Jurnal Kajian Tindakan SMKA SABK, Jil.1 (2020), 1-9
”PUZZLE i-INSYAK” KIT MENINGKATKAN KEMAHIRAN MENULIS KARANGAN BAHASA ARAB
YANG BETUL DAN MENARIK BAGI TINGKATAN 5
Zuliana Md Sukor
Sekolah Menengah Kebangsaan Agama Segamat,
KM 5, Jalan Genuang, Segamat Baru,
85000 Segamat, JOHOR
[email protected]
ABSTRAK
Kajian ini bertujuan untuk mengatasi masalah pembelajaran murid dalam kemahiran
menulis karangan bahasa arab yang lebih gramatis dengan gaya bahasa dan tatabahasa
yang betul. Sasaran kajian ini terdiri daripada enam orang murid dari kelas 5 Ibnu Battutah
di SMKA Segamat. Model Kemmis & McTaggart (1988) digunakan sebagai asas kerangka
konseptual kajian. Oleh itu tinjauan awal untuk mengenal pasti masalah yang dihadapi
murid dalam kemahiran menulis karangan telah dijalankan dengan menganalisis latihan,
temu bual dan ujian sebelum intervensi. Berdasarkan analisis tersebut, didapati murid
belum menguasai kemahiran menulis karangan bahasa arab. Mereka tidak boleh
menyusun ayat dengan baik, tidak pandai memilih perkataan yang betul untuk
menyampaikan ayat yang difahami dan tidak pandai menyusun idea dalam penulisan
karangan bahasa Arab. Bagi menangani masalah tersebut, perancangan dan tindakan
telah dibuat sehingga terhasilnya kit Puzzle i-Insyak. Hasil dapatan kajian menunjukkan kit
Puzzle i-Insyak berjaya meningkatkan tahap penguasaan murid dalam kemahiran menulis
karangan bahasa Arab yang lebih gramatis dengan tatabahasa dan gaya bahasanya yang
betul. Hal ini dapat dibuktikan dengan dapatan perbandingan data peningkatan tahap
penguasaan murid terhadap penguasaan kemahiran bertulis sebelum dan selepas
intervensi . Kit Puzzle i-Insyak merupakan satu intervensi yang berjaya memperbaiki
amalan pembelajaran murid dalam penulisan karangan yang menepati ciri-ciri Pendidikan
Abad 21.
Kata kunci: Karangan bahasa arab, puzzle i-insyak, inovasi Bahasa Arab, PdPc,
PENGENALAN
Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia ( 2013-2025 ) merupakan manifestasi transformasi kerajaan
yang paling menyeluruh dalam sistem pendidikan dalam mendatangkan pulangan terbaik modal insan. Ia
mengandungi lima aspirasi sistem dan enam aspirasi murid yang akan dicapai dalam tempoh 13 tahun,
bermula dari tahun 2013 hingga 2025. Kemahiran berfikir dan kemahiran dwibahasa merupakan dua
daripada 6 Aspirasi murid tersebut. Oleh kerana itu pembelajaran dan pemudahcaraan Bahasa Arab
sebagai subjek kemahiran dwibahasa perlu diambil berat dalam setiap kemahiran berbahasa. Tambahan
pula pelaksanaan Pembelajaran Abad 21 (PAK 21) yang bermula pada tahun 2014 telah membawa
perubahan baru dalam dunia pendidikan. Kemahiran dwibahasa dan kemahiran berfikir perlu digarapkan
dengan 5 elemen atau standard asas dalam PAK 21 iaitu komunikasi, kolaboratif, pemikiran kritis, kreatif
serta aplikasi nilai murni dan etika sepanjang proses pembelajaran yang berpusatkan murid. Sudah pasti
proses pembelajaran dan pemudahcaraan subjek bahasa Arab juga perlu diterapkan dengan semua
elemen ini.
Penulisan boleh menjadi satu cabaran, sama ada menulis dalam bahasa ibunda masing-masing
atau dalam bahasa kedua. Penulisan juga boleh meningkatkan penguasaan bahasa kerana para pelajar
mencuba pelbagai jenis perkataan baru, ayat-ayat dan menulis dalam kuantiti yang banyak untuk
berkomunikasi idea-idea mereka secara lebih efektif dan untuk mempraktikkan tatabahasa dan
1
Jurnal Kajian Tindakan SMKA SABK, Jil.1 (2020), 1-9
perbendaharaan kata yang dipelajari di dalam bilik darjah. Menurut Zamri dan Mohamed Amin (2003),
kemahiran menulis pelajar ditingkatkan melalui kepelbagaian strategi kemahiran menulis. Strategi menulis
yang pelbagai ini dapat membantu para pelajar dalam aktiviti penulisan, terutamanya ketika peperiksaan.
Penulisan bahasa Arab begitu unik, ia sangat memerlukan setiap ejaan ditulis dengan tepat bukan sahaja
pada bentuk huruf malah ketepatan juga perlu pada titik,simbol, syaddah dan lain-lainnya. Pelajar perlu
menguasai kemahiran melakarkan huruf atau perkataan dengan cara yang betul. Sekiranya gagal,
maklumat atau mesej yang hendak disampaikan tidak tepat, lari dari maksud dan tidak boleh difahami. Di
samping itu, mereka mesti menguasai cara menulis perkataan yang telah dipersetujui oleh ahli bahasa, jika
tidak sudah pasti penulisannya gagal untuk menjelaskan maksud yang sebenar. Mereka juga mesti
mengetahui cara memilih perkataan yang betul dan menyusunnya menurut sistem yang tertentu supaya
pembaca memahami idea yang ingin disampaikan (Hassan Shahatah, 1993). Menurut Hutchinson (1990)
dalam kajian Hashim Othman, menulis merupakan satu proses untuk menyampaikan buah fikiran, idea
atau pendapat dengan tepat dan berkesan kepada khalayak atau pembaca.
Hakikatnya, Sukatan Pelajaran Bahasa Arab KBSM dan KSSM yang telah digariskan oleh Sektor
Kurikulum BPI KPM menetapkan penulisan karangan merupakan antara aspek utama pembelajaran
bahasa arab dalam kemahiran menulis yang perlu dikuasai oleh semua murid. Memandangkan penulisan
karangan adalah proses mental dan fizikal yang dinamik yang memerlukan latihan, bimbingan dan
pengulangan yang berterusan, maka strategi dalam penulisan karangan perlu dilaksanakan dalam
kalangan murid. Kajian mengenai penulisan ini haruslah sentiasa dilakukan bagi memastikan strategi-
strategi dan teknik-teknik yang pelbagai dapat dihasilkan dalam membantu murid dalam pembelajaran
menulis karangan agar penerapan elemen PAK 21 dan Kemahiran Berfikir Aras Tinggi dipraktikkan.
Refleksi Pengajaran dan Pembelajaran
Saya seorang guru Bahasa Arab yang bersemangat tinggi untuk mendidik anak-anak murid agar mereka
menguasai kemahiran bahasa Arab sepenuhnya. Harapan yang menggunung sebelum mereka
menyambung pelajaran ke universiti, mereka boleh menulis karangan dengan baik . Apatah lagi saya
pernah ditegur oleh seorang pensyarah universiti yang menyatakan kerisauannya tentang penulisan
karangan bahasa Arab dalam kalangan murid lepasan sekolah menengah amat membimbangkan.
Penulisan karangan merupakan satu topik besar dalam soalan Kertas 2 Bahasa Arab SPM.
Sebagai seorang guru, saya berasa sangat sedih kerana murid-murid saya tidak mampu menulis karangan
bahasa Arab yang betul dan difahami walaupun sudah lima tahun belajar Bahasa Arab di sekolah
menengah. Masalah ini juga berlaku pada 6 orang anak murid saya daripada kelas 5 Ibnu Battutah. Ketika
awal tahun proses pembelajaran dan pemudahcaraan dijalankan, saya dapati mereka tidak boleh menulis
ayat dengan susunan yang baik, tidak pandai memilih perkataan yang betul untuk menyampaikan ayat
yang difahami dan tidak pandai menyusun idea dalam penulisan karangan bahasa arab. Masalah-masalah
seperti ejaan yang tidak tepat, penggunaan pola kata yang salah dan hilangnya hubungan antara kata
dalam satu ayat juga antara kesalahan murid. Hal ini dapat dibuktikan daripada pemerhatian semakan
latihan mereka. Mereka memperolehi 13 markah dan ke bawah sahaja daripada 30 markah. Mengikut aras
penandaan karangan bahasa arab SPM daripada Lembaga Peperiksaan, markah 13 dan ke bawah adalah
markah aras lemah. Penguasaan kemahiran menulis karangan adalah faktor utama kelemahan mereka.
Masalah ini juga berpunca daripada kesilapan saya kerana saya telah beranggapan bahawa pengetahuan
sedia ada murid-murid bagi ilmu sintaksis dan morfologi cukup untuk membantu mereka menulis karangan
dengan baik.
Pengumpulan Data Awal
Pengumpulan data awal dibuat berdasarkan pemerhatian semakan latihan murid, ujian sebelum, dan temu
bual.
1. Pemerhatian – Semakan Latihan Murid
Guru meneliti setiap jenis kesilapan yang dilakukan oleh murid semasa menjawab soalan-soalan latihan
yang diberi. Daripada pemerhatian yang dilakukan semasa menyemak latihan pelajar (Lampiran A),
didapati enam orang murid daripada murid kelas 5 Ibnu Battutah tidak boleh menulis ayat dengan susunan
yang baik, tidak pandai memilih perkataan yang betul untuk menyampaikan ayat yang difahami dan
hilangnya hubungan antara kata dalam satu ayat.
2
Jurnal Kajian Tindakan SMKA SABK, Jil.1 (2020), 1-9
Jadual 1
Analisis kesalahan kemahiran menulis karangan murid
Contoh ayat murid Bilangan murid Sebab kesilapan Jawapan Sebenar
yang salah yang salah Berlaku
menjawab
يتعاون المجتمع مهم في بلادنا 6 Murid tidak pandai التعاون بين المجتمع مهم في بلادنا
Sedang menolong memilih perkataan yang Tolong menolong antara
masyarakat penting di betul untuk masyarakat merupakan
negara kita menyampaikan ayat yang perkara penting di negara kita
difahami.
بين المجتمع يهتم يحافظ النظيف 4 Murid’tidak boleh menulis تهتم الحكومة بمحافظة نظافة البلاد
البلاد في الحكومة لدى المجتمع
ayat dengan susunan
Antara masyarakat yang baik dan hilangnya Kerajaan mementingkan
mementingkan hubungan antara kata penjagaan kebersihan negara
menjaga bersih negara dalam satu ayat. dalam kalangan masyarakat
pada kerajaan
Jadual 2
Analisis jumlah murid tidak menguasai 3 item kemahiran menulis
Bil MA MB MC MD ME MF JUM TIDAK
1 Boleh menulis ayat MENGUASAI
dengan susunan yang
baik / / XXXX 4
2 Pandai memilih XXXXXX 6
perkataan yang betul
untuk menyampaikan
ayat yang difahami
3 Hubungan antara ayat / / X X X X 4
ke satu ayat ditulis
dengan sangat baik.
220000 14
2. Temu Bual
Seramai enam orang murid yang mendapat markah rendah 13 dan kebawah dalam ujian sebelum
intervensi ditemu bual untuk mendapatkan gambaran sebenar tanggapan murid terhadap penulisan
karangan bahasa Arab. Berikut adalah temu bual dan analisis daripada perbualan tersebut:
Jadual 3
Soalan guru, respon murid dan analisis
Murid Soalan guru dan respon murid Analisis respon murid
A, B & C Guru : Kamu dah belajar ilmu morfologi dan sintaksis
bahasa Arab. Tetapi kenapa kamu masih lagi salah -Murid tidak boleh menulis ayat
menggunakan perkataan yang betul dalam ayat dengan susunan yang baik.
3
Jurnal Kajian Tindakan SMKA SABK, Jil.1 (2020), 1-9
hingga saya tak faham apa ayat yang kamu nak -Murid tidak pandai memilih
sampaikan? perkataan yang betul untuk
menyampaikan ayat yang difahami.
Murid : Kami keliru untuk mengaplikasikan teori ilmu -Murid menggunakan pola kata
morfologi dan sintaksis dalam karangan. Banyak yang salah.
sangat peraturannya, dengan bentuk perkataan yang
pelbagai. Pening la ustazah nak fikir semua tu ..”
D,E & F Guru : Mengapa kamu tidak mengembangkan isi
dengan huraian, kenapa pendek sangat karangan
kamu ? -Murid tidak boleh menulis ayat
dengan susunan yang baik.
Murid : Biasanya saya hafal contoh karangan. Tapi
kali ni saya tak hafal karangan tajuk ni. Nak buat ayat -Murid menggunakan ejaan
sendiri pun tak tahu macam mana nak susun perkataan yang tidak tepat.
perkataan yang banyak dalam kepala ni, nak susun
jadi ayat sambil nak jaga pola katanya dan peraturan -Murid tidak pandai menyampaikan
sintaksisnya lagi. idea dalam penulisan karangan
bahasa arab.
Murid : Ustazah takde ke cara lain untuk saya mudah
susun ayat tanpa terlalu memikirkan ilmu sintaksis dan
morfologi tu? Periksa dah nak dekat ni.
3. Ujian Sebelum Intervensi
Ujian sebelum dijalankan untuk mengenal pasti masalah yang dihadapi oleh murid semasa menulis
karangan bahasa Arab. Saya telah mengenal pasti lima orang murid sebagai peserta kajian selepas
memperoleh pelbagai pola kesilapan yang telah dilakukan oleh lima orang peserta kajian seperti dalam
jadual 1. Hasil analisis didapati enam orang murid mendapat 13 markah dan ke bawah. Hal ini kerana
mereka tidak menguasai kemahiran menulis dengan baik.
Jadual 4
Markah sebelum intervensi 5 orang murid.
Bil Nama murid Markah sebelum Peratus markah
(%)
intervensi 43
23
1 Murid A 13/30 23
17
2 Murid B 7/30 17
17
3 Murid C 7/30 23.3
4 Murid D 5/30
5 Murid E 5/30
6 Murid F 5/30
Jumlah markah 42/180
FOKUS KAJIAN
Daripada refleksi di atas, didapati murid tidak dapat menguasai kemahiran penulisan karangan dengan
baik. Mereka keliru untuk menulis karangan bahasa Arab dengan cantik dan gramatis dan dalam masa
yang sama perlu menjaga tatabahasanya, cara penggunaan perkataan dalam ayat, gaya bahasanya dan
susunan perkataan dalam ayat. Kajian ini memfokuskan kepada bahan yang mudah bagi membantu murid
meningkatkan penguasaan dan kemahiran menulis mereka dalam hasil pembelajaran berikut :
• menulis ayat bahasa Arab dengan menggunakan gaya bahasa yang betul, gramatis dan menarik.
• memilih perkataan bahasa Arab yang betul untuk menyampaikan ayat yang difahami.
• membantu murid menyusun idea karangan dengan betul.
4
Jurnal Kajian Tindakan SMKA SABK, Jil.1 (2020), 1-9
OBJEKTIF DAN SOALAN KAJIAN
Kajian ini dijalankan berdasarkan objektif berikut:
Meningkatkan tahap penguasaan murid untuk menulis karangan bahasa Arab dengan gaya
bahasa yang betul, gramatis dan menarik melalui bahan Puzzle i-Insyak.
Soalan Kajian
Kajian yang dijalankan ini akan menjawab persoalan kajian yang berikut:
Bagaimana Kit Puzzle i-Insyak dapat meningkatkan kemahiran menulis karangan bahasa arab
dalam kalangan murid melalui dapatan pemerhatian, kaedah temu bual dan kaedah ujian?
PESERTA KAJIAN
Dalam penyelidikan tindakan ini, enam orang murid dari kelas 5 Ibnu Battutah merupakan peserta kajian.
Enam orang murid ini adalah antara yang mendapat markah terendah dalam ujian sebelum intervensi
dalam penulisan karangan.
TINDAKAN YANG DIJALANKAN
Saya menggunakan model Kemmis & McTaggart (1988) sebagai asas kerangka konseptual kajian untuk
menjalankan penyelidikan ini. Model ini dipilih kerana menurut Khairuddin, Ibrahim, Zaridah (2016), model
ini merupakan model penyelidikan tindakan yang popular dalam kalangan pengamal pendidikan dan guru-
guru di Malaysia kerana ia mudah difahami dan dikendalikan. Selain itu, pada pendapat pengkaji model ini
amat sistematik dan terperinci. “Action Research Cycle‟merupakan asas kepada model ini. Terdapat empat
elemen utama yang terdapat didalam model ini iaitu tinjauan awal, merancang tindakan, melaksanakan
tindakan serta memerhati dan akhir sekali mereflek.
Mengenal pasti masalah -Membuat refleksi
dan situasi kajian -Pengumpulan maklumat
-Menentukan fokus kajian
Merancang tindakan :
Menghasilkan
Puzzle i-Insyak, menepati
kemahiran menulis
Mereflek: Membuat Melaksana tindakan :
perbandingan data Penggunaan Puzzle i-
sebelum dan selepas
Insyak dalam PdPc
Memerhati :
Pemerhatian latihan
murid, Ujian selepas
dan temu bual
Rajah 1. Model Penyelidikan Kemmis & McTaggart
Perancangan Tindakan
Saya menghasilkan Puzzle i-Insyak sebagai satu bahan maujud untuk memudahkan murid menguasai
kemahiran menulis karangan dengan mudah dan betul. Puzzle i-Insyak mengandungi ungkapan-ungkapan
bahasa Arab yang diambil daripada sukatan pelajaran yang perlu dicantumkan bagi membentuk karangan
5
Jurnal Kajian Tindakan SMKA SABK, Jil.1 (2020), 1-9
bahasa Arab yang betul dan gramatis dengan gaya bahasa yang menarik . Puzzle ini diinovasikan dalam
bentuk 4 lajur dan beberapa baris. Setiap lajur mewakili bahagian penting dalam pembinaan ayat bahasa
Arab yang bukan hanya melibatkan susunan perkataan bahkan jenis perkataan dan barisnya. Puzzle i-
Insyak memudahkan murid mengembangkan ayat karangan tanpa murid terlalu memikirkan teori-teori
tatabahasa sama ada ilmu morfologi atau sintaksis bahasa Arab yang banyak.
LAJUR Butiran
Bermula daripada kanan
Penanda wacana dan penyambung ayat. ( Banyak disediakan )
1 Contoh : Pada masa kini / Walaubagaimanapun / Tidak syak lagi
Subjek/ Kata Kerja dan pelakunya ( Mengikut tajuk yang diberi )
2 Contoh : Malaysia / telah merancang Malaysia
3 Predikat/ objek/ Kata penguat ( Mengikut tajuk karangan yang diberi )
Contoh : negara maju / projek yang berfaedah
4 Frasa untuk mengembangkan ayat ( Banyak disediakan )
Contoh : di pelusuk dunia / untuk kemaslahatan rakyat
Rajah 2. Kerangka Puzzle i-Insyak
Rajah 3. Puzzle i-Insyak
Pelaksanaan Tindakan
Intervensi 1 : Memperkenalkan Puzzle i-Insyak kepada murid dan kaitannya dengan kemahiran
menulis.
Saya merancang untuk melaksanakan kitaran pertama pada satu sesi pembelajaran dan pemudahcaraan
selama 60 minit. Dalam kitaran pertama, saya terlebih dahulu merancang rancangan pengajaran harian
(RPH) yang digunakan semasa proses PdPc. Objektif PdPc telah dirancang dengan betul untuk
memastikan murid saya boleh menulis ayat dengan susunan yang baik, pandai memilih perkataan yang
betul untuk menyampaikan ayat yang difahami dan pandai menyusun idea dalam penulisan karangan
bahasa Arab. Berikut adalah aktivitinya:
Aktiviti : Murid dapat menyusun potongan kecil ungkapan bahasa arab pada puzzle i-insyak
mengikut warna, baris dan lajur yang betul hingga menjadi satu karangan yang gramatis.
Langkah 1 : Murid diberi penerangan tentang penggunaan Puzzle i-Insyak dan kaitannya dengan
kemahiran menulis karangan dengan gaya bahasa dan tatabahasa yang betul.
Langkah 2 : Murid menyusun Puzzle i-Insyak sehingga menjadi satu karangan yang betul dan gramatis
mengikut tajuk karangan yang diberikan oleh guru.
6
Jurnal Kajian Tindakan SMKA SABK, Jil.1 (2020), 1-9
Intervensi 2 : Pembelajaran Kendiri
Langkah yang kedua ialah mengaplikasikan pendekatan flipped classroom. Saya akan memberikan Puzzle
i-Insyak dan tajuk karangan lain yang perlu disusun kepada murid peserta kajian saya untuk menjalankan
pembelajaran kendiri. Hal ini membolehkan peserta kajian menguasai kemahiran menulis karangan melalui
puzzle tersebut. Saya juga meminta peserta kajian menulis semula karangan yang telah disusun dalam
buku latihan.
Intervensi 3 : Pembelajaran Koperatif untuk menulis perkataan dan ungkapan sendiri pada
potongan kecil puzzle yang kosong dengan perkataan yang sesuai mengikut pola kata dan gaya
bahasa yang betul dalam kumpulan.
Seterusnya, pengkaji akan mengaplikasikan kaedah pembelajaran koperatif. Menurut Adenan dan
Khairuddin (2012), pembelajaran koperatif bermaksud penglibatan murid secara bekerjasama dalam
mencapai sesuatu objektif pembelajaran. Unsur saling pergantungan positif, interaksi bersemuka,
akauntabiliti individu, kemahiran koperatif dan pemprosesan kumpulan merupakan unsur yang penting
dalam pembelajaran koperatif. Dalam langkah ketiga ini, saya bersifat sebagai pembimbing untuk
menggalakkan perbincangan tentang penulisan karangan dengan gaya bahasa yang betul dan gramatis.
Berikut adalah aktivitinya :
Aktiviti : Menulis perkataan dan ungkapan sendiri pada potongan kecil puzzle yang kosong dengan
perkataan yang sesuai mengikut pola kata dan gaya bahasa yang betul dalam kumpulan.
Langkah 1 : Enam orang peserta kajian telah dibahagikan kepada dua kumpulan untuk mewujudkan satu
suasana pembelajaran yang kondusif dan mempunyai unsur kerjasama dan persaingan yang
sihat antara dua kumpulan ini.
Langkah 2 : Dua kumpulan tersebut akan memulakan sesi perbincangan untuk membuat persediaan
terhadap pertandingan kecil. Peserta kajian diminta untuk bergerak dalam kumpulan untuk
berbincang dan menulis karangan dengan perkataan dan ungkapan lain pada potongan kecil
yang kosong dan menyusunnya hingga menjadi satu karangan yang gramatis dengan gaya
bahasa yang betul melalui konsep puzzle i-Insyak.
Intervensi 4 : Sesi Soal Jawab, Latih Tubi dan Penggayaan
Langkah yang keempat bagi intervensi penulisan karangan melalui Puzzle i-Insyak ini ialah pelaksanaan
sesi ujian dalam penulisan karangan. Dalam pelaksanaan langkah ini, peserta kajian akan diberikan tajuk
karangan yang sama tetapi setiap orang murid memegang bahagian karangan yang berlainan
pendahuluan, isi pertama dengan huraian, isi kedua dengan huraian, isi ketiga dengan huraian, isi keempat
dengan huraian dan penutup. Mereka perlu menulis karangan tersebut pada papan putih yang disediakan
dan setelah selesai menulis bahagian tersebut, setiap orang murid akan membentang hasil penulisan
masing-masing dan saya akan menilai terus hasil penulisannya. Gabungan keenam-enam perenggan
daripada 6 orang murid saya maka terhasillah satu karangan dengan gaya bahasa yang betul, menarik dan
gramatis. Saya boleh terus membuat penilaian terhadap perkembangan murid dalam kemahiran menulis
pada intervensi ini.
Selain itu, saya telah menjalankan ujian selepas intervensi terhadap 6 orang murid saya bagi mendapatkan
penilaian secara keseluruhan terhadap penguasaan murid dalam kemahiran menulis karangan yang betul
dan gramatis. Sekali lagi saya membuat refleksi berdasarkan sesi pengajaran dan intervensi yang telah
dijalankan.
DAPATAN KAJIAN
Perbincangan dapatan kajian dilakukan untuk menjawab soalan kajian dalam penyelidikan tindakan ini iaitu
bagaimana Kit Puzzle i-Insyak dapat meningkatkan kemahiran menulis karangan bahasa arab dalam
kalangan murid?. Pertama sekali, jawapan soalan kajian dianalisis melalui perbincangan hasil dapatan
yang diperoleh daripada tiga kaedah pengumpulan data, iaitu pemerhatian, kaedah temu bual dan ujian
sebelum dan selepas intervensi.
7
Jurnal Kajian Tindakan SMKA SABK, Jil.1 (2020), 1-9
Kaedah Mengumpul Data
Dalam konteks ini, saya telah menggunakan kaedah pemerhatian semakan latihan murid, ujian sebelum
dan selepas intervensi dan kaedah temu bual berserta dengan beberapa jenis instrumen kajian seperti
senarai semak, borang transkripsi temu bual, ujian sebelum dan selepas intervensi untuk memperoleh
data.
1. Kaedah Pemerhatian
Perbandingan data pemerhatian bagi latihan sebelum dan selepas intervensi menunjukkan perubahan
yang amat memberangsangkan dari penguasaan peserta kajian menguasai kemahiran menulis karangan
dalam latihan selepas intervensi berbanding dengan latihan sebelum intervensi. Peningkatan tahap
penguasaan yang ditunjukkan oleh keenam-enam peserta kajian dalam latihan selepas intervensi pada
penulisan karangan melalui Puzzle i-Insyak mencapai tahap 100% penguasaan bagi setiap item kemahiran
menulis karangan berbanding 22.2% sebelum intervensi.
Jadual 5
Perbandingan dapatan data pemerhatian latihan peserta kajian
sebelum dan selepas intervensi
Bil Item Tahap penguasaan Tahap penguasaan
1 Boleh menulis ayat Sebelum intervensi Sebelum intervensi
dengan susunan
yang baik Menguasai Tidak Menguasai Tidak
Menguasai Menguasai
24 60
2 Pandai memilih 0 6 6 0
perkataan yang betul
untuk
menyampaikan ayat
yang difahami
3 Hubungan antara 2 4 6 0
ayat ke satu ayat
ditulis dengan
sangat baik.
Peratus % tahap 22.2 77.8 100 0%
penguasaan
2. Kaedah Temu Bual
Kaedah temu bual dijalankan untuk memperoleh maklum balas daripada setiap peserta kajian tentang
intervensi yang telah dijalankan serta keberkesanan Puzzle i-Insyak dengan menyediakan instrumen temu
bual seperti borang transkripsi temu bual. Maka maklum balas daripada peserta kajian dapat dianalisis
secara tersusun dan tidak akan terpesong daripada matlamat dan objektif kajian tindakan ini. Berikut
menunjukkan dapatan daripada temu bual bersama enam orang peserta kajian.
Jadual 6
Dapatan data temu bual bersama peserta kajian
Bil Item Tema Peserta kajian Bilangan
MA MB MC MD ME MF peserta
1 Adakah kamu telah Menguasai // / / / / 6
menguasai cara untuk memilih
8
Jurnal Kajian Tindakan SMKA SABK, Jil.1 (2020), 1-9
pola perkataan yang sesuai
untuk menyampaikan ayat
yang difahami ?
2 Adakah kamu telah Menguasai / / / / / / 6
menguasai cara untuk
menyusun ayat dengan betul?
3 Adakah kamu telah Menguasai / / / / / / 6
menguasai cara untuk
mengembangkan ayat dan
menghubungkan antara ayat
dengan gaya bahasa yang
cantik?
4 Adakah Puzzle i-Insyak Sangat // / / / / 6
membantu kamu untuk membantu
menguasai kemahiran menulis
karangan tersebut dengan
mudah?
5 Adakah kamu mengambil Cepat // / / / 5
masa yang lama untuk
menguasai kemahiran menulis
karangan dengan Puzzle i-
Insyak? Tak tentu /1
Secara keseluruhan, respons peserta kajian terhadap item temu bual yang menunjukkan bahawa semua
peserta kajian telah menguasai kemahiran menulis karangan dengan baik selepas mengikuti proses
intervensi. Buktinya, lima peserta kajian daripada enam orang mengatakan bahawa mereka mengambil
masa yang cepat untuk menguasai kemahiran menulis dan telah menguasai item penulisan karangan
setelah intervensi dijalankan. Respons peserta kajian terhadap item keempat pula membuktikan bahawa
Puzzle i-Insyak sangat membantu mereka menguasai kemahiran penulisan karangan yang gramatis
dengan gaya bahasa yang menarik. Sebagai rumusan, Puzzle i-Insyak sememangnya satu kit yang sangat
membantu peserta kajian menulis karangan dengan baik. Merujuk kepada cadangan Muhammad Zahri
dan Muhammad Haron (2016) kepada para pengkaji bidang bahasa arab untuk mengkaji dengan lebih
mendalam supaya dapat membangunkan bahan bantu mengajar penulisan karangan bahasa arab bagi
membantu meningkatkan penguasaan murid sekolah menengah agama, ternyata Puzzle i-Insyak boleh
menjadi antara salah satu bahan bantu mengajar penulisan karangan. Dapatan daripada jurnal
penyelidikan mereka yang bertajuk Tahap Penguasaan Penulisan Karangan Bahasa Arab Dalam Kalangan
Pelajar Sekolah Agama Menengah menunjukkan pelajar masih lemah dalam aktiviti penulisan karangan.
3. Kaedah Ujian
Kaedah ujian yang digunakan ini termasuk ujian sebelum intervensi dan ujian selepas intervensi. Ujian
sebelum dijalankan untuk menganalisis tinjauan awal sebelum intervensi dijalankan . Manakala ujian
selepas dijalankan terhadap peserta kajian selepas intervensi ke empat selepas semua langkah dalam
intervensi Puzzle i-Insyak telah dijalankan untuk mengukur sejauh manakah intervensi tersebut dapat
membantu peserta kajian mencapai objektif kajian tindakan, yang berbentuk penulisan karangan yang
ditentukan tajuknya oleh guru.
Jadual 7
Perbandingan dapatan markah sebelum dan selepas intervensi 6 orang murid
Bil Nama murid Markah Peratus Markah Peratus
sebelum markah selepas markah
1 Murid A intervensi intervensi
2 Murid B (%) (%)
3 Murid C 13/30 43 27/30 90
7/30 23 27/30 90
7/30 23 26/30 87
9
Jurnal Kajian Tindakan SMKA SABK, Jil.1 (2020), 1-9
4 Murid D 5/30 17 25/30 83
5 Murid E 5/30 17 25/30 83
6 Murid F 5/30 17 25/30 83
42/150 23.3 155 86.1%
Jumlah
markah
Melalui perbandingan keputusan peserta kajian dalam ujian sebelum dan selepas intervensi, dapat dilihat
bahawa semua peserta kajian telah menunjukkan peningkatan pencapaian yang amat
memberangsangkan. Secara keseluruhan, pencapaian peserta kajian dalam ujian selepas intervensi
adalah jauh lebih baik berbanding dengan ujian sebelum intervensi. Dengan peningkatan pencapaian
tersebut, penguasaan kemahiran menulis karangan bagi setiap peserta kajian telah beralih dari tahap
lemah dan sederhana ke tahap baik berdasarkan skema pemarkahan yang ditetapkan oleh Lembaga
Peperiksaan. Hal ini menunjukkan tahap penguasaan peserta kajian dalam kemahiran menulis karangan
menjadi lebih kukuh dan mantap selepas mengikuti proses intervensi. Tuntasnya, jelaslah bahawa Kit
Puzzle i-Insyak yang diaplikasikan dalam proses intervensi telah membantu peserta kajian untuk
menguasai kemahiran menulis karangan secara berkesan.
Justeru, dapatan daripada pemerhatian, temu bual dan analisis ujian menunjukkan bahawa
peserta kajian dapat menguasai kemahiran menulis karangan dengan baik melalui kit Puzzle i-Insyak.
Kesimpulannya, dapatan kajian telah membuktikan bahawa kit Puzzle i-Insyak berjaya
memperkembangkan kemahiran menulis karangan dalam kalangan peserta kajian selepas intervensi
dijalankan.
REFLEKSI
Implikasi Terhadap Peserta Kajian
Kit Puzzle i-Insyak telah memberi peluang terhadap peserta kajian untuk memperoleh pengalaman yang
baharu sepanjang proses pelaksanaan intervensi. Antara kekuatan pelaksanaan kaedah ini ialah setiap
peserta kajian telah diberikan kit Puzzle i-Insyak sebagai bahan pembelajaran kendiri, penilaian kendiri dan
pembelajaran koperatif. Kaedah ini bukan sahaja berjaya membantu peserta kajian menyelesaikan
masalah kekeliruan murid untuk menulis ayat dengan susunan yang baik, pandai memilih perkataan yang
betul untuk menyampaikan ayat yang difahami dan pandai menyusun idea dalam penulisan karangan
bahasa Arab malah juga dapat menyelesaikan masalah hilang fokus dan kurang minat peserta kajian dalam
pelaksanaan proses PdPc. Secara keseluruhannya, saya telah berjaya membantu peserta kajian mencapai
objektif kajian ini dengan efektif.
Implikasi Terhadap Amalan Kendiri
Dalam proses melaksanakan penyelidikan tindakan ini, saya telah menimba dan memperoleh banyak ilmu
pengetahuan yang baharu. Antaranya ialah aspek-aspek yang penting dan perlu diberi perhatian dalam
pengendalian sesebuah penyelidikan tindakan. Aspek-aspek tersebut termasuklah urutan langkah-langkah
tindakan, kaedah pengumpulan data, cara menganalisis data dan juga cara menyemak data. Secara tidak
langsung, hal ini telah meningkatkan kebolehan dan keupayaan saya untuk menjalankan kajian lanjutan
dengan lebih baik pada masa hadapan. Pengkaji juga mempelajari cara untuk berkolaboratif dengan orang
lain melalui kerjasama dengan pelbagai pihak seperti pensyarah, stakeholder, para guru dan murid serta
rakan sejawat dalam proses menjayakan penyelidikan tindakan ini. Di samping itu, saya menyedari bahawa
kemahiran pedagogi dalam kalangan guru haruslah sentiasa dikemas kini bagi memenuhi tuntutan serta
keperluan semasa baik di sekolah mahupun dalam bidang pendidikan. Hal ini selaras dengan pendapat
Abdul Rahman (2011) bahawa bagi menyokong pembelajaran murid, guru perlu mempelajari pendekatan
pedagogi yang bersesuaian dengan pelbagai kebolehan dalam konteks sosio budaya kehidupan di
Malaysia pada abad 21. Keseluruhannya, tahap profesionalisme keguruan dalam diri saya telah
diperkembangkan melalui penyelidikan tindakan ini.
Implikasi Terhadap Kurikulum
Kajian tindakan ini bukan sahaja dapat meningkatkan kemahiran bertulis sahaja bahkan dapat membantu
murid menguasai kemahiran bertutur dan mendengar. Peningkatan gred purata mata pelajaran Bahasa
10
Jurnal Kajian Tindakan SMKA SABK, Jil.1 (2020), 1-9
Arab dalam peperiksaan sumatif sekolah juga meningkat. Kualiti A berjaya dicapai mengikut sasaran yang
telah ditetapkan. Malah peratus murid lulus dan sifar E juga adalah kosong peratus.
RUMUSAN
Secara keseluruhan kajian ini berjaya mencapai objektif yang telah ditetapkan. Namun, saya berpendapat
penggunaan Puzzle i-Insyak ini boleh ditambah baik dan dikembangkan lagi bagi meningkatkan kualiti
penyelidikan seumpama ini sekiranya dijalankan pada masa akan datang. Sehubungan itu, beberapa
cadangan bagi kajian lanjutan telah dicadangkan sebagai penambahbaikan terhadap penyelidikan yang
telah dilaksanakan.
Kit Puzzle i-Insyak ini boleh didaftarkan sebagai satu pendekatan yang baharu dalam pedagogi
Bahasa Arab dan diterapkan dengan lebih banyak unsur-unsur permainan yang menarik dalam kit Puzzle
i-Insyak. Penggunaan Kit Puzzle i-Insyak ini dalam proses disediakan versi pelbagai aktiviti pengukuhan
dan aktiviti penggayaan pembinaan ayat mudah bagi memenuhi keperluan pembelajaran murid yang
berbeza dari segi tahap penguasaan dan keupayaan berbahasa. Tambahan pula, pengkaji juga
mencadangkan supaya kit Puzzle i-Insyak ini boleh diubahsuai dan direka semula dengan menggunakan
perisian komputer yang lebih canggih agar menjadi lebih interaktif dan mesra pengguna.
PENGHARGAAN
Adalah diharapkan kajian tindakan ini dapat menepati kehendak BPI KPM seterusnya dapat memberi
manfaat kepada murid dan guru yang lain. Jutaan terima kasih dirakamkan atas kerjasama 6 orang murid
Tingkatan 5 Ibnu Battutah sebagai kumpulan sasaran dalam menjayakan kajian ini. Ucapan terima kasih
juga kepada suami, anak-anak dan rakan-rakan yang mendorong saya untuk menyelesaikan kajian ini
dengan terhasilnya Puzzle i-Insyak yang boleh membantu anak-anak didik khasnya dan orang awam
amnya. Juga kepada semua pihak yang terlibat, sama ada secara langsung atau tidak langsung untuk
menyiapkan kajian ini. Semoga kerjasama, idea dan tenaga yang dicurahkan mendapat ganjaran daripada
Allah S.W.T.
RUJUKAN
Adenan Ayob & Khairuddin Mohamad. (2012). Kaedah pengajaran bahasa Melayu. Selangor: Oxford
Fajar Sdn.Bhd.
Hashim Othman. (2003). Kemahiran menulis: perspektif komunikatif. Kuala Lumpur:
Dewan Bahasa dan PustakaChoong, L.K. (2011). Asas penyelidikan tindakan untuk Program
Kementerian Pendidikan Malaysia (2013). Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2013 –
2025.Putrajaya. Kementerian Pendidikan Malaysia.
Kementerian Pelajaran Malaysia (2013). Panduan aplikasi Kemahiran Berfikir Aras Tinggi.
Bahagian Buku Teks.
Khairuddin Mohamad, Ibrahim Yusof & Zaridah Ramli (2016). Penyelidikan dalam Pendidikan Bahasa
Melayu. Selangor: Sasbadi Sdn. Bhd
Md.Zubir Osman (2005). Panduan qawaid SPM. Penerbitan Al-Madani Sdn.Bhd.
Mohd.Hamzah bin Sattar (2007). Tasrif feel. Darul Fajar Al-Islami.
Mohd.Ridwan bin Mohd Khalil&All.(2017) Buku teks Bahasa Arab Tingkatan 1. Selangor. Telaga Biru
Sdn. Bhd.
Mohd.Khairul Hanif bin Ramli &All.(2017) Buku teks Bahasa Arab Tingkatan 2. Selangor. Al Ameen
Holding Sdn. Bhd.
Mohd.Najib bin Jaafar &All.(2018) Buku teks Bahasa Arab Tingkatan 3. Selangor. Bestari Karangkraf
Sdn. Bhd.
Mohd Said bin Md Daiman.(2019) PBD&PLC pelaksanaanya dalam merealisasikan kemenjadian murid.
Johor.Pejabat Pendidikan Daerah Batu Pahat Johor.
Noraini Idris (2010).Penyelidikan dalam pendidikan. McGraw-Hill (Malaysia) Sdn.Bhd`
SISC+ PPD Batu Pahat. (2018). Kompilasi panduan PAK 21 pelaksanaan PdPc. Johor. PPD Batu Pahat
Johor.
Yuslina binti Mohamad &All.(2019) Buku teks Bahasa Arab Tingkatan 4. Selangor. Aras Mega Sdn. Bhd.
Zamri Mahamad. (2015). Strategi Pembelajaran Inventori Cara Belajar Bahasa
Melayu. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.
11