The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

TUGASAN E-FOLIO KUMPULAN 3

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by alyaaaalesya, 2022-06-09 13:12:07

GOLONGAN ANTI HADIS

TUGASAN E-FOLIO KUMPULAN 3

RADIKALISME DAN EKSTREMISME
DALAM BERAGAMA

(GOLONGAN ANTI HADIS)

NAMA AHLI KUMPULAN

ALYA ALESYA BINTI JAFRI 02DSK21F1013
HAMIZAH MOHD HASHIM 02DSK21F1059
NUR ANIS ATASHA BINTI ISMAIL 02DSK21F1001
NUR ARISSA NABILA BINTI MOHD AZWAN 02DSK21F1057
ZAI HAZIQAH BINTI KAMRULZAM 02DSK21F1037
TIHANI BINTI MUHAMMAD NAZIM 02DSK21F1081

FAKTOR GOLONGAN CARA LAMPIRAN DAN
PENUBUHAN YANG TERLIBAT MENGHALANG RUJUKAN
GOLONGAN
ANTI HADIS DENGAN ANTI GOLONGAN
HADIS ANTI HADIS
PENGENALAN
HUJAH- KESAN RUMUSAN
HUJAH PENYEBARAN
GOLONGAN
ANTI HADIS ANTI HADIS

01
PENGENALAN

Al-Quran dan hadith merupakan sumber utama Islam yang disepakati. Ummah akan dianggap
berada di atas landasan yang betul sekiranya mereka menjadikan al-Quran dan sunnah Nabi SAW
sebagai panduan. Timbulnya golongan yang mempertikaikan kewibawaan sunnah atau hadith
merupakan satu cabaran bagi umat Islam. Ini kerana dalam banyak hal, penjelasan dalam
pelbagai bentuk mengenai kehendak ayat al-Quran hanya diperoleh daripada orang yang paling
arif mengenainya, iaitu Nabi SAW sendiri. Anti-Hadis merupakan antara ajaran sesat yang
menular dalam masyarakat Islam sejak beberapa tahun yang lalu. Pengaruh anti Hadis ini
semakin luas apabila wujudnya pihak-pihak tertentu yang mendukung kepercayaan dan
kefahaman mereka di samping wujudnya buku-buku, artikel-artikel dan seminar yang berkaitan.
Kebanyakan penyelewengan mereka melibatkan soal akidah, politik, dan feqah.Oleh yang
demikian, golongan yang hanya percaya dan yakin dengan al-Quran sahaja, tidak kepada sunnah
atau hadith adalah bercanggah dengan kesepakatan ulama’ dan ummah. Golongan ini dikatakan
dengan pelbagai nama seperti ahl al-Quran, al-Qur’aniyyun dan sebagainya.Gologan anti hadis
bermaksud golongan yang menolak hadith secara total. Hadith nabi bermaksud segala
perbuatan, perkataan, taqrir yang disandarkan kepada Nabi Muhammad saw. Antara hujah
golongan ini menolak hadith ialah disebabkan proses penulisan hadith yang lambat dan tidak
relevan untuk digunakan pada masyarakat zaman sekarang.

02

FAKTOR PENUBUHAN
GOLONGAN ANTI HADIS

Antara faktor terpenting yang mempengaruhi perkembangan fahaman ini ialah terpengaruh dengan idea-idea yang yang
dikemukakan oleh orientalis Barat. Sebagai contoh, Rashad Khalifa yang bukan berlatarbelakangkan Pengajian Islam telah cuba
untuk membahas isu-isu yang berkaitan dengan sumber perundangan hukum Islam yang ternyata hanyalah berasaskan kajian
saintifik beliau serta penaakulan akal semata-mata. Walhal, hukum Islam bukanlah boleh diukur keberkesanannya berdasarkan
anggapan atau pemikiran yang bersifat terhad malah ia merupakan wahyu daripada Allah SWT yang tidak boleh dikritik apatah
lagi untuk menafikannya secara mutlak. Malah, terdapat beberapa orientalis sebelum beliau seperti Ignaz Goldziher dan Joseph
Schacht yang telah mengkritik keautoritian hadis sebagai sumber hukum dengan menyatakan bahawa hadis merupakan ajaran
palsu yang muncul antara 200-250 tahun selepas kewafatan Nabi‫ ﷺ‬dan kemudian dikaitkan dengan Baginda.

Mereka juga mendakwa kitab-kitab hadis sahih tidak mengandungi kata-kata atau perbuatan Nabi s.a.w, bahkan ia mengandungi
anggapan atau tekaan pengumpul-pengumpul hadis seperti al-Imam al-Bukhari, Imam Muslim, Imam al-Tirmizi, Imam Abu Daud,
Imam al-Nasa’i dan Imam Ibnu Majah sebagai hadis sahih atau riwayat-riwayat sahih mengenai kata-kata dan perbuatan Nabi
s.a.w. Jelas di sini bahawa mereka cuba mengaitkan kebenaran fakta dengan akal pemikiran dalam membuktikan bahawa sesuatu
kebenaran yang tersimpan dan muncul semula selepas beberapa ketika boleh terdedah dengan unsur-unsur kekurangan atau
penyelewengan. Dalam erti kata yang mudah, mereka mengatakan kebenaran itu tidak semestinya bersifat kekal malah perlu dikaji
semula akan kesahihannya agar bersesuaian dengan keperluan akal dan keadaan kehidupan semasa (Ishak Hj. Sulaiman, 2001: 83).

03

HUJAH-HUJAH DARIPADA
GOLONGAN ANTI HADIS

HADIS AL-QURAN AJARAN ALLAH

Hadis merupakan satu Al-Quran adalah wahyu Umat Islam telah
penyelewangan daripada yang diturun kan kepada menyeleweng dari ajaran
ajaran-ajaran Nabi Nabi Muhammad S.A.W Tuhan yang sebenar. Ajaran
Muhammad S.A.W dan tidak melalui Malaikat Jibril serta Tuhan yang sebenar adalah
boleh diterima sebagai dianggap telah lengkap, semasa zaman Nabi
sumber perundangan Islam. sempurna dan terperinci. Muhammad S.A.W sebagai
Malahan, ia dianggap Oleh itu, al-Quran tidak Nabi terakhir serta yang
muncul selepas kewafatan memerlukan sebarang dibawa oleh Baginda ialah
Rasulullah S.A.W lalu bentuk penghuraian al-Quran dan tidak ada yang
dikaitkan dengan Baginda. mahupun pentafsiran. lain.

HADIS SEJARAH KEPERCAYAAN QADA' DAN QADAR

Hadis sebagai satucatatan Menolak kepercayaan kepada
sejarah yang boleh dan Qada’ dan Qadar yang
perlu dikaji oleh para merupakan salah satu perkara
penyelidik unutuk terpenting dalam Rukun Iman.
memahami dan menilai Hanya kerana ia dinyatakan
zaman itu. melalui hadis lalu dianggap
bertentangan dengan apa yang
LAFAZ DUA KALIMAH SYAHADAH terdapat di dalam al-Quran.

Lafaz dua kalimah syahadah yang KALIMAH AL-HIKMAH
diucapkan oleh umat Islam kini
adalah dilarang oleh al-Quran Tafsiran berkenaan tafsiran al-hikmah dalam
kerana syahadah yang diwajibkan surah al-Baqarah ayat 2 yang ditafsirkan
hanyalah Lailahaillallah. oleh al-Imam al-Syafie sebagai sunnah atau
hadis tidak munasabah. Mereka telah
merujuk tafsiran oleh Maulana Muhammad
Ali yang menyatakan bahawa kalimah al-
hikmah adalah salah satu nama al-Quran.

DALIL-DALIL PENHUJAHAN SUNNAH

∗ Nabi Muhammad S.A.W tidak bercakap menurut hawa nafsunya sebaliknya bercakap berdasarkan
wahyu yang diturunkan kepadanya. Firman Allah S.W.T. (Al-Quran, al-Najm 53: 3-4)

∗ Perintah mentaati Rasulullah S.A.W. Sebagaimana firman Allah S.W.T. (AL-Quran,
surah AL-Imran 3:32).

∗ Mentaati Rasulullah S.A.W. bererti taat kepada Allah S.W.T. Firman Allah S.W.T. (Al-
Quran, surah al-Hashr 59:7)

∗ Wajib dikembalikan semua pertelingkahan kepada Allah iaitu Kitab-Nya dan kepada
Rasul iaitu sunahnnya, Firman Allah S.W.T (Al-Quran, surah al-Nisa’ 4:59).

∗ Wajib merujuk dan menerima penghakiman Rasul Ketika berlaku kekhilafan. Firman
Allah S.W.T. (Al-Quran, surah al-Nisa’ 4:6

04

GOLONGAN YANG TERLIBAT
DENGAN ANTI HADIS

1. GOLONGAN YANG MENOLAK HADIS TERUS

c. Antara contoh-contoh pandangan dan pendapat yang dibawa adalah
“memadai kita dengan Al-Quranul karim, Al-Quran sudah cukup manakala
d. Atas asas ini dia mengatakan hadis Nabi datang dari mulut manusia, dalam Al-Quran mengatakan
apa yang dikatakan oleh Nabi bahawa “kami tidak meninggalkan suatu pun dalam Al-Quran” maknanya
adalah wahyu yakni Al-Quran Al-Quran telah merangkumi dan menjelaskan segala-galanya, juga firman
sahaja. Manakala hadis tidak Allah “dia (Muhammad) tidak bercakap sesuatu mengikut hawa
boleh dipakai nafsunya, melainkan adalah wahyu yang diwahyukan oleh Allah ke
atasnya” (Al-Najm: 3-4)

a. Tidak mahu b. Mereka hanya menggunakan Al-Quran
menggunakan hadis sahaja ini kalau dilihat melalui penulisan
kassim ahmad, berasaskan penulisannya
dan umum yang bercakap tentangnya
pada hari ini, dapat dilihat bahawa
dia membawa ideologi anti hadis yakni
menolak hadis dan menyeru manusia
beramal dengan Al-Quran sahaja

2. Syiah 3. Golongan Orang Yang
Mengiktiraf Kedudukan Al-
golongan yang juga Quran Dan Sunnah, Tetapi
anti hadis, tapi dalam Tidak Beramal Dengannya
masa yang sama
mereka mencipta mereka mengambil separuh,
hadith lain tinggal separuh, ataupun tidak
beramal dengannya langsung
syiah hakikatnya adalah walaupun tidak menolak
anti-hadis tetapi ramai yang kebenaran Al-Quran dan Hadis
tidak perasan dan kurang sebagaimana golongan anti
sedar hal ini hadis

masalah syiah adalah lebih besar dari sebaliknya mereka tidak
isu Kassim Ahmad walaupun tidak beramal mungkin kerana
dinafikan kedua-duanya bahaya
dan merosakkan Agama Islam malas, suka melakukan
maksiat, fasiq dan sebagainya
syiah lebih bahaya dari segi menolak
hadis Nabi yang sahih sama ada dari
Sahih Bukhari, Muslim dan selainnya,
lalu mereka mencipta hadis-hadis yang
baru lagi palsu

05

KESAN PENYEBARAN
GOLONGAN ANTI HADIS

 Penyebaran pemikiran anti hadis di Malaysia kini semakin membimbangkan. Sektor pendidikan juga turut terkesan daripada bahan pemikiran sesat ini. Umat Islam sepatutnya

menyedari bahawa pemikiran ini telah cuba merosak Islam secara keseluruhannya. Mereka telah berjaya melatih kader-kader di kalangan cendekiawan Islam sendiri dalam
usaha merealisasikan pemikiran mereka. Demi menjaga kesucian Islam, pemikiran anti hadis ini haruslah di hapuskan. Oleh itu tujuan kajian ini dilaksanakan bagi mengenal
pasti langkah-langkah penyelesaian yang telah diamalkan oleh pelbagai pihak di Malaysia. Metode kajian perpustakaan dan temu bual telah digunakan oleh pengkaji bagi
menyelesaikan permasalahan kajian ini. Di dalam kajian ini, pengkaji telah menemui pelbagai langkah-langkah pembanterasan dan penyelesaian bagi kemelut pemikiran anti
hadis yang mana telah dilaksanakan oleh pihak berkuasa dan masyarakat sendiri. Dapatan daripada kajian boleh menjadi garis panduan dalam memaksimumkan
pembanterasan kemelut Golongan Anti Hadis daripada tersebar luar. Bukan itu sahaja kajian ini di harapkan dapat membantu para ahli akademik untuk mengenalpasti kesan-
kesan penyelesain yang telah terlaksana.

 Kita akan berasa amat dukacita apabila segala penyakit terkena kepada akidah, ibadat dan muamalah kaum muslimin.Bagi seseorang atau sesuatu kelompok yang terpincang

dari landasan agama, pegangan islam mereka bertambah lemah.Malah, mereka cuba mencari formula baru kerana merasakan Islam sudah tidak berfungsi lagi.Perkara yang
sebenarnya, bukan Islam yang tidak berfungsi, tetapi mereka sendiri yang tidak kembali menghidupkan Islam yang sebenar atau Islam tulen.Ternyata segala rancangan
membangunkan umat tanpa Islam gagal.

 Dunia Islam dibaluti dengan pelbagai penyakit.Hal ini semua adalah berpunca daripada sikap memesongkan agama.Kelemahan akidah ini juga turut mengundang kelemahan

lain.Dengan itu, kita tidak akan ke hadapan dalam agama, teknologi dan juga pembangunan.Dalam masa yang sama, Barat mengambil alih kebangkitan kebendaaan dan
kemodenan.Barat yang telah kehilangan agama, mengisi roh tamadun mereka dengan menjadikan harta dan kebendaan sebagai perkara terpenting.Nilai agama jauh terasing
daripada pembangunan yang mereka usahakan.

 Seiring dengan hasrat Revolusi Industri, kamus halal dan haram tiada tempat dalam era ini. Bahkan bagi mereka, terikat dengan agama dalam menempuh hidup yang lebih

selesa serta menikmati kemajuan adalah suatu kekolotan.Ternyata mereka benar-benar mencapai era pembangunan kebendaan yang mengagumkan.

 Islam adalah pembela sebenar kaum wanita. Sebelum kedatangan Islam, hak wanita tidak dibincangkan atas nama sistem agama atau tanggungjawab keagamaan yang

lengkap. Jika ada pun, ia adalah atas ehsan dan simpati kaum lelaki semata-mata. Bahkan dalam sesetengah masyarakat, wanita dianggap sial dan tidak mempunyai
nilai.Sebagai contohnya, masyarakat Babylon, jika suami membunuh seseorang maka isterinya dihukum mati menggantikan tempatnya. Masyarakat Greek pula menganggap
wanita lebih rendah nilainya daripada lelaki.Pelacuran pula menjadi amalan biasa dalam masyarakat Greek dan Rom.Manakala masyarakat Mesir Kuno pula menganggap
wanita adalah lambang syaitan dan masyarakat Arab pula mewarisi tradisi membunuh anak perempuan hidup-hidup.

06

CARA MENGHALANG PENYEBARAN
GOLONGAN ANTI HADIS

TINDAKAN KERAJAAN

Sesi Muzakarah Penerbitan Penyebaran Risalah Pendedahan di
Akhbar

Jabatan Agama Islam Selangor Pada 1986 majlis Agama Islam Kelantan telah Pihak berkuasa agama turut Akhbar harian Kosmo
(JAIS) telah mengadakan menerbitkan sebuah buku yang bertajuk mengambil tindakan menyebarkan pada hari Khamis 18 Mei
muzakarah dengan Hj. Abdul “Salah Faham Terhadap Hadis” tulisan Hj. risalah-risalah percuma kepada 2006 telah menyenaraikan
Kahar dan beberapa orang Ismail Hj. Yusof. Pada 25 Ogos tahun yang masyarakat dalam rangka memberi 23 ajaran sesat di
pengikutnya beberapa kali dalam sama juga Persatuan Bekas Mahasiswa Timur hebahan dan kesedaran kepada Selangor. Akhbar itu juga
tahun 1990, termasuk secara Tengah telah melancar sebuah buku bertajuk masyarakat berhubung bahayanya memetik kata-kata Mufti
formal sebanyak dua kali yang “Penjelasan Mengenai Hadis Dan Kod 19” yang golongan-golongan yang Selangor berhubung
dipengusikan oleh S.S. Mufti ditulis oleh Dr. Mahayudin Hj. Yahya, Dr. Huda menyeleweng.Sebagai contohnya dengan golongan yang
Negeri. JAIS juga telah Mohsen dan Dr. Fatah Haron. Haji Said risalah yang dikeluarkan oleh Jabatan terpengaruh dan menjadi
mengadakan Majlis Penjelasan Ibrahim telah menulis buku yang bertajuk Agama Islam Selangor (JAIS) pada pengikut ajaran sesat ini
Akidah kepada pengikut-pengikut “Penolakan Terhadap Penilaian Semula Julai 2006 yang bertajuk “Tips-tips di mana mereka bukan
ajaran ini pada 24 Febuari 1998 Hadis” pada tahun 1987 terbitan Media Mengenali Ajaran Menyeleweng”. sahaja golongan yang
dengan kerjasama JAKIM dan Hasda. Fakulti Pengajian Islam telah Risalah berkenaan menyenaraikan 31 cetek ilmu pengetahuan
beberapa orang tempatan. Satu menerbitkan buku yang bertajuk Jawapan kaedah mengenali sesuatu ajaran itu agamanya malah
perjumpaan telah diadakan di Kepada Buku Hadis Satu Penilaian Semula menyeleweng atau tidak (JAIS 2006). golongan profesional
antara Bahagian Penyelidikan yang ditulis oleh Dr. Harun Din dan rakan- Risalah berkenaan dengan ajaran, dalam bidang agama juga
JAKIM dengan Hj. Khahar dan rakan pada 1988. Pada tahun 1995 Bahagian fahaman dan tarikat yang telah tidak terlepas.
pengikutnya pada 15 Mac 1998 di Hal Ehwal Islam, Jabatan Perdana Menteri difatwakan dan diwartakan
rumah Haji Khahar di Kg. telah menerbitkan sebuah buku yang bertajuk menyeleweng telah dikeluarkan oleh
Kemesah, Hulu Kelang (JAKIM “Penjelasan Terhadap Fahaman Anti hadis”. JAWI untuk menyedarkan masyarakat
2005). Bahagian Penyelidikan Jabatan Agama wujudnya golongan yang sesat dan
Wilayah Persekutuan telah mengeluarkan menyeleweng di Malaysia.
satu senarai ajaran-ajaran sesat semenjak
1997-2004 yang memuatkan nama ajaran,
pengasas, kawasan muncul, ciri-ciri
kesalahan, tarikh fatwa dan pewartaan.

Peringkat Pemantapan ilmu agama secara menyeluruh perlu dilipatgandakan dengan menghadiri kelas-kelas pengajian agama sama
Individu ada di masjid mahupun di surau. Sentiasa berhubung dengan institusi-institusi agama seperti Bahagian Penyelidikan, di
Masyarakat Jabatan Agama Islam negeri-negeri, Jabatan Mufti, atau melalui badan-badan bukan kerajaan atau NGO dan sebagainya
bagi memperoleh sumber maklumat yang tepat berkaitan dengan isu-isu agama seperti ini. Memberi pendedahan awal
Institusi- berkaitan bahayanya anti hadis kepada ahli keluarga dalam memastikan institusi keluarga tidak rapuh dek kegersangan
Institusi akidah seterusnya bagi melahirkan modal insan yang berjiwa murni dengan pegangan rohani yang kukuh dan sejati.
Agama
Sentiasa mengingatkan atau menasihati anggota setempat agar tidak terlibat dalam apa-apa
jua doktrin yang bertentangan dengan agama Islam. Peranan komuniti setempat seperti
JKKK, Rukun Tetangga juga tidak terkecuali dalam memastikan setiap aktiviti yang dijalankan
oleh penduduk setempat tidak bertentangan dengan nilai-nilai Islam.

Mengadakan program-program kesedaran tentang bahayanya gejala anti hadis dan fahaman-fahaman lain yang menyeleweng kepada
masyarakat sama ada forum, seminar mahupun diskusi agar masyarakat dapat mengetahui hakikat sebenar bahaya anti hadis.
Mengedarkan risalah dan buku kepada masyarakat ataupun melalui penulisan artikel di akhbarakhbar sebagai perkongsian maklumat
mengenai bahaya anti hadis serta fahaman-fahaman lain yang bertentangan dengan ajaran Islam. Memantapkan juga program-program
tentang bahaya anti hadis ini di kalangan pelajar di institusi-institusi pengajian tinggi atau IPTA agar para pelajar tidak terkeliru dengan
unsur-unsur penolakan hadis sebagai sumber hukum dalam Islam seterusnya memantapkan lagi kefahaman mereka tentang nilai-nilai
ajaran Islam yang sebenar.

07

RUMUSAN

Jelas bahawa golongan anti-hadith adalah golongan pertama daripada
kalangan umat Islam yang menolak autoriti Rasulullah s.a.w sebagai
seorang yang bercakap, bertindak malah diamnya sendiri sebagai wahyu
Allah. Persoalannya, bagaimana mereka membezakan antara Al-Quran
dan sunnah yang kedua-duanya datang melalui Rasulullah s.a.w kalau
tidak Rasulullah s.a.w itu diwahyukan? Akhirnya dapatlah disimpulkan
kefahaman golongan anti-hadith tidak berasas sama sekali dan kalau
hendak digunakan penghujahan anti-hadith, sudah pasti Al-Quran
sendiri pun tidak dapat diterima sebagai benar. Malah, kronologi
pengumpulan Al-Quran sendiri pun diasaskan kepada sunnah/hadis
kerana tidak ada sumber lain yang dapat memberitahu hal ini. Sudah
tepatlah bahawa fahaman anti-hadith adalah satu kedangkalan, kejahilan
dan ajaran yang salah dan sesat serta membahayakan sistem teologi dan
perundangan Islam secara keseluruhan.

08

LAMPIRAN DAN RUJUKAN

https://www.researchgate.net/publication/340514236_Golongan_Anti_Hadis_Isu_Dan_
Cabaran

https://www.slideshare.net/IZZATIZULKEFLI1/titas-isu-semasa-golongan-antihadith-dan-
cabarannya

https://www.google.com/url?sa=t&source=web&rct=j&url=https://www.researchgate.n
et/publication/276145766_PENYEBARAN_FAHAMAN_ANTI_HADIS_DAN_KESANNYA_TE
RHADAP_AKHLAK&ved=2ahUKEwiVp-LgnaD4AhX-
8jgGHfSOCRYQFnoECAkQAQ&usg=AOvVaw3ZUrFSnt2wcH1v1-SYf6Cu

https://www.researchgate.net/publication/308781283_Strategi_Menangani_Kemelut_
Golongan_Anti_Hadis_GAH

http://conference.kuis.edu.my/imam2016/eproceeding/1007-imam-2016.pdf




Click to View FlipBook Version