Lev VygotskyPaloMTeori Pembelajaran & Aplikasi dalam PdP
ISI KANDUNGAN 1. BIODATA 2. SUMBANGAN 3. KONSEP ZPD 4. IMPLIKASI ZPD DALAM BILIK DARJAH 5. KONSEP SCAFFOLDING 6.TAHAP PERKEMBANGAN MURID 7. KONSEP KONSTRUKTIVISME 8. CIRI-CIRI PEMBELAJARAN 9. APLIKASI DALAM PROSES PDP 10. KESIMPULAN
Teori perkembangan kognitif Lev Vygotsky menekankan peranan interaksi sosial dan budaya dalam pembentukan pemikiran dan fungsi mental individu. Beliau berpendapat bahawa pembelajaran berlaku melalui interaksi dengan individu yang lebih berpengetahuan, seperti guru atau rakan sebaya yang lebih mahir. secara konsepnya, teori ini menekankan kepentingan sokongan dalam membantu kanak-kanak mencapai tahap pemahaman yang lebih tinggi.
Teori pembelajaran Lev Vygotsky menekankan pentingnya peranan sosial dan budaya dalam perkembangan kognitif seseorang. Dua konsep utama dalam teorinya adalah Zon Perkembangan Proksimal (ZPD) dan Scaffolding.
ZPD ialah jarak antara keupayaan seorang kanak-kanak untuk menyelesaikan sesuatu tugas secara sendiri dan keupayaan mereka untuk menyelesaikannya dengan bantuan orang lain. Sebagai contoh, guru atau rakan sebaya yang lebih mahir. Vygotsky berpendapat bahawa pembelajaran yang berkesan berlaku dalam ZPD, di mana murid diberikan cabaran yang sedikit lebih sukar daripada apa yang mereka boleh lakukan sendiri, tetapi masih dapat diselesaikan dengan bimbingan atau kerjasama.
Zon perkembangan proksimal mempunyai beberapa implikasi dalam pengajaran di bilik darjah. Menurut Vygotsky, agar kurikulum sesuai dengan perkembangan, guru harus merancang aktiviti yang bukan sahaja merangkumi apa yang mampu dilakukan oleh kanak-kanak secara sendiri, tetapi juga apa yang dapat mereka pelajari dengan bantuan orang lain. Teori Vygotsky tidak bermaksud bahawa segalagalanya boleh diajarkan kepada kanak-kanak. Hanya pengajaran dan aktiviti yang berada dalam zon perkembangan mereka yang akan berkesan.
Scaffolding merujuk kepada sokongan yang diberikan oleh guru atau orang dewasa lain kepada murid, yang bertujuan untuk membantu mereka menyelesaikan tugas yang berada dalam ZPD mereka. Seiring dengan perkembangan keupayaan murid, sokongan ini boleh dikurangkan secara beransur-ansur sehingga mereka mampu melaksanakan tugas tersebut secara sendiri.
BIMBINGAN yang BERstruktur: Guru memberikan arahan dan bantuan secara berperingkat, bermula dengan penjelasan yang sangat jelas sehingga kepada galakan untuk murid menyelesaikan masalah secara sendiri. Penglibatan rakan sebaya: Pembelajaran kolaboratif, di mana murid yang lebih mahir membantu rakan sebaya mereka, juga boleh menjadi bentuk scaffolding yang berkesan.
Tahap Perkembangan Sebenar Tahap Perkembangan berpotensi Kebolehan menyelesaikan masalah dengan sendiri Menyelesaikan masalah dengan bimbingan
Konsep Vygotsky tentang zon perkembangan proksimal didasarkan pada idea bahawa perkembangan ditentukan oleh apa yang boleh dilakukan oleh seorang kanak-kanak secara sendiri serta apa yang boleh dilakukan oleh kanak-kanak tersebut dengan bantuan orang dewasa atau rakan yang lebih mahir. Pengetahuan tentang kedua-dua tahap zon Vygotsky bermanfaat bagi guru kerana tahap-tahap ini menunjukkan di mana kanakkanak itu berada pada suatu masa tertentu serta ke mana arah perkembangan mereka pada masa hadapan.
Asas teoritikal kurikulum yang diperkenalkan Vygotsky adalah dibangunkan melalui falsafah Constructivism yang membawa maksud 'membina' . Berdasarkan konteks pembelajaran teori konstruktivisme menegaskan bahawa ilmu tidak boleh wujud di luar minda, tetapi dibina dalam minda berdasarkan pengalaman. Teori yang dibangunkan ini adalah gabungan hasil tiga perspektif iaitu: ahli psikologi, ahli falsafah dan ahli penyelidik pendidikan. Maka, Hardy and Taylor (1997) melalui penelitian penyelidikan Van Galserfeld berandaikan kepada tiga prinsip berikut: a) Ilmu pengetahuan dibentuk oleh individu yang mengambil inisiatif sendiri. b) Tujuan membentuk ilmu adalah mengubahsuai diri dalam alam sekitamya. c) Proses pembentukan ilmu merupakan hasil rasionalisasi pengalaman individu.
Berasaskan Pengalaman Penyelesaian Masalah Interaksi Sosial Guru sebagai Fasilitator
1. Berasaskan Pengalaman Pelajar membina pengetahuan melalui pengalaman langsung dan refleksi terhadap pengalaman tersebut. Pembelajaran berlaku apabila pelajar mengaitkan konsep baharu dengan pengetahuan sedia ada. Aktiviti seperti eksperimen, kajian lapangan, dan pembelajaran berasaskan projek digunakan untuk meningkatkan pemahaman. Contohnya, dalam sains, pelajar melakukan eksperimen sendiri untuk memahami konsep seperti daya dan tenaga.
2. Penyelesaian Masalah Pembelajaran berfokus pada kemahiran menyelesaikan masalah sebenar, bukan sekadar menghafal fakta. Pelajar digalakkan untuk berfikir secara kritis dan mencari pelbagai penyelesaian bagi sesuatu isu. Aktiviti seperti kajian kes, simulasi, dan perbincangan kumpulan digunakan untuk melatih kemahiran analitikal. Contohnya, dalam matematik, pelajar diberi masalah dunia nyata dan diminta mencari jalan penyelesaian secara kreatif.
3. Interaksi Sosial Pembelajaran berlaku melalui interaksi dengan rakan sebaya, guru, dan masyarakat. Perbincangan, kerja berkumpulan, dan kolaborasi membantu pelajar membentuk pemahaman yang lebih mendalam. Proses ini membolehkan pelajar berkongsi idea, mempertahankan pendapat, dan belajar daripada perspektif orang lain. Contohnya, dalam pembelajaran bahasa, perbualan dalam kumpulan kecil membantu pelajar meningkatkan kemahiran komunikasi.
4. Guru Sebagai Fasilitator Guru berperanan sebagai pemudah cara yang membimbing pelajar dalam pembelajaran, bukan sekadar pemberi maklumat. Guru mencipta persekitaran yang merangsang pemikiran kritis dan menyediakan bimbingan apabila diperlukan. Pembelajaran lebih bersifat terbuka, dengan guru menggalakkan pelajar meneroka, bertanya, dan membina kefahaman sendiri. Contohnya, dalam kelas sejarah, guru mungkin meminta pelajar menyelidik dan membentangkan pandangan mereka tentang sesuatu peristiwa sejarah.
Guru mesti menyediakan tugasan yang seSUAI dengan ZPD pelajar. Tugasan ini harus berada di antara perkara yang pelajar boleh lakukan sendiri dan perkara yang memerlukan bantuan Guru boleh memberikan bimbingan langsung, memberikan arahan atau soalan yang mengarahkan pelajar mencari penyelesaian mereka sendiri.
Sebagai contoh, jika seorang kanak-kanak masih tidak dapat mengenal pasti bunyi dalam perkataan walaupun selepas berulang kali berbisik, kemungkinan besar kanak-kanak ini tidak akan mendapat manfaat serta-merta daripada arahan dalam kemahiran ini. Amalan terhadap kemahiran yang telah dipelajari sebelum ini serta pengenalan konsep yang terlalu sukar hanya memberi sedikit kesan positif. Guru boleh menggunakan maklumat daripada kedua-duanya untuk menyusun pengajaran yang lebih berkesan.
Teori Lev Vygotsky menekankan pembelajaran sebagai proses sosial melalui interaksi. Konsep utama seperti Zon Perkembangan Proksimal (ZPD) dan scaffolding menunjukkan pentingnya bimbingan guru atau rakan sebaya dalam membantu pelajar mencapai tahap pemahaman lebih tinggi. Bahasa dan komunikasi berperanan penting, serta pembelajaran harus bersifat interaktif dan berasaskan konteks sosial. Pendidikan yang berfokus pada interaksi dan sokongan bertahap membantu pelajar berkembang secara optimum.
JOM MAIN permainan ‼️