SHARVIN A/L RAMESH MUHAMMAD AIMAN HAKIM SHAARI MUHAMMAD NUR SYAUQI AKMAL
ETIKA DAN PERADABAN SEKOLAH WAWASAN
SEBAGAI PEMANGKIN
MUHAMMAD ZIEQRUL AIMAN INTEGRASI NASIONAL
MUHAMMAD HAZIQ WAGEH NUR AISYAHTUL HUSNA ASRANI
ISI KANDUNGAN
PENGENALAN KONSEP PENGENALAN SEKOLAH
WAWASAN
TUJUAN & SEBALIK KEBAIKAN
MATLAMAT TABIR PENUBUHAN
KEBURUKAN LANGKAH JENIS PENUTUP
MENJAYAKAN PENDIDIKAN
5/19/2022
INTEGRASI 2
KAUM
KONSEP 3
• Konsep Sekolah Wawasan ialah
usaha melahirkan anak bangsa
Malaysia yang lebih bersifat cintakan
negara dengan menyatukan sekolah
dalam satu sistem pendidikan yang
seragam yang dahulunya terasing
antara satu sama lain untuk
mewujudkan satu pertembungan
etnik dalam satu ruang yang sama.
Ini bermaksud penggabungan
sekolah berkenaan sudah pasti akan
menemukan pelajar kepada satu
andaian baru dalam hidup mereka
5/19/2022
PENGENALAN
• Peristiwa berdarah 13 Mei 1969 merupakan titik hitam dalam sejarah negara. 4
Walaupun kejadian itu sudah lama berlalu, tidak mustahil ia berulang kembali jika
gagal memanfaatkan masa dan zaman yang sedang diharungi. Ketika itu Malaysia
mengalami kekacauan yang sungguh mengaibkan. Lantaran peristiwa itu, pemimpin
negara diketuk minda mereka untuk memulihkan semula hubungan antara kaum di
negara ini. Kesinambungan usaha itu berlanjutan sehinggalah ke dekad baru ini.
Cadangan Perdana Menteri, Dato’ Seri Dr. Mahathir Mohamad, untuk membentuk
sistem persekolahan yang lebih bersifat kolektif dan berciri keharmonian kaum
dianggap langkah bijak
5/18/2022
OBJEKTIF 5
• Objektif utama pengujudan sekolah wawasan ialah untuk melahirkan anak bangsa
Malaysia yang lebih bersifat cintakan negara. Sekolah wawasan yang dicernakan oleh
Perdana Menteri mampu menjadikan pemangkin dalam merealisasikan impian wawasan
2020. Sekolah Wawasan ialah sekolah yang dahulunya terasing antara satu sama lain
kini disatukan dalam satu sistem pendidikan yang seragam. Apabila anak Melayu, Cina,
India dan kaum lain dapat berinteraksi sejak peringkat awal persekolahan sudah tentu
akan lahir satu generasi Malaysia yang bersifat pelbagai budaya. Pada masa ini, orang
Melayu mampu menguasai budaya bangsa lain. Begitu juga kaum lain, sudah tentu sifat
kekitaan yang pernah berlaku pada 13 Mei 1969 tidak akan lahir lagi dalam diri rakyat
Malaysia.
5/18/2022
SEKOLAH WAWASAN
• Hari ini masih lagi wujud sekolah bersifat perkauman. Masih ada sekolah yang dikhaskan 6
untuk kaum Melayu, Cina dan India
• Ilham yang telah dicernakan oleh Perdana Menteri iaitu pengujudan Sekolah Wawasan mampu
menjadi titian untuk mencapai matlamat penyatuan etnik yang terdapat di Malaysia untuk
mencintai negara sepenuhnya. Untuk menuju ke matlamat itu, Malaysia perlu bersedia
menyediakan elemen manusia yang jauh daripada virus perosak. Bukan mudah bagi negara
memastikan ia sentiasa berada dalam kawalan. Pembentukan sistem persekolahan
sedemikian adalah variabel kepada pemusatan etnik berjiwa Malaysia. Ini kerana dalam sistem
itu bukan sahaja bangsa Melayu yang akan bersekolah berkenaan tetapi akan turut terhimpun
pelbagai ras dan agama. Lantaran daripada pertemuan itu, satu wadah pendidikan akan
mewujudkan pertembungan budaya dan bangsa.
5/18/2022
CONTINUE
• Mekanisme pemusatan etnik perlu sejajar, baik dari segi kurikulum dan kokurikulum. Sekolah
Wawasan yang telah diluluskan oleh kabinet pada tahun 1997 memerlukan satu sistem pendidikan
yang jitu. Penyediaan keperluan pendidikan perlu selaras dengan hasrat dan matlamat penubuhan
sekolah berkenaan.
• Konsep Sekolah Wawasan ialah usaha melahirkan anak bangsa Malaysia yang lebih bersifat
cintakan negara dengan menyatukan sekolah dalam satu sistem pendidikan yang seragam yang
dahulunya terasing antara satu sama lain untuk mewujudkan satu pertembungan etnik dalam satu
ruang yang sama. Ini bermaksud penggabungan sekolah berkenaan sudah pasti akan menemukan
pelajar kepada satu andaian baru dalam hidup mereka
5/18/2022 7
TUJUAN & MATLAMAT SEKOLAH 8
WAWASAN
• Untuk mewujudkan perpaduan di kalangan murid-murid yang
berbagai-bagai bangsa dan latar belakang
• Untuk memupuk semangat integrasi antara pelajar dari
pelbagai aliran
• Untuk melahirkan generasi yang mempunyai sifat
toleransi dan persefahaman yang tinggi demi
mewujudkan sebuah negara yang bersatu padu
• Untuk menggalakkan interaksi yang maksimum antara
semua warga sekolah melalui perkongsian kemudahan
sekolah dan pelaksanaan aktiviti-aktiviti lain di sekolah
5/18/2022
SEBALIK TABIR SEKOLAH WAWASAN
• Peristiwa berdarah 13 Mei 1969 merupakan titik hitam 9
dalam sejarah negara. Walaupun kejadian itu sudah lama
berlaku, tidak mustahil ia berulang kembali jika kita gagal
memanfaatkan masa dan zaman yang sedang diharungi
• Negara kita mengalami kekacauan yang sungguh
mengaibkan. Lantaran peristiwa itu, pemimpin negara
diketuk minda mereka untuk memulihkan semula
hubungan antara kaum di negara ini
• Cadangan Perdana Menteri, Dato’ Seri Dr. Mahathir
Mohamad, untuk membentuk sistem persekolahan yang
lebih bersifat kolektif dan berciri keharmonian kaum
dianggap langkah bijak
5/18/2022
KEBAIKAN PENUBUHAN
SEKOLAH WAWASAN
• Peluang kepada para pentadbir, guru-guru dan • Peluang untuk menjalankan aktiviti-aktiviti
kakitangan sokongan dari setiap sekolah untuk kokurikulum yang integrasi dan interaksi dengan
berinteraksi dengan lebih kerap, berkongsi dan bertukar- matlamat memantapkan semangat dan amalan
tukar pendapat, pengalaman dan cadangan demi
kemajuan sekolah masing-masing muhibah dan perpaduan di kalangan murid-murid.
• Kesempatan kepada warga setiap sekolah • Mewujudkan persaingan yang sihat dari aspek
membudayakan sikap bertolak ansur, bertimbang rasa, akademik
tolong-menolong dan hormat menghormati dalam situasi
sebenarnya • Memantapkan penggunaan Bahasa Melayu sebagai
• Kesempatan mengkonkritkan semangat permuafakatan Bahasa komunikasi
melalui pembinaan projek-projek guna sama.
• Mewujudkan perkongsian kemahiran pengajaran dan 10
kemudahan peralatan pengajaran dan pembelajaran
5/19/2022
KEBURUKAN PENUBUHAN 11
SEKOLAH WAWASAN
• Konsep Sekolah Wawasan merupakan suatu kaedah yang terbaik bagi merealisasikan integrasi nasional dan
menghapuskan jurang yang wujud di antara pelbagai kaum di negara ini namun di dalam kebaikan terdapat juga
keburukannya. Sehingga hari ini, sistem pendidikan Malaysia tidak pernah lekang daripada kemelut dalaman yang lahir
daripada ketidakupayaan murid dan institusi pendidikan itu sendiri. Memetik katakata Setiausaha Parlimen
Kementerian Pendidikan Malaysia, Dato’ Mahadzir Mohd Khir, istilah “gangsterisme” tidak terlalu sinonim dengan
suasana pendidikan negara ini. Pengawasan yang lebih menyeluruh dengan bilangan pelajar yang lebih ramai perlulah
difikirkan dan perancangan serta pentadbiran yang lebih teliti. Pengumpulan pelajar secara pemusatan akan
menemukan kepelbagaian dalam budaya, agama, ras, sosial dan ekonomi setiap ahli sekolah berkenaan. Sekiranya
faktor ini tidak disambangi dengan betul, wujud kecenderungan pelajar melakukan sesuatu di luar jangkaan. Dengan
jumlah pelajar yang ramai, mampu guru dan sekolah menghadapi tekanan bagi memenuhi peranan mereka?
Sungguhpun sekolah sedia ada masih terasing antara satu dengan lain, institusi sekolah gagal mengawal keruntuhan
disiplin pelajar mereka. Pendidik pula perlu menyiapkan diri mereka dari segi mental dan kerohanian. Jika pendidik
tidak mempunyai ketahanan kendiri yang kuat, konsep Sekolah Wawasan akan dianggap kabur dan gagal untuk
melahirkan individu yang diingini oleh negara
5/19/2022
• Apabila Kementerian Pendidikan Malaysia mengumumkan untuk memperkenalkan Sekolah
Wawasan, timbul pelbagai reaksi daripada pelbagai pihak, baik individu, NGO, mahupun parti-parti
politik. Masyarakat Cina terutamanya, begitu gusar dan bimbang dengan konsep Sekolah Wawasan
akan menguburkan identiti Sekolah Rendah Jenis Kebangsaan yang didukung selama ini. Mereka
juga khuatir kewujudan sekolah tersebut akan menjejaskan pentadbiran SRJK Cina dan
penggunaan bahasa ibunda di kalangan pelajar daripada aliran berkenaan
5/19/2022 12
• Pembentukan sistem persekolahan sedemikian 13
adalah veribal kepada pemusatan etnik berjiwa
Malaysia
• satu wadah pendidikan akan mewujudkan
pertembungan budaya dan bangsa. Menurut
konsep yang diluluskan itu, sekolah Wawasan
merujuk kepada pengelompokan Sekolah
Kebangsaan (SK), Sekolah rendah jenis
Kebangsaan (SRJK) Cina dan Tamil dalam satu
kawasan yang sama.
5/18/2022
LANGKAH
MENJAYAKAN
INTEGRASI KAUM
• Konsep Sekolah Wawasan yang diluluskan oleh 14
kabinet pada tahun 1997 adalah
menggabungkan tiga sekolah berlainan aliran
dalam satu kompleks yang mana pelajarnya
berkongsi menggunakan kemudahan seperti
padang dan kantin bagi membolehkan mereka
berinteraksi serta berkomunikasi di antara satu
sama lain. Matlamat Sekolah Wawasan ini
adalah untuk memperkukuhkan hubungan dan
perpaduan pelbagai kaum di kalangan para
pelajar aliran Sekolah Rendah Kebangsaan
dengan Sekolah Rendah Jenis Kebangsaan
(SRJK) Cina dan Tamil.
5/19/2022
• pelaksanaan konsep Sekolah 15
Wawasan ini telah ditentang oleh
pertubuhan yang mewakili
masyarakat Cina kerana bimbang
sekiranya kewujudan sekolah
tersebut akan menjejaskan
pentadbiran SRJK Cina dan
penggunaan bahasa ibunda di
kalangan pelajar daripada aliran
berkenaan. Secara tidak langsung
hal ini akan mengganggu,
membantut dan menjejaskan
perkembangan serta kewujudan
SRJK
5/19/2022
• sebuah badan bertindak yang dikatakan mendapat 16
sokongan lebih dua ribu buah pertubuhan Cina iaitu
rayuan Pilihan Raya Persatuan-Persatuan Cina Malaysia
(Suqiu) telah membuat desakan kepada pihak kerajaan
pada 20 Disember 2000 supaya membatalkan rancangan
Sekolah Wawasan di dalam Tuntutan 17 perkaranya.
Malahan, persatuan ini juga telah menuntut banyak lagi
perkara yang berbaur perkauman. Manakala parti MCA
dan Gerakan pula meminta supaya pihak Kementerian
Pendidikan memberikan penjelasan kepada masyarakat
Cina berhubung kekeliruan dan kebimbangan yang timbul
mengenai perlaksanaan konsep Sekolah Wawasan
5/19/2022
• Kebimbangan yang disuarakan oleh 17
masyarakat Cina bahawa SRJK akan
terhapus dan hilang segala ciri-ciri serta
identitinya sebenarnya tidak berasas
kerana setiap aliran yang bergabung di
dalam Sekolah Wawasan ini masih lagi
mengekalkan sistem pembelajaran serta
kurikulum sedia ada. Dengan kata lain
SRJK Cina, Tamil, dan Kebangsaan akan
terus berada di dalam keadaannya yang
asal. Jadi, penempatan penempatan
ketiga-tiga aliran ini di dalam satu
kawasan yang sama tidak boleh
ditafsirkan sebagai suatu usaha untuk
menghapuskan SRJK
5/19/2022
• Ketegangan hubungan kaum dan masalah yang 18
berkaitan dengan etnik di negara kita sebenarnya
berpunca daripada sikap prejudis serta perasaan
curiga lantaran kurangnya interaksi dan hubungan
yang terjalin di antara mereka. Sebarang usaha ke
arah integrasi nasional dan perpaduan kaum tidak
boleh dilihat sebagai percubaan untuk membunuh
atau menghapuskan budaya, bangsa, dan identiti
sesuatu kaum. Dalam hal ini semua pihak harus
meletakkan kepentingan nasional dan negara pada
kedudukan yang paling utama daripada
kepentingan peribadi atau kaum masing-masing. Ini
dapat dilakukan dengan memberikan sokongan dan
dukungan kepada usaha-usaha yang dapat
memupuk dan mengukuhkan hubungan kaum yang
terdapat di negara kita.
5/19/2022
• Apa yang lebih penting di sini, penempatan ketiga-tiga 19
aliran sekolah ini dapat dijadikan landasan terbaik
untuk mewujudkan integrasi kaum pada peringkat
primer lagi. Bak kata pepatah , kalau hendak melentur
buluh biarlah dari rebungnya. Begitu juga dengan
integrasi kaum dan asimilasi budaya hanya dapat
dicapai seandainya usaha memupuk hubungan serta
perpaduan kaum itu dimulakan di kalangan pelajar-
pelajar sekolah rendah dengan membiarkan mereka
bergaul, berinteraksi dan bermain bersama-sama.
5/19/2022
JENIS PENDIDIKAN
• Pendidikan Prasekolah 20
• Pendidikan Rendah
• Pendidikan Menengah
• Pendidikan Pra-Universiti
• Pengajian Tinggi
5/19/2022
PENUTUP • Aspek perpaduan kaum perlu diberi perhatian serius 21
dan penekanan yang menyeluruh oleh semua pihak.
5/19/2022 Generasi awal terutamanya para pelajar sekolah rendah
perlu didedahkan betapa pentingnya perpaduan dalam
masyarakat Malaysia yang besifat majmuk ini. Mahu
tidak mahu, perkara ini turut melibatkan sistem
pendidikan negara kerana melalui pendidikanlah,
generasi pelajar dapat membentuk dan mencorakkan
masyarakat Malaysia pada masa hadapan. Ianya
selaras dengan pepatah Melayu iaitu “ melentur buluh
biarlah dari rebungnya”. Mereka ini perlu dan
semestinya didedahkan bahawa perpaduan kaum
begitu bermakna dan akibat buruk yang akan timbul
daripada sikap curiga-mencurigai di antara mereka.
Disamping perlaksanaan slogan “1 Malaysia”, sekiranya
kita mahu memupuk perpaduan dengan lebih berkesan
dan cepat, sistem pendidikan juga mesti menggunakan
satu aliran berbanding pelbagai aliran ketika ini