PENATARAN STANDARD KOMPETENSI PEMIMPIN SEKOLAH MALAYSIA 2.0 BERSAMA PENGETUA & GURU BESAR DAERAH MUKAH. 24 JULAI 2023 MOHAMMAD SHAZWAN SIPartner+ PPD Mukah
KEHADIRAN PESERTA PENATARAN STANDARD KOMPETENSI PEMIMPIN SEKOLAH MALAYSIA 2.0 BERSAMA PENGETUA & GURU BESAR DAERAH MUKAH. 24 JULAI 2023 OLEH: MOHAMMAD SHAZWAN BIN SEUN SIPartner+ PPD Mukah.
OBJEKTIF Pengenalan KOMPAS 2.0 dan Sistem i -KompasV2 Perkongsian dapatan KOMPAS tahun 2021
Latar Belakang Institut Aminuddin Baki telah menerbitkan dua dokumen rujukan iaitu Standard Kompetensi Kepengetuaan Sekolah Malaysia (SKKSM) dan Kompetensi Pemimpin Sekolah (KOMPAS) kepada Pengetua dan Guru Besar (PGB) dalam melaksanakan pengurusan dan kepimpinan sekolah. 5 Domain dan 18 Kompetensi
Standard Kompetensi Pemimpin Sekolah KOMPAS 2.0
KOMPAS 2.0 Kelulusan Mesyuarat Pengurusan Tertinggi KPM Bil 45 bertarikh 19.12.2019 APPROVED
TUJUAN STANDARD KOMPETENSI PEMIMPIN SEKOLAH2.0 (KOMPAS 2.0) Membantu pemimpin pendidikan untuk melihat perkembangan tahap kompetensi yang dicapai berdasarkan profil melalui PENARAFAN KENDIRI untuk tujuan pembangunan profesional diri mereka. Menjadi ASAS KEPERLUAN LATIHAN dalam pembangunan kapasiti pemimpin pendidikan melalui analisis keperluan latihan; dan Menjadi PANDUAN STANDARD KOMPETENSI kepada pemimpin pendidikan dalam mengurus dan memimpin organisasi pendidikan bagi menggantikan dua dokumen sedia ada iaitu KOMPAS dan SKKSM;
KOMPAS 2.0 BERWAWASAN INSTRUKSIONAL SUMBER OPERASI HUBUNGAN KUALITI PERIBADI KEPIMPINAN Integriti Orientasi kecemerlangan Orientasi keusahawanan Kemahiran mengurus kendiri dan sosial Mengurus pelbagai data Mengurus sumber fizikal Mengurus sumber pendidikan Membangunkan sumber manusia Mengurus kewangan Mengurus risiko Pematuhan akta, peraturan dan dasar pendidikan. Menterjemah Visi dan Misi KPM Penetapan Strategik Membina jaringan dan jalinan Instruksional berfokus kurikulum Pembudayaan penyelidikan Pembudayaan ekosistem digital Pemantauan menyeluruh 5 Domain dan 18 Kompetensi
BUKU KOMPAS 2.0 http://bit.ly/bukukompas20 https://anyflip.com/kqevc/zfdy/ atau Versi Flip Book link di bawah
DOMAIN DAN DESKRIPSI KOMPETENSI DAN DESKRIPSI 5 TAHAP PEMBANGUNAN KOMPETENSI MANUAL KOMPAS 2.0
BERWAWASAN
Sejauh manakah saya berupaya untuk mematuhi dasar dengan mengambil tindakan yang sesuai mengikut akta, peraturan, prosedur dan dasar pendidikan yang ditetapkan. • Saya berupaya untuk menjelaskan dasar KPM dan menyelaraskan tindakan pematuhan melalui taklimat /wacana ilmu/ Latihan Dalam Perkhidmatan (LDP)/mesyuarat dan lain-lain. • Saya menyebar luas kepentingan pematuhan dasar melalui penguatkuasaan peraturan dan prosedur dalam amalan profesional harian kepada warga organisasi dan memberi penghargaan kepada mereka yang mematuhinya. • Saya memantau penguatkuasaan peraturan dan prosedur yang ditetapkan dalam pengurusan dan amalan profesional harian serta membimbing warga organisasi supaya sentiasa patuh. • Saya mengamalkan penguatkuasaan peraturan dan prosedur yang ditetapkan dalam pengurusan, amalan profesional harian dan semua program yang dilaksanakan melalui pemantauan berterusan dan memberi maklum balas untuk penambahbaikan. • Saya membudayakan penguatkuasaan peraturan dan prosedur melalui pelbagai platform untuk berkongsi amalan dengan pihak berkepentingan. 1 D1K1: PEMATUHAN AKTA, PERATURAN DAN DASAR PENDIDIKAN SKALA 1 2 3 4 5
Sejauh manakah saya berupaya untuk menterjemahkan visi dan misi KPM. • Saya menjelaskan dan menyelaraskan tindakan mengikut visi dan misi KPM melalui taklimat /wacana ilmu/ Latihan Dalam Perkhidmatan (LDP)/mesyuarat dan lain-lain. • Saya membimbing penyediaan Pelan Strategik/ Pelan Tindakan/Pelan Operasi dan melaksanakan tindakan berdasarkan pelan tersebut untuk mencapai visi dan misi KPM. • Saya memantau status pelaksanaan pelan tindakan secara berterusan dan menilai keberkesanan bagi memastikan visi dan misi KPM dicapai. • Saya memimpin pelaksanaan pelan tindakan bersama warga organisasi dan memacu penambahbaikan dalam setiap program yang dilaksanakan melalui Pembangunan Profesional Berterusan. • Saya sentiasa membuat penambahbaikan secara kreatif dan inovatif dalam menghadapi perubahan masa kini dan masa hadapan. 2 D1K2:MENTERJEMAH VISI DAN MISI KPM SKALA 1 2 3 4 5
Sejauh manakah saya berupaya untuk memilih strategi yang relevan dan memberikan justifikasi berasaskan maklumat dengan mempertimbangkan pelbagai aspek dan alternatif. • Saya menganalisis persekitaran, menetapkan objektif dan KPI organisasi. • Saya menyediakan pelan taktikal dan operasi untuk mencapai matlamat organisasi. • Saya mengambil kira risiko, kebolehlaksanaan dan cabaran. • Saya memantau dan mengubah suai strategi mengikut strategi yang telah ditetapkan. • Saya membuat semakan semula pelan strategik dan mencabar diri bagi menghasilkan idea baru mengikut keperluan masa hadapan. 3 D1K3:PENETAPAN STRATEGIK SKALA 1 2 3 4 5
INSTRUKSIONAL
Sejauh manakah saya berupaya menjadi pemimpin instruksional untuk membuat penilaian, penyeliaan dan bimbingan sejajar berdasarkan kurikulum secara holistik dengan memfokuskan perkembangan potensi murid. • Saya mempelbagaikan strategi, menggerakkan fungsi setiap unit dan memimpin pelaksanaan secara berkesan untuk meningkatkan prestasi kurikulum. • Saya memimpin, menyelaras pelbagai strategi, menyelia dan memberi maklum balas untuk penambahbaikan pengajaran dan pembelajaran secara menyeluruh bagi meningkatkan tahap penguasaan murid. • Saya menyebar luas kepentingan aktiviti instruksional berdasarkan keperluan murid yang pelbagai, warga organisasi dan mengupayakan ibu bapa, pihak swasta, NGO, Institut Pengajian Tinggi dan komuniti setempat dalam menyokong aktiviti instruksional. • Saya melibatkan warga organisasi, ibu bapa, pihak swasta, NGO, Institut Pengajian Tinggi dan komuniti setempat untuk menyokong pelbagai program instruksional dan memberi penghargaan kepada mereka yang berjaya melaksanakan aktiviti instruksional secara berkesan. • Saya membentuk pembelajaran kendiri dalam kalangan murid secara berterusan sehingga menjadi amalan organisasi dan menyediakan pelbagai platform untuk berkongsi amalan pembelajaran kendiri yang berkualiti kepada warga organisasi. 4 D2K1:INSTRUKSIONAL BERFOKUS KURIKULUM SKALA 1 2 3 4 5
Sejauh manakah saya berupaya untuk mengenal pasti isu, mengumpul, menganalisis dan menginterpretasi data serta membangunkan strategi/intervensi untuk penambahbaikan melalui kajian tindakan. • Saya mengenal pasti isu berasaskan data yang relevan dan mengaplikasikan metodologi kajian yang bersesuaian untuk melaksanakan kajian tindakan bagi penambahbaikan organisasi. • Saya membimbing warga organisasi yang ingin membuat kajian tindakan dan memantau perkembangan status kajian. • Saya menyebar luas kepentingan kajian tindakan kepada warga organisasi dan mengupayakan mereka melaksanakan kajian tindakan dan memberi penghargaan kepada warga organisasi yang berjaya menghasilkan kajian tindakan. Saya juga menyediakan platform kepada warga organisasi untuk berkongsi hasil kajian tindakan. • Saya menjadikan kajian tindakan sebagai amalan dalam menangani sesuatu isu untuk penambahbaikan organisasi dan mengadakan satu repositori kajian tindakan dalam portal organisasi. • Saya berupaya menyebar luas dapatan kajian tindakan melalui pembentangan dan penulisan di peringkat kebangsaan dan antarabangsa. 5 D2K2:PEMBUDAYAAN PENYELIDIKAN SKALA 1 2 3 4 5
Sejauh manakah saya berupaya untuk memantau secara menyeluruh dengan mengawal selia, menilai, mentaksir dan memberi maklum balas secara konstruktif untuk kemenjadian murid secara holistik. • Saya membuat jadual pemantauan tahunan organisasi agar saya dan pemimpin pertengahan menjalankan pemantauan berdasarkan instrumen pemantauan. • Saya menaakul kekuatan dan kelemahan warga organisasi semasa proses pemantauan dan berkongsi dapatan penilaian bersama warga organisasi untuk tujuan penambahbaikan organisasi. • Saya melaksanakan bimbingan/coaching kepada warga organisasi dengan memberi maklum balas aspek yang perlu penambahbaikan dan mengadakan dialog profesional (dialog prestasi/perbincangan). • Saya mengenal pasti kaedah baharu operasi pemantauan daripada organisasi luar dan mengaplikasikannya dalam organisasi. • Saya menerapkan amalan pemantauan menyeluruh yang berkualiti kepada warga organisasi dan menyediakan pelbagai platform untuk perkongsian amalan tersebut. 6 D2K3: PEMANTAUAN MENYELURUH SKALA 1 2 3 4 5
Sejauh manakah saya berupaya untuk mencipta, mempromosi dan membudayakan pembelajaran era digital yang relevan dan dinamik dengan melibatkan semua warga organisasi. • Saya membangunkan sumber manusia ke arah literasi digital dalam amalan profesional dengan memperuntukkan masa, sumber dan akses untuk memastikan penggunaan teknologi dilaksanakan. • Saya mendorong warga organisasi menggunakan sumber digital secara optimum dengan memastikan peralatan, infrastruktur dan sistem teknologi terkini untuk menyokong pengurusan, pengoperasian dan aktiviti instruksional. • Saya memastikan pengintegrasian digital dalam aktiviti instruksional dengan memberi inspirasi dan sokongan penggunaan sumber digital kepada warga organisasi dan pemegang taruh. Saya juga menggalakkan warga organisasi meningkatkan kompetensi ICT secara berterusan. • Saya memimpin warga organisasi mengamalkan inovasi instruksional berasaskan digital secara berterusan. Saya juga memberi peluang kepada warga organisasi mengikuti kursus/bengkel/seminar bagi merangsang kreativiti dan inovasi dalam ekosistem digital. • Saya memberi khidmat nasihat/ bimbingan/ coaching dalam penggunaan teknologi terkini. Saya juga berupaya mencetus dan berkongsi idea bagi menerapkan budaya ekosistem digital. 7 D2K4:PEMBUDAYAAN EKOSISTEM DIGITAL SKALA 1 2 3 4 5
SUMBER OPERASI
Sejauh manakah saya berupaya untuk mengurus pelbagai data yang relevan (mengumpul, menganalisis dan menginterpretasi) dalam membuat keputusan untuk melaksanakan penambahbaikan. • Saya mengumpul dan menganalisis data bagi mengenal pasti keperluan dan menetapkan standard pencapaian organisasi. • Saya menggabung dan menganalisis data dengan mengambil kira pelbagai aspek secara konsisten dalam menyelesaikan masalah. • Saya memberi bimbingan/coaching tentang kaedah pengumpulan dan penganalisisan data melalui dialog profesional serta pemantauan berterusan. • Saya menyebarluaskan kepentingan data dalam menjustifikasi tindakan /keputusan berdasarkan eviden dan memberi penghargaan kepada mereka yang berjaya memanfaatkan data secara berkesan. • Saya menerapkan amalan penggunaan data yang relevan secara berterusan dalam membuat keputusan dan menyelesaikan masalah. Saya juga menyediakan pelbagai platform untuk perkongsian amalan. 8 D3K1:MENGURUS PELBAGAI DATA SKALA 1 2 3 4 5
Sejauh manakah saya berupaya untuk mengurus sumber fizikal dengan merancang, menyelaras, menyedia dan menyelenggara serta memanfaatkan aset dan kemudahan fizikal. • Saya merancang dan menyelaras penggunaan sumber fizikal dalam pengurusan organisasi. • Saya menyediakan sumber fizikal dan membimbing cara penggunaan, keselamatan dan penyelenggaraan kepada subordinat. • Saya menyebarluaskan kepentingan penggunaan sumber fizikal dalam menyokong pengurusan pentadbiran, kurikulum, HEM dan kokurikulum melalui dialog/perbincangan. Saya juga memantau dan menggalakkan penggunaan sumber fizikal agar dapat dimanfaatkan sepenuhnya. • Saya membangunkan kemahiran dan kepakaran warga organisasi untuk bekerjasama dengan komuniti dan pemegang taruh dalam menyediakan sumber fizikal. • Saya menerapkan penggunaan sumber fizikal secara berterusan agar menjadi amalan yang cekap dalam pelbagai aspek. Saya juga berkongsi amalan terbaik dengan warga organisasi, komuniti serta pemegang taruh. 9 D3K2: MENGURUS SUMBER FIZIKAL SKALA 1 2 3 4 5
Sejauh manakah saya berupaya untuk mengurus sumber pendidikan dengan merancang, menyelaras, menyedia dan memanfaatkan sumber pendidikan. • Saya merancang dan menyelaras penggunaan sumber pendidikan dalam pengurusan organisasi. • Saya menyediakan sumber pendidikan dan memberi bimbingan/coaching cara penggunaan, keselamatan dan penyelenggaraan kepada subordinat. • Saya menyebarluaskan kepentingan penggunaan sumber pendidikan dalam menyokong pengurusan pentadbiran, kurikulum, HEM dan kokurikulum melalui dialog profesional. Saya juga menggalakkan warga organisasi mewujudkan ekosistem yang kondusif dan pemantauan berterusan. • Saya membangunkan kemahiran dan kepakaran warga organisasi untuk bekerjasama dengan komuniti dan pemegang taruh dalam menyediakan sumber pendidikan. • Saya menerapkan amalan penggunaan sumber pendidikan kepada warga organisasi, komuniti serta pemegang taruh secara berterusan dalam pelbagai aspek secara cekap dan berkesan. Saya juga menyediakan pelbagai platform untuk berkongsi amalan terbaik. 10 D3K3:MENGURUS SUMBER PENDIDIKAN SKALA 1 2 3 4 5
Sejauh manakah saya berupaya untuk membangunkan sumber manusia dengan merancang, menyelia dan menilai Pembangunan Profesionalisme Berterusan (PPB) warga organisasi. • Saya merancang, menyelia dan menilai pembangunan sumber manusia dalam pengurusan organisasi. • Saya memberi bimbingan dalam membangunkan kapasiti kendiri serta memberi galakan dan sokongan dalam pelaksanaan pembangunan sumber manusia dalam organisasi. • Saya membangunkan kemahiran dan kepakaran warga organisasi untuk bekerjasama dengan komuniti dan pemegang taruh secara berterusan. • Saya membangunkan sumber manusia (kursus/bengkel/Seminar dll) secara berterusan sehingga menjadi amalan untuk bertindak dengan cekap dan berkesan. • Saya menyediakan platform untuk perkongsian amalan terbaik pengurusan sumber manusia. 11 D3K4:MEMBANGUNKAN SUMBER MANUSIA SKALA 1 2 3 4 5
Sejauh manakah saya berupaya untuk merancang dan mengawal pengurusan kewangan secara cekap dengan mematuhi prosedur serta peraturan yang berkuatkuasa. • Saya merancang dan menyelaras penggunaan kewangan dalam organisasi. • Saya memberi bimbingan/coaching dalam merancang bajet tahunan, perbelanjaan dan pembayaran kewangan dalam organisasi. • Saya memantau penguatkuasaan prosedur perbelanjaan dan pembayaran mengikut prosedur operasi standard kewangan dan memastikan pemeriksaan kewangan secara berkala. • Saya mengamal dan menggalakkan subordinat mengurus dan menggunakan sumber kewangan dengan cekap dan berkesan. • Saya menyediakan platform untuk perkongsian amalan terbaik pengurusan kewangan di peringkat daerah/negeri/kebangsaan. 12 D3K5:MENGURUS KEWANGAN SKALA 1 2 3 4 5
Sejauh manakah saya berupaya untuk mengenal pasti, membuat jangkaan dan menganalisis risiko serta merancang tindakan pencegahan. • Saya menyediakan pelan pembangunan risiko organisasi dan mengambil tindakan awal untuk mengurangkan risiko. • Saya memberi taklimat tentang pengurusan risiko, menyediakan garis panduan, mengadakan dialog professional (perbincangan) dan membuat pemantauan berterusan. • Saya menyebarluaskan kepentingan membuat penilaian dan mengawal risiko dalam pengurusan projek/program serta memberi penghargaan kepada yang berjaya mengurus risiko. • Saya membudayakan amalan pengurusan risiko yang berkesan dalam melaksanakan projek/program serta menyediakan pelbagai platform amalan terbaik pengurusan risiko. • Saya mengenal pasti amalan pengurusan risiko terkini daripada organisasi luar, mengaplikasikan budaya baharu dan berkongsi pengalaman dengan pihak luar di peringkat daerah/ kebangsaan / antarabangsa. 13 D3K6:MENGURUS RISIKO SKALA 1 2 3 4 5
KUALITI PERIBADI KEPIMPINAN
Sejauh manakah saya berupaya untuk menghayati, menerap dan membudayakan nilai integriti dalam melaksanakan amanah dan kuasa berpandukan peraturan dan undang-undang. • Saya mempamerkan pemikiran positif berkenaan integriti melalui tutur bicara dan perlakuan serta bertindak secara jujur dan amanah mengikut bidang kuasa dan tugas. • Saya melaksanakan program pembangunan profesionalisme berkaitan dengan nilai integriti bagi meningkatkan amalan integriti warga organisasi dan memantau amalan tersebut secara berterusan. • Saya menilai dan memberi teguran secara berhemah bagi melahirkan warga organisasi yang berintegriti menerusi bimbingan/coaching atau maklum balas tentang aspek integriti yang perlu ditambah baik secara berterusan. • Saya memimpin warga organisasi mengamalkan nilai integriti secara berterusan dengan menerapkan nilai integriti yang tinggi dalam diri setiap warga organisasi dalam melaksanakan amalan profesionalisme. • Saya menjadi suri teladan (role model) kepada warga organisasi dan semua lapisan masyarakat juga berkongsi pengalaman dalam menerapkan nilai integriti warga organisasi di peringkat daerah/negeri/kebangsaan. 14 D4K1:INTEGRITI SKALA 1 2 3 4 5
Sejauh manakah saya berupaya untuk memimpin pelbagai pihak untuk merealisasikan matlamat ke arah kecemerlangan organisasi. • Saya menampilkan pemikiran positif melalui tutur bicara dan pelakuan serta mempamerkan nilai positif dalam amalan seharian. • Saya meningkatkan ilmu kepimpinan melalui pembelajaran sepanjang hayat serta membuat refleksi kendiri dalam usaha memperbaiki aspek kepimpinan. • Saya memotivasikan, berkongsi idea, mendapatkan sokongan dan komitmen warga organisasi untuk mencapai matlamat. • Saya membangunkan potensi kepimpinan serta menggalakkan warga organisasi mengambil peluang untuk meningkatkan ilmu kepimpinan. • Saya menjadi suri teladan (role model) kepada warga pendidik di dalam dan di luar organisasi berkaitan aspek kepimpinan 15 D4K2 :ORIENTASI KECEMERLANGAN SKALA 1 2 3 4 5
Sejauh manakah saya berupaya mengurus kendiri dan subordinat, pengurusan emosi yang stabil dan memahami individu lain (empati) serta berkeyakinan melaksanakan tugas dengan berkesan. • Saya mengendalikan emosi diri sendiri dan memotivasikan emosi yang negatif serta berupaya untuk berkomunikasi dengan baik bagi mewujudkan hubungan yang harmonis. • Saya mendorong staf mengurus emosi mereka secara bijak serta berkomunikasi secara berhemah dan berkesan. Saya juga memberi penghargaan kepada staf yang mempamerkan emosi yang stabil. • Saya memberi pelbagai alternatif kepada staf yang mengalami konflik diri dan emosi negatif. Saya juga mengadakan dialog profesional (perbincangan) dan pemantauan berterusan untuk memastikan emosi warga organisasi sentiasa stabil. • Saya memimpin warga organisasi untuk membina dan menjalin interaksi sosial serta mengamalkan tingkah laku yang berhemah dan harmoni dengan pelbagai pihak secara berterusan. • Saya menjadi suri teladan (role model) dalam membina dan menjalin interaksi sosial dengan pelbagai pihak dalam pengurusan konflik secara berkesan. 16 D4K3:KEMAHIRAN MENGURUS KENDIRI DAN SOSIAL SKALA 1 2 3 4 5
Sejauh manakah saya berupaya untuk menghayati, menerap dan membudayakan ciri-ciri keusahawanan (proaktif, mencipta, tidak mudah berputus asa, berani mengambil risiko dan merebut peluang) untuk membuat perubahan secara kreatif dan inovatif. • Saya mengenal pasti warga organisasi yang memiliki ciri-ciri keusahawanan berdasarkan data-data yang relevan. • Saya membangunkan warga organisasi yang memiliki ciri-ciri keusahawanan untuk melaksanakan program penambahbaikan organisasi. • Saya menyebarluaskan kepentingan ciri-ciri keusahawanan dengan menerapkan pemikiran dan menggalakkan aktiviti berasaskan pemikiran keusahawanan. Saya juga memberi penghargaan kepada warga organisasi yang berjaya mengaplikasikan ciri-ciri keusahawanan untuk penambahbaikan organisasi. • Saya membudayakan ciri-ciri keusahawanan secara berterusan sehingga menjadi amalan dalam melaksanakan program penambahbaikan organisasi. • Saya mengenal pasti kekuatan ciri-ciri keusahawanan organisasi luar yang boleh diaplikasikan di dalam organisasi. Saya juga berkongsi pengalaman dengan pihak luar berkenaan amalan ciri-ciri keusahawanan terbaik di peringkat kebangsaan/antarabangsa. 17 D4K4: ORIENTASI KEUSAHAWANAN SKALA 1 2 3 4 5
HUBUNGAN
Sejauh manakah saya berupaya membina jaringan dan jalinan, melestari dan memanfaatkan hubungan dengan pelbagai pihak untuk pembangunan organisasi. • Saya mengenal pasti peluang mewujudkan jaringan dan jalinan dengan pihak luar. • Saya bersama-sama warga organisasi merancang pelbagai program kerjasama dengan pihak luar. • Saya menyebar luas dan menggalakkan kepentingan jaringan dan jalinan dengan pihak luar dan sarana ibu bapa untuk kemajuan organisasi. Saya juga memberi galakan dan sokongan kepada warga organisasi dalam membina hubungan dengan pihak luar. • Saya berusaha untuk melibatkan komuniti setempat untuk merancang pelbagai strategi bagi mempertingkatkan jaringan dan jalinan. Saya juga memperluaskan jaringan dan jalinan di peringkat negeri dan kebangsaan. • Saya menjadi suri teladan (role model) kepada pihak luar berkaitan amalan terbaik jaringan dan jalinan di peringkat kebangsaan/ antarabangsa dan membimbing organisasi lain dalam membina jaringan dan jalinan. 18 D5K1:MEMBINA JARINGAN DAN JALINAN SKALA 1 2 3 4 5
2 4 6 1 3 5 7 3 Julai 2023 Edaran surat Pengisian i KOMPAS 2023 4 - 6 Julai 2023 Bengkel Penyelarasan bersama PM JPN 15 Julai 2023 Sistem i KOMPAS dibuka 15 Jul - 31 ogos 2023 Penataran I KOMPAS 31 Ogos 2023 Sistem i KOMPAS ditutup 18 Sept 2023 Analisis dan Pelaporan (IAB) 15 - 31 Oktober Bimbingan GARIS MASA PELAKSANAAN i KOMPAS 2023 8 24 - 27 Sept 23 Analisis dan Pelaporan (IAB & JPN)
https://iab.moe.edu.my/index.php/ms/
BAHAGIAN D: RUMUSAN/ LAPORAN INDIVIDU
BAHAGIAN B: PENILAIAN KOMPETENSI KENDIRI
LAPORAN DOMAIN KOMPETENSI