The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by 1159-15-zulaikha, 2024-03-18 08:32:16

ARYAN YANG BERANI

ARYAN YANG BERANI

ZULAIKHA KAMAL ARYAN YANG BERANI


1 Terdapat seorang kanak-kanak bernama Aryan. Dia tinggal bersama tiga orang adik-beradik serta ibu dan bapa mereka di sebuah kota kecil. Aryan ialah anak bongsu daripada empat adik beradik. Aryan berumur sembilan tahun. Aryan seorang yang sangat bijak. Bapa Aryan seorang ahli perniagaan. Kehidupan Aryan sangat lengkap dan senang di rumah besar tersebut.


Pada suatu hari, ibu dan bapa Aryan bercadang untuk pergi bercuti ke negara Jepun semasa cuti sekolah. Keluarga bapa saudara Aryan juga akan mengikuti mereka sekeluarga pergi bercuti. Malam sebelum ke Jepun, ahli keluarga Aryan sedang bersiap-siap untuk pergi bercuti. Semua ahli keluarganya sedang sibuk mengemas keperluan dan pakaian masing-masing. Aryan sahaja yang tidak mengemas. Dia hanya bermain dan sibuk mencari masalah. Aryan bertengkar dengan kakaknya kerana kereta mainan kesayangannya telah hilang. 2


Pergi tidur! Cukuplah masalah kamu hari ini. 3


Semasa berbaring di atas katil, Aryan dapat mendengar suara dan gelak ketawa yang datang dari tingkat bawah rumahnya. Semua orang sedang makan dan berseronok tanpa dirinya. “Saya harap saya tidak akan melihat keluarga saya lagi” bisik Aryan. “Saya juga berharap yang saya tinggal bersendirian di rumah”. 4


Pada keesokan harinya, rumah Aryan sangat sunyi. Tiada suara yang menjerit. Tiada orang yang berlari-lari. Tiada siapa pun yang memberitahu Aryan untuk cepat bersiap dan makan sarapan pagi. Tiada sesiapa pun di rumah itu. Akhirnya, Aryan menyedari apa yang telah berlaku. Saya buat keluarga saya hilang. 5


Buat pertama kalinya, Aryan berada di rumah seorang diri. Aryan sangat gembira. Aryan berlari-lari di dalam rumahnya. Aryan melompat di atas katil. Aryan juga makan kek coklat, aiskrim serta minum susu untuk sarapan pagi. 6


Namun, Aryan juga sunyi dan kadang-kadang takut tinggal bersendirian di rumahnya. Aryan sangat takut dengan jiran sebelah rumahnya. Nenek tua bernama Nek Timah ialah orang yang Aryan paling takutkan. Nek Timah tinggal berdekatan dengan rumahnya. Nek Timah selalu membawa tongkatnya kemana-mana sahaja. 7


Pada malam itu, Aryan terdengar suara orang berbisik di luar tingkap ruang tamu rumahnya. Dia melihat ada dua orang pencuri yang mengintai di sekitar rumahnya. 8


Kebanyakan rumah-rumah di kawasan ini kosong dan gelap! Semua orang pergi bercuti!” kata Ahmad yang bermisai itu. “Kita akan datang kembali esok dan mencuri semuanya” kata Arif yang mempunyai figura lebih besar. Mereka berdua ketawa bersama-sama. 9


Hanya seorang pengecut yang akan bersembunyi, dan saya tidak boleh menjadi pengecut. Saya sudah besar dan perlu berani. Setelah lama bersembunyi di bawah meja di dalam bilik tidurnya, Aryan membuat keputusan untuk keluar daripada tempat persembunyian itu. 10


Keesokan harinya, Aryan melakukan kerjakerja orang dewasa. Aryan pergi membeli makanan ringan di kedai berdekatan rumahnya. Aryan juga mengemas ruang tamu rumahnya. 11


Aryan berjalan di kawasan taman berdekatan rumahnya. Dia melihat nenek tua yang menakutkan itu berada berdekatan. Lalu, Nek Timah datang dan berdiri di sebelah Aryan. "Kamu tidak perlu takut” kata Nek Timah. “Nenek tahu kanak-kanak di kawasan ini mempunyai banyak cerita yang menyeramkan tentang nenek, tetapi semuanya itu tidak benar”. 12


Setelah berbual beberapa minit, Aryan menyedari bahawa Nek Timah sebenarnya seorang yang sangat baik. “Adakah nenek tinggal bersendirian di rumah?” tanya Aryan. “Ya” jawab Nek Timah. “Nenek sebenarnya sangat merindui anak nenek dan nenek juga ingin berjumpa dia. Tetapi kami bergaduh dan nenek telah memarahinya". 13


Aryan faham bagaimana perasaan Nek Timah. Dia juga mengalami benda yang sama. “Nenek perlu cuba bercakap dengan anak nenek” kata Aryan. “Baiklah, mungkin nenek akan cuba nanti, walaupun nenek masih belum bersedia" jawab Nek Timah. 14


Apabila Aryan pulang ke rumahnya, hari sudah gelap. Pencuri akan datang tidak lama lagi! Aryan telah membuat perancangan untuk mengenakan pencuri tersebut. Dia meletakkan paku yang tajam di bawah tingkap. Dia juga mengikat tali pada tin yang berisi cat. 15


Dia memasang tali di sepanjang lorong rumahnya. Dan Aryan membina laluan melarikan diri ke rumah pokoknya. Dia menabur guli dan kereta mainan. 16


Tepat pukul sepuluh malam, Ahmad dan Arif kembali ke rumah Aryan. Mereka telah bersedia untuk mencuri segala-galanya. Tetapi Ahmad dan Arif tidak mengetahui yang Aryan telah merancang untuk memerangkap mereka. 17


Ahmad dan Arif terperangkap dalam semua perangkap Aryan. Ahmad jatuh tergelincir akibat guli dan kereta mainan. Arif juga jatuh tersadung pada tali. 18


Aryan melarikan diri melalui tingkap bilik tidurnya ke rumah pokok. Kemudian, dia berlari ke rumah jirannya iaitu Nek Timah. Malangnya, Ahmad dan Arif sudah tidak terpedaya dengan helah Aryan. Mereka berjaya menangkap Aryan. “Akhirnya, kami berjaya menangkap kamu!" kata Ahmad sambil memegang Aryan. 19


Nek Timah kemudian tiba di rumahnya pada masa yang tepat. Nek Timah berjalan secara perlahan-lahan dan memukul pencuri-pencuri itu menggunakan tongkatnya. Nek Timah juga telah menelefon pihak polis. Setelah itu, Aryan juga dihantar pulang ke rumahnya oleh Nek Timah. 20


Pada malam itu, Aryan menatap gambar keluarga mereka di ruang tamu. Dia amat merindui keluarga. Dia juga berharap agar keluarganya pulang kembali ke rumah mereka. 21


22 Pada pagi keesokan harinya, Aryan terjaga daripada tidur. Dia terus bergegas ke ruang tamu. “Ibu? Ayah? Adakah kalian di sini?” tanya Aryan. Kemudian, dia terdengar satu suara yang dikenali. “Aryan? Adakah itu kamu?” Aryan sudah mula teruja.


Ibunya ada di rumah! Ibunya baru sahaja tiba setelah beberapa jam dalam perjalanan pulang ke rumah. “Aryan sangat merindui ibu” katanya. Mereka saling berpelukan bagi melepaskan rindu masing-masing. “Ibu juga rindukan Aryan” kata ibunya. “Ibu, dimanakah orang lain?” tanya Aryan. 23


Aryan sangat gembira kamu semua kembali. Pintu hadapan rumahnya terbuka. Ayah, abang dan kakak-kakaknya baru sahaja tiba. Semuanya ada di rumah. Mereka sekeluarga saling melepaskan rindu masing-masing. 24


Nilai dan Pengajaran Kekeluargaan Kita mestilah menghargai dan menyedari betapa pentingnya keluarga dalam kehidupan seperti Aryan yang menghargai dan menyedari pentingnya keluarga. Kasih Sayang Kita mestilah menyanyangi keluarga kita seperti Aryan yang menyayangi keluarganya walaupun berlaku pergaduhan pada awal cerita. Keberanian Kita mestilah berani dalam menghadapi cabaran seperti Aryan yang berani memerangkap pencuri-pencuri tersebut. 25


26 Glosari Bergegas Bertengkar Figura Helah Pengecut Tersadung Bergerak dengan cepat. Berbantah atau berbalah. Perwakilan (terutamanya bentuk manusia) dalam lukisan atau ukiran. Akal, muslihat dan tipu daya. Orang yang tidak berani melakukan atau menghadapi sesuatu situasi. Terlanggar (terempuh) dengan kaki.


Buku cerita ini mengisahkan tentang seorang kanak-kanak lelaki bernama Aryan yang tidak sengaja ditinggalkan di rumah semasa keluarganya bercuti ke Jepun. Ketika Aryan menyedari bahawa dia sendirian di rumah, dia awalnya sangat seronnok dengan kebebasan tersebut. Kemudian, dia terpaksa melawan dua orang pencuri yang cuba merompak rumahnya. Dengan keberanian dan kreativiti, Aryan memerangkap pencuri-pencuri tersebut untuk melindungi rumahnya. Sementara itu, keluarga Aryan berusaha dengan gigih untuk pulang ke rumah demi menyelamatkannya. Sinopsis


Click to View FlipBook Version