The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by kozume6, 2021-12-06 09:45:40

Etika & Peradaban Yang Menjadi Amalan Kaum India di Malaysia

E-Majalah

Bahagian Editor DDT1B | 6 Disember 2021 Vol. 001

Etika&Peradaban

Yang Menjadi Amalan Kaum India di Malaysia

AHMAD IBRAHIM 17DDT21F1019

Makanan Tradisional

NUR SYAFIQAH BINTI ISA 17DDT21F1023

PERKAHWINAN

AMIR HAZIQ BIN ABDUL HALIM 17DDT21F1017

Pakaian Tradisional

AINA NABILAH BINTI ROSLI 17DDT21F1021

PENSYARAH ETIKA&PERADABAN:
PUAN Nurul Amalia Bt. Ruslan & ENCIK Mohd Husni B. Abd Halid

Isi Kandungan

-Penghargaan
MS 1 Pengenalan
MS 2 Kepercayaan
MS 10 Perkahwinan
MS 24 Jenis Perayaan
MS 29 Pakaian Tradisional
MS 33 Makanan Tradisional
MS 36 Kesimpulan
-Pengarang

PENGHARGAAN

Syukur Alhamdulillah dan setinggi-tinggi
kesyukuran dipanjatkan kehadrat ilahi kerana
dengan izin kurnianya dapat kami
menyempurnakan tugasan bagi kod subjek
Penghayatan Etika dan Peradaban
(MPU 21032) ini dengan jayanya.

Dengan kesempatan yang ada ini kami amat
berbesar hati untuk menghadiahkan jutaan terima
kasih kepada PUAN NURUL AMALIA BT. RUSLAN
dan ENCIK MOHD HUSNI B. ABD HALID ,selaku
Pensyarah kerana telah meletakkan sepenuh
kepercayaan beliau kepada kami untuk
melunaskan tugasan yang diberikan dan atas budi
bicara beliau dalam memberi tunjuk ajar
sepanjang masa tugasan ini dijalankan.

Terima kasih juga khususnya kepada semua ahli
kumpulan yang telah bertungkus-lumus
menghasilakan pengeluaran idea terbaik yang akan
memberi manfaat kepada semua masyarakat.

Ucapan ini juga ditujukan kepada semua pihak
yang telah terlibat dalam menjayakan tugasan ini
sama ada secara langsung atau tidak langsung .
Segala bantuan yang telah mereka hulurkan
amatlah kami hargai kerana tanpa bantuan dan
sokongan mereka semua tugasan ini mungkin tidak
dapat dilaksanakan dengan baik.

Sekian, terima kasih.

Pengenalan

Orang India Malaysia ialah rakyat Malaysia yang berasal dari
India. Kebanyakan mereka datang ke Malaysia semasa zaman
penjajahan British di Tanah Melayu. Namun, sumber-sumber
sejarah membuktikan bahawa kaum India tiba di Malaysia sejak
zaman keagungan Dinasti Chola. Kini, kaum ini merupakan
kaum ketiga terbesar di Malaysia selepas kaum Melayu dan
Cina .

Masyarakat India merupakan salah satu kaum yang telah
menyumbang ke arah pembentukan sebuah masyarakat
majmuk di negara Malaysia. Masyarakat India juga kaya
dengan ciri-ciri kebudayaan mereka yang tersendiri dan masih
mengekalkan kebudayaan tersebut sehingga kini. Adat resam
yang diamalkan oleh masyarakat India mempunyai banyak
persamaan dengan kebudayaan yang terdapat pada
masyarakat Melayu. Hal ini, jelas terlihat dari sudut
perkahwinan dan kelahiran. Seperti masyarakat lain,
masyarakat India mempunyai pelbagai suku kaum. Oleh itu,
maklumat berikut hanya memaparkan adat resam masyarakat
India secara umum.

1

KEPERCAYAAN, AGAMA &
PANTANG LARANG KAUM INDIA

❖ KEPERCYAAN
KAUM INDIA

❖ AGAMA KAUM
INDIA

❖ PANTANG LARANG
KAUM INDIA

PENGARANG: AMIR HAZIQ BIN ABDUL HALIM (DDT21F1017)

KEPERCAYAAN KAUM
INDIA

Kaum India mempunyai kepercayaan
politeisme iaitu percaya kepada banyak
Tuhan

1. Tuhan Indra (tuhan perwira)
2. Vayu
3. Agni (tuhan api)
4. Dyaus (tuhan langit)
5. Varuna (tuhan hujan)
6. Tuhan ibu

Masyarakat Hindu percaya kepada
banyak Tuhan. Antaranya masyarakat
Hindu mempercayai Tuhan Ibu.
Tuhan Ibu adalah bersifat keibubapaan kepada segala mahluk.
Tuhan ini dianggap bersifat ibu bapa keran kasih ibu dianggap
paling suci dan tidak akan mengecewakan anaknya. Amalan ini
dipercayai diwarisi daripada kebudayaan masa lampau.

2

AGAMA KAUM INDIA

----------------------------------------------------------------------------------------
AGAMA HINDU
▪ Terdapat 2 mazahab penting dalam agama Hindu iaitu
Saivanisme ynag menyembah Dewa Siva manakala mazhab
yang menyembah Dewa Vinshu.

▪ Dalam agama Hindu, Dewa bukanlah Tuhan tersendiri.
Menurut umat Hindu, Tuhan itu Maha Esa tiada duanya.
Dalam salah satu ajaran filsafat Hindu, Adwaita Wendanta
menegaskan bahwa hanya ada satu kekuatan dan menjadi
sumber dari segala yang ada (Brahman), yang
memanifestasikan diri-Nya kepada manusia dalam beragama
bentuk.

3

▪ Dalam Agama Hindu ada
lima keyakinan dan
kepercayaan yang disebut
dengan Pacasradha yang
merupakan keyakinan
dasar umat Hindu. Kelima
keyakinan tersebut:

1. Widhi Tattwa – percaya kepada Tuhan Ynag Maha Esa dan
segala aspeknya.

2. Atma Tattwa – percaya dengan adanya jiwa dalam setiap
makhluk.

3. Karmaphala Tattwa – percaya dengan adanya hukum
sebab-akibat dalam setiap perbuatan.

4. Punarbhava Tattwa – percaya dengan adanya proses
kelahiran Kembali (reinkarnasi).

5. moksaTattwa – percaya bahwa kebahagiaan tertinggi
merupakan tujuan akhir manusia.

---------------------------------------------------------------------------------

AGAMA BUDDHA
▪ Agama ini menekankan kepada konsep kelahiran

semula reincarnation dan nirvana iaitu peringkat paling
bahagia.
▪ Buddha juga mengajar tentang ahimsa (tidak boleh
memusnahkan / merosakkan segala benda hidup.

4

PANTANG LARANG
KAUM INDIA

PANTANG LARANG KAUM INDIA

• Semasa mengandung
• Semasa perkahwinan
• Semasa Deepavali

Pantang larang
Semasa mengandung

SEMASA MENGANDUNG

• Ibu dilarang keluar pada waktu malam secara
berseorangan.

• Ibu dilarang tidur pada waktu siang dan berjaga pada waktu
malam (tidur berlebihan).

• Ibu dilarang melakukan perbuatan-perbuatan buruk seperti
mengumpat, memfitnah, bergaduh dan menyembelih.

• Suami dilarang memukul atau mengasari isteri.
• Suami dilarang meyembelih/membunuh binatang &

menebang pokok khasnya pokok pisang.

5

SELEPAS MENGANDUNG

• Dalam tempoh 2 bulan, ibu perlu
hindarkan daripada melakukan
kerje-kerja berat.

SELEPAS KELAHIRAN

Tali pusat yang dipotong akan ditanam bersama uri dan tembuni di sekitar
kawasan rumah Bersama duit tembaga, serbuk kunyit,garam dan pinang.
Bahan-bahan yang dimasukkan beersama untuk mengelakkan dari dikorek
oleh binatang liar dan tidak digunakan oleh ahli sihir.

Bayi yang baru dilahirkan akan disapukan
madu bercampur minyak sapi di lidahnya.
Selain menggunakan madu yang bercampur
dengan minyak sapi aiar gula juaga dapat
digunakan. Kegunaan minyak ini dipercayai
boleh membawa kecantikan dan supaya
bayi tidak diserang sebarang penyakit.
Madu pula dikatakan dapat melembutkan lidah bayi dan memudahkan bayi
bertutur. Setits minyak bijan yang dicampur dengan sedikit susu ibu dan
disapu ke mulut bayi akan bertindak menjadi pelawas dalam sistem
penghadaman dan membantu tumbesaran bayi.

Berbeza dengan bayi yang dilahirkan dirumah, bayi yang dilahirkan
dihospital akan dibawa pulang ke rumah pada hari ganjil. Sebelum bayi
dibawa masuk ke rumah upacara aalati dilakukan untuk mengelakkan bala
atau sebarang malapetaka dari pada berlaku. Bagi upacara aalati ini, dulang

6

yang mengandungi mengandungi serbuk kunyit,
kapur sirih yang dicairkan, arang, sirih dan kapur
barus yang dinyalakan diangkat dan diputar tiga
kali mengikut arah jam dan juga lawan arah jam.
Dulang juga dilambaikan sebanyak tiga kali.
Seterusnya, para cumanggali akan mencelupkan
ibu jarinya ke dalam dulang tersebut dan
mencalitkan ke dahi ibu dan anak. Setelah itu,
ibu dan anak masuk ke dalam rumah, isi dulang aalati dibuang.

Kemudian, mandi selepas bersalin. Bayi hendaklah diasingkan di sebuah
bilik khas dan dua minggu pertama, orang luar dilarang melawat mereka
kecuali untuk tujuan perubatan. Seterusnya, sekiranya proses bersalin
menggunakan kaedah pembedahan, ibu yang baru bersalin tidak
dibenarkan mandi selama dua minggu atas sebab-sebab kesihatan fizikal
ibu yang lemah kerana pembedahan dan kesan kelahiran. Manakala,
sekiranya menggunakan kaedah normal, ibu akan mandi selang sehari
selapas bersalin.

Bagi bayi pula, bayi dimandikan pada waktu
tengah oleh seorang wanita yang berpengalaman.
Bayi disiram ke seluruh badan bayi dengan
menggunakan air suam yang kadangkala di
campur dengam bahan-bahan herba untuk mengelakkan penyakit sawan
atau kuning. Selain itu, susu juga boleh digunakan sebagai bahan utama
untuk melembutkan kulit bayi.

Kemudian, ketika bayi dimandikan, urutan perlahan 7
dilakukan pada tubuh bayi dan tulang belakang bayi
supaya tidak bengkok. Bagi tujuan kecantikan,
hidung, kening dan telinga turut diurut.
Beberapa bahan seperti serbuk kunyit, minyak bijan.
Kas-kas dan kacang hijau yang ditumbuk digunakan
sebagai pembersih badan bayi bertujuan untuk
mengelakkan penyakit kulit dan melicinkan kulit.

Selepas selsai dimandikan, bayi ditonggengkan
dengan mengangkat kedua belah kaki sambal
menepuk bahagian punggung untuk
mengeluarkan kahak. Setelah itu bayi diasapkan
dengan asap kemenyan, dasn disapu dengan
bedak yang diperbuat dari tepung beras supaya
tidak dihinggap ruam. Akhir sekali, bayi akan
dibedung dengan kain bertujuan melurusdkan
anggota badan.

PANTANG LARANGAN
PERKAHWINAN
SEBELUM

• Bakal pengantin akan saling
membalas kunjungan Ketika
merisik. Tetapi, ketika
rombongan pengantin
perempuan, bakal pengantin
dilarang ikut serta kerana
dianggap tidak sopan.

• Kad jemputan perlu disiapkan
dan dibuat tanpa kesilapan.

Semasa

• Jika jamuan dilakukan dikuil, hanya sayur-sayuran boleh
dihidangkan kepada tetamu. Dan makanan lain tidak dibenarkan
terutamanya daging lembu.

8

PANTANG LARANG DEEPAVALI

Pada petang sebelum perayaan,
semua ahli keluarga akan berkumpul
Untuk makan malam bersama dengan
pelbagai jenis makanan hidangan
tradisi kaum India. Pada waktu malam
pula diadakan upacara memasang
pelita oleh seluruh ahli keluarga,
Pelita yang dipasang dipercayai
bahawa kecerahan dapat mengatasi segala kejahatan. Terdapat juga
upacara Menyusun beras atau hampas kelapa yang telah diwarnakan
denga pelbagai warna dihadapan pintu. Upacara ini membawa maksud
yang mendalam kepada semua pennganut Hindu termasuk mahkluk kecil
didunia ini, misalnya semut sebagai tanda ucap selamat datang kepada
para tetamu.

Pada pagi perayaan, seluruh ahli keluarga perlu bangun pagi sebelum
matahari terbit untuk mandi dan membersihkan diri. Mereka perlu mandi
dengan minyak bijan yang akan disapukan keatas kepala setiap ahli
keluarga oleh mereka yang lebih tua seperti
Ibu atau nenek. Mengikut kepercayaan kaum
India, mandi minyak bijan diibaratkan mandi
di Sungai Gangesuntuk tujuan membersihkan\
diri dari segala kejahatan dan sifat dengki.

Selepas mandi, pakaian yang dipakai

mestilah berwarna yang garang seperti merah, biru dan oren. Mereka

dilarang berpakaian hitasm atau putih yang lebih bermaksud kesediahan.

Selepas itu barulah bersalam dan memohon maaf kepada kedua ibu bapa

dan ahli keluarga yang lain. Upacara sembahyang dijalankan dikuil bagi

mendapatkan kesejahteraan diri dan keluarga. 9

PERKAHWINAN
KAUM INDIA

PERKAHWINAN KAUM INDIA

Perkahwinan kaum India Perkahwinan kaum India
di Malaysia dapat di biasanya dilaksanakan
bahagikan kepada mengikut golongan etnik,
beberapa jenis: iaitu;

• Vaitiikat tirumanam Entik
• Eliyat tirumanam • Tamil
• Tamil tirumanam • Malayam
• Telegu

Sub etnik
• Chetti
• Mutaliyar
• Veelaalar
• teevar

10

PERINGKAT 1 :
MERISIK

Beberapa • Etnik
aspek yang • Sub etnik
perlu • Kasta
diberikan • agama
perhatian

Selain itu, status ekonomi & status social
yang merangkumi:

• Umur
• Tahap Pendidikan
• Jenis pekerjaan
• Etika dan moral
• ]rupa paras
• Latar belakang keluarga

11

Kunjungan ke
rumah pengantin

Adat ini dilakukan selepa adat
merisik dilakukan. Bakal pengantin
lelaki akan mengunjungi bakal
pengantin perempuan untuk
melihat sendiri paras rupa dan perawakan calon isterinya. Adat ini
dikenali sebagai pen paarttal aau dalam Bahasa Melayu dipanggil
sebagai melihat bakal isteri. Ketika itu wakil pihak lelaki perlu dating
dalam jumlah ganjil walaupun bilangan itu ramai.

Seterusnya buah tangan seperti
kelapa, sirih, pinang, cendana,
buah-buahan serta serbuk Kumkum
akan dibawa. Barang-barang ini
dibawa sebagai tanda kedatangan
merekaatas niat yang baik dan
untuk meneratkan lagi hubungan
kekeluargaan.

Pihak perempuan akan
menerima hantaran tersebut
sekiranya bersetuju. Jika tidak,
mereka hanya melayan orang
yang dating sebagai tetamu
dan tidak boleh mengambil
barang-barang tersebut.

12

Bakal pengantin perempuan akan memakai sari dan
dipertanggungjawab menghidang airminuman. Pada masa itu, bakal
pengantin lelaki berpeluanmg melihat pengantin perempuan dengan
lebih dekat.
Oleh itu, bakal pengantin perempuan perlu melayani para tetamu yang
bertandang termasuklah bakal suami. Kemudian kunjungan ini dibalas
oleh wakil perempuan. Kali ini pengantin perempuan tidak ikut serta.
Selain itu, dalam masyarakat India, adat pen paarttal juga bertujuan
untuk mengetahui latar belakang bakal pengantin lelaki

13

PERINGKAT
2 : IKAT
JANJI

-----------------------------------------------------------------------------------

Proses ikat janji atau niccayam dilakukan selepas mendapat
persetujuan kedua-dua pihak.wakil lelaki akan dating ke rumah pihak
perempuan dalam jumlah ganjil dengan membawa beberapa barangan
seperti kelapa, sirih pinang,bunga-bungaan, buah-buahan, sendana
dan Kumkum untuk diberikan kepada wakil perempuan.

Sebaik sahaja sampai ke rumah
bakal pengantin perempuan, bapa
kedua-dua belah pihak akan
berbincang mengenai perkahwinan
tersebut. Sekiranya bapa salah
seorang bakal pengantin telah
meninggal dunia, perbincangan
akan diadakan dengan saudara
mara.

14

Bakal pengantin lelaki seterusnya akan melafazkan ikat janji
sekiranya kedua-dua belah pihak pengantin bersetuju, mereka
akat mengikat janji bagi menyatakan persetujuan untuk
mengahwini bakal pengantin perempuan.

Seterusnya, perkahwinan tersebut akan diumumkan kepada
orang ramai. Sebagai tanda ikatan, kedua-dua pengantin akan
bertukaran sirih pinang yang dinamakan taambuulan
marrutal.
Kemudian, mereka akan membincangkan mengenai hari
perkahwinan dan tentang belanja untuk pengantin
perempuan, kad jemputan dan sebagainya.
Selepas itu, upacara niccayam akan dilakukan dan lazimnya
akan dijalankan kalungan bunga.

15

PERINGKAT 3 : ADAT
PARISAM

PARISAM

1) Parisam biasa

Pemberian hadiah yang
dijalankan lebih awal
daripada hari
perkahwinan

.

2) Udan parisam

Pemberian hadiah yang
dilakukan pada hari yang
sama sebelah pagi sebelum
perkahwinan
dilangsungkan.

16

Dalam msyarakat India. Parisam umpama sebuah pertungan. Adat
pemberiasn parisam akan diadakan pada hari yang telah dipersetujui
oleh kedua-dua belah pihak. Pihak pengantin lelaki akan menyediakan
beberapa jenis hantaran dalam jumlah ganjil. Hantaran ini perlu
disediakan oleh Wanita yang sudah bersuami sahaja dan mereka di
panggil cumanggali.

Parisam akan dibawa ke rumah
Pengantin perempuan diketuai
oleh bakal pengantin lelaki dengan
memakai pakaian tradisioanal
masyarakat India. Pada masa yang
sama alat muzik traditional seperti
naatasawaram dan meelam
dimainkan.

17

Pihak perempuan akan meyediakan
buyung yang dikenali sebagai
puurana kumbum yang diletakkan
di ruang tamu. Lampu minyak minyak
yang dipanggil kuttu vilakku
diletakkan bersebelahan purana
kumbum sebagai menunjukkan
kuniaan Tuhan.

Bagi memulakan adat tersebut, upacara sembahyang akan dilakukan
terlebih dahulu. Kemudu=ian bapa pegantin perempuan akan
membawa parisam yang mengandungi sari dan diberi kepada anaknya.

Pada masa yang samapengantin perempuan menulis sesuatu dengan
menggunakan kunyit sebagai meminta restu daripada Tuhan. Setelah
itu, barulah pihak lelaki dan jemputan lain bolerh melihat purana
kumbum dengan lebih dekat lagi.

Pada hari tersebut, bakal
pengantin perempuan memakai
sari parisam dan di pimpin keluar
oleh seorang wanita lain ke ruang
tamu. Pada masa ini beberapa
orang saudara-mara boleh
mengalungkan kalungan bunga
pada bakal pengantin perempuan. Ini dikenali sebagai orrai-maalai
atau kalungan tunggal.

18

Pengiring akan memberikan kad jemputan kepada kedua-dua pihak
pengantin. Kad jemputan memainkan peranan penting dalam
perkahwinan masyarakat India. Kad jemputan ini dibuat berdasarkan
almanac Hindu

Sekiranya terdapat kesilapan, bermakna perkahwinan tidak dapat
dijalankan dengan lancer. Kad jemputan yang telah dicetak disapu
dengan serbuk kunyit cair sebagai lambang keharmonian.

Tiga upacar penting iaitu mengunjungi rumah pengantin (pen
paartal), adat ikat janji (niccayam) dan pemberian hadiah (parisam)
merupakan adat yang sering dilakukan masyarakat India.

Namun begitu ada di kalangan mereka tidak lagi melakukan upacara
tersebut untuk mengelakkan pembaziran.

19

PERINGKAT 4 :
ADAT
MUKUURTTA
KAAL

Adat ini dilakukan lima hari
sebelum hari perkahwinan
dilangsungkan. Adat ini diadakan
pada hari yang baik mengikut
firasat masyarakat India.

Untuk menjalankan adat tersebut
sebatang pokok yang masih muda
dan lurus akan ditebang untuk
dijadikan mukuurtta kaal. Batang
pokok tersebut berukura dua atau
tiga meter dan mempunyai lilitan
batang antara 20 hingga 30
sentimeter.

Adat mendirikan mukuurtta kaal adalahsebagai menandakan
perkahwinan akan dilangsungkan di rumah tersebut. Bahan-bahan
lazim seperti sirih pinang, Kumkum, kunyit dan sebagainya disediakan.
Ahli keluarga pengantin akan bermohon pada Tuhan supaya
perkahwinan dapat dilangsungkan tanpa gangguan.

20

Batang kayu diambil da dibersihakn
serta dibuang kulitnya. Lima orang
perempuan yang sudah berkahwin
akan menyapukan kunyit cair dan
Kumkum pada batang kayu
tersebut dari pangkal hingga
hujung.

Kemudian hujung kayu diikat
dengan daun ara atau manga
menggunakan kain merah. Kayu
akan dipacak sedalam setengah
meter dan bahan-bahan
tersebut tadi akan dimasukkan
ke dalam lubang tersebut
sebagai lambing kekayaan.

Kemudian upacara sembahyang dilakukan oleh pengantin beserta lima
orang perempuan tersebut. Sebanyak sembilan jenis bijirin ditabur
pada batang kayu dan lampu minyak dinyalakan. Pada masa yang sama
pengantin berikrar akan menjaga alam sekitar sebagai lambang
persahabatan dengan alam sekitar.

Kebiasaan adat mendirikan mukkuurtta kaal dilakukan dirumah
pengantin lelaki.

21

Thirumanan bermaksud penyatuan atau ikatan sucimelalui perkahwinan antara
pasangan suami isteri agar kekal ke akhiir hayat. Terdapat tiga jenis
perkahwinan dalam masyarakat India iaitu vaitikat thirumanam, tamil
thirumanam dan diva thirumanam yang mana perkahwinan ini dijalankan
adalah berlandaskan kaum.

Majlis perkahwinan dimulakan dengan upacara ikat janji (niccayam) dengan
memberi hadiah seperti pakaian dan lain-lain. Kad undangan disapu dengan air
kunyit dibawa ke kuil dalam jumlah ganjil sebagai tanda rasmi undangan
perkahwinan.

22

PERINGKAT 5 :
UPACARA
KANGGENAM

------------------------------------------------------------------------------------

Upacara kanggenam iaitu menanam sebatang pokok yang lurus dan
disapu dengan serbuk kunyit tiga hari sebelum hari perkahwinan
dilangsungkan. Penagantin lelaki tidak dibenarkan keluar selam tiga
hari sebelum hari perkahwinan.

Upacara perkahwinan dilakukan oleh Pedanda dengan berdoa
supaya pengantin hidup Bahagia hingga akhir hayat. Pendanda akan
menabur Sembilan jenis bijirin setelah selesai acara menyarung
cicncin. Pengantin lelaki akan mangalungkan thaali yang diperbuat
daripada benang yang disapu dengan kunyit dan hujungnya diikiat
dengan seketul kunyit dan kepada pengantin perempuan hingga aras
dada.

Akhir sekali, kedua-dua mempelai memberi hormat kepafa ibu bapa
mertua dengan menukar dulang berisi buah-buahan dan menyapu
debu suci pada dahi pengantin.

23

PERAYAAN

PENGARANG : AINA NABILAH BINTI ROSLI (17DDT21F1021)

KEISTIMEWAAN
DEEPAVALI

Apakah itu Hari Deepavali

Hari Deepavali dikenali sebagai Diwali dan Antara keistimewaan Deepavali ialah
Divali merupakan perayaan yang disambut ‘rongoli’ Kebanyakan penganut Hindu
oleh semua penganut yang beragama Hindu akan menghiasi rumah mereka
di seluruh dunia dan merupakan hari cuti di dengan 'kolam' atau 'rangoli' iaitu
Malaysia. Perkataan Deepavali merupakan hiasan lantai yang diperbuat daripada
gabungan perkataan 'Dipa' yang bererti beras di depan pintu rumah sebagai
cahaya dan perkataan "Gavali" yang bererti tanda selamat dan rahmat supaya
barisan. Perayaan Deepavali ini disambut setiap isi rumah mendapat
pada hari ke 14 bulan Aipasi dalam kalendar kesejahteraan. Kemahiran membuat
Tamil antara bulan Oktober dan 'kolam' ini biasanya diwarisi secara
November. Pada hari yang bermakna bagi turun-temurun. Walaupun nampak
penganut agama Hindu, Sikh dan Jain, susah, tetapi penganut Hindu boleh
kebanyakan daripada mereka akan menghias membuatnya dengan cantik, unik dan
rumah dengan pelita dan mercun akan menarik yang kebanyakannya
dibakar. Selain itu, mereka akan mengagihkan bermotifkan tumbuhan. Upacara ini
gula-gula dan hadiah kepada ahli keluarga, membawa maksud yang amat bererti
sanak-saudara, dan jiran-jiran terdekat. kerana perayaan ini tidak hanya
Seterusnya, mereka akan melakukan upacara dirayakan oleh penganut Hindu tetapi
sembahyang dan kegamaan. juga makhluk lain di dunia. Hiasan
'kolam' ini merupakan lambang
penyembahan dewa Lakshmi. Dewa
Kekayaan yang dipercayai hanya akan
mengunjungi rumah mereka yang
mempunyai hiasan 'kolam' di pintu
masuk rumah mereka.

Selain itu ialah manisan merupakan
identiti masyarakat India. manisan ini

24

bukan sahaja diminati oleh kaum India Minyak bijan ini akan disapukan ke atas kepala
tetapi juga masyarakat lain di negara ini. setiap ahli keluarga oleh mereka. Kebaikan mandi
Dalam masyarkat India, manisan sering minyak bijan bagaikan mandi di Sungai Ganges yang
menjadi acara pembuka sebelum suci bertujuan membersihkan diri daripada segala
memulakan sesuatu majlis, acara atau kejahatan dan sifat dengki. Selepas mandi
hari perayaaan.Mereka percaya ia mampu dimestikan memakai pakaian dan perhiasan serba
membawa kegembiraan, keseronokan, baru pada pagi Deepavali bertujuan untuk
nilai positif daan kesejahteraan yang menghilangkan segala sifat buruk dan kejahatan
berpanjangan. Itulah juga sebabnya dalam diri seseorang.
manisan yang lebih manis dan sedap
dianggap lebih baik dan dialu-alukan. Akhir seksli ialah, amalan berkunjung ke rumah
Mereka akan dihidangkan dengan juadah saudara mara terdekat masih lagi diteruskan selama
tradisional kaum India yang terkenal hari selepas. Hari Deepavali untuk mengukuhkan lagi
seperti halwa dan laddu. Malah sembilan hubungan silaturahim di kalangan mereka.
jenis hidangan sayur-sayuran turut Sesetengah penganut agama Hindu akan
disediakan pada pagi Deepavali. mengadakan sambutan perayaan secara besar-
Antaranya ialah 'Aloogobi' iaiu campuran besaran dengan menganjurkan rumah terbuka untuk
ubi kentang dan kobis bunga 'paneer' menjamu sanak-saudara dan rakan-rakan mereka
campuran masala bersama yourgat dan yang bukan beragama Hindu. Rumah terbuka
kari dhal. Tidak ketinggalan kuih-muih tersebut amat meriah dengan pelbagai makanan
tradisional lain seperti muruku ,adirasam tradisional yang sungguh lazat seperti nasi beriani,
dan payasam. Muruku, Neiurundai dan kari ayam, kurma, tosai, murukku, achi murukku,
Atherasam. omapodi dan manisan seperti laddu dan neiurundai
disediakan untuk para tetamu yang hadir. Amalan
Seteusnya, Pada pagi perayaan, Hari memberi wang iaitu angpau kepada kanak-kanak
Deepavali, seluruh ahli keluarga akan juga semakin popular pada Hari Deepavali. Duit ini
bangun lebih awal iaitu sebelum mtahari selalunya diberi oleh orang dewasa kepada kanak-
terbit. Seawal pukul 3 pagi penganut agama kanak melalui sampul duit pelbagai rupa bentuk dan
Hindu akan memasang pelita atau lampu di warna. Amalan ini akan memeriahkan lagi suasana
sekitar kawasan rumah. Seluruh keluarga perayaan Hari Deepavali. Mungkin ada diantara
juga akan mandi dan membersihkan diri anda yang kurang memahami tentang sambutan
sebelum bersalam dan memohon maaf Hari Deepavali. Disebabkan itulah entri ini
dengan kedua ibu bapa dan ahli keluarga dikeluarkan bagi memberi lebih kefahaman kepada
yang lain. Upacara mandi minyak bijan turut masyarakat tentang budaya masyarakat India di
dilakukan pada awal pagi sebelum matahari Malaysia yang kebanyakannya beragama Hindu dan
terbit. Penganut Hindu menjalankan menyambut Hari Deepavali. Kata orang ''Perbezaan
upacara mandi minyak bijan bertujuan dirai, kemeriahan dikongsi'', biar pengetahuan ini
untuk meyucikan badan dan semangat. Ia memupuk sikap saling hormat-menghormati.
adalah tanda simbolik sebagai penyucian
diri. 25

APAKAH ITU THAIPUSAM TUJUAN SAMBUTAN
THAIPUSAM
Hari Thaipusam merupakan satu
perayaan yang disambut oleh masyarakat Bertujuan menunaikan nazar dan menebus
beragama Hindu di seluruh dunia. Perayaan dosa atau memohon ampun di atas dosa-
ini bagi menghormati dewa Hindu, iaitu Lord dosa yang telah dilakukan selama ini. Tidak
Murugan. Perayaan ini disambut pada semua penganut Hindu akan menunaikan
bulan kesepuluh dalam kalendar Tamil yang nazar. Nazar ialah memohon sesuatu hajat
dikenali juga sebagai bulan 'Thai'.Bagi kepada Dewa Murugan dan jika permohonan
penganut yang beragama Hindu, dikabulkan, maka satu acara tertentu
Thaipusam adalah hari untuk diadakan sebagai tanda kesyukuran. Pada
menghapuskan dosa-dosa dan bertaubat hari itu mereka akan membawa susu yang
sepenuhnya akan kesalahan yang berwarna putih kerana susu itu dianggap
lepas. Sebelum menyambut Thaipusam, paling suci . Susu ini diisikan dalam belanga
penganut agama Hindu akan berpuasa tembikar atau kini dalam belanga aluminium.
selama sebulan untuk tujuan membersihkan Belanga berisi susu ini akan dihias dengan
jiwa. Dalam tempoh sebulan ini, mereka pelbagai corak , warna , daun dan benang.
berpuasa dengan makan sayur sehari Belanga ini akan dijunjung di atas kepala dari
sekali dan sentiasa mengunjungi kuil. Dua luar kuil hinggalah ke dalam kuil. Tidak semua
puluh empat jam sebelum menyambut penganut Hindu membawa belanga berisi
Thaipusam pula, mereka akan berpuasa susu ini. Ramai juga lelaki Hindu yang
sepenuhnya.Masyarakat yang beragama mencukur rambut pada hari tersebut dan
Hindu di Malaysia, biasanya akan menyapukan campuran serbuk cendana dan
menyambut perayaan Thaipusam ini di Batu air di atas kepala. Bagi yang memohon
Caves, iaitu sebuah tempat suci bagi ampun agar dosa mereka
masyarakat Hindu di sini. diampunkan, kavadi akan dibawa atau
dijunjung di atas bahu atau di atas kepala.
Kavadi ini diperbuat daripada beberapa rod
besi atau kayu yang di atasnya terletak
patung dewa Murugan dengan pelbagai saiz
dan bentuk. Antara hiasan utama kavadi ialah
bulu burung merak dan bunga-bungaan.
Pembawa kavadi ini terdiri daripada lelaki ,
perempuan, tua, muda dan kanak-kanak.

26

CARA SAMBUATAN

APAKAH ITU THAIPONGGAL Ponggal merupakan perayaan
menuai yang disambut selama
Hari Thaiponggal merupakan perayaan empat hari pada bulan Thai di
semasa musim menuai yang diraikan secara dalam kalendar kaum india.Ia
meluas oleh masyarakat etnik Tamil di sempena berakhirnya musim
negeri Tamil Nadu, Sri Lanka, Malaysia, menuai, dimana hasil tuaian
Singapura, South Africa, USA, United Kingdom, ditujukan kepada Suriabhagawan
France, Seychelles, Australia, Kanada dan di atau Dewa Matahari. Ponggal
tempat yang mempunyai ramai etnik Tamil. disambut pada hari pertama bulan
Ponggal juga dikenali sebagai Makara Thai. Bulan Thai merupakan bulan
Sankranthi yang disambut ke-10 di dalam kalendar kaum
diseluruh India. Pongal dalam bahasa Tamil india. Bulan ini, disambut dengan
bererti "melimpah-ruah." Susu lembu yang hadiah dan pakaian baru untuk
melimpah apabila dipanaskan dalam periuk ahli keluarga serta doa kepada
belanga tanah liat melambangkan kekayaan dewa untuk kemakmuran di tahun-
yang melimpah ruah. Thaiponggal, dirayakan tahun akan datang. Bulan Thai
ketika masa menuai, secara tradisi bertujuan juga sangat sesuai untuk
berterima kasih kepada Dewa Matahari perkahwinan.Rumah-rumah
(Suryabagawan) dan ternakan ladang yang dihiasi dengan daun mangga dan
membantu menghasilkan kekayaan harta benda. lantai dihiasi dengan corak-corak
yang dilukis menggunakan tepung
beras atau beras berwarna. Ada
juga yang mengikat batang tebu di
luar rumah mereka.

Hari pertama perayaan
Ponggal dikenali sebagai 'Bhogi'.
Ia hari untuk Indran iaitu Dewa
Awan dan Hujan. Sebelum
matahari terbit, unggun api besar
dinyalakan dan dibiarkan
membakar sepanjang malam
untuk membakar barang-barang
lama.

27

Rumah kemudian dibersihkan dan Hari ini adalah untuk pengembala
dihiasi dengan corak dan bunga. Bhogi berterima kasih kepada ternakan
membawa maksud yang cukup mereka.Mereka akan mewarnakan
signifikan menandakan permulaan tanduk lembu dan menghiasi dengan
penting dalam kehidupan masyarakat pakaian dan topi logam bersinar.
India dengan membakar barang-barang Lembu diberi makan 'Ponggal' dan
lusuh bagi menyingkirkan anasir-anasir loceng diikat di leher mereka.
buruk.

Hari kedua pula dipanggil 'Thai Pongal' Hari terakhir pula dikenali sebagai
yang khusus untuk Dewa Matahari. 'Kaanum Pongal', ia merupakan hari
Ungkapan 'Ponggal' bermakna 'meluap- yang istimewa untuk wanita. Pada
luap', ia menggambarkan hasil tuaian hari ini, wanita sulung di rumah akan
yang banyak.Apabila susu sedang bangun awal dan menyapukan
mendidih, ahli keluarga akan berkumpul di kunyit pada muka semua wanita
sekitar periuk dan melaungkan ucapan muda dan melumurkan minyak
'Ponggal-O-Ponggal' semasa susu kepada rambut mereka.Selepas
mengalir keluar. mandi, semua wanita-wanita akan
menawarkan bebola nasi berwarna
Hari ketiga, yang dikenali sebagai 'Mattu kepada burung-burung. Kaum
Pongal' adalah khusus untuk haiwan lembu. wanita akan berdoa untuk keluarga
yang sihat dan gadis-gadis yang
belum berkahwin berdoa untuk
perkahwinan yang bahagia.Ahli-ahli
keluarga yang lebih muda pula akan
memberi penghormatan kepada
orang-orang tua untuk mendapatkan
restu.

28



Sari merupakan Pemilihan corak pula adalah mengikut si
pakaian untuk kaum pemakai. Ada yang lebih suka bercorak
perempuan dan ia tumbuha-tumbuhan dan ada juga yang lebih
adalah pakaian suka bercorak haiwan. Untuk menjadikan si
seharian dan turut pemakai kelihatan menarik, kebanyakan
dipakai pada musim mereka memilih sari yang mempunyai
perayaan. Sari terdiri pelbagai jenis manik yang berkilat. Ini akan
daripada lembaran menyerlahkan lagi kecantikan si
kain yang berukuran pemakainnya. Wala apapun pemilihan warna
semeter hingga dua biasanya dipadankan dengan corak yang
menarik dan sesuai dengan si pemakai.
meter lebar dan panjangnya
pula antara lima hingga lima SEJARAH SARI
belas meter mengikut saiz
pemakai. Kebanyakan kain sati Sejarah sari dapat ditelusuri dari penemuan
adalah jarang dan lembut.
Sebelum memakai sari, Si patung dan puisi kuno yang berasal dari
pemakai perlu memakai anak
baju yang ketat dan singkat. Peradaban Lembah Indus antara tahun 2800
Kemudian sati dililit dari
pinggan dan diselempang dan 1800 SM. Berdasarkan cerita rakyat yang
pada bahu kiri. Lilitan pinggang
sebanyak tiga hingga lima kali berkembang, asal mula penciptaan kain sari
untuk menguatkan lilitan
supaya tidak terurai. yang dikenal luas oleh masyarakat saat ini

Sari dari segi pemilihan dimulai ketika seorang penenun bertemu
warna, kebanyakan sari
yang dipakai berwarna gelap dengan peri cantik yang muncul dalam
seperti merah, biru, hijau
dan ungu. Warna-warna ini mimpinya dan mengilhaminya untuk membuat
lebih menarik untuk sari
yang dipakai pada musim sebuat kain panjang menjuntai
perayaan.

29

Kurta pula merupakan PERKARA YANG PERLU
pakaian tradisional bagi lelaki TAHU MENGENAI KURTA
kaum india. Kemeja panjang
yang sampai ke lutut yang Kurta, semua yang anda perlu tahu
diperbuat daripada kain kapas tentang kurta untuk lelaki dan banyak
atau lime dan sutera. Kurta ini variasinya. Ianya dipakai di kebanyakan
pada kebiasaanya akan rantau di Asia iaitu India, Pakistan,
dipakai bersama salwar Bangladesh, Sri Lanka dan Nepal, pakaian
longgar,seluar longgar atau ini telah mendapat reputasi sebagai baju
seluar churid. Kurta pijama yang kaum India. Tiada sebarang
adalah kurta yang dipakai oleh perbahasan meluas ke mana pakaian etnik
pemakainya bersama pijama berasal dari tidak ada bukti sejarah untuk
dimana kurta pijama ini mengesan pakaian ini kembali ke akar-
kebanyakkan dipakai ketika akarnya. Dengan definisi kurta longgar
majlis-majlis rasmi. jubah kapas mengalir yang sampai ke
lutut. Terdapat banyak variasi kurta dan
ada cara yang berbeza untuk
mengayakannya, baca selanjutnya untuk
mengetahui lebih lanjut. Kasual Kurta
adalah salah satu jenis pakaian yang paling
biasa dipakai di India. Mudah untuk dipakai
oleh lelaki secara sehari-hari. Kerana ianya
sesuai dipakai walaupun sambil berehat di
rumah, ataupun aktiviti diluar rumah seperti
acara keramaian.

Terdapat juga variasi kontemporari
moden yang di dalamnya sepeti dicetak
ataupun ditenun, datang dalam bentuk cek
dan jalur atau dalam warna-warna tunggal
meriah serta datang dalam warna-warna
cerah dan fabrik kilauan tinggi seperti
sutera. Kebanyakkannya diperbuat dari
kain kapas kerana ianya lebih selesa dan
tidak panas. Untuk perayaan perayaan
corak bersulam dengan reka bentuk bunga
dan dedaun dan juga boleh mempunyai
kolar hiasan dan lengan sering mendapat
sambutan.

30

Pakaian salwar kameez atau SEJARAH PAKAIAN
baju Punjabi popular dukalangan
wanita di utara india.Terdiri Pakaian Salwar kameez asalnya
daripada blaus panjang yang kepunyaan wanita Punjabi. Lama
dipadakan dengan seluar kelamaan, gemar pakaian dan satu lagi
Panjang. Wanita india juga suka wakil Indo-Aryan, dan dia secara beransur-
memakai dupatta di bahu mereka ansur menjadi terkenal di seluruh India.
ketika memakai salwar kameez. Setiap wanita mempunyai dalam almari
Dengan membezakan bahan, pakaian beliau sekurang-kurangnya satu
warna dan darjah sulaman dan salwar kameez. Dan selepas beberapa
hiasan, salwar-kameez dapat tahun saman ini mengambil tempat
menjadi rasmi, kasual, bergaya, pertama di kalangan pakaian kebangsaan
atau tidak bercorak, dan ia dapat yang lain. Wanita selalu memakai Salwar
juga dibuatkan untuk kameez dan kabinet mereka telah dipenuhi
diubahesuaikan pada secara dengan pakaian yang berlainan warna.
praktik semua cuaca.
Pakaian pertama terdiri hanya Camisa
kepada lutut dan seluar lebar, yang
memberikan Aladdin moden. Secara
beransur-ansur berpakaian dipendekkan
dan menjadi potongan lebih feminin.
Kameez lagi nyaman pinggang dan dada,
memberikan penambahan seksualiti.
Kemudian ia menjadi baju bergaya, dipakai
bukannya pakaian dan seluar ketat dengan
pelisir di bahagian bawah. Jadi terdapat
sejenis salwar Camisa - churidar. Satu lagi
bahagian penting dalam pakaian India -
Dupatta. shawl ini dengan kain cahaya
yang wanita perlu menutup dada. Dupatta
melambangkan penghormatan kepada
gadis itu. Jika seorang wanita pergi tanpa
selendang, dia dianggap terhina. Pada
masa kini, memakai dupattu tidak perlu.
Dalam dunia hari ini cape ini hanya
digunakan sebagai aksesori.

31

Dhoti merupakan pakaian untuk kaum Hal ini menjadikan pakaian Dhoti
lelaki. Pakaian ini diperbuat daripada kain tidak lagi digunakan sebagai
yang bewarna putih. Kebanyakan dhoti pakaian harian mereka. Oleh
hanya boleh dilihat di hari perkahwinan yang demikian, Dhoti hanya
sahaja kerana generasi muda hari ini tidak boleh dilihat di hari perkahwinan
berminat dengan pakaian tersebut. sahaja atau hari perayaan
kerana generasi muda hari ini
Dhoti diperbuat daripada lembaran kain tidak berminat dengan pakaian
yang panjang.Kain tersebut dililit di tersebut. Namun Generasi muda
bahagian pinggang dan diikat pada celah lebih tertumpu kepada
paha dan kemudian disangkukan pada penggunaan kurta. Kurta
bahu. Kemudian kain tersebut dihiasi merupakan pakaian yang sering
dengan manik-manik kecil supaya kelihatan digunakan oleh masyarakat india
menarik. Ada juga dhoti yang bewarna pada masa kini bagi kaum lelaki.
kuning pudar atau kuning susu. Pakaian ini Kurta ialah kemejapanjang yang
banyak dipakai oleh golongan ceti. sampai ke lutut dan diperbuat
daripada kain kapas atau sutera.
PERKEMBANGAN Kurta kebiasaannya akan dipakai
PAKAIAN bersama salwar longgar, seluar
longgar atau seluar churid. Bagi
Pada masa kini, pakaian dan tradisi tidak melupakan pakaian asal
masyarakat India telah banyak tradisional kaum lelaki india,
dipengaruhi oleh kurta pijama dipakai bersama
budaya barat. Dhoti.

Pakaian kurta menjadi
semakin popular dalam kalangan
golongan muda kerana pakaian
ini kelihatan lebih cantik dan
santai. Terdapat beberapa
inovasi yang telah dilakukan dari
segi reka bentuk dan warna yang
dipadankan semasa
menggunakan kurta. Inovasi
kepada pakaian ini diterima
ramai sekaligus menjadikan
kurta ini sebagai pakaian yang
dilihat lebih moden dan bergaya.

32

MAKANAN
TRADISIONAL
KAUM INDIA

PENGARANG : NUR SYAFIQAH BINTI
ISA (17DDT21F1023)

Masakan India diambil kebudayaan skala
daripada kegunaan pelbagai besar subbenua
rempah, herba dan sayur- dengan Parsi yang
sayuran lain ditanam di India berjiran, Greece kuno,
dan juga amalan tersebar Mongol dan Asia
vegetarianisme di antara Barat, yang membuat
banyak masyarakat. Setiap suara pemaduan unik
keluarga masakan India dari pelbagai masakan
dicirikan oleh campuran luas di seluruh Asia.
teknik hidangan dan masakan. Perdagangan rempah
Kesannya, ia berlainan dari di antara India dan
rantau ke rantau yang lain dan Eropah sering dihujah
mencerminkan demografi sebagai suatu
berlainan dari subbenua India mangkin untuk Zaman
yang secara etnik berpelbagai. Penjelajahan Eropah.
Zaman penjajah
Kepercayaan agama dan memperkenalkan gaya
budaya India memainkan masakan Eropah ke
suatu peranan yang India menambahkan
berpengaruh dalam evolusi pada kelenturan dan
masakannya. Namun, masakan kepelbagaian masakan
di negara India juga timbul India. Masakan India
oleh sebab interaksi telah mempunyai
suatu pengaruh luar
biasa pada masakan di
sepanjang dunia
terutamanya dari Asia
Tenggara.

33

CONTOH-CONTOH IDLI
MAKANAN
Idli mempunyai banyak jenis.
TRADISIONAL KAUM Contohnya, sanna, rave atau
INDIA sambar idli. Ia dimakan sebagai
sarapan pagi ataupun sebagai
MURUKKU makanan ringan. Makanan ini
sering dihidang dengan sambal
Murukku boleh didapati di mana- dari buah-buahan, sambar dan
mana sahaja dan dihidangkan lain-lain. Bahan utamanya ialah
vigna mungo dan nasi.
sebagai makanan ringan. Murukku
amat lazat dan senang untuk

disediakan. Murukku dapat dibuat
dengan pelbagai perasa seperti

cili,asafoetida,ajawain dan cumin.

TOSAI ULUNDU VADAI

dimakan dengan pelbagai jenis lauk Ulundu Vadai pula merupakan
sampingan.Contohnya,sambar,sambal sejenis kuih yang diperbuat
dari buah-buahan,acar india,kari daripada tepung beras dan
ayam atau daging kambing dan lain-
lain. Di dalam tosai,ia diisi dengan berbentuk roda dengan lubang
kentang dan bawang yang telah di ditengah. Ia sedap dimakan
goreng sehingga ranggup.
bersama chutney atau kuah kari.
Vadai perlu digoreng dengan
minyak masak yang banyak.

34

NASI BERIANI NEI URUNDAI

Nasi beriani gam ini dimasak Nei urundai ialah
bersama dengan lauknya (ayam hidangan tradisi di
dan daging) dan doh tepung Selatan India . Ianya kaya
gandum menjadi bahan penampal dengan protein . Boleh
atau pelekat. Doh ini akan dibuat dengan hanya satu
ditampal di sekeliling tutup periuk jenis dal atau kombinasi
untuk mengekalkan wap dan dua jenis dal.
haba, dan seterusnya
mengekalkan aroma dan tekstur
nasi.

PUTU MAYAM

Putu mayam ini dihidangkan
bersama kelapa parut dan gula
perang atau gula kabung atau
gula Melaka atau guna nisan.

35

KESIMPULAN

Sebagai rumusan hujah, Kebudayaan kebangsaan
budaya sosial bermaksud Malaysia berteraskan
amalan yang sepatutnya budaya Melayu, Cina,
wujud di semua peringkat India dan kaum lain.
masyarakat. Ini kerana Namun begitu, terdapat
pembangunan negara pada masalah dengan budaya
hari ini juga adalah hasil sosial penduduk
daripada perubahan sosial terutamanya berkaitan
dan budaya penduduk. adat demografi yang
Budaya sosial ialah cara mereka amalkan. Bagi
hidup dan amalan sosial yang orang Melayu, adat adalah
beradab, yang berpunca sangat penting kerana ia
daripada kepercayaan dan merupakan salah satu
kecenderungan masyarakat warisan keluarga. Namun,
terhadap pembangunan sosial manusia hari ini
kehidupan masyarakat. Di melanggar pantang larang
Malaysia, kepelbagaian kerana lebih rela
penduduk telah mewujudkan mengikut cara moden dan
pelbagai budaya, yang barat.
menjadi kepercayaan dan
amalan mereka dalam 36
kehidupan.

Oleh itu, budaya sosial Pendek kata, adalah
seharusnya menjadi menjadi tanggungjawab
amalan yang harus wujud setiap rakyat untuk
dalam semua lapisan mengenali dan
masyarakat. Ini kerana memahami kepelbagaian
pembangunan negara budaya negara kita.
pada hari ini juga adalah Dalam hal ini, adalah
hasil daripada perubahan penting setiap rakyat
sosial dan budaya perlu memahami dan
penduduk. Oleh itu, menerima kepelbagaian
sebagai masyarakat budaya ini dengan
penyayang, kita fikiran terbuka.
hendaklah menjunjung Kehendak setiap rakyat
budaya dan tamadun akan sentiasa melindungi
masyarakat Melayu. negara kita. Selain itu,
sistem pendidikan
merupakan titik
permulaan untuk
memahami kepelbagaian
budaya.

37

Pengarang

AMIR HAZIQ BIN AHMAD IBRAHIM BIN
ABDUL HALIM KHAIRUL AZMI
(17DDT21F117) (17DDT21F1019)

NUR SYAFIQAH AINA NABILAH
BINTI ISA BINTI ROSLI

(17DDT21F1023) (17DDT21F1021)

Sumber Rujukan

1)http://femyjunnedyas.blogspot.co
m/p/kaum-india.html?m=1

2)http://pengajianmalaysiakaum.blo
gspot.com/2015/09/masyarakat-
india.html?m=1

3)https://orangkata.my/budaya/bu
daya-masyarakat-india-yang-
sepatutnya-diketahui-oleh-semua-
rakyat-malaysia/

4)https://jlmanshop.com/blog/kurt
a-perkara-yang-anda-perlu-tahu-
mengenainya/

5)https://pkpgbk6.weebly.com/kau
m-india.html

6)https://perayaankaumindia.blogs
pot.com/p/pesta-ponggal-ponggal-
merupakan_26.html

7)https://ms.wikipedia.org/wiki/Har
i_Thaipusam

8)http://perayaanindiact.blogspot.c
om/p/deepavali-5-keistimewaan-
hari-deepavali.html


Click to View FlipBook Version