MESYUARAT AGUNG PERGERAKAN PUTERI ISLAM MALAYSIA PERHUBUNGAN DAERAH KEMAMAN KALI KE – 7 / 2023 TARIKH : 21 MAC 2023 HARI : SELASA TEMPAT : KEDIAMAN MASING – MASING ( GOOGLE MEET ) PERASMI : PUAN RUZITA BINTI KASIM Penolong Pegawai Pendidikan Daerah ( Unit Pendidikan Islam ) Sektor Pembelajaran Pejabat Pendidikan Daerah Kemaman
ATURCARA MAJLIS 2.15 petang : Link akan diberikan 2.30 petang : Majlis Perasmian Tatacara Perjumpaan ( Asma Ul-Husna, Lagu Negaraku , Lagu Puteri ) Bacaan Doa Ucapan Pengerusi PPIM Perhubungan Daerah Kemaman Ucapan Perasmian Mesyuarat Agung Bermula Agenda 1 : Ucapan Pengerusi PPIM Agenda 2 : Membentang dan mengesahkan Minit Mesyuarat Agung 2022 Agenda 3 : Perkara Berbangkit Agenda 4 : Membentang dan mengesahkan Laporan Aktiviti Tahunan 2022 Agenda 5 : Membentang laporan kewangan 2022 Agenda 6 : Hal-hal Lain Agenda 7 : Ucapan Penangguhan
JAWATANKUASA INDUK Pengerusi : YM Pn. Shrifah Asiah binti Syed Othman Pengerusi Bersama : Pegawai Pendidikan Daerah Kemaman Naib Pengerusi : Pn. Lazifah binti Mohd Aziz Setiausaha : Pn. Norhazlina binti Mohamad Nor Naib Setiausaha : YM Pn. Sharifah Norhaidah binti Syed Habib Bendahari : Pn. Zamra binti Muhammad AJK : Pn. Noraini binti Mohamad Pn. Normilynun binti Ali Pn. Khadijah binti Che Ros Pn. Wan Muslimah binti Wan Mohd Zaki Pn. Rafidah binti Adam Pn. Majidah binti Man Sort Pn. Norizan binti Kia Pn. Norma binti Ismail Pn. Rusnani binti Mohd Yusof Pn. Norlida binti Ismail Pn. Rohaya binti Mansor Pn. Salina binti Ismail Pn. Zakiah binti Omar Pemeriksa Kira-kira : Pn. Ros Faizah binti Mohd
LAPORAN MINIT MESYUARAT AGUNG PERGERAKAN PUTERI ISLAM MALAYSIA PERHUBUNGAN KEMAMAN KALI KE 6/2022 TARIKH : 29 MAC 2022 HARI : SELASA TEMPAT : KEDIAMAN MASING-MASING ( GOOGLE MEET ) PERASMI : PUAN RUZITA BINTI KASIM Penolong Pegawai Pendidikan Daerah ( Unit Pendidikan Islam ) Sektor Pembelajaran Pejabat Pendidikan Daerah Kemaman 1. UCAPAN PENGERUSI ( YM. Puan Shrifah Asiah Binti Syed Othman ) 1.1 Ucapan terima kasih dan selamat datang kepada Pn. Ruzita binti Kassim ( Penolong Pegawai Pendidikan Daerah ( Unit Pendidikan Islam , Sektor Pembelajaran, Pejabat Pendidikan Daerah Kemaman yang juga merupakan perasmi mesyuarat pada kali ini, ahli jawatankuasa dan semua guru pemimpin ke Mesyuarat Agung PPIM Kali ke-6. 1.2 Mengucapkan tahniah kepada barisan AJK kerana dapat menjayakan mesyuarat Agung pada tahun ini walaupun secara dalam talian. 1.3 Sebagai pengerusi PPIM Daerah, beliau meluahkan rasa terkilan kerana kekangan masa dan era C19 menghadkan pergerakan untuk berkumpul. Walaupun menjadi cabaran tetapi hal ini perlu diteruskan juga.beliau berkata, cabaran sebelum dan selepas pencen sentiasa ada dan berharap semua warga PPIM SM dan SR melaksanakan tugasan dengan baik berpandukan sukatan PPIM yang sedia ada . 1.4 Pengerusi sangat berbesar hati dan merakamkan ucapan terima kasih kepada semua guru pemimpin daerah Kemaman yang banyak memberi sumbangan idea dan pandangan mereka di dalam group whatsapp guru pemimpim PPIM sekolah rendah dan sekolah menengah. 1.5 Jadikn PPIM di sekolah sebagai badan beruniform yang aktif. Guru-guru yang berpengalaman, mohon memberi bimbingan kepada pemimpin yang baru di sekolah dan jangan menidakkan hak
anak—anak di SR iaitu Puteri Bongsu. Manakala di SM iaitu Puteri Kecil, Puteri Tengah dan Puteri Sulong. Kita perlu ada target untuk mencapai kejayaan. 1.6 Kita cuba lihat dan belajar dengan NGO lain, banding yang elok dan beri kekuatan kepada anak-anak. Kita kalah sebab kita abaikan kandungan sukatan PPIM. Jangan serah bulat-bulat kepada anak-anak bimbinglah mereka kerana mereka perlukan bimbingan. 1.7 .Pengerusi menyeru semua pemimpin PPIM agar : 1.7.1 Dapat melakukan aktiviti yang menarik minat dan membimbing anak puteri agar aktif dalam persatuan di sekolah walaupun terdapat kekangan masa. 1.7.2 Menjalankan aktiviti berpandukan sukatan pelajaran @ kit PPIM. Aktiviti yang dijalankan juga perlulah mengandungi unsur KBAT selari dengan era pendidikan sekarang. 1.7.3 Kesepakatan dan kesatuan yang tinggi untuk memakai uniform PPIM yang lengkap agar menjadi ikutan dan contoh teladan bagi anak puteri di sekolah. 1.7.4 Fokus kepada kemenjadian murid dalam setiap aktiviti yang dilaksanakan. 1.7.5 Bangkit dan perkasakan PPIM di sekolah supaya anak puteri cintai dan suka kepada PPIM. 1.7.6 PPIM menjadi contoh kepada persatuan yang lain dalam melahirkan murid yang cemerlang, gemilang dan terbilang. 2. UCAPAN PERASMI ( Puan Ruzita binti Kassim ) 2.1 Mengucapkan syukur kerana diberi peluang untuk berjumpa dengan guru pemimpin PPIM Perhubungan Kemaman walaupun secara dalam talian. 2.2 Mengucapkan tahniah dan terima kasih kepada AJK kerana dapat menjayakan Mesyuarat Agung PPIM pada tahun ini. 2.3 Menyampaikan ucapan salam dan pesanan daripada PPD Kemaman, Tuan Haji Idris bin Bidin iaitu beliau berharap semoga tahun ini diberi ruang dan masa untuk guru-guru memartabatkan aktiviti seperti yang terkandung dalam Kit Kurikulum PPIM. 2.4 Beliau berharap agar : 2.4.1 Barisan kepimpinan PPIM dan guru-guru penasihat akan meneruskan dan bekerjasama menjalan kan aktiviti sama ada secara atas talian dan bersemuka. Pihak PPD akan terus memberikan sokongan. 2.4.2 Guru ikhlaskan diri dan betulkan niat hadir ke Mesyuarat Agung PPIM adalah kerana Allah SWT. InsyaAllah akan mendapat ganjaran yang setimpal daripada Allah.
2.4.3 Perlu ada sifat amanah dan tanggungjawab pada guru pemimpin untuk melaksanakan aktiviti berdasarkan modul yang disediakan pihak PPIM agar aktiviti yang dijalankan tidak tersasar daripada objektif yang ditetapkan. 2.4.4 PPIM Kemaman terus unggul dalam persatuan serta unggul di dalam akademik dan sahsiah diri. 2.4.5 Barisan kepimpinan dan guru pemimpin Harap Pimpinan dan JK/AJK/guru-guru pemimpin meneruskan dan bekerjasama menjalan kan aktiviti atas talian dan bersemuka. Saya dan PPD akan terus memberikan sokongan. Selamat bermesyuarat untuk sesi 2002/2023 semoga memeberikan hasil yang terbaik. 2.5 Merasmikan Mesyuarat Agung pada jam 3.45 petang. AGENDA 1 MESYUARAT AGUNG PPIM PADA KALI KE - 6 1. UCAPAN PENGERUSI PPIM ( YM Pn. Shrifah Asiah Bt Syed Othman ) 1.1. Ucapan selamat datang dan terima kasih di atas kehadiran guru-guru pemimpin walaupun secara dalam talian. 1.3. Pengerusi mengingatkan pada semua guru-guru PPIM: 1.3.1. Terus bersama menyokong PPIM 1.3.2. Jalani aktiviti diperingkat sekolah dengan jayanya dan mendedikasikan hak anak PPIM di sekolah. Jangan menidakkan hak mereka supaya mereka tidak jauh hati dengan PPIM sehingga memilih persatuan lain. Gunakan silibus PPIM sebagai panduan untuk menjalankan aktiviti. 1.3.3. Berharap agar guru –guru pemimpin terus mendalami ilmu PPIM. Makluman AGENDA 2 PEMBENTANGAN DAN PENGESAHAN MINIT MESYUARAT AGUNG 2021 2.1. Pengesahan minit mesyuarat Cadangan : SK Kerteh Sokongan : SK (F) Cherul
AGENDA 3 PERKARA BERBANGKIT 3.1 Ada sesetengah sekolah yang hanya membayar yuran tetapi tidak mendaftar ahli. 3.2 Terdapat sesetengah sekolah yang tidak mengemaskini maklumat ahli dalam sistem online. 3.3 Bagi sekolah yang tidak lulus ujian tahap adalah kerana tidak mematuhi syarat. Syarat untuk dibuat ujian tahap ialah paling kurang telah 2 tahun menjadi ahli PPIM. 3.4 Guru pemimpin perlu terus bersemangat agar anak-anak puteri berasa seronok dalam menjalankan aktiviti. 3.5 Setiausaha memaklumkan Pertandingan STEM-Sijil Kebangsaan –tiada ayang mendapat sijil yang mencukupi syarat walaupun hantar. Negeri akan usahakan untuk sijil penyertaan. 3.6 Kebehasilan utama 3.6.1 Tahap pencapaian kurikulum PPIM, para guru pemimpin perlu mengulangkaji kelapan-lapan bidang dalam kit PPIM ( Buku Pink ) 3.7 4/19 orang ahli dari Kemaman telah terpilih ke Penarafan Puteri. Ahli daripda SK (F) Cherul telah mendapat anugerah Puteri Bongsu Cemerlang iaitu Dhiya Nur Iman binti Mohd Razauddin. 3.8 Cabaran yang dihadapi oleh guru-guru pemimpin ialah seperti ekangan masa, kurang kesedaran, kurang brminat dan kurang ilmu. 3.9 Penilaian Ujian Tahap - 556 penyertaan ahli. 527 ahli daripada SR ( 26/40 ) dan 30 ahli daripada SM ( 3/20 ) sekolah yang berdaftar . Makluman AGENDA 4 MEMBENTANG DAN MENERIMA LAPORAN AKTIVITI TAHUNAN 2021 4.1. Setiausaha membentangkan Laporan Tahunan 2021 dan diterima tanpa pindaan. AGENDA 5 MEMBENTANG LAPORAN KEWANGAN 2021. 5.1. Bendahari, Puan Zamra membentangkan laporan kewangan yang berakhir 31 Disember 2021. sebanyak RM12585.00
AGENDA 6 HAL-HAL LAIN 6.1 Pembentangan Aktiviti Tahunan 2022 6.1 Mesyuarat AJK 6.2 Mesyuarat Agong 6.3 Kursus Pendaftaran Online 6.4 Kursus tatacara perjumpaan kepada guru-guru pemimpin dan ahli PPIM 6.5 Tadarrus Al-Quran 6.6 Kuiz Kurikulum PPIM 6.7 Bengkel Ujian Tahap 6.8 Bengkel Cakna Puteri 6.9 Karnival Puteri 6.2 Semua aktiviti diharap dapat dilaksanakan di peringkat daerah dan untuk peringkat negeri akan dimaklumkan dari masa ke semasa. Pengerusi juga berharap penyertaan lebih aktif dan menyeluruh terutama yang secara maya sebab tidak perlu hadirkan diri . Aktifkan group whasssaps SM dan SR. 6.3 Taklimat Penilaian Ujian Tahap : 6.3.1 Pn Noraini memohon kecaknaan guru pemimpin supaya membuat pendaftaran murid, selesaikan urusan pendaftaran dan data online. Apabila selesai pendaftaran dan murid sudah didaftarkan barulah murid diberi peluang mengikuti Penilaian Ujian Tahap. Jika ada masalah tentang pendaftaran murid @ tidak tahu cara, maklumkan kepada Setiausaha PPIM Daerah ( Cikgu Norhazlina ). 6.3.2 Setiap murid perlu ada Buku Rekod Penilaian Ujian Tahap. Urusan pembelian dan bilangan buku yang dikehendaki boleh berhubung dengan Bendahari PPIM Daerah ( Ustazah Zamra ). 6.3.3 Para guru pemimpin perlu faham dengan kemahiran dalam buku rekod ujian tahap Puteri Bongsu ( SR ), Puteri Kecil, Puteri Tengah dan Puteri Sulong ( SM ). 6.3.4 Para pemimpin diingatkan supaya meletakkan tarikh-tarikh yang logik. Contoh kerohanian buat 2@3 tarikh dan di hujungnya ada tanda tangan. Seorang guru seorang murid banyak kemahiran. Elak buat ramai guru.
6.3.5 Jumlah markah 60 % ke atas dikira lulus. Markah berdasarkan aktiviti secara teori atau amali. Hantar buku log satu untuk satu tahap. 1 sekolah 1 buku log. 6.3.6 Serah dokumentasi - ambil satu buku log yang terbaik ( seorang ). 6.3.7 Pelajar tidak lulus untuk mengikuti ujian Tahap Puteri ebab tidak cukup menjadi ahli selama 2 tahun. Makluman AGENDA 7 UCAPAN PENANGGUHAN 7.1 Pengerusi PPIM mencadangkan Tahun 4 daftar online, Tahun 5 buat ujian tahap Puteri Bongsu, Tahun 6 telah selesai semua. Tahniah dan terima kasih Pn. Noraini dan Setiausaha Pn Norhazlina kerana tahun ini paling hebat iaitu ada ahli puteri mendapat anugerah Puteri Bongsu Cemerlang. 7.2 Ucapan Terima kasih kepada Pn Rozita bt Kasim.Tahniah dan syabas juga kepada JK PPIM Daerah dan Guru Pemimpin yang dapat menjalankan mesyuarat. Harapan agar cadangan yang diberikan hari ini dapat diambil dan dijalankan di peringkat sekolah. Doakan semoga PPIM sentiasa berjaya. 7.3 Pengerusi berharap guru-guru pemimpin dapat menjalankan aktiviti berdasarkan Kurikulum PPIM. 7.4 Aktifkan group PPIM kerana semua maklumat akan disampaikan disitu. 7.5 Pengerusi memaklumkan bahawa aktiviti yang dianjurkan PPIM adalah bersifat tidak membebankan kerana setiap aktiviti yang dilaksanakan tidak mengenakan yuran atau bayaran yang tinggi. Makluman Mesyuarat disudahi dengan bacaan surah al-Asr dan tasbih kifarah pada jam 4.25 petang. Disediakan oleh, Disemak oleh, …………………………………………………………….. ………………………………………………………….. ( NORHAZLINA BINTI MOHAMAD NOR ) ( SHRIFAH ASIAH BINTI SYED OTHMAN ) Setiausaha Kehormat, Pengerusi, PPIM PD KEMAMAN PPIM PD KEMAMAN
LAPORAN TAHUNAN 2022 PERGERAKAN PUTERI ISLAM MALAYSIA PERHUBUNGAN KEMAMAN 1 : MAKLUMAT MESYUARAT AGUNG – TAHUN 2022 A. Perhubungan Daerah/ Zon 1. Daerah Kemaman 29.03.2022 Dalam talian 63 orang 2 : STATISTIK 2.1 Maklumat Bilangan Sekolah dan Ahli Mengikut Daerah/ Zon (jika ada) Bil. Negeri/ Daerah Bil Sekolah Bilangan Murid dan Guru J/Kuasa Pentadbir Lain-lain Jika Ada (Ahli Seumur Hidup/ Alumni) Jumlah Sekolah Rendah Sekolah Menengah SR SM M G M G B. Perhubungan Daerah/ Zon 1. Kemaman 33 16 1885 207 985 84 18 1 3 : LAPORAN PROGRAM / AKTIVITI TAHUN 2022 3.2 Pengurusan Aktiviti Bil. Nama Aktiviti Peringkat Negeri/ Daerah Tarikh Pelaksanaan Tempat Bilangan Penyertaa n Bidang/ Unsur/ Elemen Gabungjalin 1 Mesyuarat AJK Negeri 26.01.2022 PKG Tok Jiring 3 2 Mesyuarat Agung Negeri 22.03.2022 Pusat Kokurikulu 5
m, Kuala Berang 3 Mesyuarat Agung Daerah Kemaman 29.03.2022 Dalam talian 63 orang 4 Mesyuarat AJK Negeri 30.03.2022 Dewan Dato’ Hajah Aishahton Suhaimi 2 orang 5 Mesyuarat AJK Daerah Kemaman 06.04.2022 Dalam talian 15 orang 6 Tadarus Al Quran Daerah 12.04.2022 Sekolah masingmasing 30 buah sekolah SR dan SM 7 Tadarus Al - Quran Daerah Kemaman 28.04.2021 Sekolah 30 buah SR dan SM 8 Program Tadarus Dan Khatam Al Quran Perdana Negeri Terengganu 19.04.2021 Facebook Live PPIM Terengga nu 9 Taklimat Puteri Virtual Fun Run Negeri 06.07.2022 SMKA Dato’ Haji Abbas 4 10 Mesyuarat Agung Majlis Belia Negeri 23.09.2022 1 11 Hari Belia Negara Negeri 30.09.2022 Pantai Batu Buruk 1
KEBERHASILAN UTAMA/ PETUNJUK PRESTASI (KPI) Bil. Aspek Ulasan/ Kemajuan/ Pencapaian 1. Tahap Pencapaian Pelaksanaan Pengisian Kurikulum PPIM Pelaksanaan aktiviti merangkumi 8 bidang kurikulum PPIM 2. Penilaian Ujian tahap Tahun ini berjaya diadakan ujian tahap & para ahli mendapat sijil dan lencana dari peringkat kebangsaan. 3. Cabaran dan Strategi Pelaksanaan yang mampan. Cabaran : 1.Kekangan pelaksanaan aktiviti/program di peringkat sekolah, daerah dan negeri, kurang sambutan/penyertaan dan seumpamanya. 2.Kurang kesediaan/minat berpersatuan dan pengetahuan berkaitan. 3.Pemimpin kurang ilmu dalam melaksanakan aktiviti di sekolah. Strategi : 1.Kurikulum PPIM – pendedahan dari masa ke semasa melalui aktiviti perjumpaan di peringkat daerah / negeri 2.Penilaian Ujian Tahap dan Pendaftaran Online – makluman berterusan 3.Kepelbagaian aktiviti bersesuaian dengan keperluan guru pemimpin dan ahli puteri supaya lebih berminat dan cenderung berpersatuan