MINGGU DESTINI SISWA
MINGGU DESTINI SISWA
UiTM CAWANGAN SARAWAK
       KAMPUS MUKAH
      1 Universiti Teknologi MARA Cawangan Sarawak, Kampus Mukah
MINGGU DESTINI SISWA
Isi Kandungan
Sekapur Sireh Penolong Rektor UiTM Cawangan Sarawak, Kampus Mukah ............................................... 4
Sejarah UiTM................................................................................................................................................. 5
Sejarah Penubuhan UiTM Cawangan Sarawak, Kampus Mukah .................................................................. 6
Falsafah, Misi dan Visi UiTM ......................................................................................................................... 7
Falsafah, Visi, Misi dan Dasar Kualiti UiTM Cawangan Sarawak................................................................... 8
Objektif Minggu Destini Siswa ...................................................................................................................... 9
Tentatif Minggu Destini Siswa .................................................................................................................... 10
Peraturan Pelajar Baru................................................................................................................................ 11
Ahli Pengurusan UiTM Cawangan Sarawak ................................................................................................ 12
Majlis Perwakilan Pelajar ............................................................................................................................ 13
Bahagian Hal Ehwal Pelajar......................................................................................................................... 14
Model Graduan UiTM ................................................................................................................................. 15
Sahsiah Rupa Diri Pelajar UiTM................................................................................................................... 16
Direktori Staf Residen Kolej ........................................................................................................................ 18
Jawatankuasa Induk Minggu Destini Siswa................................................................................................. 19
Ikrar Pelajar................................................................................................................................................. 21
Lagu UiTM DiHatiku .................................................................................................................................... 22
Lagu Wawasan Setia Warga UiTM .............................................................................................................. 23
Kalendar Akademik ..................................................................................................................................... 24
Direktori Staf Akademik UiTM Cawangan Sarawak, Kampus Mukah ......................................................... 26
Direktori Staf Pentadbiran UiTM Cawangan Sarawak, Kampus Mukah ..................................................... 28
Peta Kampus dan tanda arah ...................................................................................................................... 31
Frequent Ask Question (FAQ) Minggu Destini Siswa .................................................................................. 32
        2 Universiti Teknologi MARA Cawangan Sarawak, Kampus Mukah
MINGGU DESTINI SISWA
3 Universiti Teknologi MARA Cawangan Sarawak, Kampus Mukah
MINGGU DESTINI SISWA
Sekapur Sireh Penolong Rektor UiTM Cawangan Sarawak, Kampus
Mukah
Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh dan Salam Sejahtera.
Segala puji bagi Allah SWT, selawat dan salam ke atas junjungan besar Nabi Muhammad
SAW serta seluruh
kaum keluarga baginda.
Pertamanya, saya ingin mengucapkan selamat datang ke Universiti Teknologi MARA Cawangan Sarawak, Kampus
Mukah dan setinggi-tinggi tahniah kepada siswa dan siswi kerana telah terpilih melanjutkan pengajian ke universiti
ini. Kehadiran saudara-saudari dalam Minggu Destini Siswa semester oktober 2020 ini merupakan titik permulaan
dalam menempuh arus penyesuaian diri dengan suasana universiti yang jauh berbeza dari alam persekolahan.
Bertemakan “Resort Campus”, suasana persekitaran yang dekat dengan alam semulajadi menjadikan siswa dan
siswi baru dapat fokus dalam menggapai impian dan harapan ke dua ibu bapa. Manfaatkanlah segala peluang yang
ada sebaik-baiknya di universiti ini demi kemajuan diri dan janganlah sesekali mensia-siakan ruang untuk menuntut
ilmu yang telah anda miliki di sini. Saya berharap agar siswa dan siswi berusaha bersungguh-sungguh untuk menjadi
insan cemerlang yang memiliki modal insan kelas pertama, seterusnya dapat menyumbang ke arah pembangunan
dan perpaduan masyarakat, bangsa dan negara tercinta. Marilah kita bersama-sama menyemarakkan lagi kemajuan
dan perpaduan bangsa yang telah sedia wujud sejak dahulu. Antara faktor yang menjamin ke arah perpaduan
bangsa adalah mematuhi perlembagaan negara, kepimpinan yang berintegriti, amanah, adil, berwibawa,
berwawasan dan dinamik, kemajuan ekonomi yang adil, kemajuan sosial yang mantap, politik yang matang dan
bertanggungjawab, rakyat yang bersyukur, sistem keselamatan yang berwibawa dan sistem pentadbiran yang utuh.
Justeru, mahasiswa seharusnya bijak menterjemah misi dan visi universiti ke arah meneruskan kelangsungan
perpaduan bangsa. Sehubungan itu, mahasiswa perlulah menanamkan azam mengukuhkan jati diri tanpa dibolosi
dengan unsur-unsur kemunduran dan kelesuan, mengasah tahap keilmuan dan kepelbagaian kemahiran tinggi untuk
dibawa dalam arus dunia perdana masa kini, berpersonaliti unggul menerusi nilai-nilai positif seperti berkeyakinan
tinggi, berwibawa, mampu bekerjasama dan bertoleransi serta mampu menguasai kemahiran insaniah. Selain itu,
dalam menyelusuri arus perjuangan sebagai pemangkin pencetus evolusi bangsa, sewajarnya mahasiswa juga perlu
bersedia menjunjung aspirasi negara, dan memainkan peranan bermakna dalam konteks sosial, ekonomi dan politik
negara. Saya yakin bahawa mahasiswa mampu dan bijak dalam mengolah segala pengalaman, ilmu dan kemahiran
untuk dikongsi bersama dengan masyarakat tanpa mengira kepelbagaian kaum dan agama khususnya serta menjadi
penyuluh intektual di masa depan negara. Selaras dengan era post Covid-19, saya memohon mahasiswa agar patuh
kepada garis panduan pembelajaran secara ODL, menjaga norma-norma baru didalam penjagaan aktiviti sosial,
penjagaan tahap kesihatan yang terbaik dan sentiasa mematuhi SOP yang telah ditetapkan oleh pihak pengurusan
Universiti serta kerajaan negeri da negara Malaysia. Diharapkan saudara-saudari bukan sahaja tabah malah sedia
menyahut cabaran dengan minda yang terbuka dalam menghadapi tempoh pengajian di UiTM Cawangan Sarawak
ini. Akhir kata, semoga anda semua akan terus berusaha untuk berjaya dengan penuh tanggungjawab dan
kesedaran memikul amanah diri, keluarga, bangsa dan negara.
Sekian, terima kasih.
Dr. Khadijah Binti Khalid
Penolong Rektor
        4 Universiti Teknologi MARA Cawangan Sarawak, Kampus Mukah
MINGGU DESTINI SISWA
Sejarah UiTM
Sejarah Universiti Teknologi MARA (UiTM) bermula dengan penubuhan Dewan Latehan RIDA (1956). Lanjutan
daripada Kongres Ekonomi Bumiputra di Kuala Lumpur pada 1965 nama RIDA ditukarkan kepada
Majlis Amanah Rakyat (MARA) dan nama Dewan Latehan RIDA ditukarkan kepada Maktab MARA.
Sebagai usaha untuk menambah bilangan profesional dan separa profesional di kalangan bumiputera,
Kerajaan Selangor telah meluluskan sebidang tanah seluas 300 ekar di Shah Alam untuk dijadikan tapak
Maktab MARA. Pada 14 Oktober 1967, Y.A.B. Tun Abdul Razak telah meletakkan batu asas pembinaan
kompleks ini dan namanya telah ditukarkan kepada Institut Teknologi MARA (ITM). Pada tahun 1976,
Parlimen telah meluluskan Akta ITM dan ITM diletakkan di bawah Kementerian Pendidikan Malaysia
sepenuhnya.
Pada tahun 1996 selaras dengan pindaan Akta ITM, ITM telah diberi kuasa untuk menawarkan kursus di
peringkat Ijazah, Sarjana dan Doktor Falsafah. Pada 26 Ogos 1999 ITM sekali lagi menempa sejarah apabila
telah dinaikkan status kepada universiti iaitu Universiti Teknologi MARA (UiTM) sebagai tanda pengiktirafan
kerajaan, rakyat dan negara terhadap sumbangan UiTM kepada bangsa Melayu dan negara.
        5 Universiti Teknologi MARA Cawangan Sarawak, Kampus Mukah
MINGGU DESTINI SISWA
Sejarah Penubuhan UiTM Cawangan Sarawak, Kampus Mukah
Mukah telah diisytiharkan sebagai Bahagaian Ke-10 Negeri Sarawak pada 1 Mac 2002. Lanjutan daripada
perisytiharan itu, bahagian ini telah mencapai kemajuan secara drastik. Ini termasuklah pengumuman Sarawak
Corridor of Renewable Energy (SCORE) oleh YAB Ketua Menteri Sarawak ketika itu. Dengan adanya projek
SCORE, banyak peluang pekerjaan disasarkan kepada penduduk Mukah khususnya, dan juga kepada rakyat
Sarawak secara amnya.
Untuk memenuhi keperluan tenaga kerja profesional, UiTM Sarawak, Kampus Mukah telah memulakan operasinya
sejak Disember 2002. Program pertama yang telah diperkenalkan adalah Program Pra-Diploma (Perdagangan)
(PD003). UiTM telah menyewakan tiga unit rumah kedai yang menempatkan asrama pelajar, bilik pejabat, bilik kuliah
dan juga perpustakaan. Seramai 62 orang pelajar telah mengikuti sesi pertama pengambilan pelajar untuk Kampus
Mukah buat julung-julung kalinya.
Bermula 1 Oktober 2007, 14 buah rumah kedai telah disewa oleh pihak UiTM Sarawak Kampus Mukah di Jalan
Boulevard, bagi menampung peningkatan bilangan pelajar dan pertambahan dua program diploma iaitu Diploma
Pengajian Perniagaan (BM111) dan Diploma Pengurusan Ladang (AT110) bagi sesi pengambilan akademik Julai -
November 2008. Walaubagaimanapun, bermula 2012, program Diploma Pengurusan Ladang (AT110) telah
dipindahkan ke Kampus Samarahan untuk sementara waktu disebabkan oleh kekangan kawasan untuk menampung
jumlah pelajar yang semakin meningkat.
Detik 15 November 2016 merupakan detik bersejarah bagi UiTM Cawangan Sarawak Kampus Mukah apabila
bangunan tetap kampus ini telah siap dibina. Kampus baru yang bertemakan "Resort Campus" ini dapat menampung
pelajar seramai 2000 orang pelajar. Diantara program yang ditawarkan mengikut pecahan fakulti adalah seperti
berikut. Pra-Diploma (Sains) di bawah Fakulti Sains Gunaan, Diploma Pengurusan Ladang (AT110), Diploma
Pengeluaran Herba (AT112), Diploma Akuakultur (AT117) di bawah Fakulti Perladangan dan Agroteknologi dan Pra -
Diploma (Perdagangan), Diploma Pengajian Perniagaaan (BM111) dan Diploma Pengajian Perbankan (BM119) di
bawah Fakulti Pengurusan Perniagaan.
        6 Universiti Teknologi MARA Cawangan Sarawak, Kampus Mukah
MINGGU DESTINI SISWA
Falsafah, Misi dan Visi UiTM
FALSAFAH
Kepercayaan bahawa:
Setiap individu mampu mencapai kecemerlangan melalui pemindahan ilmu serta penerapan nilai-nilai murni agar
menjadi graduan profesional yang berupaya mengembangkan ilmu dan membangunkan diri, masyarakat dan
negara.
Visi
Menjadikan UiTM sebuah universiti terkemuka dunia dalam bidang Sains, Teknologi, Kemanusiaan dan
Keusahawanan.
Misi
Menjuarai pembangunan bumiputera profesional yang tangkas menerusi kurikulum terkehadapan dan penyelidikan
berimpak.
Moto Universiti
“USAHA, TAQWA, MULIA”
        7 Universiti Teknologi MARA Cawangan Sarawak, Kampus Mukah
MINGGU DESTINI SISWA
Falsafah, Visi, Misi dan Dasar Kualiti UiTM Cawangan Sarawak
UiTM (Sarawak) beriltizam untuk memberi PERKHIDMATAN BERKUALITI berlandaskan KECEKAPAN dan
KEBERKESANAN dalam penyampaian perkhidmatan. Pengurusan sumber dijalankan secara cekap dan berkesan
bagi mendapatkan hasil yang optima dan memenuhi keperluan pelanggan. Pengurusan pelanggan serta pihak
berkepentingan diberi keutamaan dalam Sistem Pengurusan Kualiti UiTM (Sarawak)
Dasar Kualiti
    • Kami warga UiTMCS beriltizam untuk memenuhi kehendak pelanggan dengan melaksanakan amalan -
         amalan kualiti yang telus melalui penambahbaikan berterusan yang elektif demi kecemerlangan universiti
Objektif Utama Kualiti UiTM (Sarawak)
    • Memastikan UiTM (Sarawak) melahirkan graduan berkualiti, berdaya saing dan professional
    • Memastikan 70% staf akademik berjawatan tetap melibatkan diri dalam program peningkatan kesarjanaan
    • Memastikan tahap keselamatan dan kesiharan warga mengikut keperluan OSHA
    • Mencapai tahap kepuasan pelanggan yang optimum
    • Memastikan persekitaran pembelajaran dan pengajaran yang kondusif
    • Memastikan penjimatan kod operasi dan penjanaan pendapatan
        8 Universiti Teknologi MARA Cawangan Sarawak, Kampus Mukah
MINGGU DESTINI SISWA
Objektif Minggu Destini Siswa
    1. Untuk memperkenalkan UiTM Cawangan Sarawak dengan lebih dekat dan membantu pelajar-pelajar
         menyesuaikan diri dengan suasana kehidupan kampus UiTM.
    2. Menyuburkan minat untuk berusaha bersungguh-sungguh dalam mencari dan mencapai
         kecemerlangan ilmu.
    3. Untuk membimbing masyarakat pelajar dalam pembentukan sahsiah diri yang mulia dan bertaqwa.
    4. Menyuburkan sifat penyayang dan ramah di antara masyarakat kampus.
    5. Membentuk pelajar supaya lebih berdisiplin dengan memahami peraturan UiTM.
        9 Universiti Teknologi MARA Cawangan Sarawak, Kampus Mukah
MINGGU DESTINI SISWA
Tentatif Minggu Destini Siswa
SILA RUJUK LAMPIRAN YANG DISERTAKAN
10 Universiti Teknologi MARA Cawangan Sarawak, Kampus Mukah
MINGGU DESTINI SISWA
Peraturan Pelajar Baru
1. Hendaklah mengikuti Program Minggu Destini Siwa secara keseluruhan.
2. Hendaklah mematuhi peraturan yang terkandung dalam Akta 174 secara mendalam.
3. Hendaklah mematuhi arahan-arahan daripada Pegawai atau Pemimpin MDS yang bertugas.
4. Hendaklah memakai pakaian yang sopan sepanjang kehidupan di kampus.
5. Hendaklah memaklumkan Pegawai atau Pemimpin MDS yang bertugas sekiranya menghadapi sebarang
    masalah.
6. Dilarang meninggalkan kampus tanpa mendapat sebarang kebenaran daripada Bahagian Hal Ehwal
    Pelajar.
7. Siswa-siswi yang didapati meninggalkan kampus selepas pendaftaran akan ditarik balik pendaftaran
    mereka. Oleh itu adalah dinasihatkan supaya siswa-siswi menyelesaikan semua masalah dan tugas yang
    masih belum diselesaikan sebelum melapor diri di UiTM.
8. Siswa-siswi dilarang membuat apa-apa kenyataan akhbar sepanjang Minggu Destini Siswa berjalan.
9. Siswa-siswi dilarang membawa dadah, rokok, bahan lucah, senjata dan lain-lain barangan larangan di
    bawah Akta 174.
11 Universiti Teknologi MARA Cawangan Sarawak, Kampus Mukah
MINGGU DESTINI SISWA
Ahli Pengurusan UiTM Cawangan Sarawak
12 Universiti Teknologi MARA Cawangan Sarawak, Kampus Mukah
MINGGU DESTINI SISWA
Majlis Perwakilan Pelajar
13 Universiti Teknologi MARA Cawangan Sarawak, Kampus Mukah
MINGGU DESTINI SISWA
Bahagian Hal Ehwal Pelajar
Visi
Menjadi sebuah Jabatan yang unggul dalam memberikan perkhidmatan dan usaha-usaha pembangunan pelajar.
Misi
Melahirkan graduan yang berperibadi murni, global, kreatif, berketrampilan, mempunyai jati diri, patriotic,
bertanggungjawab, bertaqwa dan berdaya saing.
Objektif
    • Memberikan perkhidmatan dan kemudahan menyeluruh dan sempurna bagi mewujudkan persekitaran
         pembelajaran dan tempat tinggal yang selesa, ceria dan selamat.
    • Merangka dan melaksanakan program pembangunan pelajar yang bersepadu dan berterusan serta
         mempunyai nilai tambah (value added) bagi mewujudkan lulusan yang bersifat holistik, menepati Model
         Graduan UiTM
    • Menggalakkan penggunaan IT sesuai dengan perubahan masa kini sejajar dengan dasar Negara.
14 Universiti Teknologi MARA Cawangan Sarawak, Kampus Mukah
MINGGU DESTINI SISWA
Model Graduan UiTM
1. Berpengetahuan, berkemahiran, kreatif, konstruktif, saintifik, progresif, inovatif, kritikal, global dan
    analitikal.
2. Rasional, terbuka, berpandangan jauh, berketrampilan, bebas dan yakin.
3. Berdikari dan berdaya saing serta mempunyai ciri-ciri keusahawanan dan kemahiran pengurusan
    yang tinggi.
4. Mempunyai jati diri, patriotik, berterima kasih dan beretika.
15 Universiti Teknologi MARA Cawangan Sarawak, Kampus Mukah
MINGGU DESTINI SISWA
Sahsiah Rupa Diri Pelajar UiTM
16 Universiti Teknologi MARA Cawangan Sarawak, Kampus Mukah
MINGGU DESTINI SISWA
17 Universiti Teknologi MARA Cawangan Sarawak, Kampus Mukah
MINGGU DESTINI SISWA
Direktori Staf Residen Kolej
     1. EN. IKHWAN NAGUIB BIN JUSOH (K)
                                                     Staf Residen Kolej (SRK)
                                                     Kolej Seri Tanjung 2 (STG-2)
                                                     Jawatan Hakiki: Pensyarah, Fakulti Undang-undang
                                                     No. Telefon Rumah: 084-876221
                                                     No. H/P: 014-5008983
     2. PUAN JURIAH BINTI JAPAR
                                                     Staf Residen Kolej (SRK)
                                                     Kolej Seri Kuala 1 (SKL-1)
                                                     Jawatan Hakiki: Penolong Akauntan, Pejabat Bendahari
                                                     No. Telefon Rumah : 084-876216
                                                     No. H/P: 013-8327145
    3. EN. MUHAMAD. SYUKRIE BIN HJ. ABU TALIP
                                                     Staf Residen Kolej (SRK)
                                                     Kolej Seri Kuala 2 (SKL-2)
                                                     Jawatan Hakiki: Pensyarah, Fakulti Perladangan &
                                                     Agroteknologi
                                                     No. Telefon Rumah: 084-876218
                                                     No. H/P: 013-8229773
     4. CIK SAFTUYAH BOLE
                                                     Staf Residen Kolej (SRK)
                                                     Kolej Seri Tanjung 1 (STG-1)
                                                     Jawatan Hakiki: Pen. Pengurus Asrama
                                                     No. Telefon Rumah: 084-876209
                                                     No. H/P: 016-8525436
     5. PN AMIRAH KHAIRUNNISA BINTI MOHAMAD
                                                     Staf Residen Kolej (SRK)
                                                     Kolej Seri Tanjung 3 (STG-3)
                                                     Jawatan Hakiki: Penolong Pegawai Sains
                                                     No. Telefon Rumah: 084-876226
                                                     No. H/P: 016-8953580
Nota: Sila hubungi Staf Residen Kolej (SRK) mengikut blok kolej kediaman masing-masing sekiranya berlaku kes
kecemasan / keselamatan SELEPAS waktu pejabat (5.00 ptg – 8.00 pagi berikutnya). Kes kecemasan /
keselamatan diluar waktu pejabat, sila rujuk pihak Pejabat Unit Kolej Kediaman untuk tindakan selanjutnya.
      18 Universiti Teknologi MARA Cawangan Sarawak, Kampus Mukah
MINGGU DESTINI SISWA
Jawatankuasa Induk Minggu Destini Siswa
Penasihat                              : Dr. Khadijah Binti Khalid
Pengerusi                              : En Mohamad Ismaily Bin Hajani
Setiausaha                             : Cik Sharifah Tawyrah Binti Wan Sait
Bendahari                              : Pn. Juriah Binti Japar
Pendaftaran Utama                      : En Pengiran Saifudzin Pengiran Mahtar
Pendaftaran Kolej                      : Cik Saftuyah Bole
                                       : Pn Rakiah Ahak
Kerohanian                             : Encik Norman Hakimi Ernest
                                       : Ustaz Ahmad Tirmizi bin Kram
Kenderaan & Logistik                   : Pn Shirley Sinatra Gran
Persiapan Pentas, Teknikal &           : En Mohamad Syafie Bin Hamdin
Penyelenggaraan                        : En Mohd Azrin Maharon
Keselamatan & Lalulintas
Perubatan & Kecemasan                  : En Mohd Nur Faizal bin Tari
                                       : Semua Staf Residen Kolej
Majlis Perasmian                       : Cik Nurul Ain Binti Sulaiman
Peralatan Audio Visual / ICT           : En Nazrin Haris Fadzillah
Jamuan & Makanan (Tempahan Pelajar &   : En Abg Shawn Fendi Abg Keprawi
Staf Hari Pendaftaran Kolej)           : En Shileyiusken Mijen
Jamuan & Makanan (Pendaftaran Utama &  : Cik Saftuyah binti Bole
Taklimat Sepanjang MDS)                : Pn. Rakiah Ahak
Sukan dan Riadah                       : Puan Normah binti Sadaiee
Kokurikulum
                                       : En Mohammad Ghazi Moheddin
                                       : Cik Sharifah Tawyrah Binti Wan Sait
Banner & Buku Program                  : Pn Irene Seluroh
19 Universiti Teknologi MARA Cawangan Sarawak, Kampus Mukah
MINGGU DESTINI SISWA
Urusetia / AJK Taklimat / Forum & Hubungan : Cik Izyan bt Masli
Seranta  : En Mohammad Ghazi Moheddin
         : Cik Sharifah Tawyrah Wan sait
20 Universiti Teknologi MARA Cawangan Sarawak, Kampus Mukah
MINGGU DESTINI SISWA
                                         Ikrar Pelajar
Bahawasanya saya, sebagai pelajar Universiti Teknologi MARA, dengan penuh kerelaan berikrar:
    • MENGGUNAKAN PELUANG DENGAN SEPENUHNYA UNTUK MENINGKATKAN PENCAPAIAN
         AKADEMIK
    • MEMATUHI UNDANG-UNDANG DAN SEGALA PERATURAN UNIVERSITI DENGAN SEPENUHNYA
    • MENJAGA DAN MEMELIHARA NAMA UNIVERSITI, MENGHORMATI KAKITANGAN UNIVERSITI DAN
         SESAMA SISWA-SISWI SERTA MEMELIHARA HARTA BENDA UiTM DENGAN SEBAIKBAIKNYA
    • MENGHORMATI TATASUSILA BERDASARKAN AGAMA DAN BERSOPAN SANTUN DARI SEGI
         KELAKUAN DAN PAKAIAN SERTA RUPADIRI
    • MENGHINDARI DIRI DARI TERLIBAT DENGAN KEGIATAN-KEGIATAN YANG BERTENTANGAN
         DENGAN DASAR - DASAR KERAJAAN.
Sekiranya saya melanggar ikrar ini, saya boleh dihukum mengikut peraturan -peraturan seperti yang telah
ditetapkan oleh universiti.
      21 Universiti Teknologi MARA Cawangan Sarawak, Kampus Mukah
MINGGU DESTINI SISWA
                               Lagu UiTM DiHatiku
                                   Wujudmu di sini di tanah anak merdeka
                                 Bagai obor ilmu memayungi putra-putrinya
                               Pelopor hidup, budaya bangsa, agama, negara
                               Pembentuk akhlak manusia agar jadi sempurna
                                Ku yang melangkah ke sini ingin mempelajari
                                  Rahsia di muka bumi dengan cara hakiki
                                Tunjukkan aku jalan ilmumu untukku menuju
                                   Destinasi cita-cita negara dan bangsaku
                                                Majulah bangsa
                                                  Maju negara
                                           Berkat usaha jaya MARA
                                          Kami berikrar akan berjasa
                                   Hingga kita berjaya………demi bangsa
                                 Watikah yang ku miliki kan ku semat di hati
                                  Janjiku pada pertiwi untuk menabur bakti
                               Ku sempurnakan seikhlas hati membela negara
                                  Doa restu ayahbondaku untukmu semua
                                      UiTM………. Usaha Taqwa Mulia
22 Universiti Teknologi MARA Cawangan Sarawak, Kampus Mukah
MINGGU DESTINI SISWA
                     Lagu Wawasan Setia Warga UiTM
                                           Bersatu kita warga UiTM
                                             Kita bangsa perkasa
                                        Taat dan setia ku untuk negara
                                             Penuh semangat waja
                                                    Kita …..
                                            Jangan mudah terlupa
                                          Pengorbanan, perjuangan
                                               Anak bangsa …..
                                                    Kita …..
                                             Jangan mudah terleka
                                             Kemajuan, keamanan
                                                 Yang ada …..
                                                    Kita …..
                                                Berterima kasih
                                          Pada pemimpin-pemimpin
                                                  Negara …..
                                                    Kita …..
                                            Rasa penuh bersyukur
                                    Kerahmatan, kemuliaan Dari-Nya …..
                                    Kamilah Pendokong, pewaris bangsa
                                    Kamilah Pendaulat, bangsa Malaysia
                                         Kamilah Warga, berwawasan
                                       Untuk NE …. GA …. RA …. KU
23 Universiti Teknologi MARA Cawangan Sarawak, Kampus Mukah
MINGGU DESTINI SISWA
Kalendar Akademik
24 Universiti Teknologi MARA Cawangan Sarawak, Kampus Mukah
MINGGU DESTINI SISWA
25 Universiti Teknologi MARA Cawangan Sarawak, Kampus Mukah
MINGGU DESTINI SISWA
Direktori Staf Akademik UiTM Cawangan Sarawak, Kampus Mukah
TALIAN UTAMA UiTM MUKAH                                      NOMBOR TELEFON
Telefon                                                                084-876100
Faksimili                                                              084-876300
PENOLONG REKTOR / KETUA JABATAN                                     SAMBUNGAN
Dr. Khadijah Binti Khalid                                                      6111
KETUA PUSAT PENGAJIAN                                                          6040
Pn. Dayang Hummida Bt A.A Rahman (Pengurusan Perniagaan)                       6041
En. Muhamad Syukrie Abu Talip (Perladangan & Agroteknologi)
                                                                               6131
PENSYARAH FAKULTI PENGURUSAN PERNIAGAAN                                        6135
Pn. Noor Emma Bt. Shamsuddin                                                   6133
Pn. Siti Farah Bt. Lajim                                                       6145
Pn. Carolin Ann Enchas                                                         6159
En. Ahmad Faisal B. Mahdi                                                      6164
Pn. Dyg Hummida Bt. A.A Rahman                                                 6152
En. Johari Bin Abdullah (Cuti Belajar)
Pn. Presca Anak Neging                                                         6156
Pn. Gloria Ak. Panit                                                           6169
Pn. Noraini Bt Sait                                                            6133
Pn. Agnes Ak. Kanyan
En. Mike Malcom Malim                                                          6101
Cik Dayang Siti Zahrah                                                         6093
                                                                               6091
PENSYARAH FAKULTI PERLADANGAN DAN AGROTEKNOLOGI                                6104
Dr. Sharifah Raina Manaf                                                       6103
En. Yahutazi B. Chik                                                           6092
Pn. Ros Anizah Bt. Mi’ad                                                       6096
Pn Norliza Ak. Gerunsin                                                        6090
En. Mohamad Shafik B. Mohd Samsi                                               6097
Pn Suraiya Bt. Mahdian
En. Azizu Soteh B. Ali
Pn Saiyidah Raffhanah Bt. Basri
Cik Nurul Syahirah Binti Mansur
En. Bob Kulleh Tony
En Mohd Nasaruddin
26 Universiti Teknologi MARA Cawangan Sarawak, Kampus Mukah
MINGGU DESTINI SISWA
PENSYARAH FAKULTI SAINS KOMPUTER DAN MATEMATIK         6143
Prof Madya Dr. Tang Howe Eng                           6141
En. Norizuandi B. Ibrahim                              6136
Pn. Noriham Bt. Bujang                                 6138
Pn. Tracy Adeline ak. Ajol                             6139
Pn. Aimi Nuraida Bt. Ali Hassan                        6089
Pn. Suffina Bt. Hj Long                                6137
Pn. Shirley Sinatra ak. Gran
                                                       6142
PENSYARAH FAKULTI PERAKAUNAN                           6163
En. Khairil Anwar B. Masri                             6157
Cik Nur Ain Binti Abu Bakar                            6158
Cik Fatin Adilah Bt. Razali
Cik Shafinaz Lyana                                     6064
                                                       6071
PENSYARAH FAKULTI SAINS GUNAAN
Dr. Mohamad Izwan B Ismail                             6140
Pn Firus Musfirah Bt. Poli
Cik Norain Johar                                       6148
                                                       6151
PENSYARAH FAKULTI UNDANG-UNDANG                        6147
En. Ikhwan Naguib B. Jusoh
                                                       6184
PENSYARAH AKADEMI PENGAJIAN BAHASA
Pn. Imelia Laura ak. Daneil
Cik Ting Hie Ling
Cik Siti Faridah Bt. Kamaruddin
Cik Sitti Hawa Mohammad Sheikh
Cik Aisyah Nazamuddin
Pn. Afifah Azmi
Cik Nor Hilaliyah Jamil
Cik Grecilda Anak Augustine Tinggie
Cik Stephanie Rich
PENSYARAH AKADEMI PENGAJIAN ISLAM KONTEMPORARI (ACIS)
Ustaz Mohd Zuhaili B. Kamal Basir
27 Universiti Teknologi MARA Cawangan Sarawak, Kampus Mukah
MINGGU DESTINI SISWA
Direktori Staf Pentadbiran UiTM Cawangan Sarawak, Kampus Mukah
BAHAGIAN HAL EHWAL PELAJAR (UNIT KERJAYA & KAUNSELING)
Cik Izyan Bt. Masli                          Pegawai Psikologi              6032
AKADEMI PENGAJIAN ISLAM KONTEMPORARI (ACIS)                                 6034
Ustaz Ahmad Tirmizi B. Kram                  Pegawai Hal Ehwal Islam        6005
                                                                            6170
KETUA-KETUA UNIT                             Penolong Pendaftar             6038
En. Mohd Syafie B. Hamdin                    Pustakawan                     6004
Pn. Khairunniqmah Othman                                                    6022
En. Pgn Saifudzin Pgn Mahtar                 Pegawai Eksekutif (HEA) Kanan  6125
En. Mohamad Ismaily Hajani                                                  6444
Pn. Juriah Japar                             Pegawai Eksekutif (HEP)        6211
En. Abg Shawn Fendi Abg Keprawi              Penolong Akauntan Kanan        6366
En. Mohamad Azrin Maharon                    Pen. Pengurus Ladang           6195
Cik Saftuyah Haji Bole                       Penolong Jurutera
Pn Amirah Khairunnisa Mohamad                Pen. Peng. Asrama Kanan        6010
En. Mohd Nur Faizal Tari                     Pen. Peg. Sains
                                                                            6015
                                             Pen. Peg. Keselamatan          6207
                                                                            6208
PEJABAT PENTADBIRAN                          Pembantu Tadbir (P/O)          6208
Pn. Dyg Hafizah Awg Shu’ib                   Pembantu Tadbir (P/O)          6207
Cik Hanisah Ros                              Pembantu Operasi
En. Adenan Jahwi                             Pemandu                        6039
En. Ramzi Omar                               Pemandu
En. Zahir Laily                              Pemandu                        6023
En Mohamad Safiie Bin Bujang                 Pemandu                        6048
En Nasrol Bol
                                                                            6212
UNIT HAL EHWAL AKADEMIK (HEA)                Pembantu Tadbir (P/O)          6213
Pn. Rohana Iboi
UNIT HAL EHWAL PELAJAR (HEP)                 Pembantu Belia & Sukan
En. Mohammad Ghazi Bin Moheddin              Pembantu Kesatria
Cik Sharifah Tawyrah Binti Wan Sait
PEJABAT KOLEJ KEDIAMAN                       Penyelia Asrama
Pn. Rakiah Ahak                              Pembantu Operasi
En. Norman Hakimi Ernest
28 Universiti Teknologi MARA Cawangan Sarawak, Kampus Mukah
MINGGU DESTINI SISWA
PEJABAT BENDAHARI                      Pembantu Tadbir (Kew) Kanan   6061
Cik Siti Aminah Umal                   Pembantu Tadbir (Kew)         6061
En Amirul Hakim Kammalludin
UNIT PENGURUSAN INFRASTRUKTUR          Pembantu Kemahiran            6224
En. Mahruf Abd Rahman                  Pembantu Kemahiran            6224
En. Yusuf Anyut                        Penjaga Jentera Elektrik      6224
En. Nazrin Bin Haris Fadzillah
PERPUSTAKAAN TUN ABDUL RAZAK           Pembantu Pustakawan Kanan     6176
Pn. Normah Sadaiee                     Pembantu Pustakawan           6173
En. Tahir Raya
UNIT INFOSTRUKTUR                      Pen. Peg. Teknologi Maklumat  6012
En. Shileyiusken Mijen                 Pen. Peg. Teknologi Maklumat  6012
Pn. Irene Bt. Seluroh
UNIT KESIHATAN                         Pen. Peg. Perubatan           6204/6206
Cik Nurul Ain Bt Sulaiman              Jururawat                     6204/6206
Cik Asina Bt Sali
FAKULTI SAINS GUNAAN                   Pembantu Makmal               6365
Cik Latifah Abu
FAKULTI PERLADANGAN & AGROTEKNOLOGI    Pembantu Makmal               6343
Pn. Aisyah Binti Yahya                 Pembantu Makmal               6327
Pn. Rozziana Ibrahim                   Pembantu Makmal               6129
Cik. Siti Hanizah Binti Ramli @ Rapee
UNIT PENGURUSAN LADANG & LANDSKAP      Penolong Jurutera             6124
En. Surahim Zaini                      Pen. Pegawai Pertanian        6126
En. Mohd Indera Indi                   Pembantu Awam                 6350
En. Awg Mohd Ali Awg Omar              Pembantu Awam                 6350
En. Muhd Shukeri Abg Ali               Pembantu Awam                 6349
Pn. Yusmin Husin                       Pekerja Awam                  6349
En. Sawal Jahwi
UNIT POLIS BANTUAN                     Peng. Keselamatan Kanan       6194
Cik Intan Sanyut Shazeli               Pengawal Keselamatan          6243
En. Hairulizam Yaakob                  Pengawal Keselamatan          6243
Pn. Minet Edward Daweb
29 Universiti Teknologi MARA Cawangan Sarawak, Kampus Mukah
MINGGU DESTINI SISWA
En. Umar Baki Marzuki                       Pengawal Keselamatan         6243
En. Johnny Masni                            Pengawal Keselamatan         6243
Pn Doreena Sadio                            Pengawal Keselamatan         6243
En. Ricke Starlic                           Pengawal Keselamatan         6243
En. Shahrul Idehar                          Pengawal Keselamatan         6243
En. Hirroji Junaidi                         Pengawal Keselamatan         6243
                                                                         6243
En Mostapha Bin Mahdar                      Pengawal Keselamatan         6243
En Ahmad Hadi Bin Morshidi                  Pengawal Keselamatan         6243
En Saddam Bin Jamali                        Pengawal Keselamatan
                                                                  6240 / 6044
MAJLIS PERWAKILAN PELAJAR UiTM MUKAH
                                                                         6336
GLOBAL FACILITIES MANAGEMENT SDN BHD (GFM)
30 Universiti Teknologi MARA Cawangan Sarawak, Kampus Mukah
MINGGU DESTINI SISWA
Peta Kampus dan tanda arah
                                                            1. Pintu Utama
                                    10                      2. Blok Pentadbiran Setia
                     11                                          Raja 1
                                                            3. Café Sago
       15       12             9        8                   4. Dewan Sri Balau
16               13                              7          5. Fakulti Perladangan &
                 14                                   6
   17                                                            Agroteknologi
                                                            6. Dewan Kuliah Tellian &
                                                                 Judan
                                                            7. Fakulti Pengurusan
            18                                              Perniagaan
19
                21                                       5  8. Fakulti Sains Gunaan
                                                            9. Pusat Islam & Surau Ibnu
                                        3 Khaldun
                20 2                                        4 10. Tangki air utama
                                                                           11. Pusat Sukan
                                                                           12. Kolej Seri Kuala 1
                                                            13. Kolej Seri Kuala 2
                                                            14. Pusat Pelajar &
                                                            Kafeteria (Takan Pesayah
                                                            & Takan Berambih)
1 15. Pejabat Unit Kolej
                                                                                                                                               Kediaman
                                                            16. Kolej Seri Tanjung 1
                                                            17. Kolej Seri Tanjung 2
                            1                               18. Kolej Seri Tanjung 3
                                                            19. Sri Lamin
                                                            20. Blok Pentadbiran Setia
                                                            Raja 2
                                                            21. Perpustakaan Tun Abdul
                                                            Razak
31 Universiti Teknologi MARA Cawangan Sarawak, Kampus Mukah
MINGGU DESTINI SISWA
Frequent Ask Question (FAQ) Minggu Destini Siswa
   1. Apakah DOKUMEN yang perlu dibawa semasa PENDAFTARAN UTAMA?
         − 1 Salinan kad pengenalan ibu, bapa dan pelajar
         − 1 salinan sijil lahir ibu, bapa dan pelajar
         − 1 salinan keputusan SPM
         − Slip bayaran yuran
         − Surat tawaran
         − Sekeping Gambar saiz passport untuk BORANG MAKLUMAT PELAJAR
   2. Emel yang digunakan untuk masuk ke STUDENT PORTAL.
         − Pastikan akaun emel yang digunakan semasa memohon kemasukan ke Program adalah sama
             dan AKTIF.
   3. Berapa lamakah Program Pra Diploma ini berlangsung?
         − Program Pra Diploma berlangsung selama 1 semester (BA003) DAN 2 semester bagi (PD007)
   4. Berapakah yuran bagi Program Pra Diploma?
         − Rm630 berbeza mengikut kadar pendapatan ibu bapa.
   5. Bila tarikh terakhir untuk membayar yuran?
         − Digalakkan untuk membayar seminggu awal dari tarikh asal kerana tempoh urusan bank
             adalah sekurangnya 3 hari bekerja
   6. Dimanakah TEMPAT untuk membayar yuran?
         − BANK ISLAM SAHAJA
   7. Apakah maksud PELAJAR PROGRAM PRA PENDIDIKAN TINGGI?
         − Pelajar PROGRAM PRA PENDIDIKAN TINGGI adalah pelajar yang layak di pilih oleh UiTM
             Shah Alam mengikuti program Mengubah Destini Anak Bangsa.
   8. Kelebihan PELAJAR PROGRAM PRA PENDIDIKAN TINGGI?
         − Yuran pengajian PERCUMA
         − Diberi elaun sara hidup (2 kali sebulan)
   9. Bank yang digunakan untuk menerima elaun PROGRAM PRA PENDIDIKAN TINGGI?
         − Mana-mana akaun bank aktif yang ada di Mukah. (Disarankan Maybank)
      32 Universiti Teknologi MARA Cawangan Sarawak, Kampus Mukah
MINGGU DESTINI SISWA
10. Apakah barang elektrik yang dibenarkan dibawa ke kolej kediaman?
     − 2 cerek elektrik (satu rumah)
     − 2 seterika (satu rumah)
     − Komputer riba (laptop) 1 setiap seorang
11. Setiap alatan elektrik WAJIB ada jaminan dari SIRIM, JBE dan SURUHANJAYA TENAGA.
12. Bilakan mendaftar alatan elektrik?
     − Tunggu pemberitahuan melalui NOTIS dari PEJABAT KOLEJ KEDIAMAN.
13. Keluar selepas mendaftar kolej (hari yang sama)
     − Tidak dibenarkan.
14. Adakah ibu bapa dan pelawat dibenarkan masuk ke dalam kolej kediaman?
     − Tidak dibenarkan
     − Hanya semasa hari pendaftaran sahaja diberi kelonggaran.
15. Pengangkutan ke pasar Mukah.
     − Van sewa yang berada di luar Kampus atau melalui aplikasi JomRides.
16. Masa Operasi Pagar Utama.
     − Buka: 0600 pagi
     − Tutup: 1030 malam
17. Masa melawat.
     − Dari: 0800 pagi
     − Sampai: 0800 malam
18. Apakah perkara yang perlu dilakukan jika sakit.
     − Maklumkan kepada Pembantu Mahasiswa (PM) yang bertugas.
     − PM akan maklumkan kepada Pejabat Kolej (semasa waktu pejabat) dan SRK (selepas waktu
          pejabat.)
19. Jika berlaku kerosakan sambungan elektrik di rumah?
     − Sila hubungi Pejabat Kolej (semasa waktu pejabat)
     − Sila hubungi En. Nazrin (selepas waktu pejabat)
   33 Universiti Teknologi MARA Cawangan Sarawak, Kampus Mukah
MINGGU DESTINI SISWA
20. Kemudahan yang ada di kampus.
     − KOPERASI
     − KEDAI FOTOSTAT
     − DOBI SYILING (PELAJAR PEREMPUAN DI BILIK DOBI SERI TANJUNG 2, PELAJAR
          LELAKI DI BILIK DOBI SERI KUALA 2)
21. Barang- barang terlarang tidak boleh dibawa sama sekali. Tidakan tatatertib sekiranya
     disabit kesalahan. Antaranya adalah:
     − DADAH
     − ROKOK/VAPE
     − PAKAIAN MENJOLOK MATA
     − MINUMAN KERAS
     − DAPUR MEMASAK
     − PERIUK NASI DAN PERALATAN ELEKTRIK YANG TIDAK DIBENARKAN
   34 Universiti Teknologi MARA Cawangan Sarawak, Kampus Mukah
MINGGU DESTINI SISWA
35 Universiti Teknologi MARA Cawangan Sarawak, Kampus Mukah
