PERSATUAN IBU BAPA DAN GURU,
SEKOLAH KEBANGSAAN JASIN,
JALAN AMAN,
77000 JASIN,
MELAKA.
Telefon : 06-5291279
Fax : 06-5294484
e-mail : [email protected]
MINIT MESYUARAT AGUNG PIBG KALI KE-43
Tarikh : 22 Februari 2020
Hari : Sabtu
Masa : 3 petang
Tempat : Dewan Mutiara SK Jasin
1.0 UCAPAN PENGERUSI MAJLIS – PN ROSNI BTE ABDUL SAMAT
1.1 Ucapan alu-aluan dan ucapan terima kasih kepada ibu bapa dan semua yang
hadir ke Mesyuarat Agung kali ke-43.
1.2 Bacaan doa oleh Ustaz Mohd Radhuan b Ahmad Zawawi
1.3 Ucapan terima kasih kepada Ustaz Mohd Radhuan atas bacaan doa.
1.4 Nyanyian lagu Negaraku dan Melaka Maju Jaya.
2.0 UCAPAN GURU BESAR – TN. HJ BUANG BIN SALIMAN
2.1 Guru Besar mengalu-alukan kehadiran Dr Zulfaka b Ishak, YDP PIBG, guru-
guru, ibu bapa yang hadir hari ini.
2.2 Pelantikan jawatan kuasa PIBG bagi sesi 2020-2022 akan dibentang sebelum
mesyuarat berakhir.
2.3 Beliau memaklumkan bahawa kehadiran ahli mesyuarat telah mencukupi untuk
mengadakan mesyuarat agung tersebut.
2.4 Memaklumkan bahawa SK Jasin sebagai sekolah di bawah program TS25 dan
telah menggerakkan hala tuju untuk tahun 2020.
2.5 Pihak pentadbiran dan sekolah telah menyusun strategi pengurusan HEM dan
kemajuan murid tahun 6 dengan lebih terperinci dan terkini.
2.6 Fizikal sekolah – Guru Besar mengucapkan terima kasih kepada Jabatan
Pendidikan Negeri Melaka kerana telah memberi dana untuk mengecat
bangunan sekolah dan membaik pulih kerosakan kecil bangunan sekolah.
2.7 Mengucapkan terima kasih kepada ibu bapa atas sumbangan-sumbangan yang
diberikan untuk kemajuan murid dan sekolah.
1
2.8 YB telah memberikan sumbangan sebanyak rm1000 kepada SK Jasin.
2.9 Pihak Jabatan Kesihatan (Bahagian Keselamatan) telah membuat pemantauan
dan telah memberi teguran kepada pihak sekolah tentang infrastruktur yang
boleh membahayakan murid seperti tangga dan pemegang tangga.
2.10 Infrastruktur yang belum dibaiki atau ditukar ialah kerusi dan meja kantin.
2.11 Kelas kondusif dan transformasi kelas – mengalu-alukan ibu bapa melawat
kelas-kelas.
2.12 Mengucapkan terima kasih kepada ibu bapa yang memberi sokongan
kepada aktiviti sekolah.
2.13 Memaklumkan murid SK Jasin Ahmad Qaid Darwisy (5 Al-Ghazali) akan
mewakili Melaka ke Kedah (Badminton), manakala Nur Syadiah Anisah (5 A-
Ghazali) telah dipilih sebagai peserta terbaik Daerah Jasin (Olahraga)
2.14 PPD Jasin telah menjalankan program berfokus iaitu Program
Kecemerlangan UPSR (Tahun 5 mencapai tahap lulus) 100%
2.15 Harapan Guru Besar pada tahun ini sekolah membawa pertandingan catur
ke peringkat yang lebih tinggi.
2.16 Guru Besar menutup ucapan dengan menyatakan harapannya agar
mesyuarat agung kali ke 43 ini dapat dijalankan dengan lancar.
3.0 UCAPAN YANG DIPERTUA PIBG – DR ZULFAKA B ISHAK
3.1 Mengalukan kehadiran guru-guru dan ibu bapa ke Mesyuarat Agung PIBG ke 43
3.2 Menzahirkan ucapan terima kasih kepada seluruh pentadbiran SK Jasin kerana
sudi menjemput beliau sekaligus merasmikan Mesyuarat Agung PIBG ke 43.
3.3 Berharap barisan jawatan kuasa PIBG yang bakal dilantik akan menggalas
tugas dan amanah sebaik mungkin.
3.4 Menyatakan telah Bersama Sk Jasin sejak tahun 2002.
3.5 Terhutang budi dengan guru-guru SK Jasin yang telah mendidik anak-anak
beliau dengan baik.
3.6 Memohon maaf pada guru-guru dan ibu bapa sepanjang memegang jawatan
sebagai YDP PIBG – jika tidak memberi yang terbaik, telah sedayanya
membuat yang termampu.
3.7 Merasmikan Mesyuarat Agung PIBG SK Jasin kali ke-43
4.0 PENYAMPAIAN HADIAH KECEMERLANGAN UPSR (2019)
4.1 Abu Hurairah b Mohd Ali (5A 1B)
4.2 Arissa Fahima bt Azlan
4.3 Firzanah Marsya bt Faizal Azli (5A 1B)
4.4 Aina Najihah bt Mohd Najib (4A 2B)
4.5 Nur Farhani bt Mahathir (5A 1B)
4.6 Muhammad Fareeq Irfan b Mohd Fardzlee (5A 1B)
2
5.0 PENYAMPAIAN ANUGERAH KHAS
5.1 Peserta Terbaik (P) Olahraga MSSD Jasin 2020 (Nur Syadiah Anisah bt Hasrul
Nizam)
6.0 PENYAMPAIAN CENDERAHATI PERASMI
6.1 Penyampaian cenderahati untuk perasmi Dr Zulfaka b Ishak
7.0 UCAPAN YANG DIPERTUA – DR ZULFAKA B ISHAK
7.1 Mengharapkan ibu bapa yang terpilih sebagai AJK PIBG akan dapat membantu
guru menaikkan nama sekolah.
8.0 PEMBENTANGAN MINIT MESYUARAT KALI KE-42 OLEH SETIAUSAHA PIBG
8.1 Pn Sabariah bte Hj Pet selaku Setiausaha PIBG membentangkan minit
mesyuarat agung yang lalu dengan merujuk pada buku program dan mohon
disemak dan disahkan.
9.0 MEMBACA DAN MENGESAHKAN MINIT MESYUARAT
9.1 Dicadang oleh : Pn Norafidah bte Abu Bakar
9.2 Disokong oleh : Pn Nurdalilah bte Nordin
10.0 PERKARA BERBANGKIT
10.1 Tiada
11.0 PEMBENTANGAN PENYATA KEWANGAN OLEH BENDAHARI PIBG
11.1 Pn Suriani bte Yahya selaku Bendahari PIBG membentangkan penyata
kewangan bermula Januari – Disember 2019 dan mohon disemak dan
disahkan. (Rujuk lampiran)
11.2 Bendahari memaklumkan beliau cuti bersalin (September 2019) dan tidak
dapat membuat pengeluaran.
11.3 Jumlah keseluruhan keluarga - 225 keluarga. 202 keluarga telah membuat
pembayaran sumbangan PIBG. Terdapat 2 keluarga dikecualikan daripada
membuat bayaran sumbangan PIBG.
3
12.0 MENYEMAK DAN MENGESAHKAN PENYATA KEWANGAN
12.1 Dicadang oleh : En Mohaliz b Mohd
12.2 Disokong oleh : Pn Meslina bte Yahya
13.0 USUL YANG DIBAHASKAN
13.1 Usul 1 – Guru Besar Tn Hj Buang b Saliman
13.1.1 Beliau memohon ibu bapa membenarkan anak-anak mengikuti
aktiviti sekolah pada minggu 1, 3 dan 5
13.1.1.1 Dr Zulfaka memohon ibu bapa bersetuju dan disokong
oleh En Mazlan b Abdul.
13.2 Usul 2 – En Mohaliz b Mohd
13.2.1 Mewujudkan tabung khas kecemerlangan dan kebajikan anak-anak
SK Jasin yang berpotensi dalam bidang akademik, kokurikulum serta
sumbangan untuk anak-anak yang dilanda musibah.
13.2.1.1 Pn Sabariah bte Hj Pet memaklumkan bahawa
kebanyakan pertandingan koakademik dan sukan yang
diadakan dikenakan bayaran tertentu sebagai yuran
penyertaan. Jika bayaran tinggi pihak sekolah terpaksa tarik
diri dan murid-murid berpotensi tidak dapat menyertai.
13.2.1.2 Respon YDP, Dr Zulfaka mengharapkan sokongan ibu
bapa
13.2.1.3 Respon GPK HEM Pn Nur Haryati bte Mohd Noor
sangat menyokong dan mengharapkan tabung ini dapat
direalisasikan untuk membantu murid-murid SK Jasin yang
susah.
13.3 Usul 3 – En Mohd Tariq b Razali
13.3.1 Berkaitan dengan Kawasan parkir di bangunan JKR, mohon
Kerjasama JKR untuk membenarkan semula untuk menumpang
parkir terutamanya waktu puncak atau Ketika majlis-majlis tertentu.
13.3.1.1 Respon En Mohaliz b Mohd – mohon pihak
sekolah/PIBG buat surat permohonan kerana permohonan
4
secara lisan dan tidak rasmi telah dibuat kepada Ketua JKR
Melaka.
13.4 Usul 4 – En Mohd Fardzlee b Abdul Patah (2 usul)
13.4.1 Meningkatkan prosedur keselamatan murid semasa datang dan balik
sekolah. Respon Guru Besar – Guru sentiasa mengingatkan
13.4.1.1
murid tentang keselamatan. Pemandu van dan ibu bapa yang
menguruskan anak-anak dapat lebih bersabar dan berhati-
hati semasa proses datang dan balik sekolah. Petak khas
OKU telah disediakan.
13.4.1.2 Respon GPK HEM, Pn Nur Haryati telah meminta
anak-anak untuk duduk dalam Kawasan sekolah Ketika
sedang menunggu. Mohon Kerjasama ibu bapa, anak-anak
yang berada diluar sekolah mesti bersama ibu bapa.
13.4.1.2.1 Respon En Mahathir, cadangan pihak sekolah
untuk meminta murid duduk di dalam Kawasan
sekolah semasa menunggu ibu bapa sampai
adalah idea yang baik. Ibu bapa perlu merancang
perjalanan dan mohon pihak sekolah keluarkan
anak-anak daripada kelas mengikut waktunya agar
ibu bapa tidak terlewat untuk urusan lain.
13.4.1.2.1.1 Respon GPK HEM Pn Nur Haryati,
tiada isu guru menahan murid untuk balik.
Berkemungkinan kelewatan berlaku kerana
anak-anak lambat berjalan dari kelas ke
pagar, berbual-bual dan sebagainya yang
melambatkan pergerakan mereka.
13.4.1.3 Respon YDP, Dr Zulfaka mengucapkan terima kasih
dan tahniah kepada Pn Nurdalilah kerana membantu pihak
sekolah menjaga keselamatan murid-murid Ketika waktu balik
sekolah.
13.4.2 Kelas bimbingan interaktif yang inovatif dan ceria bagi menarik minat
murid meningkatkan kualiti pembelajaran.
5
13.4.2.1 Respon Dr Zulfaka, Pelbagai cara telah dibuat oleh
pihak sekolah untuk meningkatkan kualiti Pendidikan anak-
anak SKJ.
13.5 Usul 5 – Pn Junaidah bte Md Yusof
13.5.1 Jangan biarkan anak-anak membeli makanan daripada peniaga di
luar Kawasan sekolah.
13.5.1.1 Respon YDP Dr Zulfaka, jualan luar sekolah bukan
lagi tanggungjawab guru/sekolah. Peranan ibu bapa untuk
menasihati dan mengingatkan anak-anak agar tidak membeli
makanan di luar sekolah.
13.6 Usul 6 – Pn Hanissah bte Mohamad
13.6.1 Jika guru mahukan murid membawa bahan tambahan untuk aktiviti
sekolah/kelas, mohon maklumkan awal bagi memudahkan ibu bapa
menyediakan bahan tersebut.
13.6.1.1 Respon YDP Dr Zulfaka, pihak sekolah akan
meningkatkan lagi kualiti Pendidikan dan akan sentiasa
membuat penambahbaikan dari masa ke semasa.
14.0 PEMBUBARAN AJK PIBG SESI 2018-2020
14.1 Dr Zulafaka selaku YDP PIBG 2018-2020 membubarkan AJK PIBG sesi
2018-2020.
15.0 PELANTIKAN AJK PIBG SESI 2020-2022
15.1 Penasihat - Guru Besar Tn HJ Buang b Saliman
15.2 GPK Pentadbiran - En Aminuddin b Hj Buang
15.3 GPK HEM - Pn Nur Haryati bte Mohd Noor
15.4 GPK Kokurikulum - En Mazlizam b Ramli
15.5 GPK PPKI - Pn Zalina bte Aziz
15.6 Yang Dipertua (YDP) - En Mohaliz b Mohd
15.7 Naib Yang Dipertua - En Mohd Shuib b Md Jadi
15.8 Setiausaha - Pn Sabariah bte Hj Pet
15.9 Naib Setiausaha - Pn Suriani bte Yahya
6
15.10 Bendahari - Pn Herny Marlini bte Nazri
15.11 Pemeriksa kira-kira 1 - Pn Noor Firdaus bte Mohd Sukor
15.12 Pemeriksa kira-kira 2 - En Aminnudin b Musa
15.13 AJK Guru :-
15.13.1 En Muhamad Arifin b Mahat
15.13.2 En Mohamad Haniff b Hasan
15.13.3 En Ahmad Mahir b Sallehhudin
15.13.4 En Mohd Radhuan b Ahmad Zawawi
15.13.5 En Amirrudin Amin b Md Shah
15.13.6 Pn Rosidah bte Othman
15.13.7 Pn Hjh Alijah bte Salleh
15.13.8 Pn Zarina bte Abdul munir
15.13.9 Pn Rosni bte Abdul Samat
15.13.10 Pn Norfadzillah bte Hj Abu
15.13.11 Cik Shaidatul Nadirah bte Shaharum
15.14 AJK Ibu Bapa :-
15.14.1 En Mazlan b Abdul
15.14.2 En Hasrul Nizam b Hashim
15.14.3 En Lesly b Mohd Amin
15.14.4 En Mohd Nor Aswan b Hasim
15.14.5 En Noor Azman b Md Jani
15.14.6 En Sulaiman b Maslan
15.14.7 En Mohd Syuhairi b Md Jadi
15.14.8 En Wan Zainuddin b Wan Mat
15.14.9 En Mahathir b Sapar
15.14.10 Pn Nurdalila bte Nordin
15.14.11 Pn Norafidah bte Abu Bakar
15.14.12 Pn Hasnah bte Ahmad
15.14.13 Pn Rafiza bte Mazlan
15.14.14 Pn Razleeza bte Mohd Noor
16.0 UCAPAN PENASIHAT – Tn Hj Buang b Saliman
16.1 Mengucapkan tahniah pada AJK PIBG yang dipilih dan menyerahkan
mesyuarat kepada YDP yang baru untuk membuat ucapan penangguhan.
7
17.0 UCAPAN YDP PIBG 2020-2022 (En Mohaliz b Mohd)
17.1 Mengucapkan terima kasih atas kepercayaan yang diberi.
17.2 Mengharapkan ibu bapa menghantar anak-anak ke SK Jasin.
17.3 Mengharapkan AJK PIBG yang baru dilantik dapat memacu sekolah menjadi
lebih baik dan berkualiti.
18.0 HAL-HAL LAIN
18.1 Membincangkan Tarikh pertukaran tanda tangan penama baharu.
18.2 Pn Nazliza mencadangkan Tarikh dibuat pada bulan Mac
18.3 Pertukaran penama untuk tanda tangan cek akaun PIBG 2020-2022
18.3.1 Pn Zarina mencadangkan penama untuk tandatangan cek PIBG SK
Jasin ditukar berdasarkan jawatankuasa PIBG yang baru bagi sesi
2020-2022 dan disokong sebulat suara ahli mesyuarat.
18.3.2 Pertukaran adalah seperti berikut:-
Bil Perkara Sesi 2018-2020 Sesi 2020-2022
1 YDP PIBG Dr Zulfaka b Ishak Mohaliz b Mohd
(680916-01-5053) (830207-04-5285)
2 SETIAUSAHA Sabariah bte Pet Sabariah bte Pet
(790319-04-5032) (790319-04-5032)
3 BENDAHARI Suriani bte Yahya Herny Marlini bte Nazri
(801202-04-5160) (810213-04-5152)
19.0 UCAPAN PENANGGUHAN
19.1 En Mohaliz mengucapkan terima kasih pada Dr Zulfaka atas jasa-jasa beliau
sepanjang menerajui jawatan YDP PIBG SK Jasin. Juga mengucapkan terima
kasih kepad Guru Besar, barisan GPK, guru-guru SK Jasin dan ibu bapa yang
hadir dalam Mesyuarat Agung PIBG kali-43.
19.2 Mesyuarat ditangguhkan pada pukul 11.30 pagi.
8
Disediakan oleh, Disemak oleh,
…………………………..…….… ……………………………..
(SABARIAH BTE HJ PET) (DR ZULFAKA B ISHAK)
Setiausaha, YDP PIBG 2018-2020
PIBG SK Jasin
24 Februari 2020
[email protected]
Disahkan oleh,
…………………………………….
(TN HJ BUANG B SALIMAN)
Guru Besar
Sekolah Kebangsaan Jasin
9