IPG KAMPUS TUN HUSSEIN ONN, BATU PAHAT
TUGASAN KERJA KURSUS
(SEJARAH PERKEMBANGAN BAHASA MELAYU)
NAMA : UMMU ANNISA BINTI MOHD AZAM
: 2021292310354
ANGKA GILIRAN : 021016-04-0182
NO. KAD PENGENALAN : BM 4
OPSYEN : PPISMP
PROGRAM : BMM1074
KOD KURSUS : SEJARAH PERKEMBANGAN BAHASA MELAYU
NAMA KURSUS : EN. AHMAD AZMI BIN JEONMANI
NAMA PENSYARAH : JABATAN BAHASA MELAYU
JABATAN/UNIT : 12 / 11 / 2021
TARIKH SERAHAN
Pengesahan Pelajar:
Saya mengesahkan bahawa maklum balas yang diberikan oleh pensyarah telah saya rujuki
dan fahami.
Catatan (jika ada):
Tandatangan pelajar: __________________________ Tarikh: 12 / 11 / 2021
Isi kandungan
Bil Perkara Muka Surat
1. Penghargaan 1
2. Pendahuluan 2
3. Objektif 3
4. Isu dan Cabaran bahasa Melayu di:
4-6
1. Peringkat Malaysia 6-8
1.1. Isu dan cabaran bahasa 9 -10
Melayu dalam bidang
pendidikan. 11 -12
1.2. Cabaran bahasa Melayu dalam 12 -14
kemajuan teknologi 14 -16
1.3. Cabaran bahasa Melayu
sebagai bahasa Rasmi 17
18 -19
2. Peringkat Antarabangsa
2.1. Kedudukan bahasa Melayu
sebagai Lingua Franca dalam
perdangangan
2.2. Perkembangan Teknologi
Maklumat dan Komunikasi
2.3. Bahasa Komunikasi
5. Rujukan
6. Lampiran
1
Penghargaan
Bersyukur saya ke hadrat Ilahi kerana dengan limpah dan kurniaNya dapat saya menyiapkan
kerja kursus bagi kursus Sejarah Perkembangan Bahasa Melayu ini dengan jayanya.
Pertama sekali saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada Institut Pendidikan Guru
Kampus Tun Hussein Onn kerana menyediakan kemudahan seperti perpustakaan bagi
memudahkan saya mendapatkan bahan rujukan yang berkaitan dengan kerja kursus saya.
Saya juga ingin mengucapkan terima kasih kepada Encik Ahmad Azmi Bin Jeonmani selaku
pensyarah bagi kursus ini kerana banyak memberi tunjuk ajar dan penerangan yang jelas
kepada saya mengenai tugasan kerja kursus ini. Terima kasih tuan kerana memberi saya
kepercayaan dalam menjalankan tugasan kerja kursus ini sehingga berjaya.
Tidak lupa juga kepada kedua-dua ibu bapa saya yang banyak memberi sokongan dan
dorongan bagi menyiakan tugasan kerja kursus ini. Tanpa sokongan dan dorongan kalian
tidak mungkin saya dapat menyiapkan tugasan kerja kursus ini sehingga berjaya. Jutaan
terima kasih juga kepada rakan-rakan seperjuangan yang sama-sama bertungkus lumus
dalam menyiapkan tugasan kerja kursus ini kerana memberi pertolongan dan juga bertukar-
tukar idea semasa menjalankan tugasan kerja kursus ini.
Akhir sekali, besarlah harapan saya agar tugasan kerja kursus ini dapat menambahkan lagi
ilmu pengetahuan saya disamping dapat menjadi guru yang bertanggungjawab bagi
melahirkan modal insan yang cemerlang pada masa akan datang kelak. Selain itu juga,
harapan saya agar dapat memberi manfaat kepada diri saya terutamanya serta kepada
pembaca agar kita sama-sama menjadi pendidik yang berpengatahuan luas dalam
menyampaikan maklumat bukan sahaja dalam proses pembelajaran malah kepada
masyarakat juga.
2
Pendahuluan
Setiap pelajar Institut Pendidikan Guru Kampus Tun Hussein Onn (IPTHO) program PPISMP
bagi opsyen bahasa Melayu wajib menyiapkan kerja kursus bagi kursus Sejarah
Perkembangan Bahasa Melayu bagi memenuhi keperluan pemarkahan di akhir semesta.
Tugasan yang diberikan merupakan penulisan akademik dalam format e-portfolio. Arahan
tugasan ialah menilai isu dan cabaran bahasa Melayu di Malaysia dan peringkat
antarabangsa secara kritis dan analitis.
Masa yang diberikan kepada semua pelajar bagi menyiapkan kerja kursus ini adalah selama
3 minggu iaitu bermula dari 14 Oktober 2021 sehingga 8 November 2021. Bagi saya, tempoh
yang diberikan bersesuaian untuk saya menyiapkan tugasan kerja kursus ini dengan
sempurna bagi mencari maklumat dan bahan tentang tajuk kerja kursus. Saya bersyukur dan
bangga kerana tugasan 2 kerja kursus ini boleh dijadikan panduan kepada saya dalam
mengetahui tentang isu dan cabaran bahasa Melayu di Malaysia dan di peringkat
antarabangsa.
3
Objektif
Melalui tugasan kerja kursus Sejarah Perkembangan Bahasa Melayu ini, saya telah
berkesempatan untuk memenuhi beberapa objektif kajian kerja kursus ini. Antaranya:ialah:
Saya dapat mengenal pasti tentang isu dan cabaran yang dihadapi oleh bahasa
Melayu sama ada di Malaysia mahupun di peringkat Antarabangsa melalui sumber yang
sahih. Sumber-sumber yang sahihi seperti buku ilmiah, jurnal, akhbar dan sebagainya.
Melalui sumber-sumber sejarah ini, saya dapat membuat kerja kursus ini secara ilimiah, jelas
dan tepat.
Selain itu, saya dapat mengetahui dengan lebih mendalam tentang isu dan cabaran
bahasa Melayu di Malaysia dari pelbagai sudut seperti cabaran bahasa Melayu dalam
pendidikan yakni sebagai bahasa ilmu, dari segi perkembangan teknologi dan cabaran
bahasa Melayu sebagai bahasa Rasmi.
Saya juga dapat mengetahui serba sedikit tentang latar belakang bahasa Melayu dan
menjadikan saya lebih berkobar-kobar untuk memartabatkan bahasa Melayu supaya ianya
menjadi kebanggaan buat rakyat Malaysia. Sesungguhnya dengan pemerkasaan bahasa
melayu dalam kalangan masyarakat di Malaysia dapat mengeratkan hubungan silaturrahim
antara masyarakat tidak kira umur mahupun bangsa.
4
Isu dan cabaran bahasa melayu di
malaysia
Bahasa Melayu atau dikenali sebagai bahasa Malaysia merupakan bahasa rasmi di Malaysia
dan berperanan sebagai Bahasa Kebangsaan dimana fungsinya tidak boleh dipertikaikan
merujuk kepada Perkara 152 Perlembagaan Persekutuan. Kedudukan bahasa Melayu
sebagai bahasa rasmi ini dimantapkan lagi dengan Akta Bahasa Kebangsaan 1967. Bahasa
Melayu berperanan sebagai bahasa ilmu yang menjadi medium pembelajaran dan
pengajaran yang telah membawa kepada pewartaan Akta Pendidikan 1961 iaitu Pindaan
1996. Malaysia merupakan sebuah negara yang berbilang kaum dan hidup dalam keadaan
aman dan damai. Terdapat tiga kaum utama di Malaysia iaitu Melayu, Cina dan India. Oleh
disebabkan itu, masyarakat perlbagai kaum di Malaysia bebas untuk menggunakan bahasa
lain seperti bahasa Mandarin bagi kaum Cina dan bahasa Tamil bagi orang India.
‘Bahasa Jiwa Bangsa’, ‘Maju Bahasa Maju Bangsa’, dan ‘Bahasa Menunjukkan
Bangsa’ merupakan sebahagian kata-kata hikmat yang berkait rapat dengan bahasa yang
berkait rapat antara bahasa dan bangsa yang membawa kepada maksud bahawa maruah
bangsa tertakluk kepada bahasa. Di Malaysia, terdapat isu dan cabaran yang dihadapi
dalam bahasa Melayu dari pelbagai sudut sama ada dari segi perbualan, penulisan dan
sebagainya. Isu merupakan perkara pokok atau persoalan yang timbul bagi sesuatu perkara
manakala cabaran pula unsur atau faktor yang mencabar, menguji, kemampuan dan
ketabahan seseorang atau sesuatu organisasi.
1.1. Isu dan cabaran bahasa Melayu dalam bidang pendidikan.
Bahasa Melayu menghadapi cabaran yang begitu sengit sama ada dalam konteks
nasional mahupun antarabangsa. Isu bahasa Melayu dalam zaman globalisasi kini terus
menjadi topik perbincangan dan sering dipolemikkan oleh pelbagai pihak dalam usaha
memartabatkan bahasa Melayu sebagai bahasa ilmu. Di Malaysia, pendidikan memainkan
peranan penting sebagai alat yang berpengaruh bagi memperkembangkan bahasa Melayu
di negara ini. Menurut Nik Safiah Karim (2004), bahasa Kebangsaan iaitu bahasa Melayu di
Malaysia telah berjaya terutamanya jika dilihat dari perspektif penggunaanya dalam sistem
pendidikan, jentera pentadbiran dan dalam beberapa domain utama kehidupan masyarakat
Malaysia. Namun begitu, wujudnya cabaran dalam menetapkan kedudukan bahasa Melayu
serta mempertingkatkan bahasa Melayu dalam mewujudkan kerjasama daripada pelbagai
pihak. Cabaran bahasa Melayu untuk menjadi bahasa ilmu ini adalah bermula pada tahun
1990-an apabila pihak kerajaan memberikan kepentingan kepada bahasa Inggeris sebagai
5
respon kepada faktor globalisasi. Bahasa Inggeris menjadi bahasa pengantar di peringkat
IPTA pada tahun 1993 bagi bidang sains dan teknologi bahkan bukan itu sahaja, bahasa
Inggeris juga digunakan bagi mengajar subjek sains dan matematik bagi sekolah-sekolah
kebangsaan bermulanya pada tahun 2003. Walau bagaimanapun, dasar yang ditetapkan
bagi sekolah-sekolah kebangsaan ini dimansuhkan dan pengajaran dan pembelajaran bagi
subjek Matematik dan Sains bagi sekolah rendah dilaksanakan dalam bahasa Melayu
sepenuhnya pada tahun 2016 dan pada 2021 pula adalah bagi sekolah menengah. Dasar ini
telah digantikan dengan Dasar Memartabatkan Bahasa Melayu dan Memperkukuh Bahasa
Inggeris (MBMMBI). Berikut merupakan matlamat bagi MBMMBI:
Tidak dinafikan bahawa kepentingan bahasa Inggeris bukanlah satu perkara yang
dipertikaikan lagi dewasa ini kerana pengukuhan untuk memantapkan penguasaan bahasa
Inggeris di peringkat pengajian tinggi adalah sesuatu perkara yang penting pada hari ini. Hal
ini demikian kerana bahasa Inggeris menjadi alat utama bagi berkomunikasi dengan pihak
luar disamping bahasa ini juga digunakan sangat meluas dalam penulisan ilmiah yang
menjadi bahan rujukan utama bagi para pelajar.
Di peringkat sekolah, terdapat pelbagai isu dan cabaran yang dihadapi oleh guru
bahasa Melayu kerana mereka bukan sahaja perlu memberikan pengajaran tentang ilmu
bahasa Melayu, akan tetapi mereka juga perlu menggalas satu lagi peranan baharu iaitu
menanam keyakinan terhadap bahasa Melayu yakni bahasa Kebangsaan dalam kalangan
murid. Guru bahasa Melayu ini perlu kreatif dan inovatif dalam mencari kaedah yang sesuai
agar pembelajaran bahasa Melayu ini lebih diminati kerana pada zaman sekarang yang
serba moden ini, murid-murid lebih cenderung untuk berbahasa Inggeris daripada berbahasa
Melayu kerana mereka merasakan bahawa bahasa Inggeris lebih prestij. Selain itu juga,
guru perlu berusaha dalam memupuk sikap cintakan bahasa Kebangsaan kerana pelajar di
zaman ini telah dimomokkan dengan kepentingan bahasa Inggeris yang menjadikan
halangan buat pelajar untuk belajar bahasa Melayu dengan lancar. Sesungguhnya guru
6
amat memainkan peranan yang penting dalam memperkasakan bahasa Melayu dalam
bidang ilmu kerana merekalah yang memberikan ilmu serta mendidik anak bangsa kearah
kebaikan.
1.2. Cabaran bahasa Melayu dalam kemajuan teknologi
Dalam menongkah era globalisasi yang kian pesat dengan kemajuan teknologi kini,
Malaysia telah menghadapi impak yang besar terutamanya dalam bidang teknologi bagi
mendapatkan maklumat. Hal ini kerana seperti yang telah kita ketahui, bahasa Inggeris
merupakan bahasa yang dominan bagi bahasa teknologi maklumat. Perkara ini terjadi juga
adalah disebabkan oleh Amerika Syarikat merupakan kelahiran pertama Internet di dunia
dan pengeluar perisian komputer seperti Dell, Microsoft dan Hewlett-Packard yang
semuanya diasaskan oleh orang yang berbasa Inggeris. Justeru itu, masyarakat perlulah
bersikap terbuka dan bersedia untuk meghadapi cabaran perkembangan pesat dalam
teknologi dengan bahasa Inggeris. Walaupun diperakui bahawa bahasa Melayu masih lagi
‘muda’ ataupun masih setahun jagung dari sudut peristilahan sains dan teknologi berbanding
bahasa Inggeris, kita seharusnya berusaha agar bahasa Melayu diterima dalam era siber
dengan mempelajari pengalaman dan kejayaan yang telah dicapai oleh bahasa Inggeris.
Penyampaian dan pemahaman ilmu pengetahuan, sains dan teknologi dan kemahiran serta
kepakaran adalah paling berkesan jika menggunakan bahasa kebangsaan bagi rakyat jelata
itu sendiri. Berdasarkan buku Sosiolinguistik Lanjutan (2009), Dr Hashim Hj. Musa
berpendapat bahawa penguasaan ilmu, sains dan teknologi yang tinggi, kemahiran dan
kepakaran secara meluas dalam kalangan rakyat jelata merupakan faktor utama dalam
pembangunan Sumber Daya Tenaga Manusia sesebuah negara secara menyeluruh
menjadi faktor utama kepada pembangunan dan kemajuan negara itu. Walau
bagaimanapun, bahasa Melayu perlu seiring dengan perkembangan teknologi maklumat
bagi menyejagatkan bahasa Melayu dengan adanya maklumat terkandung dalam pelbagai
jenis teknologi maklumat di dalam bahasa Melayu.
7
Bahasa Rojak di Media Baharu Terhadap bahasa Melayu
Selain itu, cabaran yang dapat dilihat dalam perkembangan dan kemajuan teknologi
ialah melahirkan bahasa rojak yang banyak dapat dilihat melalui platform media sosial
sehingga mempengaruhi cara berbahasa di alam realiti. Pengguna media sosia sering kali
lebih mementingkan kepantasan mesej mereka apabila berhubung secara atas talian
berbanding dengan memberi penekanan terhadap bahasa dan tatabahasa yang digunakan.
Contoh teks diatas dapat dilihat dengan jelas mengenai penggunaan bahasa yang
bercampur antara bahasa Melayu dan bahasa Inggeris serta penggunaan tatabahasa yang
kurang tepat. Selain itu juga, ejaan yang digunakan turut disingkatkan. Perkara ini amat
dikhuatiri lebih-lebih lagi dalam kalangan guru bahasa Melayu kerana ianya merosakkan
bahasa kebangsaan dan mempengaruhi penulisan pelajar dalam akademik. Menurut
8
Ananova (2003), agensi berita telah mendedahkan mengenair seorang pelajar
perempuan yang berusia 13 tahun menggunakan bahasa SMS yang diringkaskan dalam
karangan penulisannya dan ia mengejutkan guru serta dunia akademi ketika itu.
Seperti yang dapat dilihat di dalam rajah di atas, bahasa rojak iaitu gabungan bahasa
Melayu dan bahasa Inggeris digunakan dalam perbualan.
Rajah diatas menunjukkan contoh-contoh singkatan yang digunakan ketika SMS ataupun
perbualan atas talian.
9
1.3. Cabaran bahasa Melayu sebagai bahasa Rasmi
Di Malaysia, bahasa Melayu merupakan bahasa Rasmi. Bahasa Melayu sebagai
Bahasa Rasmi Negara yang tunggal bagi Persekutuan Malaysia ini telah diisytiharkan oleh
DYMM Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong pada tahun 1967. Penggunaan bahasa
Melayu sebagai bahasa Rasmi ini juga berperanan dalam menjadi agen penyatuan
masyarakat kerana ianya juga merupakan bahasa perpaduan. Melalui bahasa perpaduan ini,
semangat kebangsaan dan cinta akan negara dalam kalangan masyarakat yang berbilang
kaum dapat disemai didalam jiwa. Menerusi kamus Dewan (1994), perpaduan ialah
penggabungan , pelaburan penyesuaian, kecocokan dan perihal berpadu iaitu bergabung
menjadi satu, sepakat dan sebagainya. Melalui definisi perpaduan ini, dapat kita lihat
bahawa betapa kuat dan besarnya makna disebalik perkataan perpaduan itu. Peranan
bahasa Melayu sebagai perpaduan tidak dapat disangkal lagi kerana bahasa Melayu ini
mudah difahami bagi semua golongan masyarakat tabnpa megikut umur menerusi buku
Pengenalan Sejarah Perkembangan Bahasa Melayu (2020).
Mutakhir ini, penggunaan bahasa Melayu sebagai bahasa rasmi semakin mencabar
di negara kita kerana penggunaan dan penerimaan bahasa Melayu oleh rakyat Malaysia
amat medukacitakan. Ramai di kalangan masyarakat terutamanya generasi muda lebih
gemar untuk menggunakan bahasa Inggeris dalam kehidupan seharian mereka meskipun
mereka kurang fasih dalam bahasa tersebut. Faktor-faktor yang membawa kepada
permasalahan ini antaranya adalah disebabkan oleh perkembangan era globalisasi yang
menyediakan pelbagai hiburan yang mendapat tempat di dalam jiwa generasi muda seperti
laman sesawang Youtube, Twitter, Instagram dan sebagainya dimana semuanya
menggunakan bahasa Inggeris. Pengaruh-pengaruh dari rakan online dan juga influencer
dimana pengguna media sosial mengikuti perkembangan mereka setiap hari juga memberi
pengaruh untuk mereka menggunakan bahasa Inggeris kerana mereka terikut-ikut dengan
budaya tersebut kerana merasakan bahasa Inggeris merupakan bahasa yang prestij.
10
Pengaruh media sosial menggoyahkan kedudukan bahasa Melayu dalam
kalangan masyarakat.
Bagi mengatasi masalah ini, masyarakat Malaysia haruslah bersatu padu
memartabatkan bahasa Melayu dengan menggunakannya dalam kehidupan seharian. Kita
perlulah sedar bahawa ketidakmahiran dalam berbahasa Melayu boleh menimbulkan
kesalahfahaman ketika berinteraksi dengan orang lain kerana bahasa Melayu merupakan
bahasa Rasmi di negara kita Malaysia.
11
Isu dan cabaran bahasa melayu di
peringkat antarabangsa
Seperti yang kita ketahui, bahasa Melayu merupakan bahasa kebangsaan bagi negara kita
Malaysia, Singapura, Indonesia dan juga Brunei kerana kesemua negara ini adalah
serumpun iaitu segolongan bangsa yang sama jenisnya menurut Dewan Bahasa dan
Pustaka. Selain itu juga, bahasa Melayu dituturkan di Filipina, Selatan Thailand, Kemboja,
Sri Lanka dan Afrika Selatan atas beberapa faktor yang mempengaruhi penggunaan bahasa
Melayu di sana. Pada masa kini, bahasa Melayu menghadapi cabaran yang begitu sengit
sekali disebabkan perkembangan dan kemajuan teknologi serta abad ke-21. Seperti yang
telah termaktub dalam perlembagaan negara iaitu Perkara 152, bahasa Melayu merupakan
bahasa rasmi dan bahasa kebangsaan tetapi ianya terpaksa menghadapi cabaran dengan
bahasa Inggeris di peringkat global. Bahasa Melayu menghadapi cabaran dalam beberapa
bidang seperti perkembangan teknologi maklumat, perdagangan dan juga komunikasi.
2.1. Kedudukan bahasa Melayu sebagai Lingua Franca dalam perdangangan
Bahasa Melayu pernah diiktiraf sebagai Lingua Franca iaitu bahasa perantaraan atau
bahasa perhubungan antara masyarakat dan juga orang-orang yang menggunakan bahasa
yang berlainan ketika dahulu. Penggunaan bahasa Melayu dan sejarah yang pernah dilalui
semakin jauh ditinggalkan kerana adanya pendedahan tentang penggunaan bahasa Inggeris
dalam masyarakat. Bahasa Melayu sebagai Lingua Franca ini boleh dibuktikan dengan
adanya penemuan Batu Bersurat Kedudukan Bukit di Palembang pada 683 Masihi yang
merupakan batu bersurat yang tertua. Penemuan batu bersurat tertua ini jelas membuktikan
bahasa Melayu yang menjadi bahasa perantara iaitu Lingua Franca pada abad ke-7 Masihi
sehingga abad ke-19 Masihi zaman pemerintahan Sriwijaya. Kejayaan bahasa Melayu
sebagai Lingua Franca ini adalah hasil daripada kehebatan pemerintahan Kerajaan Sriwijaya
dalam bidang perdagangan sehingga menjadi pusat maritim utama yang menarik perhatian
pedagang asing. Kerajaan sriwijaya menjadi laluan utama bagi perdangangan rempah dan
perdagangan tempatan yang bertindak mengenakan cukai terhadap kapal dagang yang
melalui kawasan tersebut. Pada ketika itu, komuniksi memainkan peranan yang penting bagi
memudahkan proses perdagangan, maka dengan itu, bahasa Melayu yang merupakan
bahasa komunikasi.
12
Perdangangan di Tanah Melayu
Kejayaan Sriwijaya dalam menjadikan bahasa Melayu sebagai lingua franca kini tidak
lagi kekal. Bahasa Melayu yang digunakan dalam bidang perdangangan kini terhad kepada
kawasan di Nusantara kerana bahasa Inggeris telah diangkat sebagai lingua franca dunia.
Hal ini disebabkan oleh negara-negara yang menggunakan bahasa Inggeris sebagai pemain
industri menjadi pembekal utama bagi sumber yang diperlukan. Menurut Zaitul Azma Zainon
Hamzah (2006), ‘bahasa Melayu perlu mencapai status ekonominya dengan meneroka
bidang-bidang ekonomi global, sains, perindustrian, teknologi, aeroangkasa, kejuruteraan
dan sebagainya’. Kita dapat simpulkan bahawa semakin banyak sumber untuk menyokong
sesuatu bahasa, semakin tinggilah nilai ekstrinsik bahasa tersebut.
2.2. Perkembangan Teknologi Maklumat dan Komunikasi
2.2.1. Bahasa Melayu dalam Media Sosial
Media sosial menjadi jambatan komunikasi secara maya diserata dunia pada
zaman moden kini disebabkan perkembangan teknologi yang pesat. Papan buletin
merupakan penemuan pertama dalam kemunculan media sosal pada tahun 1978. Media
sosial terus berkembang dengan adanya pelbagai aplikasi, laman sesawang dan pelbagai
lagi yang membantu manusia memudahkan kehidupan seharian pada hari ini. Komunikasi
yang berlaku di media sosial hakikatnya adalah sama seperti komunikasi dalam perbualan
harian secara muka ke muka. Yang membezakan komunikasi di media sosial ini ialah cara
pertuturannya adalah dalam bentuk penulisan. Banyak kesan negatif komunikasi dalam
bentuk talian ini kepada bahasa Melayu kerana pengguna media sosial acap kali
menggunakan singkatan perkataan dan juga penggunaan emoji yang menggantikan sesuatu
perkataan atau bahasa Melayu. Lama-kelamaan, perkara ini akan menyebabkan pengguna
media sosial tidak menetahui kosa kata dan perktaan-perkataan bahasa Melayu yang betul
kerana mereka tidak didedahkan dengan perkataan-perkataan tersebut.
13
Penggunaan emoji dalam komunikasi di media sosial
Di media sosial, penggunaan bahasa yang digunakan susah untuk dikawal kerana
tiada peraturaan bahasa yang “mengikatnya” menurut buku Pengenalan Sejarah
Perkembangan Bahasa Melayu. Kenyataan ini diperkuatkan lagi dengan kenyataan daripada
Zaidi Ismail (2012) yang mengatakan bahawa media sosial tiada sempadan, tiada pemantau,
tiada polis dan tiada penguatkuasa yang mengawal dan menghalang kegunaan bahasa yang
kotor, jijik kesat dan laras bahasa yang betul.Banyak perkataan-perkataan dan istilah baharu
yang wujud melalui media sosial hasil daripada ciptaan pengguna media sosial itu sendiri
menyebabkan rosaknya bahasa Melayu. Bahasa Melayu indah dan unik akan tetapi,
penggunaan bahasa Melayu di media sosial membawa kepada konotasi negatif dan
hilangnya keindahan bahasa dengan adanya unsur-unsur penggunaan kata-kata kesat dan
sebagainya. Pengguna media sosial perlulah berusaha dan bertanggungjawab ketika
bebahasa atau berkomunikasi bagi memastikan bahasa Melayu digunakan dengan betul
sebagai langkah pemerkasaan penggunaan bahasa Melayu.
2.2.2. Bahasa Melayu Menghadapi Revolusi Industri 4.0
Media, persidangan dan pameran antarabangsa yang menggunakan bahasa Inggeris
mendorong kepada konsep “industri 4.0’” pada peringkat antarabangsa. Klaus Schwab
merupakan orang pertama yang memperkenalkan Revolusi Industri 4.0 pada tahun 2006
dan telah menterjemahkannya didalam buku The Fourth Industrial Revolution. Revolusi
Industri 4.0 ini telah ditandai dengan kemunculan superkomputer, robotic, Internet, artificial
intelligence dan sebagainya. Revolusi Industri 4.0 ini mementingkan pemerkasaan modal
insan yang menjadi kunci kejyaan dan revolusi ini bukan sahaja mengubah industri bahkan
turut mengubah cara kerja, interaksi, pernbelanjaan, cara berkomunikasi dan gaya hidup
seseorang.
14
Kemunculan teknologi Revolusi Industri 4.0
Dari segi bahasa, penutur bahasa Melayu khususnya di Asia Tenggara seperti
Malaysia, Brunei Darussalam dan Indonesia perlu berusaha dalam menjadikan bahasa
Melayu relevan sebagai bahasa wacana dalam Revolusi Industri 4.0. Pihak
bertanggungjawab seperti Dewan Bahasa dan Pustaka memainkan peranan penting dalam
menjadikan bahasa Melayu sebagai bahasa pengantar kepada pembangunan sains dan
teknologi dalam tamadun di Nusantara. Dewan Bahasa dan Pustaka juga berperanan dalam
menterjemahkan pelbagai konsep ke bahasa Melayu dan membantu masyarakat memahami
konsep-konsep baharu melalui penciptaan istilah dalam bahasa Melayu itu sendiri.
2.3. Bahasa Komunikasi
Bahasa Melayu diterima sebagai bahasa komunikasi semasa empayar Sriwijaya
menguasai Nusantara dan kejayaan dalam bidang perdagangan. Pada abad ke-21 ini,
bahasa Melayu menghadapi cabaran dalam meneruskan penggunaanya sebagai bahasa
komunikasi di Malaysia.
2.3.1. Hubungan Diplomatik
Hubungan diplomatik amat penting bagi menjamin keselmatan negara, politik,
sosial, pekembangan ekonomi untuk memantapkan pemerintahan dan pertadbiran sesebuah
kerajaan. Diplomatik dedifinasikan sebagai suatu bentuk pengurusan hubungan
15
antarabangsa melalui proses rundingan, suatu kaedah yang diselaraskan oleh duta atau
perwakilan, perniagaan atau seni diplomat, kemahiran dalam mengendalikan urusan
antarabangsa dan perundingan menurut The Oxford English Dictionary (1989). Bahasa
Melayu banyak digunakan di negara ASEAN yang dapat menampilkan citra ASEAN sebagai
satu jati diri dengan satu bahasa. Bahasa Melayu berpotensi untuk menjadi wadah
komunikasi bagi memupuk perpaduan dalam kalangan negara anggotanya di bawah satu
rumpun bahasa. Kedutaan Malaysia di seluruh negara perlulah memainkan peranan penting
untuk menyebarkan penggunaan bahasa Melayu bagi mengetengahkan bahasa Melayu
sebagai bahasa pengantar dalam pelbagai acara dan majlis. Pelajar, pelancong, pekerja
rakyat Malaysia juga memainkan peranan dalam menyebarkan bahasa Melayu melalui
pelbagai cara.
Bagi sektor ekonomi di Malaysia, keadaan yang sering kita lihat adalah penggunaan
bahasa Inggeris yang digunakan dalam urusan ekonomi. Keadaan ini seolah-olah
menunjukkan bahawa bahasa Inggeris sahaja yang boleh digunakan dalam urusan ekonomi.
Bahasa Melayu yang digunakan dalam urusan ekonomi kebiasannya dilihat pada peringkat
tempatan dan bagi urusan ekonomi yang kelompoknya kecil. Urusan ekonomi yang dalam
kelompok yang besar lebih cenderung untuk menggunakan bahasa Inggeris kerana mereka
merasakan ianya lebih prestij dan memudahkan urusan untuk berkomunikasi sedangkan
faktor sesuatu pembangunan ekonomi itu adalah berdasarkan bahasa. Bahasa merupakan
medium yang dapat menyampaikan maklumat sains dan teknologi dalam sistem pendidikan
yang menjadi pemangkin kepada pembangunan ekonomi sesebuah negara kerana bahasa
Melayu menjadi bahasa pengantar dalam sistem pendidikan yang membantu dalam
membangunkan ekonomi. Menurut Jaafar Jambi (2008), apabila bahasa Melayu digunakan,
maklumat yang dibawa bahasa tersebut akan mudah difahami lantas menjadi operasi
perekonomian yang lebih berkesan. Pemerkasaan bahasa Melayu perlulah diteruskan
dengan penterjemahan maklumat kepada bahasa Melayu memandangkan ilmu-ilmu baharu
dalam teknolog maklumat dan pelbagai bidang sentiasa muncul.
Contoh cawangan yang diasakan oleh rakyat Malaysia yang menggunakan bahasa
Inggeris sebagai nama kedai atau jenama.
16
2.3.2. Sukan
Perkembangan sukan di Malaysia dapat dilihat semakin pesat sejak kebelakangan
Ini. Malaysia banyak menganjurkan sukan yang berprestij di dunia malah pernah
menganjurkan sukan kedua terbesar iaitu sukan Komannwel. Hal ini membuktikan bahawa
Malaysia berpotensi menjadi tumpuan dalam menganjurkan sukan antarabangsa.
Pencapaian Malaysia dalam menganjurkan sukan-sukan besar ini tidak dapa dinafikan
kehebatannya akan tetapi, bahasa Melayu dalam sesi penganjuran sukan-sukan tersebut
jelas dipinggirkan. Contohnya dari segi nama pengajuran tersebut seperti Powerman Asia,
Le Tour de Langkawi dan sebagainya menurut Muhammad Sharul Naim (2018). Selain itu
juga, bahasa rasmi iaitu bahasa Melayu dalam majlis penganjuran dan pengacaraan sukan
bagi kejohanan sukan berprestij yang mendaapat liputan luas diseluruh dunia perlulah
digunakan. Dengan itu, masyarakat dari seluruh dunia dapat mengenali bahasa Melayu dari
negara Malaysia. Secara tidak lansung, orang luar yang tidak mengenali Malaysia dapat
mengetahui kweujudannya melalu liputan-liputan sukan yang disampaikan dalam bahasa
Melayu. Menjadi tanggungjawab semua rakyat Malaysia bagi mempersakan penggunaan
bahasa Melayu sekaligus menaikkan imej Malaysia di persada dunia.
17
Rujukan
Jabatan Penerangan Malaysia. (2017). Bahasa Rasmi. MyGovernment.
https://www.malaysia.gov.my/portal/content/30118?language=my
Ku Hasnita Ku Samsu, Adlina Ab Halim & Mohd Hafiz Sulaiman. (2013). Keupayaan Bahasa
Melayu di Persada Antarabangsa. International Journal of the Malay World and
Civilisation, 1(1), 55-65.
Mohd Isa Awang. (2008, Julai 16). Isu dan cabaran bahasa Melayu dalam pendidikan. Berita
Harian. 11.
Pusat Rujukan Persuratan Melayu. (2017). Kamus Bahasa Melayu. Dewan Bahasa dan
Pustaka. https://prpm.dbp.gov.my/cari1?keyword=isu
Nik Safiah Karim. (2004). Bahasa Melayu Sedekad Lalu: Kuala Lumpur: Dewan Bahasa
dan Pustaka.
Shamsul Aizuwani Nawi, Suhasni Dollah & Zurihan Yusoff. (2020). Pengenalan sejarah
perkembangan bahasa Melayu. Kuala Lumpur: Global Mediastreet Sdn. Bhd.
Salleh Abdul Rashid & Shuhairimi Abdullah. (2015). Mendaulatkan Bahasa Melayu Sebagai
Bahasa Ilmu di Institusi Pengajian Tinggi: Satu Analisis. Journal of Human
Development and Communication, Volume 4, 125–134.
Hashim Hj. Musa. (2008). BBM BBM 5203 Sosiolinguistik lanjutan. Serdang: Universiti Putra
Malaysia.
Berita Harian. (2017, Oktober 2). Bahasa rojak media sosial cabar bahasa Melayu. BH
Online.
Ananova (4 March 2003). Student writes essay in text message form. (Atas talian)
http://www.ananova.com/news/story/sm_756462.html. (Dicapai pada 19 Sept 2004)
Abdul Razak Moh Kassim. (2021). Memartabatkan bahasa Melayu sebagai bahasa Ibunda
penutur asli bahasa Melayu. JendelaDBP.
https://dewanbahasa.jendeladbp.my/2021/07/05/cabaran-memartabatkan-bahasa-
melayu-sebagai-bahasa-ibunda-penutur-asli-bahasa-melayu/
Hanis Izrin Mohd Hassan, Siti Mahani Angterian & Mohd Sharifudin Yusop. (2017).
Kegemilangan bahasa Melayu sebagai Lingua Franca. Jurnal Fakulti Bahasa dan
Pendidikan. Vol 2, No 1.
Zaidi Ismail. (2012). Bahasa Melayu dalam Media Baharu: Sejauh manakah Diutamakan?
Dewan Bahasa. Jun 2012. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.
Jaafar Jambi. (2008). Cabaran dan Proses Pemantapan Bahasa Melayu. Jurnal Pengajian
Melayu. Jilid 19. 68-90.
Muhammad Sharul Naim Mohd. Tokiman. (2018). Malaysia Hub Sukan Baharu
Antarabangsa. Utusan Malaysia. Isnin 26 November 2018.
18
Lampiran
Lampiran 1
Lampiran 2
Lampiran 3
19
Lampiran 4