Nota Sirah By Ustazah Afrina
Kelahiran Rasulullah SAWDilahirkan di kediaman Bani Hashim iaitu rumah Abu Talib, bapa saudara baginda (Mekah). Pada 12 Rabiul awwal tahun gajah (kejadian tentera bergajah ingin meruntuhkan Kaabah). Bersamaan 20 atau 22 April 571 Masihi. diberikan nama 'Muhammad' kerana belum pernah diletakkan oleh sesiapa pun. Baginda bersunat pada hari-7 selepas kelahiran. Nasab keturunan baginda bersambung dengan Nabi Ismail melalui Adnan (moyang baginda). Allah memilih Rasulullah dari kabilah yang bersih, keturunan yang baik & terpelihara dari sebarang noda amalan syirik.
Ashabul-Fiil Abrahah & tentera bergajah adalah antara peristiwa besar berlaku pada tahun kelahiran baginda. Dia (Abrahah) penguasa Yaman yang beragama Nasrani. Dia telah membina gereja (Al-Qulais) yang besar kerana meyimpan impian ingin mengalih tumpuan orang Arab mengerjakan haji di Baitullah (Mekah). Caranya dengan merobohkan Kaabah tetapi Abdul Mutalib tidak bersetuju walaupun disuap dengan harta (kerana percaya Kaabah itu ada penjaganya). Abrahah tidak berpuas hati dengan tindakan Abdul Mutalib lalu dia mengumpul tentera untuk meruntuhkan Kaabah. Sebanyak 12 ekor gajah menuju Mekah. Allah mengutuskan sekumpulan burung (Ababil) melemparkan batu-batuan dari neraka keatas tentera bergajah maka hancur tubuh mereka(dirakamkan dalam Al-Quran surah Al-Fiil).
Riwayat Hidup Baginda Sepanjang Muhammad bersama keluarga Hamilah As-Sa'diah, banyak keberkatan yang disaksikan oleh beliau. Antaranya; Halimah terasa dadanya dipenuhi susu selepas mengendong baginda. Kemudian, kantung susu unta penuh & dapat minum dengan puas & kambing² milik mereka gemuk². Tanah kampungnya jugal menghijau. Muhammad membesar dengan sihat & cergas berbeza dengan rakan sebaya. Baginda hidup bersama Halimah As-Sa'diah sehingga berusia 4 tahun (diminta untuk menjaga baginda lebih lama). Tsuwaibah Al-Islamiyah (hamba Abu Lahab) ialah wanita pertama yang menyusukan baginda. Kemudian Rasulullah disusukan oleh penyusu bernama Halimah As-Sa'diah dari Bani Saad (adat bangsa Arab menggunakan penyusu agar bayi dapat dicegah penyakit, memantapkan otot & mengusai bahasa arab dengan fasih). 1 - 4
Riwayat Hidup Rasulullah 5 6 Berlaku kejadian dada Nabi dibelah oleh malaikat Jibrail. Ketika itu, Rasulullah sedang bermain dengan kanakkanak yang lain lalu didatanginya Jibrail & membawanya ketempat lain. Jibrail membelah dada & mencuci hatinya dengan air zamzam didalam bekas emas. Jibrail menjahit kembali dada baginda & orang ramai menemuinya dalam keadaan takut. Baginda mula tinggal bersama ibunya setelah kejadian yang berlaku padanya (dibelah dada) kerala risau, Halimah memulangkan simulation baginda. Suatu hari ibunya pergi ke Yastrib untuk menziarahi keluarga & kubur suaminya (bapa baginda). Selain Muhammad, Abdul Mutalib & Ummu Aiman (hamba) juga pergi kesana. Mereka tinggal di Yastrib selama sebulan & sewaktu dalam perjalanan pulang, Aminah diserang penyakit kemudian meninggal di Al-Abwa'(daerah antara Mekah & Madinah). Baginda hidup dengan datuknya dibawah jagaan Ummu Aiman. 6-8 8 Baginda dijaga dengan kasih sayang melebihi yang lain kerana sedih dengan apa yang menimpa cucunya (menjadi anak yatim piatu padang usia yang masih kecil). Dia tidak pernambuco meninggalkan baginda keseorangann & mengutamakan baginda dalam setiap keadaan. Akan tetapi, datuknya meninggal sewaktu baginda berusia 8 tahun 2 bulan 10 hari. Datuknya telah mewasiatkan kepada Abu Talib (bapa saudara) untuk menjaganya. Abu Talib pun menjaga baginda dengan penuh kasih sayang melebihi yang lain kerana Muhammad banyak membawa keberkatan dalam keluarganya. Sejak kecil, sikap baginda seperti memahami kesempitan hidupnya. Abu Talib menjaga baginda selama 40 tahun. Sepanjang hidupnya, beliau menjaga, melindungi & mengasihi baginda sehinggakan ketika Nabi menyebarkan Islam, Abu Talib mempertahankan baginda.
12 tahun Baginda dibawa oleh Abu Talib ke Syam untuk berniaga. Sesampai Sahara di Busra, Buhaira (pendeta) mengundang kafilah pedagang sebagai tetamu (dia ingin bertemu dengan bakal nabi yang disebutkan dalam kitab terdahulu). Dia memberitahu Abu Talib bahawa Muhammad adalah orang yang terpilih oleh Allah (merujuk kepada tanda² yang dilihat Buhaira & Khatam An-Nubuwwah). Dia meminta Abu Talib membawa baginda pulang kerana takut dijumpai oleh orang Yahudi yang ingin membunuh baginda.
25 tahun Baginda berniaga dibawah Khadijah Khuwalid ke negeri Syam setelah mendengar mengenai budi pekerti baginda. Rasulullah pergi bersama Maisarah, budak suruhan Khadijah. Sekembalinya baginda ke Mekah, Khadijah terkejut dengan hasil pulangan yang dibawa Muhammad. Maisarah pula, asyik bercerita mengenai keperibadian baginda sewaktu di Syam. Sikap Muhammad yang jujur, leman lembut, bijaksana & sentiasa tenang membuatkan hati wanitanya terusik. Beliau memberitahu sahabatnya, Nafisah (tentang perasaan hatinya) & sahabatnya berjumpa dengan Muhammad menyatakan hasrat. Baginda mengatakan beliau bersedia Lancaster memberitahu bapa² saudaranya. Mereka (bapa² saudaranya) bersetuju kerana Khadijah merupakan wanita sempurna (kemulian, budi pekerti, paras rupa, berharta) & mereka meminang Khadijah. Majlis mereka dihadiri oleh kerabat Bani Hashim & ketua² Bani Mudhar.
Nama Anak² Nabi SAW Al-Qasim Zainab Ruqaiyah Ummu Kulthum Fatimah Abdullah Ibrahim Semua anak baginda bersama dengan Khadijah kecuali Ibrahim (daripada hambanya bernama Mariah Al-Qibtiyah yang berasal dari Yaman).
35 tahun Banjir besar telah melanda Mekah & Kaabah mengalami keruntuhan. Maka, Quraisy bersepakata untuk membina semula Kaabah. Ketinggian Kaabah pada asalnya 9 hasta, tanpa bumbung (zaman Nabi Ismail) tetapi sering diceroboh oleh pencuri & banyak barang yang hilang. Kaabah yang telah dibina semula setinggi 15 hasta, 6 buah tiang (dletakkan dibumbung atas). Kisah yang amat masyur adalah setalh siap dibina, ketua2 kabilah bertelagah untuk memilih siapakah yang layak untuk meletakkan ‘batu hitam’ (hajarul aswad) pada tempat asalnya lalu mereka bersetuju untuk bertanya pendapat orang yang pertama datang/masuk kedalam kawasan Kaabah esok hari. Keesokkanya, baginda adalah orangnya & mereka diminta (setelah bertanya kepada baginda) untuk memegang hujung kain serban baginda & meletakkan batu tersebut ditengah. Dibawanya ktempat asal & baginda sendiri yang meletakkannya. Ketua2 itu berasa amat berpuas hati dengan idea baginda. Kaum Quraisy menggunakan dana yang bukan dari sumber yang haram; hasil riba & tidak melibatkan orang yang dizalimi. Pembinaan ini diserahkan kepada individu yang yang masyur (terkenal) dengan kebaikannya. Pihak Quraisy menghentikan pembinaan Kaabah kerana kekurangan dana (dibahagian utara Kaabah lebih kurang 6 hasta daripada ukuran asal) & ditanda dengan batu - batuan runtuhan kini dikenali sebagai Hijr Ismail. Pintu Kaabah juga ditinggikan agar tidak ada orang boleh masuk tanpa kebenaran
PREVIEW