PROGRAM SEMARAK
KOKURIKULUM
(SMART ITHINK MINDA
KREATIF)
SECARA DALAM TALIAN
KELAB DAN PERSATUAN
2021
UNIT
KOKURIKULUM
SKTPP
AKTIVITI KELAB & PERSATUAN
MPEENRGiT-HATANHSDINIILNKKGAKHARNANEDPAIAETHTIFAAKAN DIBERI
KEPADA 5 PEMENANG
SETIAP TAHUN 4, 5
DAN 6
PERHATIAN
sYARAT PERTANDINGAN
Hasilkan Peta i-Think
dengan tulisan tangan
taknopmapmuteenrg/gLuanpatokBpanokwleearhtrjagansudanlikukaaakkninsahalneanbks. eiiJlhraatmnangsdeaanAna4urlnuaiktptuaaku
Ambil gambar Hantar hasil
hasil anda dan anda sebelum
hantar ke Google 17 Oktober
Classroom atau 2021
Telegram Tuliskan Nama dan Kelas
Di Belakang Kertas Anda
TAJUK
KEBAIKAN MENYERTAI
AKTIVITI
KOKURIKULUM
Aktiviti kokurikulum merupakan satu daripada
elemen yang terdapat dalam pendidikan di sekolah.
Aktiviti kokurikulum terbahagi kepada beberapa
bahagian iaitu sukan, permainan dan unit
beruniform. Kebiasaannya aktiviti kokurikulum
diadakan pada sebelah petang atau hujung minggu.
Terdapat beberapa kebaikan apabila pelajar
menyertai kegiatan kokurikulum.
Antara kebaikan aktiviti kokurikulum ialah pelajar
dapat menambahkan pengetahuan dan kemahiran
tentang sesuatu bidang yang disertai. Contohnya,
dengan menyertal aktiviti unit beruniform kadet
polis, pelajar akan mengetahui tentang bidang
pekerjaan sebagai anggota polis. Jika pelajar
menyertai perkhemahan unit beruniform pula,
pelajar dapat pengalaman tentang bermalam dalam
khemah dan aktiviti berkhemah di hutan.
Pengetahuan dan pengalaman ini boleh digunakan
oleh pelajar setelah menamatkan zaman
persekolahan kelak.
Menyertai aktiviti kokurikulum dapat
meningkatkan kemahiran insaniah dalam diri
kita. Kemahiran insaniah amat berguna kepada
diri kita apabila kita melangkah ke alam
pekerjaan. Justeru itu, aktiviti kokurikulum
amatlah penting bagi kita bagi meningkatkan
kemahiran insaniah. Apabila menyertai aktiviti
kokurikulum, kita dapat berkomunikasi dengan
ramai orang. Dengan berkomunikasi dengan
ramai orang, kita akan dapat melatih diri kita
menjadi seorang yang fleksibel. Kita dapat
menyelesaikan masalah dengan pantas,
membuat keputusan dengan betul. Setiap orang
mempunyai pelbagai ragam, lantas dari aktiviti
kokurikulum ini kita dapat belajar berkomunikasi
dengan setiap individu yang berlainan ragam.
Selain itu, pelajar juga dapat membentuk disiplin diri,
Dalam aktiviti kokurikulum yang disertai, pelajar akan
diajar tentang kepentingan disiplin diri. Pembentukan
disiplin diri ini amat penting dalam menjalani kehidupan
sebagai seorang pelajar. Pelajar yang mempunyai
disiplin diri yang tinggi biasanya akan berjaya dalam
pelajaran dengan cemerlang.
Melalui aktiviti kokurikulum, kita dapat meningkatkan
tahap kepimpinan dalam diri kita. Apabila mengikuti
aktiviti kokurikulum, kita akan belajar cara-cara untuk
menjadi seorang pemimpin. Di setiap persatuan
mahupun kelab, mempunyai carta organisasinya
tersendiri, apabila kita memegang sesuatu jawatan di
dalam organisasi persatuan ataupun kelab tersebut,
secara tidak lansung ia dapat melatih diri kita untuk
menjadi seorang pemimpin yang berkaliber. Selain itu,
apabila kita menyertai aktivit kokurikulum, kita akan
dilatih untuk menjadi seorang pemimpin sebagai
contoh, apabila persatuan ataupun kelab tersebut
mengadakan kem kepimpinan. Banyak pekara yang
dapat kita pelajari melalui aktiviti tersebut untuk kita
menjadi pemimpin yang berjaya.
Penyertaan pelajar dalam aktiviti kokurikulum
juga membolehkan pelajar memupuk nilai-nilai
murni dalam diri. Nilal-nilai murni ini terpupuk
dalam diri pelajar secara langsung atau secara
tidak langsung. Antara nliai-nilai murnii tersebut
lalah nilai bekerjasama, bertolak ansur dan
berdikari. Amalan nilai-nilai murni ini akan
membolehkan pelajar menjalani kehidupan
seharian dengan lebih baik.
Disamping itu, penyertaan palajar dalam aktiviti
kokurikulum seperti sukan akan menjadikan tubuh
pelajar itu sihat dan cergas. Hal ini kerana pelajar
akan berpeluh apabila bersukan dan sisa toksik
akan keluar daripada badan melalui peluh. Dengan
bersukan juga, pelajar dapat menyihatkan jantung
mereka. Apabila pelajar sihat, mudahlah pelajar
memberikan tumpuan kepada pelajaran yang
diajar oleh guru.
Dengan menyertai aktiviti kokurikulum, pelajar juga
dapat memenuhi masa lapang mereka dengan perkara
yang berfaedah. Jika pelajar tidak menyertai aktiviti
kokurikulum, pelajar cenderung untuk menonton
televisyen.Sesungguhnya sebahagian besar rancangan
televisyen adalah berbentuk hiburan dan kurang
berfaedah kepada pelajar. Terdapat juga pelajar yang
menghabiskan masa lapang mereka dengan perkara-
perkara yang tidak berfaedah seperti melepak di
pusat membeli-belah atau pusat siber.
Negara kita Malaysia mempunyai pelbagai kaum
seperti Melayu, Cina, India, bumiputera Sabah dan
Sarawak. Sikap perpaduan adalah amat penting dalam
diri kita rakyat Malaysia. Oleh itu, melalui aktiviti
kokurikulum, kita dapat memupuk sikap perpaduan
dalam kalangan pelajar. Pemuda harapan bangsa,
pemudi tiang negara, di alam remaja inilah kita harus
memupuk sikap perpaduan dalam diri kita. Setiap
aktiviti kokurikulum mempunyai ramai ahli yang terdiri
daripada pelbagai kaum. Dalam aktiviti
yang dijalankan, semua ahli kumpulan akan berkumpul.
Kita boleh berbincang untuk bertukar pendapat serta
bekerjasama dalam melakukan sesuatu aktiviti. Dengan
ini kita dapat mengeratkan silaturahim antara ahli
kumpulan lantas memupuk sikap perpaduan dalam diri
kita.
Kesimpulannya, terdapat banyak kebaikannya jika
pelajar menyertai aktiviti kokurikulum. Oleh itu,
sewajamya ibu bapa perlu memberi dorongan kepada
anak-anak untuk menyertal aktiviti kokurikulum. Pada
pandangan saya, aktiviti koukurikulum telah dapat
menghasilkan pelajar yang berkualiti dan seimbang dari
segi intelek, rohani, jasmani dan emosi. Sesungguhnya,
negara amat memerlukan pelajar yang berkualiti bagi
memajukan negara pada masa hadapan.
Contoh-contoh
Peta i-Think
Kreatif
SEMOGA
BERJAYA
MEMENANGI
HADIAH YANG
LUMAYAN SERTA
SIJIL PENYERTAAN