The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

Factorising Expressions Presentation in Green Brown Illustrative Scrapbook Style

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by aizzah nurlaili, 2024-01-12 10:14:29

KEBAIKAN REVOLUSI INDUSTRI 4.0 DAN CABARAN-CABARAN YANG DIHADAPI

Factorising Expressions Presentation in Green Brown Illustrative Scrapbook Style

ISU SEMASA DAN CABARAN MASA DEPAN KEBAIKAN REVOLUSI INDUSTRI 4.0 CABARAN MENDEPANI REVOLUSI INDUSTRI 4.0 GISC 1082


Revolusi Industri 4.0 membawa sejumlah kebaikan termasuk peningkatan efisiensi produksi, inovasi teknologi, dan integrasi sistem yang lebih baik. Hal ini sudah semestinya dapat meningkatkan daya saing antara industri-industri sama ada di dalam Malaysia mahupun peringkat antarabangsa. ME N I N G K A T K A N EFISIE N SI P R OD U K SI K E B A I K A n R EVOL U SI I N D U S T R I I R 4 .0


MENGURANGKAN KOSOPERASILOJI RAWATAN AIR Teknologi Revolusi Industri 4.0 dapat mengadaptasi pengoperasian loji rawatan air secara automasi sepenuhnya dengan penyediaan beberapa kemudahan canggih dan maju. Hal ini mampu mengurangkan kos operasi serta meningkatkan kualiti perkhidmatan bekalan air bersih. Antara gerak kerja yang berjalan selari dengan teknologi revolusi industri 4.0 ialah dengan pemasangan meter pintar menggunakan teknologi Identifikasi Frekuensi Radio (RFID).


Melahirkan Graduan Berinovasi dan Berkemahiran Tinggi. Revolusi Industri 4.0 adalah era yang bukan sahaja melibatkan pembelajaran komputer dan mesin sahaja, malahan melibatkan juga perancangan bakat dan inovasi. Kepelbagaian teknik dan domain dalam revolusi ini bakal membuka peluang kepada para pengajar dan pelajar untuk mempelajari sistem pendidikan baharu berorientasikan pendigitalan. Pada tahun 2018, Syarikat Huawei telah bekerjasama dengan 9 universiti awam dan swasta di negara ini bagi menawarkan Pengiktirafan Huawei melalui program Akademi Maklumat dan Rangkaian Berdaftar Huawei (HAINA) untuk mendedahkan pada graduan kepada teknologi canggih daripada Huawei serta berpeluang menjalani praktikal informasi teknologi maklumat (ICT) agar mampu menjadi pekerja berinovasi dan berkemahiran tinggi di masa akan datang.


Pemerkasaan Keusahawanan Digital: Pemerkasaan Keusahawanan Digital melibatkan usaha untuk memberikan sokongan kepada individu atau syarikat dalam bidang keusahawanan digital. Ini melibatkan penyediaan akses kepada teknologi serta sumber daya digital untuk menyokong pertumbuhan perniagaan yang berinovasi. Tujuan utama pemerkasaan keusahawanan digital adalah untuk memberi usahawan keupayaan untuk menangani cabaran dan memanfaatkan peluang yang tersedia dalam landskap digital. Usahawan dapat berinovasi dengan lebih mudah, mengembangkan produk atau perkhidmatan yang bersaing, dan mengukuhkan kehadiran perniagaan mereka dalam arena digital dengan memperoleh akses kepada sumber daya digital.


Infrastruktur rangkaian telekomunikasi jalur lebah mudah alih dan tetap menjadi asas kepada IR 4.0. Pelaksanaan penyelesaian teknologi baharu adalah lebih mencabar di kawasan yang kekurangan infrastruktur digital. Hal ini akan menyebabkan mereka tertinggal dan berlaku pengagihan manfaat yang tidak saksama di setiap kawasan Kerajaan perlu memastikan liputan jalur lebar yang berkualiti dan inklusif dapat disediakan. KEKANGAN INFRASTRUKTUR DIGITAL MAMPU BAYAR DAN BERKUALITI TINGGI caba R A N - C A B A R A N Y A N G DIH A D A PI


Ancaman Keselamatan Siber Kewujudan revolusi ini akan membawa kepada ancaman jenayah siber yang lebih tinggi berbanding revolusi sebelum ini. Pengenalan internet pelbagai benda ( Internet Of Things, IoT) yang mengintegrasikan antara sistem fizikal dan siber akan menimbulkan lebih banyak kelemahan dalam sistem rangkaian termasuk ancaman penggodam dan penjenayah siber. Ancaman ini secara todak lansung membawa kepada risiko keselamatan pemilikan data seseorang individu atau sesebuah syarikat termasuklah hilang kawalan data, pendedahan data dan maklumat peribadi serta perkongsian dan penjejakan maklumat.


KETIDAKSEIMBANGAN EKONOMI Ketidakseimbangan ekonomi dalam era Revolusi Industri 4.0 melibatkan risiko perpecahan antara sektor ekonomi. Meskipun beberapa industri mendapat manfaat daripada automatasi dan digitalisasi, sektor lain mungkin terpinggir, mencipta jurang pendapatan yang semakin besar. Cabaran ini mungkin menimbulkan masalah sosial dan ketidaksetaraan ekonomi di kalangan masyarakat dan negara-negara, memerlukan penyelesaian seimbang untuk memastikan keselamatan ekonomi global.


Wujudnya kemungkinan kehilangan pekerjaan secara keseluruhan, bersamaan dengan perubahan bentuk atau penciptaan pekerjaan baru sebagai hasil daripada teknologi. Keadaan ini mencipta kebimbangan dan kekurangpastian di kalangan pekerja, memerlukan penyesuaian serta penyediaan strategi untuk menangani cabaran pekerjaan yang berubah secara mendadak. Peningkatan automasi menyebabkan ketidakpastian dalam pasaran pekerjaan. peningkatan automasi


Click to View FlipBook Version