PPS3-2 2023172310065 DR. MADINAH BINTI MOHD YUSOF DISEDIAKAN UNTUK KUMPULAN ANGKA GILIRAN SITI NUR BATRISYIA BINTI MASNAWI DIHASILKAN OLEH MAGIC SCRIBE 1
01 PENGENALAN 02 NAMA PRODUK OBJEKTIF PENGHASILAN PRODUK PENGGUNA PRODUK RASIONAL PRODUK 03 KANDUNGAN ISI LANGKAH-LANGKAH PENGHASILAN PRODUK 04 KAJIAN-KAJIAN BERKAITAN KE ARAH PENGHASILAN PRODUK 05 06 IDEA PRODUK 4 2 5 6 7 - 10 11 12
09 RUJUKAN 3 07 PENGGUNAAN PRODUK IMPAK KE ATAS MURID BERKEPERLUAN PENDIDIKAN KHAS (MBPK) 08 KANDUNGAN ISI 13 14 15
Pada zaman moden ini, kreativiti dianggap sebagai salah satu kemahiran yang amat diperlukan dalam pembelajaran abad ke-21 (Faridah Anum Abdul Wahid et al., 2021). Akan tetapi, masalah kemahiran motor halus dalam murid masalah pembelajaran boleh menghalang murid dari mengekspresikan idea dan kreativiti dengan berkesan. Menurut Anis Norma Mohammad Jaafar et al. (2022), kemahiran motor halus dapat ditakrifkan sebagai kemahiran dalam mengawal otot-otot kecil di jari serta pergerakan jari yang bebas untuk meneroka sesuatu. Statistik menunjukkan sekurang-kurangnya 1 daripada setiap 59 kanak -kanak mempunyai satu atau beberapa masalah pembelajaran (Schiller, 2023). Guru Pendidikan Khas memainkan peranan yang besar dalam mendidik murid masalah pembelajaran ini kerana terpaksa berhadapan dengan pelbagai cabaran salah satunya ialah cabaran dalam meningkatkan kemahiran kreativiti dalam murid masalah pembelajaran yang mempunyai keupayaan motor halus yang lemah. Oleh sebab itu, menerusi e-handbook ini akan membentangkan satu produk kit pengajaran asas penulisan yang dinamakan sebagai MAGIC SCRIBE bagi membantu murid masalah pembelajaran yang mempunyai kemahiran motor halus yang lemah untuk meningkatkan kemahiran kreativiti melalui penulisan. PENGENALAN 4
NAMA PRODUK MAGIC SCRIBE Kit pengajaran asas penulisan ini diberi nama MAGIC SCRIBE. Perkataan "MAGIC" menunjukkan bahawa produk ini mempunyai kualiti transformasi dengan menjadikan penulisan sebagai satu pengalaman yang lebih menarik dan menyeronokkan bagi murid masalah pembelajaran yang mempunyai keupayaan motor halus yang lemah. Perkataan "SCRIBE" pula menekankan fokus kepada penulisan dan kepentingan produk dalam membantu murid masalah pembelajaran yang mempunyai kemahiran motor halus yang lemah untuk menulis. Secara keseluruhannya, nama MAGIC SCRIBE berkesan dalam menyampaikan idea dan kreativiti bagi menunjukkan bahawa produk ini dapat membantu murid masalah pembelajaran dengan kemahiran motor halus yang lemah untuk meningkatkan potensi penuh dalam penulisan melalui kaedah menulis yang betul dan kekemasan hasil tulisan. 5
Objektif Penghasilan Produk Objektif Penghasilan Produk RASI O NAL PR O DUK Pengguna Produk Produk ini diha s i l k an kha s bagi: Kumpulan murid masalah pembelajaran yang mempunyai kemahiran motor halus yang lemah seperti autisme. Kumpulan murid ketidakupayaan pendengaran yang mempunyai masalah pembelajaran serta kemahiran motor halus yang lemah. 6 Kit pengajaran asas penulisan yang digunakan di dalam kelas bertujuan untuk membimbing murid masalah pembelajaran yang mempunyai kemahiran motor halus yang lemah dalam meningkatkan keyakinan diri dan motivasi untuk terus belajar menulis secara sistematik serta terarah. Kit pengajaran ini memfokuskan kepada usaha dalam meningkatkan kemahiran motor halus serta kekemasan tulisan murid masalah pembelajaran dengan menyediakan strategi kemahiran menulis yang betul.
Langkah-langkah 7 PE N G H A S I L A N PROD U K Berdasarkan isu yang dibangkitkan dalam tugasan penulisan iaitu isu murid masalah pembelajaran mempunyai kemahiran motor halus yang lemah, satu idea telah dijana untuk menghasilkan produk yang dapat membantu meningkatkan kemahiran motor halus murid masalah pembelajaran melalui aktiviti menulis dan aktiviti melukis berdasarkan cadangan penyelesaian isu yang dikemukakan dalam tugasan penulisan. Lakaran reka bentuk produk juga telah dihasilkan agar sesuai mengikut keupayaan murid masalah pembelajaran. 01 PROSES MENJANA IDEA DAN MELAKAR REKA BENTUK PRODUK Pandangan hadapan produk Pandangan belakang produk Pandangan sisi produk
Langkah-langkah PE N G H A S I L A N PROD U K 02 PROSES MENYEDIAKAN BAHAN DAN PERALATAN 8 Menyediakan bahan-bahan serta peralatan yang mencukupi untuk digunakan bagi menghasilkan produk MAGIC SCRIBE. Contoh bahan-bahan yang digunakan ialah fail, fail plastik, kertas dan sebagainya. Bagi peralatan yang digunakan pula ialah pembaris, pensel, pita pelekat, pen penanda dan lain-lain. 03 PROSES MENGHASILKAN PRODUK 1) Mencipta templat untuk aktiviti menulis dan aktiviti melukis menggunakan aplikasi canva. Templat-templat tersebut disusun di dalam google drive serta goole sites dan juga dicetak.
Langkah-langkah PE N G H A S I L A N PROD U K 9 03 PROSES MENGHASILKAN PRODUK 2) Kemudian, templat yang telah dicetak ditutupi dengan filem lamina agar tidak mudah kotor serta boleh diconteng menggunakan pen penanda. Templat tersebut akan ditebuk kepada empat lubang menggunakan penebuk supaya boleh disusun di dalam fail. 3) Seterusnya, templat-templat bagi aktiviti menulis disusun mengikut kategori iaitu alphabet (huruf), numbers (nombor) dan shapes (bentuk) untuk dimasukkan ke dalam fail beserta kit alat tulis. 4) Selanjutnya, fail plastik akan ditampal pada bahagian depan dan juga bahagian belakang fail MAGIC SCRIBE untuk diletakkan muka hadapan serta aktiviti melukis dengan menggunakan pita pelekat.
Langkah-langkah PE N G H A S I L A N PROD U K 10 03 PROSES MENGHASILKAN PRODUK 5) Akhirnya, produk MAGIC SCRIBE telah siap dihasilkan. Pandangan hadapan produk Pandangan belakang produk Pandangan sisi produk Kandungan produk
Guru Pendidikan Khas di Malaysia kurang mempraktikkan amalan intervensi bagi kemahiran motor halus kepada murid-murid ketidakupayaan pembelajaran kerana guru Pendidikan Khas sering kali tidak mempunyai panduan yang jelas atau latihan yang mencukupi untuk melaksanakan intervensi tersebut (Ng dan Rosadah Abd Majid, 2020).1 5 KAJIAN-KAJIAN BERKAITAN KE ARAH PENGHASILAN PRODUK KAJIAN-KAJIAN BERKAITAN KE ARAH PENGHASILAN PRODUK 2 Murid autisme sering menunjukkan kelemahan dari sudut kemahiran sosial emosi seperti tidak mudah bergaul dan boleh menjadi agresif (Mathiyalagan & Hasnah Toran, 2023). Masalah dalam interaksi sosial boleh mengehadkan peluang kepada MBPK untuk melakukan ekspresi seni melalui teknik dan media yang diberikan oleh guru (Ida Puteri Mahsan, 2021). Menurut Yin et al. (2016) pemerhatian terhadap guru-guru Pendidikan Khas telah dilaksanakan dan didapati bahawa guru-guru Pendidikan Khas kurang menitikberatkan kemahiran menulis serta mendidik MBPK cara yang betul untuk 3 memegang alat tulis semasa menulis. 4 Penggunaan teknologi mampu memberikan kesan yang positif kepada perubahan pengajaran guru pada masa yang sama kepada pembelajaran murid di dalam bidang Pendidikan Khas (Norshila Roslin & Norshidah Mohamad Salleh, 2021). Teknologi bantuan merupakan produk, peranti atau alat yang boleh didapatkan secara komersial, diubahsuai atau disesuaikan bagi meningkatkan keupayaan kefungsian OKU (Mustaffar Abd Majid & Nor ‘Azah Ahmad Safran, 2017). 11
Idea Produk Keseluruhan produk MAGIC SCRIBE terhasil melalui idea asli. Produk ini mengaplikasikan teknologi dalam pembelajaran bagi memenuhi hasrat pihak kerajaan untuk melahirkan generasi yang berpengetahuan tinggi terhadap bidang teknologi. Produk MAGIC SCRIBE memberikan kemudahan kepada murid masalah pembelajaran kerana produk ini memberikan peluang kepada MBPK untuk belajar kemahiran menulis di mana-mana sahaja dan pada bila-bila masa sahaja dengan menggunakan kaedah teknologi. Perkara ini membuka ruang dan peluang mengenai pendedahan penggunaan teknologi kepada MBPK. Laman sesawang yang diciptakan khas ini juga memberikan panduan kepada guru Pendidikan Khas serta ibu bapa mengenai tatacara penggunaan produk. Kit asas penulisan yang dinamakan MAGIC SCRIBE ini sepenuhnya memberikan panduan serta kelengkapan kepada murid masalah pembelajaran untuk meningkatkan kemahiran motor halus melalui menulis secara berperingkat. Bukan itu sahaja, kemahiran melukis serta mewarna juga boleh ditingkatkan apabila MBPK menggunakan produk ini kerana produk ini memfokuskan kepada peningkatan kemahiran seni visual dan kreativiti dalam diri MBPK. Reka cipta produk juga disesuaikan mengikut keupayaan MBPK agar berasa selesa untuk belajar. Terdapat juga aktiviti permainan berasaskan kemahiran menulis sebagai elemen interaktif kepada MBPK supaya lebih berasa seronok dan bermotivasi untuk menulis. 12
01 02 03 04 MAGIC SCRIBE Penggunaan Produk Kod QR yang berada di muka hadapan produk MAGIC SCRIBE boleh diimbas bagi mengakses laman sesawang yang mengandungi perkara-perkara berkaitan penghasilan produk termasuk video penggunaan produk, templat untuk aktiviti menulis serta melukis dan sebagainya. LANGKAH PERTAMA LANGKAH KEDUA LANGKAH KETIGA Pada bahagian belakang produk, disertakan templat melukis dan mewarna untuk MBPK. MBPK hanya perlu menekap gambar yang disediakan dan mewarnakan lukisan tersebut mengikut kreativiti masing-masing. LANGKAH KEEMPAT 13 Kemudian, pada helaian seterusnya, templat untuk aktiviti menulis disusun serta dikategorikan kepada beberapa subtopik iaitu alphabet, numbers dan shapes. Setiap subtopik disertakan kod QR bagi templat tambahan. Aktiviti permainan berasaskan kemahiran menulis juga disertakan sebagai elemen interaktif. Seterusnya, pada helaian terakhir disediakan alat-alat untuk menulis termasuk pembaris abjad, pensel, pen penanda dan pemegang pensel. Dengan menggunakan MAGIC SCRIBE ini, guru boleh melaksanakan aktiviti menulis ketika sesi pengajaran bersemuka atau menggunakan kaedah teknologi.
IMPAK PRODUK KE ATAS Keyakinan serta motivasi untuk belajar dalam diri MBPK dapat ditingkatkan. Menggalakkan pembelajaran sepanjang hayat dan kemahiran teknologi MBPK. MURID BERKEPERLUAN PENDIDIKAN KHAS Kemahiran kreativiti dalam diri MBPK dapat diasah. Memenuhi hak MBPK sebagai ahli masyarakat yang lain. Kemahiran menulis yang baik membolehkan MBPK mengekspresikan idea dan imaginasi sama ada melalui karangan kreatif, puisi atau cerita pendek. Perkara ini menggalakkan kemahiran berfikir secara kritis. Tambahan pula, produk ini juga membantu MBPK meningkatkan kemahiran dalam mengkoordinasi pergerakan mata dan tangan untuk menulis dan mewarna. Produk ini membantu MBPK dalam meningkatkan kemahiran motor halus supaya MBPK mampu menguasai kemahiran menulis dengan baik. Apabila MBPK dapat menguasai kemahiran menulis secara holistik, MBPK akan berasa lebih yakin dalam melaksanakan tugasan bertulis serta mampu meningkatkan prestasi akademik. 14 Produk ini mengaplikasikan penggunaan teknologi yang membantu MBPK untuk belajar kemahiran menulis secara dalam talian di mana-mana dan pada bila-bila masa sahaja. Produk ini juga menerapkan elemen permainan dalam pembelajaran yang mampu menarik minat MBPK untuk melibatkan diri dalam proses pembelajaran secara aktif. MBPK harus mempunyai hak dan peluang yang sama rata dalam menjalani kehidupan sebagai ahli masyarakat yang lain seperti peluang dalam mendapatkan pendidikan dan pekerjaan. Kemahiran menulis yang baik dapat membuka lebih banyak peluang kerjaya kepada MBPK kerana banyak pekerjaan memerlukan kemahiran bertulis yang baik termasuk dalam bidang seperti perhubungan awam, pentadbiran dan perniagaan.
Rujukan 15
Paut an l aman se s awang