The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by g-24015476, 2021-08-08 04:05:13

INOVASI

EASYSIRAH

Pertandingan Anugerah Guru Inovatif 2020
Kementerian Pendidikan Malaysia

easySIRAH
(Easy Click With 6 Extra Gifts )

Masitah binti Abdul Rahman
Noriah binti Ramli

Nur Fasihah binti Che Azhar
Sekolah Kebangsaan Kampong Melayu Johor

ABSTRAK
Berdasarkan kerangka asas transformasi sekolah 2025 pembelajaran bermakna dapat
diwujudkan dengan suasana pembelajaran yang bersifat intentional, autentik, aktif, konstruktif
dan kolaboratif. Perkara ini juga selari dengan Pelan Pembangunan Pendidikan (PPPM)
2013-2025 yang berpaksikan enam aspirasi iaitu pengetahuan, kemahiran berfikir, kemahiran
memimpin, kemahiran dwibahasa, etika dan kerohanian serta identiti nasional untuk
membangunkan kemenjadian murid . Maka, budaya pembelajaran yang menarik memainkan
peranan yang penting dalam memotivasikan murid untuk meminati sesuatu pelajaran sekaligus
memberikan satu pengalaman belajar yang bermakna dan diingati. Murid tahun 2 UPM Sk
Kampong Melayu tidak dapat mengingati fakta Sirah yang baru sahaja dipelajari di samping
menunjukkan tingkah laku negatif semasa pengajaran dan pembelajaran Sirah berlaku
menyebabkan mereka tidak mendapat tahap penguasaan yang maksimum Pentaksiran Bilik
Darjah ( PBD ) yang dijalankan. . Oleh yang demikian, easySIRAH telah diperkenalkan
kepada murid, guru Pendidikan islam dan ibu bapa. Inovasi easySIRAH membawa konsep
“Super Linkers” iaitu menggabungkan pelbagai kaedah dan aktiviti dalam satu sesi
pengajaran. Aktiviti kuiz, permainan, main peranan, bercerita dan projek mudah dalam
inovasi easySIRAH memberi ruang kepada pelajar meneroka isi pelajaran .Hal ini juga selaras
dengan 5 aktiviti teras pelaksanaan Pentaksiran Bilik darjah tahap 1 yang diberikan oleh
Kementerian Pendidikan Malaysia.

Pertandingan Anugerah Guru Inovatif 2020
Kementerian Pendidikan Malaysia

Model yang digunakan dalam kajian ini adalah berdasarkan model Kemmis & McTaggart
(1988).Hasil kajian menunjukkan peningkatan pada bilangan pelajar mencapai tahap
penguasaan yang maksimum dalam bidang sirah. Justeru, cadangan agar easySIRAH harus
diteruskan untuk semua bidang sirah sekolah rendah dalam usaha meningkatkan keterujaan
murid untuk belajar.

1.0 PENGENALAN
Kaedah pembelajaran Sirah biasanya adalah berorientasikan sejarah. Menurut Sidi
Gazalba (1966), sejarah sebagai masa lampau manusia dan persekitaran yang disusun
secara ilmiah dan lengkap meliputi urutan fakta masa tersebut dengan tafsiran dan
penjelasan yang memberi pengertian dan kefahaman tentang apa yang berlaku. Oleh
kerana sejarah berhubung erat dengan fakta, maka murid dikehendaki mengingati
fakta-fakta yang terdapat di dalam bidang Sirah selain daripada menghayati dan
mendalami kehidupan idola masyarakat Islam itu sendiri iaitu Rasulullah S.A.W dan
dijadikan sebagai panduan hidup. Bidang Sirah ini juga dikatakan jauh dari
pengalaman murid kerana ia telah berlaku berkurun lama dahulu dan tidak dapat
dirasai oleh murid yang berada di zaman sekarang. Hal ini juga menjadikan murid-
murid kurang berminat kerana ia merupakan sesuatu yang tidak dapat dilihat dengan
mata kasar mereka sendiri atau lebih jelas dipanggil tidak realistik.
Di Sk Kampong Melayu murid juga menghadapi masalah yang sama untuk
menguasai bidang sirah. Ini terbukti dengan data tahap penguasaan murid dalam
bidang ini pada tahun 2019 iaitu hanya 8 orang pelajar mencapai tahap penguasaan 5.
Oleh yang demikian, easySIRAH telah dibangunkan bagi menarik minat murid untuk
mempelajari bidang ini .

2.0 PENYATAAN MASALAH
Kajian ini meninjau permasalahan murid dalam mengingati fakta Sirah. Melalui
pemerhatian, murid tidak tahu menjawab soalan pelajaran yang baru sahaja dipelajari
dengan tepat dan baik. Murid juga hilang fokus pada suatu tajuk pelajaran berpunca
daripada pengajaran dan pembelajaran yang kurang menyeronokkan.

Pertandingan Anugerah Guru Inovatif 2020
Kementerian Pendidikan Malaysia

Kesannya, murid cepat bosan dan mula melakukan perlakuan negatif seperti berbual,
pergi ke tandas dan mengganggu rakan. Penghasilan inovasi amat diperlukan dalam
menyelesaikan masalah ini.

3.0 OBJEKTIF KAJIAN
Objektif kajian ini adalah untuk melihat inovasi yang dihasilkan dapat membantu
murid dalam mencapai tahap penguasaan yang maksimum dalam bidang sirah.

4.0 PERSOLAN KAJIAN
Secara khususnya, persoalan-persoalan kajian adalah:
1. Adakah murid dapat mencapai tahap penguasaan yang maksimum dengan
penggunaan kaedah easySIRAH?
2. Adakah inovasi easySIRAH mudah digunakan dan disukai oleh murid ?

5.0 METODOLOGI
5.1 Reka Bentuk Kajian
Kajian ini berbentuk kualitatif. Kaedah yang digunakan dalam kajian ini adalah
kajian kes. Setiap responden akan ditemu bual di akhir sesi pengajaran dan
pembelajaran.

5.2 Persampelan
Sampel kajian terdiri daripada sepuluh orang murid tahun 2 UPM.

5.3 Instrumen Kajian
Pengkaji menemubual responden dan mencatatkannya sebagai dapatan.

5.4 Prosedur Kajian
Sebelum menjalankan kajian, pengkaji telah mendapatkan kebenaran daripada
pihak pentadbiran sekolah. Ibu bapa murid yang terlibat telah dipanggil ke sekolah
untuk diterangkan tujuan kajian ini dijalankan dan cara penggunaan inovasi ini. 4.5

Pertandingan Anugerah Guru Inovatif 2020
Kementerian Pendidikan Malaysia

6.0 DAPATAN KAJIAN

Dapatan kajian menunjukkan 92% murid dan ibu bapa bersetuju bahawa inovasi ini
membantu dalam meningkatkan bacaan dan dapat menarik minat murid untuk belajar.
Manakala, 8% lagi tidak setuju bahawa inovasi ini membantu meningkatkan minat
murid untuk belajar.

7.0 PERBINCANGAN
Penggunaan easySIRAH dapat menarik minat murid untuk belajar dalam bidang sirah.
Ini berdasarkan dapatan kajian dan temubual dengan murid. Melalui pemerhatian juga
dapat melihat dilihat perbezaan dari aspek tingkah laku, body language dan tindak
balas yang diberikan semasa pengajaran menggunakan easySIRAH. Perisian
easySIRAH yang didatangkan dengan pelbagai aktiviti juga sekaligus dapat
membantu untuk melahirkan murid yang seimbang dalam aspek Jasmani, Emosi,
Rohani, Intelek dan Sosial selaras dengan Falsafah Pendidikan Kebangsaan. Di
samping itu, easySIRAH juga dapat membantu murid mencapai tahap penguasaan
yang maksimum dalam pentaksiran bilik darjah dengan penggunaan 5 aktiviti teras
pelaksanaan Pentaksiran Bilik Darjah yang diberikan oleh Kementerian Pendidikan
Malaysia . Hal ini secara tidak langsung dapat memudahkan guru pendidikan islam
membuat pentaksiran kepada murid. Ibu bapa juga amat berpuas hati dengan
easySIRAH kerana mereka diberi peluang untuk membantu anak mereka mencapai
tahap penguasaan yang tinggi melalui projek mudah dalam easySIRAH. Kelebihan
easySIRAH yang boleh digunakan secara dalam talian memudahkan murid dan
ibubapa untuk belajar dimana mana sahaja tanpa batasan waktu.

8.0 KESIMPULAN

Inovasi easySIRAH dapat membantu pelbagai pihak iaitu guru, murid dan ibu
bapa dalam proses pengajaran dan pembelajaran. EasySIRAH membantu guru untuk
menyampaikan ilmu dengan mudah,menyeronokkan dan ia amat praktikal.
Penggunakan easySIRAH yang amat praktikal dan mudah membolehkan mana-mana
guru menggunakan easySIRAH. Rentetan itu, murid masih dapat pembelajaran yang
sempurna walaupun bersama guru ganti.

Pertandingan Anugerah Guru Inovatif 2020
Kementerian Pendidikan Malaysia

Gabungan pelbagai aktiviti dalam easySIRAH memberi keseronokan dalam
mempelajari bidang sirah sekaligus membantu sangat membantu untuk mencapai
tahap penguasaan yang maksimum dalam bidang ini.

9.0 RUJUKAN

Ahmad Mohd Salleh ( 2011), Kurikulum, Metodologi dan Pedagogi Pendidikan Islam,
Selangor

Darul Ehsan, Oxford Fajar.
Abdul Halim Tamuri ( 2007), Pendidikan Islam, Kaedah Pengajaran dan Pembelajaran,
Skudai,

Universiti Teknologi Malaysia.
Akhiar Pardi (2012), Pengurusan Bilik Darjah dan Tingkah Laku, Kuala Lumpur, Freemind

Horizons.
Boon Pong Ying ( 2009), Murid dan Alam Belajar, Selangor Darul Ehsan, Oxford Fajar.


Click to View FlipBook Version