NAMA:1)ANDREW ROSHEN A/L PRAGASAM 2)YASSHVENDRAH A/L ILLANGGO 3)VIKNARAJ A/L MURUGAN MPU23142: PENDIDIKAN MORAL NO MATRIKS:1)25DDT23F1149 2)25DDT23F1023 3)25DDT23F1167 NAMA PENSYARAH : PUAN SITI NOOR MARINI BINTI AS’AR SESI:II 2023/2024 CARA MEMBENTUK BUDAYA IKRAM DALAM DIRI INDIVIDU
SENARAI KANDUNGAN Penghargaan.......................................1 Objektif kajian ..................................2 Pengenlan..........................................3 Isi dan keterangan............................4-6 Kesimpulan.........................................7 Lampiran/Proses kerja tugasan ............8 Sumber rujukan..................................9
Saya mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada kedua-dua ibu bapa dan ahlikeluargayang lain kerana telah memberi dorongan dan bantuan kewangan dalam aktiviti ini. Penghargaan juga buat guru matapelajaran subjek ini yang telah memberi tunjuk ajar dan panduan bagi melaksanakan aktiviti ini. Tidak lupa kepada rakan-rakan sekelas yang bersamasama berkongsi pengalaman meyiapkan laporan ini diucapkan ribuan terima kasih. PENGHARGAAN
Melalui kajian ini, saya dapat: 1. Mengenalpasti sumber-sumber ikraam yang tepat dan benar. Malah, secara tidak langsung ini akan dapat memberi pemahaman dan melatih diri saya dalam membuatkan satu kajian yang bersifat ikram. 2. Mengukuhkan hubungan sosial dengan masyarakat setempat. Ini disebabkan ketika menjalankan folio ini, saya akan berhubung dengan masyarakat setempat untuk mendapatkan maklumat. secara tidak langunsung, hubungan dalam masyarakat dapat dieratkan dan semangat budaya ikram akan wujud. 3. Menghargai dan menanam semangat ikraam dalam diri kita dan generasi muda kini. Dengan folio ini, masyarakat akan dapat meningkatkan ilmu pengetahuaan tentang budaya ikram. OBJEKTIF KAJIAN
Budaya ikram merujuk kepada satu-satu budaya yang mementingkan kebajikan orang lain selain daripada ahli-ahli keluaraga sendiri. Sesebuah masyarakat yang berbudaya ikraam merupaka sebuah masyarakat yang dipenuhi dengan nilai-nilai penghormatan, kasih sayang, belas kasihan, bertimbang rasa, murah hati, saling faham memahami dan saling bermaafan. Inilah merupakan masyarakat Malaysia yang hendak dibentuk menjelang tahun 2020. Di sekolah, budaya ikram akan dibentuk melalui Pendidikan Moral dan Pendidikan Agama Islam. Selain itu, penerapan nilai-nilai murni merentasi kurikulum akan terus ditekankan agar insan yang dihasilkan itu bukan sahaja cemerlang dari segi akademik tetapi akan juga merupakan insan yang sedia membantu rakan dalam kesusahan, jiran yang memerlukan bantuan atau orang lain yang memerlukan pertolongan. Melalui kegiatan kurikulum dan kokurikulum yang mengandungi nilai-nilai murni seperti baik hati, hemah tinggi, hormat-menghormati, kasih sayang, keadilan, kesyukuran rasional dan semangat bermasyarakat, maka adalah nyata bahawa budaya ikram dapat dipupuk di kalangan pelajar sekolah mahupun pusat pengajian tinggi. Oleh itu, cara membentuk budaya ikram mestilah dalam diri individu. PENGENALAN
ISI DAN KETERANGAN 1. Menjaga keharmonian masyarakat Segala perkara yang mencemar keharmonian dan kesejahteraan masyarakat dapat dicegah dengan semangat kerjasama, prihatin dan kesatuan sesama semua orang. Gejala-gejala sosial seperti bersekedudukan, berkhalwat, mendera anak, lari dari rumah, bohsia, bohjan dan banyak lagi dapat dibendung jika kita memainkan peranan dan mengambil inisiatif melaporkan kepada pihak berwajib setiap kali menyedarberlaku perkara-perkara ganjil dan meragukan. Pepatah"jangan jaga tepi kain orang" perlu diubah untuk memastikan keharmonian masyarakat kita, memandangkan pelbagai isu sosial yang wujud pada hariini. Oleh itu, cara untuk membentuk budaya ikram dalam diri individu ialah kita perlu menjaga keharmonian masyarakat 2. Menjaga kebajikan penduduk setempat Kita yang hidup dalam suasana bekerjasama dan mengambil berat antara satu sama lain sudah tentu dapat menjana satu aktiviti yang menyumbang kepada kebajikan masyarakat setempat. Pelbagai jawatankuasaboleh diwujudkan seperti menubuhkan Jawatankuasa Pembangunan insan Remaja. Maka pelbagai aktiviti dapat disusun bagi memenuhi keperluan dan kebajikan golongan remaja seperti kem motivasi dan program jati diri. Program ini dapat dijayakan jika wujud persefahaman dan persepakatan yang mantap sesama masyarakat.
3. Semangat Integrasi nasional Perpaduan antara kaum adalah kunci kemakmuran dan kesejahteraan negara kita. Bagi memastikan perpaduan dan kemakmuran ini kekal, ianya perlu dimulai dengan hubungan baik sesama masyarakat. Masyarakat yang baik adalah masyarakat yang berjaya memupuk semangat toleransi, percaya mempercayai dan perkongsian pendapat antara mereka 4. Amalan bertegur sapa Amalan bertegur sapa sesama jiran adalah titik permulaan terjalinnya hubungan yang erat dan mesra. Membiasakan diri bertanya khabar dan kesihatan diri serta anak-anak jiran dapat menghubungkan kepada amalan bertukar-tukar pandangan dan berkongsi pengalaman sesame jiran. Amalan bertegur sapa perlu dilakukan oleh setiap orang dan menjadi syarat utama dalam membentuk hubungan akrab sesama Jiran. 5. Budaya kunjung mengunjung Meluangkan masa untuk berkunjung ke rumah jiran dapat mengeratkan dan menghidupkan lagi semangat hidup berjiran. Kita akan lebih mengenali jiran apabila berkunjung dan menziarahinya. Ini kerana peluang semasa berbicara yang lebih panjang dan suasana rumah yang lebih tenteram memungkinkan kita mengenali dan menyelami suka dan duka jiran secara lebih dekat.
6. Menghulurkan bantuan Kemuncak hubungan kejiranan yang baik adalah apabila kita sanggup mengetepikan kesenangan dan kerehatan diri semata-mata untuk membantu jiran pada masa yang diperlukan. Pengorbanan seumpama ini sememangnya tidak mudah dilupakan oleh sesiapapun, apatah lagi jiran yang terdekat. Semakin kerap kita menolong jiran, semakin kuat ikatan kejiranan kita. 7. Semangat bergotong royong Aktiviti bergotong royong membersihkan Kawasan perumahan, masjid, balairaya, membaiki rumah atau jambatan akibat banjir, ribut dan kebakaran sememangnya dapat memupuk dan menyemai semangat kejiranan
Dari keseluruhan semua ini, kita perlu melihat betapa pentingnya mengamalkan nilai-nilai murni dalam kehidupan agar kita mendapat segala kebaikan yang sangat menguntungkan diri. Selain itu, kita haruslah menerapkan nilai dari kecil lagi agar sentiasa tersemat dalam diri kita semua dan tidak melupakan setiap nilal murni yang dipelajari. Seterusnya, pihak kerajaan and pihak ibu bapa haruslah bekerjasama bagai aur dengan tebing dengan memupuk nilai ini iaitu 'budaya ikram'. Hal ini demikian kerana pada era globalisasi ini, banyak orang telah mengutamakan kerja-kerja sahaja dan tidak mempedulikan apa-apa nilai sahaja. Oleh itu, Aktiviti seperti kempen haruslah diadakan untuk meningkatkan purata orang yang mempunyai budaya ikram bahawa Wawasan 2050 bukan lagi fantasi tetapi akan menjadi kenyataan. KESIMPULAN
8 LAMPIRAN / SKOP TUGAS KERJA
8
8 GAMBAR BUKTI KERJASAMA
https://ikram.org.my/nilai-insan-yang-hilangdalam-keluarga/ https://ms.wikipedia.org/wiki/IKRAM https://budayaikram.blogspot.com/2020/03/ SUMBER RUJUKAN