The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by nabilahaisha55, 2021-03-28 20:11:22

HUTANG & AR RAHNU

HUTANG & AR RAHNU

E MAJALAH

PENGAJIAN ISLAM
MPU 3032/MPU23142

HUTANG ???
&

AR-RAHNU

DISEDIAKAN OLEH :
NURAISHA NABILAH BT ASMADI (21DDT20F1077)
RAJA ANIS SOFEA BT RAJA AHMAD HASNAN(21DDT20F1069)
NUR HANINAH BT HARMIZI (21DDT20F1058)
NUR FARAH MAISURAH BT MAT NOR (21DDT20F1015)

ISI KANDUNGAN

MUKA HADAPAN …………………………. 1
3~5
PENDAHULUAN …………………………. 6 ~ 11

~ MAKSUD HUTANG & AR – RAHNU 12
~ HUKUM BERHUTANG 13

ISI-ISI ………………………….

i) ADAB BERHUTANG DALAM ISLAM
ii) IMPLIKASI JIKA TIDAK MENYELESAIKAN HUTANG

iii) KONSEP AR-RAHNU
iv) KEBAIKAN MENGGUNAKAN AR-RAHNU
v) FUNGSI MENGGUNAKAN AR-RAHNU
vi) KESAN-KESAN MENGGUNAKAN AR-RAHNU

KESIMPULAN ……………………………

RUJUKAN ……………………………

HUKUM & MAKSUD HUTANG

Hukum memberi hutang adalah sunat manakala meminta hutang adalah harus.
Hutang dalam Islam dikenali sebagai Al-Qardh bermaksud memotong manakala dari segi
istilah dikenali sebagai Al-Qarth’u yang didefinasikan sebagai sebagai pemberian harta
(bisa dalam bentuk uang dan lainnya) sebagai suatu bentuk kasih sayang kepada mereka
yang nantinya akan memanfaatkan harta tersebut, dimana suatu saat si peminjam akan
mengembalikan harta tersebut sesuai dengan apa yang telah ia pinjam.

Hutang juga dikenali sebagai pemberian sesuatu (harta) iaitu hak milik pemberi
pinjaman kepada penerima pinjaman dengan perjanjian akan mengembalikan semula
pinjaman dalam jumlah yang sama. Syariat dalam Islam membolehkan adanya hutang
piutang malah memberikan hutang atau pinjaman sangat dianjurkan terutama kepada
mereka yang amat memerlukannya dan dengan itu dapat jugak menambahkan lagi pahala
kepada seseorang yang memberikan hutang tersebut. Tetapi perlu diperhatikan dengan
berhati-hati akan perlaksanaannya kerana meskipun di satu sudut hutang boleh
membuatkan seseorang itu masuk ke syurga tetapi di sudut lain juga boleh membuatkan
seseorang terjerumus ke dalam neraka.

Rasulullah Shalallahu Alaihi Wassalam bersabda :

‫ ومن أخذها يريد اتلافها أتلفه الله‬, ‫من أدّان أموال الناس يريد أداءها أدى الله عنه‬
“Barangsiapa yang meminjam harta orang lain dengan niat ingin mengembalikannya, Allah akan

mengembalikan pinjaman itu, namun barangsiapa yang meminjamnya dengan niat ingin

3 merugikannya, Allah pun akan merugikannya.” (HR. Al-Bukhari)

KEBIASAANNYA PIHAK PEMBERI HUTANG YANG AKAN MENANGGUNG KERUGIAN DAN
MENYEBABKAN RAMAI UMAT ISLAM JATUH MUFLIS KERANA TIDAK MENDAPAT SEMULA WANG
YANG DIBERIKAN KEPADA ORANG YANG BERHUTANG ATAU SI BERHUTANG.

Mengapa petikan tersebut diperkatakan? Hal ini kerana kebanyakkan orang yang memberi hutang akan
selalu mendapat kerugian dalam perniagaan atau sebagainya kerana sikap sesetengah individu yang menerima
hutang tersebut gagal melangsaikan hutan pada tempoh yang ditetapkan atau tidak dapat memenuhi
perjanjian yang ditetapkan serta melengah-lengahkan untuk membayar semula hutang kepada si pemberi
tersebut. Kebanyakkan umat Islam di Malaysia jatuh muflis akibat sikap sesetengah individu yang gagal
membayar semula hutang mereka. Hal ini terjadi kerana sikap sesetengah individe yang tidak
bertanggungjawab serta memandang remeh terhadap perkara tersebut dan juga ada sesetengah individu masih
tidak mampu untuk membayar semula hutang kerana kesempitan wang dan sebagainya.

Akan tetapi setiap penerima hutang haruslah melangsaikan semula hutang kepada pemberi hutang kerana
hukum membayar semula hutang adalah wajib dalam Islam. Namun terdapat satu kaedah yang dapat
membantu untuk menyelesaikan masalah hutang bagi sesetenga individe iaitu dengan menggunakan
perkhidamatan AR-RAHNU.
SESUNGGUHNYA MELAMBAT-LAMBATKAN BAYARAN HUTANG, AMATLAH BESAR SEKALI
AKIBATNYA DALAM KEHIDUPAN MANUSIA, BUKAN SAHAJA DI DUNIA, BAHKAN JUGA DI
AKHIRAT.

4

APA ITU AR-RAHNU ???

Perkataan AR-RAHNU berasal daripada Bahasa arab iaitu
(Rahn) yang bermaksud “gadai”. Hukum gadaian adalah
harus.

AR-RAHNU ialah Skim Pajak Gadai Islam yang
berlandaskan Syariah. Objektif utama skim ini adalah sama
dengan pembiayaan peribadi, iaitu untuk mendapatkan wang
tunai tetapi dengan mencagarkan emas. Dengan cara ini
sekurang-kurangnya pengguna tidak merasa terbeban jika
tidak mampu membayar semula pembiayaan . Pencetus idea
yang memperkenalkan Ar-Rahnu di Malaysia ialah Yayasan
Pembangunan Ekonomi Islam (YaPEIM) sebelum diikuti
dengan institusi lain seperti Kedai Al-Rahn(KAR) yang
dimiliki oleh Permodalan Kelantan Berhad dan Muassasah
Gadaian Islam Terengganu (MGIT) yang telah ditubuhkan
oleh kerajaan Negeri Terengganu.

5

ADAB-ADAB BERHUTANG DALAM ISLAM

- Hutang piutang hendaklah ditulis dan dipersaksikan
Allah SWT telah memberikan petunjuk kepada hamba-hamba-Nya dalam Al-Qur’an yang berkait dengan hutang piutang
iaitu apabila mereka melakukan transaksi non tunai (hutang piutang) hendaklah ditulis agar menguatkan persaksian
serta tidak mendatangkan keraguan di kemudian hari

- Tidak boleh mempunyai unsur ‘Riba’
Suatu pinjaman yang berbunga atau pinjaman yang boleh mendatangkan manfaat dalam bentuk apapun misalnya saja
keuntungan adalah diharamkan dalam syariat islam. Hal ini demikian, individu yang bertindak sebagai pemberi pinjaman
atau hutang tidak dibenarkan untuk mengambil keuntungan atau manfaat dari pihak yang meminjam, kerana setiap
hutang yang membawa keuntungan, maka hukumnya adalah riba’. Dan riba’ adalah perbuatan yang diharamkan dalam
islam.

- Memperoleh hutang daripada orang yang soleh dan juga memiliki penghasilan yang halal
Contohnya tidak berhutang untuk tujuan bersenang-senang. Selain itu, tidak berhutang untuk menutupi adanya hutang
yang belum diselesaikan. Seterusnya, mempunyai niat unutuk menyelesaikan dengan segera hutang tersebut.

- Hendaklah berhutang jika dalam kedaaan yang darurat
Membawa maksud bahawa orang yang hendak berhutang adalah Ketika dia di dalam keadaan yang tidak mungkin
mendapat jalan keluar yang lain selain berhutang atau boleh dikatakan sebagai terdesak / darurat

6

IMPLIKASI-IMPLIKASI JIKA TIDAK
MENYELESAIKAN HUTANG

1. Mereka akan ditimpa kehinaan dan hilang maruahnya.
2. Hidup mereka tidak mendapat keredhaan Allah.
3. Mereka digolongkan dalam perbuatan zalim.
4. Amalan kebajikan mereka tidak diberkati.

KEBAJIKAN TIDAK PERNAH PUNAH, DOSA TIDAK AKAN DILALAIKAN DAN ORANG YANG
BERHUTANG SUKAR MELELAPKAN MATA. JADILAH DIRIMU SEPERTI YANG ENGKAU
KEHENDAKI. SEBERAPA BANYAK ENGKAU BERHUTANG, MAKA SEBANYAK ITU PULA ENGKAU
HARUS MENGEMBALIKANNYA.”
(KITAB AL-ZUHD)

7

KONSEP AR-RAHNU

Ar-Rahnu menggunakan lima konsep gadaian At-Taww:aruq iaitu:
i) Ijarah Al-Khadamat – merujuk kepada kontrak sewaan sebagai perkhidmatan

ii) Musawah – merujuk kepada jual beli asset yang tidak melibatkan pendedahan kos pembelian dan
keuntungan kepada pembeli

iii) Kalam – merujuk kepada perwakilan atau wakil yang menjaga, memelihara dan menjamin sesuatu
urusan

iv) At-Tawwaruq – merujuk kepada urusniaga muamalah (perbuatan) melibatkan dua peringkat. Pada
peringkat pertama, pembelian asset antara penjual dan pembeli dan peringkat kedua pula pihak pembeli
akan menjual asset kepada pihak ketiga.

v) Ar-Rahn – merujuk kepada sesuatu barang berharga dihadkan sandaran yang terikat dengan hutang
(pembiayaan)bercagar yang boleh dibayar dengan hutang (pembiayaan)bercagar yang boleh dibayar
sekiranya hutang tersebut tidak dijelaskan
8

KEBAIKAN MENGGUNAKAN AR-RAHNU

◦ Tidak Mengenakan Kadar Faedah (Unsur Riba) - Dalam perjanjian Ar-Rahnu, pinjaman

yang diberi tidak dikenakan faedah (interest) iaitu riba di mana riba diharamkan oleh
Islam,

◦ Wang Lebih Gadaian Dipulangkan - Sekiranya pemberi gadaian tidak berkemampuan

membayar balik hutang yang ditanggungnya apabila tamat tempoh perjanjian, pemberi
gadaian akan diberitahu atau dimaklumkan tentang barang gadaian yang terpaksa dijual.
Sekiranya harga jualan melebihi baki hutangnya, lebihan tersebut akan dikembalikan. Ini
berlaku kerana nilai pinjaman adalah jauh lebih rendah dari nilai barang gadaian.

◦ Barang Kemas Yang Disimpan Selamat - Semua barang kemas yang disimpan dalam skim

tersebut adalah selamat. Di mana, penerima gadaian akan menjamin pemeliharaan dan
bertanggungjawab ke atas barangan kemas yang diberi oleh pemberi gadaian. Dengan ini,
pemberi gadaian tidak perlu risau dengan masalah pemeliharaan dan penjagaan barang
kemas mereka sepanjang ia berada di pihak penerima gadaian.

◦ Tiada Unsur Penipuan Semasa Membuat Timbangan.- Ar-Rahnu tidak akan berlaku

sebarang unsur penipuan semasa timbangan dibuat dan nilai timbangan yang jelas akan
ditunjukkan kepada pemberi gadaian

◦ Tempoh Membayar Balik Yang Munasabah - boleh bertolak ansur dengan pelanggannnya

berkaitan dengan tempoh membayar balik wang pinjaman yang telah dipinjam. Tempoh
membayar balik yang dikenakan adalah munasabah dan boleh diterima pakai oleh semua
pihak.

9

FUNGSI AR-RAHNU DALAM MENINGKATKAN EKONOMI
UMAT ISLAM

◦ Menggalakkan umat Islam melakukan gadaian mengikut syari’ah Islam serta dapat
membebaskan mereka daripada berurusan dengan sistem yang mengandungi unsur-unsur
riba.

◦ Menyediakan kemudahan kredit mikro kepada ummah tertutama kepada mereka yang
memerlukan wang dengan segera untuk pelbagai tujuan.

◦ Memberi kesedaran kepada umum bahawa mereka terdedah kepada unsur-unsur
penyelewengan apabila mereka melakukan gadaian di kedai-kedai pajak gadai
konvensional.

◦ Memberi kesedaran kepada penggadai bahawa Skim Ar-Rahnu ini mengenakan upah
simpan yang minimum iaitu separuh daripada kadar yang dikenakan oleh kedai pajak
konvensional iaitu 24 peratus.

10

KESAN-KESAN MENGGUNAKAN AR-RAHNU

◦ Masyarakat islam akan terhindar daripada riba
◦ Dapat meringakan beban masyrakat yang mempunyai hutang
◦ Dapat mengelakkan berlakunya keruntuhan social dalam
institusi masyarakat
◦ Dapat meningkatkan lagi ekonomi umat Islam
◦ Dapat meningkatkan taraf sosial serta keadilan dalam
masyarakat

11

KESIMPULAN

Kesimpulannya system Ar-Rahnu dalam ekonomi umat islam di Malaysia lebih bersifat adil dan saksama
berbanding konvensional. Dengan in kami lebih menyarankan agar konsep Ar-Rahnu ini diperluaskan lagi
kerana konsep Ar-Rahnu menggalakkan pinjaman tanpa faedah kepada mereka yang memerlukan. Bagi
membantu masyarakat Malaysia tanpa mengira agama dan keturunan. Islam juga menggalakkan serta
menghalalkan system gadaian kerana ia dapat meningkatkan taraf sosial serta keadilan dalam masyarakat.
Bukan itu sahaja, ia juga dapat mengembangkan potensi perniagaan serta menggalakkan masyrakat mencari
rezeki yang halal dan berkat. Dengan adanya konsep ini, ia dapat membantu meringankan beban seseorang
dalam kesusahan mahupun dalam keadaan terdesak dan konsep ini juga dapat mengelakkan berlakunya
keruntuhan social dalam institusi sesebuah masyarakat seperti meminjam daripada along dan juga lintah darat.

Oleh itu, sebagai umat islam kita perlulah menyelesaikan hutang jika meminjam sesuatu daripada orang
agar hidup sentiasa diberkati Allah. Kita juga janganlah sesekali memandang remeh terhadap isu hutang ini
kerana jika kita tidak menyelesaikan hutang, kita akan ditimpa musibah yang brat serta dipandang hina oleh
masyarakat.

SESEORANG YANG BERHUTANG, HENDAKLAH BERNIAT DALAM HATINYA UNTUK MENUNAIKAN
HUTANG TERSEBUT, KERANA ALLAH AKAN MEMUDAHKAN BAGINYA BILA DIA HENDAK
MENUNAIKANNYA.

12

Rujukan

1. http://wanitakelantan.ikram.org.my/2015/02/konsep-
hutang-perspektif-islam/

2. https://dalamislam.com/landasan-agama/aqidah/hutang-
dalam-islam

3. http://raudatulmustaffa.blogspot.com/2014/02/sistem-ar-
rahnu.html?m=1

13


Click to View FlipBook Version