The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by Amirrudin, 2024-05-03 22:34:55

Buku AGM Muafakat MRSM PDRM 2024

Buku AGM Muafakat MRSM PDRM 2024

mrsmpdrm MRSM PDRM Kulim 1 Annual Ganeral Meeting 2024 MUAFAKAT MESYUARAT AGUNG TAHUNAN MUAFAKAT MARA CAWANGAN MRSM PDRM, KULIM KALI KE-26 2024


2


3 9.00 pagi : Pendaftaran Waris, perwakilan, guru dan staf. 9.45 pagi : Pendaftaran Tetamu Khas (Pemerhati) dan pengurusan 10.00 pagi : Majlis Perasmian Mesyuarat Agung Pemuafakatan Pendidikan MARA Cawangan MRSM PDRM Kulim (MUAFAKAT) Kali Ke-26 : Kata alu-aluan Pengerusi Tetap En. Zulhilmi bin Ahmad : Bacaan Doa oleh: Ust. Mohammad Radzi bin Zawawi : Ucapan Alu-aluan Yang Dipertua MUAFAKAT MRSM PDRM En. Muhammad Safwan bin Jamaludin : Ucapan Alu-aluan dan Perasmian oleh Pengetua MRSM PDRM En Abu Zaki bin Ahmad Affandi : Mesyuarat Agung Cawangan Bermula : Ucapan Penangguhan Mesyuarat 1.00 petang : Mesyuarat tamat Atur Cara Majlis


4 1. Kata alu-aluan Pengerusi Tetap Majlis MUAFAKAT MRSM PDRM 2. Kata alu-aluan Yang Dipertua MUAFAKAT MRSM PDRM 3. Kata alu-aluan dan Perasmian Mesyuarat Agung MUAFAKAT oleh Tuan Pengetua MRSM PDRM 4. Membentang dan Mengesahkan Minit Mesyuarat Agung ke-25 5. Membentang Laporan Jawatankuasa Tahunan oleh Setiausaha 6. Membentang dan Menerima Penyata Kewangan berakhir 31 Disember 2023 bagi Akaun 1 dan Akaun 2 7. Pembentangan dan Perbahasan Usul 8. Memilih 3 orang Perwakilan ke Mesyuarat Agung MUAFAKAT Kebangsaan 9. Ucapan Penangguhan Mesyuarat Agenda Mesyuarat


5


6 MRSMPDRM/MT/06/1 ( ) April 2024 Kepada Y Bhg Dato' Sayed Alfeizal Sayed Ahmed Badan Permuafakatan Pendidikan MARA Malaysia, Lot 1.3, Tingkat 9, Bangunan Bumi Raya, Jalan Raja Laut, 50609 Kuala Lumpur. Y Bhg Dato', MAKLUMAN PELAKSANAAN MESYUARAT AGUNG BADAN PERMUAFAKATAN PENDIDIKAN MARA CAWANGAN MRSM PDRM KULIM KALI KE-26 DAN JEMPUTAN SEBAGAI PEMERHATI Dengan hormatnya merujuk kepada perkara di atas. 2. Saya diarah merujuk Perkara 18: Mesyuarat Agung Tahunan Cawangan, Perlembagaan Badan Pemuafakatan Pendidikan MARA Malaysia, dengan ini memaklumkan Mesyuarat Agung Badan Pemuafakatan Pendidikan MARA Cawangan MRSM PDRM Kulim Kali Ke-26 akan diadakan sebagai mana butiran berikut : Tarikh : 5 Mei 2023 ( Ahad ) Masa : 10.00 pagi Tempat : Dewan Sri Lanang (DSL) MRSM PDRM 3. Kami juga memohon kerjasama pihak tuan untuk lantikan Pemerhati Mesyuarat Agung Tahunan Kali ke-26 Muafakat Mara Cawangan MRSM PDRM Kulim 2024. 4. Bersama-sama ini disertakan Agenda Mesyuarat Agung Tahunan Kali Ke-26. Segala kerjasama amatlah dihargai dan didahului dengan ucapan terima kasih. Sekian. Saya yang menjalankan amanah, (IHFAYULIANI BINTI IBRAHIM) Setiausaha MUAFAKAT Maktab Rendah Sains MARA PDRM Kulim Agenda Mesyuarat : 1. Kata alu-aluan Pengerusi Tetap Majlis MUAFAKAT MRSM PDRM 2. Kata alu-aluan Yang Dipertua MUAFAKAT MRSM PDRM 3. Kata alu-aluan Pengetua MRSM PDRM


7 Kata-Kata Aluan PRESIDEN, MUAFAKAT MARA Malaysia Assalamualaikum dan Salam Sejahtera, Bersyukur ke hadrat Allah SWT kerana dengan limpah dan kurnia-Nya dapat kita berkumpul pada hari yang mulia ini di Mesyuarat Agung MUAFAKAT Cawangan MRSM PDRM Kali ke-26. Saya ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepada semua jawatankuasa yang sudah bertungkus lumus dalam memastikan perjalanan mesyuarat pada hari ini dapat dijayakan dengan lancar. Saya juga merakamkan penghargaan kepada semua ahli muafakat Cawangan MRSM PDRMterutamanya warga ibu bapa dan guru yang sudi meluangkan masa untuk hadir pada majlis ini. Menyingkap jerit perih perjalanan MUAFAKAT belakangan ini, organisasi ini sentiasa berdepan dengan pelbagai cabaran dalam menempuhi arus moden yang serba pantas pada masa kini. Seiring dengan prestasi MUAFAKAT yang semakin membanggakan, masyarakat dilihat menaruh sepenuh kepercayaan terhadap kebolehupayaan, kecekapan dan keberkesanan pengurusan MUAFAKAT dalam membantu serta menyokong hal hewal kebajikan, kesejahteraan dan kecemerlangan pelajar-pelajar IPMA. Hal ini pastinya menguji kematangan dan ketelitian MUAFAKAT dalam memikul serta menjunjung amanah yang diberikan oleh masyarakat khususnya waris pelajar-pelajar IPMA agar segala hasrat dan impian dapat dicapai dengan jayanya. Oleh itu, melalui Mesyuarat Agung Tahunan MUAFAKAT sememangnya merupakan wadah yang menjadi penghubung antara ibu bapa, guru dan pihak pengurusan untuk bersama-sama berbincang serta bermuafakat terhadap apa jua isu dan permasalahan yang berbangkit agar dapat ditangani dengan cekap dan berhemah. Justeru, saya menyeru kepada barisan jawatankuasa MUAFAKAT agar lebih bersikap proaktif dan progresif dalam mengetengahkan serta melaksanakan dasar dan perancangan organisasi yang lebih bersistematik demi memajukan dan meningkatkan lagi prestasi MRSM, Kolej MARA dan Kolej Profesional MARA dipersada dunia. Kerjasama erat yang dizahirkan antara ibu bapa, guru dan pihak pengurusan merupakan gabungan mantap yang harus dipelihara agar MUAFAKAT terus menjadi sebuah pertubuhan yang berkualiti dan disegani di peringkat yang lebih tinggi. Akhir sekali, saya juga ingin merakamkan setinggi penghargaan khususnya buat Majlis Amanah Rakyat (MARA) yang sentiasa memberikan sokongan dan dorongan yang tidak berbelah bahagi bagi memastikan segala matlamat dan sasaran Badan Permuafakatan Pendidikan MARA Malaysia dapat direalisasikan dengan jayanya. Akhir kata, sekalung tahniah diucapkan kepada semua pihak yang terlibat dalam menjayakan Mesyuarat Agung Tahunan Badan Permuafakatan Pendidikan MARA Malaysia Cawangan MRSM PDRM Kali Ke-26 ini. Sekian. Dato’ Ts. SAYED ALFEIZAL SAYED AHMAD PRESIDEN, MUAFAKAT MARA Malaysia


8 Kata-Kata Aluan PENGETUA MRSM PDRM KULIM Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera. Bersyukur ke hadrat Allah SWT kerana dengan izin-Nya kita dapat melaksanakan Mesyuarat Agung Muafakat kali ke-26 ini. Saya juga merakamkan ucapan terima kasih atas kehadiran ibu bapa pada majlis ini. Sebagai tanda penghargaan, saya sentiasa mengalu-alukan kehadiran dan kesudian para ibu bapa pada mesyuarat kali ini. Kehadiran ibu bapa sekalian menunjukkan usaha yang bersungguh dalam usaha merealisasikan visi dan misi MRSM PDRM agar kita dapat mencapai kecemerlangan dalam bidang akademik, kokurikulum dan sahsiah para pelajar di sini. Sesungguhnya, menjadi harapan kita semua untuk melihat kejayaan mereka. Kami di MRSM PDRM sentiasa mengalu-alukan cetusan idea yang bernas daripada ibu bapa untuk memastikan MRSM PDRM terus cemerlang dalam pelbagai bidang. Diharapkan para ibu bapa tidak akan putus asa dalam memberikan sumbangan, bimbingan dan motivasi kepada anak-anak kita. MRSM PDRM sentiasa positif dari pelbagai sudut demi kejayaan para pelajar. Dengan komitmen dan kesungguhan para guru, sudah pasti kejayaan akan berada dalam genggaman kita semua. Oleh itu, saya mengharapkan sokongan yang jitu daripada semua pihak untuk merealisasikan impian ini. Akhir kata, saya ingin merakamkan terima kasih kepada barisan AJK MUAFAKAT sesi 2023/2025 yang telah banyak membantu memastikan program dan aktiviti yang dirancang sepanjang tahun dilaksanakan dengan jayanya. Semoga kerjasama antara pihak pengurusan, guru dan ibu bapa dapat diteruskan lagi pada masa akan datang demi kejayaan bersama. Sekian, terima kasih. “BERKHIDMAT UNTUK NEGARA” [ EN. ABU ZAKI BIN AHMAD AFFANDI] Pengetua MRSM PDRM Kulim, Kedah


9 Kata-Kata Aluan YANG DIPERTUA MUAFAKAT Assalamualaikum dan Salam Sejahtera. Dengan nama Allah SWT Yang Maha Pemurah dan Maha Penyayang. Alhamdulillah dengan kekuasaan dan rahmat-Nya dapat kita menjayakan Mesyuarat Agung Muafakat Cawangan MRSM PDRM, Kulim Kali ke-26. Saya mewakili pihak Jawatankuasa Muafakat merakamkan terima kasih atas kehadiran tuan/puan ke Mesyuarat Agung pada tahun ini. Kehadiran tuan/puan membuktikan bahawa kita semua sentiasa komited dalam memastikan kejayaan anak-anak pelajar dan menginginkan perubahan dalam kaedah pendidikan anak-anak kita. Pihak Muafakat sentiasa merencana dan menyokong semua program dan aktiviti untuk melahirkan pelajar yang cemerlang dan bersahsiah mulia. Selain itu, kami sentiasa memastikan kebajikan pelajar sentiasa terjaga. Alhamdulillah, syukur ke hadrat Ilahi berkat kerjasama antara pihak ibu bapa dan guru serta pihak pengurusan maktab, Muafakat berjaya melaksanakan pelbagai aktiviti utama bagi manfaat pelajar daripada setiap tingkatan. Saya mengharapkan kerjasama sebegini dapat dikekalkan untuk masa yang akan datang. Saya mengharapkan kerjasama, idea dan peranan semua pihak iaitu pihak pengurusan maktab, guru-guru dan ibu bapa bagi mencapai kecemerlangan akademik, kokurikulum dan sahsiah pelajar. Saya juga mengharapkan sokongan daripada semua pihak supaya segala perancangan dapat dilaksanakan dengan jayanya. Akhir kalam, saya menyeru semua ibu bapa dan waris bersama-sama menggembleng tenaga dalam melonjakkan lagi kecemerlangan pelajar di MRSM PDRM. Sekian, wassalam. “BERKHIDMAT UNTUK NEGARA” [ En. Muhammad Safwan bin Jamaludin] Yang Dipertua MUAFAKAT MRSM PDRM Kulim, Kedah.


10


11 MINIT MESYUARAT AGUNG MUAFAKAT KALI KE-25/2023 MESYUARAT AGUNG TAHUNAN MUAFAKAT MARA CAWANGAN MRSM PDRM, KULIM KALI KE-26 2024


12 MAKTAB RENDAH SAINS MARA PDRM KULIM, KEDAH MINIT MESYUARAT AGUNG MUAFAKAT KALI KE-25/2023 TARIKH : 7 MEI 2023 MASA : 10.00 PAGI TEMPAT : DSL Kehadiran: Ibu bapa - 56 orang Guru - 27 orang Jumlah - 83 orang Agenda mesyuarat 1. Kata alu-aluan Pengerusi Majlis 2. Bacaan doa 3. Kata alu-aluan Yang Dipertua MUAFAKAT MRSM PDRM 4. Kata alu-aluan dan Perasmian Mesyuarat Agung MUAFAKAT oleh Pengetua MRSM PDRM 5. Membentang dan Mengesahkan Minit Mesyuarat Agung ke-24 6. Membentang Laporan Jawatankuasa Tahunan 7. Membentang dan Menerima Penyata Kewangan Berakhir 31 Disember 2022 8. Pembentangan dan Perbahasan Usul 9. Memilih 3 orang Perwakilan ke Mesyuarat Agung MUAFAKAT Kebangsaan 10. Ucapan Penangguhan Mesyuarat 1.0KATA ALU-ALUAN YDP MUAFAKAT 1.1 YDP mengalu-alukan semua ahli ke Mesyuarat Agung MUAFAKAT MRSM PDRM Kulim kali ke-25 2023. Sesungguhnya, dengan kehadiran ini, membuktikan semua ahli sentiasa komited dalam memastikan kejayaan anak-anak pelajar dan menginginkan perubahan dalam kaedah pendidikan anak-anak. Makluman 1.2 Jawatankuasa MUAFAKAT sentiasa merancang program dan aktiviti untuk para pelajar selain memastikan kebajikan pelajar sentiasa terjaga. Berkat kerjasama antara pihak ibu bapa dan guru serta pihak pengurusan maktab, Muafakat berjaya melaksanakan pelbagai aktiviti utama bagi manfaat pelajar daripada setiap tingkatan. YDP mengharapkan kerjasama sebegini dapat dikekalkan untuk masa akan datang. Makluman 1.3 Pemilihan ahli jawatankuasa yang baharu akan dijalankan pada mesyuarat kali ini. YDP mengharapkan ibu bapa dapat memberikan kerjasama seperti sebelum ini kepada barisan jawatankuasa yang baharu ini. Semoga pencalonan dan pemilihan pada kali ini akan membariskan jawatankuasa yang lebih berwawasan dengan nafas yang baharu demi memajukan semua bidang baik akademik, kokurikulum dan sahsiah pelajar. Makluman


13 1.4 YDP mengharapkan kerjasama, idea dan peranan semua pihak iaitu pihak pengurusan maktab, guru-guru dan ibu bapa bagi mencapai kecemerlangan akademik, kokurikulum dan sahsiah pelajar. YDP juga mengharapkan jawatankuasa muafakat yang baharu ini dapat meneruskan program yang telah dirancang dan yang bakal dilaksanakan. YDP menyeru semua ibu bapa dan waris bersama-sama menggembleng tenaga dalam melonjakkan lagi kecemerlangan pelajar MRSM PDRM. Makluman 2.0KATA ALU-ALUAN DAN PERASMIAN AGM OLEH PENGETUA 2.1 Pengetua mengucapkan terima kasih dan mengalu-alukan kehadiran dan kesudian kepada semua ahli kerana menghadiri Mesyuarat Agung Muafakat Kali Ke-25/2023. Kehadiran ibu bapa menunjukkan komitmen yang tinggi dalam usaha merealisasikan visi dan misi MRSM PDRM untuk mencapai ke cemerlangan dalam bidang akademik, kokurikulum dan sahsiah para pelajar. Makluman 2.2 Pengetua juga mengalu-alukan idea-idea bernas daripada ibu bapa untuk memastikan MRSM PDRM terus cemerlang dan terbilang dalam mendidik dan mencurahkan ilmu kepada anak-anak pelajar. Pihak MRSM PDRM amat menghargai usaha dan komitmen ibu bapa sekalian. Makluman 2.3 MRSM PDRM sentiasa bersinergi dari pelbagai sudut demi kejayaan para pelajar. Pengetua mengharapkan semua guru dapat memberi komitmen dan iltizam untuk kejayaan bersama. Pengetua juga mengharapkan sokongan yang jitu daripada ibu bapa untuk merealisasikan impian ini. Makluman 2.4 Pengetua merakamkan ucapan terima kasih kepada barisan AJK MUAFAKAT sesi 2021/2023 yang telah banyak membantu memastikan program dan aktiviti yang dirancang Berjaya dilaksanakan seterusnya mengharumkan nama maktab sama ada dari segi akademik, kokurikulum dan sahsiah. Semoga Kerjasama antara pihak pengurusan, guru dan ibu bapa dapat diteruskan lagi pada masa akan datang demi kejayaan bersama. Pengetua merasmikan Mesyuarat Agung Muafakat ke-25/2023. Makluman 3.0 PENGESAHAN MINIT MESYUARAT MUAFAKAT 24/2022 3.1 Pengesahan minit mesyuarat: Pencadang sah dengan pindaan : En. Zazali bin Hashim Disokong : Pn. Saphura Hanim binti Mohamad 4.0 PERKARA BERBANGKIT 4.1 Pn. Saphura Hanim binti Mohammad memohon penjelasan tentang sumbangan majlis berbuka puasa.


14 Maklum balas YDP memaklumkan wang sumbangan dimasukkan ke dalam akaun utama. 4.2 Pn. Saphura Hanim binti Mohammad mencadangkan supaya para waris membayar yuran Muafakat sebanyak RM 50.00 setahun. 4. 3 Pn. Saphura Hanim binti Mohammad juga memohon AJK Muafakat memastikan setiap ahli membayar yuran pada setiap tahun. Maklum balas: AJK Waris tidak terlibat secara langsung dalam pemantauan pungutan yuran Muafakat namun boleh mengingatkan waris supaya membuat bayaran. 4.4 Sumbangan program-program tidak rasmi akan dimasukkan ke dalam akaun sumbangan. 4.5 Akaun kedua (Bank Muamalat) telah dibuka pada tahun ini dan akan dibentangkan pada tahun 2024. 5.0 LAPORAN TAHUNAN JAWATANKUASA MUAFAKAT 2022 5.1 Setiausaha Muafakat membentangkan Laporan Tahunan Jawatankuasa Muafakat 2022. Rujuk buku program muka surat 19. Makluman 5.2 Laporan disahkan oleh: Pencadang sah : Encik Rahmad Yusri bin Sukarman Disokong : Puan Hasdatul Marni binti Abu Hassan 6.0 LAPORAN PENYATA KEWANGAN 6.1 Laporan kewangan: Pendapatan : RM 20,003.64 Belanja : RM 18,779.95 Baki : RM 15,723.69 Makluman 6.2 Pengesahan laporan: Disahkan oleh : En. Azlan bin Zakaria Disokong oleh : Encik Danish bin Soffian 7.0 PEGAWAI PENYELARAS U/P 7.1 Kerja-kerja penambahbaikan telah dijalankan mengikut jadual. Tindakan: Pegawai Penyelaras UP


15 7.2 Pengesahan laporan: Disahkan oleh : Puan Hasdatul Marni binti Abu Hassan Disokong oleh : Puan Lizawati binti Mansor 8.0 PEMBUBARAN JAWATANKUASA SESI 2021/2023 8.1 YDP Muafakat Sesi 2021/2023 membubarkan jawatankuasa bagi sesi 2021/2023. 9.0 PELANTIKAN PENGERUSI SEMENTARA 9.1 YDP Muafakat menyerahkan majlis kepada Encik Yahya Farid selaku pengerusi majlis sebagai pengerusi sementara. 9.2 Encik Yahya Farid dan Encik Zulhilmi dikekalkan sebagai Pengerusi Tetap dan Timbalan Pengerusi Tetap bagi sesi 2023/2025. Disahkan oleh : Puan Ihfayuliani binti Ibrahim Disokong oleh : Encik Rahmad Yusri bin Sukarman 10.0 PELANTIKAN JAWATANKUASA SESI 2023/2025 10.1 Pelantikan jawatankuasa dijalankan mengikut prosedur berdasarkan Perlembagaan bagi Pertubuhan Induk Badan Permuafakatan Pendidikan MARA Malaysia (Muafakat MARA) dan dipersetujui oleh ibu bapa. 10.2 En. Muhammad Safwan bin Jamaludin dilantik sebagai Yang Dipertua Muafakat Cawangan MRSM PDRM. 10.3 En. Rahmad Yusri bin Sukarman dilantik sebagai Timbalan Yang Dipertua Muafakat Cawangan MRSM PDRM. 10.4 Setiausaha dan Bendahari dilantik daripada kalangan tenaga pengajar, iaitu Pn. Ihfayuliani binti Ibrahim dan Pn. Ismaniza binti Mohamad Isa. 10.5 AJK Guru dilantik melalui lantikan jawatankuasa bagi sesi 2023. 10.6 Lantikan AJK Waris iaitu En. Zazali Hashim, En. Kesavan a/l V. Singaram, Pn. Salamiah binti Alias, Pn. Noorhamela binti Salim dan Pn. Miratun Hasanah binti Ishak dikekalkan untuk Sesi 2023/2025. 10.7 AJK Waris yang baharu dilantik melalui undian yang dijalankan, iaitu Pn. Nur Syahzila binti Ramli, Pn. Rohani binti Din dan Pn. Saphura Hanim binti Mohammad. Dicadangkan oleh : Pn. Hasdatul Marni binti Abu Hassan Disokong oleh : En. Mahadzir bin Rawi


16 10.8 Pn. Mashitah binti Musa dilantik sebagai Juruaudit. Dicadangkan oleh : Pn. Saphura Hanim binti Mohammad Disokong oleh : Pn. Rohaya binti Khamis 11.0 USUL DAN CADANGAN 11.1 Usul 1 (Pn. Hasdatul Marni binti Abu Hassan) Kawasan parkir di kawasan maktab perlu ditambah baik. Maklum balas Pegawai Penyelaras U/P: Tindakan untuk penambahbaikan memerlukan pemeriksaan kawasan terlebih dahulu. Pegawai Penyelaras U/P juga memohon kepastian berkenaan kawasan parkir yang dimaksudkan sama ada di kawasan maktab atau kawasan asrama. Pegawai Penyelaras U/P juga memohon ibu bapa/ waris mematuhi arahan parkir kerana maktab berada di dalam kawasan Batalion. 11.2 Usul 2 (En. Shaiful Bahshar bin Osman) Penggunaan telefon pintar dalam kalangan pelajar perlu dikaji semula. Maklum balas TPKA : Pelajar dibenarkan membawa telefon bimbit dan komputer riba tertakluk kepada manual yang dikeluarkan oleh BPM. TPKA juga memaklumkan bahawa pihak maktab sedang melancarkan aplikasi merit-demerit. Sekiranya pelajar melanggar peraturan penggunaan telefon pintar, mereka akan dikenakan demerit. 11.3 Usul 3 (En. Rahmad Yusri bin Sukarman) Penapis air yang sedia ada perlu diselenggara dengan lebih kerap. Selain itu, bilangan penapis air perlu ditambah untuk kegunaan pelajar. Maklum balas TYDP : Penapis air Coway diselenggara mengikut jadual. Pihak Muafakat telah menyediakan 5 unit penapis air Coway yang baharu di kawasan asrama. 11.4 Usul 4 (Pn. Saphura Hanim binti Mohammad) 11.4.1 Program DLP di MRSM premier. Maklum balas TPKA : PdP Matematik dan Sains menggunakan bahasa Melayu mulai sesi persekolahan tahun 2023 kepada para pelajar tingkatan 1 dan tingkatan 4 kecuali MRSM IGCSE. 11.4.2 Kutipan untuk program-program Gemilang setiap tingkatan. Maklum balas TPKA : Pihak maktab tidak dibenarkan membuat kutipan bayaran tambahan selain bayaran yang telah ditetapkan oleh pihak BPM. Kutipan bayaran tambahan hanya boleh dibuat berdasarkan persetujuan ahli Muafakat sahaja melalui Mesyuarat Agung Muafakat dan perlu diminitkan.


17 12.0 HAL – HAL LAIN 12.1 En. Zikrul Hakim bin Noor memohon semua pihak bertindak proaktif dalam membantu pihak Muafakat dari pelbagai sudut demi kecemerlangan para pelajar. 12.2 Pn. Saphura Hanim binti Mohammad memaklumkan pelajar perlu memanfaatkan penggunaan telefon pintar dalam mendepani cabaran masa kini. Para waris juga perlu memantau penggunaan telefon pintar dalam kalangan anak-anak dengan memanfaatkan pelbagai aplikasi yang ada. 13.0 PEMILIHAN PERWAKILAN KE MESYUARAT AGUNG MUAFAKAT KEBANGSAAN Nama Calon : En. Muhammad Safwan bin Jamaludin Cadangan : Pn. Hasdatul Marni binti Abu Hassan Sokong : En. Yahya Farid bin Kamaluddin Nama Calon : Pn. Saphura Hanim binti Mohammad Cadangan : Pn. Lizawati binti Mansor Sokong : Dr. Ahmad Badri bin Ismail Cadangan tutup : Kesavan a/l V. Singaram Sokong : Pn. Lizawati binti Mansor Wakil MUAFAKAT ke Mesyuarat Agung : 1. En. Muhammad Safwan bin Jamaludin 2. Pn. Saphura Hanim binti Mohammad 14.0 UCAPAN PENANGGUHAN MESYUARAT 14.1 Pengerusi Tetap mengucapkan terima kasih kepada semua pihak atas kerjasama yang baik dan mesyuarat berlangsung mengikut masa yang dicadangkan. Pengerusi Tetap juga mengucapkan tahniah kepada lantikan Jawatankuasa Sesi 2023/2025. 14.2 YDP MUAFAKAT SESI 2023/2025 YDP mengucapkan jutaan terima kasih kepada semua pihak yang menjayakan Mesyuarat Agung Muafakat pada kali ini. Beliau mengharapkan kerjasama semua pihak dalam menggalas tanggungjawab ini. 14.3 Pengetua MRSM PDRM Pengetua mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan dan sekalung tahniah kepada YDP MUAFAKAT, Timbalan YDP MUAFAKAT dan semua AJK yang dilantik bagi menerajui Jawatankuasa MUAFAKAT MRSM PDRM. 2 Mesyuarat ditangguhkan pada jam 12.30 petang. Disediakan oleh, Disahkan oleh, (IHFAYULIANI BINTI IBRAHIM) (MUHAMMAD SAFWAN BIN JAMALUDIN) Setiausaha Muafakat YDP Muafakat Maktab Rendah Sains MARA PDRM Kulim Maktab Rendah Sains MARA PDRM Kulim


18


19 USUL, CADANGAN & JAWAPAN MESYUARAT AGUNG TAHUNAN MUAFAKAT MARA CAWANGAN MRSM PDRM, KULIM KALI KE-26 2024


20 USUL/ CADANGAN & JAWAPAN MESYUARAT AGUNG TAHUNAN MUAFAKAT MARA CAWANGAN MRSM PDRM, KULIM KALI KE-26 2024 BIL NAMA WARIS USUL/ CADANGAN & JAWAPAN 1. Muhammad Safwan Bin Jamaludin Anak: Muhammad Raiyan Mirza, Ting. 3 Mohammad Fauzee Bin Ismail Anak : Puteri Aleeya Aryanna Binti Abdul Fattah, Ting.2 Mohamad Syahir Bin Abdol Mutalib Anak :Mohamad Ammar Rasydan, Ting.2 Khairul Marhan Bin Solehan Anak : Muhammad Zaim Bin Khairul Marhan, Ting.2 Norfarida Bt Ismail Anak :Muhammad Haikal Bin Hamzah, Ting.2 Mohamad Hasnan Bin Marzuki Anak : Ainnur Qaleesya Binti Mohamad Hasnan Ting.2 Siti Hazilah Binti Hassan Anak : Ainnur Qaleesya Binti Mohamad Hasnan, Ting.2 Cadangan supaya penempatan pelajar di blok asrama diubah setiap tahun contohnya berpindah blok dari blok belakang ke blok hadapan. JAWAPAN : TPPP - Setiap blok telah ditentukan Jawatankuasa JPA. - Ada jawatankuasa blok dan setiap bilik telah diletakkan nama pelajar. - Kemungkinan akan berlaku peralihan tilam antara blok. -Pihak pengurusan akan mempertimbangkan perkara ini. 2. Aniza Binti Zainuddin Anak : Erliyana Sofea Binti Zaini Ting.5 1) Mohon disediakan tempat penyimpanan barang-barang ketika pelajar pulang bercuti kerana setiap kali cuti panjang. JAWAPAN : TPPP - Pihak maktab tiada kemudahan untuk pelajar meletakkan barang-barang namun kita ada menyediakan ruang simpanan di bilik ampaian. Barang yang boleh diletakkan di situ hanya kasut, buku, baldi alat toiletries, iron board manakala bantal di dalam loker masing-masing. Baju tidak dibenarkan.


21 3 Wan Nur Asyiqin Binti Wan Din Anak : Aisy Amni Azzahrah Binti Mohd Fikri Najib, Ting.1 1) Cadangan diadakan aktiviti gotong- royong blok/ hias bilik asrama pelajar. JAWAPAN: TPPP - Aktiviti gotong-royong termasuk kawasan bangunan memang dijalankan pada hari Jumaat selepas aktiviti kawad kaki. - Menghias bilik tidak termasuk di bawah polisi Maktab. Maktab baru sahaja dibaiki sepenuhnya. - Bangunan berada di bawah urusan Unit Penyelaras. 4. Fadi Yana Md Hasan Anak : Siti Damia Uzma Muhamad Azwan, Ting.3 1) Mempertimbangkan agar pelajar yang pulang bermalam menggunakan perkhidmatan bas, ETS atau kapal terbang (yang diaturkan oleh Muafakat) dibenarkan keluar awal. JAWAPAN : TPPP - Pihak maktab telah membuat ketetapan pelajar yang menaiki bas carter, ETS dan kapal terbang dibenarkan keluar pukul 2.30 - Hari berkenaan kelas masih berjalan seperti biasa dan juga makanan tengah hari pelajar disediakan. - Menghias bilik tidak termasuk di bawah polisi Maktab. Maktab baru sahaja dibaiki sepenuhnya. - Bangunan berada di bawah urusan Unit Penyelaras.


22 5. Azman Jailani Bin Ahmad Anak : Afroza Akma Nuha Binti Azman Jailani, Ting.5 1) Mohon kerjasama pihak pentadbiran asrama agar menyemak semula SOP dengan membuat pemantauan rapi untuk pelajar-pelajar sakit terutamanya yang berada di sick bay. - Memaklumkan ibu bapa/waris tentang keadaan pelajar yang sakit agar ibu bapa/waris dapat mengambil tindakan yang selanjutnya bagi mengelakan keadaan kesihatan pelajar-pelajar terbabit terjejas dengan lebih teruk lagi. JAWAPAN : TPPP - Semua pelajar yang ke sick bay telah pun dihantar ke hospital terlebih dahulu. - Makluman kepada waris pelajar untuk tujuan membawa pelajar balik biasanya dimaklumkan keesokan hari jika terlalu lewat. 6. Adilah Binti Abdul Aziz Anak : Afroza Akma Nuha Binti Azman Jailani Ting. 5 1) Cadangan waktu outing pelajar bersama ibu bapa/waris diawalkan pada pukul 9 pagi bagi memberi lebih masa kepada pelajar dan ibu bapa untuk meluangkan masa bersama. JAWAPAN : TPPP - Waktu outing telah ditetapkan oleh pihak ibu pejabat MARA; Hari Jumaat 2.30 petang hingga 6.00 petang Hari Sabtu 11.00 pagi hingga 6.00 petang Cuti Am 9.00 pagi hingga 6.00 petang Kawasan outing hanya di sekitar bandar Kulim sahaja 7. Abdul Rahim Bin Abdul Rahman Anak : Nur Alya Adriana Sofiya Ting.4 1) Penyelenggaraan bangunan asrama perlu dilakukan terutamanya di tingkat 1. Blik air selalu tersumbat. JAWAPAN : TPPP - Penyelenggaraan sentiasa dilakukan berdasarkan aduan yang diterima. Mungkin ada tindakan yang perlu memakan masa contoh kes air tersumbat yang perlu senggaran menyeluruh.


23 8. Siti Fadzilah Binti Zainudin Anak: Nur Aqilah Binti Syaraful Azmi Ting.4 1) Cadangan pemasangan gril tingkap asrama terutama aras tiga. JAWAPAN : TPPP - Boleh dipertimbangkankan bergantung kepada kewangan Unit Penyelaras 9. Norlizayati Binti Othman Anak : Adam Bin Mohd Zuwairi Ting. 4 1) Cadangan pemasangan CCTV di tangga blok akademik. JAWAPAN : TPPP - Telah ada pemasangan CCTV di blok A dan B serta di blok C dan D blok akademik. 10. Fuad Bin Mohd Noordin Anak: Muhammad Fawwaz Bin Fuad Ting: 4 1) Pemeriksaan berjadual kerosakan di maktab dan asrama. JAWAPAN : TPPP - Laporan kerosakan bergantung kepada e-aduan, jika pihak maktab mendapat aduan pihak Maktab dan Unit Penyelaras akan melakukan pemeriksaan dan tindakan lanjut.


24 11. Lt. Kol. Hasnan Bin Mohamad Rais Anak: Mohamad Nasrul Hazeeq Ting. 4 1)Cadangan pelaksanaan program anak angkat/ asnaf/ anak yatim. JAWAPAN : TPPP - Di bawah Program Yayasan Pelajaran MARA kita telah melaksanakan perkara ini. Perjalanan program dilaksanakan pada hari Sabtu melibatkan pelajar-pelajar yang akan mengambil SPM. 2) Memberikan kebenaran kepada pelajar lelaki untuk memakai baju Melayu berserta seluar slack atau kurta semasa prep. JAWAPAN : TPPP - Peraturan pakaian telah pun ditetapkan dalam peraturan pemakaian. Jika baju Melayu wajib pakai sepasang. Manakala bagi pelajar bukan beragama Islam memakai baju kameja (Rujuk Peraturan Pakaian Garis Panduan Pengurusan Asrama-m/s 17). 12. Suhana Binti Wan Nahar Anak : Achmar Humaira Binti Shahril Ting. 4 Cadangan disediakan meja/ kerusi belajar kepada setiap pelajar di asrama. - Boleh mohon sumbangan Muafakat dan ibu bapa yang berkemampuan. Meja/ kerusi boleh diwakafkan setelah pelajar tamat pengajian. JAWAPAN: TPPP - Boleh dipertimbangkan. 13. Azizah Bt Ismail Anak : Muhammad Ammar B Roslizan Ting.4 2) Membenarkan pelajar (waris tinggal berjauhan untuk keluar outing bersama waris atau orang terdekat dengan kebenaran waris (dengan syarat ada surat kebenaran waris). JAWAPAN: TPPP - Pihak Maktab tidak dapat membenarkan perkara ini kerana melibatkan undang-undang.


25 14. Mejar Suriani Binti Idaway Binti Janudin Anak : Samhana Fatini Binti Mohd Fahrur Redzuwan Ting.4 1) Cadangan t-shirt jersey untuk pelajar semasa sukan maktab. JAWAPAN : TPPB - Tshirt hari sukan maktab biasanya mengikut perbincangan dan persetujuan rumah sukan masing-masing. Pihak maktab memberi kebebasan sepenuhnya untuk setiap rumah sukan untuk memilih jenis kain serta design t-shirt mengikut kreativiti dan bajet masing-masing. Namun pihak maktab tiada halangan sekiranya pihak ibu bapa dan waris ingin menyumbang dalam bentuk wang atau idea yang bersesuaian. 15. Noor Anizah Binti Noordin Anak: Muhammad Haziq Bin Saiful Azli Ting. 4 1) Mengadakan program mentor-mentee untuk pelajar tingkatan 4 dan 5 untuk sesi mengulang kaji. JAWAPAN : TPKA : - Program Intensive Revision Programme (IRP) merupakan program utama kecemerlangan akademik dalam menyiapkan kesiapsiagaan pelajar untuk menduduki peperiksaan SPM. - Program ini dijalankan secara berkumpulan, pelajar diletakkan dalam satu kumpulan yang terdiri daripada 4 atau 5 orang ahli yang berlainan jantina dan meliputi nilai PNGK dari terendah hingga tertinggi. - Ketua kumpulan yang dilantik akan bertindak sebagai mentor dalam melaksanakan program IRP seperti berikut: i. menyiapkan peta minda untuk tajuk yang diberikan oleh guru untuk semua subjek, ii. melaksanakan aktiviti read and recall, iii. melaksanakan perbincangan bersama ahli kumpulan dalam menyelesaikan set soalan SPM melaksanakan semakan jawapan bersama ahli kumpulan selepas selesai sesi simulasi peperiksaan.


26 16. Noor Azura Binti Yusop Anak : Alif Najmi Bin Amir Hamzah Ting. 5 1) Mohon kaji semula kebenaran menggunakan telefon pintar selepas waktu akademik, terutamanya hari Jumaat dan Sabtu untuk mengelakkan pelajar mengakses laman sosial yang tidak sepatutnya selain mengelakkan pelajar terpengaruh dengan fahaman agama yang salah di media sosial. JAWAPAN: TPKA - Kawalan penggunaan telefon bimbit adalah di bawah tanggungjawab ibu bapa seperti yang dikeluarkan oleh pihak BPM. Sumber: GARIS PANDUAN PENGURUSAN ASRAMA MRSM - Pihak ibu bapa dikehendaki memasang aplikasi parenting di telefon pintar anak-anak. - Berikut adalah 10 aplikasi parenting yang boleh dipasang oleh ibu bapa untuk mengawal penggunaan telefon pintar anak-anak yang berada di asrama: i. Qustodio: Aplikasi ini membolehkan ibu bapa mengawal dan menetapkan had masa penggunaan telefon pintar anak-anak, serta memantau aktiviti dalam talian seperti pelayaran Internet dan penggunaan aplikasi. ii. Screen Time Parental Control: Aplikasi ini membolehkan ibu bapa menetapkan had masa dan menetapkan jadual masa untuk penggunaan telefon pintar anak-anak. Ia juga mempunyai ciri pemantauan yang membolehkan ibu bapa melihat aktiviti yang dilakukan oleh anak-anak.


27 iii. FamilyTime: Dengan aplikasi ini, ibu bapa dapat mengawal masa skrin, menetapkan kandungan web yang dibenarkan, dan mengesan lokasi anak-anak menggunakan GPS. iv. Norton Family Parental Control: Aplikasi ini membolehkan ibu bapa mengawal masa skrin, menghalang kandungan tidak sesuai, dan memantau aktiviti dalam talian anak-anak. v. FamiSafe: Ibu bapa boleh menggunakan aplikasi ini untuk menetapkan had masa penggunaan telefon pintar, menghalang aplikasi yang tidak sesuai, dan memantau lokasi anak-anak secara langsung. vi. SecureTeen Parental Control: Aplikasi ini membolehkan ibu bapa menetapkan had masa penggunaan telefon pintar, mengawal kandungan web, dan memantau aktiviti media sosial anak-anak. vii. Kids Place - Parental Control: Aplikasi ini dirancang khas untuk kanak-kanak dengan ciri-ciri seperti kawalan masa, penghalangan aplikasi, dan akses terhad ke kandungan tertentu. viii. OurPact Parental Control & Kid Tracker: Dengan OurPact, ibu bapa boleh mengawal masa skrin, memantau aplikasi yang digunakan oleh anak-anak, dan mengawal peranti dengan jarak jauh. ix. Boomerang Parental Control: Aplikasi ini membolehkan ibu bapa menetapkan had masa penggunaan, menghalang aplikasi yang tidak diingini, dan melacak lokasi anak-anak. x. MMGuardian Parental Control App: Dengan aplikasi ini, ibu bapa dapat mengawal masa penggunaan telefon pintar, memantau aktiviti dalam talian, dan menetapkan kawalan peranti seperti mengunci peranti pada waktu malam.


28 - Sila ambil perhatian bahawa walaupun aplikasi-aplikasi ini boleh membantu dalam mengawal penggunaan telefon pintar anak-anak, penting untuk berkomunikasi terbuka dengan anak-anak mengenai had masa dan penggunaan telefon pintar mereka. 2) Cadangan program-program yang berkaitan Sains Tauhidik. Objektif : 1. Membentuk pelajar MRSM celik tauhid melalui eksperimen sains yang diadaptasikan daripada surah-surah dalam Al-quran. 2. Menyedarkan Generasi Z tentang keagungan Allah SWT yang mencipta unsur-unsur sains, teknologi, kejuruteraan dan ilmu Matematik yang telah diceritakan dalam Al-Quran. 3. Membuka dan merefleks minda pelajar untuk menjadi seorang pencipta teknologi baharu dalam memartabatkan konsep-konsep Islam, setanding dengan Sekolah Tahfiz Sains. JAWAPAN : TPKA Idea yang baik dan akan dipertimbangkan untuk pengisian School Enrichment Model (SEM) Type II.


29 17. Roslan Bin Mohamed Yusoff Anak : Ryan Luqman Iman Ting. 4 1) Cadangan program untuk membantu pelajar-pelajar SPM (Roadmap untuk F4/F5 (18 bulan menghadapi SPM). - Jika PNG <2.75, apakah program yang boleh dilaksanakan(kerjasama pihak maktab dan Muafakat)? JAWAPAN : TPKA - Sila rujuk roadmap kecemerlangan untuk semua pelajar MRSM PDRM Kulim di bahagian LAMPIRAN 1. - Pelajar yang memperoleh PNG < 2.75 akan mengikuti sidang Jemaah Akademik Maktab (JAM). Keperluan untuk memanggil ibu bapa untuk sesi khas akan dibuat jika pelajar masih tidak menunjukkan sikap positif dalam pembelajaran. - Buat masa ini, tiada program yang boleh dilaksanakan untuk pelajar yang memperoleh PNG < 2.75 melalui kerjasama pihak maktab dan MUAFAKAT. Cadangan daripada ahli MUAFAKAT amat dialu-alukan. 18. Azizah Binti Ismail Anak : Muhammad Ammar Bin Roslizan Ting. 4 1) Cadangan supaya membenarkan pelajar mengikuti kelas tuisyen dalam talian pada hari Jumaat atau Sabtu. JAWAPAN : TPKA - Kelas tuisyen dalam talian TIDAK DIGALAKKAN kerana jadual pelajar amat padat dengan program maktab. Akan berlaku pertindihan jika pelajar mengambil kelas tuisyen dalam talian kerana masa yang ditetapkan oleh pihak tuisyen dalam talian adalah tidak fleksibel. Sekiranya kelas tuisyen dalam talian diambil oleh pelajar, kehadiran program maktab perlu diberi keutamaan.


30 19. Noor Asmida Binti Azanan Anak : Nur Alya Qalesya Binti Mohd Firdaus Ting. 3 1) Cadangan melibatkan ibu bapa dalam program pelajar. JAWAPAN : TPKA - Setakat ini, hanya program berikut yang melibatkan ibu bapa iaitu: i. Graduasi ii. Mohon Restu iii. Konsultasi Akademik - Cadangan dari ahli MUAFAKAT amat dialu-alukan dan akan diberi pertimbangan atas kesesuaian dan kemudahan yang ada. 20. Mohd Badrulhisham Bin Ahmad Anak : Muhammad Luqman Bin Mohd Badrulhisham Ting.1 1) Cadangan supaya pihak maktab memasang security @ link bagi menapis laman web peranti pelajar. JAWAPAN : TPKA Rujuk respon untuk usul NOOR AZURA BINTI YUSOP pada usul no. 3. 21. Mejar Suriani Binti Idaway Binti Janudin Anak : Samhana Fatini Binti Mohd Fahrur Redzuwan Ting.4 2) Kelas tambahan untuk pelajar tingkatan 5. JAWAPAN TPKA: - Kelas tambahan untuk pelajar lemah dalam akademik sememangnya telah dijalankan sejak beberapa tahun belakangan ini. Pelajar yang dikenal pasti oleh guru, perlu menghadiri kelas tambahan/ intervensi pada waktu yang ditetapkan oleh guru. Namun, ada juga isu kehadiran yang melibatkan kelompok kumpulan pelajar ini.


31 22. Roslan Bin Mohamed Yusoff Anak : Ryan Luqman Iman Ting 4 1) Adakah pihak Muafakat mempunyai plan quarterly yearly dalam merancang dana kewangan ? JAWAPAN : YDP - Muafakat akan mengikut semua perancangan yang telah dirancang oleh maktab dan akan memberi beberapa cadangan aktiviti yang dicadangkan oleh waris TETAPI masih bergantung kepada kekosongan slot kerana aktiviti sedia ada juga telah penuh. - Dari segi kewangan Muafakat memang sentiasa memberi sokongan penuh dan dana peruntukan yang ada memang sentiasa diberikan untuk program-program yang dijalankan oleh maktab. 2) Cadangan diadakan perbincangan antara Ajk Muafakat setiap bulan supaya ibu bapa dapat mengetahui informasi terkini. JAWAPAN : YDP - Perbincangan setiap bulan antara AJK dan pihak waris tidak dapat diadakan memang kerana semua AJK mempunyai tugas hakiki. - Perbincangan hanya dapat dijalankan melalui Google Meet mengikut keperluan semasa. Informasi atau maklumat memang sentiasa dikemas kini dalam setiap group batch berkaitan setiap aktiviti sama ada yang telah dijalankan atau bakal diadakan di maktab. 23. Mohd Shafiq Bin Sani Anak : Muhammad Shah Zulkarnain Bin Mohd Shafiq Ting.1 Maryam Wati Binti Mohd Razali Anak : Muhammad Shah Zulkarnain Bin Mohd Shafiq Ting.2 1) Cadangan melantik dua orang wakil Muafakat untuk setiap tingkatan supaya dapat menyumbang idea. JAWAPAN : YDP: - Tiada keperluan lantikan untuk masa sekarang. Pihak Muafakat akan menggunakan khidmat AJK yang sedia ada yang dilantik melalui AGM. Lantikan terus oleh YDP telah dibuat seramai 4 orang mengikut perlembangaan sedia ada.


32 24. Abdul Rahim Bin Abdul Rahman Anak : Nur Alya Adriana Sofiya Ting. 4 Siti Rahayu Abd Majid Anak : Danish Amsyar & Danish Azfar Ting. 1 & 3 Azizah Bt Ismail Anak : Muhammad Ammar B Roslizan Ting.4 Siti Rahayu Abd Majid Anak : Danish Amsyar & Danish Azfar Ting.1 & 3 1)Menambah bilangan penapis air Coway di asrama. JAWAPAN : YDP Bilangan penapis air Coway di asrama proses penambahan. Program INFAK pun telah dilancarkan


33 LAPORAN TAHUNAN JAWATANKUASA MESYUARAT AGUNG TAHUNAN MUAFAKAT MARA CAWANGAN MRSM PDRM, KULIM KALI KE-26 2024


34 LAPORAN TAHUNAN JAWATANKUASA MUAFAKAT CAWANGAN MRSM PDRM KULIM SESI 2023-2025 1.SENARAI AHLI JAWATANKUASA SESI 2023-2025 Penasihat : En. Abu Zaki bin Ahmad Affandi(Pengetua) Yang Dipertua Muafakat : En. Muhammad Safwan bin Jamaludin Timbalan Yang Dipertua Muafakat : En. Rahmad Yusri bin Sukarman Setiausaha : Pn Ihfayuliani binti Ibrahim (Guru) Pen. Setiausaha : En. Tuan Abdul Halim bin Tuan Dagang (Guru) Bendahari : Pn Ismaniza binti Mohamad Isa (Guru) Pen. Bendahari : Pn. Iffah Irdina binti Juha (Guru) AJK Guru : Pn. Salshaheda binti Mohd Shaher En. Amirrudin bin Awang Ust Mohd Shuzaini bin Soib Pn. Kavitha a/p Thirappa AJK Waris : En Kesavan a/l V. Singaram En. Zazali bin Hashim Pn Salamiah binti Alias Pn. Siti Rahayu binti Abd Majid En. Mohd Faiz bin Mohamed Pn. Salmiza binti Ramli Mejar Mohd Fahrur Redzuwan bin Mat Desa Pn. Saphura Hanim binti Mohamad Pn. Rohani binti Din Pn. Nur Syahzila binti Ramli


35 2.MESYUARAT MUAFAKAT SESI 2023-2025 2.1Kekerapan Mesyuarat AJK MUAFAKAT Cawangan MRSM PDRM adalah seperti berikut : Perkara Tarikh Mesyuarat Pertama 16 Julai 2023 Mesyuarat Kedua 04 April 2024 Mesyuarat Ketiga (Pra-AGM) 29 April 2024 2.2Rekod kedatangan Ahli Jawatankuasa MUAFAKAT Cawangan MRSM PDRM 2023-2025 / = Hadir TH = Tidak Hadir BIL NAMA JAWATAN 16 JUL 2023 04 APR 2024 29 APR 2024 1 Pn. Juliati binti Abdul Jalil Pengetua /Penasihat / 2 En. Abu Zaki bin Ahmad Affandi Pengetua /Penasihat 2024 / TH 3 Ustaz Khoeirul Fahmi bin Hamid TPPP - Jemputan / / TH 4 En Norsham bin Abidin TPKA- Jemputan / / TH 5 Pn. Munazmi binti Mohamad TPPB -Jemputan TH TH 6 En. Muhammad Safwan bin Jamaludin YDP / / / 7 En. Rahmad Yusri bin Sukarman NYDP / / / 8 Pn ASP Nur Farhana binti Abdullah UP- Jemputan / TH TH 9 Tn ASP Abdul Ruslan bin Azizan UP- Jemputan TH TH TH 10 Pn Ihfayuliani binti Ibrahim Setiausaha / / / 11 En. Tuan Abdul Halim bin Tuan Dagang Pen. SU / / / 12 Pn Ismaniza binti Mohamad Isa Bendahari / / / 13 Pn. Iffah Irdina binti Juha Pen. Bendahari / TH / 14 Pn. Salshaheda binti Mohd Shaher AJK Guru / / TH 15 En. Amirrudin bin Awang AJK Guru / / TH 16 Ust Mohd Shuzaini bin Soib AJK Guru TH / / 17 Pn. Kavitha a/p Thirappa AJK Guru / TH / 18 En. Kesavan a/l V. Singaram AJK Waris / / TH 19 En. Zazali bin Hashim AJK Waris / / TH 20 Pn Salamiah binti Alias AJK Waris / / TH 21 Pn. Siti Rahayu binti Abd Majid AJK Waris / / TH 22 En. Mohd Faiz bin Mohamed AJK Waris / / TH 23 Pn. Salmiza binti Ramli AJK Waris / / / 24 Mejar Mohd Fahrur Redzuwan bin Mat Desa AJK Waris / / TH 25 Pn. Saphura Hanim binti Mohamad AJK Waris / / TH 26 Pn. Rohani binti Din AJK Waris / / TH 27 Pn. Nur Syahzila binti Ramli AJK Waris / / TH


36 AKTIVITI AKAUN MUAFAKAT 2023/2024 BIL AKTIVITI AKAUN MUAFAKAT 1 Majlis Graduasi MRSM PDRM 2022 2 Banquet Graduasi MRSM PDRM 2022 3 Majlis Mohon Restu SPM 2022 4 Majlis Anugerah Kokurikulum dan Homeroom 5 Urusan Meyuarat Agung Muafakat Kebangsaan 6 Pendahuluan Coway 7 Program MYGIFT Tingkatan 1 (KEMAHIRAN AMAL ISLAM) 8 Cenderamata Penceramah Program Profesional CHAT MYGIFT Tingkatan 4 9 Mesyuarat Tahunan MUAFAKAT Cawangan MRSM PDRM KULIM 10 REUNION Raya 30 Tahun MRSM PDRM 11 Hadiah RANDOMS ACTS OF KINDNESS (RAKS) 12 Yuran Tahunan BADAN PERMUAFAKATAN PENDIDIKAN MARA Malaysia 13 Hari Konsultasi Akademik MRSM PDRM 2023 14 Bayaran Penceramah Teknik Menjawab SEJARAH SPM 2023 15 Sambutan Hari GURU DAN PEKERJA 16 Majlis APRESIASI KECEMERLANGAN AKADEMIK SEM 2, 2022 17 Program AMALI HAJI Minggu Aktiviti SEM 1 2023 18 Program SEM Minggu AKTIVITI SEMESTER 1 2023 19 Pelancaran GEMILANG SPM 2023 20 Sumbangan Pembiayaan Makan Minum Platun JURULATIH KADET POLIS & Platun SUMMIT 21 Kejohanan HOKI 22 Bengkel Kimia Tingkatan 5 23 Kelas TAHSIN AL QURAN 24 Bengkel Menjawab Pendidikan Agama Islam SPM 2023 25 Hari Konsultasi Akademik TINGKATAN 5 2023 26 Seminar Teknik Menjawab SEJARAH SPM 2023 27 Karnival Sukan Madani 28 Makan Malam VANQUES 2023 29 Bengkel Kecemerlangan KIMIA SPM 2023 30 Teknik Menjawab MATEMATIK SPM 2023 31 Seminar Teknik Menjawab PRINSIP AKAUN 2023 32 DT Printing N Design (Pendahuluan TSHIRT TING.2) 33 SON HA High School Program VIETNAM, Cultural Exchange Project 34 Program IRP (Poster dan Makanan Minda) 35 Minggu Aktiviti SEMESTER 2 36 Bengkel BIOLOGI SPM 2023 37 Kejohanan Sukan MRSM PDRM KULIM 2023 38 CSR Pantai Merdeka 39 Kem Jati Diri Tingkatan 2 40 Amali Sains SPMRSM 2023 41 Hari Konsultasi Akademik Tingkatan 4 2023 42 Peperiksaan Ujian TILAWAH AL QURAN DAN HAFAZAN (UTQH) 43 Pengawas Amali SPM 2023 44 Majlis Apresasi Kecemerlangan Akademik 2023 45 Majlis KOkurikulum Dan HOMEROOM MRSM PDRM Kulim 2023 46 Pembelian Makan Tengah Hari PELAJAR SPM 2023 47 Bayaran coway 48 Pengurusan E-hostel


37 AKTIVITI SUMBANGAN LUAR DAN IBU BAPA BIL AKTIVITI AKAUN MUAFAKAT 1 Dj Global Enterprise (Sumbangan Bsn T-shirt Kem Jati Diri Tingkatan 5) 2 Air Zam Zam 3 Majlis Apresiasi Anugerah Pengetua 4 Deposit Mugs 5 Bayaran Baki Mugs 6 Cetakan Yasin untuk Majlis Mohon Restu 7 Dt Printing Studio(T-shirt Kem Jati Diri Tingkatan 2 2023) 8 Tabung Gemilang Tingkatan 2 (Baki T-shirt Kem Jati Diri Tingkatan 2) 9 Majlis Mohon Restu 10 Hzhy Enterprise- Jamuan Majlis Mohon Restu 11 Bayaran Kismis- Pelajar Tingkatan 5 12 Persediaan makanan pagi dan tengah hari bagi minggu peperiksaan SPM 2023 (Harrolds Bread dan Ayam TEXAS)


38 LAPORAN KEWANGAN MESYUARAT AGUNG TAHUNAN MUAFAKAT MARA CAWANGAN MRSM PDRM, KULIM KALI KE-26 2024


39


40 NOTA KEPADA PENYATA PENDAPATAN DAN PERBELANJAAN BAGI TAHUN BERAKHIR 31 DISEMBER 2023 : RM NOTA 1 : Baki Tunai di bank pada 1 Januari 2023 (Maybank): Akaun Induk- Baki pada 1 Januari 2023 23,729.50 Pelarasan Yuran Tertunggak 10,300.00 Sumbangan waris 5,274.47 Yuran Tag 398.00 Sumbangan untuk BWP 3,000.00 Akaun bas 1,546.00 Yayasan Pelajaran MARA (YPM- Tuisyen Rakyat) 14,328.00 58,575.97 NOTA 2: Pelbagai pendapatan ( Maybank) Yuran E-hostel 2,319.00 Yuran Tag 1,338.00 Terimaan yuran Tertunggak 4,250.00 Dividen diterima 108.57 Yayasan Pelajaran MARA (YPM- Tuisyen Rakyat) 35,416.00 Sumbangan dan Tajaan luar ( diuruskan oleh AJK KEBAJIKAN MUAFAKAT MRSM PDRM) 12,500.00 Program TAHSIN ( bayaran oleh ibu bapa) 1,510.00 Sumbangan Mangsa Banjir 1,272.00 Duit Bas Pulang Bermalam 3,830.50 Sumbangan MUAFAKAT KEBANGSAAN untuk Pelajar kematian Bapa (2 orang penerima) 900.00 Tajaan Zakat Selangor (2 penerima) 600.00 Jualan Tshirt MUAFAKAT 1,763.50 Tajaan ProgramTuition Tutormu Online ( untuk pelajar terpilih) 2,100.00 67,907.57 NOTA 3: Pelbagai pendapatan ( Muamalat) Kutipan Tshirt Tingkatan 2 untuk Kem Jati Diri 4,427.00 Sumbangan Tshirt Tajaan BSN 3,930.00 Reunion Raya Bersama Alumni Sempena 30 Tahun MRSM PDRM 400.00 Lebihan belian cat ( duit YPM) 200.00 Baki Tajaan Got Talent 720.00 Dividen diterima 56.36 9,733.36 NOTA 4 : SUMBANGAN DAN PERBELANJAAN ( Maybank) Majlis Graduasi MRSM PDRM 2022 2,180.00 Banquet Graduasi MRSM PDRM 2022 2,020.00 Majlis Mohon Restu SPM 2022 2,932.00 Majlis Anugerah KO Kurikulum Dan Homeroom 1,418.60 Urusan Meyuarat Agung Muafakat Kebangsaan 233.00


41 Pendahuluan Coway 560.00 Program MYGIFT Tingkatan 1 (KEMAHIRAN AMAL ISLAM) 100.00 Cenderamata Penceramah Program Profesional CHAT MYGIFT Tingkatan 4 200.00 Mesyuarat Tahunan MUAFAKAT Cawangan MRSM PDRM KULIM 1,398.00 REUNION Raya 30 Tahun MRSM PDRM 350.00 Hadiah RANDOMS ACTS OF KINDNESS (RAKS) 1,000.00 Yuran Tahunan BADAN PERMUAFAKATAN PENDIDIKAN MARA Malaysia 2,640.00 Hari Konsultasi Akademik MRSM PDRM 2023 700.00 Bayaran Penceramah Teknik Menjawab SEJARAH SPM 2023 220.00 Sambutan Hari GURU DAN PEKERJA 330.00 Majlis APRESIASI KECEMERLANGAN AKADEMIK SEM 2, 2022 615.00 Program AMALI HAJI Minggu Aktiviti SEM 1 2023 230.00 Program SEM Minggu AKTIVITI SEMESTER 1 2023 1,143.00 Pelancaran GEMILANG SPM 2023 136.00 Sumbangan Pembiayaan Makan Minum Platun JURULATIH KADET POLIS & Platun SUMMIT 200.00 Kejohanan HOKI 112.80 Bengkel Kimia Tingkatan 5 250.00 Kelas TAHSIN AL QURAN 1,200.00 Bengkel Menjawab Pendidikan Agama Islam SPM 2023 143.50 Hari Konsultasi Akademik TINGKATAN 5 2023 630.00 Seminar Teknik Menjawab SEJARAH SPM 2023 220.00 Karnival Sukan Madani 200.00 Makan Malam VANQUES 2023 493.00 Bengkel Kecemerlangan KIMIA SPM 2023 320.00 Teknik Menjawab MATEMATIK SPM 2023 125.00 Seminar Teknik Menjawab PRINSIP AKAUN 2023 180.00 DT Printing N Design (Pendahuluan TSHIRT TING.2) 1,000.00 SON HA High School Program VIETNAM, Cultural Exchange Project 360.00 Progrram IRP (Poster dan Makanan Minda) 1,135.00 Minggu Aktiviti SEMESTER 2 132.00 Bengkel BIOLOGI SPM 2023 175.00 Kejohanan Sukan MRSM PDRM KULIM 2023 770.00 CSR Pantai Merdeka 520.00 Kem Jati Diri Tingkatan 2 122.00 Amali Sains SPMRSM 2023 441.00 Hari Konsultasi Akademik Tingkatan 4 2023 840.00 Peperiksaan Ujian TILAWAH AL QURAN DAN HAFAZAN (UTQH) 165.00 Pengawas Amali SPM 2023 441.00 Majlis Apresasi Kecemerlangan Akademik 2023 2,280.00 Majlis KOkurikulum Dan HOMEROOM MRSM PDRM Kulim 2023 950.00 Pembelian Makan Tengah Hari PELAJAR SPM 2023 1,000.00 Pengurusan Yayasan Pelajaran MARA (TUISYEN RAKYAT) 47,894.89 Aktiviti tajaan Luar dan sumbangan Ibu bapa 6,190.00 Reunion Raya Bersama Alumni MRSM PDRM Sempena Sambutan 30 Tahun MRSM PDRM Kulim 400.00 Perbelanjaan Tshirt MUAFAKAT 1,763.50 Sumbangan Tshirt Tajaan BSN 3,930.00


42 Bayaran coway 5,600.00 Pengurusan E-hostel 2,139.00 100,728.29 NOTA 5: SUMBANGAN DAN PERBELANJAAN ( Muamalat) Tshirt Tingkatan 2 untuk Kem Jati Diri 4,427.00 4,427.00 NOTA 6 : BELANJA PENTADBIRAN Pulangan yuran terlebih bayar 64.00 NOTA 7 : Baki Tunai di bank pada 31 Disember 2023 (Maybank): Akaun Induk (yuran ahli) 31,397.35 Yuran Coway 6,540.00 Yuran E-hostel 204.00 Yuran tag 1,338.00 Yayasan Pelajaran MARA (YPM- Tuisyen Rakyat) 1,849.40 Sumbangan dan Tajaan luar ( diuruskan oleh AJK KEBAJIKAN MUAFAKAT MRSM PDRM) 6,310.00 Program TAHSIN ( bayaran oleh ibu bapa) 1,510.00 Sumbangan Mangsa Banjir 1,272.00 Duit Bas Pulang Bermalam 3,830.50 Sumbangan MUAFAKAT KEBANGSAAN untuk Pelajar kematian Bapa (2 orang penerima) 900.00 Tajaan Zakat Selangor (2 penerima) 600.00 Tajaan ProgramTuition Tutormu Online ( untuk pelajar terpilih) 2,100.00 57,851.25 NOTA 8: Baki Tunai di bank pada 31 Disember 2023 (Bank Muamalat): Akaun Induk 1,129.99 Sumbangan Tshirt Tajaan BSN 3,930.00 Reunion Raya Bersama Alumni Sempena 30 Tahun MRSM PDRM 400.00 Infaq Coway (bank Muamalat) 3,065.00 Lebihan belian cat (duit YPM) 200.00 Tajaan Got Talent 720.00 9,444.99


43 LAMPIRAN MESYUARAT AGUNG TAHUNAN MUAFAKAT MARA CAWANGAN MRSM PDRM, KULIM KALI KE-26 2024


44


45


46 GALERI MUAFAKAT MESYUARAT AGUNG TAHUNAN MUAFAKAT MARA CAWANGAN MRSM PDRM, KULIM KALI KE-26 2024


47 Pelancaran Gemilang SPM 2023 Majlis Anugerah Homeroom 2023 Majlis Graduasi Tingkatan 5 2023


48 Majlis Jubli Raya sempena Sambutan 30 tahun MRSM PDRM Kulim 2023 Jamuan Penghargaan Anugerah Pengetua 2023 Konferasi Waris 2023


49 Pendaftaran Pelajar Baru 2024 Mohon Restu SPM 2023 Jamuan Sambutan Aidilfitri 2024


50 Sekalung Penghargaan MESYUARAT AGUNG TAHUNAN MUAFAKAT MARA CAWANGAN MRSM PDRM, KULIM KALI KE-26 2024 Sekalung Penghargaan Dan Terima Kasih Sekalung penghargaan dan setinggi-tinggi ucapan terima kasih kepada ibubapa, waris-waris, guru-guru, kakitangan serta Unit Penyelaras PDRM MRSM PDRM di atas sumbangan dan komitmen sepanjang perjalanan Mesyuarat Agung Muafakat cawangan MRSM PDRM kali ke 26. Kami seluruh warga kerja Muafakat cawangan MRSM PDRM Kulim mendoakan semoga Allah SWT membalas atas sumbangan tenaga, buah fikiran dan keprihatinan anda demi kepentingan dan kejayaan anak-anak pelajar MRSM PDRM Kulim. Berdayung sampan ke Tanah Semenanjung, Hendak membeli tikarlah rotan, Budi dikenang bakti disanjung, Kekal subur dalam ingatan. Jumpa lagi..


Click to View FlipBook Version