksud isi peraturan dan emosi semasa bertutur. setiap ayat yang diujarkan dengan intonasi berbeza menyebabkan pendengar mentafsirnya lain sedangkan niat kita berbeza.


Kepentingan Ejaan perkataan yang dieja dapat ditulis dengan betul dan pembaca dapat memahami mesej yang disampaikan dengan tepat. Kepentingan Tanda Baca penggunaan tanda baca yang tidak betul boleh mengelirukan pembaca. penyampaian teks dapat disampaikan dengan tepat. Contoh tanda baca : !, ? 4.EJAAN & TANDA BACA Ejaan merupakam kaedah atau cara menulis perkataan dengan huruf Tanda baca pula merupakan simbol yang bertindak untuk menunjukkan sturktur serta penyusunan penulisan.


4.ISU KESANTUNAN BERBAHASA Isu Bahasa Isu Budaya Isu Sosial Cara Menangani Isu Kesantunan Berbahasa -Peranan ibu bapa -Peranan Institusi Pendidikan -Peranan kerajaan -Peranan Media Massa


Isu penggunaan bahasa yang kesat atau kurang sopan Contoh: gemuk, lembab, gila dan bodoh. Kesannya, pendengar akan kurang selesa dan tersinggung dengan perkataan itu. Isu menyentuh sensitiviti kaum lain. Contoh: Membandingkan keistimewaan agama dan udaya kaum serta menghina. Kesannya, pemberontakkan antara kaum akan beraku. Isu Pengaruh media sosial yang berleluasa. Contoh: penggunaan bahasa singkatan ketika berkomunikasi dalam media soaial. Kesannya, bahasa melayu baku dan kesantunan berbahasa akan pupus. Budaya 1.Isu Kesantunan Berbahasa Bahasa Sosial


Menjadi suri teladan kepada anak anak sejak daripada mereka kecil lagi dengan menggunakan kesantunan bahasa yang baik dan tidak menggunakan kata-kata kesat di hadapan mereka sekali gus dapat membina jati diri anak-anak yang cemerlang Pihak sekolah khususnya boleh melakukan aktiviti bimbingan dan kaunseling untuk memberi didikan tentang kesantunan bahasa yang sopan kepada pelajar sekali gus mengamalkannya dalam kehidupan mereka Mengadakan kempen kesedaran tentang penggunaan bahasa melayu yang betul agar dapat menyedarkan masyarakat bahawa pentingnya untuk memartabatkan bahasa melayu kita. Cara untuk Menangani Isu Kesantunan Berbahasa Televisyen dan aplikasi media sosial yang boleh memaparkan aktiviti atau siaran yang menyiarkan tentang kesantunan berbahasa yan baik Peranan Ibu Bapa Peranan Institusi Pendidikan Peranan Kerajaan Peranan Media Massa


Natijahnya, kesantunan berbahasa merupakan aspek yang penting dan perlu diterapkan dalam kehidupan seharian kita. Bukan itu sahaja, kesantunan berbahasa melambangkan sikap peribadi seseorang ketika berutur serta melambangkan maruah diri. Penggunaan bahasa yang sopan juga boleh menjadi suri teladan kepada orang lain malahan dipandang tinggi dan dihormati oleh masyarakat. Oleh itu, kita sepatutnya warganegara Malaysia haruslah menggunakan bahasa yang santun agar bahasa kita dapat dimartabatkan ke peringkat global. 5.KESIMPULAN


6.RUJUKAN Ika Suzainn Let., & Rohaidah Kamarudin. (2019). Penterjemahan unsur budaya dalam bahasa kiasan daripada lagu bahasa Inggeris ke bahasa Melayu. Jurnal Kesidang, 3(1), 1-8. Imroatun Naimah. (2020). Kesantunan Berbahasa Berdasarkan Teori Leech dalam Tuturan Pemuda di Desa Tambak Kecamatan Ombe Kabupaten Sampang (Doctoral dissertation, Institut Agama Islam Negeri Madura). Wan Siti Fatimatul Akmal., & Suhaila Zailani. (2019). Strategi dan panduan kesantunan bahasa menurut perspektif Islam. Islamiyyat, 41(1), 117-124.


SEKIAN TERIMA KASIH


Click to View FlipBook Version