The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

MESYUARAT AGUNG TAHUNAN 2022

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by darulezmir, 2023-07-18 09:24:04

AGM MBDT 2022

MESYUARAT AGUNG TAHUNAN 2022

Keywords: MBDT

PENYATA KEWANGAN MAJLIS BELIA DAERAH TEMERLOH BAGI TAHUN BERAKHIR 31 DISEMBER 2022


BIL TARIKH KETERANGAN PENERIMAAN JUMLAH (RM) BIL TARIKH KETERANGAN PERBELANJAAN JUMLAH (RM) Baki 16 Mac 2022 4,575.90 1 31 Mac Sumbangan Dato Sri' Sharkar 15,000.00 TOTAL 19,575.90 Baki 31 Mac 2022 19,575.90 1 10 Apr Sumbangan Kurma Program Edaran Kurma Ramadhan - PMFT 1,206.00 1 Pelbagai Caj bank 23.00 2 21 April Sumbangan Pengurusan dari MBD dari MBN Pahang 36,000.00 2 6 April Sumbangan Kelab Belia Tamil & Mesy. Agong 2,300.00 3 7 April Sumbangan kepada Pengakap 2,000.00 4 7 April Bacaan Yasin, hiking day, mesyuarat dan alat tulis 1,558.40 5 8 April Sumbangan Kelab Belia Felcra Kerdau 2,300.00 6 21 April Program Nuzul Alquran & Agihan Bubur Lambuk serta edaran kurma 1,220.00 7 21 April Gaji SUK Mac 1,200.00 8 25 April Program Dapor Tokmi dan Program Nuzul Alquran 2,702.00 TOTAL 13,303.40 Baki 30 April 2022 43,478.50 TOTAL 37,206.00 1 17 Mei Sumbangan Aktiviti & Program KEBESET 300.00 2 17 Mei Sumbangan Aktiviti & Program 4B Bangau Parit 1,000.00 3 17 Mei Jamuan Hari Raya MBDT 5,406.00 4 Pelbagai Caj Bank 1.50 5 18 Mei Gaji SUK April 1,200.00 6 18 Mei Bayaran Sumbangan Dari Ahli Parlimen kepada GPMS 2,000.00 TOTAL 9,907.50 Baki 31 Mei 2022 33,571.00 1 10 Jun Sumbangan ADUN Semantan - Program Bowling 1,000.00 1 1 Jun Pengurusan - Tuntutan perjalanan program-program MBDT 250.00 2 1 Jun Pengurusan - Gaji SUK Mei 1,200.00 3 1 Jun Pengurusan - Tuntutan perjalanan dan penginapan Mesy. MBN Pahang 882.00 4 1 Jun Sumbangan Program - Kejohanan Raja Penalti Terbuka Keluarga Temerloh 200.00 5 1 Jun Sumbangan Program - 4B 700.00 6 Pelbagai Caj bank 1.00 7 27 Jun Sumbangan Program - Kelab Warisan Kerinau 1,400.00 8 27 Jun Sumbangan Program - KBBT 300.00 9 27 Jun Pengurusan - Mesyuarat AJK 150.00 TOTAL 5,083.00 TOTAL 1,000.00 Baki 30 Jun 2022 29,488.00 1 4 Jul Sumbangan Dato' Sri Sharkar - Program MSL 3,000.00 1 4 Jul Sumbangan Program - Kelab Bell Belia Tamil 400.00 2 6 Jul Sumbangan Majlis Sukan Pahang 15,000.00 2 4 Jul Sumbangan Program - Futsal MSL 3,000.00 3 21 Jul Sumbangan Dato Azmi - Program MAHA 3,000.00 3 4 Jul Pengurusan - Gaji SUK Jun 1,200.00 4 Pelbagai Caj bank 1.50 5 7 Jul Pengurusan - Tuntutan perjalanan dan penginapan Majlis Perundingan Belia 420.00 6 7 Jul Baju MBD - Putih 2,300.00 7 21 Jul Cenderamata Patin - Tengku Hasanal 475.00 8 21 Jul Pengurusan - Tuntutan perjalanan dan penginapan Hari Belia Pahang 868.20 TOTAL 8,664.70 TOTAL 21,000.00 Baki 31 Julai 2022 41,823.30 1 23 Ogos Sumbangan Dato' Sri Sharkar - Hari Belia Negara 12,240.00 1 Pelbagai Caj bank 7.00 2 Pelbagai Yuran Peserta Program PUBG Piala MB 270.00 2 2 Ogos Program MAHA 2,700.00 3 29 Ogos Sumbangan Kerajaan Negeri Pahang - Program PUBG 13,000.00 3 Pelbagai Hari Belia Negara 30,195.15 4 30 Ogos Sumbangan Majlis Belia Malaysia 36,000.00 4 8 Ogos Sumbangan belia Batu 4 & 5 200.00 5 8 Ogos Sumbangan Persatuan Gong Halt 500.00 6 8 Ogos Akmal Aqiqah (bayi Husyin) 100.00 7 8 Ogos Sumbangan Belia Bolok 200.00 8 8 Ogos Peserta Perbarisan 1,540.00 9 8 Ogos Sumbangan Soccer Kids 200.00 10 19 Ogos Sumbangan PRIME 200.00 11 19 Ogos Sumbangan Kampung Belengu 200.00 12 19 Ogos Mesyuarat MBD (makan) 154.00 13 19 Ogos Elaun Tugasan AJK (Anuar) 70.00 14 19 Ogos Program Festival Drone 500.00 15 19 Ogos Program Santai MBD bersama Timb Pengarah JBS 262.00 16 19 Ogos Deposit makan malam MBDT 200.00 17 19 Ogos Makan malam Nisfu Syaban 950.00 18 19 Ogos Tuntutan tugasan pengurusan 496.30 19 19 Ogos Gaji SUK Ogos 1,200.00 20 19 Ogos Deposit Makan Malam MBD 25 Sept 2022 258.55 TOTAL 40,133.00 TOTAL 61,510.00 Baki 31 Ogos 2022 63,200.30 1 Pelbagai Yuran Peserta Program PUBG Piala MB 105.00 1 Pelbagai Caj bank 6.00 22 Sept Sumbangan dari Kementerian Belia & Sukan 15,000.00 2 1 September Program PUBG Mobile Piala MB Pahang 13,000.00 3 13 September Baju Program PUBG Piala MB 2,050.00 4 19 September Tuntutan gaji SUK bulan Julai 1,200.00 5 19 September Makan malam bersama Dato’ Akmal Ibos 151.00 6 19 September Hadiah khawin anaknda Dato’ Nor Azmi 100.00 7 19 September Makan malam MBD Temerloh 2,282.10 8 19 September Deposit Laptop 266.90 9 26 September Sumbangan 4B 3,000.00 10 26 September Sumbangan Pengakap 200.00 11 26 September Laptop ( Bayaran penuh) 3,233.10 12 26 September Gaji SUK September 1,200.00 13 26 September Makan bersama Tok Penghulu 52.00 14 26 September Elaun AJK Program KPO (Minyak kereta, tol) 100.00 15 26 September Elaun AJK Program KPO (Tiket bas) 39.60 16 26 September Elaun AJK Program KPO (Makan) 130.45 17 26 September Pengurusan MBD (Speaker) 259.00 18 26 September Pengurusan MBD (Printer + Ink) 814.00 19 26 September Tambahan Hari Sukan Negara Peringkat Daerah Temerloh 1,500.00 20 26 September Sumbangan KBTJ 200.00 21 26 September Elaun Pengerusi (Urusan Pegawai) 200.00 22 26 September Mesyuarat Tergempar 71.85 TOTAL 30,056.00 TOTAL 15,105.00 Baki 30 September 2022 48,249.30 1 16 Okt Sumbangan Baju Program PUBG - Dato' Sri Sharkar 2,050.00 1 Pelbagai Caj Bank - 2 5 Oktober Pengurusan Pejabat 10.00 3 7 Oktober Sumbangan - Kelab Bell Belia Tamil 1,000.00 4 12 Oktober Sumbangan - RS Temerloh Fitness 300.00 5 30 Oktober Sumbangan - Belia Tunggal Tanjung Batu Bagi Program Kejohanan Badminton 200.00 TOTAL 1,510.00 TOTAL 2,050.00 Baki 31 Oktober 2022 48,789.30 1 8 November Program PUBG (Tumpang akaun MBD) 2,960.00 1 Pelbagai Caj Bank - 2 13 November Program Himpunan Anak Muda Prihatin 2,000.00 2 1 November Gaji SUK Oktober 1,200.00 3 4 November Tuntutan Mesyuarat AJK kali ke 3 194.00 4 4 November Tuntutan Stand Pendaftaran Skuad Sukarelawan MBD 37.80 5 4 November Tuntutan Mesyuarat Sempena Program Himpunan Anak Muda Parlimen Temerloh 616.92 6 4 November Kelengkapan Pejabat 500.00 13 7 November Program Himpunan Anak Muda Prihatin (dahulukan duit MBD) 2,500.00 14 8 November Sumbangan - Belia Tunggal Warisan Kerinau 200.00 15 8 November Program PUBG (Tumpang Akaun MBD) 2,900.00 16 8 November Sumbangan Kejohanan Sepak Penalti Futsal Teluk Ira 500.00 17 8 November Elaun AJK MBD 100.00 18 8 November Sumbangan - Badan Gabungan P.Islam bagi Program Karnival P.Islam 500.00 19 8 November Tuntutan Program Anak Muda Prihatin 250.00 20 8 November Tuntutan Program Jom Berkhatan 250.00 21 8 November Elaun Pengurusan 500.00 TOTAL 10,248.72 Baki 30 November 2022 43,500.58 TOTAL 4,960.00 Disember 2022 1 5 Disember Gaji SUK November 1,200 2 15 Disember Majlis Makan Malam Resthouse 750.00 3 16 Disember Majlis Makan Malam Resthouse 979.92 4 27 Disember Sumbangan Banjir Kelantan 1,000 TOTAL 3929.92 Baki 31 Disember 2022 39,570.66 Jumlah duit masuk 2022 : RM 162,406.90 Jumlah duit keluar 2022 : RM 122,836.24 ` Pemeriksa Kira-Kira 1 Pemeriksa Kira-Kira 2 Mohammad Yusri Bin Marikun Muhammad Ridhwan Bin Norzulli Tarikh : 17 Julai 2023 Tarikh : 17 Julai 2023 Julai 2022 Ogos 2022 September 2022 Oktober 2022 November 2022 Mei 2022 Jun 2022 PENYATA KIRA-KIRA MAJLIS BELIA DAERAH TEMERLOH 16 MAC 2022 - 31 DISEMBER 2022 PENERIMAAN PERBELANJAAN Mac 2022 April 2022


Disediakan oleh Disemak oleh Khairul Hakimin bin Sahariman Akmal bin Mohd Tamili Bendahari Pengerusi Majlis Belia Daerah Temerloh Majlis Belia Daerah Temerloh Tarikh : 17 Julai 2023 Tarikh : 17 Julai 2023


1 PERLEMBAGAAN PENDAFTARAN MAJLIS BELIA DAERAH TEMERLOH, PAHANG DARUL MAKMUR FASAL 1 – NAMA : Nama Pertubuhan ini ialah : MAJLIS BELIA DAERAH TEMERLOH PAHANG DARUL MAKMUR (Selepas ini didalam perlembagaan ini di sebut Majlis) FASAL 2 – ALAMAT BERDAFTAR DAN TEMPAT BERMESYUARAT : Alamat berdaftar dan tempat mesyuarat Majlis ini bertempat di Pejabat Kebudayaan, Belia dan Sukan Daerah Temerloh, 28000 Temerloh, Pahang Darul Makmur. Alamat berdaftar dan tempat mesyuarat tidak boleh diubah tanpa mendapat kebenaran daripada Pendaftar Pertubuhan terlebih dahulu. FASAL 3 – TUJUAN MAJLIS 1. Menegak dan mengukuhkan prinsip-prinsip sukarela dan demokrasi dalam pergerakan belia; 2. Mewujudkan kerjasama dan persefahaman dikalangan belia melalui aktiviti bersama; 3. Menganjurkan dan menggalakkan minat kesuburan rohani, jasmani dan pelajaran belia menerusi kegiatan Majlis ; 4. Menyebarkan penerangan dan maklumat mengenai taktik dan kefiatan persatuan belia ; 5. Dengan cara berunding, membantu menubuhkan persatuan-persatuan belia baru, untuk kemajuan para belia ; 6. Mengemukakan pendapat-pendapat dan perakuan-perakuan kepada kerajaan, Badan-Badan berkanun atau badan-badan yang lain mengenai perkara-perkara kebajikan belia, sesuai dengan prinsip keadilan dan kebenaran ; 7. Membina semangat kepimpinan dan dedikasi dikalangan belia ; 8. Menyemai dan menyuburkan semangat cintakan tanah air dengan menjunjung prinsipprinsip Rukun Negara. FASAL 4- TUGAS-TUGAS UTAMA MAJLIS : 1. Menjadi badan perunding mengenai semua perkara berkenaan dengan kebajikan dan kemajuan belia di daerah Temerloh, Pahang Darul Makmur. 2. Memelihara prinsip sukarela dan demokrasi di kalangan belia. 3. Menjadi badan penyelaras kepada semua ahli-ahli gabungan untuk dibincangkan matlamat yang dinyatakan dalam FASAL 3 Perlembagaan ini, dengan menghormati hak otonomi masing-masing. 4. Mencapai matlamat Majlis melalui ahli-ahli gabungan tanpa mencampuri mana-mana Pertubuhan Parti Politik. 5. Bekerjasama dengan mana-mana Jabatan atau Agensi Kerajaan sesuai dengan apa-apa peruntukkan di dalam perlembagaan.


2 FASAL 5 – KEAHLIAN MAJLIS : 1. Keahlian Majlis ini terbuka kepada semua pertubuhan-pertubuhan belia yang berdaftar yang tertakluk di daerah Temerloh, Pahang Darul Makmur. 2. Pertubuhan –pertubuhan yang ingin menjadi gabungan ini juga hendaklah mempunyai kelayakan syarat-syarat seperti berikut :- a) Keahlian pertubuhan itu hendaklah terbuka kepada Warganegara Malaysia ; b) Keahlian pertubuhan ini hendaklah secara sukarela c) Kebanyakan ahli-ahli pertubuhan ini berumur diantara 15 hingga 40 tahun ; d) Pertubuhan ini bebas menentukan dasar sendirinya ; e) Pertubuhan itu menjalankan urusannya dengan sendiri dan, memberi peluang kepada ahli-ahli mengambil bahagian di dalam kegiatan-kegiatan persatuan. 3. Permohonan untuk menjadi ahli gabungan hendaklah dibuat secara bertulis kepada setiausaha dan setiausaha hendaklah membawa permohonan itu ke pengetahuan Jawatankuasa di dalam mesyuaratnya untuk diluluskan sebaik sahaja permohonan itu diterima. Jawatankuasa boleh mengikut budi bicaranya menolak sebarang permohonan tanpa memberi sebab-sebab. FASAL 6– YURAN 1. Bayaran masuk dan yuran yang perlu dibayarkan seperti berikut ;- • Bayaran masuk : RM 5.00 • Bayaran Tahunan : RM 20.00 2. Yuran tahunan hendaklah dibayar kepada bendahari pada hari pertama tahun calendar berkenaan atau tidak lewat dari 13hb Mac, tiap-tiap tahun atau sebelum sahaja Mesyuarat Agung Perwakilan Tahunan Majlis berkenaan diadakan. 3. Ahli gabungan yang membiarkan hutang yurannya lebih daripada 2 tahun akan menerima surat peringatan daripada Setiausaha dan hilanglah hak-hak istimewanya sebagai ahli sehingga hutangnya dibayar. 4. Ahli yang membiarkan hutangnya sebanyak lebih daripada jumlah 3 tahun dengan sendirinya terhenti daripada menjadi ahli Majlis dan Jawatankuasa boleh memerintahkannya supaya tindakan yang sah diambil terhadapnya dengan syarat mereka berpuas hati yang ahli itu telah menerima kenyataan berkenaan hutang terlebih dahulu. 5. Jawatankuasa mempunyai kuasa menetapkan yuran masuk semula bagi mana-mana ahli gabungan yang telah membiarkan keahlian terlucut disebabkan hutang.


3 FASAL 7 – MESYUARAT AGUNG PERWAKILAN ; 1. Mesyuarat Agung Perwakilan adalah organ tertinggi Majlis. 2. Mesyuarat Agung Perwakilan Tahunan diadakan tidak lewat dari hari pertama bulan April tiap-tiap tahun di tempat dan masa yang ditentukan oleh Jawatankuasa. 3. Notis bagi Mesyuarat Agung Perwakilan Tahunan hendaklah diberi oleh Setiausaha kepada semua ahli-ahli tidak lewat dari empat belas (14) hari sebelum tarikh, waktu dan tepat serta agenda termasuk salinan-salinan kertas mesyuarat dan laporan-laporan berserta dengan penyata kira-kira Majlis bagi tahun lalu yang telah diaudit. Salinan surat-surat ini juga hendaklah dibekalkan untuk dibaca oleh ahli-ahli di alamat atau ditempat mesyuarat Majlis. 4. Sekurangnya satu perdua (½) daripada jumlah ahli gabungan yang berhak mengundi atau dua (2) kali ganda jumlah ahli-ahli jawatankuasa, ikut mana yang kurang, hendaklah hadir didalam mesyuarat agung perwakilan tahunan bagi mengesahkan perjalanan mesyuarat dan mencukupi bilangan (korum) untuk mesyuarat. 5. Jika korum tidak cukup selepas setengah jam daripada waktu yang ditetapkan untuk Mesyuarat Agung Perwakilan Tahunan itu, maka mesyuarat itu hendaklah ditanggunhkan kepada satu tarkh (tidak lebih dari tiga puluh (30) hari yang ditetapkan oleh Jawatankuasa Majlis, dan jika korum tidak cukup selepas setengah jam daripada waktu yang ditetapkan untuk mesyuarat yang ditangguhkan itu, maka berkuasalah wakil-wakil yang hadir menjalankan mesyuarat bagi hari itu tetapi tidak berkuasa mengubah undang-undang Majlis dan membuat mengenai semua majlis. 6. Mesyuarat Agung Perwakilan Khas bagi majlis ini boleh diadakan : a) Bila difikirkan oleh Jawatankuasa Majlis atau b) Atas, permintaan dengan oleh sekurang-kurangnya satu per lima (1/5) dari jumlah ahli gabungan yang berhak mengundi dengan menerangkan tujuan-tujuan dan sebab-sebab mengadakannya. 7. Mesyuarat Agung Perwakilan Khas yang diminta oleh ahli-ahli gabungan hendaklah diadakan pada satu tarikh didalam tempoh tiga puluh (30) hari dari tarikh penerimaan permintaan mesyuarat itu. 8. Pengumuman dan agenda untuk Mesyuarat Agung Perwakilan Khas itu hendaklah diedarkan kepada ahli gabungan oleh Setiausaha sekurang-kurangnya lima belas (15) hari sebelum tarikh yang ditetapkan oleh mesyuarat. 9. FASAL 7 (4) DA (5) didalam perlembagaan ini dengan berkenaan dengan korum dan penangguhan Mesyuarat Agung Perwakilan Tahunan boleh digunakan untuk Mesyuarat Agung Khas tetapi dengn syarat jika korum tidak cukup selepas setengah jam daripada waktu


4 yang ditetapkan bagi Mesyuarat Agung Perwakilan Khas atas permintaan ahli-ahli gabungan maka mesyuarat itu hendaklah dibatalkan dan sekurang-kurangnya enam (6) bulan daripada tarikh ini Mesyuarat Agung Perwakilan Khas atas permohonan ahli-ahli gabungan dengan tujuan yang sama tidak boleh diadakan. FASAL 8 – TUGAS-TUGAS MESYURAT AGUNG PERWAKILAN TAHUNAN : 1. Menerima laporan Jawatankuasa berkenaan kerja-kerja Majlis di Tahun yang lalu. 2. Menerima dan meluluskan laporan Bendahari dan Penyata Kira-Kira yang telah diaudit bagi tahun yang lalu. 3. Melantik ahli-ahli jawatankuasa dan pemeriksa kira-kira untuk dua (2) tahun yang akan datang. 4. Meluluskan lain-lain perkara yang dibentangkan di dalam mesyuarat itu. 5. Meluluskan permohonan bergabung terletak pada Mesyuarat Agung Tahunan. FASAL 9 – PERWAKILAN : 1. Sesebuah ahli gabungan yang diterima menjadi ahli mengikut FASAL 5 dan telah membayar yuran bagi tahun sebelumnya, adalah berhak menghantar tiga (3) orang wakil dan dua (2) orang wakil hendaklah berumur tidak melebihi 40 tahun pada 1 haribulan Januari tahun pemilihan. 2. Nama-nama wakil yang dipilih untuk Mesyuarat Agung Perwakilan hendaklah disampaikan secara bertulis kepada Setiausaha Majlis sebelum mereka hadir. 3. Sesebuah ahli gabungan boleh menukar wakilnya jika perlu dengan memberitahu terlebih dahulu kepada Setiausaha pendaftaran perwakilan. 4. Tiap-tiap orang wakil akan masing-masing mempunyai satu suara dan satu undid an boleh memegang jawatan dalam jawatankuasa. FASAL 10 – JAWATANKUASA : 1. Satu Jawatankuasa seperti berikut yang dinamakan pegawai-pegawai Majlis yang tidak melebihi umur 40 tahun pada 1 haribulan tahun pemilihan hendaklah dilantik didalam Mesyuarat Agung Perwakilan dua (2) tahun sekali ; • Seorang Pengerusi • Seorang Naib Pengerusi • Setiausaha • Penolong Setiausaha • Bendahari • Enama (6) Orang Ahli Jawatankuasa Biasa yang tidak melebihi umur 40 tahun pada 1 haribulan Januari tahun Pemilihan.


5 2. Pemegang-pemegang jawatan Majlis ini dan tiap-tiap pegawai yang menjalankan tugastugas pemerintah dalam Majlis ini, hendaklah warganegara Malaysia. 3. Nama-nama untuk jawatan yang diatas hendaklah dicadangkan dan disokong dan pemilihan dijalankan dengan cara mengundi oleh wakil-wakil yang hadir dalam Mesyuarat Agung Perwakilan Tahunan. 4. Pekerjaan jawatankuasa ialah mengelola dan mengaturkan kerja-kerja harian Majlis dengan tidak terkeluar dari dasar umum yang ditetapkam oleh Mesyuarat Agung Perwakilan Tahunan. Jawatankuasa seharusnya tidak boleh membuat tindakan bertentangan dengan keputusan Mesyuarat Agung Perwakilan dengan tidak keputusan MesyuaratAgung Perwakilan dengan tidak terlebih dahulu berhubung dengannya dan jawatankuasa menstilah sentiasa taat kepada keputusan Mesyuarat Agung Perwakilan. Jawatankuasa hendaklah memberikan laporan berkenaan kegiatan-kegiatan didalam tahun lalu kepada tiap-tiap Mesyuarat Agung Perwakilan Tahunan. 5. Tiap-tiap ahli jawatankuasa juga mempunyai kuasa mengundi dalam Mesyuarat Agung Perwakilan. 6. Jawatankuasa hendaklah bermesyuarat sekurang-kurangnya tiga (3) bulan sekali. Pengumuman bagi tiap-tiap mesyuarat hendaklah diberikan kepada ahli-ahli tujuh (7) hari terlebih dahuluPengerusi dengan bersendirian atau tidak kurang dari empat (4) orang ahli jawatankuasa bersama-sama boleh memanggil supaya diadakan Mesyuarat Jawatankuasa pada bila-bila masa. Sekurang-kurangnya setengah daripada ahli-ahli Jawatankuasa hendaklah hadir bagi mengesahkan perjalanan dan mencukupi korum mesyuarat. 7. Ahli-ahli jawatankuasa yang mungkin TIDAK menghadiri mesyuarat Jawatankuasa tiga (3) kali berturut-turut tanpa alas an yang memuaskan akan disifatkan sebagai telah meletakkan jawatan di dalam Jawatankuasa. 8. Jika seorang ahli Jawatankuasa telah meninggal dunia, akan meletakkan jawatan, kekosongan tersebut boleh dipenuhkan oleh ahli-ahli yang lain dilantik oleh Jawatankuasa sehingga Mesyuarat Agung Perwakilan Tahunan diadakan. FASAL 11 – KEWAJIPAN – KEWAJIPAN PEGAWAI : 1. Pengerusi dalam masa jawatannya, hendaklah menjadi Pengerusi semua Mesyuarat Agung Perwakilan dan mesyuarat Jawatankuasa dan bertangggungjawab atas kesempurnaan perjalanan semua mesyuarat. Ia mempunyai undi pemutus dan hendaklah menandatangani semua dokumen kewangan dan cek-cek majlis bersama Bendahari. 2. Naib Pengerusi hendaklah memangku Jawatankuasa Pengerusi semasa ketiadaan Pengerusi. 3. Setiausaha hendaklah menjalankan kerja-kerja Majlis mengikut undang-undang dan hendaklah menjalankan perintah-perintah mesyuarat-mesyuarat Agung Perwakilan dan Jawatankuasa. Ia bertanggungjawab menguruskan hal-hal surat dan menyimpan semua buku rekod, surat-surat dan kertas-kertas kecuali kira-kira kewangan Majlis. Ia hendaklah hadir disemua mesyuarat dan membuat catitan-catitan (minit) ia hendaklah menandatangani semua dokumen kewangan dan menyimpan semua buku daftar dan rekod semua ahli badan gabungan dengan baik. Setiausaha hendaklah dalam masa sua puluh lapan (28) hari dari tarikh mesyuarat Agung Perwakilan Tahunan diadakan, mengirimkan Penyata.


6 Tahunan Majlis kepada Pendaftar Pertubuhan sebagaimana yang dikehendaki di bawah seksyen 14 (1) Akta Pertubuhan 1966. 4. Penolong Setiausaha hendaklah menolong Setiausaha menjalankan kerja-kerjanya dan memangku Jawatan itu semasa ketiadaan Setiausaha. 5. Bendahari adalah tanggungjawab berkenaan dengan semua hal kewangan Majlis. Ia hendaklah membuat dan menyimpan kira-kira berkenaan semua perkara kewangan dan bertanggungjawab diatas kebetulannya, ia hendaklah menandatangani semua cek Majlis bersama Pengerusi dan Setiausaha semasa ketiadaan Pengerusi. 6. Ahli Jawatankuasa biasa hendaklah hadir didalam setiap mesyuarat menjalankan tugas-tugas yang dipertanggungjawabkan kepadanya. FASAL 12 – JAWATANKUASA KECIL : 1. Jawatankuasa kecil Majlis hendaklah sekurang-kurang terdiri daripada :- a) i. Jawatankuasa Kecil Kewangan ii. Jawatankuasa Ekonomi iii. Jawatankuasa Kecil Penerangan dan Seranta iv. Jawatankuasa Kecil Sukan, Kebudayaan, Agama, dan lain-lain lagi. b) Semua Jawatankuasa kecil hendaklah di pengerusikan oleh seorang Ahli Jawatankuasa dan didalam hendaklah dijemput wakil-wakil ahli gabungan menduduki Jawatankuasa Kecil ini. Bilangan Ahli Jawatankuasa kecil hendaklah tidak kurang daripada empat (4) orang. FASAL 13 – KEWANGAN : 1. Diisyaratkan kepada peruntukan-peruntukan berikut lagi bagi undang-undang ini. Wang Majlis boleh digunakan untuk perkara yang berfaedah bagi menjalankan tugas-tugas Majlis, termasuk belanja pentadbiran, biayaan upah dan biayaan projek majlis, tetapi walau bagaimanapun tidak boleh digunakan untuk membayar denda ahli gabungan yang telah dijatuhi hukuman di mahkamah. 2. Bendahari boleh menyimpan wang runcit tidak lebih daripada RM 50.00 pada suatu masa. Wang yang lebih daripada itu, mestilah dimasukkan ke dalam bank yang dipersetujui oleh Jawatankuasa. kira-kira Bank ini hendaklah diatas nama Majlis. 3. Segala dokumen kewangan seperti cek, baucer, penyata keluar masuk dan lain-lain urusan kewangan Majlis di Bank hendaklah ditandatangani oleh Bendahari bersama Pengerusi atau bersama Setiausaha semasa ketiadaan Pengerusi. 4. Perbelanjaan yang kurang daripada RM 200.00. Boleh diluluskan oleh Bendahari bersama Pengerusi. Perbelanjaan yang lebih daripada RM 200.00 tetapi tidak melebihi RM 5,000.00 hanya boleh dibelanjakan setelah mendapat kelulusan mesyuarat Jawatankuasa. Perbelanjaan yang melebihi RM 5,000.00 hanya dibelanjakan apabila mendapat persetujuan Mesyuarat Agung Perwakilan.


7 5. Penyata hal wang yang diterima dan dikeluarkan berserta timbangan kira-kira bagi setahun hendaklah disediakan oleh Bendahari dan diperiksa oleh Pemeriksa kira-kira dengan seberapa segera setelah tamat tahun kewangan. Penyata kira-kira yang telah diperiksa oleh pemeriksa kira-kira hendaklah dikemukakan untuk kelulusan Mesyuarat Agung Perwakilan Tahunan yang berikutan dan salinan-salinannya hendaklah dibekalkan untuk makluman Ahli Perwakilan dialamat berdaftar atau ditempat Mesyuarat Majlis. 6. Tahun kewangan Majlis ini bermula dari 1hb Januari dan berakhir 31hb Disember, tiap-tiap tahun. FASAL 14 – PEMERIKSA KIRA-KIRA : 1. Dua orang yang bukan Ahli Jawatankuasa Majlis hendaklah dilantik sebagai Pemeriksa kirakira didalam Mesyuarat Agung Perwakilan Tahunan. Mereka ini akan memegang j jawatan selama dua (2) tahun dan boleh dilantik semula. 2. Pemeriksa Kira-kira dikehendaki membuat pemeriksa kira-kira kewangan Majlis bagi tempoh setahun san membuat laporan atau pengesahan untuk Mesyuarat Agung. Mereka juga dikehendaki bila-bila masa oleh Pengerusi, memeriksa kira-kira Majlis bagi mana-mana masa di dalam tempoh jawatan mereka dan membuat laporan kepada Jawatankuasa. FASAL 15- PENAUNG : 1. Majlis boleh jika perlu, melantik seseorang penaung untuk satu tempoh yang diputuskan oleh Jawatankuasa. Perlantikan penaung boleh dibuat melalui keputusan Mesyuarat Jawatankuasa. FASAL 16 – PEMEGANG AMANAH 1. Apabila Majlis mempunya harta tetap, Majlis hendaklah dilantik tidak kurang daripada dua (2) orang dan tidak lebih daripada tiga (3) orang Pemegang Amanah. Pemegang Amanah ini hendaklah berumur 21 tahun keatas dan mempunyai kedudukan dan keadaan diri yang dihormati oleh masyarakat. 2. Pemegang Amanah hendaklah dilantik di dalam Mesyuarat Agung Perwakilan Tahunan dan tempoh perkhidmatannya juga diputuskan oleh Mesyuarat Agong Perwakilan Tahunan. 3. Semua harta tetap Majlis akan diamanahkan kepada mereka tidak boleh menjual, menarik balik atau menukar harta kepunyaan Majlis dengan tidak ada persetujuan dan kuasa yang diberikan oleh Mesyuara agung Perwakilan Tahunan. 4. Harta tetap Majlis juga tidak boleh dicagar, digadai atau ditukar milik tanpa persetujuan Mesyuarat Agung Perwakilan. 5. Seorang Pemegang Amanah Perwakilan oleh sebab uzur, tidak siuman, tidak berada dalam negeri, didapati bersalah oleh mahkamah kerana jenayah dan lain-lain sebab yang munasabah yang menyebabkan ia tidak boleh menjalankan tugasnya dengan memuaskan. Jika berlaki sebarang kematian, perletakan jawatan atau perlucutan jawatan bagi seseorang Pemegang Amanah Baru yang dilantik dalam Mesyuarat Agung Perwakilan.


8 FASAL 17 – PERBEHENTIAN DAN PEMECATAN : 1. Sesebuah Ahli Gabungan yang hendak berhenti daripada ahli hendaklah memberi kenyataan yang bertulis empat (4) minggu terlebih dahulu kepada Setiausaha dan membayar segala hutang-hutangnya. 2. Mana-mana Ahli Gabungan yang gagal mematuhi undang-undang atau bertindak dalam cara yang akan mencemarkan nama baik Majlis Pendaftar Pertubuhan Belia bolehlah dipecat atau digantungkan keahliannya dalam sesuatu tempoh sebagaimana yang difikirkan munasabah Jawatankuasa. Sebelum Jawatankuasa memecat atau menggantungkan ahli tersebut. Ahli Gabungan itu hendaklah diberitahu sebab-sebab secara bertulis. Pemecatan atau penggantungan itu hendaklah dilaksanakan melainkan Mesyuarat Agung Perwakilan menunda atau membatal keputusan itu, atas rayuan oleh Ahi Gabungan tersebut. FASAL 18 – PINDAAN PERLEMBAGAAN 1. Undang-undang ini tidak boleh diubah atau dipinda kecuali dengan sokongan dua per tiga (2/3) daripada ahli-ahli dalam Mesyuarat Agung. Permohonan atau perubahan-perubahan atau pindaan-pindaan kepada undang-undang hendaklah membuat kepada Pendaftar Pertubuhan dalam masa dua puluh lapan (28) hari dari tarikh keputusan hendaklah membuat perubahan atau pindaan dan hanya dijalankan kuat kuasa daripada tarikh perubahan-perubahan dan pinda-pindaan itu diluluskan oleh Pendaftar Pertubuhan. FASAL 19 – LARANGAN 1. Dilarang menghisap candu, ganja atau membawa perempuan lucah (sundal) (yang tidak halal dalam islam atau tidak ada apa-apa ikatan yang sah ) atau jahat ke dalam rumah Majlis. 2. Semua jenis permainan judi atau permainan yang bergantung semata-mata kepada nasib adalah tidak dibenarkan dimainkan didalam rumah Majllis. 3. Majlis ini atau ahli-ahli gabungan tidak boleh mengambil bahagian di dalam Kesatuan Sekerja seperti yang diterangkan didalam Undang-undang Kesatuan Sekerja 1959. 4. Majlis ini dilarang daripada mempunyai perhubungan atau bergabung dengan mana-mana pertubuhan diluar daripada Malaysia 5. Faedah-faedah seperti yang diterangkan di bawah seksyen 2 Akta Pertubuhan 1966, tidak boleh diberi Majlis kepada mana-mana ahli Majlis. FASAL 20 – PEMBUBARAN 1. Majlis ini boleh dibubarkan secara sukarela dengan persetujuan tidak kurang dua per tiga (2/3) daripada jumlah wakil-wakil Ahli Gabungan yang berhak mengundi di dalam mesyuarat yang dimaksudkan.


9 2. Sekiranya pertubuhan hendaklah dibubarkan secara yang disebutkan diatas, maka segala hutang dan tanggungan yang sah mengikut undang-undang hendaklah diselesaikan mengikut cara yang dipersetujukan dalam Mesyuarat Agung. 3. Kenyataan yang bersabit dengan penubuhan itu hendaklah disampaikan kepada Pendaftar Pertubuhan belia dalam masa empat belas (14) hari dari tarikh pembubaran itu. FASAL 21 – TAFSIRAN PERLEMBAGAAN : 1. Diantara mesyuarat-mesyuarat Agung Perwakilan, Jawatankuasa boleh memberi tafsiran kepada perkara-perkara di dalam perlembagaan ini dan bila mustahak memutuskan perkaraperkara yang tidak terkandung didalam perlembagaan ini. 2. Kecuali perkara-perkara yang bertentangan atau tidak selaras dengan dasar yang telah dibuat di dalam Mesyuarat Agung Perwakilan, keputusan Jawatankuasa terhadap ahli-ahli gabungan adalah muktamad jika tidak diubah oleh keputusan Mesyuarat Agung Perwakilan.


KERTAS USUL


PINDAAN PERLEMBAGAAN MAJLIS BELIA DAERAH TEMERLOH 7.0 FASAL 7 – MESYUARAT AGUNG PERWAKILAN : FASAL 5 / 3 PERLEMBAGAAN ASAL 3. Notis bagi Mesyuarat Agung Perwakilan Tahunan hendaklah diberi oleh Setiausaha kepada semua ahli-ahli tidak lewat dari empat belas (14) hari sebelum tarikh, waktu dan tempat serta agenda termasuk salinansalinan kertas mesyuarat dan laporan-laporan berserta dengan penyata kira-kira Majlis bagi tahun lalu yang telah diaudit. Salinan surat-surat ini juga hendaklah dibekalkan untuk dibaca oleh ahli-ahli dialamat berdaftar atau ditempat mesyuarat Majlis. PINDAAN PERLEMBAGAAN 3. Notis bagi mesyuarat agung tahunan perwakilan hendaklah diberikan oleh Jawatankuasa Kerja kepada ahli-ahli tidak lewat dari empat belas (14) hari sebelum tarikh mesyuarat berkenaan. 10.0 FASAL 10 – JAWATANKUASA : FASAL 10 / 1 PERLEMBAGAAN ASAL 1. Satu jawatankuasa seperti berikut yang dinamakan pegawai-pegawai Majlis yang tidak melebihi umur 40 tahun pada 1 haribulan Januari tahun pemilihan hendaklah dilantik di dalam mesyuarat agung perwakilan dua (2) tahun sekali ; • Seorang pengerusi • Seorang naib pengerusi • Setiausaha • Penolong setiausaha • Bendahari • Enam (6) orang ahli jawatankuasa biasa yang tidak melebihi umur 40 tahun pada 1 haribulan Januari tahun pemilihan. PINDAAN PERLEMBAGAAN 1. Satu jawatankuasa seperti berikut yang dinamakan pegawai-pegawai Majlis yang tidak melebihi umur 40 tahun 1 haribulan Januari tahun pemilihan hendaklan dilantik di dalam mesyuarat agung perwakilan dua (2) tahun sekali ;


• Seorang pengerusi • Seorang Naib Pengerusi • Enam (6) orang Ahli Jawatankuasa Biasa yang tidak melebihi umur 40 tahun pada 1 haribulan Januari tahun pemilihan. • Pengerusi dengan persetujuan Jawatankuasa Kerja yang di pilih oleh Mesyuarat Agung Perwakilan boleh melantik seorang Setiausaha, seorang Penolong Setiausaha, Seorang Bendahari dan seorang Ketua Penerangan. Perlantikan ini adalah untuk dua (2) tahun mengikut penggal pemilihan tersebut. FASAL 10 - JAWATANKUASA FASAL 10/ 3 PERLEMBAGAAN ASAL 3. Nama-nama untuk jawatan yang diatas hendaklah dicadangkan dan disokong dan pemilihan dijalankan dengan cara mengundi oleh wakilwakil yang hadir dalam Mesyuarat Agung Perwakilan Tahunan. PINDAAN PERLEMBAGAAN 3. Dimansuhkan. FASAL 13– KEWANGAN FASAL 13 / 2 PERLEMBAGAAN ASAL 2. Bendahari boleh menyimpan wang runcit tidak lebih daripada RM 50.00 pada suatu masa. Wang yang lebih daripada itu mestilah dimasukkan ke dalam bank yang dipersetujui olej Jawatankuasa. Kirakira Bank ini hendaklah diatas nama Majlis. PINDAAN PERLEMBAGAAN 2. Bendahari boleh menyimpan wang runcit tidak lebih dari RM2500.00 pada suatu masa. Wang yang lebih daripada itu mestilah dimasukkan ke dalam bank yang dipersetujui olej Jawatankuasa. Kira-kira Bank ini hendaklah diatas nama Majlis.


FASAL 13 – KEWANGAN FASAL 13 / 4 PERLEMBAGAAN ASAL 4. Perbelanjaan yang kurang daripada RM 200.00. Boleh diluluskan oleh Bendahari bersama Pengerusi. Perbelanjaan yang lebih daripada RM 200.00 tetapi tidak melebihi RM 5,000.00 hanya boleh dibelanjakan setelah mendapat kelulusan mesyuarat Jawatankuasa. Perbelanjaan yang melebihi rm 5,000.00 hanya dibelanjakan apabila mendapat persetujuan Mesyuarat Agung Perwakilan. PINDAAN PERLEMBAGAAN 4. Perbelanjaan yang kurang daripada RM5000 boleh diluluskan oleh Bendahari bersama Pengerusi. Perbelanjaan yang lebih daripada RM5000 tetapi tidak melebihi RM 100,000.00 hanya boleh dibelanjakan setelah mendapat kelulusan mesyuarat Jawatankuasa. Perbelanjaan yang melebihi RM100,000.00 hanya dibelanjakan apabila mendapat persetujuan Mesyuarat Agung Perwakilan. FASAL 16 – PEMEGANG AMANAH PERLEMBAGAAN ASAL 6. TIDAK DISEBUT PINDAAN PERLEMBAGAAN 6. Majlis boleh memiliki harta tetap seperti bangunan, bangunan pejabat ,tanah dan lain-lain sebagai harta tetap yang di pegang amanah oleh Pemegang Amanah yang dilantik.Harta tetap ini mesti di serah milik atau diperbaharui perjanjian jika terdapat sebarang perubahan Pemegang Amanah.


Click to View FlipBook Version