The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

Sesuai digunakan untuk murid dan guru

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by izzytieyismail, 2019-11-24 19:36:42

Modul Retorik

Sesuai digunakan untuk murid dan guru

Nota Padat dan Mudah
Mengandungi Latihan
Aktiviti

OLEH:
MAIZATUL NABILA SAMSUDIN│ NOR IZATI ISMAIL│NURSUFIZA ISMAIL│ NOR
RASYIDAH MOHD SAHIMI│BASYIRAH HUSNA BADROL ISHAM│MAS AIDA SHAHRIN

PENGENALAN RETORIK

Retorik berasal daripada bahasa Greek iaitu “rhetor” yang bermaksud pemidato.
Retorik merupakan seni atau teknik memujuk yang disalurkan melalui bahasa lisan,
visual atau tulisan. Definisi bagi retorik diperluas sejak retorik dijadikan sebagai salah
satu bidang kajian. Oleh hal yang demikian, retorik klasik berbeza dengan retorik
kontemporasi yang turut melibatkan penganalisisan dalam unsur teks dan juga visual.
Pada mulanya retorik merupakan disiplin tentang kemahiran berucap (public speaking).
Walaupun begitu, perkembangan retorik membolehkan disiplin itu dikaji juga dalam
konteks penulisan, yang bermaksud “arts of writing”. Retorik juga dianalisi atau
dicerakin mengikut perkataan, ayat dan perenggan untuk mencapai kesan yang
maksimum.

Retorik klasik biasanya diajar dalam sastera liberal asal dan tergolong dalam
trivium. Dalam zaman purba dan pertengahan, kajian terhadap penekanan bahasa yang
betul, tepat, memuaskan dan berkesan dalam aspek pengkajian dan kritikan karya
sastera. Aspek logik pula menekankan ujian dan penciptaan ilmu baharu melalui proses
soal dan jawab manakal retoriik pula menekankan kaedah atau cara memujuk yang
biasanya digunakan dalam tempat-tempat awam seperti di Dewan Perhimpunan dan
sebagainya. retorik banyak digunakan dalam masyarakat demokratik dengan prinsip
kebebasan bersuara berpersatuan dan kebebasan berpolitik dengan syarat tidak
bercanggah dengan Perlembagaan Persekutuan dan undang-undang yang ditetapkan.

Menurut Kamus Dewan Edisi Keempat (2010:1326), retorik didefinisikan
sebagai teknik pemakaian bahasa secara berkesan dalam penulisan atau peraturan.
Bukan itu sahaja, retorik juga dimaksudkan sebagai seni menggunakan atau memakai
bahasa yang indah dan menarik untuk memujuk atau mempengaruhi pemikiran para
pendengar iaitu suatu seni yang menggunakan bahasa lisan atau cara untuk
berkomunikasi yang juga disebut sebagai seni berpidato.

Seterusnya, menurut Abu Hassan, retorik merupakan satu seni gaya penulisan
secara berkesan yang bertujuan untuk mempengaruhi khalayak iaitu individu yang
berada di perssekitarannya. Retorik juga dikatakan sebaga seni propaganda yang
digunakan oleh seseorang individu bagi tujuan memujuk. Retorik sebagai seni
propaganda ini biasanya digunakan oleh ahli-ahli politk dan banyak digunakan dalam
penulisan surat khabar yang berupa iklan untuk tujuan memujuk.

Menurut Asmah Hj. Omar (1988), retorik bermaksud kajian tentang penggunaan
bahasa secara berkesan, berdasarkan pada konteks yang bersesuaian, retorik juga dapat
diertikan sebagai keupayaan menggunakan bahasa secara berkesan atau ciri-ciri yang
berkaitan dengan bahasa.

Selain itu, menurut Lanham (1991), retorik merupakan seni dalam mendapatkan
keyakinan seseorang melalui wacana bahasa. Retorik menyentuh hal yang berkaitan
dengan cara menyampaikan pendapat, idea, saranan atau cara menghuraikan sesuatu
wahana kepada penulis untuk mempersembahkan pemikirannya, tanggapannya atau
perasannya dengan jelas dengan gaya yang berkesan. Pemahaman penulis tentang
retorik dan kecekapan menerapkannya amat penting untuk membolehkannya
menghasilkan penulisan yang terdiri daripada wacana yang kukuh.

JENIS-JENIS RETORIK

Retorik Pemerian

Pemerian ialah teknik penggunaan bahasa yang berbentuk
penjelasan atau huraian tentang sesuatu idea. Retorik ini
bertujuan untuk menyampaikan fakta atau maklumat yang
lengkap kepada pembaca atau pendengar.

(a) Ciri-ciri
 Tepat, jelas, dan objektif
 Tidak memasukkan emosi atau pandangan sendiri
 Gambaran dilakukan secara realistik iaitu menggunakan fakta

yang konkrit dan juga secara impresionistik.
 Penyampaian haruslah secara deskriptif, huraian dan

informative.

(b) Konsep

 Pemerian bermaksud gambaran visual dengan
menggunakan kata – kata atau percakapan.

 Merupakan sebuah proses memindahkan
pengamatan dan pemerhatian kepada khalayak.

Retorik Penceritaan

Retorik ini merupakan satu bentuk
penyampaian melalui cerita sama ada
dalam penulisan mahupun lisan.

(a) Ciri - ciri

 Harus mempunyai permulaan, konflik,
klimaks (kemuncak) dan pengakhiran

 Memberi penekanan kepada peristiwa
dengan susunan atau plot yang rapid
an teliti

 Berdasarkan prinsip kesatuan,
pertautan, penekan dan penggunaan
gaya bahasa yang sesuai.

(b) Konsep

 Digunakan untuk menyampaikan cerita atau
kisah, tentang peristiwa atau sesuatu
kejadian.

 Digunakan dalam penulisan prosa seperti
cerpen, novel, autobiografi, biografi,
hikayat, diari, drama, lipur lara dan contoh
berbentuk cerita dalam wacana tertentu.

 Penceritaan terbahagi kepada dua iaitu:

-Penceritaan fiksyen – menggambarkan
kebenaran universal berdasarkan ilusi dan
imaginasi.

-Penceritaan fakta – memaparkan
kebenaran sesuatu atau menjelaskan
realiti.

PENDEDAHAN

KONSEP :-
i) Dikenali sebagai retorik penjelasan
ii) Proses mendedahkan, menghuraikan, menyingkap dan
memaparkan atau menunjukkan sesuatu perkara dengan jelas
dan terperinci supaya pembaca pembaca mengetahui dan
memahaminya
iii) Dilakukan secara pentakrifan, percontohan,
pencerakinan, pengulasan, perbandingan, sebab dan akibat,
dan sebagainya
iv) Biasanya terdapat dalam majalah yang bercorak
pengetahuan dan buku-buku rujukan

Ciri – ciri

i) Dilaksanakan untuk memberitahu, menyatakan dan
menghuraikan atau menjelaskan sesuatu perkara secara
berkesan
ii) Bersifat objektif, tepat dan jelas
iii) Pendedahan tidak mengandungi emosi dan pandangan
peribadi

CONTOH PETIKAN :

Pendedahan secara pentakrifan dan pencerakinan. Apakah yang dimaksudkan
dengan kenal huruf? Setakat ini terdapat berbagai-bagai pengertian yang
dikemukakan untuk menerangkan konsep tersebut. Definisi klasik mengenalkan kenal
huruf dalam konteks domain budaya tinggi dan tidak mengaitkannya dengan situasi
awam. Ada definisi lain yang mengaitkannya dengan aspek kehidupan sehari-harian
yang lebih praktis untuk mengakui keperluan sosial yang berubah-ubah.

Pada asasnya kenal huruf dapat dibahagikan kepada tiga jenis. Pertama ialah
kebolehan untuk membaca dan menulis iaitu kemahiran yang mesti dipelajari oleh
setiap anggota masyarakat jika mereka mahu menceburkan diri dalam bidang
pekerjaan yang sederhana dan maju, mendapat layanan serta perlindungan yang adil.

PENGHUJAHAN

i)Retorik penghujahan
merupakan bentuk
pemujukan rasional atau yang
bersifat intelek
ii) Retorik ini berbeza
daripada pemujukan dari segi
cara pengaruhan yang
dilakukan.

iiiiiii) Memberi peluang kepada
khalayak untuk mebuat
pertimbangan sendiri
berasaskan fakta yang
dikemukakan

iviiiii) Pemujukan dengan
mengambil kira pihak yang
satu lagi mempunyai
pendapat yang perlu
dihormati walaupun pihak itu
harus dipengaruhi.

v) iv) Penghujahan digunakan
dalam perbicaraan,
perbahasan, forum, serta
penulisan kertas kerja, kajian
ilmiah dan tesis

Contoh petikan :

Dalam pengajian peringkat universiti, perkiraan wang dan kos
menjadi keutamaan perlu. Antara perkara yang berlaku,kita tidak

dapat lari daripada pelaksanaan penswastaan bagi sesebuah
universiti. Walaupun begitu banyak wang perbelanjaan untuk

tujuan tersebut, negara masih beruntung jika anak-anak
memperoleh pendidikan di dalam negara, berbanding
denganlangkah menghantar mereka ke universiti-universiti di luar

negara.

PEMUJUKAN

•Retorik pemujukan merupakan retorik pengaruhan.

•Pemujukan digunakan untuk mengubah pemikiran, kepercayaan dan

K perlakuan pihak yang menjadi sasaran.

•Retorik pemujukan boleh terdiri daripada pemujukan rasional dan pemujukan

O tidak rasional.

N •Pemujukan rasional bersifat intelek, lebih dikenali sebagai penghujahan,
sebaliknya pemujukan tidak rasional bersifat emosi, dikenali sebagai
pemujukan emotif. •Retorik pemujukan lebih dimaksudkan kepada

S pemujukan tidak rasional atau pemujukan beremotif.

E

P •Tiga bentuk pemujukan emotif: •Pemujukan satira – dengan cara
membodoh-bodohkan atau mengejek-ejek sesuatu atau seseorang

• Pemujukan eulogi – bentuk bahasa yang memujuk emosi yang lebih tinggi
dan mulia, seperti cinta akan negara, rasa hormat akan maruah diri, rasa
ingin mencapai kecemerlangan, dan sebagainya seperti pembacaan pujian
dan jasa tokoh-tokoh dalam majlis penyampaian anugerah

•Pemujukan patos – digunakan untuk tujuan khusus, misalnya mencetuskan
rasa belas kasihan atau simpati supaya pihak sasaran memberikan sokongan.

CIRI- CIRI

Pemujukan ini merayu atau
memainkan perasaan (gembira,
duka, gerun, rasa bersalah, belas
kasihan, marah, cinta, benci, dan
sebagainya). Dengan memain-
mainkan perasaan itu, kepercayaan
dan kelakuan pendengar atau
pembaca diharapkan dapat
berubah.

Perasaan takut: Jikalau adik tidak mahu mandi,
nanti anjing gila akan menggigit punggung adik.
Perasaan benci: “Kita semua mesti membantah
rancangan itu. Jalan raya itu dibina melalui tanah
milik kita. Tidakkah sakit hati kita melihat orang

lain senang-senang lalu di situ setiap masa,
sedangkan tanah itu milik kita?”

LATIHAN :

1.
 Mementingkan bukti dan alasan
 Bermula dengan usul atau gagasan
 Bertujuan untuk mendapatkan sokongan

Pernyataan di atas ialah ciri retorik

A pemerian C pendedahan

B pemujukan D
penghujahan

2. Yang manakah ciri yang paling penting tentang retorik
pemujukan? A Perlu pengulangan pernyataan
B Banyak menggunakan ayat penyata
C Keberkesanannya bergantung pada bukti yang dikemukakan
D Bertujuan untuk mempengaruhi khalayak supaya bertindak seperti yang
E Dikehendaki

3. Stegosaurus ialah dinosaur herbivor yang hidup pada penghujung zaman jurasik kira-kira 160 juta
tahun dahulu. Dinosaur ini mempunyai kepala yang kecil dan berjalan dengan menggunakan
empat kaki. Terdapat dua deretan plat yang bertulang pada bahagian belakangnya. Di hujung
ekornya pula terdapat empat batang duri yang sangat berbahaya. Ukuran badannya boleh
mencapai sembilan meter panjang dan beratnya lebih kurang 3000 kilogram.

Petikan di atas menepati retorik C pendedahan
D penghujahan
A pemerian
B penceritaan

4. Yang manakah penyataan yang menepati retorik penghujahan?
A Penulis mengemukakan pendapatnya tentang sesuatu perkara.
B Penulis menyatakan pendapat atau pendirian dan meminta pembaca menerimanya.
C Penulis mengemukakan pendapat atau usul dengan alasan yang kukuh agar pembaca
turut menyetujuinya.
D Penulis mengemukakan sesuatu pendapat dengan memberikan gambaran yang
lengkap supaya pandangannya jelas kepada pembaca.

5. Yang manakah wacana yang menepati retorik pemerian?
I Banglo itu dihias indah. Barangan antik pula tersusun dengan kemas. Perabotnya yang
mewah ditambah dengan warna dindingnya yang lembut menambahkan seri banglo
itu.
II Pencemaran sungai itu berpunca daripada sikap pengusaha kilang yang tidak
bertanggungjawab. Tindakan mereka membuang kotoran ke sungai mengakibatkan
air sungai menjadi kotor dan membahayakan penggunanya.
III Sudah beberapa lama kereta model tahun 1950-an itu tidak digunakan. Kereta milik
pengurus kilang itu berdebu dan kotor. Bahagian dalamnya basah kerana dimasuki air
hujan. Kereta itu tidak diperlukan lagi oleh pemiliknya.
IV Ketiga-tiga orang remaja itu amat rapat. Mereka bertekad untuk menemui Idris,
sahabatnya yang telah terpisah sejak sekian lama. Ke sana ke sini mereka mencarinya
tetapi gagal. Akhirnya, hajat mereka tercapai setelah mendapat bantuan pihak akhbar.

6.  Memindahkan idea atau maklumat daripada penulis kepada pembaca
 Memberikan takrif, atau contoh, atau perbandingan, atau sebab, atau akibat tentang sesuatu
maklumat
 Menyingkap, memaparkan, atau menghuraikan sesuatu maklumat secara objektif

Pernyataan di atas menepati retorik C pendedahan
D penghujahan
A pemerian
B pemujukan

7. Yang manakah definisi retorik yang paling tepat?
A Kaedah penaakulan tentang sesuatu persoalan pokok.
B Cara mempengaruhi khalayak bagi menyetujui sesuatu gagasan.
C Seni pemakaian bahasa yang indah, menarik, dan efektif dalam menyatakan sesuatu idea.
D Cara menyatakan pandangan, menginterpretasikan sesuatu persoalan, dan menganalisis sesuatu
masalah.

8. I: Kolam ikan hanya untuk mengindahkan taman. Dia mahu bersama-sama dengan anak
dan isterinya menikmati redup petang di laman sambil minum-minum.

II: Di tepi kolam ada meja kecil dengan ukiran ringkas awan ala-Nias. Di bawahnya
terdapat bangku coklat yang berkaki tiga.

Yang manakah padanan yang betul bagi jenis retorik I dan II?

I II

A Penceritaan Pemerian
B Pemerian Penceritaan
C Pemerian Pendedahan
D Pendedahan Pemerian

9.

 Mengikut prinsip logik dengan penaakulan yang tepat
 Bukti dikemukakan untuk menyokong idea
 Bertujuan untuk mendapatkan sokongan daripada khalayak

Pernyataan di atas merujuk kepada ciri retorik

A pemerian C pendedahan

B pemujukan D penghujahan

10. Rumah Ammar merupakan banglo dua tingkat. Ruang tamu di tingkat bawah dihiasi dengan set
sofa kayu yang berukiran penuh. Susun atur perabot di ruang ini menarik dan eksklusif.

Petikan di atas jelas memperlihatkan ciri retorik

A pemerian C penceritaan
B pemujukan D pendedahan

1 2
3 4

5
6

7

8

Across: Down:

Boleh dikatakan saya • Bermula dengan usul atau gagasan

menggunakan sebahagian besar 1 • Bertujuan untuk mendapatkan
masa saya di Dewan Bahasa dan sokongan Apakh retorik yang sesuai

Pustaka. Selain itu, saya selalu untuk dikaitkan dengan ciri di atas ?

berlegar-legar di kedai-kedai

buku, muzium, Arkib Negara, _________________________ ialah

universiti-universiti dan 2 tentang kajian tentang teknik
pemakaian bahasa secara berkesan
menghadiri pameran seni atau

seminar di mana-mana. Jikalau dalam penulisan atau pertuturan.

saya ke DBP, biasanya saya tiba

di sana pukul 9.00 pagi. Saya Tiga unsur penting dalam

1 menggunakan masa saya untuk 4 penghujahan iaitu Tesis, Premis dan
berinteraksi dan berbual-bual _____________________________
________.
dengan rakan-rakan. Kemudian

saya ke tingkat lima, dan dari

sana saya turun dari satu tingkat Teman saya, Shaharin Ismail, masih

ke satu tingkat, dari satu meja ke bujang, berusia pertengahan 20-an,

satu meja, hinggalah ke bawah. mempunyai paras seperti seorang

Saya berbincang tentang seni, bintang filem China. Kulitnya putih,

sastera dan budaya, tentang tingginya 1.7 meter, dan beratnya 68

buku saya dan berbagai-bagai kilogram. Rambutnya ikal, sentiasa

hal dengan editor, penulis dan 5 disikat dengan rapi mengikut fesyen
rambut Mahmud Jun. Ketika berjalan,
siapa sahaja atau menghadiri

sesuatu yang dianjurkan di sini. langkahnya nampak yakin dan tidak

terburu-buru. Penyataan di atas

(Autobiografi A. Samad Said) berkait dengan retorik

_____________________________

Terdapat beberapa ciri retorik ___.

penghujahan iaitu mestilah

3 dikemukakan dengan Unsur-unsur ini lazim terdapat dalam
____________________, dalil, 8 iklan, perhubungan awam, dan

dan alasan yang munasabah dan kempen politik.

dapat diterima.

Apakah yang dimaksudkan

dengan kenal huruf? Setakat ini

terdapat berbagai-bagai

pengertian yang dikemukakan

untuk menerangkan konsep

tersebut. Definisi klasik

6 mengenalkan kenal huruf dalam
konteks domain budaya tinggi

dan tidak mengaitkannya dengan

situasi awam. Ada definisi lain

yang mengaitkannya dengan

aspek kehidupan sehari-harian

yang lebih praktis untuk

mengakui keperluan sosial yang
berubah-ubah. Pada asasnya
kenal huruf dapat dibahagikan
kepada tiga jenis. Pertama ialah
kebolehan untuk membaca dan
menulis iaitu kemahiran yang
mesti dipelajari oleh setiap
anggota masyarakat jika mereka
mahu menceburkan diri dalam
bidang pekerjaan yang
sederhana dan maju, mendapat
layanan serta perlindungan yang
adil... Pernyataan di atas jelas
menunjukkan contoh retorik
__________________________
______.

Retorik terbahagi kepada

________________________

7 iaitu, penghujahan, pemerian,

pemujukan, pendedahan dan

penceritaan.

Pemujukan digunakan untuk

mengubah pemikiran,

kepercayaan dan perlakuan

8 pihak yang menjadi sasaran.
Retorik ini juga dikenali sebagai

retorik

__________________________

_______.

BAHAGIAN B

1.
Pada setiap kali musim cuti sekolah atau cuti perayaan, jumlah kes kemalangan jalan raya
meningkat secara mendadak di negara ini. Bilangan kenderaan yang banyak di jalan raya pada
satu satu masa memungkinkan kemalangan berlaku. Sikap sesetengah pengguna jalan raya
yang ingin cepat sampai ke destinasi mereka juga boleh mengundang kemalangan. Mereka
sering memandu kenderaan dengan laju dan melanggar peraturan jalan raya. Oleh hal yang
demikian, kita menyaksikan kemalangan berlaku begitu kerap pada musim perayaan.

(a) Ubah teknik penyampaian idea dalam teks di atas kepada teknik penyampaian idea yang
lain.

...............................................................................................................................................................
...............................................................................................................................................................
...............................................................................................................................................................
...............................................................................................................................................................
...............................................................................................................................................................
...............................................................................................................................................................
...............................................................................................................................................................

(b) Namakan teknik yang anda gunakan itu.
……………………………………………………………………………………………………………

2. Baca petikan di bawah ini, kemudian tentukan jenis- jenis retoriknya.

”Budak itu masih terlantar di hospital. Keadaannya amat lemah. Wajahnya pucat sekali dan
kecederaan di dahi yang dialaminya masih belum sembuh. Dia kekurangan darah dan
memerlukan pembedahan tetapi ibu bapanya tidak mampu. Sumbangan daripada orang ramai
amat dialu-alukan.”
........................................................................................................................................................................................

........................................................................................................................................................................................

3. Hartawan itu memiliki sebuah rumah agam yang dibina sekitar tahun 1930 an. Rumah itu
terletak di atas bukit dan menghadap laut. Binaannya berkonsepkan reka bentuk Inggeris klasik.
Rumah tersebut mempunyai 12 bilik tidur, empat ruang tamu, dan tiga ruang makan yang luas.
Hiasan dalamannya juga berkonsepkan Inggeris klasik, ilham seorang pereka bentuk dan hiasan
dalaman yang terkenal pada masa itu.

(a) Apakah jenis retorik bagi petikan di atas
…………………………………………………………………………………………………
(b) Berikan tiga ciri retorik bagi petikan di atas.

(i)
......................................................................................................................................................................
(ii)
......................................................................................................................................................................
(iii)
......................................................................................................................................................................
4.

(a) Apakah jenis retorik bagi petikan di atas?
....................................................................................................................................................
(b) Berikan dua ciri retorik yang terdapat dalam petikan di atas.

(i)
.............................................................................................................................................
(ii)
.............................................................................................................................................

https://www.classtools.net/random-name-picker/12_gdWgSE
https://quizizz.com/admin/quiz/5dd6f509837239001c63b07f?studentShare=true

https://play.kahoot.it/v2/?quizId=9248ea28-96f2-4a22-8db2-624beb5933bd


Click to View FlipBook Version