Pertandingan Anugerah Guru Inovatif 2021
Kementerian Pendidikan Malaysia
TM KIT
(Ordinary KIT but it turns out magical)
Nur Sheda bt Mohd Said
Nur Fasihah binti Che Azhar
Sekolah Kebangsaan Kampong Melayu Johor
ABSTRAK
Berdasarkan kerangka asas transformasi sekolah 2025 pembelajaran bermakna dapat
diwujudkan dengan suasana pembelajaran yang bersifat intentional, autentik, aktif, konstruktif
dan kolaboratif. Perkara ini juga selari dengan Pelan Pembangunan Pendidikan (PPPM)
2013-2025 yang berpaksikan enam aspirasi iaitu pengetahuan, kemahiran berfikir, kemahiran
memimpin, kemahiran dwibahasa, etika dan kerohanian serta identiti nasional untuk
membangunkan kemenjadian murid . Maka, budaya pembelajaran yang menarik memainkan
peranan yang penting dalam memotivasikan murid untuk meminati sesuatu pelajaran sekaligus
memberikan satu pengalaman belajar yang bermakna dan diingati. Murid tahun 4 UKM Sk
Kampong Melayu tidak dapat mengingati jenis jenis najis serta cara menyucikannya yang baru
sahaja dipelajari di samping menunjukkan tingkah laku negatif semasa pengajaran dan
pembelajaran tajuk ini. Rentetan dari itu, mereka tidak mendapat tahap penguasaan yang
maksimum Pentaksiran Bilik Darjah ( PBD ) yang dijalankan bagi bidang ibadah . Oleh yang
demikian, TM KIT telah diperkenalkan kepada murid, guru Pendidikan islam dan ibu bapa.
Inovasi TM KIT membawa konsep “Super Linkers” iaitu menggabungkan pelbagai kaedah
dan aktiviti dalam satu sesi pengajaran. Aktiviti kuiz, permainan, main peranan, bercerita dan
projek mudah dalam inovasi TM KIT memberi ruang kepada pelajar meneroka isi pelajaran
.Hal ini juga selaras dengan 5 aktiviti teras pelaksanaan Pentaksiran Bilik darjah tahap 1 yang
diberikan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia.
Pertandingan Anugerah Guru Inovatif 2021
Kementerian Pendidikan Malaysia
Model yang digunakan dalam kajian ini adalah berdasarkan model Kemmis & McTaggart
(1988).Hasil kajian menunjukkan peningkatan pada bilangan murid mencapai tahap
penguasaan yang maksimum dalam bidang ibadah. Justeru, cadangan agar konsep yang
digunakan untuk TM KIT harus diteruskan untuk tajuk bagi bidang ibadah sekolah rendah
dalam usaha meningkatkan keterujaan dan kefahaman murid - murid untuk belajar.
1.0 PENGENALAN
Kaedah pembelajaran Ibadah biasanya adalah berpusatkan guru dan banyak
menggunakan kaedah penerangan. Menurut Shamsina Shamsudiin, dalam pengajaran
ibadah, sebaik-baiknya guru menggabungkan secara elektif kaedah-kaedah yang
membolehkan pencapaian objektif pengajaran dan pembelajaran meliputi domain
kognitif, afektif dan psikomotor. Ini adalah kerana perlakuan ibadah melibatkan
ketiga-tiga domain ini. Oleh kerana bidang ibadah berhubung erat dengan perlakuan
dan fakta , maka murid dikehendaki mengingati fakta-fakta yang terdapat di dalam
bidang Ibadah supaya mereka dapat melakukan perlakuan dalam ibadah yang
dilakukan dengan betul. Tajuk Jenis Najis dan Cara Menyucikannya merupakan salah
satu tajuk dalam bidang Ibadah tahun empat. Tajuk ini dikatakan jauh dari pengalaman
murid kerana kebanyakan murid tidak pernah mempunyai pengalaman menyucikan
najis najis ini. Hal ini juga menjadikan murid-murid kurang berminat kerana ia
merupakan sesuatu yang tidak dapat dilihat dengan mata kasar mereka sendiri atau
lebih jelas dipanggil tidak realistik.
Di Sk Kampong Melayu murid juga menghadapi masalah yang sama untuk
menguasai tajuk ini . Ini terbukti dengan data tahap penguasaan murid dalam bidang
ini pada tahun 2019 iaitu hanya 3 orang pelajar mencapai tahap penguasaan 5. Oleh
yang demikian, TM KIT telah dibangunkan bagi menarik minat murid untuk
mempelajari bidang ini .
2.0 PENYATAAN MASALAH
Kajian ini meninjau permasalahan murid dalam mengingati jenis jenis najis dan cara
menyucikannya. Melalui pemerhatian, murid tidak dapat menjawab soalan pelajaran
yang baru sahaja dipelajari dengan tepat dan baik.
Pertandingan Anugerah Guru Inovatif 2021
Kementerian Pendidikan Malaysia
Murid juga hilang fokus pada suatu tajuk pelajaran berpunca daripada pengajaran dan
pembelajaran yang kurang menyeronokkan.
Kesannya, murid cepat bosan dan mula melakukan perlakuan negatif seperti berbual,
pergi ke tandas dan mengganggu rakan. Penghasilan inovasi amat diperlukan dalam
menyelesaikan masalah ini.
3.0 OBJEKTIF KAJIAN
Objektif kajian ini adalah untuk melihat inovasi yang dihasilkan dapat membantu
murid dalam mencapai tahap penguasaan yang maksimum dalam bidang sirah.
4.0 PERSOALAN KAJIAN
Secara khususnya, persoalan-persoalan kajian adalah:
1. Adakah murid dapat mencapai tahap penguasaan yang maksimum dengan
penggunaan kaedah TM KIT?
2. Adakah inovasi TM KIT mudah digunakan dan disukai oleh murid ?
5.0 METODOLOGI
5.1 Reka Bentuk Kajian
Kajian ini berbentuk kualitatif. Kaedah yang digunakan dalam kajian ini adalah
kajian kes. Setiap responden akan ditemu bual di akhir sesi pengajaran dan
pembelajaran.
5.2 Persampelan
Sampel kajian terdiri daripada 20 orang murid tahun 4 UKM.
5.3 Instrumen Kajian
Pengkaji menemubual responden dan mencatatkannya sebagai dapatan.
Pertandingan Anugerah Guru Inovatif 2021
Kementerian Pendidikan Malaysia
5.4 Prosedur Kajian
Sebelum menjalankan kajian, pengkaji telah mendapatkan kebenaran daripada
pihak pentadbiran sekolah. Ibu bapa murid yang terlibat telah dipanggil ke sekolah
untuk diterangkan tujan kajian ini dijalankan dan cara penggunaan inovasi ini.
5.5 Huraian Inovasi
5.5.1 Bahan yang digunakan untuk menghasilkan inovasi
i. Kotak
ii. Kertas Pembalut
iii. Gunting/Pisau
iv. Pelekat/Gam/Silikon
v. Kertas Laminate
5.5.2 Cara menggunakan inovasi
i. Guru akan memperkenalkan jenis jenis najis kepada murid melalui
kaedah penerangan.
ii. Murid scan QR CODE LAGU JENIS NAJIS untuk mendengar lagu Jom
Kenal Jenis Najis.
iii. Murid bermain KAD TAHARAH untuk pembahagian jenis najis.
iv. Untuk AKTIVITI PENGUKUHAN murid akan scan QR CODE untuk
bermain permainan secara atas talian yang menggunakan aplikasi
gamilab dan wordwall.
v. Untuk PROJEK MUDAH murid akan membuat aktiviti dirumah dan akan
membuat perbentangan dalam sesi PdPC akan datang.
5.5.3 Kos bagi menghasilkan inovasi
Inovasi ini melibatkan kos yang sangat rendah. Bahan kitaran semula telah
digunakan seperti kotak dan bahan-bahan hiasan yang terpakai telah
digunakan.
Pertandingan Anugerah Guru Inovatif 2021
Kementerian Pendidikan Malaysia
6.0 DAPATAN KAJIAN
Dapatan kajian menunjukkan 92% murid dan ibu bapa bersetuju bahawa inovasi ini
membantu dalam meningkatkan kefahaman dan dapat menarik minat murid untuk
belajar. Manakala, 8% lagi tidak setuju bahawa inovasi ini membantu meningkatkan
minat murid untuk belajar.
Jadual 1: Keputusan Pra Ujian (sebelum menjalankan aktiviti inovasi) dan Pasca Ujian
(selepas program inovasi)
Peratus Pra Ujian Pasca Ujian
0%-50% 13 orang 7 orang
50%-100% 2 orang 18 orang
Dalam pemerhatian dan temubual yang dijalankan, didapati murid yang telah
menjalankan aktiviti inovasi ini memperlihatkan sikap yang lebih positif di dalam
kelas. Mereka memberi respon dan menunjukkan minat dalam pembelajaran.
Menurut Amir (1986), cara menguatkan ingatan adalah melalui cara pemusatan
ingatan dan apabila pelajar dihadapkan dengan sesuatu rangsangan, mereka akan
mempunyai kecenderungan untuk menumpukan dan memusatkan fikiran kepada
perkara tertentu sahaja.Rangsangan merupakan apa sahaja bentuk yang berjaya
merangsang murid dalam menyertai sesi pengajaran dan pembelajaran dengan aktif di
dalam kelas. Ia dapat menarik perhatian dan minat murid untuk mempelajari sesuatu
secara harmonis dan berterusan.
Ini menunjukkan inovasi yang dihasilkan bukan sahaja telah meningkatkan
pencapaian murid dalam pemahamanan tajuk jenis najis bahkan juga dapat menyemai
sikap yakin dalam diri murid-murid.
Pertandingan Anugerah Guru Inovatif 2021
Kementerian Pendidikan Malaysia
Kaedah teknik dan teori serta falsafah yang diaplikasikan dapat merangsang dan
menggalakkan murid berfikir secara kritis dan kreatif dan seterusnya dapat
berkomunikasi dan berinteraksi dengan berkesan.
1.0 POTENSI UNTUK DISEBARLUASKAN KEPADA PIHAK LAIN
TM KIT ini sangat senang untuk digunakan. Oleh itu , sekiranya guru Pendidikan
Islam tidak hadir disekolah, sesi PdPC dapat dijalankan seperti biasa malah ia juga
dapat dilaksankan dalam suasana yang menyeronokkan.
2.0 KEUNIKAN/KEISTIMEWAAN INOVASI
TM KIT adalah produk inovasi yang unik kerana terdapat pelbagai keistimewaannya.
Selain itu, ia juga mudah dibina, berkos rendah dan mudah difahami dan senang
digunakan oleh guru guru lain. TM KIT ini dapat menarik minat murid kerana
mempunyai pelbagai aktiviti pembelajaran seperti aktiviti kuiz, permainan , main
peranan ,bercerita dan projek mudah Aktiviti ini merupakan 5 aktiviti pembelajaran
yang digunakan untuk pentaksiran bilik darjah. Oleh itu, guru secara tidak langsung
juga telah melaksanakan pentaksiran bilik darjah semasa penggunaan TM KIT. Bukan
itu sahaja ia merangkumi murid-murid dalam pelbagai kategori pembelajaran sama
ada visual, auditori dan kinestatik untuk menarik minat mereka belajar. Hanya dengan
satu kotak sahaja guru-guru dapat menggunakannya untuk pelbagai aktiviti. Inovasi
ini dihasilkan berdasarkan keperluan murid dari segi psikologi, mental dan fizikal. Ia
juga mampu melahirkan murid yang aktif, berkeyakinan, mempunyai daya
kepimpinan dan berinteraksi dengan rakan dan guru. Ini adalah selaras dengan
Falsafah Pendidikan Kebangsaan yang menjurus kepada kemenjadian murid.
7.0 PERBINCANGAN
Penggunaan TM KIT dapat menarik minat murid untuk belajar dalam bidang ibadah.
Ini berdasarkan dapatan kajian dan temubual dengan murid.
Pertandingan Anugerah Guru Inovatif 2021
Kementerian Pendidikan Malaysia
Melalui pemerhatian juga dapat melihat dilihat perbezaan dari aspek tingkah laku,
body language dan tindak balas yang diberikan semasa pengajaran menggunakan TM
KIT. Kenyataan ini dibuktikan lagi dengan peningkatan peratusan ujian pasca yang
dilaksanakan ke atas responden.
TM KIT yang didatangkan dengan pelbagai aktiviti juga sekaligus dapat membantu
untuk melahirkan murid yang seimbang dalam aspek Jasmani, Emosi, Rohani, Intelek
dan Sosial selaras dengan Falsafah Pendidikan Kebangsaan. Di samping itu, TM KIT
juga dapat membantu murid mencapai tahap penguasaan yang maksimum dalam
pentaksiran bilik darjah dengan penggunaan 5 aktiviti teras pelaksanaan Pentaksiran
Bilik Darjah yang diberikan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia . Hal ini secara
tidak langsung dapat memudahkan guru pendidikan islam membuat pentaksiran
kepada murid. Ibu bapa juga amat berpuas hati dengan TM KIT kerana mereka diberi
peluang untuk membantu anak mereka mencapai tahap penguasaan yang tinggi
melalui projek mudah dalamTM KIT. Kelebihan TM KIT yang boleh digunakan
secara dalam talian memudahkan murid dan ibubapa untuk belajar dimana mana
sahaja tanpa batasan waktu.
8.0 KESIMPULAN
Inovasi TM KIT dapat membantu pelbagai pihak iaitu guru, murid dan ibu
bapa dalam proses pengajaran dan pembelajaran. TM KIT membantu guru untuk
menyampaikan ilmu dengan mudah,menyeronokkan dan ia amat praktikal.
Penggunakan TM KIT yang amat praktikal dan mudah membolehkan mana-mana
guru menggunakanTM KIT . Rentetan itu, murid masih dapat pembelajaran yang
sempurna walaupun bersama guru ganti.
Gabungan pelbagai aktiviti dalam TM KIT memberi keseronokan dalam mempelajari
bidang ibadah sekaligus membantu sangat membantu untuk mencapai tahap
penguasaan yang maksimum dalam bidang ini.
Pertandingan Anugerah Guru Inovatif 2021
Kementerian Pendidikan Malaysia
9.0 RUJUKAN
Ahmad Mohd Salleh ( 2011), Kurikulum, Metodologi dan Pedagogi Pendidikan Islam,
Selangor
Darul Ehsan, Oxford Fajar.
Abdul Halim Tamuri ( 2007), Pendidikan Islam, Kaedah Pengajaran dan Pembelajaran,
Skudai,
Universiti Teknologi Malaysia.
Akhiar Pardi (2012), Pengurusan Bilik Darjah dan Tingkah Laku, Kuala Lumpur, Freemind
Horizons.
Boon Pong Ying ( 2009), Murid dan Alam Belajar, Selangor Darul Ehsan, Oxford Fajar.