The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by fadzilah1021, 2022-06-29 08:24:04

E-Book AidilAdha & Ibadah Korban Surau Cahaya SPK

E-Book AidilAdha & Korban Surau Cahaya SPK

SURAU CAHAYA SPK

E-BOOK AIDILADHA
& IBADAH KORBAN

INFAQ SURAU

0172022006774

ATAU
IMBAS

ISI KANDUNGAN

1KEISTIMEWAAN KORBAN DAN AIDILADHA
4AMALAN SUNAT ADIDILADHA
6SYARAT SAH KORBAN
8PANTANG LARANG KORBAN

9CARA PEMBAHAGIAN DAGING KORBAN

KEISTIMEWAAN
KORBAN & AIDILADHA

AidilAdha juga dikenali sebagai Hari Raya
Korban atau Hari Raya Haji di Malaysia.
Jatuh pada hari ke-10 di bulan Zulhijjah, bulan
terakhir dalam kalendar Islam. Hari Raya Haji
disambut pada 10, 11, 12 dan 13 Zulhijjah di
seluruh dunia. Hari Raya Haji diraikan oleh
semua umat Islam didunia terutamanya bagi
mereka yang sedang menunaikan ibadah haji.
Nabi Muhammad SAW bersabda: " Tidak ada
hari-hari yang lebih disukai oleh Allah di kala
Dia disembah daripada SEPULUH ZULHIJJAH."
(Hadis riwayat Abu Hurairah)

SURAU CAHAYA SPK FB 1

KEISTIMEWAAN
KORBAN & AIDILADHA

Daripada Aisyah RA, bahawa Nabi SAW
bersabda:
Maksudnya; "Tidak ada amalan yang dilakukan
oleh anak Adam pada hari al-Nahr (Raya
Aidiladha) yang lebih dicintai oleh Allah selain
daripada menumpahkan darah (binatang
korban). Sesungguhnya ia akan datang pada
hari Kiamat dengan tanduknya, bulunya, dan
kukunya dan sesungguhnya darah tersebut
akan sampai kepada redha Allah SWT sebelum
ia jatuh ke bumi. Maka, bersihkanlah jiwa
(dengan berkorban)" - Riwayat at-Tirmizi

SURAU CAHAYA SPK FB 2

KEISTIMEWAAN
KORBAN & AIDILADHA

Ibadah Korban merupakan SUNAT MUAKKAD.
Dituntut terhadap semua umat Islam yang
menepati syarat-syarat berkorban sebagai
tanda syukur kepada Allah SWT di atas
nikmat yang telah diperolehi serta
meningkatkan taqwa kita terhadapNya.

Setiap binatang yang kita korbankan akan
menjadi saksi akan amalan yang telah kita
lakukan. Agihan daging korban kepada
mereka yang memerlukan juga
membuktikan keprihatinan dan kasih sayang
sesama muslim disamping mengeratkan
silaturahim bersama.

SURAU CAHAYA SPK FB 3

AMALAN SUNAT AIDILADHA

BANYAKKAN BERTAKBIR, 2MANDI SUNAT
BERTAHMID DAN BERTASBIH
AIDILADHA PADA
Antara amalan sunnah yang sering WAKTU PAGI
ditekankan oleh Rasulullah SAW
ketika Hari Raya AidilAdha ialah Kita digalakkan untuk mandi
sunat dipagi hari. Niat mandi
sering memperbanyakkan lafaz takbir,
sunat ialah
1tahmid, dan tahlil bermula dari malam "Sahaja aku berniat mandi
sunat AidilAdha kerana Allah
10 Zulhijjah hingga terbenam matahari
pada 13 Zulhijjah (Takbir Muaqayyad) Taala


MEMAKAI PAKAIAN

TERBAIK DAN

BERWANGI-

WANGIAN



Sebagai tanda meraikan
hari kebesaran ini, kita 4
digalakkan memakai

3pakaian yang terbaik,

tidak semestinya baru
tetapi yang terbaik yang

kita ada dan bersih.
SURAU CAHAYA SPK FB

AMALAN SUNAT AIDILADHA

MENDIRIKAN SOLAT
SUNAT AIDILADHA

Mendirikan solat sunat AidilAdha
serta mendengar khutbah

dengan penuh penghayatan.

4Lebih afdhal jika berjalan kaki

sekiranya masjid terletak tidak
jauh dari rumah.

5MENJAMAH MAKANAN

SELEPAS SOLAT SUNAT
AIDILADHA

Berbeza dengan solat sunat
Aidilfitri, dimana kita
disunatkan menjamah
makanan sebelum

menunaikan solat sunat.
Menjamah makanan dan
minuman sebaik solat solat
sunat AidilAdha dilaksanakan.




BERMAAFAN DAN
BERSEDEKAH

Saling bermaafan dan
bersedekah kepada

6golongan yang
memerlukan

SURAU CAHAYA SPK FB 5

SYARAT SAH KORBAN

Hukum melakukan korban adalah sunat
muakkad bagi orang Islam yang mampu dan
wajib bagi yang bernazar.

SURAU CAHAYA SPK FB 6

Ciri-Ciri Binatang Korban

Mestilah diambil dari jenis baka yang elok
dan TIADA SEBARANG KECACATAN
seperti:

Mengorbankan binatang yang SUDAH
CUKUP UMUR.

SURAU CAHAYA SPK FB 7

PANTANG LARANG KORBAN

1 Bagi yang melaksanakan ibadah korban,
mereka dilarang untuk memotong kuku
serta menggunting rambut bermula 1
Zulhijjah sehingga selesai ibadah korban
tersebut.
"Barangsiapa yang ingin menyembelih (korban) dan telah
masuk 10 awal Zulhijjah, maka janganlah dia memotong
apa-apa rambut atau kukunya sehinggalah sampai
korban itu dilaksanakan." (Riwayat Muslim)
2
Penyembelihan untuk
ibadah qurban
tidak sah selepas hari
tasyrik
(11, 12 & 13 Zulhijjah)
3 Pisau yang digunakan haruslah tajam supaya
penyembelihan dilakukan dengan cepat dan
haiwan sembelihan tidak terseksa dan mati
serta merta.

4 Penyembelihan haiwan hanya dilakukan
setelah selesai solat sunat AidilAdha.

SURAU CAHAYA SPK FB 8

CARA PEMBAHAGIAN
DAGING KORBAN

Tetapi yang afdhal disedekahkan kesemuanya dan
memakannya sedikit sahaja.

Korban Nazar (Wajib)

Berbeza pula dengan pembahagian Korban Nazar
(Wajib). Daging korban merupakan nazar yang dibuat
oleh orang yang berkorban. Ianya Wajib dan
pembahagian nya juga berbeza.

Wajib sedekahkan kesemua daging korban tersebut
kepada golongan fakir miskin dan tidak harus bagi si
pembuat korban memakan sebahagian daripadanya.

Sekiranya seseorang itu telah memakan sebahagian
daripadanya maka hendaklah dia mengeluarkan
sejumlah wang mengikut kadar yang telah dimakan
tadi.

SURAU CAHAYA SPK FB 9


Click to View FlipBook Version