The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

Tentang kemerdekaan negara kita

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by m-10513886, 2021-09-14 12:07:16

KEMERDEKAAN NEGARA KITA

Tentang kemerdekaan negara kita

Keywords: SEJARAH

SEKOLAH KEBANGSAAN PADANG
BESAR SELATAN

DISEDIAKAN OLEH:
MUHAMMAD ZAHIN SYAFI BIN MAZLAN

6 WAJA

MUHAMMAD ZAHIN SYAFI BIN MAZLAN
6 WAJA

KANDUNGAN :

➢ Pendahuluan
➢ Biodata Tunku Abdul Rahman ( bapa kemerdekaan Malaysia.
➢ Senarai 8 Perdana Menteri Malaysia (Gambar, Nama Penuh, tarikh lahir, tempat lahir, gelaran)
➢ Sejarah Kemerdekaan Malaysia
➢ Sejarah bendera Malaysia
➢ Nilai kemerdekaan yang perlu diambil iktibar
➢ Penutup / kesimpulan
➢ Sumber rujukan

PENDAHULUAN

Pengisytiharan kemerdekaan Persekutuan Tanah Melayu yang pertama telah dibuat oleh Tunku Abdul Rahman Putra, Perdana
Menteri Persekutuan Tanah Melayu tepat pada pukul 12.00 tengah malam di Padang Kelab Selangor, Kuala Lumpur.

Pengisytiharan itu telah diiringi dengan laungan ‘MERDEKA’ yang bergema dengan penuh bersemangat dan menandakan
lahirnya sebuah negara baru yang berdaulat dan merdeka.

Upacara pengisytiharan kemerdekaan Persekutuan Tanah Melayu sepenuhnya telah dilakukan oleh Tunku Abdul Rahman di
Stadium Merdeka, Kuala Lumpur pada pukul 9.30 pagi di hadapan Raja-Raja Melayu dan 20 ribu rakyat Persekutuan Tanah
Melayu serta perwakilan dari 30 negara-negara Komanwel.

Di akhir pengisytiharan tersebut Tunku telah meneriakkan ‘MERDEKA’ sebanyak tujuh kali dan disambut dengan bergemuruh
oleh rakyat yang hadir.

Serentak dengan itu, lambang perpaduan, keutuhan dan kedaulatan bangsa iaitu Bendera Persekutuan Tanah Melayu dinaikkan dan
diiringi oleh lagu kebangsaan ‘Negaraku’. Ini diikuti pula dengan seruan azan dan tembakan meriam seratus satu das.

Dengan pengisytiharan kemerdekaan Persekutuan Tanah Melayu itu, maka berakhirlah penjajahan Inggeris dan kuasa Baginda
Queen ke atas Persekutuan Tanah Melayu termasuk Pulau Pinang dan Melaka iaitu sejak lebih 170 tahun.

Pada hari ini juga Pesuruhjaya Tinggi British terakhir di Persekutuan Tanah Melayu, Sir Donald MacGillivray dan isterinya telah
meninggalkan negara ini dan pulang ke England.

Pengisytiharan kemerdekaan Persekutuan Tanah Melayu pada hari ini dalam tahun 1957 telah membuka satu lembaran baru Tanah
Melayu mara ke hadapan mengambil tempat yang hak baginya sebagai anggota yang bebas dan merdeka dalam lingkungan negara-
negara di dunia.

Biodata Tokoh:
Tunku Abdul Rahman Putra AlHaj

Nama :
Tunku Abdul Rahman Putra AlHaj Ibni Almarhum Sultan Abdul Hamid Halim Shah.

Lahir :
08 Februari 1903, di Istana Tiga Tingkat, Alor Setar (Istana Pagoda).

Pendidikan :
1911 - Maktab Sultan Abdul Hamid Alor Setar.
1916 - Penang Free School, Penang.
1925 - Lulus B.A. dari University Cambridge.
1945 - Lulus LLB, dari Inner Temple, London.

Kerjaya :

1946 - Bertugas dengan Kerajaan Kedah sebagai D.O. (Pegawai Daerah) Langkawi, Kulim dan Sungai Petani,
(sebelum lulus LLB). Dilantik Penolong Pendakwa Raya KL dan Presiden Mahkamah Session Selangor.
1951 - Dilantik Presiden UMNO dan bergiat sepenuh masa untuk UMNO.
1956 - Rombongan Merdeka ke London.
1957 - Merdeka. Perdana Menteri Pertama.

Senarai Perdana Menteri Malaysia

Nama: Tunku Abdul Rahman Putra AlHaj
Tarikh Lahir: 8 Februari 1903
Tempat Lahir: Alor Setar, Kedah
Gelaran: Bapa Kemerdekaan

Nama: Tun Haji Abdul Razak Hussein
Tarikh Lahir: 11 Mach 1922
Tempat Lahir: Pekan, Pahang
Gelaran: Bapa Pembagunan

Nama: Tun Datuk Dr. Hussein Onn
Tarikh Lahir: 12 Februari 1922
Tempat Lahir: Johor Bahru, Johor
Gelaran: Bapa Perpaduan

Nama: Tun Dr. Mahathir Mohamad
Tarikh Lahir: 10 Julai 1925
Tempat Lahir: Alor Setar, Kedah
Gelaran: Bapa Pemodenan

Nama: Tun Dr. Badawi Abdullah Ahmad
Tarikh Lahir:26 November 1939
Tempat Lahir: Bayang Lepas, Penang
Gelaran: Bapa Pembagunan Modal Insan

Nama: Dato Seri Najib Razak
Tarikh Lahir: 23 Julai 1953
Tempat Lahir: Kuala Lipis, Pahang
Gelaran: Bapa Transformasi

Nama: Tun Dr. Mahathir Mohamad
Tarikh Lahir: 10 julai 1925
Tempat Lahir: Alor Setar, Kedah
Gelaran Bapa Pemodenan

Nama: Tan Seri Dato Muhyiddin Yassin
Tempat Lahir: Muar, Johor
Gelaran: Bapa Kebajikan
Tarikh Lahir: 15 Mei 1947

Sejarah Kemerdekaan Malaysia

Sejarah Malaysia bermula pada zaman Kesultanan Melayu Melaka iaitu sekitar tahun 1400 Masihi. Pada masa
kegemilangannya, wilayah kesultanan ini meliputi sebahagian besar Semenanjung dan Pantai Timur Sumatera.
Melaka merupakan sebuah kerajaan yang gemilang kerana kedudukannya yang strategik.Melaka terletak diantara
Asia Timur dengan Asia Barat dimana kedudukan Melaka mempunyai potensi untuk dijadikan pusat perdagangan
utama khususnya bagi perdagangan rempah di Asia Tenggara. Islam pula muncul sebagai agama utama yang
tersebar dan menjadi anutan utama penduduk Melaka kerana rajanya sendiri telah memeluk agama tersebut.

Zaman penjajahan Tanah Melayu bermula pada 1511 dimana Melaka telah jatuh ke tangan Portugis.
Tanah Melayu dijajah oleh portugis selama 130 tahun. Kemudian pada tahu 1641 Melaka jatuh ke tangan
penjajahan Belanda setelah portugis tewas dengan Belanda..

Pada tahun 1824 Belanda menyerahkan Melaka kepada British melalui perjanjian Inggeris-Belanda..
Penjajahan British merupakan penjajahan paling lama. British telah mencampuri semua urusan pentadbiran Tanah
Melayu yang sebelum ini diuruskan oleh Raja-Raja Melayu dengan bantuan pembesar-pembesar negeri. Campur
tangan British ini telah menimbulkan rasa tidak puas hati dalam kalangan penduduk dan pembesar tempatan.

Hal ini telah menimbulkan beberapa buah penentangan daripada pembesar pembesar tempatan contohnya
Dol Said, Tok Janggut, Datuk Maharajalela, dan ramai lagi.

Kesannya,pada era 1920-an dan 1930-an, ramai penduduk Tanah Melayu mempunyai kesedaran untuk
mendapatkan pendidikan.Maka muncul golongan berpendidikan yang mule memperjuangkan semangat
nasionalisme.Mereka menggunakan pelbagai cara untuk manyampaikan ideologi mereka.

Dalam usaha mereka untuk bebas daripada tangan penjajah mereka dikejutkan dengan kedatangan Jepun pada
tahun 1941.Namun disebabkan berlaku pengeboman di Hiroshima dan Nagasaki telah menyebabkan Jepun
menyerah kalah pada tahun 1945.

Pengunduran Jepun telah memberi ruang kepada Parti Komunis Malaya (PKM) untuk menguasai Tanah
Melayu. PKM telah bertindak ganas dengan membunuh dan memusnahkan harta benda awam dengan sewenangnya
sehingga memaksa British mengisytiharkan darurat di Tanah Melayu dari tahun 1948 hingga 1960.

Keganasan PKM tidak berjaya menakluki Tanah Melayu dan British kembali berkuasa. Sekembalinya British
selepas pendudukan Jepun, mereka cuba memperkenalkan Malayan Union. Pengenalan ini telah mendapat tentangan
yang hebat dan menyeluruh daripada penduduk tempatan. Pada 11 Mei 1946, penubuhan UMNO telah
menyemarakkan lagi penentangan tersebut dan seterusnya menyemai bibit-bibit perjuangan ke arah berkerajaan
sendiri.

Kemunculan Tunku Abdul Rahman telah memberi sinar harapan kepada perjuangan penduduk Tanah Melayu
ketika itu apabila tindakannya membentuk Parti Perikatan mula membuka mata British untuk membenarkan pendudukan
Tanah Melayu mentadbir sendiri negaranya. Perpaduan antara tiga kaum utama iaitu Melayu, Cina dan India telah
menampakkan hasil apabila Perjanjian London yang ditandatangani pada 8 Februari 1956 telah memberi petanda bahawa
Tanah Melayu akan merdeka pada 31 Ogos 1957.

Setelah kemerdekaan dicapai, timbul pula masalah berhubung dengan penubuhan Malaysia yang menggabungkan
Sabah, Sarawak dan Singapura. Penentangan terhadap penyatuan ini datang daripada Parti Rakyat Brunei, Indonesia dan
Filipina. Walau bagaimanapun hasrat untuk membentuk sebuah negara yang dinamakan MALAYSIA tercapai pada 16
September 1963.

Sejarah Bendera Malaysia

Penciptaan Bendera daripada sebuah pertandingan

Sejarah Bendera Malaysia bermula apabila Majlis Raja-Raja Persekutuan Tanah Melayu menubuhkan satu
Jawatankuasa pada tahun 1949 untuk menimbang serta membuat perakuan berkenaan dengan Bendera
Persekutuan Tanah Melayu.

Pada 29 November 1949, Majlis Raja-Raja dengan kerjasama Majlis Perundangan Persekutuan telah mengadakan
pertandingan untuk memilih reka bentuk bendera bagi kerajaan yang bakal dibentuk pada Mei 1948 dan seramai 373
karyawan telah mengambil bahagian. Pada 15 November 1949 hanya tiga reka bentuk yang berjaya dipilih ke
peringkat akhir dan ciptaan Encik Mohamed bin Hamzah (arkitek Jabatan Kerja Raya Negeri Johor) telah dipilih
sebagai pemenang.

Penciptaan Bendera mengalami beberapa fasa perubahan reka bentuk

Reka bentuk bendera tersebut telah dibuat beberapa pindaan iaitu bulan sabit dan bintang yang pada asalnya
berwarna putih digantikan dengan warna kuning bagi melambangkan warna diraja. Reka bentuk bendera tersebut
telah mendapat kelulusan King George VI pada 19 Mei 1950. Pada 26 Mei 1950, buat pertama kalinya Bendera
Persekutuan Tanah Melayu telah dikibarkan di perkarangan Istana Sultan Selangor dengan dihadiri oleh DYMM
Raja-Raja Melayu dan pegawai-pegawai King George VI.

Pertama kali bendera Malaysia dikibarkan

Bendera Persekutuan Tanah Melayu telah dinaikkan dan berkibar secara rasmi pada 31 Ogos 1957 di Padang Kelab
Selangor seiring dengan berkumandangnya lagu Negaraku yang buat kali pertama diperdengarkan kepada
umum.Bendera Persekutuan Tanah Melayu yang sebelum ini berjumlah 11 jalur melintang berwarna merah dan putih
telah bertambah jalurnya kepada 14 jalur sebaik sahaja kemasukan Sabah, Sarawak dan Singapura dalam Persekutuan
Malaysia pada 16 September 1963.

Bendera Malaysia Jalur Gemilang

Setelah berkibar megah sejak tahun 1950, pada malam 31 Ogos 1997 sempena sambutan 40 tahun kemerdekaan negara,
Tun Dr. Mahathir Mohammad yang merupakan Perdana Menteri Malaysia ketika itu telah mengukir sejarah dengan
mengumumkan nama baharu bagi bendera Malaysia iaitu sebagai Jalur Gemilang.

Nilai kemerdekaan yang perlu diambil iktibar Penutup / kesimpulan

Iktibar yang harus diambil daripada peristiwa kemerdekaan negara ialah kita seharusnya menghargai usaha gigih tokoh-tokoh yang
memperjuangkan pembentukan gagasan Malaysia. Tanpa usaha mereka, nescaya Malaysia hari ini tidak terbentuk.Justeru ,kita
hendaklah berusaha memajukan negara dan bangsa Malaysia .

Kita juga mestilah berusaha mengukuhkan perpaduan, kerana perpaduan merupakan kunci kepada kemerdekaan negara kita.
Tokoh-tokoh terdahulu sanggup berkorban dan bertoleransi demi mencapai perpaduan. Justeru warganegara Malaysia hari ini juga
seharusnya mengamalkan lima Prinsip Rukun Negara agar perpaduan dapat diperkukuhkan.

Selain itu iktibar yang boleh diambil ialah kita sewajarnya menjaga kestabilan politik negara. Hal ini kerana kestabilan politik
dapat mengelakkan campur tangan anasir luar dalam hal ehwal negara kita. Kestabilan negara dapat memacu pertumbuhan ekonomi
negara kerana dapat menyakinkan pelabur dan pelancong asing ke negara kita. Kemasukanpelabur asing dapat menjana ekonomi
melalui suntikan modal dalam bidang perindustrian , perhotelan , pembuatan dan pembinaan.Manakala kemajuan sektor pelancongan
dapat menarik aliran masuk mata wang asing ke negara kita

Iktibar lain yang diperoleh ialah kita hendaklah sentiasa menunjukkan kecintaan kepada negara untuk mengekalkan
kedaulatan negara. Selain itu, kita haruslah bekerjasama dalam mencapai matlamat negara. Kita juga perlu berganding bahu untuk
membangunkan negara supaya negara kita setanding dengan negara-nengara maju. Seterusnya, kita mestilah berani dan tabah
menghadapi cabaran. Di samping itu, kita haruslah setia kepada pemimpin dan berhati-hati dengan orang asing supaya negara kita
tidak lagi dijajah semula.

Antara nilai yang kita perlu amalkan ialah sentiasa menunjukkan semangat kekitaan dan kesamarataan dalam apa jua
tindakan yang dilakukan. Selain itu, kita perlu menunjukkan kerjasama dan hidup saling hormat-menghormati di antara pelbagai
kaum di Malaysia. Kita juga perlu menunjukkan nilai menghargai dan menghormati agama kaum lain. Kita juga sentiasa saling
memahami dan bertoleransi dalam apa jua perkara yang dilakukan.

Sebagai rakyat Malaysia yang mempunyai unsur patroitik, kita perlu bersifat terbuka dengan menyokong perubahan dari
semasa ke semasa untuk kearah kebaikan. Selain itu, perpaduan harus diamalkan sepanjang masa supaya keamanan negara dapat
dikekalkan. Sebagai rakyat juga, kita perlu berbangga dengan kejayaan dan keunikan negara yang terdiri daripada pelbagai kaum
dan budaya. Akhir sekali kita juga wajar menunjukkan penghormatan terhadap kepimpinan negara dan sentiasa bersyukur dengan
kemerdekaan Malaysia yang sudah.

PENUTUP /
KESIMPULAN

Sebagai kesimpulan, kemerdekaan di Tanah Melayu dicapai bukan dengan cara yang mudah tetapi berlaku secara
berperingkat-peringkat. Uniknya kemerdekaan ini dicapai dalam keadaan yang aman dan melalui rundingan. Dapat kita
konklusikan bahawa perisiwa kemerdekaan itu memberi banyak pengajaran kepada kita dan kita seharusnya belajar dari
sejarah itu.

Nilai dan pengajaran yang dapat diperolehi antaranya ialah, kita haruslah belajar bagaimana untuk menghargai apa
yang telah kita miliki. Selain itu, kita haruslah mengenang jasa para pemimpin dan tokoh terdahulu. Tidak lupa juga
tetang kepentingan perpaduan kaum bagi mewujudkan sebuah Negara yang merdeka dan bersatu. Tanamkan sifat cintakan
tanah air atau lebih dipanggil sebagai semangat nasionalisme. Akhir sekali, kesabaran itu amat penting bagi mencaoai
sesuatu cita-cita.

SUMBER RUJUKAN

Sivarajan a/ Ponniah, Sharifah Afidah binti Syed Hamid, Ahmad Salehee bin Abdul. 2020.Sejarah Sekolah
Kebangsaan Tahun 6, Kuala Lumpur; Dewan Bahasa dan Pustaka.

Ibrahim Ismail, 1992. Menuju Kelahiran Malaysia, Kuala Lumpur : Edusystem Sdn. Bhd.
https://www.mkn.gov.my/web/ms/2020/09/22/sejarah-penciptaan-jalur-gemilang/
https://www.malaysia.gov.my/portal/content/30120?language=my
https://today.salamweb.com/ms/sejarah-kemerdekaan-malaysia/
http://www.kabinet.gov.my/bkpp/index.php/anggota-pentadbiran/perdana-menteri-malaysia
https://www.malaysiatercinta.com/2016/03/senarai-perdana-menteri-malaysia.html


Click to View FlipBook Version