The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

pdf_20231006_052453_0000

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by Lutfi Hazeem, 2023-10-05 17:25:43

PAKAIAN TERPAKAI

pdf_20231006_052453_0000

PAKAIAN TERPAKai TEMA 3 : KERJAYA MINITI JAYA lutfi hazeem


apakah itu pakaian terpakai ? Sebelum bercerita dengan lebih lanjut, kita mestilah mengetahui apakah itu pakaian terpakai? Pakaian terpakai boleh ditakrifkan sebagai pakaian yang pernah digunakan dan dijual semula sebagai barangan terpakai. Harganya kebiasaannya lebih murah berbanding harga asal dan keadaan fizikal pakaian bergantung kepada penggunaan sebelum ini. Harga pakaian tersebut juga bergantung kepada kondisi pakaian kerana ada rupa, ada harga. Walaupun pakaian terpakai tidaklah kelihatan serba baharu sehingga membuat seseorang individu rambang mata, ia tetap menjadi pilihan sebahagian masyarakat kerana mempunyai maslahat-maslahat lain.


perniagaan pakaian terpakai Merenung sejenak memikirkan rasionalnya, perniagaan pakaian terpakai kini semakin berkembang pesat bagai cendawan tumbuh selepas hujan. Ini dapat direalisasikan kerana pada waktu ini, terdapat banyak anak-anak muda yang giat menceburi bidang perniagaan dan perusahaan. Bidang perniagaan dan perusahaan dilihat sebagai bidang yang mudah diceburi dan sesuai dengan jiwa anak muda yang lebih gemar meluangkan masa bermain peranti-peranti elektronik seperti komputer riba, telefon pintar dan juga tablet. Oleh itu, antara barangan yang menjadi pilihan usahawan-usahawan muda pada waktu ini ialah menjual pakaian terpakai. Menurut Kamus Dewan Pelajar Edisi Kedua, pakaian membawa makna apa-apa sahaja yang dipakai di badan seperti baju dan seluar. Penjualan pakaian terpakai seperti baju, seluar dan aksesori lain seperti topi dan kasut terpakai mendapat sambutan hangat di pasaran. Persoalannya, apakah faktor pakaian terpakai menjadi pilihan ramai sehingga mampu menjana pendapatan.


perniagaan pakaian terpakai Sebagai cetusan minda yang pertama, faktor yang menyebabkan pakaian ini menarik perhatian umum ialah kerana ia mempunyai corak dan gaya yang menarik. Hal ini dikatakan kerana kebanyakan pakaian terpakai ini diambil dari luar negara seperti Korea Selatan, Jepun dan juga Amerika syarikat. Corak dan gaya yang ada pada pakaian terpakai ini tidak sama dengan corak yang ada pada pakaian-pakaian tempatan. Hal ini bukan menunjukkan bahawa pakaian-pakaian tempatan tidak menarik tetapi kebanyakan pakaian tempatan mempunyai gaya yang sama dan membuatkan pelanggan bosan dan jemu melihat corak dan warna yang seakan-akan sama. Sudah terang lagi bersuluh bahawa pakaian terpakai membolehkan para pelanggan mengubah angin dan menukar penampilan mereka dengan mengenakan pakaian yang mempunyai corak-corak yang menarik.


perniagaan pakaian terpakai Memetik wasitah nirmala seterusnya, faktor yang menyebabkan barangan ini selalu mendapat perhatian ialah kerana harganya yang murah dan mampu milik. Ini sangat sesuai untuk golongan yang kurang berkemampuan dan hanya memerlukan pakaian untuk tujuan berkebun atau bekerja di tempat-tempat yang akan menyebabkan pakaian itu kotor dan rosak. Sebagai tamsilan, pekerja-pekerja pendatang asing yang datang ke Malaysia untuk melakukan kerja-kerja buruh, sudah semestinya mereka akan menjadikan pakaian terpakai ini pilihan primer kerana mereka tahu bahawa kerja mereka memerlukan pakaian yang lasak dan di samping mempunyai harga yang murah. Bulan sudah terang, bayang kian jelas bahawa harga mampu milk pakaian terpakai menjadi kriteria yang diburu orang ramai.


Sebagai penutup tirai diskusi, penjualan pakaian terpakai adalah satu industri baharu yang baru sahaja mempunyai nama dalam bidang perniagaan di Malaysia. Ini menjadi pelantar kepada usahawan-usahawan muda yang baru berjinak-jinak dalam bidang perniagaan. Tangan ditadah hajat diminta agar bidang ini terus berkembang pesat dan bukan sekadar hangat hangat tahi ayam. Oleh itu, marilah kita memberikan sepenuh sokongan terhadap peniaga pakaian terpakai supaya mereka lebih semangat untuk mencari sumber pendapatan yang tidak putus putus seperti telaga air zam zam. perniagaan pakaian terpakai


Click to View FlipBook Version