E-FOLIO
MPU21032: ETIKA DAN PERADABAN
NAMA NO MATRIK
02DKA21F2019
MIMI ADRIANA BINTI AHMAD SAILI
02DKA21F2029
NUR FAIHANNAH BINTI AHMAD 02DKA21F2041
MOHMOOD 02DKA21F2015
NURUL ALISA BINTI NORAZIMI
NUR BAZILAH ZAWANI BINTI
RUDZAMAN
TAHAP-TAHAP PENDIDIKAN DI MALAYSIA
SESI: FEBUARI 2022
NAMA PENSYARAH: USTAZ SAIFUL NIZAM
1
ISI KANDUNGAN
BIL PERKARA HALAMAN
1 Pengenalan 3-4
5
2 Penghargaan 6-7
8
3 Definisi 9-14
4 Objektif 15-16
5 Kepentingan Pendidikan Dalam Malaysia 17
18
6 Cabaran Globalisasi Pendidikan Di Malaysia 19
7 Kesimpulan
8 Lampiran
9 Rujukan
2
PENGENALAN
Pendidikan di Malaysia adalah satu usaha yang berterusan bagi
meningkatkan pencapaian akademik pelajar berteraskan konsep keseimbangan dari
segi jasmani,emosi, rohani, dan intelek (JERI). Pendidikan merupakan suatu proses
yang berterusan bagi mengembangkan potensi individu ke arah kecemerlangan
akademik serta mempunyai kepelbagaian kemahiran secara menyeluruh dan
bersepadu selaras dengan hasrat kerajaan bagi melahirkan generasi yang
berketerampilan dan berdaya saing di peringkat global. Ianya juga selaras dengan
matlamat negara bagi melahirkan generasi yang cemerlang, gemilang dan terbilang
di mata dunia.
Perkembangan negara melangkah ke fasa baru pembangunan adalah untuk
merealisasikan aspirasi bagi menjadikan Malaysia sebuah negara maju tahun 2020.
Berpandukan Misi Nasional iaitu merupakan dasar dan rangka kerja perlaksanaan
yang bertujuan meningkatkan prestasi dan impak daripada gabungan usaha
pembangunan negara. Rancangan Malaysia Kesembilan (RMK9) merupakan
rencana terperinci lima tahun pertama Misi Nasional yang menggariskan dasar dan
program utama ke arah mencapai teras dan objektif misi tersebut. Perkembangan
pendidikan negara telah membawa kepada pertumbuhan, daya saing dan
kedinamikan bidang pendidikan negara. Berdasarkan Misi Nasional dan kesedaran
betapa pentingnya usaha bersama dalam memastikan pencapaian misi tersebut
yang selaras dengan tema RMK9 iaitu “Bersama Ke Arah Cemerlang, Gemilang dan
Terbilang”. Misi Nasional ini mempunyai cabaran yang mendalamdalam
merealisasikan matlamat teras-teras yang telah ditetapkan. Dalam Rancangan
Malaysia Ke-9, teras misi nasional yang telah digubal menetapkan beberapa
matlamat bagi meningkatkan mutu pendidikan negara.
Antara View metadata, citation and similar papers at core.ac.uk brought to you
by CORE provided by Universiti Teknologi Malaysia Institutional Repository teras
misi nasional tersebut iaitu meningkatkan keupayaan pengetahuan dan inovasi
negara serta memupuk minda kelas pertama. Untuk memastikan matlamat ini dapat
dicapai, peranan para guru bagi mendidik para pelajar meningkatkan pengetahuan
dan kemahiran sangat dititik beratkan terutamanya dalam proses pengajaran dan
pembelajaran (P&P). Untuk memastikan proses pengajaran dan pembelajaran
dilaksanakan dengan betul dan mendapat maklum balas yang baik dari para pelajar
oleh pendidik, mereka juga perlu memastikan bahan rujukan dan bahan bacaan
yang digunakan adalah bermutu supaya proses P&P tersebut dapat dijalankan
3
dengan lebih menarik, produktif dan cekap, serta mendapat pencapaian akademik
yang baik oleh para pelajar. Hasil daripada penilitian terhadap Falsafah Pendidikan
Negara serta usaha kerajaan meningkatkan mutu pendidikan di peringkat global
melalui perlaksanaan dalam Rancangan Malaysia Kesembilan, jelaslah bahawa
penekanaan diberikan terhadap mewujudkan insan yang seimbang dari segi intelek,
rohani, emosi dan jasmani seterusnya memastikan Misi Nasional dapat
direalisasikan.
Dua unsur yang diberikan keutamaan dalam kajian ini meliputi aspek gaya
pembelajaran dan motivasi pelajar. Aspek gaya pembelajaran dilihat melalui konteks
pembelajaran pelajar yang merangkumi pengaplikasian dan penggunaan gaya
pembelajaran seperti visual, auditori, dan kinestetik. Aspek motivasi pula dapat
dilihat melalui elemen yang terdapat dalam motivasi pelajar iaitu melibatkan motivasi
intrinsik dan motivasi ekstrinsik. Proses P&P yang dilaksanakan dengan baik dapat
mempengaruhi gaya pembelajaran para pelajar bagi memastikan perlaksanaan
pembelajaran dalam kelas dapat diikuti dengan lebih berkesan. Pendidik perlu
memainkan peranan yang penting sebagai penggerak utama terhadap
pembangunan pendidikan pelajar.
Pendidik perlu berupaya merencana dan menganalisis kaedah dan tatacara
pendekatan pengajaran dan penyampaian pelbagai ilmu bagi membantu pelajar
memperoleh pelbagai kemahiran. Perlaksanaan penyampaian ilmu yang baik dapat
merangsang pelajar mengaplikasi gaya pembelajaran yang lebih berkesan. Gaya
pembelajaran yang baik dapat meransang para pelajar untuk meningkatkan motivasi
terhadap pencapaian akademik. Bagi memperolehi keberkesanan pengajaran dan
pembelajaran yang optimum, pendidik harus mengenalpasti gaya pembelajaran
pelajar dan menggunakan strategi pengajaran yang sesuai. Strategi pengajaran
yang sesuai harus diselaraskan dengan motivasi pelajar. Dengan gaya
pembelajaran yang selaras dengan motivasi pelajar dapat membolehkan pelajar
meneroka potensi dan keupayaan diri pelajar. Oleh yang demikian, gaya
pembelajaran yang berkait rapat dalam merangsang motivasi pelajar dapat
meningkatkan pencapaian akademik.
4
PENGHARGAAN
Saya dan ahli kumpulan sangat bersyukur,terutamanya kepada tuhan kerana
dengan izin Nya kami dapat menyiapkan e-folio yang telah diberikan oleh pensyarah
kami.
Selain itu,saya dan kumpulan saya juga amat bersyukur dan berterima kasih atas
bantuan dan bimbingan yg diberikan oleh pensyarah kami iaitu yang dihormati Ustaz
Saiful Nizam yang telah membimbing kami dengan baik selama ini,juga telah
menerangkan cara untuk membuat e-folio.
Akhir sekali,saya juga amat berterima kasih dan bersyukur kepada rakan
sekumpulan saya yang telah memberi kerjasama yang banyak sehingga
menggadaikan masa tidur mereka untuk mencari maklumat tentang e-folio ini,tanpa
kerjasama mereka e-folio ini tidak terhasil.
5
DEFINISI PENDIDIKAN
Berdasarkan Kamus Pelajar Edisi Kedua, pendidikan bermaksud perihal atau
perbuatan mendidik. Manakala berdasarkan Kamus Dewan Edisi Empat, pendidikan
diertikan sebagai pertama perihal mendidik, kedua; ilmu pendidikan dimaksudkan
sebagai ilmu didik, ilmu mendidik pengetahuan mendidik dan yang ketiga; diertikan
sebagai didikan, latihan, ajaran. Maka bolehlah dikatakan disini bahawa pendidikan
adalah pengajaran dan ianya termasuklah semua perkara atau perihal yang
berkaitan mendidik atau mengajar. Ini juga bermakna pendidikan boleh melibatkan
perkara yang baik mahupun yang tidak baik. Apa-apa sahaja perkara yang boleh
diajar adalah termasuk sebagai pendidikan. Maka, semua orang harus benar-benar
memahami erti sebenar pendidikan ini. Ia bukan hanya satu perkataan yang dibina
daripada sepuluh huruf tetapi hakikatnya ia membawa makna yang lebih mendalam
dan merupakan suatu perkara yang dapat memberi impak yang amat besar kepada
seseorang individu, kumpulan, masyarakat, bangsa, negara malahan seluruh dunia.
Tidak kiralah sama ada impak tersebut positif mahupun negatif sekiranya ia
disalahgunakan.
Penulisan saya ini hanya ingin memfokuskan perihal pendidikan, tidak kurang lebih
hanya untuk berkongsi pendapat, pandangan sekalipun memberikan cadangan.
Semuanya bergantung kepada ketelusan hati saya untuk menghebahkannya disini.
Secara amnya, pendidikan hakikatnya telah bermula semenjak sebelum kita
dilahirkan lagi. Pernahkah anda melihat atau anda sendiri melakukan; menyapu atau
menggosok perut ibu yang sedang mengandung, pada waktu yang sama
menyanyikan lagu-lagu yang baik mahupun berzikir bagi yang beragama Islam,
serta ada juga yang bercakap-cakap memberikan nasihat dengan harapan bayi yang
didalam kandungan mendengarnya lalu apabila lahirnya mereka itu nanti, akan
mereka menjadilah manusia yang baik, berguna dan berjaya. Maka inilah salah satu
bentuk pendidikan terawal dalam hidup seseorang.
Selain daripada itu, di Malaysia khususnya, sektor pendidikan terdapat beberapa
tahap atau peringkat, yang ianya adalah wajib untuk diikuti dan dialami oleh semua
rakyat Malaysia. Dan di setiap peringkat pendidikan yang wujud di Malaysia,
terdapat pelbagai jenis pendidikan yang berbeza. Namun, kita masih belum mampu
untuk mewujudkan pendidikan percuma untuk semua atas banyak faktor yang tidak
mahu dibincangkan di sini. Apa yang pasti, saya sebagai pelajar amat merasakan
betapa kita sekarang tidak menghargai pendidikan. Saya menggunakan ‘kita’ di sini
kerana ingin berkata secara am.
6
Menurut Frederick J. Mc Donald dan M.J. Langeveld, pendidikan merupakan suatu
proses atau kegiatan yang diarahkan untuk mengubah kebiasaan manusia. Sebagai
manusia, kita dilahirkan tanpa apa-apa pun. Tiada satu kebiasaan pun pada kita.
Maka semakin seseorang itu membesar, disitulah letaknya tanggungjawab semua
yang disekeliling untuk mencorakkan peribadi dan mewujudkan kebiasaan pada diri
seseorang itu. Kerana itulah, orang Jawa suka makan pedas, ada yang tidak.
Kerana telah menjadi kebiasaan mereka untuk begitu sejak kecil lagi. Ini hanya satu
contoh kecil yang boleh saya katakan disini. Banyak lagi definisi pendidikan yang
boleh dibincangkan lagi namun buat masa sekarang, hadamkan yang ini terlebih
dahulu. InsyaAllah sekiranya ada masa dapat kita sambung lagi perbinacangan ini di
lain masa.
Al-Jamali memberikan takrif pendidikan sebagai proses membentuk tabiat dan sikap
seseorang dalam berbagai-bagai aspek kehidupan sama ada rohani, jasmani, akal,
akhlak mahupun sosial supaya dapat mengabdikan diri kepada Allah S.W.T.
Manakala al-Shaybani menakrifkannya sebagai membinan atau membentuk
keperibadian yang sempurna dalam berbagai-bagai aspek yang berhubung dengan
jasmani, rohani, akal, amalan dan sosial bagi mendapat kebahagiaan dunia dan
akhirat.
Khursid Ahmad menakrifkan pendidikan sebagai satu latihan ‘aqliah, jasmaniah
dan rohaniah bagi melahirkan manusia yang berkebudayaan tinggi yang sanggup
melaksanakan tanggungjawab sebagai insan yang baik dan warganegara yang
berguna.
Sebagai kesimpulannya, erti pendidikan yang dikehendaki oleh Islam ialah satu
proses latihan aqliah, jasmaniah, rohaniah dan ijtima’iah (kemasyarakatan) serta
akhlaqiah manusia, berdasarkan nilai-nilai Islam (aksiologi Islam) yang bersumberkan
al-Quran dan al-Sunnah bagi melahirkan manusia yang sempurna dan bertakwa.
7
Objektif Pendidikan
Mengenalpasti pencapaian pelajar dalam ujian yang menggunakan soalan aneka
pilihan
ii- Mengenalpasti pencapaian pelajar dalam ujian yang menggunakan soalan esei
iii- Mengenalpasti sama ada terdapat perbezaan pencapaian markah pelajar antara
soalan aneka pilihan dan soalan esei
iv-Mengenalpasti sama ada terdapat perbezaan yang signifikan antara pencapaian
pelajar bagi soalan aneka pilihan dan soalan esei terhadap faktor jantina, bangsa,
agama, pendidikan ibu dan bapa, pendapatan keluarga terhadap pencapaian
markah pelajar.
8
Kepentingan Pendidikan dalam Malaysia
Pendidikan dikatakan sebagai asas di mana pembangunan dan kemajuan datang
kepada masyarakat. Terdapat pelbagai sebab mengapa pendidikan penting dan
diterima secara universal.
Mengapakah pendidikan penting kepada masyarakat? Mari kita ambil kira beberapa
sebab.
1. Kenaikan Kadar Literasi
Pada asasnya, literasi ditakrifkan sebagai kebolehan membaca dan menulis. Kadar
Celik huruf sesebuah negara bergantung pada pemerolehan persekolahan
warganegaranya.Dinyatakan bahawa semakin tinggi literasi kadar, semakin tinggi
ledakan negara.
2. Pembangunan Ekonomi
Pendidikan adalah sumber sokongan dan kestabilan yang padu dalam
pembangunan negara. Ekonomi negara yang stabil berkait rapat dengan pendidikan.
Manusia berpengetahuan dalam masyarakat mempunyai kecenderungan yang lebih
besar untuk berubah menjadi usahawan, peguam, penulis, doktor, artis, jurutera,
atau sesuatu yang mereka cita-citakan Ia juga boleh menjadi komponen penentu
untuk penambahbaikan kewangan nasib mana-mana negara.
Membentuk Warganegara yang baik pendidikan melahirkan manusia yang beradab
dan berakhlak mulia dalam masyarakat. Manusia berilmu ini mempunyai pemikiran
yang betul dan pada akhirnya, bergerak untuk kewujudan yang hebat.
Masalah pelanggaran garis panduan dan undang-undang atau ketenteraman sama
sekali tidak akan dihadapi dalam masyarakat warganegara yang berilmu.
9
3. Membentuk Warganegara yang Baik
Pendidikan melahirkan manusia yang beradab dan berakhlak mulia dalam
masyarakat. Manusia berilmu ini mempunyai pemikiran yang betul dan pada
akhirnya, bergerak untuk kewujudan yang hebat.
Masalah pelanggaran garis panduan dan undang-undang atau ketenteraman sama
sekali tidak akan dihadapi dalam masyarakat warganegara yang berilmu.
4. Peningkatan Masyarakat
Dalam masyarakat hari ini, mempunyai pendidikan dianggap sebagai bahagian
penting untuk diterima oleh orang sekeliling anda.
Mempunyai pendidikan dipercayai menjadikan anda sebahagian daripada
masyarakat yang berguna, anda membawa idea di mana perlu dan itu membuat
anda rasa penting dalam masyarakat
5. Memberi Kehidupan Sejahtera
Pendidikan sentiasa diberi perhatian tinggi dalam masyarakat. Untuk memastikan
gaya hidup yang selesa, orang harus mendidik diri mereka sendiri dan mendapatkan
pekerjaan dengan gaji yang baik agar berjaya dan berpuas hati.
Ia membantu memperoleh reputasi yang lebih baik dan meningkatkan peluang untuk
menaiki tangga kejayaan dengan lebih mudah dan pantas daripada orang lain yang
tidak berpendidikan
6. Memberi Kembali kepada Masyarakat
Orang yang berpendidikan memahami betapa berharganya hidup dalam komuniti
yang stabil dan selamat. Mereka lebih cenderung untuk mengambil bahagian dalam
projek yang membantu meningkatkan bukan sahaja kejiranan mereka tetapi juga
masyarakat.
Di samping itu, apabila orang mampu membeli kediaman mereka sendiri, mereka
cenderung untuk mengambil bahagian bukan hanya dalam memperbaiki kediaman
mereka tetapi juga dalam menyelesaikan masalah tempatan di sekitar mereka.
10
7. Pendapatan Lebih Tinggi
Orang yang mempunyai pengajian tinggi dan pengalaman yang pelbagai lebih
berkemungkinan mendapat pekerjaan pakar bergaji tinggi.
Belajar bersungguh-sungguh dan mendedikasikan masa dan usaha anda untuk
memperoleh pengetahuan dan mencapai tahap kecekapan yang tinggi, akan
membantu anda memimpin gaya hidup yang selesa.
Majikan melihat pengalaman pendidikan sebagai kelebihan besar kerana mereka
semua lebih memilih tenaga kerja yang bertanggungjawab dan berpengetahuan
dalam organisasi mereka.
8. Merapatkan Jurang
Pendidikan digital membantu orang ramai dan organisasi berhubung di seluruh
dunia. Sempadan sudah tiada.
Mampu berkomunikasi dan berkongsi pendapat dengan orang lain negara dan
budaya, cakrawala anda diperluas dan ini membantu kita memahami dan
menghargai satu sama lain dengan lebih baik
Kepentingan Pendidikan kepada Individu
Pendidikan yang baik menjadikan seseorang individu itu berkembang secara
peribadi, sosial dan juga ekonomi. Pendidikan membantu kita melakukan aktiviti
kehidupan seharian dengan cara yang terbaik.
1. Nilai Moral dan Etika
Apa sahaja yang mendorong seseorang untuk berfikir dan mempertimbangkannya
akibat tindakan harus membawa kepada keputusan yang lebih baik.
Tahap pendidikan yang lebih tinggi membantu seseorang individu mewujudkan
keluarga yang lebih kecil dengan masa kanak-kanak yang lebih bahagia dan
pendidikan yang lebih baik Peluang daripada mereka yang tidak. Pendidikan telah
membawa kepada penggubalan undang-undang terhadap penderaan kanak-kanak,
keganasan rumah tangga, lambakan bahan kimia toksik, rawatan air dan tindakan
lain yang meningkatkan moral dan etika masyarakat.
11
2. Kemampuan Kreativiti dan Berfikir
Pendidikan atau sukan instruksional juga meningkatkan kreativiti seseorang. Ini
menunjukkan kemungkinan bagi seseorang untuk menggunakan bakat mereka
dalam pendekatan inovatif dan akhirnya menjadi lebih besar profesional.
Kreativiti seseorang memberikan mereka kemungkinan untuk memperoleh matlamat
mereka. Orang yang berpendidikan boleh berfikir, dan berfikir dengan baik.Mereka
diajar untuk bertanya, merenung dan menganalisis — semua kemahiran kritikal
untuk kejayaan nanti.
3. menjalani kehidupan yang selesa
Setiap orang dijangka menjalani kehidupan yang selesa dan mewah, tetapi untuk
mewujudkannya sama ada orang itu perlu stabil atau berpendidikan.
Untuk memperoleh kehidupan yang lebih baik dan menjalani kehidupan yang selesa,
seseorang itu perlu memahami nilai pendidikan dan mendapat pendidikan.
Kebanyakan orang menganggap pendidikan adalah membuang masa, kerana
mereka mempunyai pendidikan sendiri kejayaan cerita yang biasanya tidak dapat
dikaitkan dengan semua orang secara praktikal.
4. Peningkatan Taraf Hidup
Kebanyakan orang berpendapat bahawa pendidikan boleh membawa seseorang ke
kedudukan di mana dia boleh memenuhi semua impian dan harapan mereka. Tetapi
kebanyakan mereka tidak percaya bahawa pendidikan mewujudkan a luar biasa
perbezaan kehidupan seseorang.
Selain itu, pendidikan sahaja tidak boleh membuat anda berjaya melainkan dia/anda
bekerja keras untuk mendapatkan jawatan itu.
Jika seseorang mula mendedikasikan dirinya kepada kualiti pendidikan maka ada
kemungkinan hasil dedikasi tersebut akan membuahkan hasil.
12
5. Kesamarataan di Kalangan Warganegara
Ini adalah satu-satunya cara di mana seseorang dari mana-mana kasta dan wilayah
akan mengekalkan kedudukan yang dihormati dengan bantuan pendidikan.
Terdapat pelbagai jenis personaliti yang mempunyai pendapat yang berbeza tetapi
masih memperoleh kejayaan dengan menghormati mereka.
Semua ini dapat berlaku dengan bantuan pendidikan. Ini mengekalkan persamaan
antara orang walaupun mereka adalah pemegang pendapat yang berbeza.
6. Mencegah Kejadian Tidak dijangka
Kadang-kadang apabila kita tidak menyedari perkara-perkara itu boleh membuat
perubahan tahap tertentu dalam hidup kita.
Oleh itu, adalah dinasihatkan bahawa seseorang itu perlu mendidik dirinya sendiri
tentang perkara-perkara yang mereka tidak sedari.
Akhirnya, ia boleh menjadikan kita berdikari dan cukup yakin untuk menghadapi
situasi yang tidak mungkin seperti itu.
7. Tahap Keyakinan Tinggi
Pendidikan hanyalah masalah pemikiran yang dapat memberikan perubahan pada
tahap keyakinan seseorang. Kadang-kadang berlaku bahawa orang mengalami
malu kerana kurangnya pendidikan.
Untuk mengatasi rasa malu itu, orang perlu tampil ke hadapan dan menerima faedah
pendidikan yang dapat mengubah hidup mereka dengan penuh keyakinan.
8. Kenali Diri Anda
Pendidikan boleh membenarkan kita untuk memahami diri kita lebih tinggi daripada
sebelumnya.
Kita boleh menyelidik perkara mengenai diri kita sendiri, sama ada melalui buku,
kursus, atau mungkin berunding dengan profesional atau tidak.
13
9. Kesedaran mengenai Hak Asasi
Orang yang berpendidikan amat sedar akan hak dan tanggungjawabnya.
Warganegara yang berpendidikan sedar akan hak pengguna, hak untuk mengundi.
Lebih-lebih lagi, dia boleh meninggikan suara terhadap sesuatu yang salah yang
berlaku di sekelilingnya.
Pendidikan tidak hanya mendapat maklumat yang baik mengenai hak tetapi juga
tanggungjawab seseorang. Ini akan menjadikan orang itu lebih bertanggungjawab,
yang mampu bekerja untuk kesejahteraan orang lain.
10. Perwatakan Individu
Pendidikan juga memudahkan pembinaan peribadi seseorang. Para guru berusaha
untuk menyediakan pelajar kolej mereka dengan pandangan beretika.
Manusia terpelajar bersuka ria dengan kehebatan kewujudan kerana persekolahan
membolehkan mereka mengekalkan gaya hidup yang berkesan, gembira, bersedia
dengan betul dan seimbang.
Pendidikan adalah asas dalam masyarakat kita hari ini. Tidak pernah terlambat
untuk dididik. Dididik dan langit akan menjadi batu
Mereka diajar untuk bertanya, merenung dan menganalisis semua kemahiran
kritikal untuk kejayaan nanti.
Manusia terpelajar bersuka ria dengan kehebatan kewujudan kerana persekolahan
membolehkan mereka mengekalkan gaya hidup yang berkesan, gembira, bersedia
dengan betul dan seimbang.Pendidikan adalah asas dalam masyarakat kita hari ini.
Tidak pernah terlambat untuk dididik. Dididik dan langit akan menjadi batu loncatan
anda. Saya harap anda menikmati artikel ini.
14
CABARAN GLOBALISASI PENDIDIKAN DI MALAYSIA
Pembelajaran sepanjang hayat telah memperkenalkan bidang objektif yang luas
dandidefinisikan seperti berikut, “semua aktiviti pembelajaran yang diikuti adalah
bertujuan untuk menambah pengetahuan, kemahiran-kemahiran dan tahap
kecekapan setiap orang, atau perspektif yang ada hubungan dengan pekerjaan”.
(Ramlan Zainal 2008).Cabaran yang sedang ditangani oleh kerajaan Malaysia ialah
untuk membenteras butahuruf dikalangan orang-orang dewasa. Kumpulan ini tidak
berpeluang mengikuti pembelajaran formal di peringkat kanak-kanak dan remaja
disebabkan oleh faktor penjajahan,kemiskinan dan persekitaran yang jauh dari
pembangunan. Kita berasa sungguh banggakerana mendapat pengiktirafan oleh
badan antara bangsa seperti UNESCO kerana kadar butahuruf merupakan yang
terendah di dunia. Disebaliknya sikap kurang membaca dikalanganrakyat negara ini
sangat ketara apabila diberitahu bahawa hanya membaca purata setengahhalaman
dalam setahun. (Ramlan Zainal Abidin 2008: 4) turut menjelaskan
bahawasebahagian besar daripada masyarakat kita pandai membaca, pandai
menulis dan pandaimengira tetapi mereka tidak ada minat dan semangat membaca
untuk meluaskan ilmu pengetahuan dan pemikiran mereka. Sistem pendidikan selalu
dilihat sebagai proses pembudayaan atau pemasyarakatan.
Cabaran seterusnya ialah bagaimana untuk membudayakan ilmu di dalam
komunitisetempat. Membudaya di sini membawa maksud supaya menjadi amalan
dalam hidup. Natijahnya akan berlaku sesuatu perubahan dalam kehidupan hasil
dari pemerolehan dan perkembangan ilmu pengetahuan. Inilah budaya yang hidup
subur dan berkembang di negaramaju. Banyak lagi yang perlu dilihat dan
dipertontonkan kepada kita mengapa barat berjayamembudayakan ilmu sedangkan
masyarakat kita masih meraba-raba menuju kearah yangsama. Adakah sukar untuk
mendapat bahan bacaan atau harganya sangat tinggi di negarakita? Adakah bahan
bacaan bukan dalam bahasa sendiri menyebabkan kita kurang berminatuntuk
membaca kerana tidak faham? Selain daripada itu budaya masyarakat
yangmengutamakan ilmu pengetahuan dapat mengelakkan daripada menerima
gelaran masyarakat primitif atau andaian katak di bawah tempurung.
15
Budaya ilmu juga memungkinkan kewujudan sebuah masyarakat yang mempunyai
world-view yang lebih luas, iaitu pemikiranyang lebih terbuka. Dari perspektif yang
lain, pendidikan semestinya dijadikan satu prosesyang berterusan dalam kehidupan
setiap insan. Pendidikan memainkan peranan yang besardalam pembentukan
generasi akan datang serta pencapaian objektif negara. Semakin majusesebuah
negara maka semakin meningkat permintaan untuk tenaga mahir dan yang
berpengetahuan. Tidak boleh dinafikan bahawa pendidikan merupakan wahana
utama bagimenerap idea-idea baru, teknologi terkini, dan menerapkan kepakaran
dalam masyarakat.Di samping itu, sebilangan besar tanggapan masyarakat
terhadap mutu pendidikan dinegara kita Malaysia ialah kegagalan mendapatkan
pekerjaan selepas tamat pengajian.Kalaulah pandangan ini diterima pakai sebagai
ukuran, maka sampai bila pun kita tidakmampu meletakkan mutu pendidikan
separas dengan negara maju di dunia. Tambahanlagi,pendidikan mengandungi
aktiviti-aktiviti yang direka untuk menyediakan para pekerjadengan kerja-kerja pada
masa hadapan.
Minat untuk mempelajari sesuatu merupakan sifatyang utama dalam pembangunan
modal insan. Individu atau pekerja yang berminat ialah pekerja yang produktif. Hal
ini bertentangan dengan realiti akibat kurang berminat untukmenambah ilmu
pengetahuan, kita dapati ramai rakyat Malaysia terutamanya suri rumahtidak
mempunyai pengetahuan teknologi dan lebih bergantung kepada pihak lain.
Misalnya,sebagai pengguna peralatan elektrik di rumah mereka tidak pandai
membaiki peralatan yangrosak walau pun diperingkat yang asas sahaja.Petunjuk ini
amat berbeza dengan ketara jika dibandingkan dengan suri rumah di negaramaju
yang mempunyai pengetahuan asas dari aspek teknologi yang memungkin mereka
tidak bergantung kepada pihak lain. Perubahan pada tahap individu ini bergantung
kepada penguasaan kemahiran baru, pembentukan sikap baru, serta pembentukan
pemahaman baru.Hal ini seharusnya merupakan proses pembelajaran sepanjang
hayat yang kurang diamalkanoleh suri rumah di negara ini (Ramlan Zainal Abidin
2008: 5)
16
KESIMPULAN
Kesimpulannya, sistem pendidikan Malaysia semakin pesat berkembangan
mengikut peredaran masa. Pihak Kementerian Pelajaran Malaysia juga peka dengan
perubahan alam pendidikan dan mengaplikasikan system pendidikan yang
bersesuaian selaras dengan global.
17
Lampiran
18
Rujukan
https://www.xpresi.org/definisi-pendidikan/
https://www.currentschoolnews.com/ms/articles/18-wonderful-important-of-
education-to-an-individual-and-the-society/
https://adoc.pub/bab-1-pendahuluan-11-
pengenalan753cab57e2e1a06fa28acec49547d62d91427.html
https://www.nottingham.edu.my/Education/documents/education-leadership-
conference/Policy-Brief-No-7-BM.pdf
https://core.ac.uk/download/11782602.pdf
19