The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by Izati Shahar, 2024-06-22 21:06:20

Buku Mesyuarat Agung Tahunan ke-8/2024

CTRM KOOP

Keywords: Koop

CTRM KOOP EST. 2016 KUNCI KIRA-KIRA PADA 31 OKT 2023 Pemberitahuan status pelaburan simpanan tetap di Co-opbank Pertama berjumlah RM70,000 sebagai Akaun Deposit Koperasi (ADK) Koop CTRM


CTRM KOOP EST. 2016 PENEMUAN 1) PENDAPATAN - Tiada aturan bagi pendapatan aktiviti penganjuran majlis. CADANGAN Pihak Koperasi perlu membuat aturan bagi setiap Tabung yang diwujudkan supaya perjalanan setiap tabung yang ada ini diurus sebagaimana aturan yang telah disediakan dan perlu dibentang dan diluluskan dalam Mesyuarat Agung Tahunan Koperasi. TINDAKAN Semua aturan bagi aktiviti Koperasi termasuk aktiviti penganjuran majlis telah disediakan dan dibentangkan dalam Mesyuarat Agung ke-8. PENEMUAN & CADANGAN PENAMBAHBAIKAN AKAUN OLEH JURU AUDIT


CTRM KOOP EST. 2016 PENEMUAN 2) MODAL SYER ANGGOTA 2.1) Perbezaan baki modal syer anggota. CADANGAN Pihak Koperasi diminta untuk menyemak semula ketetapan senarai anggota Koperasi yang direlodkan bersesuaian dengan kehendak Subseksyen 58 (1) Akta Koperasi 1993. TINDAKAN Pihak pengurusan akan segera menyemak senarai anggota koperasi tekini serta akan mengedarkan surat pengesahan baki modal syer anggota untuk tujuan pengesahan. PENEMUAN & CADANGAN PENAMBAHBAIKAN AKAUN OLEH JURU AUDIT


CTRM KOOP EST. 2016 PENEMUAN 3) PEMIUTANG PERNIAGAAN - Lebihan bayaran pemiutang. CADANGAN Pihak Koperasi perlu menyemak semula baki lebihan bayaran yang direkodkan dan perlu dikontrakan dengan sewaan semasa. TINDAKAN Pihak Koperasi akan menghantar surat pengesahan bayaran dan seterusnya akan mencadangkan untuk mengkontrakan bayaran tersebut dengan sewaan semasa. PENEMUAN & CADANGAN PENAMBAHBAIKAN AKAUN OLEH JURU AUDIT


CTRM KOOP EST. 2016 PENEMUAN 4) DIVIDEN ANGGOTA DICADANGKAN - Dividen anggota tidak berbayar. CADANGAN Pihak Koperasi perlu menyemak semula baki dividen yang dicadangkan bagi menentusahkan ketepatan jumlah dividen yang dibayar. TINDAKAN Pihak Pengurusan akan menyemak semula jumlah dividen yang telah dicadangkan dan pelarasan akan dibuat pada tahun kewangan semasa jika terdapat lebihan. PENEMUAN & CADANGAN PENAMBAHBAIKAN AKAUN OLEH JURU AUDIT


CTRM KOOP EST. 2016 PENEMUAN 5) DOKUMEN SOKONGAN - terdapat 2 penyewa tidak mempunyai surat perjanjian (Nas Cemerlang & VC Vission Entp) CADANGAN Pihak Koperasi perlu membuat surat perjanjian yang ditandatangani oleh penyewa dengan pihak Koperasi. Pihak Koperasi perlu menyediakan perjanjian sewaan di antara Koperasi dan penyewa mesin layan diri yang lengkap ditandatangani beserta dengan terma dan syarat. TINDAKAN Pihak Koperasi akan mengeluarkan surat perjanjian kepada penyewa-penyewa tersebut secepatnya. PENEMUAN & CADANGAN PENAMBAHBAIKAN AKAUN OLEH JURU AUDIT


CTRM KOOP EST. 2016 PENEMUAN 6) TUNAI DITANGAN DAN DI BANK - Lebihan baki tunai yang tinggi di Bank Islam. CADANGAN Pihak Koperasi perlu menambah pelaburan simpanan tetap menggunakan wang lebihan yang ada di mana-mana sekuriti yang dikeluarkan oleh Kerajaan Malaysia dan Bank Negara Malaysia bagi menjana keuntungan kepada Koperasi. TINDAKAN Pihak Koperasi akan menambah pelaburan simpanan tetap yang sedia terutama di Coopbank Pertama Bank Mitc. PENEMUAN & CADANGAN PENAMBAHBAIKAN AKAUN OLEH JURU AUDIT


CTRM KOOP EST. 2016 PENEMUAN 7) AKAUN DEPOSIT KOPERASI - Pelaburan simpanan tetap di Co-opbank Pertama M’sia Berhad, MiTC CADANGAN Penetapan pelaburan simpanan tetap sebagai ADK Koperasi perlulah dibawa ke dalam mesyuarat untuk mendapat persetujuan Ahli Lembaga dan didokumentkan dengan baik. TINDAKAN Pihak Koperasi akan mencadangkan simpanan pelaburan ADK ini didalam Mesyuarat Agung sebagai usul mesyuarat. PENEMUAN & CADANGAN PENAMBAHBAIKAN AKAUN OLEH JURU AUDIT


PEMILIHAN ALK BAHARU


SENARAI CALON ALK BAHARU ROSAHAIRIL TAN BIN ROSLAN TAN (6 TAHUN) MOHD AMIRRUL HASIQUE BIN MOHD BAHTER (2 TAHUN) NUR FAEZAH BINTI HUSSAIN (2 TAHUN) NORZANNA BINTI MOHD NOH (3.5 TAHUN) MUHAMMAD FAIZ MOHAMED DIAH (2.5 TAHUN)


CTRM KOOP EST. 2016 BELANJAWAN TAHUNAN 2024/25


CTRM KOOP EST. 2016 MENIMBANG DAN MELULUSKAN BELANJAWAN TAHUNAN 2024/25


MELULUSKAN ELAUN KEPADA ALK DAN JAD 1. Mengekalkan elaun pengurusan seperti berikut : NO. JAWATAN ELAUN BULANAN (RM) 1. Pengerusi 350 2. Setiausaha 250 3. Bendahari 250 2. Elaun Mesyuarat : NO. JAWATAN ELAUN KEHADIRAN MESYUARAT (RM) 1. ALK/JAD/INDIVIDU 100 Bilangan minimum mesyuarat adalah sekali dalam 3 bulan.


MELULUSKAN PANEL FIRMA JURUAUDIT UNTUK MENGAUDIT AKAUN KOPERASI Cadangan melantik firma audit swasta bagi pengauditan akaun Koperasi Pekerja-Pekerja CTRM Melaka Berhad memandangkan juruaudit SKM tidak dapat menerima lantikan sebagai juruaudit diatas sebab-sebab yang tidak dapat dielakkan.


BIDANG KUASA ITEM EGM & AGM MESYUARAT ALK PENGERUSI DAN N.PENGERUSI ATAU BENDAHARI NAIB PENGERUSI DAN BENDAHARI PENGURUS Kelulusan Pelaburan modal rancangan perniagaan. >20,000 <=20,000>=5001 <=5,000 >=2,501 <=2,500>=1001 <1,001 Had Penghutangan\ pinjaman oleh koperasi >10,000 <=10,000>=2001 <=2,000 >=1,501 <=1,500>=1001 <1,001 Budget aktiviti koperasi >10,000 <=10,000>=2001 <=2,000 >=1,501 <=1,500>=1001 <1,001 Pengambilan kakitangan Pengerusi & ALK Pengurus Eksekutif Bukan Eksekutif Tiada Gaji kakitangan >10,000 <=10,000>=2001 <=2,000 >=1,501 <=1,500>=1001 Tiada Pembelian asset >10,000 <=10,000>=2001 <=2,000 >=1,501 <=1,500>=1001 <1,001 Pembelian am >10,000 <=10,000>=2001 <=2,000 >=1,501 <=1,500>=1001 <1,001 CADANGAN UNTUK HAD KUASA KELULUSAN KEWANGAN DIKEKALKAN


MENIMBANG & MELULUS RUANG LINGKUP DAN HAD PERLABURAN WANG LEBIHAN KOPERASI Dicadangkan untuk menetapkan skop dan had pelaburan dari koperasi dari 50% ke 70% daripada modal syer anggota.


MENETAPKAN HAD MAKSIMA KETERHUTANGAN KOPERASI Dicadangkan untuk menetapkan had maksima keterhutangan Koperasi sebanyak RM100,000 sahaja.


STATUS TERKINI PROGRAM PEMBEKALAN ASAS 100 (BA100) CTRM Koop telah didaftarkan di dalam Program Barang Asas 100 (BA100). BA100 ialah satu program bersepadu yang diperkenalkan oleh ANGKASA dalam usaha berterusannya untuk menggerakkan perniagaan koperasi terutama membantu dan menawarkan penjualan barangan asas dengan harga berpatutan.


PEMBENTANGAN USUL ALK


PEMBENTANGAN USUL ALK Mewujudkan jawatan Naib Pengerusi yang akan dilantik dikalangan ALK sedia ada bagi memudahkan urusan rasmi dan tidak rasmi ketika ketiadaan Pengerusi. Naib Pengerusi juga akan mengemudi aktiviti pembangunan perniagaan untuk CTRM KOOP. Jawatan ini akan melibatkan tambahan elaun sebanyak RM150/sebulan. Peningkatan ini juga adalah wajar kerana koperasi tidak mempunyai pekerja yang memerlukan kos penggajian bulanan yang lebih tinggi.


PEMBENTANGAN USUL ALK Pengagihan dividen CTRM KOOP perlu bersifat pro-rata dan meletakkan syarat minimum pelaburan untuk kelayakan menerima dividen


PEMBENTANGAN USUL ALK Membangunkan website utk CTRM KOOP - membolehkan CTRM KOOP menyediakan platform penyampaian maklumat kepada anggota secara lebih berstruktur


PEMBENTANGAN USUL ALK Menghasilkan produk makanan koperasi - seperti daging dendeng dan lain-lain produk menggunakan teknologi pembungkusan retort yang boleh disimpan pada suhu bilik.


PEMBENTANGAN USUL ALK ALK mencadangkan setiap anggota yang hadir untuk sesi MAT 8 hari ini diberikan elaun kehadiran sebanyak RM75 berbanding hanya RM50 pada MAT 7


PEMBENTANGAN PINDAAN UNDANG – UNDANG KECIL Pembayaran dividen kepada anggota berdasarkan pro-rata iaitu mengikut tempoh simpanan dalam tahun kewangan semasa Dividen dan Potongan Langganan 70. (1) Kadar dividen yang dibayar atas syer kepunyaan seseorang anggota pada enam bulan sebelum akhir tahun kewangan hendaklah tidak melebihi sepuluh peratus kecuali dengan kelulusan Suruhanjaya. Seseorang yang namanya tidak ada di dalam daftar nama anggota Koperasi pada tarikh akhir tahun kewangan yang berkenaan tidak layak menerima dividen.


PEMBENTANGAN USUL ANGGOTA


PEMBENTANGAN USUL – SKOP PENGURUSAN NO. NAMA ANGGOTA USUL YANG INGIN DIBINCANGKAN 1 Nurul Hidayah Binti Othman Balance kan ratio mesin air dan mesin makanan 2 Muhammad Mizan Bin Noor Khazan Pembayaran menggunakan staff kad ID untuk ditolak amount pada gaji staff 3 Ahmad Asraf Bin Abdul Razak Saya mencadangkan supaya Koperasi memantau harga makanan dan minuman di mesin vending. Ada harga yang melampau dan tidak terkawal 4 Mohammad Hamdan Bin Mohd Sanusi Bayaran dividen lebih 10 peratus 5 Mohd Fairus Bin Ahmad Wujudkan platform online anggota boleh share pengalaman busines masing masing dgn harapan koop CTRM boleh replicate dlm skala yg lebih besar... kumpul beberapa idea ni kemudian buat pertandingan bagi mencari idea terbaik. 3 pemenang boleh dapat hadiah. Idea idea ni boleh dikembangkan dan semoga jadi business akan dtg utk koop. Mungkin boleh beri criteria business ikut categori modal..50k, 100k, 250k. T kasih


PEMBENTANGAN USUL – SKOP PENGURUSAN NO. NAMA ANGGOTA USUL YANG INGIN DIBINCANGKAN 6 Mazlan Bin Ishak Saya mencadangkan supaya dividen dapat dinaikkan kepada 10% 7 Mohd Azizi Bin Mat Sah Mesyuarat diadakan secara fizikal supaya anggota lebih bebas menyarakan pendapat 8 Abdul Rahim Rameli Family Day untuk ahli koperasi 9 Usha A/P Narayanan Good to have online tracking system for the fund Management 10 Asma’ Binti Ramli Lebihkan aktiviti dan pendedahan kooperasi kepada semua staff 11 Aina Sofi Masturina Binti Norman Bolehkan setiap tahun berikan deviden kenaikan dan jumlah terkumpul dlm koop 12 Muhammad Nur Afeeq Bin Amran Penambahbaikan benefit pada pekerja ctrm 13 Ahmad Aidil Bin Md. Nor Naik kan elaun kehadiran 14 Mohamad Kassim Bin Mohamad Puzi Buat majlis makan2 @ annual dinner 15 Norzanna Binti Mohd Noh Mengadakan "hari kooperasi" di CTRM(weekend) peluang pd semua staff utk berniaga- menaiktaraf ekonomi CTRMrians


PEMBENTANGAN USUL – SKOP PERNIAGAAN NO. NAMA ANGGOTA USUL YANG INGIN DIBINCANGKAN 1 Zaleha Abu Samah Menyediakn kiosk koperasi menggunakan sistem vendor 2 Mazni Binti Majid Mini market, food outside 3 Aniza Binti Aziz Mini market under CTRM Koperasi 4 Mohd Khairi Bin Rahim Menjual barangan keperluan dapur pada pekerja serta boleh buat secara potongan gaji 5 Nurul Ain Binti Mat Nasir Menjadikan healthy corner sebagai kedai runcit untuk kemudahan pekerja , boleh buka tawaran kepada pekedai runcit seperti speedmart,mynews , ,familymart dan lain-lain 5 Noorazila Binti Adzhar To establish convenience retail chain store e.g mynews, family mart, e-mart 6 Nur Faridah Binti Ramli Menubuhkan kedai Koop


PEMBENTANGAN USUL – SKOP PERNIAGAAN NO. NAMA ANGGOTA USUL YANG INGIN DIBINCANGKAN 7 Aliah Quraisha Binti Nasudin Mengadakan physical store yang menjual merchandise CTRM 8 Ahmad Aidil Bin Md. Nor Bila koperasi mart akan di mulakan? 9 Mohamad Kassim Bin Mohamad Puzi Buat kedai koperasi 10 Faraliza Binti Mustapha Membuka lebih banyak peluang kepada staff CTRM menyewa tapak vending machine berbanding pengusaha yang bukan pekerja CTRM. 11 Faraliza Binti Mustapha Mengehadkan pemilikan tapak kepada 1 tapak sahaja kepada setiap pengusaha supaya membuka peluang kepada pekerja-pekerja yang lain mendapat peluang yang sama. 12 Noor Azhan Bin Abd Azis Menjual merchandise ctrm seperti baju, jacket, beg 13 Muhammad Rahmat Bin Yahaya Menggunakan Dana koperasi untuk membuka dobi layan diri 14 Intan Syamimi Binti Badruddin koperasi jualan merchandise ctrm/ uniform ctrm/ bhn mknan yg tidak di-offer di cb3/bakery 15 Nurul Izzati Yusop Invest to Kereta sewa


PEMBENTANGAN USUL – SKOP PERNIAGAAN NO. NAMA ANGGOTA USUL YANG INGIN DIBINCANGKAN 16 Wan Ahmad Muazzam Bin Wan Mohd Harun Tolong jual kad raya menggunakan logo ctrm setiap tahun 17 Muhammad Najib Bin Ibrahim Penjualan makanan sepanjang waktu bekerja (makanan ringan atau buah buahan) sepanjang waktu bekerja. (melalui pre order atau tempahan dari contract orang luar) 18 Aiman Syazani Bin Amir JV dengan koperasi berdekatan dengan CTRM untuk jana pendapatan 19 Ahmad Nassuha Bin Azizan Membuat asuhan budak yang berumur dari 3 bulan hingga 3 tahun. 20 Muhamad Arif Bin Mohamad Ruzi Mengadakan konsep sewa kereta/motor atau pengambilan pekerja berdekatan guna van/bas 21 Nor Afifah Binti Baseri Buat fitness club(zumba class,aerobic class dan lain2) berbayar 22 Abdul Halim Bin Sulaiman Boleh ke kita Ada produk sendiri atau OEM..dan jual melalui media sosial atau direct sale dan peluang pada ahli untuk sharing profit 23 Nurlela Binti Ghauth Kepelbagaian sumber pendapatan dengan meluaskan portfolio kewangan koperasi disamping mengurangkan kebergantungan kepada sumber pendapatan yang diperolehi melalui sewaan tapak vending machine dan komisen atas nama Koperasi CTRM.


SYAZWANI ‘ATIQAH BINTI ABDUL RAHMAN


Mesyuarat ditangguhkan sehingga MAT 9/2025


Click to View FlipBook Version