SASTERA SEROJA JUN 2024 000001 NOMBOR ISU DARIPADA 4 BUKU SEJARAH LAMA 4 PUISI PUITIS SINOPSIS PUISI TENTANG PUISI PENULIS PUISI
ISI KANDUNGAN 4 Sinopsis buku pilihan Sejarah Melayu Hikayat Anggun Che Tunggal Pak Pandir Makan Kenduri Hikayat Bidayuh 2 prakata penulis ucapan daripada para penulis 19 rujukan & penutup 8 puisi penulis Syair Peristiwa Melaka Pantun Che Tunggal Seloka Pak Pandir Makan Kenduri Pantun Hikayat Bidayuh 1
2 Jutaan Terima kasih kepada pensyarah kami, Dr. Puteh Noraihan Binti A Rahman atas segala ilmu yang diberikan kepada kami dalam mendalami, memahami dan membimbing kami dalam menjayakan e-booklet ini. E-booklet ini mengandungi puisi-puisi hasil ciptaan penulispenulis berdasarkan manuskrip yang telah dibaca, sinopsis setiap manuskrip berdasarkan bab yang dipilih, soalan-soalan uji minda, dan fakta-fakta menarik. Ribuan terima kasih kepada ahli Kumpulan yang telah berusaha gigih untuk bekerjasama menjayakan penulisan E-booklet ini. Semoga karya penulisan kami dapat meninggalkan kesan baik kepada pembaca. Diharapakan pembaca dapat menghayati bait-bait puisi dan berpuas hati akan karya kami. NUR ZAINAB PADIL AIN KAMAL NUR FATIN NABILAH KHAIR SYAHMI PRAKATA PARA PENULIS
PUISI TRADISIONAL ڤويسي[ | PUI.SI[ Definisi : karangan yg berbentuk sajak (syair, pantun, dll); berpuisi mengarang puisi, menyatakan sesuatu dlm bentuk puisi; mempuisikan melahirkan (menyampaikan, menyatakan) sesuatu dlm bentuk puisi: pelbagai kisah yg dipuisikan itu boleh menghiburkan hati selepas berpenat lelah di sawah ladang; kepuisian berkaitan dgn puisi, yg menunjukkan ciri-ciri dlm puisi: pembaca tidak dapat memahaminya dan mutu ~nya kurang dapat dirasai oleh pembaca; perpuisian segala-gala yg berkaitan dgn puisi: kita di Malaysia telah lama berusaha membentuk suatu tradisi ~ yg kuat; sejarah ~ Melayu; pemuisi orang yg mencipta (mengarang, menulis atau mendeklamasikan) puisi, penyajak. (Kamus Dewan Edisi Keempat) 5 TAHUKAH ANDA?
Cerita ini diceritakan oleh Pawang Ana dan kemudian dikarangkan dalam bentuk tulisan oleh Raja Haji Yahya. Cerita ini merupakan satu cerita sastera daripada negeri Perak Darul Ridzwan. Buku ini diceritakan secara penuh menggunakan bahasa baku lama pada tahun 1964 dan tidak diubah sehingga kini. Di dalam penceritaan ini mempunyai banyak gurindam sebagai medium yang menceritakan suasana sebenar serta percakapan sebenar dari kehidupan nyata kepada bentuk cerita. 4 SINOPSIS HIKAYAT ANGGUN CHE TUNGGAL SEJARAH MELAYU (HANG JEBAT MENGAMUK) Hang Jebat mengamuk di istana Melaka kerana membalas dendam atas kematian Hang Tuah. Sultan Mansur Syah mengenang-ngenang akan Hang Tuah memandangkan tidak ada sesiapa yang berjaya menewaskan Hang Jebat. Seri Nara Diraja menjelaskan bahawa Hang Tuah masih hidup kepada sultan. Seri Nara Diraja membawa Hang Tuah menghadap baginda dan diberi persalinan bagi menjalankan titah baginda. Maka Hang Tuah pun datang ke istana yang dikuasai oleh Hang Jebat untuk menghapuskan Jebat. Hang Tuah bertikam dengan Hang Jebat dan beliau berjaya membunuh Hang Jebat. Hang Tuah diberikan gelaran Laksamana oleh Sultan Mansur Syah. Sultan Mansur Syah berpindah istana tetapi istana yang baru dibina itu terbakar dan banyak harta tidak dapat diselamatkan. Sultan Mansur Syah menitahkan Bendahara agar dibuat istana baru dan istana itu disiapkan dengan kerjasama rakyat.
Mengisahkan kehidupan Pak Pandir yang dungu yang hidup bersama isterinya Mak Andih. Kisah bermula ketika mak Andih sakit, dan meminta pertolongan Pak Pandir utk memasak dengan memancing ikan sebagai lauk. Ketika Mak Andih dah sihat, dia ingin membuat kenduri lalu meminta pertolongan Pak Pandir utk mencari kerbau namun lain yang ditemui oleh Pak Pandir. Disebabkan Pak Pandir tak dapat menolong walau satu perkara pun, maka Dia pun meminta pertolongan Pak Pandir untuk menjemput beberapa org kampung. Tapi seperti biasa, Pak Pandir yg dungu masih salah dalam melaksanakan tugasan yg diarahkan oleh Mak Andih menjadikan Mak Andih berang kepadanya. Cerita ini diceritakan dikarangkan dalam bentuk tulisan oleh Ahmad Ebi dan Lorenz Tambang Ngison. Cerita ini merupakan cerita sejarah daripada Bumi Kenyalang Negeri Sarawak. Buku ini diceritakan penuh dalam Bahasa Melayu baku lama pada tahun 1980 and tidak diubah sehingga kini. 5 SINOPSIS HIKAYAT BIDAYUH PAK PANDIR MAKAN KENDURI
TAHUKAH ANDA? Hasil kesusasteraan Melayu tradisional banyak bersumberkan daripada tradisi lisan. Tradisi yang disampaikan dari mulut ke mulut dan amalan yang paling kuat di sini ialah kelisanan atau hafalan. Setelah it baharulah muncul tradisi tulisan. Tradisi lisan dan tulisan ini diungkapkan dalam bentuk prosa dan juga puisi. Tradisi lisan hebat ciri-ciri kelisanannya dan diamalkan turn temurun. Tradisi tulisan pula banyak menggunakan tulisan Jawi. Masyarakat Melayu menerima tulisan Jawi bersama dengan penerimaan agama Islam. Hasil kesusasteraan tersebut merupakan dokumen maklumat penting tentang tamadun masa lampau dan juga memancarkan budaya seta pedoman kepada masyarakat silam. Begitu juga dengan corak pemerintahan sera nilai-nilai tinggi masyarakat tersebut. 6
SYAIR PERISTIWA MELAKA Maka amoklah si penderhaka, Membela mati saudara tercinta, Tidak terdaya Sultan Melaka, Jebat berkuasa atas istana. Kudrat Hang Jebat tidak terkata, Bukan lawannya tentera diraja, Mengenang jasa pacal berjasa, Terus menyebut empunya nama. Menghadap sembah si bendahara, Khabarkan hidup pacal setia, Senang baginda gembira rasa, Buang yang keruh jernih ambilnya. Berdatang sembah pacal berjasa, Menutup malu titah sang raja, Menyunjung duli perintah raja, Taat setia kepada raja. Maka datanglah pesuruh raja, Di tempik jebat dari jendela, Naik istana disuruhnya, Mengusir sedikit perintah laksamana. PENULIS SYAIR Khair Syahmi 7 Saling bertikam dua saudara, Membuang Jebat sungguh hendaknya, Patah sayap bertongkat paruhnya. Namun kudaki kudaki jua. Indah warna burung pekaka, Hinggap bertenggek di atas pelana, Tumpas ke tanah Jebat derhaka, Satu Melaka meraikan laksamana. Penuh sungai bunga kemboja, Tempat mandi puteri raja, Gelar laksamana anugerah raja, Diarak laksana anak raja-raja. Laman istana penuh kesuma, Tempat bermain si raja muda, Enggan memijak istana lama, Mahligai indah siap terbina. Takdir penguasa alam semesta, Terbakar sudah mahligai raja, Harta segala hangus semua, Mahligai bahru besar hendaknya.
Teka Silang Kata slot uji minda 8 Melintang. 1.Hulubalang yang mengamuk di Melaka. 2.Sultan yang menjatuhkan hukuman mati kepada seorang hulubalang. 3.Sultan yang menjatuhkan hukuman mati kepada seorang hulubalang. Menegak. 4.Nama Istana Melaka 5.Hulubalang yang menjadi Laksamana melaka. 1. 2. 3. 4. 5.
9 FAKTA MENARIK Menurut rekod sejarah, beliau lahir di Sungai duyung, Melaka, kira-kira dalam tahun 1444. Bapanya bernama Hang Leman manakala ibunya pula ialah Dang Merdu Wati. Bapanya pernah menjadi hulubalang istana yang handal suatu ketika dulu, begitulah juga ibunya yang merupakan keturunan dayang di istana. Hang Tuah ialah Laksamana yang terkenal dengan kesetiaannya kepada Sultan dan merupakan petarung silat yang amat handal dan tiada tolok bandingnya.ang Tuah bersama empat orang kawannya: Hang Jebat, Hang Kasturi, Hang Lekir dan Hang Lekiu menuntut ilmu bergurukan Adiputra di Gunung Ledang. Selepas selesai menuntut ilmu, mereka berlima kembali ke Kota Melaka.
Embun pagi menyentuh dedaunan, Sinar cahaya menembus papan, Kesaktian raja nyata menawan, Damailah hati manis senyuman. Di hutan rimba rusa berlari, Dikejar pemburu di waktu pagi; Keberanian raja tidak disangkal lagi, Menentang musuh demi kasih sejati. Ombak memukul pantai melaka, Pesisir putih berkilau terang; Raja dan puteri kembali mesra, Walau perang membawa malang. Mentari senja akhirnya kelak, Langit jingga memukau mata; Anggun Cik Tunggal anggun nan bijak Puteri Gondan hatinya setia. Burung camar terbang bebas, Di laut luas tanpa halangan; Hikayat cinta tersurat jelas, Dalam prosa klasik penuh kesaktian 10 Pantun Che Anggun PENULIS, PANTUN Nur Fatin Nabilah Megah sekali dilihat jauh, Kapal berlayar megah melaju; Anggun Cik Tunggal hati tersentuh, Melihat Puteri cantik menawan kalbu. Bunga mawar harum mewangi, Disiram raja di taman kayangan; Pertelingkahan berlaku tak terperi, Lantaran perahu kuning hadang jalan. Layang-layang terbang tinggi, Penuh riang angin hembuskan, Raja marah hati berapi, Namun tersentuh melihat kecantikan. Air sungai mengalir tenang, Di tepinya anak bermain layang; Raja pujuk dengan berpantun sayang, Hati puteri kembali senang. Merpati terbang di atas awan, Hinggap sebentar di pohon rimbun; Puteri Gondan merajuk perasaan, Pujuk Sang raja penuh santun.
FAKTA MENARIK Salah satu fakta menarik tentang "Hikayat Anggun Che Tunggal" adalah bahwa karya ini adalah salah satu dari sedikit kisah dalam sastra Melayu klasik yang memfokuskan pada peran seorang wanita sebagai pahlawan utama. Dalam kisah ini, Anggun Che Tunggal digambarkan sebagai tokoh yang kuat, cerdas, dan berani, yang menantang stereotaip jantina yang umumnya menyerlah dalam sastra tradisional Melayu. Hal ini menjadikan kisah ini menonjol sebagai salah satu representasi penting dari kekuatan wanita dalam sastra Melayu klasik. 11
Cari Kata slot uji minda z c q k l k a p a l g u i f m h p h k g s r h n r s g o n d a n u a t t o u w b w d c a r a j i a f v i h t b e k e c a n t i k a n p g j y l s y f o e f 12 JAWAB SOALAN DI BAWAH UNTUK MENCARI PERKATAAN YANG TERSEMBUNYI 1.Apakah kenderaan Raja Anggun ketika dalam perjalanan ke negeri Tiku Pariaman? 2.apakah sebab pertelingkahan berlaku? 3.apakah yang membuatkan amarah si raja terpadam? 4.siapakah puteri yang berhati setia dalam hikayat ini? 5.apakah tema yang dibawakan secara umum oleh penulis? JAWAPAN 1.Kapal 2.perahu 3.kecantikan 4.gondan 5.cinta
Pandai-pandai wahai Pak pandir, Asik ditukul paku tak masuk, Lain disuruh lain yang buat, Apa dipinta lain yang dapat. Meredah hutan mencari umpan, Alahai pandai sungguh pak pandir, Orang memancing dia memancing, Rusa jantan menjadi umpan. Dek Sikap Dungu pasangan merana, Satu keluarga yang menanggung, Payah dilentur payah didik, Berjaya juga dia akhirnya. Pandai-pandai wahai pak pandir, Apa yang dengar lain difaham, Keri yang tajam dianggap kerbau, Mak andih juga yang naik berang, Kerbau tak dapat bala yang sampai, Awak juga kecundangan, Keting kena cangkuk keri, Sudah batuk ditimpa tangga. Terang sungguh bayangan haiwan Berkaki empat bertanduk dua, Alahai sungguh dungu pak pandir, Bernasib baik kerbau dah dapat. Sibuk sedia makanan kenduri, Satu kerja langsung tak buat, Asik menyibuk wahai pak pandir , Bagi kerja cara menghalaunya, Kambing berjanggut dianggap pak lebai, Kambing mengembek lain tanggapan, Berang pak pandir kepada pak lebai, Habis dipukul si kambing jantan. Pipit beruban itu pak Haji, Pipit berkicau bermaksud sempit, Sakitlah pipit dilempar kayu, Dibawa pulang haji dan lebai. Bala menunggu dirumah pak pandir, Lain dijemput lain yang sampai, Pandai-pandai wahai pak pandir, Berang sungguh si Mak andir. 13 Seloka Pak Pandir Makan Kenduri PENULIS, SELOKA Nur Zainab
FAKTA MENARIK Antara fakta menarik yang terdapat dalam kisah Pak Pandir ini adalah kerajinan Pak Pandir. Walaupun seorang yang terkenal dengan kebodohan nya, namun Beliau seorang yang rajin. Beliau sering membantu isterinya dalam mengerjakan kerja-kerja rumah. Kisah Pak Pandir ini memberikan banyak pengajaran dan nilai murni yang boleh kita ambil sebagai iktibar. Antara contohnya, dalam menjadi seseorang yang memberikan arahan, kita hendaklah memberikan arahan dengan jelas, tepat dan teliti bagi memastikan orang suruhan kita tidak salah faham. Bagi seseorang yang diarah pula, jika tidak faham kita kenalah bertanya kerana malu bertanya sesat jalan seperti kisah Pak Pandir. Maka dalam kisah ini jelas menceritakan sebab dan akibat yang akan terjadi sekiranya kita bertindak tanpa berfikir dengan sebaiknya. 14
slotuji minda 15 JAWAB SOALAN DI BAWAH DENGAN MELENGKAPKAN PETA DIATAS. 1.Siapakah isteri Pak Pandir? 2.Apakah haiwan yang dianggap Pak Lebai? 3.Haiwan apakah Pak Pandir jadikan sebagai umpan memancing? 4.Apakah benda yang dianggap sebagai Kerbau ? Mak Andih sabit Rusa Kambing Jom Mula !
Pantun Hikayat Bidayuh 16 PENULIS PANTUN Ain Kamal menangkap ikan di air keroh, ingin memasak buat santapan, di atas pohon berjumpa jodoh, gadis jelmaan cantik rupawan. mengumpul arang membuat tinta, manjadi dakwat tulisan yang mulia, dua insan saling bercinta, kahwin mereka hidup bahagia. di atas bukit istana letaknya, tersergam indah megah dan mulia, air tangan isteri tiada lawannya, menjadi tanda tanya resepi rahsia. bertenggek andu didahan pohon, berkicau kuat kedengarannya, menghendap isteri di atas pohon, jorok bahan isi masakannya. cermin sakti seribu retak, retak seribu di atas kapal, kerana amarah sanggup ditetak, tinggallah jasad diri menyesal. daun keladi tidak berembun, tidak basah selepas hujan, berganti bulan berganti tahun, kian dewasa pewaris keturunan. pahit benar rasa pegaga, bak semerbak haruman pandan, tibalah masa berumah tangga, teman sehidup dipilih Beraban. habis kaki terpijak kaca, melaung kuat terasa sakitnya, dikurnia mereka cahaya mata, kian dewasa berkahwin akhirnya. indah warna bunga kekwa, dibawa terbang si burung helang, rosak tanaman dek mergas satwa, lembing pusaka tancap dibelakang. tirus paruhnya burung pekaka, menghisap madu itu fungsinya, meredah kelibut mencari pusaka, akhirnya jumpa penuh hikmahnya.
yang memutuskan untuk mencari lembing pusaka yang hilang? yang bertukar menjadi burung cantik yang kemudian menjadi istri Ando Mayang? yang membantu Busu menyeberangi Danau Sapai Tak Tuang dalam pencariannya untuk mencari lembing wanita yang membantu Busu slot uji minda Garis dan Padan 17 Busu Sikuk Ndo Embuk Rabin Reji
18 FAKTA MENARIK Tahukah anda bahawa buku ini Buku ini menarik kerana menggabungkan Bahasa Melayu Baku Lama, penggunaan gurindam, keterlibatan haiwan dalam cerita, plot twist yang tak terduga, serta mengandungi pesan moral yang mendalam, menjadikannya sebuah karya yang memikat dan bermakna.
Tengku Said Ibni Tengku Deris.2015. Sejarah Melayu (Sulalatus Salatin).melaka: Kolej Universiti Islam Melaka. https://images.app.goo.gl/NqRQYVbsuFbreX UX9 { 1 Jun 2024} https://images.app.goo.gl/gYm4E98k8QjsBm h38 {1 Jun 2024} http://ceritanegeriperak.images.com/2012/0 6/cerita-rakyat.html Nurul Asyiqin bt Mohammad Fadzil. 2019. Pak Pandir hiburan semata-mata atau satu sindiran kepada masyarakat . Journal Intelek. 4(2): 59–61. Zainorin Lokman Mat Jilid. 2008. Pak Pandir dan Umpan Rusa. Johor: Penerbit Karangkraf Sulaiman Zakaria. 2010. Pak Pandir berniaga Garam. Klang: Penerbit Karisma Publications https://www.images.google.com.my/searchp ak%20pandir%20kartun&udm=2&c1fwYDQ M (31 May 2024) https://Images.anyflip.com/fhggq/lrvt/basic (31 May 2024) https://www.images.google.com.my/WIJxE9 8Ykmh7j73oiBvbZyhh7 (31 May 2024) Carian Umum. (n.d.). https://prpm.dbp.gov.my/cari1? keyword=pantun Saludin, M. R. (2007). Puisi Melayu tradisional. http://books.google.ie/books? id=bR4nMQAACAAJ&dq=puisi+melayu+tra disional+mohd+rusli+saludin&hl=&cd=1&s ource=gbs_api Ana, & Yahya. (1964). Hikayat Anggun Cheʼ Tunggal. http://books.google.ie/books? id=aovmGAAACAAJ&dq=kawah+buku+hik ayat+anggun+che+tunggal&hl=&cd=2&sou rce=gbs_api 19 RUJUKAN
Nama Ahli Kumpulan : PENUTUP 21 ALHAMDULILAH SYUKUR KEPADA ALLAH KERANA DENGAN LIMPAH KURNIA NYA KAMI BERJAYA MENYIAPKAN EBOOKLET INI. KAMI TELAH MENDAPAT SESUATU YANG BARU UNTUK DIPELAJARI SEPANJANG PROSES MENYIAPKAN TUGASAN EBOOKLET BAGI SUBJEK CITRA ESTETIKA DALAM PUISI MELAYU KLASIK INI. PADA PERINGKAT PERMULAAN, KAMI TELAH BERBINCANG BERSAMA PENSYARAH SUBJEK INI DR ANN BAGI MENDAPATKAN MAKLUMAT PENTING BERKENAAN TUGASAN INI. HASILNYA, KAMI DAPAT PENERANGAN ARAHAN SECARA JELAS. TERDAPAT BANYAK MANFAAT YANG KAMI DAPAT SEMASA PROSES MENYIAPKAN EBOOKLET INI ANTARANYA MENDAPAT ILMU PENGETAHUAN BERKENAAN KEMAHIRAN EDIT DI CANVA, MENINGKATKAN KEMAHIRAN BEKERJA DENGAN PENCARIAN BAHAN SERTA SUMBER BAGI SETIAP PUISI YANG DIHASILKAN. KESIMPULANNYA, KAMI BERHARAP SEMOGA HASIL KARYA KAMI MENDAPAT TEMPAT DI HATI SETIAP PEMBACA. SEMOGA PEMBACA DAPAT MENGAMBIL IKTIBAR DAN NILAI MURNI DISETIAP ISI KANDUNGAN PUISI-PUISI YANG TELAH KAMI HASILKAN DENGAN SEPENUH HATI. AKHIR KATA, TERIMA KASIH KEPADA SEMUA YANG TERLIBAT SECARA LANGSUNG ATAU TIDAK LANGSUNG DALAM MENJAYAKAN TUGASAN EBOOKLET BAGI KUMPULAN SASTERA INI. KAMI BERHARAP AGAR KARYA EBOOKLET INI DAPAT MEMBERI MANFAAT KEPADA SEMUA. NUR ZAINAB BINTI PADIL A192858 MUHAMMAD KHAIR SYAHMI BIN ROSLAN A204509 NUR FATIN NABILAH BINTI WINOTO A200309 NURUL AIN BINTI KAMAL A196230