The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

Kelab Pengakap (Persetiaan & Undang-undang Pengakap)

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by alredzuan80, 2021-01-30 21:21:55

Kelab Pengakap (Persetiaan & Undang-undang Pengakap)

Kelab Pengakap (Persetiaan & Undang-undang Pengakap)

KELAB PENGAKAP

Persetiaan Pengakap Undang-undang
Pengakap

PERSETIAAN PENGAKAP

• Setiap ahli Persaudaraan Pengakap Raja Malaysia perlu
mematuhi Persetiaan Pengakap dan Undang-undang
Pengakap, prinsip-prinsip- Tanggungjawab kepada Tuhan,
Tanggungjawab kepada Masyarakat, dan Tanggungjawab
kepada diri sendiri dan diinspirasi oleh Persetiaan Pengakap
dan Undang-undang Pengakap yang telah dibentuk oleh
Pengasas Pengakap, Lord Baden Powell of Gilwell
berdasarkan ketetapan seperti yang berikut :

PERSETIAAN PENGAKAP

Bahawa dengan sesungguhnya, saya berjanji dan
bersetia, yang saya, dengan seberapa daya upaya
saya akan:-
1. Taat kepada Tuhan, Raja dan Negara,
2. Menolong orang pada setiap masa,
3. Menurut Undang-undang Pengakap.



UNDANG-UNDANG PENGAKAP

• Pengakap adalah seorang yang sentiasa dipercayai maruah dan
kehormatan dirinya (Dipercayai)

• Pengakap adalah seorang yang taat kepada yang Dipertuan Agong serta
Raja-Raja dan kepada pemimpin-pemimpin pengakap, ibubapa,
majikannya dan orang-orang bawahannya (Taat)

• Pengakap adalah wajib menjadikan dirinya berguna dan menolong orang
pada setiap masa (Berguna)

• Pengakap adalah bersahabat kepada sekelian orang dan bersaudara
kepada lain-lain pengakap walau apa negeri, pangkat dan agama
sekalipun (Bersaudara)

• Pengakap adalah baik dan sempurna budi pekertinya dan sentiasa berbudi
(Berbudi)

UNDANG-UNDANG PENGAKAP

• Pengakap adalah baik dan kasih kepada segala binatang (Kasihkan
Binatang)

• Pengakap adalah seorang yang menurut perintah dan suruhan
ibubapanya, ketua patrolnya atau pemimpin-pemimpin pengakapnya
dengan tiada bantahan (Menurut Perintah)

• Pengakap adalah seorang yang sentiasa sabar dan manis mukanya di
masa susah (Tabah Hati)

• Pengakap adalah jimat dan cermat (Berjimat)
• Pengakap adalah bersih dan suci fikirannya, perkataannya

danperbuatannya (Suci fikiran, perkataan dan perbuatan)

LAGU UNDANG-UNDANG PENGAKAP


Click to View FlipBook Version