The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by Song Yi Xuan, 2021-09-10 10:21:21

PSV KRITIKAN SENI-1

PSV KRITIKAN SENI-1

SMJK SIN MIN,SG.PETANI

KRITIKAN SENI

NAMA AHLI KUMPULAN:
- SONG YI XUAN
- OOI HUI XUAN
- LIM QIAN FEI
- KOH ZHI KUAN 
- LOH XIN YUAN
- QUANSON LOK

GURU SENI TA10: PN. NOR'AIDA BT AHMAD

DEFINISI

TAJUK

Tajuk ialah judul dan fokus sesuatu karya untuk menggambarkan mesej yang ingin
disampaikan.

MESEJ

Mesej ialah makna atau maksud tersurat dan tersirat yang terkandung dalam
sesebuah karya seni.

MOTIF
-hal benda yang diaplikasikan oleh pelukis, pereka atau pandai kraf dalam
penghasilan seni. Motif juga pada umumnya, bermaksud sebab atau tujuan
penghasilan seni.

IDEA
-buah fikiran yang tercetus hasil rangsangan seperti pemerhatian, pengalaman,
perkembangan semasa dunia seni dan perbincangan.

KONSEP
-idea yang terbentuk hasil gabungan pelbagai nilai yang dihayati daripada alam
sekeliling.

PELUKIS TEMPATAN: Amron Omar
TAJUK: Pertarungan
TAHUN: 1989
MEDIA: Cat minyak atas kanvas
Aliran : Impresionisme

TAJUK: Pertarungan
MESEJ: warisan seni persilatan yang diwarisi turun temurun yang perlu dipamerkan
supaya tidak pupus
HAL BENDA: objek paling hadapan iaitu objek lelaki memakai kain pelikat. Pergerakan
pula dapat dilihat pada figura lelaki tersebut yang bergerak seolah-olah sedang bertarung.
Karya ini dilihat seperti berkarya sambil menonton pertarungan. teknik pencahayaan ini
kelihatan terdapat pada pantulan dan pada bentuk-bentuk otot lelaki tersebut agar dapat
dihasilkan bentuk yang hidup.
IDEA: pelukis amron omar memperolehi idea dari pemerhatian aktiviti masyarakat
kampung di waktu itu.
KONSEP: amron omar menggunakan konsep pemerhatian dan teknik konvensional tradisi
iaitu penggunaan sapuan berus cat minyak di atas kain kanvas.

PELUKIS TEMPATAN: Abdul latiff mohidin
TAJUK: twilight imago
TAHUN: 1998
MEDIA: Cat minyak atas canvas
Aliran : abstrak ekspresionisme

Dalam karyanya yang berjudul Twilight Imago ,pengkritik seni dapat
mengesan objek-objek yang dipaparkan adalah bersifat lambing atau
ikon.Bentuk-bentuk geometric dan organic telah mendominasikan
keseluruhan catan itu. Imej-imej yang dilukis itu cukup mantap dan
bertenaga.Begitu juga dari segi pengolahan warna. Latiff Mohidin begitu
mengguna warna -warna bumi seperti coklat ,coklat muda dan hitam muda.
Ini memberikan kesan yang klasik terhadap penglihatan kita.penggunaan
warna yang tepat dan bersesuaian dengan imej atau objek dapat memberikan
kesan yang menarik.

PELUKIS TEMPATAN: Abdullah ariff
TAJUK: mata air di bukit batu penanda
ke-12
TAHUN: 1994
MEDIA: cat air
Aliran : Impresionisme

Dalam karya di atas, Abdullah Ariff menghasilkan lukisan ini dengan
kespontanan yang terkawal.Sapuan berus yang bersahaja dengan menggunakan
dakwat telah menjadikan lukisan menarik. Penggunaan warna panas dengan
keadaan latar belakangnya warna kuning cerah menunjukkan suasana seperti
di waktu senja.Kelihatan tiga orang budak lelaki yang sedang seronok
bermandi-manda di tempat itu.Ini menunjukkan bahwa keadaan tersebut
permainan kanak-kanak yang biasa adalah mandi sungai.Perspektifnya yang
ringkas juga dapat menunjukkan keseluruhan lukisan seimbang.

PELUKIS TEMPATAN: syed ahmad
jamal
TAJUK: umpan
TAHUN: 1959
MEDIA: Cat minyak
Aliran : abstrak

Dalam karya ini beliau telah memberikan satu tafsiran abstrak dan
mengarah pada satu pendekatan yang metaforik serta dipenuhi rasa
kegelisahan dan kesegaran yang memang tipikal. Dalam catan ini, syed
ahmad jamal berjaya mengolah imej yang asal kepada abstrak. Di
samping itu, pelukis melukis dengan gaya ekspresionis yang
menunjukkan kesan calitan warna dan berus yang bersahaja.
Kespontanan sapuan berus syed ahmad jamal terserlah melalui
jalinan-jalinan daripada unsur-unsur seni khat. Manakala,
bentuk-bentuk organik yang kelihatan berputar-putar memberikan
satu kesan pergerakan pada lukisan. Pelukis menggambarkannya
sebagai suatu suasana misteri melalui bentuk organik dan penggunaan
warna.

Saya dapat Saya dapat Saya dapat
mengetahui membantu mengeratkan
pengetahuan kawan-kawan
yang banyak hubungan
saya silaturahim
QUANSON LOK dengan kawan
OOI HUI XUAN
Saya dapat SONG YI XUAN
mengetahui tentang Saya dapat
kepentingan membuat mempelajari Saya dapat
memahami pentingnya
tugasan ini ilmu yang
bersama-sama kawan baharu. kerja berpasukan
dan pertukaran
LIM QIAN FEI LOH XIN YUAN
pendapat

KOH ZHI KUAN


Click to View FlipBook Version