The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

Nur Fateha binti Amir Yamani
D20201093653

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by fatehayamani, 2021-05-18 09:47:34

Buku Log

Nur Fateha binti Amir Yamani
D20201093653

BUKU LOG KRS

NAME: NUR FATEHA BINTI AMIR YAMANI
MATRIC NUMBER: D20201093653
CLASS: CPU2011

NUR FATEHA BINTI
AMIR YAMANI

PROFESSIONAL EDUCATION
SKILLS 2019-2020 l Johor Matriculation College
2014-2018 l Sekolah Menengah Kebangsaan Bandar
Social media strategy Tenggara 2
Marketing
Copywriting ACADEMIC'S ACHIEVMENT
Project management 2019 l PSPM l CGPA 3.08
Layout design 2018 l SPM l 4A,1A-,2B+,2C,1D
Photo editing 2016 l PT3 l 8A,2C

PERSONAL SKILLS LEADERSHIP

Creative spirit 2019 - COMMITTEE MEMBERS OF JMC'S ART CLUB
Reliable and professional 2018 - TREASURER OF PANDU PUTERI
Organized 2018 - COMMITTEE MEMBERS OF PINGPONG CLUB
Time management 2018 - TREASURER OF PREFECT
Team player
Fast learner COCURRICULAR'S ACHIEVEMENTS
Motivated
2019 l Pertandingan Kayak l Silver
CONTACT 2019 l Pertandingan Viper Challenge l Silver
2018 l Pertandingan Tulisan Khat l Bronze
P: +60 1126586064
E: [email protected]

SOCIAL

Instagram ; fatehaamir

SEJARAH

PRAKATA
Kadet Remaja Sekolah telah diluluskan penubuhannya di sekolah-sekolah oleh
Jemaah Menteri pada 18 Januari 1995. Pelancaran penubuhannya disempurnakan oleh
YB Dato’ Seri Najib bin Tun Haji Abdul Razak, Menteri Pendidikan Malaysia pada
20 Jun 1995 di Sekolah Menengah Raja Abdullah, Kuala Lumpur. Dalam tahun yang
sama pada bulan November – Disember seramai 300 orang guru telah dilatih sebagai
jurulatih Kadet Remaja Sekolah di peringkat sekolah. Kursus-kursus ini telah
diadakan di Pusat-pusat Kokurikulum Bachok (Kelantan), Singkir (Kedah), Bukit
Kolah (Terengganu) dan Santubong (Sarawak). Jabatan-Jabatan Pendidikan Negeri
kemudiannya diminta untuk menjalankan kursus yang sama bagi menyediakan
jurulatih di peringkat sekolah.

Bagi tujuan mempercepat dan melicinkan pelaksanaan pasukan ini, Kementerian
Pendidikan seterusnya mengeluarkan buku-buku panduan sebagai rujukan di semua
peringkat pengurusan. Antara buku-buku yang diterbitkan sebelum ini ialah Buku
Perlembagaan Kadet Remaja Sekolah, Buku Tatacara Pemakaian Kadet Remaja
Sekolah, Buku Kawad Kadet Remaja Sekolah dan Buku Kurikulum Latihan Kadet
Remaja Sekolah. Kini buku-buku ini telah dimurnikan lagi dan dijadikan sebuah buku
sahaja untuk memudahkan pengurusan pasukan Kadet Remaja Sekolah dan Tunas
Kadet Remaja Sekolah.

Buku ini diterbitkan khusus untuk menjelaskan konsep, falsafah, matlamat dan hal-hal
yang berkaitan dengan pengurusan pasukan ini. Dengan usaha ini, adalah diharapkan
agar semua pihak yang terlibat melaksanakan pasukan, menyesuaikan apa jua langkah
dan tindakan yang diambil supaya bertepatan dengan kehendakkehendak yang
dinyatakan. Justeru, buku ini amat sesuai digunakan oleh guru-guru Kadet Remaja
Sekolah sama ada guru yang terlatih atau guru-guru Kadet Remaja Sekolah yang baru
dilantik sebagai Guru Kadet Remaja Sekolah yang masih belum berkesempatan untuk
mengikuti kursus kejurulatihan.

Pelaksanaan Kadet Remaja Sekolah dan Tunas Kader Remaja Sekolah mempunyai
keunikan konsep dan falsafahnya tersendiri yang membezakan pasukan ini daripada

pasukan-pasukan pakaian seragam yang lain. Kegiatan yang dijalankan, digandingkan
dengan unsur-unsur pengukuhan dan pemantapan jiwa dan rohani setiap anggota
pasukan. Pelajar yang menganggotai pasukan ini bukan sahaja dibangunkan dari
aspek jasmaninya melalui kegiatan-kegiatan yang mencabar, inteleknya melalui
kegiatan-kegiatan kreatif bahkan juga jiwa dan rohaninya melalui amalan langsung
ibadah khusus dan umum.

SEJARAH PENUBUHAN KADET REMAJA SEKOLAH (KRS)
Kadet Remaja Sekolah ( KRS ) telah ditubuhkan dan diasaskan oleh En. Muhammad
Thani Bin Sha’aban di Sekolah Menengah Raja Abdullah, Jalan Kepong , Kuala
Lumpur pada 27 Jun 1987 Pada mulanya pasukan ini dikenali sebagai Kadet Putera
Islam Malaysia (KPIM) yang merupakan pasukan beruniform kepada Persatuan
Pelajar-Pelajar Islam SMRA (PERWIRA). Keahliannya adalah seramai 20 orang
pelajar sahaja iaitu terdiri daripada pelajar tingkatan I dan 2. Matlamat utama
penubuhannya ialah untuk melahirkan pelajar cemerlang yang BERILMU,
BERIMAN, DAN BERAMAL , berakhlak mulia , bersemangat patriotik dan
berketrampilan selaras dengan usaha dan hasrat mengisi tuntutan Falsafah Pendidikan
Kebangsaan ke arah Wawasan 2020.

Pasukan KPIM ini bernaung di bawah pengawasan Unit Pendidikan Islam Jabatan
Pendidikan Wilayah Persekutuan . Setiap aktiviti yang dijalankan adalah berteraskan
ISLAM SEBAGAI CARA KEHIDUPAN (AD DEEN). Mulai tahun 1989 beberapa
buah sekolah di Wilayah Persekutuan telah mula menubuhkan KPIM. Di antaranya
ialah Sek. Men. Tmn Tun Dr Ismail di bawah pimpinan Ustaz Ahmad Farazilla Bin
Abdul Ghani , Sek. Men Seri Titiwangsa di bawah pimpinan En. Anuar Bin Abd Aziz
dan Sek. Men. Agama Ma’ahad Hamidiah , Kajang , Selangor di bawah pimpinan En.
Abu Hassan Bin Morad. Pada tahun 1993, sebanyak 53 buah Sekolah Menengah di
seluruh negara telah menubuhkan KPIM.

Usaha untuk menubuhkan KPIM secara rasmi dan bernaung di bawah Kementerian
Pendidikan Malaysia telah dimulakan pada 10 Ogos 1993. Satu pertemuan telah
diadakan dengan Yang Berbahagia Tan Sri Datuk Dr. Wan Mohd Zahid Bin Wan
Mohd Nordin iaitu Ketua Pengarah Pendidikan Malaysia pada 13 September 1993. Di
dalam pertemuan ini tesis mengenai KPIM telah dibentangkan. Hasilnya, sebuah
jawatankuasa kecil telah dibentuk untuk menyediakan kertas kabinet . Jawatankuasa
ini mencadangkan agar pasukan ini diberi nama KADET PUTERA – PUTERI
ISLAM ( KPIM ) . Walau bagaimanapun nama pasukan ini kemudiannya ditukar
kepada KADET REMAJA ISLAM (KRIS).

















PERTOLONGAN CEMAS
Pengertian Pertolongan Cemas:
- Pertolongan atau bantuan segera yang bersifat sementara diberikan kepada mangsa yang
mengalami kemalangan atau kecederaan dengan segala kemudahan yang terdapat di tempat
kejadian sebelum ketibaan bantuan perubatan atau sebelum mangsa mendapat rawatan perubatan
yang sempurna.

Maksud Kecemasan:
-Sesuatu situasi kritikal yang boleh mengancam nyawa jika tidak diberi rawatan segera,kesakitan
mangsa menjadi lebih serius, lebih mudarat dan mungkin menyebabkan kematian.

Tujuan dan Prinsip Pertolongan Cemas:
Asas Bantu Mula ;
-Rawatan sementara waktu yang diberikan kepada mangsa; sebelum tibanya bantuan perubatan.

Objektif
a. Menyelamat nyawa
b. Mengelak mangsa cedera lebih serius
c. Mengurangkan kesakitan
d. Menguruskan pemindahan ke hospital

Ciri-ciri Seorang Penyelamat
a. Bertanggungjawabb.
b. Berjiwa cekal, waras dan tenang
c. Mengamati prinsip keselamatan diri
d. Berpengetahuan dan berkeyakinan
e. Terlatih

Tujuan-tujuan Pertolongan Cemas
a) Membantu menyelamatkan nyawa mangsa.
b) Mengelakkan mangsa dari kecederaan yang lebih teruk.
c) Membantu mengurangkan kesakitan atau kesengsaraan mangsa.

PRINSIP PERTOLONGAN CEMAS
Prinsip –prinsip penting yang patut anda patuhi apabila memberi pertolongan cemas:
1. Bertindak segera, cekap dan penuh keyakinan.
2. Longgarkan pakaian jika perlu
3. Hentikan darah jika berdarah
4. Kurangkan kejutan dan tenangkan pesakit
5. Jangan gerakkan pesakit melainkan perlu.
6. Dapatkan rawatan segera jika keadaan teruk atau mencemaskan berhubung dengan doctor di
klinik atau rumah sakit yang terdekat.

Tugas-tugas Ahli Pertolongan Cemas
a) Menyelamatkan mangsa secara permulihan pernafasan CPR jika pernafasan mangsa terhenti,
menahan pendarahan dan mengelakkan mangsa dari terjadi renjatan.
b) Membalut luka dengan kain yang bersih supaya dapat mengelakkan dari jangkitankuman.
c) Memberi sokongan di bahagian yang cedera terutamanya patah dengan tuap atauanduh supaya
bahagian yang cedera berkeadaan tetap dan tida kbergerak.
d) Elak mangsa dari mengalami renjatan.
e) Beri semangat kepada mangsa agar sentiasa berada dalam keadaan tenang

 Peti Pertolongan Cemas

Pertolongan cemas ialah bantuan segera atau rawatan kecemasan yang diberikan untuk orang yang
tercedera sebelum mendapatkan bantuan atau perawat yang bertauliah. Ia biasanya terdir idari satu
siriteknik yang boleh dilakukan, walaupun tanpa latihan perubatan, oleh hampir semua orang
dengan peralatan yang minimum.
Antara peralatan yang umumnya ialah peti pertolongan cemas. Oleh yang demikian adalah suatu
kewajiban bagi ahli sukarelawan menyelamat khususnya untuk mengetahui isi kandungan di dalam
peti pertolongan cemas.

1.Triangular bandage (kain anduh)
Untuk mengampu bahagian kecederaan/kepatahan, membalut luka/ pendarahan yangdidapati ada
kepatahan tulang
2. Sterile eye pad
Melindung mata yang tercedera/ terkena bendasing
3.Non-sterile gauze/ Sterile gauze
Melakukan pencucian/pembebat luka,membuat balutan/ memberi tekanan pada perdarahan dan
menstabilkan kepatahan
4. Elastic bandage/crepe bandage/Roller bandage
Menstabilkan kecederaan/ kepatahan/ untuk membalut luka dan juga kecederaan
ringaneg.Dislocation (terseliuh)
5. Glove-disposable/nonsterile
Melindungi diri dari sebarang cecair badan/sumber jangkitan
6. Scissor
Memotong gauze /bandage
7. Adhesive tape
Melekatkan balutan dan pembebat
8. Sterile multi-trauma dressing/ gauze
Melakukan pencucian/pembebatan luka
9. Alcohol prep pads
Mencuci sebarang bendasing/kekotoran padaluka sebelum membalut.
10. Cotton buds
Mencuci luka pada kawasan sukar
11. Acriflavine (ubat kuning)
Untuk antiseptic
12. Dettol (boleh diganti dengan NormalSaline solution 0.9%)
Antiseptik dan digunakan sebagai cucian luka luar
13. LMS solution (minyak kuda)
Melegakan kesakitan otot



ANDUH DAN BALUTAN
Jenis Anduh
• Anduh Besar
• Anduh Kecil
• Anduh Pergelangan Tangan
• Anduh Menaik

Terdapat 5 jenis balutan anduh:
1. Anduh lengan
2. Anduh kepala
3. Anduh lutut atau siku
4. Anduh pergelangan tangan
5. Anduh tapak kaki

Anduh Lengan:

1. Bucu atas kain anduh hendaklah diletakkan pada siku lengan yang tercedera
2. .Kemudian ikatan buku sila diikat pada atas bahu
3. Bucu atas kain anduh yang diletakkan pada siku tadi boleh dipinkan atau dilipat ke bahagian
dalam untuk lebih kemas.



Anduh Kepala

1. Lipatkan sedikit kain anduh tersebut dan letakkannya pada atas dahi mangsa dan biarkan
bucu atas kain anduh berada di belakang kepala
2. Pegang kedua-dua hujung kain anduh dan silang ke belakang kepala kemudian dibawa ke
dahi dan diikat buku sila
3. Lipat kain lebihan di belakang untuk lebih kemas

Anduh Lutut

1. Lipat sedikit kain anduh dan letakkannya (seperti gambarajah di bawah) di ataslutut yang
tercedera
2. Tarik kedua-dua hujung kain anduh melintasi bawah lutut kemudian ikatkan buku sila pada
atas bahagian lutut (seperti gambar rajah di bawah)
3. Tutup ikatan tersebut dengan bucu atas kain anduh untuk lebih kemas


Anduh Pergelangan Tangan/Tapak Kaki

1. Letakkan tapak kaki/tangan yang tercedera di atas kain anduh , kemudian Tarik dan letakkan
bucu atas kain anduh di atas kaki/tangan. (seperti gambar rajah 1)
2. Silangkan kedua-dua bucu hujung kain anduh di atas dan bawah. (seperti gambar rajah)
3. Ikatan buku sila kemudiannya diikat pada atas pergelangan tangan seperti yang ditunjukkan
di gambar rajah.
4. Ikatan buku sila diikat pada belakang tumit jika terdapat kecederaan pada bahagian kaki
yang mesti di balut.





KAWAD KAKI Bahasa Hukuman Kesalahan
Aktiviti Skuad masuk baris
• datang beratur tiada
Jadikan tiga barisan Yang tinggi ke kanan, rendah berlari
Paras ke kiri, dalam satu • bercakap-cakap
Nombor barisan.........paras/ • barisan terlalu jauh atau
Yang tinggi ke kiri, rendah ke terlalu rapat daripada jurulatih
Sedia kanan, dalam satu
barisan.........paras

•Skuad! Dari •tidak bilang nombor dengan
kanan ......Nombor! cepat
•Nombor ganjil satu langkah ke •menyebut nombor dengan
hadapan, nombor genap satu suara yang perlahan
langkah ke belakang......gerak •lupa nombor masing-masing
•Orang kanan sekali, Diam,
Nombor ganjil ke kanan,
nomb0r genap ke kiri.
Barisan kanan dan
kiri......Pusing
• Jadikan tiga barisan......Cepat
jalan
•Ke kanan lurus.

Skuad,skuad......sedia •kedudukan yang keras dan
menyukarkan pernafasan
•berdiri tidak tegap dan mata
bergerak
•kaki dan badan tidak lurus
serta tumit tidak rapat
•tangan bengkok dan terlunjur
ke hadapan
•belakang tangan menghala ke
hadapan
•badan senget ke kiri atau
kanan dan badan tidak sama
rata
•tidak memandang 200m ke
hadapan
•semasa tumit atau hujung kaki
dijatuhkan terdapt dua bunyi

Senang Diri Squad…Senang Diri • siku bengkok
• lutut tidak tegap dan
Rehatkan Diri Rehatkan Diri tiada bertahan
Membetulkan Baris • Ke kanan...... lurus • jarak kaki kanan dan
• Pandang......depan kaki kiri tidak cukup 12 inci
Buka dan Tutup Baris atau seluas ukuran bahu
Berpusing • menggerakkan kaki kiri
• pinggang bengkok
sewaktu mengangkat kaki
kanan
• jatuh tumit atau hujung
kaki dahulu

• kedua-dua tapak kaki
bergerak
• menggeliat dan
bercakap-cakap

• kaki dan bahu tidak
sama rata dan badan condong
ke hadapan semasa mengambil
lurus
• pinggang lemah semasa
kaki bergerak
• badan dan kepala tidak
tegak
• siku bengkok
• turun tangan dengan
lambat

• Buka barisan......gerak • kedua-dua badan tidak rapat
• Tutup barisan......gerak ke badan
• tidak mengambil cukup
• Bergerak ke kanan, langkah ke hadapan atau
kanan......pusing belakang
• bergerak ke kiri, • tangan dan bahu
kiri ......pusing bergerak
• menghadap ke • mata pandang ke bawah
belakang, belakang .......pusing • badan tidak tegak
• menghadap ke hadapan,
belakang ......pusing • badan berlonjak
• bergerak ke kiri, semasa berpusing
belakang ......pusing • tangan bergoyang dan
• bergerak ke kanan, pinggang lemah semasa
berpusing
• tumit bergerak dari
tempatnya semasa berpusing
• kedua-dua siku tidak
lurus semasa merapatkan kaki
•keberatan badan di atas kaki

belakang......pusing yang belakang
• menghadap ke belakng, •menggerakkan tangan semasa
kanan/kiri......pusing merapatkan kaki yang di
• menghadap ke hadapan, belakang
kanan/kiri......pusing •membongkokkan badan
semasa merapatkan kaki yang
di belakang

Bersurai dan keluar baris •Ber......surai •bersurai tanpa memberi
Cepat Jalan •Squad…. hormat kepada ketua dalam
Berhenti Keluar......baris baris

Pusing ke belakang • Skuad, dari kanan/
kiri .......cepat jalan
Tukar Langkah
Hormat semasa berjalan • Skuad, skuad...... henti • bergoyang selepas
Ke kanan hormat berhenti
• Bergerak ke kanan/kiri, • badan tidak cukup tegak
ke belakang......pusing dan tetap selepas berhenti
• lurus, jarak ,
• Tukar langkah semasa bersetentangan tidak betul
berjalan….. selepas berhenti
Tukar langkah(ikut keperluan) • turun tangan terlalu
lambat
• Hormat, hormat ke • menangkat kaki kanan
kanan ...... hormat rendah semasa dihentakkan
hadapan hormat
• Hormat, hormat ke • lutut bengkok
hadapan......hormat semasa pusing
• membiarkan tangan
berayun-ayun
• tidak mengangkat kaki
cukup tinggi
• pergerakan berpusing
tidak sama dengan masa
berjalan
• melenggangkan bahu
dan tangan
• tidak membongkokkan
lutut
• tidak melangkah penuh
bagi pergerakan yang ketiga

• melenggangkan tangan
dan bahu serta berjalan tidak
lurus ke hadapan



Peta dan Kompas

Peta merupakan elemen penting dalam orienteering.Peta adalah gambaran bentuk mukabumi
yang dilukis atas permukaan rata bagi sesuatu kawasan dari udara.Peta mempunyai
tajuk,kontur,skala,petunjuk,garisan melaras dan kod warna.
Peta digunakan untuk merancang aktiviti atau pergerakan dan melaksanakan aktiviti atau
pergerakan. Selain itu,ia juga memberi maklumat seperti lokasi,tempat,jarak,ketinggian
bentuk mukabumi,halangan,pembangunan,mercu tanda dan laluan-laluan yang boleh
digunakan.

Jenis-Jenis Peta:
Peta Topo

 Mengandungi pelbagai jenis butiran
 Mempunyai panduan grid

Peta Planimetri
 Peta panduan jalan raya
 Panduan perlancongan
Peta Khusus
 Peta yang khusus bagi sesuatu butiran seperti peta taburan penduduk
Atlas
 Peta berskala kecil yang dibukukan
 Menggambarkan kawasan yang luas
 Kandungan butiran tidak terperinci

Peta Imejan Satelit

Peta Orienteering
 Mendedahkan maklumat lengkap dan baru


Warna Peta (Standard IOF)
Hitam

 Ciri-ciri buatan manusia dan batu
Perang

 Kontor dan jalanraya
Kuning

 Keadaan tumbuhan yang terbuka
Biru

 Keadaan tumbuhan:boleh berlari
Putih

 Keadaan tumbuhan:berjalan/redah
Hijau

 Ciri-ciri yang berkaitan dengan air seperti sungia,laut,paya,tasik,tali air,dan lain-lain

Cara Mendapatkan Peta:

 Dokumen yang dikelaskan sebagai ‘terhad’

 Boleh dimiliki dengan kebenaran pihak berkuasa

 Permohonan jabatan kerajaan melalui Jabatan Ukur dan Pemetaan Negeri dengan

mengisi Borang PPNM-A (81)

 Borang PPNM 1 jika permohonan dari pihak awam dan badan berkanun



Cara Melipat Peta:

-Dengan lipatan begini,bahagian peta yang hendak diabaca dapat dilihat dengan cepat tanpa
terpaksa membuka keseluruhan lipatan pada tiap-tiap kali henda membaca peta.

KOMPAS

 Kompas atau kompas pelaut (juga dikenali sebagai pedoman) ialah alat bantuan ahli
pelayaran untuk mendapatkan arah sebenar di muka bumi. Kompas ialah alat paling tepat
untuk menunjukkan arah di muka bumi.

 Kompas mengandungi anak panah yang dibuat daripada jarum besi bermagnet yang
berdasarkan medan magnet di bumi. Empat arah utama kompas ialah Utara, Selatan,
Timur dan Barat.

 Secara teknik, kompas dibuat daripada sebatang jarum untuk menunjukkan arah utara
magnet berdasarkan sebuah planet magnetosfera. Jarum yang bebas akan dengan sendiri
menunjukkan arah Utara dan peta mestilah dikoordinasikan dengan kompas tersebut.

Cara-cara menggunakan kompas:
 Buka tutup kompas, sedemikian hingga tegak lurus.
 Tarik pengait jempol ke bawah.
 Masukkan ruas pertama jempol kanan ke dalam cincin tersebut.
 Telunjuk sejajar dan memegang penutup yang berdiri tegak. Jari-jari lain memegang
penutup kompas.
 Lengan lurus ke depan.
 Dekatkan kompas ke depan mata.
 Untuk mencari tanda yang akan dijadikan patokan dalam pengintaian, sebaiknya
dipilih benda yang jauh tapi jelas terlihat dan tidak terhalang apa pun, hingga baik
dijadikan patokan (Sasarannya disebut Check Point).
 Kalau tidak ada benda alam untuk dijadikan patokan, maka patokan yang dapat
dijadikan incaran harus kita buat sendiri, tongkat, bendera, atau benda lain.
 Arah perjalanan menuju titik yang menjadi patokan.

 Setelah sampai lokasi yang dituju dapat dilanjutkan dengan mengincar kembali ke
arah yang ditentukan sampai ke tempat yang dituju.

 Sasaran balik (back reading) dipergunakan apabila kita akan kembali ketitik
sebelumnya

Kegunaan Kompas
Kompas hanya digunakan untuk tujuan-tujuan seperti berikut:

Menentukan arah perjalanan
Menyelaraskan peta
Mengira jarak jauh
Menentukan arah laluan balik (semasa mengtasi halangan)
Membantu menentukan tempat anda berada dalam peta (digunakan bersama peta)

Menjaga Kompas:
Kompas ialah alat yang tepat dan mesti digunakan dengan baik. Ia mesti dijauhkan dari alat-
alat besi yang berkuasa elektromegnet kerana jarum magnetik itu akan lari dari arah utara
mengnet yang ditunjukkan.(Jarum kompas mengnetik tidak menunjukkan arah utara benar
tetapi utara mengnetik). Bila menggunakan kompas, ia mesti dipegang mendatar. Semasa
menyimpan atau meletak kompas, jauhkan kompas dari pembesar suara kerana pembesar
suara mempunyai kuasa magnetik yang kuat.
Bahagian Kompas
Kompas orienteering mengandungi tiga bahagian utama iaitu:
o Plat tapak yang lut sinar
o Perumah kompas yang boleh berputar
o Jarum magnetik (di dalam perumah kompas)

ORIEENTERING

 Orienteering ialah sejenis sukan rekreasi yang menggunakan peta dan kompas. Sukan ini
mirip kepada permainan mencari harta karun. Kemahiran menggunakan kompas adalah
asas yang perlu dikuasai oleh peserta. Peralatan lain yang digunakan ialah penanda, kad
kawalan, dan kad perakam.

 Dalam pertandingan ini, peserta dikehendaki mencari beberapa titik kawalan yang
diletakkan di sesuatu kawasan tertentu. Peserta yang menemui semua titik kawalan dan
sampai di garisan penamat dalam masa yang paling singkat dikira sebagai pemenang.

 Kompas merupakan alat yang kedua penting yang digunakan dalam sukan orienteering
selain dari peta. Jenis kompas yang digunakan untuk orienteering ialah campuran
kompas dengan pengukur jangka sudut.

SENI PERKHEMAHAN

OBJEKTIF
 Beri 1 kemahiran tinggi dlm penyediaan tapak khemah berkualiti
 Bentuk sikap berdikari, semangat setia kawan, berdisiplin & kepimpinan
 Bina kekuatan mental dan fizikal (kesusahan)
 Mengalami & menyesuaikan diri dgn kehidupan luar

PERATURAN PERKHEMAHAN
 Ikut arahan ketua/pegawai perkhemahan
 Peralatan perkhemahan disusun rapi
 Menepati waktu & bekerja sama
 Melaporkan kejadian tidak diingini kpd peg. bertugas
 Kawalan keselamatan

PENYEDIAAN TAPAK PERKHEMAHAN
 Pagar & pintu utama
 Dapur
 Khemah urusetia
 Kawasan arena
 Tempat makan, solat. Peralatan peralatan & sakit
 Tandas
 Lubang sampah
 Ampaian

KEPERLUAN MASUK HUTAN
 Senjata tajam
 Bahan api
 Peta dan petunjuk
 “First Aid Kit”
 Alatan masak & makanan
 Tali
 Baju hujan
 Barang persendirian
 Botol air
 Khemah

MENGEMAS HAVERSACK
 Barang mudah basah dibalut plastik
 Barang berat di atas
 Barang besar, sederhana berat di bwh
 Barang keras di bahagian luar
 Barang yang kerap diguna di poket luar
 Pek kecil-kecilan
 Sistem sendiri

PERATURAN MASUK HUTAN
 Membawa senjata tajam
 Jangan cakap besar
 Jangan berak waktu malam
 Jangan makan buahan/ tumbuhan sebarangan
 Jangan minum air yang belum dimasak/ tidak mengalir
 Jangan bahayakan diri
 Jangan tebang / tarik pokok sesuka hati
 Jangan buang air besar/kecil sesuka hati
 Jangan tegur perkara2 yang dirasakan pelik
 Jangan tinggalkan khemah tanpa memberitahu rakan lain sekiranya berkumpulan.
 Jaga adab sopan

CARA DAPATKAN AIR

 Sekiranya punca air biasa tidak didapati, turunlah ke kawasan yang lebih rendah
seperti lurah, lembah atau denai. Jika tiada, carilah kawasan yang terdapat
tumbuhan hijau dan galilah tanah di situ

 Lain2 sumber: akar kayu, rotan, buluh, periuk kera, daun & rumput waktu pagi,
lumut, hujan, jenis pokok yg boleh perangkap air, binaan seperti perigi,
perangkap wap, tadahan serta peluh & kencing

 Tanda2 air dapat dikesan dengan bunyi dan tumpuan haiwan

 Sebelum minum, pastikan air jernih dan bersih

 Jika perlu, tapis & pastikan ia tidak berbau dan tidak mempunyai rasa.

IKHTIAR HIDUP DAN PENDIDIKAN LUAR

S Size up the situation ( ukur situasi )
U Use all your senses ( gunakan semua deria )
R Remember where you are ( ingat di mana anda )

V Vanquish fear and panic ( hapuskan takut dan panik )
I Improvise ( mengubahsuai )
V Value living ( hargai kehidupan )
A Act like the natives ( bertindak seperti orang asli )
L Learn basic skill ( belajar kemahiran asas )

Pengenalan

 Membantu individu yang berada dalam keadaan dan tempat yang bahaya.
 Penggunaan kemahiran :
 Membuat unggun api
 Cari dan membina tempat berteduh
 Cari air yang bersih untuk diminum
 Cari makanan yang selamat dimakan
 Dalam keadaan dan tempat yang kering, basah, panas, sejuk, gurun, pedalaman

atau pulau

Objektif

 Memperolehi pengetahuan tentang asas-asas untuk ikhtiar hidup semasa di laut,
hutan, bukit, gunung-ganang atau sebagainya.

 Memperolehi pengetahuan melalui alam semulajadi untuk mencari sumber
makanan, tempat perlindungan dan punca-punca air.

 Mempelajari pengetahuan asas dan langkah-langkah keselamatan semasa
menjalani ikhtiar hidup.

TEKANAN KEADAAN IKHTIAR HIDUP

 Kelaparan
 Kehausan
 Kesakitan
 Kesejukan dan kepanasan
 Keletihan
 Kesepian dan ketakutan
 Panik
 Tekanan-tekanan ini jika tidak diatasi boleh melemahkan semangat mereka untuk

terus hidup dan keluar dari keadaan tersebut.

Asas bagi ikhtiar hidup
 Terdapat 5 asas untuk meneruskan hidup dalam pelbagai situasi ini iaitu :
 Tempat berteduh ( shelter )
 Air ( water )
 Makanan ( food)
 Api ( fire )
 Perangkap binatang ( trap & snares )

 Melindungi diri dari bencana atau kesejukan
 Sebagai tempat untuk tidur dan berehat
 Dibina sendiri
 Kita mesti pastikan kawasan yang kita pilih untuk membina shelter adalah:

 Berdekatan dengan punca air
 Mudah untuk membuat unggun api
 Mudah untuk mencari makanan

 Pondok ini didirikan dengan rangka bumbung berbetuk ‘ V’ terbalik
 Bumbung ditongkat oleh dua batang tiang

 Bumbung boleh dibuat dari apa saja jenis daun seperti daun bertam, nipah,
senduduk, lalang dan sebagainya.

 Pondok ini sesuai didirikan di kawasan lereng bukit, kawasan permatang
yang sempit , kawasan tanah lapang dan juga di kawasan tepi pantai.

 Pondok ini didirikan dalam keadaan mempunyai empat tiang
 Tiang hadapan lebih tinggi dari tiang belakang
 Bumbung dibuat curam kebelakang
 Di bahagian hadapan dibuat cucur atap (tabir layar)
 juga boleh didirikan dengan menggunakan dua tiang sahaja dgn bumbung

belakang diturunkan terus di atas tanah
 Pondok ini sesuai didirikan di kawasan tanah tinggi dan dilereng bukit.

 Pondok ini didirikan dengan menggunakan empat tiang, berlantai serta
mempunyai tangga dan berbumbung.

 Di bahagian hadapan mempunyai cucur atap dan boleh didirikan dalam apa
juga keadaan muka bumi.

 Kebiasaannya pondok ini didirikan untuk tempat tinggal dalam jangka masa
satu minggu.

 Ianya juga dapat menghindarkan diri dari gangguan binatang-binatang buas.

 Selain daripada beberapa jenis pondok di atas gua, banir pokok , anjung batu
dan juga lereng lekuk juga amat sesuai dijadikan tempat untuk berteduh.

 pemilihan tempat tersebut perlu ditinjau terlebih dahulu dari aspek
keselamatan.

 Elakkan tempat-tempat yang berbahaya seperti kawasan batu-batu yang
longgar kedudukannya, kawasan laluan angin, laluan binatang, sarang
serangga dan sebagainya.

 Shelter yang biasa seperti gua, ikat tali pada pintu masuk gua untuk
memudahkan untuk cari jalan keluar.

 Jika memilih gua untuk dijadikan tempat berteduh, buat unggun api di kawasan
pintu masuk gua supaya dapat menghalang binatang daripada memasuki atau
mendekati gua.

 Jika memilih untuk membuat lubang dibawah tanah sebagai tempat berteduh,
pastikan pintu masuk ke lubang itu ditutup dengan kulit kayu dan ranting pokok.

 Kita juga boleh membina shelter yang berbentuk condong menggunakan kayu
dan ranting-ranting pokok, di atas binaan ranting dan kayu itu kita letakkan
plastik.

 Daun-daun kayu untuk menutupi shelter tersebut dan mengurangkan kesejukan
serta dapat mengelak dari panas dan hujan.

 Manusia hanya dapat hidup dan bertahan dalam tiga hari sahaja tanpa air.
 Manusia akan kehilangan air dalam 2-3 liter dalam 1 hari dalam suhu yang biasa.

Tapi akan lebih bila berada dalam suhu yang panas dan kawasan yang kering.
 Kekurangan air akan menyebabkan dehidrasi, kelesuan, sakit kepala, pitam,

pening dan boleh menyebabkan kematian.
 Dalam keadaan kering yang melampau, kita boleh melakukan beberapa perkara

untuk mengurangkan kehilangan air dalam badan. Antaranya :
 Bernafas menggunakan hidung bagi mengelakkan air keluar melalui

pernafasan dengan mulut
 Jangan merokok
 Berehat dan tidak melakukan kerja berat.
 Jangan makan terlalu banyak kerana air di dalam badan akan digunakan

untuk menghadam ; kuantiti akan berkurang.

SUMBER AIR BERSIH
 Air hujan yang bertakung dalam bekas yang bersih dan dalam tumbuhan adalah

selamat diminum.
 Air yang didapati dari tasik, kolam, paya, air pasang, sungai perlu dibersihkan

terlebih dahulu.

Cara membersihkan air adalah:-
 guna iodin ,klorin atau rebuskan.

 masukkan 5 titik iodin kedalam semua air yang ditemui, jika air agak sejuk
gunakan 10 titik iodin, biarkan selama 30 minit sebelum diminum

 atau panaskan air dalam masa 1minit jika berada pada paras laut, tambah setiap
1minit untuk setiap penambahan 300 meter melebihi paras laut, 10 minit untuk
tempat yang tidak diketahui pada paras apa.

 penting untuk masak makanan, air dan untuk memanaskan badan bila berada
dalam suhu yang sejuk

 mengelakkan dari binatang buas
 cara untuk membuat nyalaan api

 Pilih satu tempat yang selamat
 Himpunkan bahan bakar
 Longgokkan bahan bakar dengan sesuai dimana pembakaran akan dibuat.
 Hadapkan kanta pembesar kearah cahaya matahari dan diatas longgokan

bahan bakar
 Biarkan cahaya putih yang menembusi kanta mengenai bahan bakar, tunggu

sehingga bahan bakar membara
 Apabila bahan bakar mula membara, tambahkan lagi bahan bakar yang lain

dan anginkan sedikit sehinnga ianya betul-betul mengeluarkan api.letakkan
ranting dan daun kering
 Kanta boleh digantikan dengan guna plastik putih yang berisi air atau cermin
Sekiranya kayu basah…..
 Hujan yang turun akan menyebabkan bahan yang mudah terbakar amat
sukar dicari

 Dapatkan beberapa potong kayu yang agak besar
 Belah bahagian luar yang basah dan gunakan hanya bahagian dalam yang

kering
 Sekiranya sukar untuk membelah kayu tersebut kita boleh meraut bahagian

permukaan luar sama seperti membuat ‘ bunga jarau’
 Gunakan bahagian dalam yang kering.

Cara lain….
 Satu kayu lembut yang dijadikan dulang dan satu kayu keras yang dipakai

sebagai pengguris
 Dihujung kayu dulang itu dibuat satu lubang untuk mengumpul habuk

kayu akibat penggurisan bertubi-tubi ke atas dulang oleh kayu keras.
 Apabila kayu pengguris itu digeselkan tidak berhenti-henti haba panas

akan dirasai diikuti dengan asap yang keluar dari bakaran bara habuk kayu
yang terperangkap dalam lubang dulang
 Bara yang panas itu dipindah keatas daun-daun dan ranting-ranting kering
yang telah disediakan

 manusia boleh hidup dalam beberapa minggu sahaja tanpa makanan
 untuk mendapatkan makanan :

 boleh tangkap ikan
 buat perangkap binatang
 cari tumbuhan serta pucuk yang tidak beracun
 serangga boleh beri 65-80% protein berbanding daging lembu
 serangga yang perlu dielakkan untuk dimakan :-
 serangga bersengat
 berbulu dan berwarna terang
 berbau keras
 labah-labah dan serangga perosak seperti nyamuk dan lalat
 buang semua sayap atau kaki serangga serta masak sebelum dimakan lebih
–lebih lagi serangga yang mempunyai cangkerang keras dan parasit
 cacing atau ulat tak perlu dimasak, hanya cucikan sahaja

Kemahiran memasak tanpa alat
Memasak nasi menggunakan buluh

 Ruas buluh boleh digunakan untuk memasak nasi seperti memasak lemang
 Seruas buluh dipotong dan dibersihkan, daun pisang muda digulungkan dan

dimasukkan ke dalam ruas buluh
 masukkan beras dan air ke dalam ruas buluh tersebut
 tutup lubang buluh dengan menggunakan daun
 boleh dimasak secara melintang
 Tebukan satu lubang bersegi empat ditengahnya.Buatkan pemegang
 Bersihkan buluh tersebut sebelum diiisikan dengan beras.

 Perangkap berumpan
 kadangkala serupa sahaja bentuknya dengan perangkap yang tidak
menggunakan umpan
 Dengan umpan ia akan menarik perhatian binatang yang hendak ditangkap
supaya masuk ke dalam perangkap
 Tentukan terlebih dahulu binatang yang hendak ditangkap dan umpan yang
sesuai bagi binatang tersebut

 Perangkap tidak menggunakan umpan
 Perangkap jenis ini pula tidak memerlukan apa-apa umpan bagi menarik
perhatian binatang
 persediaan memasang perangkap jenis ini adalah dengan cara melihat kepada
kesan perjalanan, tempat binatang bermain atau tempat binatang tersebut
mencari makan atau minum
 jerat jenis ini tidak memilih apa jenis binatang
 Binatang yang biasa dijerat menggunakan perangkap ini seperti seladang,
kijang,landak,rusa dan sebagainya.

 Jerat Bidas
 Jerat atau perangkap jenis ini boleh digunakan dengan umpan ataupun tidak

 Jerat jenis ini menggunakan kayu panjang yang menjadi sebagai pembidas
serta tali sebagai penjerat

 Binatang yang sesuai dijerat menggunakan jerat ini ialah seperti ayam hutan,
burung dan juga tupai.

Dengan adanya tempat perlindungan dan bahan makanan maka besar
kemungkinan orang yang hilang itu dapat bertahan seberapa lama mungkin
sebelum tiba anggota mencari dan menyelamat untuk menamatkan
penderitaan yang dihadapinya.

9.0 Pendidikan Alam Sekitar

Alam sekitar merupakan segala benda hidup dan bukan hidup yang wujud secara semula jadi
di permukaan bumi, atau sebahagian daripadanya. Alam sekitar juga boleh dipanggil flora
dan fauna. Alam sekitar meliputi beberapa komponen utama:

 Unit landskap yang berfungsi sebagai sistem semula jadi tanpa penglibatan manusia,
termasuk tumbuh-tumbuhan, haiwan, batu-bata, dan sebagainya, serta fenomena
semula jadi yang berlaku.

 Sumber sejagat semula jadi serta fenomena fizikal yang tidak mempunyai batasan
tertentu seperti udara, air, dan iklim, serta tenaga, sinaran, cas elektrik, dan
kemagnetan, yang tidak wujud hasil daripada aktiviti manusia.

Pengenalan Kitar Semula

Kitar semula adalah proses menukar bahan buangan menjadi bahan dan objek baru. Kitar
semula bahan bergantung pada kemampuannya untuk mendapatkan semula sifat yang ada
pada keadaan asli atau asal.

Kepentingan Kitar Semula

Persekitaran Lebih Sihat
Kurang Pencemaran
Jimat Kos
Selamatkan Sumber Hutan

Tong Sampah Kitar Semula

Biru(Kertas)

Semua kertas berwarna dan tidak berwarna termasuk akhbar, buku, kalendar, katalog dan
sebagainya.

Perang(Kaca)

Semua kaca berwarna dan tidak berwarna seperti botol minuman, balang makanan, botol
vitamin dan sebagainya.

Jingga(Aluminium, Keluli dan Plastik)
Semua jenis tin aluminium, keluli dan plastik.

Kebaikan Kitar Semula

Menangani masalah kekurangan tapak pelupusan sampah.
Menambah pendapatan.
Mengurangkan kesan rumah hijau.
Mengurangkan penggunaan bahan mentah.

Langkah Kitar Semula

1. Asingkan mengikut kategori.
2. Bersihkan sisa kotoran pada barang.
3. Bilas dan keringkan.
4. Masukkan ke dalam beg plastik dan ikat.
5. Hantar ke pusat kitar semula atau tong sampah kitar semula.

10.0 Aktiviti Air

Merupakan aktiviti sukan yang melibatkan aktiviti di air seperti sungai. Contohnya, seperti
kayak, explore race, berenang dan sebagainya.

Tujuan

 Memupuk keberanian di dalam diri.
 Meningkatkan kerjasama di dalam kumpulan.
 Meningkatkan keyakinan diri

Kayak

Kayak biasanya dikemudikan dengan menggunakan pendayung dua belah. Pengguna kayak
atau pendayung duduk dalam kayak dengak kaki mereka kehadapan. Bahagian atas kayak
ditutup dengan geladak. Pengayuh duduk dalam lubang di kokpit yang boleh ditutup dengan
skirt limpahan (atau spraydeck). Ini menjadikan bahawa, sekiranya kayak terbalik, kayak
tidak akan dipenuhi air, dan pendayung boleh menegakkan kayak kembali tanpa dipenuhi air.
Pergerakan ini dikenali sebagai gulingan Eskimo Eskimo Roll.

Langkah-langkah Berkayak

1. Pilih kawasan yang selamat untuk memasuki kayak. Anda harus memulakan dengan
mencari tempat yang sejuk sebelum meletakkan kayak di dalam air. Fikirkan tempat
yang tenang, cetek, bebas batu.

2. Letakkan kayak di dalam air. Tolak kayak ke dalam air dengan busur (depan) di
depan, letakkan tangan anda di buritan (belakang) dan pegang peralatan ketika tempat
duduk berada di tempat yang cetek.

3. Dekat dengan kayak. Pegang dayung dengan satu tangan dan berjalan di samping
kayak sehingga anda sampai di tempat duduk.

4. Selamatkan kayak di suatu tempat sebelum masuk. Letakkan dayung tegak lurus ke
kayak, di belakang tempat duduk dan di sebelah tempat duduk belakang. Letakkan
tangan terdekat di atas kayak dan di dayung dan pegang kerusi dengan jari anda.

5. Mula masuk ke kayak. Letakkan satu kaki di kayak dan di tempat sokongan yang
betul, pindahkan berat ke dalamnya dan masukkan peralatan tanpa mengeluarkan kaki
yang lain dari dasar air.

6. Duduk di kayak. Pada ketika itu, anda masih perlu memegang dayung dengan satu
tangan. Ambil dengan yang lain dan stabilkan badan anda. Kemudian, letakkan
punggung anda di tempat duduk.

7. Letakkan kaki yang lain di kayak. Gunakan dayung untuk menstabilkan badan anda di
sisi, menyokong punggung anda di belakang dan jangan melepaskan kaki anda dari
lantai kayak. Pada ketika itu, letakkan kaki yang lain di kedudukan yang betul.

8. Luncur ke kayak. Seimbangkan badan dan kaki anda dengan baik dan pegang dayung
dengan kuat.

Keselamatan Melakukan Aktiviti Air

 Pastikan cuaca baik dan sesuai.
 Melakukan aktiviti secara berkumpulan.
 Mengambil tahu tentang kawasan aktiviti

dilaksanakan.
 Menguasai ilmu berkenaan aktiviti air.
 Pelajari kemahiran pertolongan cemas.
 Memakai pakaian yang sesuai dan selamat

mengikut aktiviti.


Click to View FlipBook Version
Previous Book
6171 Kingman Hdwr June
Next Book
Majalah Ujang 1