Isu dan Cabaran
Bahasa Melayu di
Malaysia
BMMB1074
Kedudukan Bahasa Melayu Dasar Bahasa Kebangsaan
dalam Pendidikan
Dasar Memartabatkan Bahasa
Melayu dan Memperkukuh Bahasa
Inggeris (MBMMBI)
Perkara 152 (1) dan Perkara 152 (6) dalam Perlembagaan Persekutuan telah termaktub bahawa bahasa Melayu
menjadi bahasa kebangsaan negara Malaysia. Dalam hal ini, bahasa Melayu menjadi bahasa rasmi untuk
melaksanakan maksud Kerajaan Persekutuan, badan berkanun, kerajaan negeri, Pihak Berkuasa Tempatan (PBT),
dan rakyat Malaysia tidak dilarang menggunakan, belajar atau mengajar bahasa lain.
Namun, timbul persepsi bahawa Bahasa Melayu untuk orang melayu sahaja. Persepsi bersifat perkauman
bermula, maka timbullah pandangan dan desakan untuk menjadikan bahasa Cina atau Mandarin, bahasa Tamil
atau bahasa sukuan lain seperti bahasa Iban dan Kadazan sebagai bahasa rasmi. Terdapat generasi muda
daripada kaum Cina yang tidak tahu berbahasa Melayu seperti yang ditunjukkan di dalam kajian. Namun, terdapat
banyak jawatan dalam sektor swasta yang mensyaratkan kefasihan dalam bahasa Cina dan Inggeris berbanding
bahasa Melayu.
Akta Bahasa Kebangsaan 1967 menetapkan bahasa itu sebagai bahasa rasmi tunggal. Pindaan dalam Akta
Perlembagaan 1971 pula menetapkan status bahasa Melayu sebagai bahasa Kebangsaan tidak boleh dipersoalkan.
Sesiapa yang mempersoal akan didakwa di bawah Hasutan 1984 dan bahasa rasmi negara juga tidak boleh dipinda tanpa
persetujuan Majlis Raja-Raja. Akta Pendidikan 1996 (Akta 550) menawarkan kedudukan bahasa Melayu sebagai bahasa
pengantar ilmu. Maka, Akta Pendidikan menetapkan kedudukan bahasa kebangsaan sebagai bahasa pengantar utama
dalam sistem pendidikan negara sama ada peringkat sekolah ataupun pengajian tinggi.
Seksyen 17(2) menetapkan bahawa pengecualian penggunaan bahasa Melayu di institusi pendidikan yang bahasa
pengantar utamanya bukan bahasa kebangsaan dan turut menyebut bahawa bahasa Melayu diajar sebagai mata pelajaran
wajib. Namun, bahasa kebangsaan juga menjadi bahasa rasmi dalam urusan pentadbiran awam dan majlis-majlis rasmi
kerajaan. Penggunaan bahasa Melayu secara rasmi dalam Dewan Rakyat, Dewan Negara dan Dewan Undangan Negeri.
Seksyen 8 Akta Bahasa Kebangsaan 1967 (Akta 32) juga menetapkan bahawa bahasa
Melayu sebagai bahasa yang terpakai dalam segala prosiding dalam mahkamah.
Akta Pendidikan 1996, menunjukkan bahawa institusi pengajian tinggi swasta (IPTS) tertakluk kepada
penggunaan bahasa Melayu sebagai bahasa penghantar utama. Walau bagaimanapun, IPTS cenderung
sepenuhnya mengajar pengajian ilmiah dalam bahasa Inggeris serta menafikan hak bahasa Melayu sebagai bahasa
ilmiah. Ketetapan mengajar subjek Bahasa Kebangsaan, Kenegaraan Malaysia, dan Pengajian Islam atau
Pendidikan Moral kuliah di IPTS hanya menjadi dokumen tersurat sahaja.
Seterusnya, penguasaan bahasa Inggeris telah diutamakan oleh pihak kerajaan pada tahun 1990-an sebagai
tindak balas terhadap faktor globalisasi. Pada tahun 1993 kerajaan telah membenarkan politik Inggeris digunakan
sebagai bahasa pengantar bagi kursus sains dan teknologi di IPTA. Namun, perubahan dasar bahasa ini ditentang
oleh golongan nasionalis Melayu, tetapi dipertahankan oleh golongan Melayu kelas menengah dan atasan termasuk
elit UMNO yang muncul akibat pelaksanaan DEB ( Tan Yao Sua, 2010).
Dasar MBMMBI ialah dasar Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) bagi memastikan penggunaan bahasa Malaysia
sebagai bahasa pengantar di semua sekolah kebangsaan dan sekolah menengah. Tujuannya juga untuk memastikan
murid boleh menguasai bahasa Malaysia dan bahasa Inggeris dengan lancar. Pelaksanaan dasar ini kerana pemansuhan
Pengajaran dan Pembelajaran Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris (PPSMI) secara bangkit semula.
Dalam hal ini, Memartabatkan bahasa Melayu ialah meletakkan bahasa Melavu pada tempat yang sepatutnya, sesuai
dengan kedudukannya sebagai bahasa kebangsaan seperti istilah dalam Perkara 152 Perlembagaan Malavsia.
Pelaksanaan dasar ini juga selaras dengan kedudukan bahasa Melayu sebagai bahasa pengantar utama pendidikan
berdasarkan Akta Pendidikan 1996. Pada tahun 2010, dasar MBMMBI dilaksanakan secara berperingkat bagi
menggantikan PPSMI. Dalam proses peralihan ini, sekolah boleh menggunakan bahasa Inggeris dan/atau bahasa
pengantar masing-masing dalam pengajaran dan pembelajaran (PdP) Sains dan Matematik. Tujuannya untuk membantu
guru dan murid bagi menyesuaikan diri dengan perubahan tersebut.
Seterusnya, MBMMB juga untuk menggantikan PPSMI yang telah dimansuhkan serta penambahan kurikulum
sekolah (KSSR).
Bahasa Perpaduan
Bahasa Ilmu
Bahasa Komunikasi
Bahasa Melayu menimbulkan kecintaan dan semangat kebangsaan dalam kalangan masyarakat menerusi fungsinya sebagai
bahasa perpaduan. Perpaduan juga dikenali solidariti ditafsirkan sebagai satu proses yang menyatupadukan rakyat dan seluruh
masyarakat serta negara supaya setiap anggota masyarakat dapat membentuk satu identiti dan nilai bersama serta perasaan
cinta dan bangga akan tanah air. Perpaduan sebagai penggabungan, pelaburan penyesuaian, kecocokan dan perihal berpadu,
iaitu bergabung menjadi satu, sepakat, dan sebagainya (Kamus Dewan, 1994). Seterusnya, bangsa Malaysia yang
menggunakan bahasa Melayu diwujudkan oleh asas kebudayaan dan bahasa kebangsaan.
Kerajaan mewujudkan satu bahasa yang boleh difahami oleh semua lapisan masyarakat menyebabkan Bahasa Melayu
diangkat sebagai bahasa perpaduan. Bahasa Melayu berfungsi sebagai bahasa rasmi dan bahasa yang dapat menyatukan
masyarakat Malaysia yang pelbagai bangsa. Seterusnya, penggunaan bahasa yang berbeza untuk mewujudkan sikap
prasangka, maksud sebenar perbualan tidak difahami iaitu maksud perbualan sebenar. Sebagai contoh, kebanyakan
masyarakat Melayu tidak pandai menuturkan bahasa Melayu. Oleh itu, dapatlah diertikan bahawa bahasa Melayu sebagai
bahasa perpaduan ialah bahasa yang menjadi lambang
Bahasa Melayu sebagai bahasa ilmu bermaksud peranan bahasa Melayu sebagai pengantar ilmu pengetahuan atau
sebagai alat menyampaikan ilmu pengetahuan moden, iaitu ilmu sains, teknologi, ekonomi, kejuteraan, kedoktoran,
dan undang-undang di samping sastera dan agama. Namun, bahasa Melayu perlu mempunyai perbendaharaan kata,
istilah dan bahasa yang sesuai untuk menghuraikan konsep dan pemikiran tentang hal-hal perdagangan
antarabangsa, perindustrian ringan dan berat, perniagaan saham, pengurusan perakaunan dan perangkaan. Seluruh
rakyat Malaysia turut diberi peluang yang sama untuk mempelajari sesuatu bidang ilmu tanpa halangan yang sukar
dari sudut penggunaan bahasa. Selain itu, bahasa Melayu berfungsi sebagai bahasa akademik, lengkap dengan
laras-laras bahasa, dan mampu memperkatakan pelbagai bidang keilmuan.
Ciri-ciri bahasa ilmu terbahagi kepada dua bahagian iaitu keintelektualan Bahasa dan kesempurnaan bahasa.
Keintelektualan bahasa ialah keupayaan sesuatu Bahasa menyampaikan buah fikiran dan hujah dengan tepat dan
berkesan. Perkembangan perbendaharaan kata (kosa kata) dan struktur kata boleh mencapai keintelektuan bahasa.
Seterusnya ialah kesempurnaan bahasa. Kesempurnaan Bahasa boleh dicapai melalui kestabilan, kelenturan,
kepelbagaian dan keindahannya.
Secara ringkasnya, Bahasa Melayu merupakan lingua franca sejak dari zaman penjajahan lagi. Bahasa Melayu
tersebar luas dari Malaysia, Indonesia, Filipina, Singapura dan Brunei. Berdasarkan catatan sejarah pengembara
yang melawat semenanjung Tanah Melayu dan kepulauan lain di Nusantara seperti I-Shing, Ibn Batuta, Antonio
Fegafeta. Bahasa Melayu telah digunakan sebagai bahasa dalam semua bentuk komunikasi secara meluas. Dalam
konteks ini, bahasa Melayu merupakan bahasa komunikasi. Tujuannya untuk melahirkan perasaan, menjana
pemikiran, dan menjelaskan sesuatu yang tersirat dalam bentuk pertuturan. Selain itu, pelbagai laras Bahasa juga
digunakan situasi dan konteks. Kini, maklumat boleh disampaikan melalui siaran-siaran radio, televisyen, Internet,
dan media sosial yang lain berurutan dengan kecanggihan alat media dan komunikasi. Komunikasi ini termasuklah
lisan dan tulisan. Dalam hal ini, komunikasi menggunakan bahasa Melayu penting bertujuan melahirkan pendapat
atau perasaan. Dengan berbahasa Melayu, komunikasi antara kedua-dua belah pihak berlaku dan penyampaian
maklumat dan pendapat berlaku dengan berkesan.
Isu dan Cabaran Bahasa
Melayu pada Peringkat
Antarabangsa
BMMB1074
Bahasa Melayu dikatakan lingua franca kerana penemuan batu bersurat yang tertua, iaitu Batu Bersurat
Kedukan Bukit di Palembang bertarikh 683 Masihi. Bukan itu sahaja , terdapat juga beberapa lagi batu
bersurat dijumpai yang menggunakan bahasa Melayu Kuno, iaitu Batu Bersurat di Talang Tuwo, Palembang
(683 Masihi), Batu Bersurat di Kota Kapur, Pulau Bangka (686 Masihi) dan Batu Bersurat di Karang Brahi.
Meringin daerah Hulu Jambi (686 Masihi), (Nik Safiah Karim, 2010).
Batu-batu bersurat ditemukan di daerah Sumatera penting dari segi bentuk bahasa Melayu dan juga dari
aspek kedudukan dan peranan Bahasa Melayu pada ketika itu (Ismail Hussein 1966). Bukti ini jelas
menunjukkan bahawa bahasa Melayu menjadi lingua franca sejak abad ke-7 Masihi sehinggalah abad ke-19
Masihi iaitu pada zaman pemerintaban Sriwijaya.
Dalam hal ini, bahasa Melayu menjadi lingua franca dalam perdagangan dan perhubungan antarabangsa. Dengan
kedudukannya yang strategik dan perluasan jajahan takluk Seriwijaya sehingga Selat Melaka dan Selat Sunda,
Kerajaan Sriwijaya diakui sebagai jalur perdagangan yang paling berpengaruh ketika itu kerana kekuatan
perdagangan yang dimiliki, kerajaan Sriwijaya berjaya meluaskan jajahan takluknya. Kekayaan negara ini dilihat
melalui kepelbagaian hasil komoditi seperti kayu gaharu, cengkih, emas dan timah yang apabila itu menjadi hasil
perdagangan yang menarik perhatian pedagang asing untuk berurusan dengan mereka. Ekoran kekayaan hasil
perdagangan dan kekuasaan ketika itu, penggunaan bahasa sangat mempengaruhi urusan perdagangan. Bahasa
yang digunakan ketika itu sangat penting kerana berfungsi sebagai alat untuk memudahkan proses komunikasi ketika
urusan perdagangan dilakukan. Berdasarkan catatan sejarah, bahasa yang digunakan ketika itu ialah bahasa
Melayu. Hal ini dijelaskan oleh James T. Collins (2005):
"Seperti halnya tradisi Latin yang terikat dengan agama Kristian yang sangat berpengaruh dalam membangun literasi
bahasa daerah di Inggeris, tradisi Sanskerta yang berkaitan dengan Sumatera mempunyai pengaruh yang sejajar
dengan penyebaran bahasa Melayu. di seluruh pelosok pulau di Asia Tenggara."
Bahasa Melayu dalam Ruang Siber
Bahasa Melayu dalam Media Sosial
Bahasa Melayu Menghadapi Revolusi
Industri 4.0
Ruang siber merupakan kacukan ruang fizikal, mental dan sosial (Noriah Mohamed, 2014). Terdapat pelbagai Bahasa
dalam ruang siber termasuklah Bahasa pengaturcaraan yang dianggap sebagai unsur fizikal, virus sebagai entiti
kehidupan, dan ruang sosial yang melibatkan komuniti berkomunikasi yang melangkaui sempadan geografi serta ruang
mental yang melibatkan perkongsian keinginan untuk mempelajari sesuatu yang baharu, bertukar-tukar maklumat,
berinteraksi secara sosial, mencambahkan fikiran termasuk berkongsi hobi atau minat.
Interaksi bersemuka tidak terlibat dalam komunikasi ruang siber. Maka, perkara ini menimbulkan beberapa ciri
perbualan Bahasa Melayu lisan yang disebabkan oleh aspek sosial seperti latar belakang etnik, tempat dan pameran
yang terlibat. Pertuturan yang dihasilkan ialah melalui penulisan dalam ruang siber. Dalam hal ini, pengguna Bahasa
Melayu tidak boleh menggunakan singkatan perkataan dalam penggunaan Bahasa. Namun, penggunaan simbol bukan
verbal seperti emoji, emotikon, dan ciri-ciri parabahasa teks yang lain bagi menggantikan penggunaan Bahasa badan
dalam persekitaran fizikal juga perlu dielakkan oleh pengguna Bahasa Melayu dalam ruang siber. Perkara ini dibimbangi
akan mencemarkan nilai-nilai asli dalam Bahasa Melayu. Malah, Ayat-ayat yang terbentuk juga tidak mematuhi hukum
tatabahasa Bahasa Melayu dan perkara ini perlu disedari oleh pengguna Internet.
Kini, masyarakat menggunakan media sosial termasuk Twitter, WhatsApp, dan Telegram untuk berinteraksi dan
berkomunikasi sama ada dalam bahasa pertuturan ataupun penulisan. Dalam media sosial, pengguna bahasa
mempunyai kuasa yang besar dalam menentukan kualiti bahasa yang akan digunakan dan diterima pakai.
Penggunaan bahasa dalam media ini sukar dikawal. Tahap kesedaran dan tahap pengetahuan bahasa pengguna
amat penting. Penggunaan bahasa yang kesat sudah banyak ini akan menjejaskan Bahasa Melayu dan diri
pengguna itu sendiri.
Dalam media sosial, isu peminggiran bahasa Melayu secara menyeluruh sebenarnya tidak berlaku kerana rata-
rata pembina atau pengasas media baharu masih tetap menggunakan bahasa Melayu. Kualiti bahasa merupakan
yang terpinggir sebenarnya kerana terdapat penggunaan bahasa rojak, bahasa pasar dan slanga serta singkatan
kata sesuka hati. Media sosial dan tiada penguat kuasa yang boleh mengawal dan menghalang penggunaan serta
melanggar nahu, dan laras Bahasa (Zaidi Ismail, 2012).
Revolusi Industri 4.0 selaras dengan kemunculan superkomputer, bidang artificial intelligence dan big data, yang memerlukan manusia
mengoptimumkan fungsi otak untuk kekal bersaing. Secara umumnya, Revolusi Industri 4.0 membabitkan Internet of Things (loT)
dalam setiap aspek kehidupan harian.
Revolusi Industri 4.0 diperkenalkan oleh Klaus Schwab, pengasas dan Pengerusi Eksekutif Forum Ekonomi Dunia semasa World
Economy Forum pada tahun 2016 di Davoss Switzerland yang seterusnya diterjemahkan dalam bukunya, The Fourth Industrial
Revolution. Mengikut Klaus Schwab (2016), kelahiran Revolusi Industri Pertama bermula sejak tahun 1784 yang ditanya dengan
kemunculan mesin-mesin yang menggantikan haiwan sebagai sumber pengeluar industri. Kemunculan mesin-mesin wap pada abad
ke-18 adalah permulaan Revolusi Industri. Hasil Revolusi Industri tahap pertama ini amat jelas dilihat dengan meningkatkan hasil per
kapita negara-negara yang terlibat sehingga enam kali ganda sebelum pengenalan mesin wap dan mesin-mesin industri yang lain.
Dari segi bahasa, pemain industri perlu menguasai bahasa-bahasa teknologi baharu. Penutur bahasa Melayu di Asia Tenggara
terutamanya Malaysia, Indonesia dan Brunei Darussalam perlu memastikan kedudukan bahasa itu menjadi lebih penting sejajar
dengan usaha untuk menjadikan relevan sebagai bahasa wacana dalam Revolusi Industri 4.0. Pihak berwajib seperti DBP perlu
memperkaya istilah sains dan teknologi, menambah khazanah ilmu berbahasa Melayu melalui penerbitan makalah, jurnal, serta buku
yang sesuai dengan era industri, selain mengajar semua mata pelajar di institut pendidikan guru, kolej dan universiti dalam bahasa
Melayu. oleh itu, Bahasa melayu amat penting dalam pembangunan teknologi dan sains.
Revolusi Industri 4.0
Bahasa Komunikasi Hubungan Diplomatik
Ekonomi
Pendidikan
Sukan
Hubungan Diplomatik
Hubungan diplomatik ialah hubungan yang terjalin antara dua atau lebih kerajaan. Penubuhan hubungan ini adalah
untuk memantapkan pemerintahan dan pentadbiran serta pembangunan sebuah kerajaan (Salmah Jan, 2018).
The Oxford English Dictionary (1989), mendefinisikan diplomatik sebagai suatu bentuk pengurusan hubungan
antarabangsa melalui proses rundingan, suatu kaedah yang diselaraskan oleh duta atau perwakilan, perniagaan
atau diplomat seni, kemahiran mengendalikan urusan antarabangsa, dan perundingan.
Bahasa Melayu merupakan satu-satunya bahasa lingua franca yang menjadi alat perhubungan negara Asia
Tenggara atau ASEAN. Bahasa Melayu termasuk dalam kelompok lima bahasa yang mempunyai jumlah penutur
yang banyak, iaitu selepas bahasa Inggeris, Mandarin, Hindi dan Sepanyol (Zakaria Kasa, 2014). Penutur Bahasa
Melayu bukan hanya terdiri daripada rakyat Malaysia, tetapi juga merangkumi rakyat Indonesia, Brunei
Darussalam, Thailand (terutamanya di selatan Thailand), Vietnam dan Kemboja. Bahasa Melayu juga bukan
sahaja dituturkan oleh masyarakat di negara ASEAN, malah kawasan terentang sehingga kawasan pergunungan
Taiwan, turun ke selatan hingga New Zealand dan dari Madagaskar di luar pantai timur Afrika hingga Pulau Easter
di Lautan Pasifik (Asmah Hj. Omar, 2008)
Sehubungan dengan itu, bahasa Melayu wajar dimartabatkan sebagai Bahasa ASEAN dalam semua urusan
rasmi dan tidak rasmi. Bahasa Melayu berpotensi menjadi Bahasa komunikasi dan mampu memupuk
perpaduan di bawah satu rumpun Bahasa. Hal ini demikian kerana bahasa bukan hanya berfungsi sebagai
alat komunikasi, tetapi juga berperanan penting dalam pembentukan sebagai semangat kekitaan, perpaduan
dan maruah masyarakat penuturnya (Shalizaini Uyob & Che Ibrahim Salleh, 2017). Di seluruh dunia, terdapat
104 buah kedutaan Malaysia yang mampu memainkan peranannya untuk menyebarluaskan bahasa Melayu.
Melalui kedutaan tersebut, bahasa Melayu perlu diketengahkan sebagai bahasa pengantar dalam pelbagai
acara atau majlis.
Ekonomi
Bahasa Melayu sering dikatakan tiada nilai ekonomi, tiada nilai komersial dan sukar digunakan dalam
urusan perdagangan. Perkara ini memang berlaku di negara ini. Contohnya, rancangan televisyen yang
melibatkan perbincangan kewangan seperti Ringgit Sense Plus digunakan dalam bahasa Inggeris
manakala rancangan yang tidak berkaitan dengan ekonomi dan kewangan pula menggunakan bahasa
Melayu. Perkara ini menunjukkan bahasa Inggeris sahaja yang boleh digunakan untuk urusan ekonomi.
Seterusnya, urusan manusia yang berkaitan dengan ekonomi ini pelbagai-bagai bentuk dan peringkatnya.
Dalam hal ini, bahasa Melayu masih digunakan dalam urusan ekonomi peringkat tempatan dan hubungan yang
bersifat dalam kelompok yang kecil, bergantung kepada masyarakat penuturnya. Namun, pada peringkat yang
lebih besar dan luas, penggunaan bahasa Melayu didapati semakin berkurangan. Objek yang pertama dalam
urusan ekonomi ialah wang. Namun, urusan kewangan ini perlu dilaksanakan apabila dijalankan dalam peringkat
antarabangsa, sebagai contoh urusan antara warga Malaysia dengan warga Itali, bahasa Inggeris akan digunakan
melainkan warga Itali tersebut boleh berbahasa Melayu.
Bahasa merupakan medium yang dapat menyampaikan maklumat sains dan teknologi yang menjadi pemangkin
kepada pembangunan ekonomi sesebuah negara. Oleh yang demikian bahasa yang digunakan sebagai bahasa
pengantar dalam sistem pendidikan menjadi bahasa yang mampu membantu membangunkan perkembangan
ekonomi. Terdapat dua peringkat pemindahan maklumat ini berlaku di Malaysia iaitu maklumat yang dibawa masuk
ke dalam bahasa kita dan maklumat itu disampaikan kepada orang yang menggunakan maklumat itu. Bahasa
Melayu kini dapat menunjukkan nilai-nilai ekonomi apabila mampu mencapai bahasa dalam proses penyebaran
maklumat berkaitan bidang ekonomi.
Pengantarabangsaan bahasa Melayu melalui bidang pendidikan boleh dilaksanakan melalui kerjasama Kementerian
Pendidikan Malaysia dengan beberapa buah pusat pengajian tinggi yang menawarkan program pengajian bahasa
Melayu di luar negara. Pada tahun 1997, Majlis Antarabangsa Bahasa Melayu (MABM) ditubuhkan untuk
menyelaraskan semua kegiatan dan pengajian Pendidikan bahasa Melayu di peringkat antarabangsa. Penubuhan
MABM melambangkan kesungguhan dan komitmen kerajaan untuk mengglobalkan bahasa Melayu di persada dunia.
Selain itu, Program Pengajian Bahasa Melayu turut ditawarkan di Pusat Pengajian Tinggi Australia seperti di
Universiti Deakin, Melbourne. Usaha ini dijalankan dengan kerjasama Dewan Bahasa dan Pustaka bersama Universiti
Putra Malaysia (UPM). Isu pengantarabangsaan dalam bidang pendidikan, bahasa Melayu dilihat kekurangan sumber
material dan sumber bukan material. Sumber material menurut Lim Kim Hui & Har Wai Mun (2013) ialah guru terlatih,
pelatih di persada dunia. Sebagai contoh, program Pengajian Bahasa Melayu komputer dan perisian komputer
rancangan radio dan televisyen manakala bahan bukan material meliputi pakar-pakar bahasa Melayu yang mampu
menyumbang pengetahuan dan kemahiran. Dalam hal ini, bahasa Melayu turut memerlukan sumber berbentuk material
dan bukan material bagi melangkah ke arah pengantarabangsaan Usaha ini dilihat mula dilaksanakan melalui Kerangka
Standard Bahasa Melayu (KSBM).
Secara umumnya, terdapat empat jenis sukan yang disukai oleh rakyat Malaysia, iaitu sukan tradisional,
sukan padang, sukan balapan dan sukan. Dua sektor utama industri sukan, iaitu dari aspek pemain dan
permainan serta kelengkapan prasarana sukan yang menunjukkan Malaysia dikenali sebagai sukan baharu
antarabangsa. Penganjuran Sukan Komanwel 1998 oleh Malaysia telah memberi petanda awal bahawa
Malaysia berpotensi menjadi tumpuan dalam penganjuran sukan antarabangsa. Kemampuan Malaysia
menganjurkan sukan bertaraf antarabangsa yang lain seperti Temasya Sukan SEA pada 1977, 1989, 2001
dan 2017, Hoki Piala Dunia (2002), Kejohanan Tahunan Malaysia Grand Prix Formula One (F1).
Pencapaian Malaysia sebagai penganjur tidak dapat dinafikan kehebatan. Namun, kedudukan bahasa
Melayu dalam sesi penganjuran sukan-sukan bertaraf antarabangsa yang berlangsung seolah dipinggirkan.
Melihat kepada nama penganjuran sukan tersebut jelas meminggirkan Bahasa Melayu seperti Red Bull Air
Race, Ironman 70.3, Powerman Asia, Le Tour de Langkawi, Aquathlon, Putrajaya Spartan Race, 100 S Miles,
Watergate 16 Hours, Oceanman, MAD Warrior Sprint 2018 dan lain-lain (Muhammad Shahrul Naim, 2018).
Maka, masyarakat dari seluruh dunia akan mengenali bahasa Melayu dan negara Malaysia secara amnya
apabila penganjuran acara sukan dilakukan dalam bahasa Melayu. Hal ini menyebabkan ramai mengenalinya
melalui liputan-liputan sukan yang disampaikan dalam bahasa Melayu. Perkara ini akan meningkatkan jati diri
rakyat Malaysia dalam aspek bahasa kebangsaan dan seterusnya menaikkan imej Malaysia ke seluruh dunia.
Rujukan
Shamsul Aizuwani Nawi, Suhasni Dollah dan Zurihan Yusoff, (2020). Sejarah Perkembangan Bahasa Melayu. Kuala
Lumpur: Dolphin Press International Sdn Bhd.
Tan Yao Sua (2010). Isu Bahasa, Etnik dan Pembinaan Negara Bangsa dalam sistem Pendidikan Malaysia. Pulau Pinang:
Penerbit Universiti Sains Malaysia.
Nik Safiah Karim. (2010). Panorama Bahasa Melayu Sepanjang Zaman. Kuala Lumpur: Penerbit Universiti Malaya.
James T Collins. (2005). Bahasa Melayu Bahasa Dunia Sejarah Singkat. Jakarta: Yayasan Obor
Noriah Mohamed. (2003). Beberapa Topik Asas Sosiolingustik. Kuala Lumpur: Utusan Publications & Distributors Sdn. Bhd.
Zaidi Ismail. (2012).Bahasa Melayu dalam Media Baharu: Sejauhmanakah Diutamakan? Dewan Bahasa. Jun 2012. Kuala
Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.