The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by MUHAMMAD SYAHMIE SAFWAN BIN MOHD SUKRI IPG-Pelajar, 2024-02-21 21:25:02

MANIFESTASI AKAL BUDI PUISI TRADISIONAL

PB 1

Nama : Muhammad Syahmie Safwan Bin Mohd Sukri Kelas: A2 Nama Pensyarah : Dr Nor Anita Binti Mat Isa Kod Kursus : BMMB1104 Nama Kursus : Kesusasteraan dan Kebudayaan Melayu Tugasan 1 : Penghasilan Produk Pentaksiran Berterusan BMMB1104


Penghargaan Alhamdulillah, bersyukur ke hadrat Ilahi dengan limpahan rahmat serta nikmat masa, nyawa dan tenaga yang dianugerahkan kepada saya untuk menyiapkan tugasan ini dengan jayanya. Pertama sekali, saya ingin mendedikasikan ucapan penghargaan ini kepada pensyarah saya, Dr Nor Anita binti Mat Isa yang telah banyak membantu dalam memberi tunjuk ajar dan penerangan yang lengkap kepada saya sejak dari mula tugasan ini diberikan. Saya juga ingin mengucapkan jutaan terima kasih yang tidak terhingga ini kepada kedua ibu bapa saya yang menjadi pemudah cara kepada saya untuk menyiapkan tugasan ini. Mereka telah memberikan segala kemudahan dan sokongan moral yang saya perlukan supaya saya dapat menyelesaikan tugasan ini seperti rakan-rakan lain. Ucapan penghargaan ini juga saya tujukan kepada rakan-rakan saya yang banyak memberi peringatan terhadap setiap perkara yang saya mungkin terlepas pandang. Akhir sekali, harapan saya agar tugasan ini mampu memberi manfaat kepada diri saya sendiri dan mampu menjadi seorang pendidik yang bertanggungjawab dalam melahirkan modal insan yang seimbang dan cemerlang.


Isi Kandungan Pengenalan Pantun Definisi Jenis Bentuk dan Ciri Fungsi Contoh Syair Gurindam Seloka Kesimpulan Rujukan Definisi Jenis Bentuk dan Ciri Fungsi Contoh Definisi Jenis Bentuk dan Ciri Fungsi Contoh Definisi Jenis Bentuk dan Ciri Fungsi Contoh


Pengenalan Puisi merupakan genre satera palin awal bagi semua bangsa di dunia. Puisi Tradisonal Melayu merupakan puisi rakyat yang telah wujud sejak dahulu kala lagi. Menurut Harun Mat Piah (1989) antara genre dalam puisi ialah pantun, syair, gurindam, seloka, talibun, mantera, adat perbilangan, teka-teki, peribahasa,rubai,masnawi dan sebagainya. Pada zaman dahulu, puisi ini hanya disampaikan dalam bentuk lisan sahaja


Pantun Pantun ialah kaedah rangkapan yang tertua dan memang asal kepunyaan masayarakat Melayu. Harun Mat Piah (1989) mendefinisikan pantun berdasarkan aspek dalaman dan aspek luaran struktur visualnya. Definisi Jenis Terdapat beberapa jenis pantun iaitu pantun pendidikan, pantun perpisahan, pantun nasihat, pantun sindiran dan pantun agama.


Pantun Mempunyai pembayang dan maksud. Setiap baris mempunyai empat perkataan dan jumlah suku kata adalah antara lapan hingga dua belas. Rima atau bunyi akhir yang sejajar bagi pantun dua kerat iaitu ‘a,a’ manakala rima bagi pantun empat kerat ialah ‘a,b,a,b’. Bagi pantun dua kerat,baris pertama adalah pembayang dan baris kedua adalah maksud . Bagi pantun empat kerat, baris satu dan dua adalah pembayang, manakala baris tiga dan empat adalah maksud Bentuk dan Ciri


Pantun Alat untuk mendapat gambaran masyarakat terutamanya sebagai gambaran minda dan pemikiran masyarakat mengenai hidup, harapan dan juga cita-cita masyarakat Melayu. Alat untuk menguji ketajaman minda dan kehalusan perasaan. Contohnya pantun teka-teki, pantun peribahasa dan lain lain. Alat yang digunakan dalam kegiatan seni, keagamaan dan adat istiadat. Fungsi


Contoh Pantun Pantun Nasihat Pohon mengkudu tumbuhnya rapat, Rapat lagi pohon matahari, Kawan seribu mudah dapat Sahabat setia payah dicari. Pantun Pendidikan Pantun Agama Pantun Perpisahan Menantunya pula Lela Sari, Semua melihat jatuh berahi, Selagi agama tidak diingkari, Sebarang perintah wajib dipatuhi. Pucuk pauh selara pauh, Sembilu ledung ledungkan, Adik jauh kekanda jauh, Kalau rindu sama menungkan. Cantik sungguh kebarung biru Sekali terpandang hati tertambat; Hidup di zaman Malaysia baharu, Bahasa Melayu kekal dimartabat.


ManifestasiAkal Budi Masyarakat Melayu ‘Pantun ’ ManifestasiAkal Budi Masyarakat Melayu ‘Pantun ’ Gaya Bahasa Asonansi : Pohon mengkudu tumbuhnya rapat (pengulangan huruf u) Nilai dan Pengajaran Pohon mengkudu tumbuhnya rapat, Rapat lagi pohon matahari, Kawan seribu mudah dapat Sahabat setia payah dicari. Kita perlu menghargai sahabat yang sentiasa di masa susah dan senang kerana kawan mudah untuk dapat tetapi bukan seorang sahabat.


Syair Definisi Jenis Terdapat beberapa jenis syair iaitu syair nasihat,syair agama syair pendidikan, syair kiasan, syair alam sekitar dan sebagainya. Syair dikatakan berasal daripada puisi Arab iaitu ‘sy’ir’ tetapi bentuk syair Melayu berbeza dengan bentuk syair dalam kesusasteraan Arab (Mohd Yusuf Md.Nor 1985).


Syair Mengandungi empat baris serangkap Puisinya terikat Terdapat suatu hentian di setiap baris Setiap baris mengandungi 4 hingga 5 patah perkataan Bilangan suku kata 8 hingga 12 bagi setiap baris Rima akhir bagi syair ialah ‘a,a,a,a’. Bentuk dan Ciri


Syair Fungsi Sebagai hiburan yang bersesuaian dengan sifatnya. Syair sering dilagukan dalam majlismajlis tertentu . Alat menyampaikan pengajaran dan cerita yang menyentuh aspek keagamaan.


Contoh Syair Syair Agama Syair Pendidikan Syair Kiasan Syair Alam Sekitar Perteguh jua alat perahumu, Hasilkan bekal air dan kayu, Dayung perahu taruh disitu, Supaya laju perahumu itu. Dengarlah para anak muda, Rajinlah belajar sepanjang masa, Ilmu itu tak akan habis dieja, Untuk bekal sepanjang usia. Flora dan fauna ciptaan tuhan, Tumbuh meliar menghiasi taman, Kalau kita mahukan keamanan, Haruslah dipelihara ke akhir zaman. Aku memang tak punya intan, Emas tak pernah ku genggam, Berlian tak pernah hiasiku, Hanya rasa ini di dalam hati.


ManifestasiAkal Budi Masyarakat Melayu ‘Syair ’ ManifestasiAkal Budi Masyarakat Melayu ‘Syair ’ Gaya Bahasa Nilai dan Pengajaran Flora dan fauna ciptaan tuhan, Tumbuh meliar menghiasi taman, Kalau kita mahukan keamanan, Haruslah dipelihara ke akhir zaman. Kita hendaklah mencintai dan memelihara flora dan fauna supaya dapat membina persekitatan yang aman dan damai. Imej Alam : Flora dan Fauna (Unsur yang menunjukkan alam sekitar) Rima Akhir ; ‘an,an,an,an’


Gurindam Definisi Jenis Menurut Raja Ali Haji,gurindam ialah satu bentuk puisi Melayu yang terdiri dari dua baris yang berpasangan atau bersajak dan memberikan idea yang lengkap dalam pasangannya (Zubir Idris,2015) Raja Ali Haji Terdapat beberapa jenis gurindam iaitu gurindam agama, gurindam pendidikan, gurindam nasihat dan gurindam bebas.


Gurindam Bentuk dan Ciri Gurindam mempunyai 2 atau beberapa baris dalam serangkap. Jumlah perkataan sebaris tidak tetap dan jumlah suku kata juga tidak tetap. Gurindam merupakan puisi bebas atau tidak terikat danrima akhirnya tidak tetap.


Gurindam Fungsi Membakar perasaan cinta dalam perasaan pasangan. Mendedahkan pendidikan dan ilmu pengetahuan kepada masyarakat Melayu. Memupuk nila moral dalam masyarakat Melayu


Contoh Gurindam Gurindam Pendidikan Gurindam Bebas Gurindam Agama Gurindam Nasihat Murid yang hormat guru, Pastilah ia melimpah ilmu. Barang siapa mengenal yang empat, Maka ia itulah orang yang ma’rifat Senyumanmu adalah penyemangat hari-hariku, Maka jangan pernah kau jauh dari hatiku. Jika kamu banyak berkata, Di situ banyak berbuat dusta


ManifestasiAkal Budi Masyarakat Melayu ‘Gurindam ’ ManifestasiAkal Budi Masyarakat Melayu ‘Gurindam ’ Gaya Bahasa Apabila perut terlalu penuh, Keluarlah fiil yang tidak senonoh Asonansi: Apabila perut terlalu kenyang (Pengulangan huruf u)


Seloka Definisi Jenis Terdapat beberapa jenis seloka iaitu seloka pendidikan,seloka nasihat,seloka sindiran dan seloka agama. Menurut Harun Mat Piah (1989), istilah seloka berasal daripada perkataan Sanskrit yang bermaksud berseloroh,berjenaka atau menyindir. Teks Mahabharata (100,000 rangkap) dan Ramayana (24,000 rangkap) adalah naskhah terawal yang ditulis dalam bentuk seloka.


Seloka Bentuk dan Ciri Seloka ditulis secara berangkaprangkap Puisi bebas dan bilangan rangkap tidak tetap Seloka tidak berima, tidak mempunyai pembayang dan berbentuk naratif (cerita) Bahasa penceritaan yang meleret dan lanjur serta disampaikan dengan nada yang tersendiri untuk menghiburkan pendengar.


Seloka Fungsi Menekankan aspek pendidikandan ilmu pengetahuan kepada masyarakat Melayu . Memberi sindiran dan ejekan terhadap perlakuan negatif masyarakat Melayu Alat hiburan bagi masyarakat Melayu.


Contoh Seloka Seloka Pendidikan Seloka Agama Seloka Sindiran Seloka Nasihat Bubur nangka bubur cempedak, Dihidang sama cucur badak Turun tangga sambil berbedak, Ada yang kena ada yang tidak! Habis batas tebing dititi Jembatan runtuh terkena bedil Mahkamah sejati di Mahsyur nanti Hanya Allah hakim yang adil Pergi ke pasar membeli nanas Saat dijalan ketemu trantib Selalu taatilah lalu lintas Supaya jadi pengendara yang tertib Berminat murid mencatat membaca, Guru pula memantau sentiasa, Ibu bapa turut bekerjasama, Pasti Nilam terlaksana berjaya.


ManifestasiAkal Budi Masyarakat Melayu ‘Seloka ’ ManifestasiAkal Budi Masyarakat Melayu ‘Seloka ’ Gaya Bahasa Mulut kena suap pisang Buntut kena cangkuk onak Perulangan kata ; Kena, Kena


Kesimpulan Kesimpulannya, kesemua pantun, syair,gurindam dan seloka adalah medium bagi menyampaikan pengajaran dan boleh diterapkan dalam sistem pendidikan. Dengan kata lain, murid-murid di sekolah akan didedahkan lebih meluas lagi tentang puisi-puisi ini dalam subjek bahasa Melayu agar mereka mengetahui lebih mendalam mengena keindahan seni bahasa Melayu ini. Tuntasnya, puisi merupakan warisan Melayu yang wajar dipelihara agar tidak hilang ditenggelami peredaran zaman.


Rujukan


Click to View FlipBook Version