Isi Kandungan M/S
2
Bil. Perkara 3
4
1.0 Penghargaan
2.0 Objektif 5-24
3.0 Pengenalan
4.0 Jenis-Jenis Kaum Dan Adat Di Malaysia 25-33
4.1 Melayu 34-38
4.2 Cina 39
4.3 India
40-41
5.0 Kepentingan, Kesan dan Langkah dalam membentuk 42
Kebudayaan di Malaysia 43
5.1 Kepentingan Budaya
5.2 Kesan Mengabaikan Kebudayaan
5.3 Langkah Mengukuhkan Kebudayaan
6.0 Isu Perpaduan Yang Berlaku di Malaysia
7.0 Kesimpulan
8.0 Lampiran
9.0 Rujukan
10.0 Latihan
1.0 PENGHARGAAN
Salam sejahtera. Pertama kali syukur kita ke hadirat Ilahi kerana dengan
limpah rahmatnya, kami dapat menyiakpan tugasan E-Folio ini dengan
sempurna dan penuh jayanya. Kami menjulang sepenuhnya
penghargaan kepada Puan Dayangku Farah Azeila Binti Awang
Mohamad, pensyarah matapelajaran Penghayatan Etika dan Peradaban
(MPU 21032), di atas kesudian beliau dalam memberikan tugas ini
kepada kami. Beliau telah banyak membantu kami sepanjang proses
pembentukan tugasan ini berlaku. Akhir kata, kami juga mengucapkan
rasa syukur kerana dengan adanya kerjasama yang ditunjukkan oleh ahli
kumpulan ternyata membuahkan hasil dengan kejayaan. Tanpa bantuan
dari semua pihak, tidak mungkin kami dapat menyiapkan tugasan ini
dengan sempurna.
2.0 OBJEKTIF KAJIAN
Tugasan E-folio ini bertujuan untuk ,menilai pelajar dalam mencari
dan mengumpul maklumat mengenai kebudayaan dan perpaduan dalam
kalangan masyarakat di Malaysia. Bukan itu sahaja, ia juga turut
bertujuan untuk menilai keupayaan pelajar dalam mencari, menganalisis
dan merumuskan maklumat secara rasional mengenai budaya dan
perpaduan.
Di samping itu, kajian ini juga bertujuan supaya para pelajar lebih
mengenali tentang apa itu maksud budaya dan perpaduan , masalah
awal perpaduan kaum-kaum di Malaysia dan juga faktor yang
mempengaruhi kebudayaan dan perpaduan serta dapat menyimpulkan
seluruh maklumat yang telah dibuat.
Melalui tugasan ini juga, ia membolehkan pelajar untuk mengenali
mengenai adat budaya yang ada serta dapat mengenai cara-cara untuk
menerapkan semangat perpaduan antara kaum yang terdapat di
Malaysia. Semangat bersatu padu antara ahli pasukan juga dapat
diterapkan dalam diri setiap pelajar dan dapat melaksanakan tugasan ini
dengan baik dan dapat dihantar pada masa yang telah ditetapkan.
PENGENALAN
Malaysia ialah sebuah negara berbilang kaum yang hidup dalam keadaan aman dan damai. Tiga kaum yang
utama di Malaysia ialah Melayu, Cina dan India. Melayu merupakan kaum terbesar dengan membentuk 54%
daripada penduduk Malaysia. Melayu adalah satu kaum yang beragama Islam, berbahasa Melayu dan
mengamalkan budaya Melayu. Kaum Melayu mempunyai pengaruh yang penting dalam arena politik di
Malaysia. Cina pula mewakili 25% daripada penduduk Malaysia dan tinggal di bandar-bandar besar di pantai
barat semenanjung. Kebanyakan kaum Cina beragama Buddha, Taoisme atau Kristian, berbahasa Mandarin,
Hokkien, Hakka, Kantonis atau Teochew dan lebih dominan dalam bidang ekonomi. India pula membentuk 7.5%
daripada populasi. Kebanyakannya beragama Hindu, bertutur Tamil, Malayalam, dan Hindi. Selain itu, terdapat
juga kaum Sikh, Serani atau Eurasian dan kaum bumiputera lain. Bahasa Melayu ialah bahasa rasmi Malaysia,
tetapi Bahasa Inggeris digunakan untuk perniagaan.Kerajaan Malaysia telah mengambil langkah
mendefinisikan Budaya Malaysia menerusi "Dasar Kebudayaan Kebangsaan 1971", yang menentukan apa yang
dianggap budaya rasmi, mendasarkannya kepada budaya Melayu dan mengintegrasikan pengaruh Islam.
Bahasa yang sangat dipengaruhi ini; hanya teks Melayu yang dianggap sebagai teks budaya rasmi. Kawalan
kerajaan ke atas media adalah kuat, dan kebanyakan saluran media berkaitan dengan kerajaan dalam
beberapa cara. Kebudayaan berperanan penting dalam proses pembangunan negara di Malaysia di mana
keperibadian Malaysia harus dipupuk dalam usaha-usaha yang dijalankan kearah meningkatkan pembangunan
sosioekonomi dan politik. Ini sudah tentunya memerlukan penggemblengan dan penglibatan semua lapisan
masyarakat dalam satu proses yang berterusan.
KAUM MELAYU
PENGENALAN
Dari segi bahasa, bahasa yang dituturkan oleh orang Melayu
adalah daripada kelompok bahasa Austronesia. Bahasa ini dibahagikan
kepada tiga jenis iaitu mengikut tiga kumpulan manusia berdasarkan
kedudukan geografi masing-masing. Tiga kumpulan tersebut adalah di
semenanjung dan Kepulauan Melayu yang meliputi Malaysia, Indonesia,
Filipina dan Madagascar, kedua Malenesia, dan kepulauan sekitarnya
serta ketiga Polinesia dan kepulauan sekitarnya. Bahasa yang
digunakan oleh orang Melayu ialah bahasa Melayu. Sebelum
kedatangan barat, tulisan yang digunakan oleh orang Melayu ialah
tulisan jawi, iaitu pengaruh yang dibawa oleh pedagang-pedagang Arab
sejak zaman Kesultanan Melayu Melaka lagi.
Di Malaysia, penduduk pribumi terdiri daripada keturunan Minang,
Jawa, Aceh, Bugis dan lain-lain yang bertutur dalam Bahasa Melayu,
beragama Islam dan mengikut adat istiadat Melayu, semuanya dianggap
sebagai orang Melayu. Bahkan orang bukan pribumi yang berkahwin
dengan orang Melayu dan memeluk agama Islam juga diterima sebagai
orang Melayu.
Masyarakat Melayu di Malaysia mewakili jumlah penduduknya
yang tertinggi diikuti kaum Cina, India dan lain-lain. Justeru, kita akan
lihat dengan lebih mendalam mengenai adat budaya hidup masyarakat
kaum Melayu.
1.ADAT
Dari segi hukum adat, dua jenis adat yang menjadi amalan
penduduk Melayu di Tanah Melayu, iaitu adat Perpatih dan adat
Temenggung. Adat Perpatih diamalkan oleh masyarakat Melayu di Negeri
Sembilan. Adat ini menekankan konsep demokrasi dan muafakat. Oleh
itu rajanya bukan berkuasa mutlak. Dalam adat ini juga, pewarisan harta
pusaka diutamakan kepada anak perempuan. Adat Temenggung menjadi
amalan masyarakat Melayu seluruh Semenanjung kecuali Negeri
Sembilan. Adat ini menekankan pemerintahan raja mutlak dan
keutamaan kepada kaum lelaki. Selain itu, adat ini turut mendapat
pengaruh yang banyak daripada agama Islam.
Kedua, kaum melayu atau masyarakat
melayu terkenal dengan kesenian mereka. Antara
kesenian yang amat dikenali adalah wayang kulit.
Wayang Kulit merupakan persembahan bayangan
patung yang menggunakan bahasa Melayu-Siam
Selatan. Seni hiburan ini popular di Pantai Timur
serta mengandungi unsur dan pengaruh daripada
Hindu dan Islam.
2.PERAYAAN
Terdapat beberapa perayaan yang disambut oleh kaum Melayu
antaranya :
Pertama, terdapat pelbagai perayaan
keagamaan yang disambut oleh kaum Melayu
contohnya, perayaan Aidilfitri. Perayaan Aidilfitri
merupakan perayaan yang disambut setahun
sekali yang diraikan dalam bulan Syawal mengikut
kalender Islam. Perayaan ini diraikan sebagai hari
kemenangan dan hari kegembiraan setelah semua
umat islam berpuasa selama sebulan pada bulan
Ramadan mengikut kalendar Islam, iaitu bulan
sebelum bulan Syawal.
Kedua, Hari Raya Aidiladha dikenali
juga sebagai Hari Raya Korban dan Hari
Raya Haji yang merupakan perayaan
agama yang disambut oleh seluruh umat
Islam di dunia. Hari raya ini menandakan
berakhirnya tempoh mengerjakan ibadat
haji di Mekah iaitu sehari selepas Jemaah
haji mengerjakan wukuf di Arafah. Orang-
orang Islam akan menyambutnya pada
tanggal 10 Zulhijjah pada setiap tahun.
Gambar di atas menunjukkan umat islam
sedang mengerjakan ibadah haji
Selain itu, umat Islam akan
mengorbankan binatang bagi
mengenangkan kesanggupan Nabi
Ismail mengorbankan diri demi
ketaatan kepada Allah.
Gambar di atas menunjukkan penyembelihan
lembu pada Hari Raya Korban
Ketiga, Sambutan Maulidur Rasul yang
merupakan hari keputeraan Nabi Muhammad
SAW. Hari ini jatuh pada hari ke-12 bulan
Rabiulawal sempena keputeraan Nabi yang
jatuh pada Isnin, 12 Rabiulawal Tahun Gajah
bersamaan 20 April 571. Baginda merupakan
nabi terakhir yang diutus oleh Allah. Tapak
keputeraan baginda pula kini mempunyai satu bangunan kecil yang
dikenali sebagai Maulid Nabi.
Setiap tahun pada hari itu, umat Islam di
seluruh dunia akan mengadakan majlis
memperingati keputeraan Nabi Muhammad SAW
dengan mengadakan beberapa aktiviti seperti
perarakan, ceramah dan sebagainya.
3.)PAKAIAN TRADISIONAL
PAKAIAN LELAKI : BAJU MELAYU
- Dipakai Ketika menyambut Hari Raya - atau menghadiri majlis-majlis rasmi atau menghadiri majlis-
tertentu seperti majlis perkahwinan.
- Sampin turut dipakai supaya ianya tampak cantik dan kemas
PAKAIAN PEREMPUAN : BAJU KEBAYA
- - Dipakai Ketika menyambut Hari Raya - atau menghadiri majlis-majlis rasmi atau menghadiri majlis-
tertentu seperti majlis perkahwinan.
- Biasanya baju ini dibuat dengan kain
tampak lebih cantik dan kemas. songket.
- Perhiasan yang sesuai seperti rantai,
dan kain selendang yang dikenakan
boleh menambah seri si pakai.
4)MAKANAN TRADISI KAUM MELAYU
Penduduk Melayu, Cina, India dan pelbagai etnik yang lain telah
hidup bersama sejak beberapa generasi lalu. Pelbagai kaun yang
berbeza ini telah saling mempengaruhi antara satu sama lain,
menghasilkan gabungan budaya Malaysia yang unik. Jumlah kaum
terbesar di Malaysia adalah kaum Melayu, Cina dan India. Negeri Sabah
dan Sawarak juga mempunyai pelbagai kumpulan etnik pribumi masing-
masing dengan budaya serta warisan yang unik dan tersendiri. Hari ini,
kaum Melayu, kumpulan etnik terbesar di Malaysia iaitu merangkumi lebih
50 peratus penduduk negara ini. Di Malaysia, jika merujuk kepada orang
Melayu menunjukkan orang itu beragama Islam dan mengamalkan
kebudayaan Melayu, berbahasa Melayu dan mempunyai keturunan
Melayu. Pada asalnya mereka penganut Theravada Buddha dan Hindu
pada kurun ke 1400-an, dan dengan pengaruh Istana Melaka ketika itu
mereka menganut Islam. Orang Melayu terkenal kerana peramah dan
budaya seni mereka yang sangat kaya.
1) NASI LEMAK
Nasi lemak merupakan makanan kegemaran bagi orang Malaysia dan
Singapura terutamanya sebagai sarapan pagi. Nasi lemak merujuk
kepada nasi yang dimasak dengan menggunakan santan kelapa, bagi
menambah rasa lemaknya. Kadangkala daun pandan dimasukkan
semasa nasi lemak dimasak bagi menambahkan aromanya. Kaum
melayu makan nasi lemak dengan telur kukus,timun,ikan bilis goreng
dan sambal.Tetapi kini pelbagai hidangan disajikan bersama nasi
lemak seperti ayam,daging,sotong,udang,limpa dan hati lembu.
2) LEMANG
Lemang ialah sejenis makanan tradisi yang disukai orang ramai.
Lemang hanya terdapat ketika Hari Raya.Semua orang daripada
pelbagai kaum suka makan makanan tradisi ini.Lemang telah
direkodkan sebagai hidangan istimewa sejak 1864.Makanan
tradisional ini dihidangkan bersama rendang atau serunding. Lemang
diperbuat daripada beras pulut dan santan.Nasi didalam buluh dibakar
dengan daun pisang.Kaedah memasak yang menggunakan buluh
ialah cara memasak kaum asli di Malaysia.
4 PERKAHWINAN (https://sites.google.com/site/httpsmasyarakatmelayucom/home/adat-
resam-masyarakat-melayu/kelahiran/perkhawinan)
Adat Merisik / Adat meminang
Adat merisik merupakan peringkat pertama dalam hubungan perkahwinan. Adat ini juga dipanggil meninjau a
tau menengok. Ianya
melibatkan pertemuan antara wakil keluarga lelaki dengan wakil keluarga perempuan.. Pertemuan tersebut di
anggap penting untuk
menghormati keluarga pihak perempuan. Selain dari adat ini bertujuan untuk mendapat restu dan mengenali k
eluarga bakal tunang
terlebih dahulu sebelum membuat keputusan yang besar untuk berkahwin. Tujuan adat ini dilakukan adalah u
ntuk memastikan bahawa
gadis yang dihajati oleh seorang lelaki itu masih belum berpunya. Pada kebiasaanya satu rundingan akan diad
akan di antara kedua belah
pihak di mana pihak lelaki akan memberikan sebentuk cincin tanya berupa cincin belah rotanSekiranya ada per
setujuan dari pihak gadis
maka satu tarikh peminangan akan ditetapkan.
Adat Bertunang
Sebaik saja peminangan pihak lelaki diterima maka urusan majlis pertunangan pula diadakan. Pihak lelaki aka
n di wakili oleh saudara mara
terdekat. Sempena majlis pertunangan, satu kenduri diadakan di rumah pihak perempuan. Hantaran yang terd
iri daripada tepak sireh atau sireh
junjung sebagai bingkisan utama, berupa sebentuk cincin beserta hantaran lain seperti bunga rampai, kuih mu
ih, buah - buahan , pakaian dan
lain-
lain yang digubah cantik untuk diberikan kepada pihak perempuan.Pada kebiasaannya bilangan hantaran juga
akan di
hantar dalam bilangan yang ganjil seperti lima, tujuh, sembilan, sebelas dan tiga belas kerana bilangan genap
dikatakan
akan membawa implikasi yang tidak baik. Sementara hantaran dari pihak perempuan pula akan melebihi
hantaran daripada pihak lelaki. Sekiranya pihak perempuan mempunyai kakak yang masih belum berumah ta
ngga ,
maka pihak lelaki juga harus memberikan sumbangan berupa hantaran yang akan ditetapkan oleh keluarga pe
rempuan kerana
dianggap peminangan tersebut sudah melangkah bendul.
Adat Berinai.
Majlis berinai biasanya diadakan secara berpingkat. Peringkat pertama dikenali sebagai Berinai Curi . Biasanya
proses ini diadakan
tiga malam sebelum hari pernikaha untuk saudara mara terdekat sahaja. Peringkat kedua dikenali sebagai Be
rinai Kecil.Biasanya diadakan
dua malam sebelum hari pernikahan untuk jiran,saudara mara dan sahabat handai sahaja. Peringkat ketika d
pula dikenali sebagai Berinai
Besar Umumnya diadakan satu malam sebelum hari langsung atau selepas akad nikah untuk para jemputan kh
as daripada pihak lelaki dan
perempuan. Selepas adat Berinai Besar dilakukan, pengantin lelaki tidak akan bermalam di rumah pengantin p
erempuan.. Sebaliknya
pengantin lelaki akan pulang terus kerumahnya atau bermalam di rumah penanggak, iaitu rumah yang berha
mpiran dengan rumah pengantin
perempuan.
Akad Nikah.
Akad nikah merupakan upacara kemuncak dalam perkahwinan masyarakat Melayu. Ia bukan
suatu adat tetapi lebih kepada tuntutan ajaran
agama. Istiadat ini dijalankan selepas segala perjanjian yang dikenakan kepada pihak lelaki te
lah dilaksanakan seperti wang belanja, mas
kahwin dan barangan lain sepertimana yang telah dipersetujui oleh kedua belah pihak.
Semasa upacara akad nikah, bapa pengantin perempuan perlu menjadi wali untuk menikahka
n anaknya. Walau bagaimanapun, dia juga boleh
mewakilkannya kepada tok kadi atau imam.
5.KELAHIRAN
MELAYU (https://adatresammasyarakatmalaysia.wordpress.com/2017/02/21/first-blog-post/)
Azan/Qamat
Kelazimannya bayi lelaki akan diazankan di kedua-dua belah telinganya
manakala bayi perempuan akan diqamatkan. Biasanya, bapa atau
datuk bayi tersebut akan melakukan upacara ini. Ia bukanlah satu adat,
sebaliknya lebih merupakan amalan berunsur keagamaan
Tempoh Berpantang
Dalam tempoh ini wanita tersebut dilarang dari makan sebarang makanan
mengikut kehendaknya atau berbuat apa-apa kerja yang memerlukan banyak
pergerakan.
Antara makanan yang dilarang keras ialah yang boleh mengakibatkan
kegatalan di seluruh anggota badan seperti udang, kerang, ketam dan ikan
pari serta memakan ikan yang mempunyai sengat seperti ikan keli, sembilang
dan baung kerana ia boleh menyebabkan bisa-bisa pada badan.
Sebaliknya mereka digalakkan memakan nasi dengan ikan haruan yang
dibakar, direbus dan dibenarkan minum air suam atau susu.
Bertungku
Selama berpantang mereka diberi makan ubat-ubat tradisi dan bertungku.
Bertungku dipercayai dapat membantu perut wanita bersalin kembali normal.
Biasanya tungku diperbuat dari batu yang dipanaskan di atas bara. Kemudian
tungku itu dibalut dengan kain yang di lapik dengan beberapa helai daun yang
tebal seperti daun lengkuas yang dipercayai dapat mengimbangi kepanasan
tungku di samping berfungsi sebagai ubat.
Tungku akan dituam pada bahagian perut dan bahagian lain bertujuan untuk
mengatasi masalah kesakitan selepas bersalin. Selesai bertungku, si ibu akan
menyapu perutnya dengan air limau yang dicampur dengan kapur sebelum
memakai bengkung.
Amalan berbengkung ini bertujuan untuk mengatasi perut buncit atau pinggul
yang turun selepas bersalin di samping memberi keselesaan kepada wanita
selepas bersalin
4.2 KAUM CINA
PENGENALAN
Hubungan antara Alam Melayu dengan Alam Cina telah bermula sejak
abad ke-4 (Wang 1991). Pada mula-mulanya, orang Cina datang ke
Alam Melayu untuk berniaga dan mempelajari agama. Bilangan mereka
yang bermigrasi menjadi signifikan pada abad ke-18, khasnya semasa
penjajahan British, untuk mencari rezeki. Ketika itu, mereka dianggap
sebagai sojourner atau hua-qiao, berbeza daripada yang menetap di
Alam Melayu sehingga hari ini. Dalam proses migrasi dan penetapan itu,
identifikasi mereka mengalami perubahan besar. Perubahan itu perlu
difahami demi kepentingan pembinaan bangsa dan perpaduan negara.
Sehubungan itu, banyak kajian tentang pengekalan dan perubahan
identiti orang Cina di Tanah Melayu telah dilakukan sarjana sains sosial
sejak tahun 1980-an. Dalam artikel ini, saya cuba mengulas secara
sosiologi kajian tentang identiti orang Cina di Malaysia. Kajian itu boleh
dibahagikan kepada jenis “author-oriented” dan “actor-oriented.”
SEJARAH KAUM CINA DI MALAYSIA
Cina telah wujud di Malaysia sejak sekian lamanya. Pasti ada sejarah
tentang bagaimana Cina wujud ni tanah Melayu. Ianya terbahagi kepada
dua gelombang.
Gelombang Pertama
Bangsa Han gelombang pertama datang pada abad kelima belas semasa
zaman Kesultanan Melayu Melaka. Hubungan diplomatik antara kerajaan
Cina dan Melaka memuncak semasa dibawah pemerintahan Sultan
Mansur Shah dimana baginda berkahwin dengan Puteri Hang Li Poh lalu
membawa bersama golongan bangsawan, pengikut-pengikut, dan hamba
dari negara Cina ke Melaka.[4] Kebanyakan daripada mereka terdiri
daripada berketurunan Fujian. Rombongan tersebut membawa
masuk Bangsa Han yang kemudiannya berkahwin dengan penduduk
tempatan lalu membentuk kumpulan masyarakat Peranakan. Makam
mereka boleh didapati di Bukit Cina. Kini, Keturunan keturunan
masyarakat ini kebanyakannya dari wilayah Fujian, dimana ia digelar
Baba (lelaki) dan Nyonya (perempuan).
Gelombang Kedua
Pada abad ke 19 dan ke 20, Bangsa Han berhijrah secara beramai-ramai
ke Tanah Melayu. Mereka dari selatan Cina terutamanya dari daerah
Fujian, Guangdong, Guangxi ,dan Hainan. Mereka membentuk
penempatan di negeri Perak, Selangor dan Negeri
Sembilan terutamanya di lombong-lombong bijih timah untuk bekerja
sebagai buruh lombong dengan sokongan British. Selain itu, mereka juga
menetap di Negeri-Negeri Selat seperti Singapura dan Pulau Pinang.
Kebanyakan Bangsa Han mudah dijumpai di zon selatan dan juga pantai
Barat terutamanya negeri Johor, Negeri Sembilan, Selangor dan Perak.
Manakala, Bangsa Han merupakan kaum majoriti di Negeri-Negeri
Selat seperti Pulau Pinang dan Singapura.
Manakala di negeri Johor, Sultan Abu Bakar memperkenalkan
sebuah perlembagaan dan menubuhkan sebuah sistem pentadbiran
yang cekap dan berkesan. Dibawahnya, Johor menikmati
pembangunan ekonomi yang cemerlang. Permintaan lada
hitam dan gambir yang tinggi pada abad ke-19 menyebabkan
pembukaan ladang-ladang baru dan kemasukan buruh Cina secara
beramai-ramai. Sultan Abu Bakar kemudiannya dikenali sebagai "Bapa
Johor Moden". Bangsa Han dibawa masuk melalui Sistem
Kangchu untuk bekerja sebagai buruh di ladang lada hitam dan gambir.
Melalui Sistem Kangchu, Bangsa Han digalakkan berpindah
dari Singapura dan menetap di Johor serta membuka ladang lada
hitam dan gambir di bawah pengawasan seorang Kangchu iaitu ketua
puak-puak Bangsa Han. Setiap Kangchu dipertanggungjawabkan untuk
mengawal, membayar sewa bagi kawasan yang dibuka serta
menyelesaikan segala masalah yang dihadapi oleh buruh Cina di bawah
pengelolaannya. Pada tahun 1860-an, seramai 15,000 Bangsa Han telah
dibawa masuk ke Johor melalui sistem Kangchu ini.
Pada akhir abad ke-19, pihak British telah memberikan galakan terhadap
kemasukan imigran Cina ke Tanah Melayu kerana pihak British
memerlukan tenaga buruh yang ramai supaya dapat membantu
mengeluarkan bijih timah yang banyak untuk keperluan Revolusi
Perindustrian di Britain.
PERAYAAN KAUM CINA
1)TAHUN BARU CINA
Tahun Baru Cina adalah salah satu perayaan kaum Cina yang paling
popular di Malaysia. Setiap tahun, perayaan ini disambut meriah oleh
mereka yang berbangsa Cina selama 15 hari bagi meraikan kedatangan
tahun baru menurut calendar mereka. Pada malam Tahun Baru, semua
ahli keluarga akan berkumpul untuk mengeratkan perhubungan sesame
keluarga.
Kebiasaannya, sambutan Tahun Baru Cina ini memang sangat
sinonim dengan makanan seperti Yee Sang, Kuih Bulan dan Limau
Mandarin Pemberian angpau juga diberikan. Wang angpau akan
dimasukkan ke dalam sampul merah untuk diberikan kepada kanak-
kanak, remaja mahupun yang masih belum berkahwin.
2)PESTA TANGLUNG
Perayaan yang juga dipanggil Chap Goh Mei ini diadakan sebagai
penutup bagi perayaan Tahun Baru Cina. Pesta Tanglung merupakan
malam pertama bulan purnama selepas Tahun Baru Cina. Pada malam
tersebut, tanglung berwarna-warni akan dinyalakan dan mercun akan
dibakar untuk memeriahkan lagi sambutan.
Menurut adat kaum Cina, tujuan mercun dibakar untuk menghalau
makhluk jahat yang kejam. Makhluk tersebut dikatakan akan takut
sekiranya mendengar bunyi bising yang dihasilkan oleh mercun.
Difahamkan, terdapat juga amalan melontar buah limau je dalam laut
atau sungai dengan doa untuk mendapatkan pasangan.
3)PERAYAAN KUIH BULAN
Sejarah perayaan kuih bulan dikatakan untuk menyambut kemenangan
orang Cina yang telah mengalahkan Mongol pada akhir pemerintahan
Dinasti Yuan zaman dulu kala. Perayaan ini juga dikaitkan dengan Chap
Goh Mei, namun ia adalah perayaan yang berbeza. Perayaan Kuih
Bulan disambut pada hari ke-15 bulan ke-8 dalam calendar Cina.
Salah satu hidangan istimewa pada perayaan ini sudah
semestinya kuih bulan itu sendiri. Kuih bulan biasanya dibuat daripada
adunan manis berinti kacang merah, biji Teratai dan kuning telur asin.
Terdapat juga tradisi mengatakan bahawa kuih bulan dibuat sebagai
persembahan kepada Dewa Dapur agar mulutnya terkunci selepas
memakan kuih bulan. Oleh itu, dia tidak akan dapat menyampaikan
laporan buruk kepada Maharaja Syurga.
4)PESTA PERAHU NAGA
Pesta ini juga dikenali dengan nama Dragon Boat Festival dan
kebiasaannya akan disambut pada hari kelima bulan kelima dalam
calendar Lunar. Ketika perayaan ini, Kaum Cina akan mengadakan
perlumbaan perahu naga dan memakan zongzi. Zongzi adalah sejenis
makanan tradisional Cina berbentuk tiga segi diperbuat daripada pulut.
Perayaan ini dikatakan menjadi symbol semangat dan
kebudayaan bangsa Cina. Diadakan pada setiap tahun, pelabagai
perahu beraneka warna yang dihiasi, kepala naga, ekor naga, dan
lukisan badan naga. Sepanjang perahu akan dapat disaksikan. Selain
itu, perayaan ini juga boleh mengeratkan hubungan baik sesama
mereka dan memupuk semangat berpasukan.
PERKAHWINAN
(https://iamlejen.com/adat-resam-perkahwinan-kaum-cina/#.YoOvFOhBzrc)
Merisik
tujuan merisik adalah untuk mengetahui latar belakang gadis yang dihajati kerana
masyarakat Cina mengambil berat tentang nama, keturunan, peribadi, watak dan
tingkah laku wanita terbabit.
Oleh itu, cara merisik terpulang kepada ibu bapa pihak lelaki sama ada mereka
mahu bertanya kepada kenalan ataupun rakan taulan yang mengenali keluarga
wanita tersebut.
Selain itu, mereka lebih gemar mengadakan perbincangan seperti ini di restoran
bersama saudara mara lain kerana dipercayai bahawa tradisi ini boleh mengeratkan
perhubungan di antara ahli keluarga kedua-dua belah pihak.
Perbincangan pada peringkat merisik adalah berkenaan perkara-perkara umum
seperti latar belakang keluarga dan keturunan wanita itu kerana peringkat ini adalah
untuk memastikan gadis yang dihajati oleh lelaki itu masih belum berpunya.
Pada peringkat ini, pihak lelaki akan memberikan sebentuk cincin belah rotan dan
sekiranya pihak wanita bersetuju, satu tarikh peminangan akan ditetapkan.
3. Upacara pertunangan
Hari pertunangan adalah berdasarkan kalendar Cina kerana hari yang dipilih perlu
bersesuaian dengan zodiak pasangan berkenaan.
Berpandukan kepada sebuah buku iaitu Toong-Su, khidmat tukang tilik akan
digunakan untuk menetapkan tarikh pertunangan pasangan itu.
Masyarakat Cina percaya bahawa sekiranya upacara itu dilakukan pada waktu yang
tidak sesuai, pasangan terbabit akan ditimpa bencana dan perkahwinan mereka
tidak akan bertahan lama.
Bakal pengantin lelaki akan berkunjung ke rumah pilihan hatinya untuk menunaikan
permintaan bakal isterinya. Upacara bertukar cincin dilakukan mengikut masa yang
ditetapkan.
Kedua-dua bakal pengantin akan menyarung cincin di jari manis kiri mereka
sehingga hari perkahwinan. Sebagai bukti persetujuan, wanita tersebut akan
menyerahkan sekeping kertas merah atau nyen-sang yang mengandungi nama,
umur dan tarikh lahirnya.
Selepas pihak lelaki menerima nyen-sang tersebut, mereka akan melakukan
persediaan seperti memberi nyen-sang bakal isterinya bersama-sama maklumat
yang sama tentang dirinya kepada tukang tilik .
Dari situ, tukang tilik itu akan menghitung hari dan masa yang sesuai berdasarkan
kedua-dua nyen-sang lalu mencatatnya pada sehelai kertas merah yang dinamakan
nyik-kor.
Untuk menentukan hari yang sesuai, tukang tilik akan memberikan dua keping nyik-
kor kepada pasangan yang hendak berkahwin. Nyik-kor tersebut mengandungi
peraturan-peraturan dan adat-adat yang perlu diikuti oleh pasangan tersebut.
Hantaran dan mas kahwin secara lazimnya akan diberi semasa upacara bertukar
cincin perkahwinan ataupun pada hari lain seperti hari perkahwinan yang diadakan
di Pejabat Pendaftaran Perkahwinan.
Hantarannya termasuk sebentuk cincin emas, sepersalinan pakaian, kain dan wang
tunai.
4. Majlis perkahwinan
Hari perkahwinan akan berlangsung mengikut tempoh yang dipersetujui oleh kedua-
dua pihak. Walaupun begitu, sekiranya terdapat kematian dalam kalangan ahli
keluarga bakal pengantin sebelum hari perkahwinan, perkahwinan itu mesti
ditangguhkan pada tahun berikutnya ataupun selama seratus hari.
Masyarakat Cina pada masa dahulu akan memakai pakaian pengantin yang
diperbuat daripada kain sutera dan disulam benang emas pada hari perkahwinan
mereka. Pakaian itu pula akan dihias dengan pelbagai aksesori.
Untuk baju pengantin pula, warna pakaian itu digalakkan untuk berwarna putih,
merah atau kuning. Walau bagaimanapun, pengantin dilarang sama sekali untuk
memakai baju hitam, biru dan kelabu kerana warna-warna tersebut dipercayai
melambangkan kematian dan kesedihan.
Seterusnya, pengantin lelaki akan bertandang ke rumah pengantin perempuan dan
mereka kemudiannya akan diiringi oleh pengiring masing-masing untuk duduk di
atas pelamin yang telah disediakan di ruang tamu.
Sebaik sahaja upacara persandingan berakhir, pasangan pengantin akan dibawa
untuk bertemu dengan ahli keluarga masing-masing. Pengantin lelaki akan
memperkenalkan keluarga dan saudara maranya kepada isterinya.
Masyarakat Cina menganggap upacara minum teh sebagai sesuatu yang sangat
penting dan masih mengamalkannya sehingga hari ini kerana ia melambangkan
penerimaan pasangan pengantin dalam keluarga masing-masing di samping
bertujuan untuk mengeratkan hubungan kekeluargaan.
Dalam upacara ini, pasangan pengantin akan memberi teh yang disediakan kepada
saudara mara mereka. Orang yang lebih tua khususnya ibu bapa pasangan
pengantin akan memberi angpau kepada pasangan tersebut sebagai tanda berkat
dan kemuncak upacara perkahwinan iaitu jamuan makan berlangsung pada sebelah
malam.
Adat resam majlis perkahwinan masyarakat Cina merangkumi empat peringkat iaitu
merisik, meminang, upacara pertunangan dan hari perkahwinan itu sendiri.
KELAHIRAN
CINA(http://sosiobudayadanagamamalaysia.blogspot.com/2018/01/adat-
kelahiran-masyarakat-cina.html)
Kepentingan, Kesan dan Langkah dalam membentuk Kebudayaan di
Malaysia
5.1 Kepentingan Budaya
Kini, warisan budaya tradisional menghadapi ancaman kepupusan. Budaya
tradisional mencakupi amalan dan cara hidup pelbagai kaum di negara kita. Hal ini
termasuklah pakaian, makanan, adat resam, seni, dan sebagainya. Tamadun
sesuatu bangsa selalunya dapat dilihat pada warisan seni budayanya. Warisan
budaya ini harus dikekalkan kerana mempunyai identiti tersendiri.
Budaya melambangkan identiti sesebuah negara. Amalan budaya tradisional kita
melambangkan sifat majmuk masyarakat kita. Misalnya, pakaian tradisional pelbagai
kaum yang unik dan berwarna-warni. Budaya tradisional kita juga menunjukkan budi
da pekerti masyarakat Malaysia. Nilai murni yang ditunjukkan dalam majlis korban
dan mengadakan rumah terbuka pada hari kebesaran menunjukkan kita prihatin
terhadap orang lain dan bersikap mesra. Banyak orang asing terkejut kerana rakyat
kita bebas mengunjungi pemimpin kita pada hari kebesaran. Penghantaran kuih-
muih dan saling mengunjungi pada hari kebesaran menunjukkan kemesraan
sesama kaum. Inilah identiti Malaysia yang dikagumi oleh dunia luar dan identiti ini
perlu dikekalkan.
Budaya tradisional juga dapat memupuk perpaduan negara. Rakyat majmuk kita
kaya dengan nilai tradisional yang murni. Misalnya, kunjung- mengunjungi dan
mengadakan rumah terbuka pada hari kebesaran. Rakyat kita tidak kira keturunan,
agama dan amalan adat resam turut merayakan bersama-sama. Jiran tetangga dan
sahabat handai saling mengunjungi. Kuih- muih bertukar pinggan. Kita saling
menerima dan memberi. Ucapan “Selamat Hari Raya”, “Gong Xi Fa Cai” dan
“Selamat Deepavali” keluar dari jiwa yang penuh keikhlasan. Semangat kekitaan ini
akan mengeratkan siraturahim, seterusnya memupuk perpaduan.
Salah satu tarikan pelancongan ialah budaya kita. Sebenarnya, keindahan pantai,
landskap dan hutan Malaysia juga dapat ditemukan di kebanyakan tempat, misalnya
di Indonesia dan di Negara Thai. Yang unik ialah budaya tradisional kita, misalnya
persembahan teater tradisional seperti bangsawan dan makyung dan tarian seperti
kuda kepang dan gawai. Banyak pelancong mengunjungi Malaysia kerana ingin
mendekati corak hidup dan kebudayaan kita. Ada yang tinggal bersama-sama kita
dikampung untuk merasai kehidupan kita. Tidak kurang pula yang merakamkan
perkahwinan mereka mengikut adat resam Melayu. Jadi, budaya penting untuk
mengembangkan pelancongan.
Budaya perlu dikekalkan demi kesinambungan tamadun kita. Melalui budaya
tradisional, kita mengetahui asal usul kita. Dengan ini, kita tidak akan lupa daratan.
Sebaliknya, kita akan sedar tentang kesulitan hidup nenek moyang kita. Dari sini kita
akan mendapat iktibar. Misalnya, tarian Portugis mengingatkan kita tentang
kedatangan Portugis. Bangsawan yang banyak menceritakan tentang Kesultanan
Melaka dan kejatuhannya juga mendatangkan pengajaran. Budaya kita yang murni
juga merupakan benteng budaya. Dengan ini, rakyat kita tidak dihanyutkan oleh
budaya Barat. Yang ada pada hari ini berpunca daripada yang silam. Jadi generasi
muda harus mengenali asal usul sendiri.
Untuk mengembangkan budaya tradisional, rakyat mesti didedahkan kepada
kekayaan warisan budaya negara. Kita boleh menganjurkan kempen, ceramah,
wawancara serta pameran untuk menghidupkan warisan budaya. Dengan ini, rakyat
kita akan lebih memahami budaya sendiri. Usaha kita menerapkan seni bina Melayu
pada bangunan Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC), Muzium Negara, Bank
Muamalat, dan bangunan lain perlu diperluas. Kemasukan budaya asing yang
mampu menggugat kedudukan tradisi dan identiti negarajuga perlu disekat. Tempat
dan bangunan bersejarah perlulah dikekalkan dan dipulihkan. Dengan ini, warisan
budaya dapat diikuti dan dilihat sepanjang masa.
Warisan tradisional kita boleh disampaikan kepada generasi muda melalui latihan.
Kumpulan makyung, wayang kulit, zapin, dan sebagainya boleh dijalankan melalui
Rakan Seni Budaya. Sistem pendidikan juga boleh menyelitkan budaya ! tradisional
sebagai aktiviti kokurikulum di sekolah. Pertandingan berbalas pantun clan tarian
tradisional akan mengembangkan budaya ini. Usaha ini memberikan peluang
kepada mereka yang berminat untuk mengikutinya. Dengan ini, budaya kita akan
terus berkembang. Persembahan ini juga akan membolehkan orang ramai
mengenalinya dengan lebih dekat. Dengan ini, seni jiwa bangsa dapat dihayati
kerana “tak kenaI maka tak cinta”.
Di samping itu, pameran artifak atau sejarah kebudayaan warisan pelbagai kaum di
Malaysia haruslah digalakkan. Kini pengaruh media massa menyebabkan budaya
tradisional kita kian dilupai. Sehubungan dengan itu, media massa tempatan perlu
menyiarkan budaya kita dengan lebih kerap dan meluas. Misalnya, pameran
kebudayaan tradisional boleh diadakan
melalui Pesta Malaysia, Pesta Negeri, Muzium Negeri, dan sebagainya. Pihak media
massa juga digalakkan mengadakan sudut seni budaya. Akhbar Berita Harian, yang
merencanakan sudut budaya tentang masakan, pakaian, hiasan, kepercayaan,
petua kesihatan, dan sebagainya, harus dipuji. Sudut budaya juga boleh dimasukkan
dalam rancangan khas televisyen seperti “Malaysia Hari lni” dan “Selamat Pagi
Malaysia”.
5.2 Kesan Mengabaikan Kebudayaan
Golongan remaja merupakan generasi yang bakal mewarisi negara kita pada masa akan datang. Pelbagai
harapan diletakkan agar mereka berupaya menjadi individu yang berguna serta mampu menyumbang ke arah
kesejahteraan negara secara keseluruhannya. Namun pada realitinya, sejak akhir-akhir ini pelbagai pihak mula
menaruh kebimbangan tentang berbagai gejala sosial yang melanda remaja dan seterusnya meruntuhkan
akhlak anak-anak remaja masa kini. Sama ada disedari atau tidak, perkembangan gejala-gejala sosial ini
semakin meningkat dari hari ke hari. Setiap hari dipaparkan berbagai cerita tentang pelbagai salah laku yang
dilakukan oleh remaja baik salah laku yang kecil mahu pun besar. Ini turut menggambarkan betapa seriusnya
fenomena ini dan langkah-langkah sewajarnya perlu diambil bagi membendungnya dari terus menjadi barah
dalam masyarakat Malaysia. Masyarakat hari ini sedang dilanda kebingungan dengan fenomena keruntuhan
akhlak di kalangan remaja. Pelbagai persoalan ditimbulkan. Apakah pihak sekolah selaku institusi pendidikan
gagal menangani masalah itu? Bagaimana pula peranan ibu bapa dan keluarga? Bagaimanakah remaja boleh
bertingkah laku sedemikian? Apakah punca yang membawa kepada berlakunya fenomena tersebut? Kadar
jenayah dan masalah sosial yang semakin meningkat, khususnya di kalangan remaja dan pelajar sekolah bukan
sahaja membimbangkan ibu bapa yang mempunyai anak-anak yang bersekolah, tetapi ia turut memberi impak
terhadap kredibiliti sekolah sebagai agen kawalan sosial yang seharusnya berperanan dalam pembentukan
moral dan tingkah laku generasi muda. Pelbagai tafsiran atau label yang boleh diberikan kepada remaja-remaja
yang bertingkah laku sedemikian. Bagi remaja yang melanggar norma masyarakat setempat ini dikenali sebagai
kumpulan yang bertingkah laku devian dan apabila golongan ini merujuk kepada mereka yang masih
bersekolah atau remaja bawah umur, mereka dikenali sebagai delinkuen. Secara umumnya, devian atau
delinkuen adalah tingkah laku yang melanggar peraturan atau bertingkah laku yang tidak dapat diterima oleh
masyarakat. Walaupun pelbagai peraturan dan disiplin telah ditetapkan oleh pihak sekolah, namun perbuatan
salah laku pelajar tetap berlaku. Antara masalah yang begitu ketara ialah berkaitan dengan tingkah laku devian
dan delinkuen di kalangan pelajar remaja. Menurut laporan akhbar, jumlah kes yang dilaporkan meningkat dari
semasa ke semasa tidak mengira kawasan, sama ada di kawasan bandar atau luar bandar, pinggir bandar dan
sebagainya. Menurut Hall (1904), remaja adalah masa yang penuh dengan kekeliruan, kesedihan dan konflik.
Oleh itu, adalah penting bagi orang dewasa khususnya ibu bapa, pendidik dan ahli masyarakat untuk mengikuti
perkembangan remaja. Mereka wajar membantu remaja agar mengelakkan diri dari terjebak dengan kegiatan
yang negatif. Pelajar-pelajar remaja akan mudah terpengaruh dan suka mengabaikan pelajaran jika tidak
dikawal atau kurang perhatian. Akhirnya ini akan menghasilkan remaja yang tidak produktif seperti melepak,
mencuri, ponteng sekolah dan terlibat dengan pelbagai gejala sosial. Perkembangan remaja amat dipengaruhi
oleh persekitarannya. Persekitaran yang terdekat dan terpenting buat remaja ialah keluarga mereka. Mengikut
Hoffman (1996), keluarga telah membentuk personaliti seseorang sejak kecil dan terus memberikan pengaruh
yang amat besar kepada tingkah laku, sikap dan pemikiran seseorang dalam alam dewasa. Kajian-kajian
terdahulu di Malaysia dan di barat telah menunjukkan bahawa hubungan kekeluargaan yang baik telah
dikaitkan dengan kesejahteraan hidup remaja dari aspekaspek kepuasan hidup, konsep kendiri, tingkah laku
seks, dan pencapaian akademik (Fatanah, 1997). Kegagalan ibu bapa dalam mendisiplinkan anak-anak juga
dilihat sebagai salah satu faktor berlakunya tingkah laku devian. Latar belakang tingkah laku anti sosial adalah
kesan daripada kekurangan, ketidaksesuaian atau kawalan disiplin yang tidak konsisten semasa kanak-kanak
(Jacobvitz et al., 1996). Kebanyakan tingkah laku anti sosial remaja juga berpunca daripada kegagalan cara
gaya keibubapaan dan pengurusan keluarga (Jacobvitz et al., 1996, Vuchinich, 1992). Menurut Hoffman (1994),
keluarga telah membentuk personaliti seseorang sejak kecil dan terus memberikan pengaruh yang amat besar
kepada tingkah laku, sikap dan pemikiran seseorang dalam alam dewasa. Masalah-masalah yang dihadapi oleh
remaja pada kebiasaannya adalah kesan kesinambungan daripada masalah yang timbul semasa kanak-kanak
(Block, et al., 1988; Caspi et al., 1995; Fergusson, et al, 1996; Fergusson, et al., 1996a; Moffitt, 1993). Menurut
Mahmood Nazar Muhammad (1993), tingkah laku devian di kalangan remaja juga disebabkan oleh konflik dan
tekanan psikologikal. Remaja-remaja yang terlibat dengan melakukan tingkah laku devian dan delinkuen ini
juga mengalami konflik dalam keluarga mereka sendiri. Mereka gagal melihat keluarga adalah satu
persekitaran yang sihat dan boleh memberikan kebahagiaan serta rasa seronok kepada mereka. Kekurangan
komunikasi yang berkesan dan kasih sayang dalam keluarga turut memainkan peranan dalam pembentukan
personaliti devian remaja. Sigurdsson dan rakan-rakan (1996) dan Sokol-Katz dan rakan-rakan (1997)
menekankan bahawa perkembangan personaliti negatif dan tingkah laku devian adalah hasil daripada
kegagalan dalam ikatan kekeluargaan. Ibu bapa juga didapati banyak menyumbang kepada masalah tingkah
laku anak-anak, iaitu gagal menunjukkan tingkah laku yang baik di hadapan anak-anak mereka, di samping
mengabaikan ajaran agama.Kajian-kajian yang telah dilakukan menunjukkan bahawa persekitaran keluarga
memainkan peranan yang penting dalam proses pengsosialisasian remaja iaitu sikap, nilai dan sistem
kepercayaan akan diterapkan ke dalam minda remaja. Selain itu, persekitaran keluarga juga menjadi medan
kepada proses perkembangan emosi, kognitif dan sosial setiap ahli di dalamnya. Oleh itu, usaha ke arah
pemantapan institusi kekeluargaan dipercayai merupakan salah satu jalan penyelesaian kepada pelbagai
masalah di kalangan remaja masa kini. Kebanyakan masalah yang dialami oleh remaja kini sebahagian
besarnya bertitik tolak dari institusi keluarga remaja itu sendiri di mana kepincangan yang wujud dari institusi
keluarga akan membawa kepada pelbagai kesan negatif terhadap remaja tersebut. Kajiankajian yang telah
dibuat menunjukkan bahawa remaja bermasalah kebanyakannya adalah berlatar belakangkan keluarga yang
bermasalah (Dishion et al., 1991; Rutter, 1985; Vuchinich, 1992). Kajian ini cuba memfokuskan kepada sejauh
manakah elemen-elemen dalam institusi kekeluargaan mempengaruhi tingkah laku remaja, dan seterusnya
membawa kepada tingkah laku devian di kalangan mereka, khususnya pelajar. Di samping itu, setiap keluarga
juga mengamalkan corak gaya asuhan dan pemantauan tersendiri yang berbeza terhadap ahlinya dan dengan
ini akan memberi impak terhadap sahsiah dan moral para remaja dan pelajar berkenaan. Kajian ini juga turut
meninjau sejauh manakah corak gaya asuhan tertentu mempengaruhi pelajar remaja bertingkah laku devian.
Tingkah Laku Devian Remaja Tingkah laku devian boleh ditunjukkan dalam pelbagai bentuk dan cara tanpa
mengira usia atau jantina. Di dalam kajian ini, tingkah laku devian dinyatakan sebagai tingkah laku yang
dianggap berlawanan dengan norma-norma dan tidak bermoral serta tidak dapat diterima yang dilakukan oleh
pelajar-pelajar remaja. Pelbagai tingkah laku negatif yang dianggap menyimpang dan tidak dapat diterima oleh
masyarakat adalah dianggap sebagai tingkah laku devian, iaitu seperti dalam bentuk yang sekecil-kecilnya
seperti ponteng sekolah, melawan guru dan sebagainya hinggalah kepada salah laku yang lebih serius seperti
pergaulan bebas antara lelaki dan perempuan yang akhirnya akan mewujudkan pelbagai gejala sosial seperti
bersekedudukan, lari dari rumah, pelacuran bawah umur dan akhirnya membawa kepada perlakuan
pengguguran dan pembuangan bayi. Banyak lagi contoh-contoh lain yang boleh dianggap sebagai tingkah laku
devian, antaranya seperti kes pecah rumah, penyalahgunaan dadah, mencuri, meminum minuman keras,
menyerang fizikal, vandalisme dan sebagainya (Regoli & Hewitt, 1991). Fenomena ini mungkin berlaku
disebabkan pelajar yang terlibat ingin meluahkan perasaan tidak puas hati, ingin membalas dendam dan
sebagainya. Menurut statistik Laporan Disiplin 2001, Unit Hal Ehwal Pelajar, Kementerian Pelajaran Malaysia,
antara tingkah laku jenayah di kalangan pelajar ialah seperti berjudi, mencuri, melawan guru, melawan
pengawas, memeras ugut, membuli, kongsi gelap, penyalah gunaan dadah, membawa senjata berbahaya,
mencabul kehormatan, mengancam, menceroboh, mengedar dadah, menunjuk perasaan dan bertaruh secara
besar-besaran. Berdasarkan kepada Statistik oleh Jabatan Kebajikan Masyarakat Malaysia, pada tahun 2003,
bilangan kes juvana yang dilaporkan adalah sebanyak 4998 kes. Manakala pada tahun 2004 pula bilangannya
meningkat kepada 6056 kes. Peningkatan ini menggambarkan tentang fenomena tingkah laku devian di
kalangan pelajar remaja semakin serius dan sudah tentunya ianya amat membimbangkan semua pihak. Kajian
oleh Huizinga dan Elliot (1985) ke atas sebilangan besar pelajar remaja (950 orang) pula mendapati bahawa
kira-kira 73 peratus pernah terlibat dengan tingkah laku devian, dan hampir satu pertiga daripadanya
berkaitan dengan salah laku yang serius. Kajian yang telah dijalankan juga menunjukkan bahawa tingkah laku
anti sosial di kalangan remaja akan turut membawa kepada tingkah laku sedemikian apabila dewasa
(Farrington, 1989; Fergusson, et al., 1996). Dryfoos (1990) dalam kajiannya tentang remaja devian dan
delinkuen, menyatakan bahawa terdapat empat kategori berkaitan dengan remaja berisiko dari lingkungan
usia 10 hingga 17 tahun. 10 peratus dari jumlah keseluruhan adalah remaja yang sangat berisiko tinggi, iaitu
terlibat dengan salah laku jenayah yang berat seperti merompak, merogol, pecah rumah, penyalahgunaan
dadah, membunuh dan sebagainya. 15 peratus mewakili remaja berisiko tinggi, iaitu terlibat dengan salah laku
kurang serius seperti pergaulan bebas, terlibat dengan video lucah, bergaduh, menyerang fizikal, meminum
minuman keras, lumba haram, berjudi dan seumpamanya. 25 peratus remaja berisiko sederhana, iaitu terlibat
dengan tingkah laku devian yang agak ringan seperti ponteng sekolah, vandalisme, mencuri, merokok,
melepak, engkar arahan guru, melawan ibu bapa dan seumpamanya. Manakala selebihnya iaitu 50 peratus
merupakan remaja berisiko rendah, iaitu sama ada tidak melakukan tingkah laku devian dan anti sosial atau
pun tidak mudah terpengaruh dengan gejala-gejala negatif.
5.3 Langkah Mengukuhkan Kebudayaan
1. Mengadakan aktiviti gotong-royong di taman-taman perumahan untuk
memupuk perpaduan kaum rakyat di Malaysia.
- masyarakat yang berbilang kaum akan keluar untuk bekerjasama membersihkan
taman-taman perumahan. Melalui aktiviti kemasyarakatan ini, mereka dapat lebih
mengenali antara satu sama lain melalui perbualan dan
- berinteraksi keranatak kenal maka tak cinta. Mantan Perdana Menteri, Tun Dr
Mahathir pernah menegaskan bahawa bulat air kerana pembetung, bulat manusia
kerana muafakat; perpaduan merupakan kekuatan negara.
- jika kita mengamalkan prinsip berat sama dipikul, ringan sama dijinjing, kita dapat
menikmati pembangunan nusa tercinta ini bersama-sama.
2. Mengamalkan amalan kunjung-mengunjung ke rumah rakan-rakan
yang berlainan bangsa sempena hari-hari perayaan
- Kebudayaan antara kaum dapat difahami dengan lebih mendalam sekali gus
dapat menjana tahap kefahaman dan membina masyarakat yang saling
menghormati.
- amalan rumah terbuka juga boleh dipraktikkan untuk memupuk perpaduan
kaum rakyat Malaysia dengan amalan saling memaafkan sesama insan.
- Oleh itu, sikap buang yang keruh , ambil yang jernih ternyata mampu
menjalinhubungkan semangat perpaduan yang tersedia utuh.
3. Memupuk perpaduan kaum di Malaysia dengan menghantar anak-anak
ke sekolah kebangsaan
- Dengan cara ini, kita akan dapat melahirkan pemuda-pemuda yang tidak
mempunyai masalah perhubungan dan pergaulan antara kaum yang berlainan.
- Pergaulan mesra dan semangat bersatu padu yang dijalin ini sudah mampu
menjadi tiang kukuh untuk membuktikan bahawa rakyat Malaysia patuh pada
Rukun Negara. Hal ini sangat penting untuk memupuk perpaduan kaum di
Malaysia dalam sanubari anak-anak sejak bangku sekolah keranamelentur buluh
biarlah dari rebungnya.
- Semua kekangan untuk mempererat perpaduan kaum akan dapat diselesaikan
jika anak- anak telah mempelajari cara-cara untuk berinteraksi dengan orang
yang berlainan kaum sejak kecil.
4. Program Latihan Khidmat Negara atau PLKN.
- Melalui PLKN remaja dapat menyemai nilai-nilai patriotik yang semakin luntur
dalam kalangan remaja pada hari ini.
- Hai ini disebabkan oleh perubahan masa dan cara hidup pada masa kini
menjadikan mereka leka sehingga tidak tahu erti kesusahan dan penderitaan
hidup generasi sebelum merdeka. Sesetengah daripada mereka pula langsung
tidak mengetahui nama kementerian dalam kerajaan.
- PLKN dilancarkan untuk memupuk semangat patriotisme dalam kalangan peserta
melalui modul kenegaraan yang didedahkan.
5. Sekolah Wawasan
- Konsep Sekolah Wawasan bermaksud dua atau tiga buah sekolah yang
berlainan aliran dan pentadbiran, dibina dalam kawasan yang sama dan
berkongsi kemudahan-kemudahan asas seperti padang permainan, dewan,
pusat sumber, bilik komputer, kantin dan sebagainya serta melaksanakan secara
bersama aktiviti-aktiviti sekolah seperti perhimpunan mingguan, aktiviti
kokurikulum, temasya sukan sekolah, hari kecemerlangan pelajar, hari kantin dan
sebagainya, Mohd /0han Haji Mohd Ham0ah dan Jamalul Lail $bdul Wahab
223334. Tujuan penubuhan
- Sekolah Wawasan ialah untuk meningkatkan perpaduan dikalangan rakyat di
Malaysia. $ntara matlamat-matlamat Sekolah Wawasan ialah mencapai
perpaduan dan integrasi nasional melalui perkongsian prasarana, interaksi yang
meluas serta penggunaan sumber secara optimum meliputi kepelbagaian
pelajar.
6.0 Isu Perpaduan yang berlaku di Malaysia
1. KOTA KINABALU: Pesta Kaamatan mampu menjadi asas kepada rakyat di negeri ini
untuk terus bersatu dan seterusnya sebagai model perpaduan masyarakat berbilang
kaum di Malaysia.
2. Khat, Dong Zong dan perpaduan kaum
Isu kaligrafi atau tulisan yang dirancang diperkenal sebagai satu daripada
penyumbang kecil kepada perpaduan kaum, ia bagaimanapun berjaya
dimanipulasi oleh pelbagai pihak dan akhirnya berubah secara drastik kepada
isu perkauman hangat.
Pendapat Pengerusi Dong Zong sebelum ini berkata pihaknya akan
menggerakkan kempen mengumpul tandatangan sebagai membantah
pembelajaran khat di sekolah vernacular. Namun Begitu, Pensyarah Pusat
Pengajian Sains Kemasyarakatan Universiti Sains Malaysia Prof Dr P.
Sivamurugan berkata perbezaan antara kaum harus diraikan dan bukan
dijadikan titik menzahirkan ketidaksefahaman
3. Covid-19 serlahkan perpaduan rakyat Malaysia
Kuala Lumpur: Perpaduan rakyat Malaysia dilihat jelas apabila dijelmakan dalam
keadaan sebenar ketika negara dilanda cabaran dan musibah termasuk menghadapi
gelombang Covid-19.
Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, dalam tempoh itu, dapat disaksikan
semangat perpaduan yang ditunjukkan seluruh rakyat tanpa mengira kaum dan agama.
Menurutnya, ramai orang menunjukkan sifat empati dan menzahirkan keupayaan
individu atau kumpulan untuk memahami sentimen, aspirasi, kebimbangan dan cita-cita
individu atau kumpulan yang lain.
"Dalam krisis Covid-19, rakyat Malaysia khususnya petugas barisan hadapan telah
membuktikan sifat empati terhadap satu sama lain tanpa mengira kaum atau agama.
Sifat empati ini harus diperkukuhkan dalam masyarakat kita.
"Sifat ini membantu usaha kita mengatasi cabaran perkauman dengan lebih berkesan.
Kita perlu terus menyuburkan sifat empati ini dalam kita hendak memahami isi kaum
daripada perspektif yang lebih seimbang dan menyeluruh.
• Isu Perpaduan yang Negatif
1. Peristiwa 13 Mei
Rusuhan kaum ini melibatkan kaum Cina dan Kaum Melayu yang akhirnya menyebabkan
beberapa nyawa terkorban dan ada juga yang cedera. Hal ini semuanya disebabkan
ketidakpuashatian kaum Cina terhadap Kaum Melayu yang dikatakan mendapat layanan
istimewa.
2. Isu Kampung Medan
Peristiwa Kampung Medan merujuk kepada beberapa peristiwa pergaduhan antara
India-Melayu yang berlaku di Kampung Medan dari 4 Mac hingga 8 Mac 2001 selama 5
hari. Peristiwa ini berlaku di beberapa kampung iaitu Kampung Medan, Kampung
Gandhi, Kampung Lindungan , Kampung Datuk Harun, Taman Desa Ria dan sekitar
Jalan Klang Lama. Sengketa ini merebak begitu cepat kerana kawasan ini merupakan
kawasan setinggan berpuluh-puluh tahun tanpa pembelaan. [1]
Pergaduhan turut merebak ke Petaling Jaya, Jalan Gasing, Kelana Jaya, Sungai Way,
Bandar Sunway dan Puchong.
PUNCA:
Pergaduhan antara dua kumpulan bermula di Kampung medan ekoran persediaan
majlis perkahwinan dan majlis pengkebumian. Majlis perkahwinan itu diadakan di
sebuah rumah orang Melayu. Sementara jiran Indianya mengadakan majlis
pengkebumian. [1] Seorang lelaki berbangsa India dikatakan membawa motorsikal
dalam keadaan mabuk, dan terbabas merempuh tapak perkahwinan Melayu. Perkara
itu mendatangkan kemarahan orang kampung, dan menengking lelaki India tersebut.
Lelaki India tersebut tidak dapat menerima tengkingan kemudiannya mengajak
sekumpulan geng dan menyerang majlis perkahwinan Melayu tersebut.
Kemudian 200 orang turut sama dalam pergaduhan itu. Mereka dipercayai orang luar
yang datang atau dibawa dari luar Kampung Medan. Peristiwa ini mendapat liputan
CNN pada sebelah malamnya
7.0 Kesimpulan
Kebudayaan kebangsaan di Malaysia adalah berasaskan kebudayaan
orang-orang melayu, orang cina, orang india dan kaum yang lain. Namun begitu,
kepelbagaian kaum dan adat adalah merupakan cabaran bagi Malaysia dalam
mengekalkan perpaduan demi menjamin kesejahteraan hidup penduduk di
Malaysia. Oleh itu semua rakyat di Malaysia mestilah bekerjasama dalam
mencapai perpaduan. Contohnya, setiap kaum di Malaysia mestilah mempunyai
sikap bertolak ansur serta mempunyai persefahaman antara satu sama yang lain.
Sekiranya tiada sikap bertolak ansur dan persefahaman antara kaum ia akan
mengundang persengketaan antara kaum yang akan berlarutan dan akhirnya
menjadi permasalahan yang besar. Sebagai contoh, peristiwa 13 Mei yang telah
menjadi titik hitam dalam sejarah Malaysia yang melibatkan kaum Cina dangan
Melayu dan peristiwa Kampung Medan yang melibatkan kaum India dengan
Kaum Melayu. Oleh itu, semua pihak berperanan dalam mencapai dan
mengekalkan perpaduan dan kebudayaan di Malaysia. Kita haruslah mengambil
iktibar daripada peristiwa-peristiwa tersebut agar pisang tidak berbuah dua kali.
8.0 Lampiran
Menunjukkan sekumpulan pelajar yang
terdiri pelbagai kaum
Kepelbagaian etnik dan budaya
Perpaduan kaum di Malaysia yang utuh
9.0 Rujukan
- https://ms.wikipedia.org/wiki/Kebudayaan_Malaysia
(30 September 2021)
- http://wisegang2015.blogspot.com/2015/09/kesimpulan.html
(EDU 3063 : 27 September 2015)
- https://www.studocu.com/my/document/universiti-kuala-lumpur/hubungan-etnik/tragedi-13-
mei-dan-kampung-medan/11805344
(Universiti Kuala Lumpur : 2020/2021)
- https://www.astroawani.com/berita-malaysia/khat-dong-zong-dan-perpaduan-kaum-214925
(Bernama : Ogos 14, 2019)
- https://www.hmetro.com.my/mutakhir/2021/02/674621/covid-19-serlahkan-perpaduan-
sebenar-rakyat-malaysia-metrotv
(Raja Noraina Raja Rahim dan Yusmizal Dolah Aling)
- http://my13mei.blogspot.com/p/punca.html
(Ammar Syafiq : 28 April 2020)
- https://himpunanceritalawak.com/2016/04/14/peristiwa-berdarah-kampung-medan/
(Robot Merah : 2016)
- https://www.academia.edu/29427851/KESAN_BUDAYA TERHADAP_MASYARAKAT_DAN_NEGARA_doc
(academia.com)
- https://www.scribd.com/doc/267258014/Langkah-Mengukuhkan-Perpaduan
(scribd.com)
- https://mazlan66.wordpress.com/2008/03/16/kepentingan-budaya-tradisonal-kita/
(mazlan66.wordpress.com)
10.0 Latihan
https://quizizz.com/join/quiz/6284c67ac730be001d763675/star
t?studentShare=true