MENINGKATKAN PENGUASAAN
ILMU SARF BAHASA ARAB ATAU
ILMU MORFOLOGI
DENGAN MENGGUNAKAN
KALKULATOR SOROF
UNTUK PELAJAR
TING. LIMA IBNU BATTUTAH
OLEH
ZULIANA BT MD SUKOR
SMKA SEGAMAT
KM 5 JALAN GENUANG,SEGAMAT BARU
85000 SEGAMAT, JOHOR.
1
ISI KANDUNGAN Muka Surat
2
Bil Perkara 3
1. Isi Kandungan 4
2. Penghargaan 5
3. Abstrak 6
4. 1.0 Refleksi Pengajaran dan Pembelajaran Lalu 7
5. 2.0 Isu Keprihatinan/Fokus Kajian 7
6. 3.0 Objektif Kajian
7. 4.0 Kumpulan Sasaran 8-14
8. 5.0 Pelaksanaan Kajian 8
8
5.1 Tinjauan Masalah 10
5.2 Pelaksanaan Tindakan Yang Dijalankan 13
5.3 Analisis Tinjaun Masalah
5.4 Refleksi Kajian 14
14
9. 6.0 Cadangan Kajian Seterusnya 15
10. 7.0 Penutup
11. Bibliografi
12. Lampiran
• Lampiran 1 – Gambar Depan CD INOVASI
• Lampiran 2 – Modul Soalan Sorof
• Lampiran 3 – Aplikasi Kalkulator Sorof 1
• Lampiran 4 – Aplikasi Kalkulator Sorof 2
• Lampiran 5 – Senarai Keputusan Pelajar
• Lampiran 6 – Carta Gant dan Senarai Semak
• Lampiran 7 – Gambar Sepanjang Kajian
2
PENGHARGAAN
والصلاة والسلام على رسوله الأمين وعلى آله وأصحابه أجمعين.الحمدلله رب العالمين
Terlebih dahulu kami panjatkan kesyukuran ke hadrat ilahi kerana dengan limpah
kurniaNya Kajian Tindakan kami yang bertajuk MENINGKATKAN
PENGUASAAN ILMU SARF ATAU ILMU MORFOLOGI DENGAN
MENGGUNAKAN KALKULATOR SOROF UNTUK PELAJAR TINGKATAN LIMA
IBNU BATTUTAH telah pun saya selesaikan beserta laporannya.
Kajian ini bertujuan untuk memperbaiki prestasi pelajar Tingkatan 5 Ibnu
Battutah dalam mata pelajaran Bahasa Arab seterusnya untuk menarik minat
pelajar untuk terus mempelajari bahasa arab agar dapat memahami al-Quran
walaupun secara am.
Adalah diharapkan semoga laporan kajian tindakan ini dapat menepati kehendak
KPM seterusnya dapat memberi manfaat kepada para pelajar dan guru yang lain
terutamanya dalam mendidik pelajar-pelajar di zaman teknologi moden kini.
Jutaan terima kasih dirakamkan atas kerjasama pelajar Tingkatan 5 Ibnu
Battutah sebagai kumpulan sasaran dalam menjayakan kajian ini. Sahabat yang
banyak membantu saya untuk mencipta satu alat inovasi En Norfirdaus bin Abd
Ghani , tak lupa juga kepada Ustaz Jamil bin Husin GPK1 dan Ustaz Abd.Hadi
bin Mohamed Suhaimi Guru Kanan Bidang Agama dan Bahasa Arab atas
sokongannya kepada kami untuk menyelesaikan kajian ini dengan jayanya .
Juga kepada semua pihak yang terlibat, sama ada secara langsung atau tidak
langsung untuk menyiapkan kajian ini. Semoga kerjasama, idea dan tenaga yang
dicurahkan mendapat ganjaran daripada Allah S.W.T.
Sekian Terima Kasih.
ZULIANA BINTI MD.SUKOR
Guru Bahasa Arab SMKA Segamat
3
ABSTRAK
Menguasai ILMU SARF atau dengan kata lainnya dalam istilah bahasa
melayu iaitu ILMU MORFOLOGI bahasa arab merupakan ilmu paling penting
untuk memperbanyak perbendaharaan kata seterusnya pelajar mampu
membina ayat dan karangan yang sempurna. Ia juga merupakan tajuk wajib
dalam item peperiksaan Bahasa Arab SPM untuk kertas 1 dan kertas 2. Namun
begitu analisis menunjukkan hampir keseluruhan pelajar Tingkatan 5 Ibnu
Battutah iaitu kelas aras rendah tingkatan 5 di sekolah saya, tidak mampu
mengubah dan mengingat formula untuk mengubah kata dasar kepada pecahan
perkataan yang lain. Daripada 23 orang pelajar, hanya 2 orang sahaja yang
mendapat markah 12 ke atas daripada 20 pada ujian pra.
Justeru , perancangan tindakan difokuskan kepada penguasaan ilmu
morfologi dengan menggunakan aplikasi yang kami namakan KALKULATOR
SARF iaitu satu inovasi yang telah mula kami cipta pada tahun 2012 bagi
menyelesaikan kajian tindakan ini. Idea Aplikasi KALKULATOR SARF ini dicipta
rentetan daripada kajian tindakan yang bertajuk MENGUBAH KATA KERJA
KEPADA KATA TERBITAN MELALUI KAEDAH "'ALATAR'AD" dan projek
inovasinya pada tahun 2010 iaitu “MU’JIB”. Namun setelah diteliti dan dikaji,
projek tersebut perlu diberi nafas baru agar lebih inovatif dan kreatif
selaras dengan perubahan dan kemajuan teknologi yang berlaku.
Kajian dijalankan dengan 4 aktiviti yang mengambil masa 1 jam dalam
tempoh 12 minggu termasuk pengukuhan. Keputusan ujian pos telah
menunjukkan peningkatan prestasi pelajar. Dapatan soal selidik pula
menunjukkan pelajar lebih mengingati, memahami ilmu morfologi yang sebelum
ini dianggap tajuk yang menggerunkan. Ini kerana inovasi ini dicipta seiring
dengan hasrat Bahagian Akademik Kementerian Pendidikan Malaysia yang
mengharapkan proses pengajaran dan pembelajaran mesti bercirikan HOTS(
Higher Order Thinking Skills ). Proses pengajaran dan pembelajaran bukan
bertumpu kepada guru tetapi kepada murid. Guru hanyalah sebagai fasilitator
dan pembimbing. Ia merupakan antara proses Pembelajaran Berasaskan Inkuiri
(PBI) yang merupakan satu cabang kaedah pembelajaran konstruktivisme.
4
1.0 REFLEKSI PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN LALU
Masalah penguasaan ilmu morfologi dalam proses pengajaran dan pembelajaran
bukanlah masalah baru yang saya hadapi, tetapi ianya menjadi bertambah parah
apabila Sukatan Pelajaran Bahasa Arab mula diubah bermula tahun 2011. Sebelum
ini, soalan yang melibatkan tajuk ini secara keseluruhannya hanya dalam kertas 1
sahaja, tetapi bermula tahun lepas, soalan sorof juga terdapat dalam kertas 2. Hal ini
menyebabkan pelajar-pelajar tingkatan 5 Ibnu Battuta kehilangan banyak markah
kerana tidak dapat menguasai tajuk ini. Ianya juga dapat saya buktikan daripada
keputusan Ujian Pengesanan yang saya jalankan pada hujung bulan Januari,
sebelum mula-mula saya mengajar mereka untuk mengetahui aras mereka. Analisis
dari ujian tersebut mendapati, 20 orang dari 23 orang pelajar dari kelas tersebut
mendapat 8 markah dan kebawah daripada 20 markah. Malahan ada yang tidak
mampu menjawab langsung soalan tersebut.
Pengenalpastian masalah saya senaraikan seperti berikut:
• Cara menukar kata kerja dasar kepada pecahan perkataannya yang lain, amat
mengelirukan pelajar-pelajar kerana kaedahnya hampir sama. Ia hanya
melibatkan beberapa huruf dan baris tertentu sahaja.
• Pelajar susah untuk menghafaz kata timbangan atau kaedah tersebut dan
mengaplikasikannya dengan kata kerja yang lain.
• Pelajar tidak tahu mengulangkaji bahasa arab tanpa guru, mengundang
masalah kerja rumah yang tidak selesai dan belum pasti kesahihannya.
• Pelajar lebih gemar menggunakan teknologi dalam proses pengajaran dan
pembelajaran.
5
2.0 ISU KEPERIHATINAN / FOKUS KAJIAN
Sebenarnya saya telah lama mengesan masalah yang dihadapi oleh pelajar
dalam menguasai ilmu morfologi. Buktinya penguasaan kosa kata bahasa arab juga
amat membimbangkan. Daripada refleksi di atas, didapati pelajar Tingkatan 5 Ibnu
Battuta tidak dapat menguasai kemahiran-kemahiran berikut:
a) Asas Ilmu Morfologi
b) Mengaplikasi formula yang diketahui kepada perkataan lain
Saya amat bimbang, jika masalah ini tidak ditangani segera, sasaran sekolah
untuk mendapat 50 peratus A Bahasa Arab akan berlalu begitu sahaja. Amat
membimbangkan lagi sekiranya tidak dapat mengekalkan kecemerlangan SPM 2012
Bagi mengatasinya, kami mencipta satu aplikasi yang dinamakan KALKULATOR
SARF untuk membantu pelajar meningkatkan penguasaan ilmu morfologi.
Penerapan kaedah inkuiri melalui KALKULATOR SARF ini akan membantu murid
memperkembang daya pemikiran kreatif dan kritis .
Oleh kerana aplikasi ini melibatkan kaedah " 'Alatar'ad", jadi kami menggunakan
perisian yang boleh menerapkan kaedah ”’Ala Tar ’Ad”.
Iaitu singkatan bagi perkataan-perkataan berikut:
i . 'Ala = علامة-Tanda
ii . Tar = – ترتيبSusunan huruf
iii. 'Ad = عدد- Bilangan huruf
Aplikasi ini kami cipta untuk membantu pelajar mengubah kata kerja kepada
pecahan perkataan lain tanpa menghafaz kata timbangannya atau wazannya.
Mereka hanya perlu mengenal pasti tanda yang khusus pada kata kerja tersebut,
bilangan hurufnya dan di mana susunan hurufnya. Apabila mereka telah mengenal
pasti ketiga-tiganya, mereka hanya perlu menaip perkataan tersebut pada aplikasi
KALKULATOR SOROF mengikut pembahagiannya bagi mengetahui pecahan
perkataannya. Jika pelajar menggunakan aplikasi ini melalui kaedah pembelajaran
inkuiri, secara tidak langsung mereka dapat menguasai konsep ilmu morfologi ini,
walaupun tanpa guru. Apa yang lebih membanggakan kemahiran berfikir dalam
kalangan pelajar semasa menggunakan aplikasi ini boleh dikembangkan dengan
baik.
6
3.0 OBJEKTIF KAJIAN
Selepas kajian ini selesai dijalankan, pelajar-pelajar diharap akan mencapai objektif
berikut:
i. Objektif Umum
Meningkatkan GP sekolah dengan peningkatan peratus kecemerlangan A
Bahasa Arab SPM dan sifar D dan E dengan penguasaan ilmu sorof.
ii. Objektif Khusus
• Pelajar boleh mengubah 20 kata kerja kepada pecahan atau rangkaian
perkataannya yang lain dengan betul secara bertulis dan lisan.
• Pelajar dapat mencipta satu konsep daripada hipotesis yang dibuat
dengan menggunakan kalkulator sorof ini secara bertulis dan lisan.
• Memperbanyak kosa kata bahasa arab dalam kalangan pelajar dan
mengukuhkan ingatan mereka pada konsep ilmu sorof.
4.0 KUMPULAN SASARAN
Kajian ini melibatkan 23 orang pelajar Tingkatan 5 Ibnu Battutah
7
5.0 PELAKSANAAN KAJIAN
5.1TINJAUAN MASALAH
Sebelum langkah-langkah yang seterusnya diambil, tinjauan terhadap masalah yang
dikenal pasti telah dibuat bertujuan untuk memahami dengan lebih mendalam
masalah tersebut. Tinjauan telah dilakukan dengan mengutip data seperti yang
berikut:
• Ujian Pengesanan menjawab soalan sarf dalam masa yang mencukupi.
• Ujian Pra dan Pos 1
• Ujian secara lisan dan bertulis bagi mengesan penguasaan ilmu sorof.
5.2 PELAKSANAAN TINDAKAN YANG TELAH SAYA JALANKAN:
5.2.1 Aktiviti 1 : Pengenalan Kalkulator Sorof - Tarikh: 19 Mac 2013
Langkah 1 : Guru memberikan setiap seorang cd atau pemacu driver yang
mengandungi aplikasi KALKULATOR SARF & Pengenalan
Ilmu Sorof dan memberi penerangan tentang penggunaannya.
( Sila Lampiran 1 – Gambar Depan CD INOVASI )
Langkah 2 : Guru meminta mereka melihat kandungan cd tersebut dan
mempelajari semula pengenalan ilmu sorof berulang kali
dengan menggunakan teknik ”Bercerita” dan ”’Alatar ad”
sebelum melakukan aplikasi KALKULATOR SOROF.
Langkah 3 : Pelajar diminta membuat kesimpulan daripada hasil tinjauan
mereka daripada Pengenalan Ilmu Sorof secara lisan.
Langkah 4 : Setiap pelajar diminta menjawab soalan latihan berkenaan
Pengenalan Ilmu Sorof daripada cd tersebut iaitu
mengkelaskan jenis kata kerja dan membezakannya.
Refleksi : Semua pelajar boleh mengkelaskan konsep jenis kata kerja
selepas membuat penemuan daripada bahan tersebut.
8
5.2.2 Aktiviti 2 : Menjawab Soalan Musytaqqot Kata Kerja SOHIH Dengan
Menggunakan KALKULATOR SARF -Tarikh : 21 Mac 2013
Langkah 1 : Pelajar diberikan satu modul soalan Musytaqqot dari kata
kerja Sohih yang mengandungi 20 soalan.
( Sila Lihat Lampiran 2 – Contoh Modul Soalan )
Langkah 2 : Guru meminta pelajar mencari jawapan soalan tersebut
dengan menggunakan aplikasi KALKULATOR SARF .
( Sila Lihat Lampiran 3 – Aplikasi KALKULATOR SARF )
Langkah 3 : Pelajar diminta membuat kesimpulan dan menyatakan
formula menukar kata kerja kepada musytaqqotnya daripada
pemerhatian mereka selepas menggunakan KALKULATOR
SARF.
Refleksi : Semua pelajar boleh menukar 10 kata kerja sohih kepada
rangkai kata perkataan lain dan menyatakan konsepnya.
5.2.3 Aktiviti 3 : Menjawab Soalan Musytaqqot Kata Kerja MU’TAL Dgn
Menggunakan KALKULATOR SARF -Tarikh : 3 April 2013
Langkah 1 : Pelajar diberikan satu modul soalan Musytaqqot dari kata
kerja Mu’tal yang mengandungi 20 soalan.
Langkah 2 : Guru meminta pelajar mencari jawapan soalan tersebut
dengan menggunakan aplikasi KALKULATOR SARF .
( Sila Lihat Lampiran 4 – Aplikasi KALKULATOR SARF )
Langkah 3 : Pelajar diminta membuat kesimpulan dan menyatakan
formula menukar kata kerja kepada musytaqqotnya daripada
pemerhatian mereka selepas menggunakan KALKULATOR
SARF.
Refleksi : Semua pelajar boleh menukar 10 kata kerja mu’tal kepada
rangkai kata perkataan lain dan menyatakan konsepnya.
5.2.4 Aktiviti 4 : Ujian Pos 2 –Menjalankan Ujian Untuk menilai Prestasi
Pelajar dan Membuat Perbandingan.
Refleksi : Semua pelajar boleh menjawab dengan baik soalan Pos 2
dan memperbanyak kosa kata bahasa arab.
( Sila Lihat Lampiran 5 – Senarai Keputusan Pelajar )
( Sila Lihat Lampiran 6 – Carta Gant dan Senarai Semak Pelaksanaan )
9
5.3 ANALISIS TINJAUAN MASALAH.
5.3.1 Analisis pemerhatian
Berdasarkan pemerhatian selepas kajian dijalankan terhadap
kumpulan sasaran didapati :
- Pelajar lebih berkeyakinan dan seronok untuk menjawab soalan
yang diberikan kepada mereka dengan menggunakan
KALKULATOR SARF kerana mereka telah mengetahui jawapan
soalan tersebut hanya dengan menaip kata kerja sahaja.
- Pelajar berjaya mengesan konsep untuk mengubah setiap kata
kerja kepada pecahan perkataan lain selepas pemerhatian .
Kemahiran berfikir pelajar telah berkembang semasa proses ini.
- Suasana pembelajaran di dalam kelas lebih memberangsangkan
dan menyeronokkan . Guru hanya sebagai pembimbing sahaja.
5.3.2 Analisis Ujian Pra dan Pos.
Perbandingan pencapaian pelajar dalam Ujian Pra dan Pos adalah
seperti berikut :
Markah Bilangan Pelajar
Pra Pos 1 Pos 2
Pos 3
20 0 0 5 23
17-19 0 1 50
14-16 0 4 80
11-13 2 2 50
8-10 1 2 00
6 8 00
5-7 13 6 00
2-4 1 0 00
0-1
Dapatan Ujian Pra dan Pos menunjukkan terdapat peningkatan dari segi
pencapaian pelajar. Walaupun masih terdapat pelajar yang mendapat
markah 12 tetapi tiada seorang pun pelajar yang mendapat markah 10
ke bawah berbanding dengan Ujian Pra dimana 20 orang pelajar telah
mendapat markah 10 ke bawah. Bagi melatih pelajar menggunakan
aplikasi ini, saya telah memuat turun ke dalam frog VLE agar pelajar
dapat menggunakannya semasa cuti sekolah. Pos 3 mencatatkan
keputusan luar biasa. Semua pelajar dapat menjawab dengan betul.
10
SKALA 123 45
ITEM ( BILANGAN PELAJAR)
1. Bahasa Arab merupakan subjek yang
23 0 0 0 0
mudah. (Sebelum kajian)
2. Ilmu Sorof merupakan satu tajuk yang 23 0 0 0 0
mudah dikuasai walaupun tanpa
KALKULATOR SARF.
3. Saya lebih suka menggunakan teknik saya 23 0 0 0 0
sendiri daripada KALKULATOR SARF.
4. Saya tahu menjawab soalan sarf selepas 0 0 0 2 21
guru memperkenalkan KALKULATOR
SARF.
5. Saya rasa lebih seronok dan lebih yakin 0 0 0 0 23
menjawab soalan sorof dengan
menggunakan KALKULATOR SARF
walaupun berada di rumah.
6. Saya mampu menghafaz formula menukar 0 0 0 0 23
kata kerja kepada pecahan perkataan lain
setelah berulang kali menggunakan
KALKULATOR SARF
Skala Likert : 1 - sangat tidak setuju
2 - tidak setuju
3 - kurang setuju
4 - setuju
5 - sangat setuju
Analisis Soal Selidik Yang Telah Dijawab Oleh Pelajar
11
5.3.3 Analisis Soal Selidik
Berikut di atas adalah analisis soal selidik yang telah dijawab oleh pelajar
Pelajar telah memberikan respons positif manakala guru-guru telah
memberikan komen yang membina. Antara komen-komen guru-guru
selepas saya menunjukkan modul pengajaran saya dan cara
penggunaannya kepada guru-guru, berikut adalah contoh komen yang
mereka telah berikan:
Guru Penolong Kanan 1 :
“Hebat... Teruskan usaha untuk terus memartabatkan bahasa arab.”
Guru Kanan Bidang Pendidikan Islam&Bahasa Arab:
“Aplikasi ini membuatkan pelajar berasa seronok belajar bahasa arab.
Apa yang paling penting, pelajar tidak mengantuk semasa belajar”
Guru Bahasa Arab:
“Amat mudah pelajar nak mencari jawapan untuk soalan sarf. Guru pun
tidak penat semasa proses p&p berjalan kerana pengajaran berpusatkan
kepada pelajar. Insya Allah cemerlang”
Pelajar Tingkatan 5 :
“Seronoknya belajar dengan teknologi. Boleh kaji sendiri di mana-mana
pelajar berada. Jawapan yang tepat terus dapat diketahui dan tak bosan
lagi belajar bahasa arab”
12
5.4 REFLEKSI KAJIAN KESELURUHAN
Pencapaian pelajar dalam Ujian Pos 1 ,Pos 2 dan pos 3 menunjukkan
peningkatan yang agak ketara. Penguasaan ilmu sorof secara keseluruhannnya
dengan menggunakan aplikasi KALKULATOR SARF banyak membantu pelajar
memahami konsep dan formula ilmu sarf dan dapat mengembangkan kemahiran
berfikir pelajar di samping memperoleh markah yang cemerlang dalam mata
pelajaran Bahasa Arab.
Hasil dapatan kajian menunjukkan kaedah pembelajaran Konstruktivisme
yang berasaskan Inkuiri yang diterapkan pada KALKULATOR SARF dapat
meningkatkan kebolehan pelajar untuk merancang, mengolah isi dan membuat
rumusan. Seterusnya meningkatkan keyakinan diri, daya ingatan dan kefahaman
terhadap apa yang dipelajari disamping menjadikan suasana P&P lebih ceria dan
menyeronokkan.
Masih terdapat pelajar yang mendapat 4 markah dalam Ujian Pos 1
kerana ujian ini dilakukan sebelum pelajar menggunakan KALKULATOR SARF
sepenuhnya. Walau bagaimanapun peningkatan yang begitu
memberangsangkan semasa Ujian Pos 2 seterusnya Pos 3. Saya lihat pelajar
amat seronok semasa proses membuat hipotesis dan kesimpulan daripada hasil
jawapan yang mereka dapat selepas menggunakan KALKULATOR SARF.
Mereka berlumba-lumba untuk menjawab soalan yang saya kemukakan secara
lisan.
Kami yakin bahawa aplikasi ini dapat membantu pelajar meningkatkan
pencapaian mereka dalam subjek Bahasa Arab dan menarik minat pelajar untuk
memahami al-Quran.
13
6.0 CADANGAN UNTUK KAJIAN SETERUSNYA
Beberapa cadangan untuk kajian seterusnya adalah seperti berikut :-
• Bahan Inovasi Bahasa Arab Untuk membina karangan bahasa
arab.
• Teknik Bercerita untuk mengingat fakta tatabahasa.
Hasil dari penyelidikan yang dijalankan, saya dapati terdapat perubahan
yang positif dari segi amalan pengajaran guru dan amalan pembelajaran pelajar .
Semoga hasil kajian saya ini dapat dimanfaatkan dan menjadikan proses P&P
lebih menarik, berkesan dan menyeronokkan. Apa yang lebih penting, sikap
pelajar selama ini yang kurang minat dan takut mempelajari bahasa arab akan
terhakis dari diri mereka.
7.0 PENUTUP
Kajian ini diharap dapat memberikan semangat baru kepada pelajar yang
hidup dalam zaman teknologi yang serba moden untuk terus mempelajari
bahasa arab dan menguasainya. Apatah lagi, kini ramai masyarakat telah
membuka mata akan kepentingan bahasa arab untuk menghayati isi al-Quran.
Selain itu, diharapkan juga kajian ini mampu mengembangkan kemahiran berfikir
pelajar yang berpusatkan kepada pelajar dan guru sebagai fasilitator. Mudah-
mudahan aplikasi KALKULATOR SOROF yang kami perkenalkan ini akan
menambahkan lagi BBM bahasa arab yang berbentuk teknologi untuk pelajar-
pelajar. Akhir kata ‘Marilah Cintakan Bahasa Arab Kerana Ia Bahasa Al-Quran
dan Bahasa syurga’.
14
BIBLOGRAFI
1. Sukatan Pelajaran dan Huraian Sukatan Tingkatan 1-5 Baru (2006). JPNJ.
2. Laporan Inovasi,( 2012) Zuliana Binti Md.Sukor.SMKA Segamat.
3. Bahagian Perancangan dan Penyelidikan Dasar Pendidikan KPM(2006). Manual
Kajian Tindakan. Percetakan Watan Sdn.Bhd.
15
LAMPIRAN 1
16
LAMPIRAN 2
17
LAMPIRAN 3
18
LAMPIRAN 4
19
LAMPIRAN 7
20