Motivasi Pengkisahan
https://m.facebook.com/photo.php?fbid=916973188416850&id=916027801844722&set=pb.9160278
01844722.-2207520000 Himpunan Cerita Motivasi
Suatu masa dahulu, seorang anak perempuan
sentiasa mengadu kepada ayahnya tentang
hidupnya yang selalu diuji sehingga dia tidak tahan
untuk menghadapinya. Dia terlalu penat untuk
melawan dan meronta. Masalah sering datang
bersilih-ganti. Ayahnya seorang tukang masak
membawa anak perempuan tersebut ke dapur.
Ayah beliau mengisi tiga periuk dengan air dan
kemudian meletakkan di atas dapur dengan api
yang kuat.
Apabila ketiga-tiga periuk berkenaan mulai
mendidih, ayahnya meletakkan ubi kentang ke
dalam periuk yang pertama, telur ke dalam periuk
kedua disusuli biji kopi ke dalam periuk yang ketiga.
Beliau kemudiannya duduk dan dibiarkan mendidih
tanpa mengeluarkan sepatah kata terhadap
anaknya. Anak perempuannya melihat dan tidak
sabar menanti apa yang akan berlaku seterusnya.
Selepas dua puluh minit, ayahnya mematikan api di dapur. Dia
mengeluarkan ubi kentang dan meletakkan ke dalam
mangkuk. Dia menarik keluar telur dan meletakkan ke dalam
mangkuk. Dia kemudiannya menyenduk keluar kopi dan
meletakkan di dalam cawan. . Beliau menoleh ke arah anak
perempuannya seraya bertanya, "Anakku, apa yang kamu
lihat?." "Kentang, telur dan kopi," anaknya menjawab. "Lihat
dengan baik", beliau berkata, "dan cuba sentuh kentang."
Anaknya menyentuh kentang berkenaan dan ianya lembut. .
Beliau kemudiannya menyuruh anaknya mengeluarkan telur
dan memecahkannya. Selepas kulit telur dikupas, dia
memerhatikan telur yang telah pejal. Akhirnya beliau
mengarahkan anaknya untuk menghirup kopi. Aroma kopi
yang kaya mengukirkan senyuman di wajah anaknya.
"Ayah, apakah maksud semua ini?" anaknya
bertanya. . Ayahnya menerangkan bahawa kentang,
telur dan biji kopi telah melalui proses pendidihan
yang sama. Bagaimanapun, setiap satu mempunyai
tindakbalas yang berlainan. Kentang pada asalnya
keras, tetapi bila diletakkan di dalam air yang
mendidih, akhirnya menjadi lembut dan lemah. Telur
mempunyai struktur yang rapuh dengan kulit yang
nipis untuk melindungi cecair di dalam. Selepas
diletakkan di dalam air yang mendidih, cecair di
dalam pada asalnya telah berubah menjadi keras dan
pejal. Bagaimanapun, biji kopi mempunyai sifat yang
unik. Apabila diletakkan di dalam air yang mendidih,
ia merubah sifat air dan membentuk sesuatu yang
baru. .
"Mana satukah kamu,
wahai anakku?" beliau
bertanya kepada anaknya.
"Apabila suatu dugaan
datang mengetuk pintu
hidup kamu, bagaimana
kamu bertindakbalas?
Adakah kamu kentang,
telur atau biji kopi?"
Moral: Di dalam kehidupan sekeliling kita,
sesuatu akan terjadi kepada kita. Apa yang
penting adalah bagaimana kita berinteraksi
terhadap sesuatu kejadian tersebut dan apa
yang anda akan lakukan terhadapnya.
Kehidupan merupakan proses pembelajaran,
mengadaptasi dan mengubah seluruh
kepayahan kepada sesuatu yang positif.
Unit Bimbingan & Kaunseling