The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by faqihah, 2022-05-08 10:02:50

Pedang Rasulullah SAW

Pedang Rasulullah SAW

Keywords: Pedang Rasulullah SAW

IIX 1004 : PENGANTAR PENGAJIAN USULUDDIN

SEJARAH & TAMADUN ISLAM :

PEDANG RASULULLAH SAW

AHLIKUMPULAN

NIK NURINA BINTI NIK NOR HAVISAM
U2104289/1

NUR FARHANAH BINTI ALI AKBAR
U2000414/2

FAQIHAH BINTI ABDUL SAMAD
U2104237/1

SUFIYYA ILIYANIE BINTI ZULKIFLI
U2000211/2

NUR ATHIRAH BINTI KHALEK
U2000151/2

NORHAIN FITRAH BINTI MOHAMAD SAPRI
U2000370/2

NUR HIDAYAH BINTI ZAINUDDIN
U2000367/2

NIK NUR'AYUNI BINTI NIK AHMAD SHUKRI
U2104226/1

ISI KANDUNGAN

Pengenalan..............................................................1
Pedang al-Ma'thur..............................................2-3
Pedang al-'Adhab...................................................4
Pedang Zulfikar..................................................5-6
Pedang al-Qal'i ....................................................7-8
Pedang al-Battar...............................................9-10
Pedang al-Hatf................................................11-12
Pedang al-Rasub...................................................13
Pedang al-Mikhdam............................................14
Pedang al-Qadib.............................................15-16
Kesimpulan...........................................................17
Rujukan............................................................18-19

PENGENALAN

Jika dibandingkan dengan senjata lain, pedang kebiasaannya
dilihat lebih unggul oleh sesetengah budaya duniawi, malah ia
turut menjadi salah satu lambang kekuasaan kerana terdapat
sesetengah pedang yang dihiasi dengan logam yang mahal seperti
emas dan permata. Namun, ia hanyalah sekadar hiasan semata-
mata.

Pedang telah wujud dan digunakan sejak zaman Rasulullah SAW
lagi. Selama hayat baginda, Nabi mempunyai sejumlah pedang
pusaka dan ia pernah digunakan saat berperang. Secara
umumnya, pedang Rasulullah SAW berbentuk Hanafiyya. Pedang
Hanafiyya adalah pedang yang dibuat oleh suku Bani Hanifah
yang terkenal dengan kualitinya dan halus pembuatannya.

Termaktub di dalam kitab Syamail Muhammadiah karya Imam at-
Tarmidzi, beliau telah menyenaraikan sembilan jenis pedang yang
dimiliki Rasulullah SAW. Antaranya termasuklah al-Ma'thur, al-
'Adhab, Zulfikar, al-Qal’i, al-Battar, al-Hatf, al-Mikhdam, al-Rasub
dan al-Qadib. Setiap satunya mempunyai ciri-ciri, sejarah dan
perjalanan yang tersendiri.

Maka, marilah kita telusuri satu persatu pedang-pedang yang
dimiliki Rasulullah SAW.

1

Al-Ma'thur

Yang pertama, pedang ini dikenali sebagai al-Ma'thur al-Fijar.
Al-Mathur adalah pedang awal yang dimiliki oleh Baginda
sebagai harta pusaka daripada ayahanda Baginda. Ketika ini,
Baginda belum lagi menerima wahyu pertama di Mekah.
Pedang al-Ma'thur telah dimiliki oleh Nabi sejak Baginda
berumur 15 tahun ketika mengikuti datuknya dalam
peperangan Fijar. Pedang ini adalah pedang utama Rasulullah
dan tidak pernah diberikan kepada sahabatnya untuk
digunakan dalam peperangan kecuali hanya diberi kepada
Saidina Ali selepas kewafatannya. Pedang ini sentiasa berada
bersama Rasulullah tidak kira semasa Baginda berada di
Mekah ataupun di Madinah. Sekarang, Pedang al-Ma'thur
disimpan di muzium Topkapi, Istanbul, Turki.

(Gambar rajah Pedang al-Ma'thur)

2

Ciri-ciri

Pemegang dan sarung pedang al-Ma'thur diperbuat
daripada kayu dan dilapisi dengan kulit binatang yang telah
disamak. Kemudian, diperbaiki pemegangnya dengan
menggunakan emas dan dihiasi dengan batu-batu hiasan. Di
bawah tempat pemegangnya terdapat tulisan Abdullah bin
Abdul Mutalib yang ditulis dengan khat kaligrafi al-Kufi.
Panjang pedang ini ialah 99 sm dan panjang sarungnya
ialah 85 sm. Bentuknya pula berupa ular.

(Gambar rajah Pedang al-Ma'thur)

3

Al-'Adhab

Pedang yang seterusnya ini dinamakan Al-Adhab, iaitu
bermaksud memotong atau tajam. Hal ini sesuai dengan
kegunaannya iaitu digunakan sewaktu perang. Menurut
sejarah, pedang ini telah dikirim kepada Nabi Muhammad
SAW oleh Sa’ad bin Ubadah al-Ansari sebagai hadiah ketika
perang Badar. Baginda turut menggunakan pedang ini di
dalam perang Uhud dan para pengikut Baginda juga
menggunakan pedang ini bagi menunjukkan tanda
kesetiaan kepada Nabi Muhammad SAW.

Setelah itu, Rasulullah SAW telah menghadiahkan pedang
ini kepada Abu Dujanah al-Ansari r.a. Beliau telah
mempamerkan kehebatan pedang ini terhadap musuh-
musuh Allah terutamanya ketika pertempuran dalam
peperangan. Kini pedang ini disimpan di Masjid Hussain
bin Ali r.a yang terletak di Kaherah, Mesir.

(Gambar rajah Pedang al-'Adhab)

4

Zulfikar

Pedang Rasulullah SAW yang berikutnya ialah pedang Zulfikar
yang bermaksud pemilik ketajaman. Asal nama pedang ini adalah
daripada perkataan Dzu yang bermaksud pemilik, manakala al-
Fikar pula membawa makna sebagai ketajaman. Oleh itu, yang
dimaksudkan pada pedang ini adalah sifatnya yang sangat tajam.

Menurut pendapat, pedang milik Rasulullah SAW ini telah
diserahkan kepada Saidina Ali bin Abi Talib ketika pertempuran di
dalam sebuah peperangan, kemudian beliau telah mewarisinya
lalu mewariskannya pula kepada anaknya Saidina Hussin. Namun,
setelah itu tidak diketahui dimanakah kedudukan pedang tersebut
sehingga ke hari ini.

Walaubagaimanapun, menurut riwayat yang diceritakan, antara
ciri-ciri pedang ini adalah hujung pedangnya mempunyai bentuk
terbelah dua. Menurut sejarah, hal tersebut telah menyebabkan
pedang ini dikenali antara pedang terkuat yang dimiliki
Rasulullah SAW dan dibuktikan pula dengan kisah pertempuran
Saidina Ali di medan perang yang menggunakan pedang ini pada
ketika itu.

5

Ciri-ciri

Mempunyai hujung mata pedang yang berbentuk terbelah
dua.
Mempunyai tulisan berbahasa Arab pada badan pedang
yang bertulis "La fata illa Ali, la saif illa Zulfikar".
Sarung pedang dibuat dari logam berwarna keemasan.

(Gambar rajah Pedang Zulfikar)

6

Al-Qal'i

Menurut kamus al-Muhith al-Fairuzzabadi, Qal’i pula merupakan
sebuah nama perkampungan yang sering dinisbahkan kepada
pedang-pedang.

Makna dari sudut bahasa pula, al-Qal’i dinisbahkan kepada
Marjul Qola’ah yang merupakan sebuah tempat di padang pasir.
Secara umumnya, seluruh pedang al-Qal’i disandarkan kepada
tempat ini. Manakala secara khususnya ia merupakan pedang
lama yang dinisbahkan kepada logam di Qola’, iaitu sebuah
pergunungan yang terdapat di Syam. Pedang ini dinisbahkan
kepada Masyarifus Syam atau bersempena dengan nama sebuah
tempat di Yaman.

Sejarah:

Pedang ini merupakan antara salah satu senjata rampasan
perang yang diperolehi oleh Nabi Muhammad SAW daripada
Bani Qainuqa’.
Namanya mempunyai hubungan di Syria atau India yang
berhampiran dengan China.
Sekarang ia disimpan di Muzium Topkapi, Istanbul, Turki.

(Gambar rajah Pedang al-Qal'i)

7

Ciri-ciri

Ukuran panjangnya adalah lebih kurang 100 sm, manakala
beratnya pula 1176 gram.
Ukuran sarung pedangnya adalah 95 sm, dan ia seberat 820
gram, bersalut baldu hijau, dihiasi dengan emas.
Hulu pedang diperbuat daripada emas, dan penyilang pada
hulu pedang dihias dengan corak keemasan.
Pada penyilang di hulu pedang, terdapat satu tulisan. Pada
hulu pedang terukir kalimah “Pedang ini adalah pedang
Musyrifa al-Bait Muhammad Rasulullah.”
Bilahnya mempunyai dua alur, tajam pada salah satu bilahya.
Bentuk mata pedang kelihatan berombak.
Sisi tengah pedang lebih tebal daripada sisi hujungnya.

(Gambar rajah Pedang al-Qal'i)

8

Al-Battar

Dari segi bahasa, al-Battar bermaksud pedang yang sangat tajam
atau turut diberi makna sebagai pemenggal. Ia merupakan
pedang yang Rasulullah SAW perolehi daripada bangsa Yahudi
iaitu Bani Qainuqa’ setelah Baginda berjaya mengusir mereka
dari kota Madinah. Hal ini adalah kerana akibat mereka telah
mengkhianati perjanjian dengan Baginda SAW di Madinah.

Tambahan juga, pedang ini turut sinonim dengan pedang
warisan para Nabi. Hal ini adalah kerana pada bilah pedang ini
diukir sebahagian nama-nama Nabi dengan ukiran khat Arab
seperti Nabi Daud, Nabi Sulaiman, Nabi Musa, Nabi Harun, Nabi
Yusuf, Nabi Zakaria, Nabi Yahya, Nabi Isa dan juga Nabi
Muhammad.

Menurut sejarah, pedang al-Battar ini merupakan harta
rampasan perang yang diperoleh oleh Nabi Daud a.s ketika
Baginda berjaya membunuh Jalut dalam pertempuran antara
orang yang beriman daripada Bani Israil dengan orang-orang
Palestin.

Di dalam sejarah Islam, pedang ini merupakan pedang yang
paling tua. Malah terdapat juga beberapa pendapat mengatakan
bahawa pedang ini juga akan digunakan oleh Nabi Isa untuk
mengalahkan dajjal. Kini, pedang ini terletak di Muzium Topkapi,
Istanbul, Turki.

9

Ciri-ciri

Panjang pedang ini ialah 101 sm. Pada pedang ini
terdapat gambar Nabi Daud ketika memotong
Goliath (Jalut).
Terdapat ukiran khat Arab nama-nama Nabi pada
bilahnya.
Terdapat gambar patung setengah badan manusia
pada hulu pedang ini.
Pedang ini bermata dua dan tajam yang diperbuat
daripada tembaga.

(Hulu Pedang al-Battar) (Gambar rajah Pedang al-Battar)

10

Al-Hatf

Pedang Al-Hatf ialah pedang Rasulullah SAW. yang Baginda
perolehi daripada harta rampasan Bani Qainuqa'. Pedang ini
pada asalnya milik Nabi Daud. Antara mukjizat Nabi Daud
ialah dapat melembutkan besi dan kepakaran dalam membuat
senjata dan alatan perang. Buktinya, pedang al-Hatf ini ialah
salah satu ciptaannya. Pedang ini hanya digunakan oleh Nabi
Daud dan kemudiannya diberikan kepada suku al-Alawiyyin
atau nama lainnya suku Levi atau Levita, iaitu mereka yang
menyimpan senjata Bani Israel sehingga sampainya kepada
Rasulullah SAW.
Pada hari ini, pedang ini berada di Muzium Topkapi, Istanbul,
Turki.

(Gambar rajah Pedang al-Hatf)

11

Ciri-ciri

Panjang pedang ini ialah 112 sm dan lebar pemegangnya 8
sm.
Berat pedang ini ialah 4618 gram.
Pedang ini serupa dengan pedang al-Battar cuma saiznya
lebih besar.

(Gambar rajah Pedang al-Hatf)

12

Al-Rasub

- Pedang ini merupakan salah satu pedang Rasulullah SAW
yang dijaga di rumah nabi sendiri oleh keluarga dan sanak-
saudara Baginda. Pada hari ini, pedang ini berada di Muzium
Topkapi, Istanbul, Turki.

Ciri-ciri

Panjang pedang ini ialah 140 cm dan berbentuk 'blade'.
Mempunyai imej naga, singa dan burung.
terdapat hiasan bulatan emas yang berukir tulisan arab
Ja'afar al Sadiq.

(Gambar rajah Pedang al-Rasub)

13

Al-Mikhdam

Pedang ini adalah hak kepunyaan al-Harith Bin Abi Syamir
al-Ghassani, Raja Ghassan.
Kalimah Mikhdam ialah al-qathi’ yang bermaksud penikam
atau pemotong
Pedang ini dinisbahkan kepada Saiyidina Ali Zainal Abidin
r.a.

Ciri-ciri

Panjang pedang berukuran 97 sm, beratnya 990 gram (1,904
gram berserta sarung pedang).
Hulu pedang akan penyilangnya diperbuat daripada besi,
dihiasi dengan corak bunga keemasan.
Bilah pedang melengkung.
Sarung pedang berkulit hitam, panjangnya berukuran 90 sm
Kancing pada sarung pedang berwarna perak.

(Gambar rajah Pedang al-Mikhdam)
14

Al-Qadib

Maksud :

Dari segi bahasa, al-Qadib bermaksud halus dan tipis.
Al-Qadib bermaksud tidak lebar berlawanan dengan tipis.
Al-Qadib bermaksud tongkat atau kayu yang seakan-akan
menyerupai pedang.
Al-Qadib membawa makna pemotong, iaitu yang memotong
mangsanya.
Al-Qadib juga bermaksud pedang yang sangat tajam.

Tujuan :

Pedang ini adalah sangat ringan dan mudah untuk dibawa.
Pedang ini digunakan untuk mempertahankan diri semasa
bermusafir dan tidak digunakan untuk tujuan berperang.

Sejarah:

Pedang ini tidak pernah digunakan oleh Rasulullah SAW di
medan peperangan.
Pedang ini digunakan oleh Rasulullah SAW ketika hari
pernikahan putri Baginda, iaitu Saidatina Fatimah az-Zahra
r.a dengan Saidina Ali r.a.
Pedang ini diletakkan di rumah Rasulullah SAW sahaja.

15

Ciri-ciri

Panjang pedang 100 sm.
Berat pedang 930 gram, berat sarungnya 1,684 gram.
Sisi mata pedang diperbuat daripada perak.
Permukaan pedang terukir kalimah "La ilaha illallah
Muhammad Rasulullah Ibn Abdullah Ibn Abdul Muthalib".
Pedang yang bermata dua, runcing dan tajam di hujungnya
Hulu pedang diperbuat daripada kulit binatang yang sudah
disamak.
Lingkaran hulu pedang ini diperbuat daripada emas dan
terukir gambaran bunga di atasnya.

(Gambar rajah Pedang al-Qadib)

16

KESIMPULAN

Setelah menyelam dengan lebih lanjut mengenai pedang
peninggalan Baginda SAW, kita dapat ketahui bahawa ia
merupakan rahmat yang sangat besar kepada kita sebagai umat
Nabi Muhammad SAW. Setiap perjuangan Baginda dalam
mempertahankan dan menegakkan kesucian Islam tiada tolak
bandingnya sehinggakan pedang yang beliau gunakan untuk
berjihad di jalan Allah masih kekal sehingga kini dan menjadi
suri tauladan dalam hidup kita sebagai umat Nabi Muhammad
yang tercinta.
Marilah bersama menyuburkan rasa cinta kepada Nabi
Muhammad SAW dengan mengenali pedang-pedang Rasulullah
SAW. kerana disitulah tercoretnya jihad Baginda yang berpenat
lelah dan bertungkus-lumus bertarung nyawa demi Islam yang
tercinta.

17

RUJUKAN

Apa yang kamu ketahui tentang pedang Zulfikar : pedang Nabi
Muhammad SAW ? (2018, May 5). Dictio Community.
https://www.dictio.id/t/apa-yang-kamu-ketahui-tentang-pedang-
zulfikar-pedang-nabi-muhammad-saw/86349/2

Log into Facebook. (n.d.). Facebook. Retrieved May 8, 2022, from
https://www.facebook.com/112496517294363/posts/apa-itu-al-rasub-
pedang-ini-dijaga-di-rumah-nabi-muhammad-saw-oleh-keluarga-
dan-/142680974275917/

Metafizika, M. (2016, July 25). PEJUANG ISLAM: PEDANG AL-QADIB.
PEJUANG ISLAM. http://pedangrasul.blogspot.com/2016/07/pedang-al-
qadib_25.html

Metafizika, M. (2016, July 26). PEJUANG ISLAM: PEDANG AL-BATTAR.
PEJUANG ISLAM. http://pedangrasul.blogspot.com/2016/07/pedang-al-
battar.html

Metafizika, M. (2016, July 26). PEJUANG ISLAM: PEDANG AL-

MIKHDAM. PEJUANG ISLAM.

http://pedangrasul.blogspot.com/2016/07/pedang-al-mikhdam.html

Metafizika, M. (2016, July 26). PEJUANG ISLAM: PEDANG AL-QAL’I.
PEJUANG ISLAM. http://pedangrasul.blogspot.com/2016/07/pedang-al-
qali.html

Muḥammad Ibn ʻīsā At-Tirmidī, Harun, & Abu Azka Al-Madani. (2013).
Rasulullah s.a.w. insan sempurna sebaik-baik ikutan. Crescent News
K.L.‌

Pedang-Pedang Milik Nabi Muhammad SAW - PDF Download Gratis.
(n.d.). Docplayer.info. Retrieved May 8, 2022, from
https://docplayer.info/30658507-Pedang-pedang-milik-nabi-
muhammad-saw.html

18

RUJUKAN

Pedang-Pedang Rasulullah SAW - Membalik Buku Halaman 1-23|
AnyFlip. (n.d.). Anyflip.com. Retrieved May 8, 2022, from
https://anyflip.com/guqmh/ocyy/basic

PMWP, A. (2015, May 14). BAYAN LINNAS SIRI KE-19: PAMERAN
ATHAR RASULULLAH SAW: HUKUMNYA (PEDANG DAN RAMBUT
SERTA JANGGUT RASULULLAH SAW). Pejabat Mufti Wilayah
Persekutuan. https://muftiwp.gov.my/en/perkhidmatan/artikel-soal-
jawab/3489-bayan-linnas-siri-ke-19-pameran-athar-rasulullah-saw-
hukumnya-pedang-dan-rambut-serta-janggut-rasulullah-saw

Sifuli. (2010, June 19). al adb pedang nabi muhammad saw. Rahsia
Kayu Batu Dan Logam.
https://rahsiakayubatudanlogam.wordpress.com/2010/06/19/al-adb-
pedang-nabi-muhammad-saw/al-adb-pedang-nabi-muhammad-saw/

Yadim, E. (2016, August 29). SEMBILAN PEDANG RASULULLAH SAW.

Yayasanm Dakwah Islamiah Malaysia.

https://www.yadim.com.my/v2/sembilan-pedang-rasulullah-saw/

19


Click to View FlipBook Version